Rabu, 27 Ogos 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Ludah ahli Parlimen dimana adat Melayu?

Posted: 27 Aug 2014 04:28 AM PDT

MSO


Hari ini selain daripada berita peletakan jawatan Abdul Khalid Ibrahim sebagai MB ditangguhkan, berita lain yang menjadi perhatian umum ialah kejadian ahli Parlimen Shah Alam Abdul Khalid Samad dicerca kemudian diludah oleh orang sebangsa dengannya sendiri, orang Melayu.


Khalid Samad
Kejadian itu berlaku semasa Khalid hadir ke mahkamah Seksyen Kuala Lumpur untuk mendengar pertubuhan terhadapnya dibawah akta Hasutan 1948.

Kejadian itu berlaku semasa Khalid berjalan keluar dari mahkamah bila mana beliau tiba-tiba dihampiri seorang lelaki Melayu lalu bersalam dengannya sambil menanyakan namanya. Sebaik bersalam lelaki itu meludah ke mukanya kemudian berlalu.

"Peludah negara" itu datang dalam kumpulan beberapa orang. Menurut laporan selepas kejadian itu lelaki berkenaan dan kumpulan cuba untuk bertindak liar ke atasnya, tetapi tidak berlaku apa-apa. Ahli Parlimen Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin yang menanami Khalid mengawal dan memberi kawalan keselamatan kepada Khalid dari terus diancam oleh kumpulan pemuda liar berkenaan.

Kejadian itu sungguh biadab dan pelakunya bolehlah dianggap manusia yang tidak bertamadun. Ia juga boleh dianggap sebagai pengecut dan tidak gentlemen kerana bertindak "curi" demikian. Kalau pun peludah itu tidak berpuas hati dengan Khalid beliau sepatutnya mendatangi ahli Parlimen itu dengan baik dan selesai secara berhemah.

Tindakan itu kalau pun ada orang Melayu dapat menerimanya sebagai balasan tetapi apa yang patut dinilai Khalid masih lagi diperingkat pertuduhan belum lagi didapati bersalahan. Sekali lagi tindakan itu mendahuli keputusan mahkamah dan menjelaskan si pelakunya tidak waras. Kalau mahkamah melepaskah Khalid si peludah itu harus menjilat semula ludahnya.

Mungkin peludah itu bertindak kerana ingin memalu Khalid yang dianggapnya telah menghina Sultan apabila Khalid dituduh dibawah akta Hasutan ekoran kenyataanya mengenai Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang dikaitan dengan kedudukan sultan.

Kenapa perbuatan itu sebagai biadap dan tidak bertamadun kerana, ia bersikap liar dan tidak menggambarkan si pelakunya seorang yang berpelajaran dan tahu adat istiadat Melayu. Ia lebih memalukan lagi kerana ia dilakukan oleh orang yang mengaku membela raja-raja Melayu yang penuh dengan ada istiadat Melayu.

Sultan sendiri kalau pun mengharapkan baginda dibela tetapi bukan dengan cara yang menjolok mata sebegitu. Perbuatan itu turutu mencemaskan maruah orang yang dibelanya.

Sesuatu menghairankan juga kenapa ia boleh berlaku demikian dan menunjukkan keselamatan Khalid sebagai ahli Parlimen tidak dikawal. Kejadian itu berlaku di perkarangan mahkamah dimana institusi yang dihormati dan dianggap sebagai mulia.

Kawalan keselamatan kepada sesiapa yang ada urusan dengan mahkamah seharusnya diberikan keutamaan. Kejadian itu juga memalukan dan seolah-olah perbuatan jenayah di negara ini boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuk di institusi mulia seperti di mahkamah.

Dalam pada itu menurut saksi ada beberapa anggota keselamatan yang bertugas dimahkamah semasa kejadian tersebut, tetapi ia seolah tidak mempedulikan kejadian itu. Kumpulan lelaki liar itu katanya bergerak bebas dan terus cuba mengacau Khalid Ibrahim tanpa dipantau oleh sesiapa.

Sesuatu yang menjadi kemusykilan juga apakah di perkarangan mahkamah itu tidak ada mata-mata gelap yang mengawal kejadian itu. Polis sepatutnya menempatkan anggotanya bagi menghadapi sebarang kemungkinan buruk berlaku. Kelemahan polis dalam hal ini boleh dipertikaikan.

Mungkin kejadian itu menjadi kebanggaan si pelaku "peludah negara" itu dan pendokongnya, tetapi dari sudut lain kejadian meludah ahli Parlimen itu satu perbuatan yang menjatuhkan martabat orang Melayu kerana si peludah itu orang Melayu. Sudah tentu bangsa lain akan menyifatkan orang Melayu sebagai bangsa yang tarafnya hidupnya (tatabudi) lebih keji dari haiwan.

Kejadian itu menyebabkan bangsa lain hairan dan merasakan pelik dengan perangai Melayu yang yang selama ini disenandungkan mempunyai tatabudi dan adat sopan ketimuran yang tinggi tetapi reali disebaliknya.

Mustafa: Calon MB S'gor bukan dari PAS

Posted: 27 Aug 2014 04:24 AM PDT

MALAYSIAKINI



 


Ketika PKR dan DAP bertegas untuk hanya mencalonkan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan menteri besar Selangor, PAS masih belum memutuskan mengenai calon bagi jawatan tersebut.

"PAS masih belum menerima surat dari istana, saya rasa kita akan menerimanya tidak lama lagi," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

PAS perlu melihat kandungan surat itu sebelum membuat sebarang keputusan, katanya kepada Malaysiakini.

"Pada masa ini, pendirian kami ialah (calon MB) bukan dari PAS," katanya ketika ditanya tentang kemungkinan sama ada seseorang dari PAS akan dicalonkan untuk jawatan berkenaan.

Mustafa secara peribadi berpendapat bahawa secara logiknya, PAS patut berpegang kepada keputusan parti itu pada 17 Ogos, yang mencalonkan Presiden PKR dan Timbalannya, Azmin Ali, dan tidak sepatutnya ada calon kejutan.

Katanya, PAS akan mengadakan perbincangan di kalangan kepimpinan parti itu sebelum memberi jawapan kepada pihak istana.

MB umum projek rumah mampu milik ke-2

Posted: 27 Aug 2014 04:19 AM PDT

MALAYSIAKINI



 


Menteri besar Selangor hari ini mengumumkan projek perumahan rumah mampu milik kedua kerajaan negeri di Shah Alam merangkumi 24.7 hektar yang dijangka siap pada 2018.

Tan Sri Khalid Ibrahim (bawah) berkata, projek di Seksyen U1 Glenmarie dan Seksyen 35 itu apabila siap boleh dijual di antara RM200,000 hingga RM250,000.

Khalid juga berkata, mesyuarat exco Selangor hari ini menerima taklimat daripada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) tentang perkembangan terkini pembangunan perumahan rumah mampu milik negeri serta pelan tindakan sehingga 2025.

Katanya, Fasa 1 projek rumah mampu milik Selangorku di Sungai Sering di Hulu Klang yang melibatkan 2, 496 unit yang diumumkan sebelum ini telah dimulakan dan berjalan lancar.

Daripada maklumat LPHS, kata Khalid, setakat Julai 2014, sebanyak 1,682 unit rumah mampu milik dibina dan mesyuarat exco meluluskan 10,650 unit rumah mampu milik.

LPHS juga menjalankan pemantauan setiap enam bulan bagi memastikan pemaju membina rumah-rumah mampu milik terlebih dahulu atau beriringan dengan rumah harga bebas.

"Sekiranya pemaju gagal, PBT yang terlibat boleh mengeluarkan 'arahan henti kerja' untuk menangguhkan keseluruhan pembinaan projek mereka," katanya.

Mayat diseret lebih 300 meter

Posted: 27 Aug 2014 04:17 AM PDT


Kereta Perodua Myvi dinaiki mangsa dan keluarganya terbalik sebelum mangsa yang tercampak diseret sejauh lebih 300 meter oleh sebuah kenderaan lain. Kereta Perodua Myvi dinaiki mangsa dan keluarganya terbalik sebelum mangsa yang tercampak diseret sejauh lebih 300 meter oleh sebuah kenderaan lain.
 
 
 
GUNUNG SEMANGGOL - Hasrat seorang bapa membawa keluarganya menghadiri raptai konvokesyen anaknya tidak kesampaian apabila dia maut selepas kereta Perodua Myvi dipandunya melanggar pembahagi jalan di Kilometer 192 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di sini kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kerian, Deputi Superintendan Mohd Radzuan Bachik berkata, dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, Omar Biden, 56, tercampak keluar dan diseret sejauh lebih 300 meter oleh sebuah kenderaan lain.

"Ketika kejadian, mangsa dan isterinya Julaiha Abdullah, 47, serta anak mereka dalam perjalanan dari Kamunting untuk menghadiri majlis raptai konvokesyen anaknya, Nur Ainaa Husna Omar, 21, di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Polimas) Kedah.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, kenderaan dinaiki mereka hilang kawalan dan terlanggar pembahagi jalan lalu berpusing 360 darjah hingga menyebabkan mangsa tercampak keluar.

"Selepas mangsa tercampak, sebuah kereta Toyota Innova dari arah belakang dikatakan tak sempat mengelak dan mengheret mangsa sejauh lebih kurang 316 meter dari lokasi kejadian," katanya.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anak dan isterinya cedera ringan.

Mohd Radzuan berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.

Sementara itu, saksi kejadian berkata, hujan lebat ketika kejadian hingga dia terpaksa memperlahankan motosikal ditunggangnya.

"Dalam samar-samar, saya lihat ada  sebuah kereta terbabas ke kiri jalan namun saya tidak berhentikan motosikal kerana sudah lewat.

"Namun setelah lebih 300 meter melepasi lokasi kejadian, saya nampak seorang pemandu sebuah kereta MPV berhenti dan lihat sesuatu di bawah keretanya.

"Saya segera perlahankan motosikal dan terkejut melihat satu jasad berada di bawah kereta itu dalam keadaan berlumuran darah," katanya.

Kebajikan jemaah haji jadi keutamaan

Posted: 27 Aug 2014 04:13 AM PDT

SINAR HARIAN


Tabung Haji Tabung Haji
 
 
 
MADINAH - Tabung Haji dalam usahanya memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada jemaah haji telah menyediakan pelbagai persiapan bagi memastikan perjalanan mereka untuk mengerjakan haji berjalan lancar.
  
Timbalan Ketua Rombongan Haji musim ini, Nurrinanuwar Shamsuddin berkata, kumpulan pertama jemaah haji seramai 413 orang yang berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi Rabu waktu Malaysia turut diiringi oleh petugas Tabung Haji bagi memastikan mereka dalam keadaan yang baik.
  
Malah maklumat terakhir mengenai kesihatan atau masalah jemaah haji yang berlepas di KLIA telah disalurkan ke dalam sistem maklumat bersepadu Tabung Haji bagi pihak di Madinah bersiap sedia untuk menyediakan keperluan yang dimaklumkan, katanya kepada pemberita Malaysia di sini Selasa.
  
Beliau sebelum itu menghadiri majlis sembahyang hajat dan doa selamat sempena musim Haji 1435 Hijrah bersama para petugas Tabung Haji yang dihadiri lebih 100 orang di  ibupejabat Tabung Haji di bangunan Dar Siba di sini.
  
Nurrinanuwar berkata pihaknya di sini akan menyediakan kerusi roda dan bantuan paramedik bagi memastikan jemaah haji yang kurang sihat dapat diberi bantuan sewajarnya.

Kumpulan pertama jemaah haji itu dijangka mendarat di Lapangan Terbang Prince Mohammad Bin Abdulaziz di sini pada pukul 9 pagi waktu tempatan, dan dijangka tiba di Maktab Zon Dua Tabung Haji di Hotel Anwar Al Madinah Movenpick pada 11 pagi, katanya.
  
Beliau berharap jemaah haji akan menjaga kesihatan memandangkan cuaca di Madinah kini telah mencecah 50 darjah celsius dan mengikut segala nasihat yang telah disampaikan oleh Tabung Haji kepada mereka.
  
Beliau berkata, kedudukan tempat penginapan jemaah haji di Madinah yang begitu hampir dengan Masjid Nabawi serta tempat makan dan kedai-kedai diharap dapat memudahkan jemaah haji mengerjakan ibadah dengan sebaik-baiknya.
  
Tabung Haji akan memastikan kesemua 22,320 jemaah haji tahun ini akan dapat mengerjakan haji mereka dengan sebaik mungkin, termasuk berwukuf di Arafah, katanya.
  
Beliau berkata, Tabung Haji setiap tahun akan mengenalpasti  jemaah warga emas yang memerlukan bantuan terutama di Arafah dan akan menyediakan seorang petugas bagi setiap warga emas yang dikenalpasti memerlukannya.  - Bernama

Asyraf Wajdi tolak spekulasi calon BN

Posted: 27 Aug 2014 04:00 AM PDT


Asyraf Wajdi melukis mural di dinding Pejabat Penerangan Kota Bharu sempena kedatangannya bagi mengisi slot Bicara Tokoh Program Semarak Merdeka Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Kota Bharu, semalam. Asyraf Wajdi melukis mural di dinding Pejabat Penerangan Kota Bharu sempena kedatangannya bagi mengisi slot Bicara Tokoh Program Semarak Merdeka Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Kota Bharu, semalam.
KOTA BHARU - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menolak spekulasi mengaitkan dirinya sebagai calon PRK Dun Pengkalan Kubor, sebaliknya lebih menumpukan agenda meneruskan legasi bekas Adunnya, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar.

Menurutnya, isu calon tidak perlu dibahaskan di khalayak, yang penting calon mestilah mampu membawa kemenangan kepada BN.

Beliau juga mahukan individu yang dicalonkan itu meneruskan kesinambungan perjuangan Allahyarham Noor Zahidi.

"Ia spekulasi yang tak perlu saya panjangkan kerana sebagaimana yang diketahui, saya kini Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan baharu dua bulan dilantik sebagai senator.

"Nama saya tidak sepatutnya timbul dalam formula atau perkiraan untuk menjadi calon.

"Bagaimanapun sebagai Pengerusi Biro Agama Umno negeri dan Ahli Majlis Tertinggi Umno, saya akan pastikan kerusi Dun Pengkalan Kubor diteruskan calon (BN) yang bakal ditentukan presiden parti," katanya.

Asyraf Wajdi yang juga Ahli Dewan Negara memberitahu, pembangkang sama ada Pas atau PKR seharusnya memberi laluan kepada Umno dan BN untuk menghabiskan tempoh pentadbiran yang tidak sampai tiga tahun jika benar mereka sebuah parti yang bermaruah.

"Ia bukan sahaja dapat mengurangkan kos, bahkan boleh menjadi model kepada politik baharu, malah mampu menepis polemik tidak sihat menjelang pilihan raya," katanya.

Asyraf Wajdi  pernah bertanding  merebut kerusi Parlimen Tumpat pada PRU12 tetapi tewas kepada bekas Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamaruddin Jaafar.

Lapan lagi jenazah MH17 pulang Selasa ini

Posted: 27 Aug 2014 03:56 AM PDT

SINAR HARIAN


mh17
 
 
 
KUALA LUMPUR - Lapan lagi jenazah - tujuh rakyat Malaysia, seorang warga Belanda - mangsa tragedi MH17 akan dibawa pulang ke tanah air Selasa ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, istiadat penghormatan jenazah akan diadakan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada hari yang sama.

Ketika ini, lapan jenazah berkenaan sedang melalui proses dokumentasi di Amsterdam, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Maklumat terperinci lapan jenazah itu akan dimaklumkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selepas mempengerusikan mesyuarat
Jawatankuasa Koordinasi Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 yang dijadualkan Isnin ini, katanya.

"Kepulangan tujuh lagi jenazah warga tempatan itu bermakna kesemua 31 jenazah rakyat Malaysia yang telah dikenal pasti sebelum ini telah dan akan dibawa pulang ke tanah air," katanya.

Setakat ini, 24 jenazah rakyat Malaysia telah dibawa pulang ke tanah air sejak Jumaat lepas.

Muhyiddin berkata, pihak kerajaan berharap agar semua pihak termasuk media dapat menghormati kesedihan yang dirasai keluarga mangsa tragedi MH17 seterusnya menjaga privasi dan sensitiviti mereka.

Pada Jumaat lepas, kumpulan pertama 20 jenazah warga Malaysia yang melibatkan 11 penumpang dan sembilan anak kapal dibawa pulang dari Amsterdam dengan sebuah pesawat khas.

Satu lagi jenazah tiba pada Sabtu lepas manakala tiga jenazah tiba keesokannya.

Dalam perkembangan sama, Muhyiddin turut memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah berusaha untuk memastikan pasukan penyiasat dan pihak keselamatan Malaysia dibenarkan kembali memasuki kawasan nahas bagi menjalankan tugasan yang belum selesai khususnya dalam mencari mayat yang masih belum ditemui.

"Dalam menangani tragedi ini, kerajaan Malaysia amat konsisten bahawa pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat mesti dibawa ke muka pengadilan dan menerima hukuman yang sekeras-kerasnya," katanya.

Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai.

Sebanyak 43 daripada mereka adalah warga Malaysia.

Laporan media sebelum ini melaporkan jenazah warga Belanda itu dibawa ke Malaysia atas permintaan keluarga mangsa yang mahukan jenazah itu disemadikan di negara ini. - Bernama

PAS akan hantar lebih dari satu nama

Posted: 27 Aug 2014 03:43 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


PAS akan mempersembahkan tidak kurang dari dua nama kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai calon menteri besar yang baru.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, ia sebagai menghormati dan menjunjung titah baginda melalui kenyataannya semalam, lapor Harakahdaily.

"PAS menghormati titah Tuanku dan kita akan menghantar tidak kurang dari dua nama," beliau dipetik sebagai berkata kepada akhbar web PAS itu.

Bagaimanapun menurut Mustafa lagi, PAS masih menunggu surat pemakluman rasmi daripada istana dan sebarang keputusan berhubung perkara itu akan dimuktamadkan selepas itu.

"Surat tersebut biasanya ada dinyatakan deadline (tarikh akhir). Kita akan respons selepas mendapat surat tersebut.

"Saya tak fikir perlu mesyuarat (jawatankuasa Pusat) yang baru. Kita sudah ada gambaran daripada mesyuarat sebelum ini.

"Apapun perbincangan tak rasmi kita akan buat untuk mendapatkan pandangan," katanya lagi seperti dilaporkan akhbar itu.

Berbeza dengan PKR & DAP

PAS sebelum ini mencadangkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali di samping presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail tetapi Pakatan akhirnya memutuskan menerima Azizah sahaja.

Langkah PAS untuk mencadangkan tidak kurang daripada dua nama itu berbeza dengan pendirian dua lagi rakannya dalam Pakatan – PKR dan DAP – yang hanya mencalonkan Azizah.

Menurut kenyataan bersama PKR dan DAP semalam, tindakan itu diambil sejajar dengan konvensyen pencalonan menteri besar pada 2013 dan mengambil kira titah sultan Selangor.

Menurut mereka, istana tahun lalu meminta lebih daripada satu nama tetapi mereka hanya menamakan Khalid dan akhirnya diperkenan sultan.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagaimanapun berkata perkara itu tidak "tepat kerana" dan Pakatan tidak hanya mencalonkan satu nama, iaitu dirinya semata-mata, sebagai menteri besar Selangor kepada istana selepas pilihan raya umum tahun lalu.

Rundingan gagal, pekerja bakar kilang di Kulai

Posted: 27 Aug 2014 03:41 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Kes keganasan yang dilakukan kumpulan pekerja sebuah kilang di Kulai, Johor semalam bertambah buruk pada malam tadi sehingga menyebabkan sebahagian dari struktur bangunan tersebut musnah terbakar.

Kejadian itu berlaku selepas rundingan di antara pekerja dan juga pihak pengurusan menemui jalan buntu.

Menurut polis, seramai 44 orang pekerja, kebanyakannya warga Nepal, ditahan susulan dua kejadian merusuh yang bermula pada jam 10 pagi semalam dengan perbuatan membakar sebuah kereta.

Dalam kejadian malam tadi, para pekerja berkenaan seterusnya membakar tiga buah bangunan milik syarikat elektronik yang disenaraikan di bursa saham, termasuk stor kilang tersebut pada kira-kira jam 8 pagi.

Kebakaran, tersebut berjaya dipadamkan oleh pasukan bomba pada jam 10.05 pagi. Tiada kecederaan dilaporkan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulaijaya, DSP Mohad Idris Samsuri berkata, seramai 13 orang ditahan dalam kejadian terdahulu.

Mereka ditahan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan, berhubung kesalahan memiliki senjata maut dalam rusuhan.

"Buat masa ini, pekerja berkenaan direman dan tindakan akan diambil seperti dibincangankan dengan kedutaan (Nepal)," katanya.

Mohd Idris berkata polis turut menguruskan pertemuan dengan wakil pekerja yang ditahan dan juga pengurusan syarikat, dengan kehadiran pegawai kedutaan sebagai orang tengah dan jurubahasa.

Katanya, rusuhan kedua bermula pada kira-kira jam 4 petang selepas perbincangan dengan pekerja dan pengurusan "tidak dapat dikawal".

Kilang tutup operasi

Katanya, pihak pengurusan hanya bersetuju untuk memberikan pekerjs satu hari cuti, dan tidak akan memenuhi tuntutan lain.

Sementara itu, setiausaha Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, K Mohanadas berkata, para pekerja itu mengadu kerana tidak mendapat akses perubatan selain keadaan tempat tinggal dan tempat kerja yang teruk.

Syarikat terlibat pula, JCY International Berhad dalam satu kenyataan di Bursa Malaysia mengesahkan bahawa kebakaran dan rusuhan pekerja itu berlaku di kilang milik anak syarikatnya, JCY HDD Technology Sdn Bhd.

"Bagaimanapun, tiada kerosakan teruk pada kilang milik syarikat dan anak syarikat itu," kenyataan itu ahli lembaga syarikat dipetik.

Kenyataan oleh ahli lembaga syarikat tersebut menyebut, kes berkenaan menyebabkan operasi kilang tersebut dihentikan buat sementara.

Perjanjian air S'gor akan dikuat kuasa

Posted: 27 Aug 2014 03:38 AM PDT

MALAYSIAKINI



 


Perjanjian Penstrukturan Semula Konsesi Air di Selangor bakal dimeterai tidak lama lagi kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menteri besar Selangor itu turut mengesahkan perjanjian itu sekiranya ditandatangani kelak akan dikuatkuasakan dengan sepenuhnya walaupun beliau bukan lagi menteri besar.

"Semua perjanjian antara kerajaan negeri dan persekutuan akan dikuatkuasakan," kata beliau dalam sidang media mesyuarat Exco hari ini.

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan negeri Selangor pada 2 Ogos lalu menandatangani perjanjian dasar Induk berhubung penstrukturan semula industri bekalan air dan penyelesaian jangka panjang isu air di Selangor.

Perjanjian tersebut ditandatangani Khalid dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mewakili kerajaan persekutuan.

Perjanjian berkenaan adalah lanjutan kepada perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani kedua-dua pihak pada 26 Februari berkaitan pembinaan loji rawatan di Hulu Langat Selangor.

Jumpa menteri petang ini

Sementara itu Khalid mendedahkan beliau akan menemui Ongkili petang ini bagi membincang keputusan terakhir ketiga-kiga syarikat konsesi yang bersetuju dengan tawaran pengambilalihan bernilai RM 9.65 bilion oleh kerajaan Selangor.

Ketiga-tiga syarikat itu iaitu, Puncak Niaga Sdn Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas)dan Konsortium Abbass Sdn Bhd (Abbas) telah pun bersetuju dengan tawaran yang diterima tetapi belum menandatangani perjanjian hitam putih untuk diserahkan di bawah pentadbiran baru.

Satu lagi iaitu Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash) pula menolak tawaran tersebut.

"Kita membincangkan tiga syarikat konsesi yang telah terima tawaran dan bincangkan langkah mengambil alih Splash mengikut WSIA (Akta Perkhidmaran dan Insdustri Air).

Pengambilalihan itu kemudiannya diletakkan di bawah satu syarikat konsortium air iaitu Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), syarikat milik penuh kerajaan Selangor.

Sebelum ini Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) berkata Perjanjian dasar induk penstrukturan semula air Selangor tidak akan terjejas walaupun tanpa penyertaan Splash.

Bernama pada 5 Ogos melaporkan Ketua Pegawai Eksekuti PAAB, Datuk Ahmad Faizal Abdul Rahman berkata, Splash hanya menguruskan satu loji rawatan air berbanding Puncak Niaga ‎Holdings Bhd yang menguruskan 27 loji rawatan, manakala SYABAS pula menyalurkan air ke semua kawasan di Selangor.

Anwar enggan dedah MP berpaling tadah

Posted: 27 Aug 2014 03:33 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mendedahkan nama para MP yang didakwa setuju berpaling tadah untuk membantu Pakatan Rakyat membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum 2008.

Anwar ditanya beberapa kali oleh peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah untuk mendedahkan senarai nama yang didakwa diperolehi oleh ketua pembangkang itu untuk meraih majoriti bagi membentuk kerajaan persekutuan.

MP Permatang Pauh tersebut pada awalnya enggan menjawab soalan berkenaan, susulan bantahan oleh peguamnya, Razlan Hadri Zulkifli, yang berkata soalan tersebut tidak berkaitan.

Anwar ditanya mengenai perkara itu dalam pendengaran kes saman Anwar ke atas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Pesuruhajaya Kehakiman, Siti Khadijah Hassan Badjenid bagaimanapun berpendapat soalan itu adil dan mengarahkan Anwar menjawabnya.

Shafee seterusnya berkata soalan itu bagi menguji kewibawaan Anwar memandangkan ketua pembangkang tersebut memfailkan saman berkenaan dan tampil di kandang saksi.

Anwar bagaimanapun menjawab bahawa ujian ke atas kewibawaannya berhubung perkara itu perlu dibuat di Parlimen dan bukannya di mahkamah.

"Kami menulis surat kepada Parlimen bahawa kami mahu mengemukakan usul tidak percaya ke atas perdana menteri pada waktu itu (Tun Abdullah Ahmad Badawi).

"Saya tidak akan bertindak demikian sekiranya tiada jumlanya (ahli parlimen yang menyokong). Ujiannya bukan di mahkamah tetapi di Parlimen," katanya lagi.

Siti Khadijah bagaimanapun enggan menerima jawapan tersebut dan memaksa Anwar memberi jawapan.

Shafee: Boleh anda kemukakan senarai 40 orang MP yang bersimpati, yang perlu ke Taipei (Taiwan)?

Anwar: Tidak. Saya tidak akan kemukakannya kerana ia amat tidak beretika!

Bas ekspres rempuh treler

Posted: 26 Aug 2014 05:10 PM PDT


Bas ekspres yang dalam perjalanan ke Kamunting remuk teruk selepas merempuh belakang sebuah treler di KM 304.1 Lebuhraya Plus arah utara, semalam. Gambar kecil: Mansor Bas ekspres yang dalam perjalanan ke Kamunting remuk teruk selepas merempuh belakang sebuah treler di KM 304.1 Lebuhraya Plus arah utara, semalam. Gambar kecil: Mansor
 
 
 
KAMPAR – "Saya tak tahu bila kemalangan berlaku, sedar-sedar badan dah tergolek di lantai bas," kata pemandu kedua sebuah bas ekspres yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer (KM) 304.1 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara berhampiran Gua Tempurung, semalam.

Dalam kejadian jam 5.55 pagi itu, bas membawa sembilan penumpang dari Johor ke Kamunting, Taiping itu dikatakan hilang kawalan ketika melalui selekoh sebelum merempuh belakang sebuah treler membawa muatan seramik.

Insiden menyebabkan pemandu bas, Mansor Shaari, 54, maut di tempat kejadian akibat tersepit, bagaimanapun sembilan penumpang lain terselamat dan hanya cedera ringan.

Wan Afzan Mizan, 35, ketika ditemui di unit kecemasan dan trauma Hospital Kampar berkata, ketika nahas berlaku, dia berada di bahagian belakang bas untuk lelap seketika.

Menurutnya, kebanyakan penumpang ketika itu, tidur kerana kepenatan menempuh perjalanan panjang.

"Tahu-tahu saja badan saya sudah tergolek di lantai bas, ada beberapa penumpang yang panik dan mula menangis bila nahas berlaku," katanya yang mengalami luka di beberapa  anggota badan.

Bas berkenaan berlepas dari Johor jam 11 malam sebelum menurunkan penumpang di Kuala Lumpur. Kesemua baki penumpang itu  dijadualkan dihantar ke perhentian akhir di Kamunting, Taiping kira-kira jam 8 pagi.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, rempuhan kuat menyebabkan bahagian hadapan bas remuk teruk.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, semua yang cedera dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan," katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan faktor cuaca dan keadaan jalan licin akibat hujan menyebabkan nahas berlaku.

"Buat masa ini tiada tangkapan dibuat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sementara itu, rakan sekerja mangsa maut, Shahiran Pakechil, 47, memaklumkan, sebelum memulakan perjalanan, mereka sempat berbual panjang, namun Allahyarham menolak ajakan minum bersama kerana mengadu sakit gigi.

"Kami sempat berbual-bual, tak sangka hari ni dia dah tak ada, semalam (kelmarin) arwah nampak ceria sahaja, macam biasa, terasa macam mimpi," katanya.

Shahiran berkata, arwah seorang pesara tentera sudah berkhidmat selama14 tahun sebagai pemandu bas dans eorang yang tegas dan mementingkan peraturan terutama ketika bertugas.

Adik mangsa, Shahrizal, 38, berkata, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di kampung halaman di Alor Setar, Kedah.

"Isteri dan empat anaknya ada di Perlis, tapi setiap kali cuti, mereka akan pulang ke kampung di Kedah, kali terakhir kami bertemu pada Selasa minggu lalu ketika mereka pulang ke kampung," katanya.

Apakah Hud-hud Yang Tidak Wala Kepada Sulaiman Maka Ia Harus Disembelih?

Posted: 26 Aug 2014 05:06 PM PDT

KELAB GREENBOC



 

Dewan Ulama gesa 2 Adun dipecat

KUALA TERENGGANU - Selepas Pas Terengganu mendesak dua Adun Selangor dipecat, Dewan Ulama Pas Negeri Terengganu pula tampil mendesak tindakan sama terhadap Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin.

Desakan terhadap keduanya yang dianggap membelakangi parti itu, merupakan usul dibentangkan timbalan ketuanya, Dr Abu Bakar Abdullah dalam Muktamar Dewan Ulama Pas Terengganu.

Menurutnya, siasatan perlu dijalankan dan jika didapati bersalah kedua-duanya perlu dipecat keahlian berdasarkan Perlembagaan Pas Fasal 82(6)(d).

"Dua Adun Pas (Hulu Kelang dan Morib) bertindak membelakangi keputusan parti dalam isu Menteri Besar Selangor, selain mencabar parti dengan kesediaan untuk diambil apa-apa tindakan," katanya di Markas Tarbiah Pas Kuala Terengganu di Kuala Ibai, di sini.

Selain tindakan terhadap dua Adun terbabit, Dewan Ulama Pas negeri turut meminta tindakan tatatertib diambil terhadap beberapa pemimpin Pas lain yang membelakangi adab berjemaah terutama dalam mengeluarkan kenyataan berhubung kontroversi Menteri Besar Selangor, baru-baru ini.

Jelasnya, dalam kalangan pemimpin Pas ada yang menyanggah presiden parti dengan menganggap kenyataan presiden bukan mewakili parti sebaliknya peribadi.

"Kedua, mereka mengkritik kenyataan presiden parti secara terbuka di khalayak ramai dan melalui media dengan mencabar parti serta kesediaan mereka diambil tindakan.

"Ketiga, mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulama yang merupakan badan tertinggi parti," katanya.

Beliau berkata, bagi kesalahan tersebut, mana-mana pemimpin yang didapati bersalah boleh diambil tindakan berdasarkan Perlembagaan Pas fasal 82 (6) (b) iaitu hak mereka dalam parti dilucutkan.

Usul itu kemudian, disokong dan diluluskan kesemua 64 perwakilan dari lapan kawasan Parlimen di negeri ini dalam Muktamar Dewan Ulama Pas Terengganu.

Abu Bakar berkata, tindakan seumpama itu tidak boleh dibiarkan sama sekali kerana dikhuatiri berulang dan memberi ruang kepada yang lain melakukan tindakan sama.

"Keadaan ini tentu membawa kemudaratan dan kerosakan kepada parti serta bercanggah dengan thiqah, taat dan wala' kepada pimpinan dan parti selama mana ia tidak bercanggah dengan syarak serta Perlembagaan parti," katanya. -SH

ULASAN GB

Kalau nak diambil tindakan disiplin kepada 2 orang ADUN dan kesemua yang berbeza pendapat dengan Presiden PAS, maka ramailah nanti yang akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin. Kalau nak dipecat rasanya hampir tiga suku jumlah ahli PAS yang terlibat bermula dengan Timbalan presiden, lebih separuh AJK Tertinggi PAS Pusat dan tiga suku jumlah ahli biasa PAS.

Maka yang tinggal cuma geng ulama.

Sebab nak dipecat, membelakang adab jemaah, tak wala' katanya!

GB suka menjawab soal wala' ini kerana ramai yang menggunakan alasan ini untuk memecat ahli PAS.

Sila buka Al-Quran. Di sana ada kisah burung hud-hud yang menyalahi adab jemaah Nabi Allah Sulaiman.

Pada satu ketika, Nabi Sulaiman A.S mengumpulkan seluruh pengikut-pengikutnya dan memeriksa mereka baik dari kalangan manusia, jin dan haiwan. Sesudah diteliti, ternyata burung Hud-Hud didapati tidak hadir sehingga menyebabkan Nabi Sulaiman A.S murka kepada Hud-Hud dan bertekad akan menyembelihnya sebagai hukuman.


"Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberat-beratnya, atau aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang nyata (yang membuktikan sebab-sebab ia tidak hadir)." (An Naml:21)

Sekali imbas ancaman yang dituturkan oleh Nabi Sulaiman A.S kepada Hud-Hud tersebut adalah amat menggerunkan, apalagi jika ucapan tersebut ditujukan kepada manusia yang tidak mengikut katanya. Seolah-olahnya Nabi Sulaiman mengeluarkan 'pekeliling surat pecat serta merta' kepada Hud-Hud, tetapi sambungan ayat selanjutnya menyerlahkan sisi lain yang walaupun disampaikan dalam keadaan murka, namun rasional masih menguasai diri Nabi Sulaiman, "...Kecuali jika dia datang kepadaku dengan alasan yang jelas".

Tidak lama kemudian, Hud-Hud datang menghadap Nabi Sulaiman dengan penuh pengaduan, menjelaskan sebab-musabab beliau tidak beratur menyertai jemaah yang diwajibkan oleh Baginda Sulaiman.

Hud-Hud menjelaskan kepada Baginda bahawa ia terserempak dengan seorang wanita bernama Balqis, seorang ratu kerajaan Saba' yang memiliki singgahsana yang besar, tetapi malangnya ratu tersebut tidak beriman dan tunduk kepada Allah Taala. Pengaduan Hud-Hud diterima oleh Nabi Sulaiman, lantas Baginda mengarahkan Hud-Hud untuk menyiasat perkara itu dan membawa surat perutusan dari Baginda.

Nabi Sulaiman a.s mengutuskan surat kepada Ratu Balqis untuk mengajaknya memeluk islam dan dipendekkan cerita akhirnya Ratu Balqis akur dan memeluk isalm dengan hati terbuka. Menurut sebahagian ahli tafsir dan ahli sejarah nabi-nabi, bahawa Nabi Sulaiman akhirnya berkahwin dengan Balqis dan dari perkahwinannya itu lahirlah seorang putera.

Apakah Nabi Sulaiman terus menangkap dan menyembelih burung hud-hud tersebut sekalipun hud-hud itu tidak mengikut adab jemaah untuk patuh supaya berhimpun di depannya?

Apakah dua orang ADUN yang tidak patuh kepada Presiden terus hendak dipecat sedangkan kedua-dua ADUN itulah yang menyelamatkan Pakatan Rakyat yang jika tanpa mereka PR tidak mempunyai bilangan ADUN yang mencukupi bagi menamatkan krisis MB Selangor waktu itu?

Adun Hulu Klang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin terpaksa membuat "ijtihad" (keputusan) peribadi untuk menyelamatkan PR walaupun PAS hanya membuat keputusan rasmi mengenai isu tersebut dalam mesyuarat 17 Ogos, dan keputusan 17 Ogos itu juga berpihak kepada kedua-dua ADUN berkenaan.

Dua Adun PAS ini membuka pintu untuk peralihan kuasa tatkala Selangor mengalami kebuntuan dalam krisis menteri besar dan Khalid yang pada ketika itu sudah dipecat daripada partinya.

Ada yang beranggapan kerana kedua-dua ADUN bertindak lebih awal daripada Jawatankuasa PAS Pusat. Jika demikian apa masalahnya? Burung hud-hud tadi bertindak lebih awal daripada sekalian makhluk Allah yang ada di depan Nabi Sulaiman, tidak beratur dan tidak ikut adab jemaah, membawakan perkhabaran dan berita besar Nabi Sulaiman TIDAK pula menyalahkan tindakan hud-hud berkenaan malah menyuruh pula burung itu menjadi "posmen" diantaranya dengan Ratu Balqis.

Dua ADUN PAS membawa perkhabaran bahawa ADUN-ADUN PKR & DAP telah bersetuju mencalonkan Wan Azizah, dan demi menjaga kesepakatan Pakatan Rakyat kedua-dua ADUN itu merasakan perlu untuk mereka bersama-sama rakan-rakan di dalam PKR dan DAP berkenaan. Bukankah menjadi matlamat PAS juga untuk mempastikan PR utuh dan kukuh sepertimana Deklarasi 17 Ogos?

Dimana logiknya hendak dikenakan tindakan ke atas kedua-dua ADUN berkenaan?

Ada masanya terutama di waktu-waktu kritikal "adab jemaah" perlu ditinggalkan terutama apabila berdepan dengan keadaan mendesak. Itulah prinsip orang berakal. Bukan si bebal.

Tidak mengapa. Pecatlah sesuka hati kamu. Ramai ahli yang bersedia untuk dipecat, termasuk GB, jika itu kemahuan kamu.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca



Kerana terlalu berpencak dan berkeris, akhirnya menikam diri sendiri

Posted: 26 Aug 2014 04:54 PM PDT

Tindakan Tuanku Sultan untuk menolak Wan Azizah sebagai pengganti Menteri Besar Selangor sambil meminta setiap parti dalam Pakatan Rakyat mencalonkan lebih dari dua nama calon memberi makna calon kehendak Anwar tidak diterima. Tetapi DAP sudah pasti tidak berkelayakan untuk mencalonkan sesiapa dari partinya kerana DAP tidak mempunyai calon berbangsa Melayu di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. DAP sesungguhnya adalah parti Cina walauipun bersyarah di sana sini mengakui parti itu sebagai parti berbilang kaum.

Dalam isu ini hanya PKR dan PAS sahaja yang layak untuk mengemukakan nama-nama calon kerana kedua-dua parti ini adalah parti-parti orang Melayu. Oleh kerana PKR dan DAP masih kekal dengan satu nama, iaitu Wan Azizah sahaja, maka yang akan mengemukakan calon lain hanyalah PAS. PKR tidak mahu akur dengan titah Tuanku untuk memberikan nama yang lain dari Wan Azizah. Maka parti mana yang mahu menerima titah Tuanku itu akan dipertimbangkan untuk menjadi pengganti kepada Khalid Ibrahim.

Situasi ini sangat menarik kerana PKR tidak akan mengemukan calon pilihan selain dari Wan Azizah, maka secara langsungnya PKR tidak akan dipertimbangkan untuk sesiapa menjadi Menteri Besar, pengganti Khalid Ibrahim. Di sini adalah garis penamat kepada 'Kajang Move' yang dikatakan adalah buah fikiran pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli dahulu.

Jika calon PAS tidak diterima oleh Pakatan Rakyat maka jalan terakhir ialah dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor dan diadakan pilihanraya negeri yang baru. Jika ini terjadi maka PKR adalah penyebab kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor dan tiada pilihan yang lain, melainkan DAP bertukar pendirian dan menyokong calon dari PAS. Itu sukar untuk terjadi kerana DAP lebih mendengar 'titah' Anwar Ibrahim yang mahukan Wan Azizah sebagai pengganti kepada Khalid bagi melangsungkan tindakan 'Kajang Move' tadi.

Sesungguhnya 'Kajang Move' itu telah mengecilkan padang permainan bagi PKR khususnya Anwar Ibrahim itu. Sekali gus keadaan ini meniruskan sokongan ramai terhadap Anwar Ibrahim, 'ibarat tali gasing, semakin ke hujung semakin menirus (kecil)'. Jika sokongan terhadap Anwar semakin kecil ia memberi makna yang Anwar semakin menghapiri hayat politiknya dan mana-mana parti atau mana-mana yang bersekongkol dengan Anwar dan hilang dalam 'oblivion' politik negara secara beransur-ansur.

Samada DAP masih mahu menghadapi risiko ini terpulang kepada parti itu. Bagi banyak pihak dari apa yang berlaku di Selangor ini, mana-mana pihak yang masih mahu bersama Anwar serta menumpang memikul bebannya sekali, adalah satu pendirian yang dikatakan 'berenang dan tenggelam bersama'.

Tetapi DAP akan membayar harga yang terlalu tinggi 'to swim and sink together' bersama PKR dan Anwar khususnya..Jika itu pilihan DAP maka DAP akan dikenang sebagai parti yang mempunyai setiakawan yang tinggi sehingga sanggup bersama kehilangan 'plot' perjuangan parti itu sendiri untuk bersama menjamah kuasa di Putrajaya yang selama ini yang dikeliurkan oleh parti itu.

Isu yang dihadapi oleh Selangor ini bukan sahaja dirasakan tempiasnya oleh PKR, tetapi tidak ramai yang sedar apa yang lain yang akan berlaku. Kecenderungan untuk DAP 'menjilat lukanya sendiri' secara sendirian akan dialami mereka kerana berpendirian 'sinking and swimming' bersama dengan PKR itu.

Hakikatnya mana-mana parti yang wujud diatas perpecahan rakyat seperti PKR ini, parti itu tidak akan kekal lama. Keadaan ini sudah mula terbau dengan perpecahan parti itu di setiap peringkat hasil dari pemilihan pimpinan parti itu yang baru sahaja selesai beberapa hari yang lepas sebelum kongress parti itu diadakan. Kekusutan dan masalah 'intra-party' yang dihadapi oleh PKR itu ditokok-tambah pula dengan masalah dan kerumitan 'inter-party' dalam Pakatan Rakyat, khususnya masalah parti itu dengan PAS.

Keadaan ini telah jelas membawa PKR kepada krisis keyakinan yang begitu serius dan akan terbongkar dalam masa yang tidak lama lagi. Krisis ini akan membawa padahnya sekali kepada DAP yang menganggotai Pakatan Rakyat itu. Tidak kita ketahui bagaimana DAP untuk mengelak dari tercalar dalam menghadapi krisis keyakinan terhadap Pakatan Rakyat khususnya PKR ini.

Itu sebabnya blog ini selalu mengingatkan semua samada satu-satu 'coalition' itu kekal lama atau sebaliknya bergantung kepada manusia yang memimpinnya. Pemimpin yang bermasalah tidak mungkin bertindak dengan betul dan tepat kerana pemimpin seperti ini akan menjadi beban kepada jemaah dan kumpulan yang dipimpinnya. Pemimpin itu sendiri akan bertindak mengikut apa yang perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah beliau.

Pemimpin seperti ini akan mendahului tindakannya untuk menyelesaikan masalah sendiri dan sebagai contoh 'Kajang Move' itu boleh dijadikan iktibarnya. 'Kajang Move' sudah terbukti dilakukan hanya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Anwar yang beliau sendiri merupakan penyebab masalahnya itu.

Akhirnya ini yang terjadi dan masalah dan isu Selangor sekarang merupakan 'pinnacle' terhadap masalah pucuk pimpinan Pakatan Rakyat itu sendiri. Tidak tentu pasal DAP dan PAS menjadi mangsa hasil dari tindakan melulu seorang individu yang bermasalah itu. Cita-cita tinggi yang tidak mungkin tercapai jika dinilai dari zahir dan adatnya. Kehendak Tuhan kita tidak tahu dan itu bukannya tahap makam kita untuk melihat secara makrifah apa yang akan terjadi di masa depan.

Pendeknya 'Kajang Move' itu bukan menambah peluang PR ke Putrajaya tetapi sebaliknya terbukti yang langkah itu merupakan satu tindakan menyempitkan jalan bagi PR untuk menghampiri Putrajaya selepas pilihanraya akan datang.

Sesungguhnya 'Kajang Move' itu merupakan satu tindakan yang 'unnecessary' dan yang membazirkan peluang untuk mencapai cita-cita ke Putrajaya. 'Yang dikejar tidak tercapai dan yang dikendung berciciran'.

'Terlalu berpencak dan berkeris, akhirnya menikam diri sendiri'. Jangan salahkan sesiapa cukuplah.

K'jaan jawab dakwaan berdagang dengan Israel

Posted: 26 Aug 2014 04:52 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Dasar Luar Negara Malaysia adalah tidak menjalin hubungan diplomatik dengan Israel.

Sejajar dengan dasar tersebut dan ditunjangi prinsip kemanusiaan dan keamanan dunia, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyokong sepenuhnya gesaan komuniti antarabangsa dalam mendesak agar kezaliman ke atas rakyat Palestin di Gaza dihentikan serta-merta.

Secara dasarnya juga, kerajaan Malaysia tidak menjalin hubungan ekonomi secara langsung dengan Israel.

Namun begitu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ingin memaklumkan bahawa kesemua pintu masuk ke Palestin dikawal oleh pihak berkuasa sempadan Israel kecuali di sempadan Mesir-Semenanjung Gaza, dan kerajaan Mesir hanya membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan, ubat-ubatan dan makanan ke Palestin melalui Rafah border crossing.

Oleh yang demikian, segala aktiviti perdagangan tidak langsung di antara Malaysia dan kawasan tersebut juga adalah untuk menyokong pembangunan ekonomi dan bantuan kemanusiaan rakyat Palestin.

Ini adalah kerana semua barangan eksport Malaysia ke Palestin dan wilayah Gaza terpaksa dibawa masuk melalui Pelabuhan Ashdod di wilayah Israel memandangkan Pelabuhan Gaza masih disekat oleh Israel.

Selain daripada itu, adalah difahamkan bahawa seramai 40,000 rakyat Palestin memasuki Israel setiap hari di mana seramai 30,000 adalah untuk bekerja manakala seramai 10,000 mendapat permit untuk bermalam di Israel.

Antara tujuan lain memasuki Israel termasuklah bagi mendapatkan bantuan perubatan dan melawat keluarga terdekat.

3 cara perdagangan

Berdasarkan pemerhatian Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, terdapat tiga cara perdagangan (mode of trade) dengan Israel.

Secara amalan rangkaian bekalan antarabangsa (global supply and value chain) syarikat-syarikat antarabangsa atau multinasional (MNCs);

  • Produk yang dihantar ke Palestin melalui Israel.
     
  • Eksport ke Israel tetapi berkemungkinan bukan secara langsung, tetapi dihantar dari negara-negara ketiga.
     
  • Berdasarkan perangkaan International Trade Center (ITC), bagi tahun 2013 Malaysia menduduki tangga ke-32 dalam senarai pengeksport ke Israel dan tangga ke-12 dalam senarai pengimport dari Israel.
Data yang dikeluarkan oleh ITC mencerminkan eksport mengikut country of origin, iaitu kemasukan barangan buatan Malaysia ke Israel melalui negara ketiga seperti Singapura dan Hong Kong yang turut direkodkan sebagai eksport dari Malaysia.

Cara merekod perdagangan seperti ini diamalkan oleh kebanyakan negara lain.

Amalan perdagangan antarabangsa hari ini ialah perniagaan dan pelaburan di Malaysia juga melibatkan syarikat-syarikat MNCs yang melabur dan beroperasi di negara ini melalui rangkaian bekalan antarabangsa (global supply and value chain) di mana banyak negara termasuk Israel merupakan sebahagian dari rangkaian tersebut.

Amalan perniagaan dan pelaburan antarabangsa ini adalah berada di luar kawalan kerajaan Malaysia.

Bagaimanapun, kewujudan amalan tersebut tidak menjejaskan pendirian dan ketegasan kerajaan Malaysia dalam menyokong seruan dan gesaan komuniti antarabangsa dalam mendesak agar kezaliman ke atas rakyat Palestin di Gaza dihentikan serta-merta.


DATUK SERI MUSTAPA MOHAMED menteri perdagangan antarabangsa dan industri

Kerja awal lebuh raya Machang-Krai mula esok

Posted: 26 Aug 2014 04:40 PM PDT

MOHD NOR YAHYA 






KOTA BHARU: Selepas kira-kira dua tahun projek lebuh raya rakyat Kota Bharu-Kuala Krai diuar-uarkan, esok kerja-kerja awal akan dimulakan.

Majlis masuk tapak akan diadakan di Bukit Bakar, Machang dirasmikan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakub.

Program itu dimulakan dengan solat hajat dan turut diadakan jamuan rakyat.

Manakala hari ini perjanjian usahasama antara Kelkon Sdn Bhd dan AFC Plus Sdn Bhd bagi membina Lebuh raya Machang-Kuala Krai sejauh 30.5 km diadakan di Bilik Gerakan Negeri. (Foto atas)

Hadir sama menyaksikan majlis bersejarah itu Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Maklumat, Datuk Hanifa Ahmad.

Turut hadir Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Kazin Nik Yusof dan Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Dr Wan Zawawi Wan Ismail.

Pada majlis menandatangani perjanjian itu Kelkon Sdn Bhd diwakili pengerusinya Wan Ismail Wan Jusoh, manakala AFC Plus Sdn Bhd diwakili pengerusinya, Laksamana Pertama (B) Datuk Pahlawan Ibrahim Md Jawi.

Projek lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai diusahakan kerajaan negeri selepas diketepikan kerajaan pusat sejak 1986.

Pecah tanah projek berkenaan dilakukan pada akhir Mei 2012 disempurnakan mantan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ekoran kesungguhan dilakukan kerajaan negeri, akhirnya pada 1 April lalu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melakukan pecah tanah projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai di Kampung Tiong, Kota Bharu.

Projek di bawah kerajaan persekutuan sejauh 7 km dari Pasir Hor ke Kadok dianggar membabitkan kos hampir RM170 juta. Ia dijangka siap pada April 2017. - HARAKAHDAILY

Muktamar: Tunggu pasang khemah, terima tetamu

Posted: 26 Aug 2014 04:38 PM PDT

ANIS NAZRI


KUALA LUMPUR: PAS Johor bersedia menyambut kedatangan para pemimpin, perwakilan, pemerhati dan ahli-ahli parti itu dari seluruh negara bagi menghadiri Muktamar Tahunan PAS kali ke-60.

Pesuruhjaya PAS Johor, Aminolhuda Hassan, berkata sebagai tuan rumah segala persiapan berkaitan muktamar yang akan berlangsung tidak lama lagi sudah diselesaikan hampir 90 peratus.

"Alhamdulillah, boleh dikatakan segala persiapan berkaitan muktamar sudah diselesaikan. Hanya tunggu hari untuk memasang khemah dan menerima tetamu dari seluruh negara sahaja lagi," kata beliau kepada Harakahdaily.

Menyentuh soal tapak program dan kebenaran pihak berkaitan, Aminolhuda berkata perkara berkaitan itu juga telah diselesaikan dengan pihak polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Biarpun muktamar kali ini merupakan muktamar pertama yang diadakan di negeri bukan pentadbiran Pakatan Rakyat, ia tidak melunturkan semangat urusetia yang dipertanggungjawabkan untuk menjayakan program tersebut.

"Setakat ini, semuanya berjalan lancar. Tiada sebarang masalah. Kita sudah siap buku cenderamata, penginapan, penempatan, gerai-gerai, permit dan sebagainya," kata beliau.

Muktamar PAS tahun ini akan berlangsung di Taman Sutera Utama, Skudai, 18 hingga 20 September akan datang.

Manakala, muktamar bagi dewan-dewan pula iaitu Dewan Pemuda, Dewan Ulama dan Dewan Muslimat akan bermula 16 hingga 17 September dan ketiga-tiganya akan berlangsung di lokasi berbeza.

Muktamar Dewan Muslimat akan berlangsung di tapak yang sama dengan Muktamar PAS Pusat di Taman Sutera Utama, sementara Muktamar Dewan Ulama akan diadakan di sebuah hotel di  Kulai.

Bagi Dewan Pemuda pula, muktamarnya akan diadakan di Dewan Chong Moi, Kota Tinggi. - HARAKAHDAILY

PKR adakan sidang tergempar bincang titah Sultan

Posted: 26 Aug 2014 04:35 PM PDT


Datuk Saifuddin Nasution Ismail Datuk Saifuddin Nasution Ismail
 
 
 
SHAH ALAM - PKR hari ini mengadakan sidang tergempar bagi membincangkan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu Pakatan Rakyat mencadangkan lebih dua nama sebagai calon jawatan itu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail ketika dihubungi oleh Sinar Harian Online sebentar tadi memaklumkan perkara tersebut.

"Kita tengah bersidang. Kita akan respon kenyataan itu, selepas perbincangan ini," katanya.

Dalam pada itu cubaan Sinar Harian Online untuk mendapatkan respon daripada Pas dan DAP tidak berjaya apabila panggilan telefon tidak berjawab.

Petang tadi menyaksikan  Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyembah maklum untuk meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor.

Namun Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan penerimaan peletakan jawatan oleh Abdul Khalid sementara pelantikan menteri besar yang baharu ditetapkan.

PKR yang pada awalnya dijadual mengadakan sidang media jam 8.30 malam ini bersabit perkembangan terbaru ini tiba-tiba membatalkannya setengah jam kemudian

Jawatan MB: Pas akan kemuka calon

Posted: 26 Aug 2014 04:34 PM PDT


Mohd Khairuddin Othman Mohd Khairuddin Othman
 
 
 
SHAH ALAM - Pas Selangor menyambut baik titah sultan yang meminta PR mencadangkan lebih dua calon bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar yang baharu.

Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, selaras dengan titah baginda, pihaknya akan mencadangkan nama yang dirasakan layak untuk menyandang jawatan itu.

"Pandangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah sangat konsisten dengan titah tuanku dan kita yakin rakyat di negeri Selangor juga menyambut baik titah tuanku," katanya menerusi sebuah kenyataan hari ini.

Menurut Khairuddin lagi, pihaknya yakin bahawa cadangan nama calon yang akan dikemukakan kelak oleh ketiga-tiga parti akan mendapat perkenan pihak Istana.

Terdahulu, Pas menamakan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai calon menteri besar selain calon tunggal PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam pada itu beliau menegaskan, kesemua empat anggota Exco yang masih kekal akan terus berkhidmat demi memastikan pentadbiran bagi kerajaan dan rakyat negeri Selangor berjalan dengan lancar.

"Pihak kami akan terus mempertahankan PR dan kita serah sepenuhnya kepada Pas Pusat untuk menentukan calon yang terbaik bagi jawatan menteri besar tersebut," katanya lagi

Kerusi MB makin jauh dari Wan Azizah?

Posted: 26 Aug 2014 04:26 PM PDT

SINAR HARIAN

Wan Azizah Wan Ismail  

Wan Azizah Wan Ismail



KUALA LUMPUR - Titah Sultan Selangor yang mahukan PR mengemukakan lebih banyak nama calon menteri besar dilihat oleh penganalisis politik seolah-olah kerusi nombor satu di Selangor itu semakin jauh dari capaian Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sehubungan itu, PR perlu membaca perkembangan itu sebagai suatu isyarat tersirat berhubung jawatan yang menghangatkan landskap politik tanah air khususnya di Selangor itu.

Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hassan berkata daripada titah itu, PKR perlu meneliti semula pelan asal yang mahu menobatkan Dr Wan Azizah sebagai ketua eksekutif di negeri yang terkaya di negara ini.

Sekiranya PKR enggan berganjak daripada pelan asal mereka, kemungkinan  parti itu perlu berhadapan dengan cabaran yang lebih getir iaitu pembubaran Dewan Undangan Negeri untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri.

Sultan Selangor hari ini menitahkan Pas, PKR dan DAP masing-masing mengemukakan lebih dua nama calon menteri besar bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

"Berdasarkan titah itu, kita mungkin melihat pelan B daripada PR. Jika mereka bertegas dengan calon asal (Wan Azizah), Sultan mungkin menitahkan pilihan raya negeri dan adakah berbaloi untuk mereka mengambil risiko itu dalam keadaan rakyat jemu dengan krisis berpanjangan ini?," katanya kepada Bernama hari ini.

Azmi juga tidak menolak kemungkinan Menteri Besar Selangor yang baharu datang daripada Pas, memandangkan parti itu kini 'terpaksa' menamakan lebih dua calon, meskipun mempunyai 'perjanjian gentleman' dalam PR, supaya kerusi nombor satu negeri itu diberikan kepada PKR.

Ditanya sama ada pelantikan menteri besar daripada Pas akan 'meretakkan' hubungan Pas-PKR yang semakin rapuh ekoran krisis kerusi MB, Azmi menjelaskan bahawa PKR seharusnya bertindak matang dan terbuka dalam menerima titah Sultan.

"Pas tidak melanggar 'gentleman agreement' kerana ia adalah titah Sultan untuk setiap parti itu menamakan lebih dua calon dan tidak ada salahnya jika seorang MB dilantik daripada parti itu.

"PKR juga kena terima kerana mereka perlu ingat bahawa rancangan menyingkirkan Abdul Khalid bermula daripada Langkah Kajang yang kini bukan sahaja gagal, namun nampaknya telah memakan diri," katanya.
 
Azmi juga tidak menyifatkan tindakan Abdul Khalid ingin meletakkan jawatansebagai mengalah, namun melihatnya sebagai tindakan terpuji yang 'mengenepikan ego demi kelangsungan pentadbiran Selangor dan kepentingan rakyat'.
  
Dekan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata Abdul Khalid adalah 'mangsa politik' kerana tidak disabitkan kesalahan yang menyebabkan MB hilang kelayakan selain pemecatannya daripada mengangggotai parti juga masih belum 'sahih mengikut undang-undang'.
  
Beliau juga berpendapat krisis ini mungkin akan menyebabkan Abdul Khalid 'hilang minat dan keyakinan' terhadap politik, memandangkan beliau menghadapi 'episod gelap' dalam karier politiknya.
  
"Kita maklum Abdul Khalid jadi MB kerana mahu berkhidmat kepada masyarakat dan insiden ini mungkin akan menyebabkan beliau terkilan atau tidak berpuas hati kerana apa yang diimpikan beliau tidak boleh dilaksanakan akibat campur tangan pihak lain," katanya.
  
Ditanya sama ada kemelut kerusi MB Selangor akan selesai dalam tempoh terdekat dengan titah Sultan meminta lebih dua nama masing-masing daripada Pas, PKR dan DAP, Ahmad Marthada secara peribadi berpendapat krisis itu tidak akan selesai sepenuhnya.

"Sesetengah pihak nampak ia satu isyarat Sultan seolah-olah tidak mahu Wan Azizah, sedangkan PKR begitu mendesak. Jadi saya berasakan akan berlaku krisis antara Pas dan sekutunya PKR, apatah lagi PAS masih berdolak-dalik mengenai sokongan kepada Wan Azizah," katanya.
  
Sementara itu, penganalisis politik Dr Chandra Muzaffar berkata PR perlu sedar mereka tidak boleh terlalu bertegas mahu Wan Azizah menjawat jawatan menteri besar kerana Sultan berada di kedudukan yang lebih tinggi dalam tradisi pelantikan MB di negara ini.
  
"Kita perlu ingat bahawa penolakan calon sebagai MB pernah berlaku di Malaysia pada 2008 di Terengganu apabila nama yang dicalonkan parti politik tidak dipersetujui Sultan, yang terus melantik individu lain sebagai MB," katanya.
  
Justeru itu, Chandra melihat Sultan Selangor masih lagi bertoleransi dalam kemelut ini dan usaha itu seharusnya dihargai agar kepercayaan itu terus ada agar urusan pentadbiran berjalan lancar. - Bernama

Wan Azizah kekal calon tunggal PKR, DAP

Posted: 26 Aug 2014 04:22 PM PDT


Wan Azizah Wan Ismail  



SHAH ALAM - PKR dan DAP kekal dengan keputusan menamakan satu sahaja nama sebagai calon menteri besar iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor.

Menurut kenyataan media bersama itu, keputusan Sultan Selangor sejajar dengan konvensyen pelantikan menteri besar pada 2013 dan pada ketika itu, PR hanya menamakan satu nama sahaja.

"...parti-parti Pakatan Rakyat telah mencalonkan satu nama iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim untuk dipertimbangkan DYMM Tuanku Sultan Selangor dalam tahun 2013. Pencalonan ini diperkenankan dan diterimapakai oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor," ujar kenyataan itu.

PKR dan DAP memutuskan hanya menamakan Wan Azizah ekoran beliau sudah mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang Adun (termasuk dirinya sendiri).

Tiada ulasan: