Isnin, 25 Ogos 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


PAS bincang dengan PKR parti boleh menang

Posted: 25 Aug 2014 03:29 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata parti itu akan berbincang dengan PKR tentang parti mana yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil Pengkalan Kubor.

Menurutnya, faktor 'boleh menang' turut perlu dipertimbangkan walaupun kebiasaannya parti yang bertanding dalam pilihan raya umum akan turut bertanding dalam pilihan raya kecil di kerusi yang sama.

"Dalam pilihan raya kecil ini parti yang bertanding masa pilihanraya umum itu, dia akan bertanding bila pilihanraya kecil.

"Tetapi, tidak semestinya terikat begitu kalau ada satu keputusan baru dibuat berdasar faktor yg saya kata tadi, faktor 'boleh menang' tadi.

"Biasa dalam pilihan raya ini kita hendak menang.

"Jadi winnability ini salah satu faktor dan perlu kedua-duanya berbincang untuk mencari kata sepakat bagaimana yang terbaiklah utk mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS tengahari ini.

DUN Pengkalan Kubor kosong selepas penyandang, Datuk Noor Zahidi Omar dari meninggal dunia akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, 20 Ogos lalu.

PKR secara tradisinya bertanding di kerusi tersebut namun spekulasi PAS akan bertanding di situ dalam PRK mula bertiup apabila mengambil kira kedudukan kukuh PAS di Kelantan.

Cara atur Langkah Kajang wujudkan kemelut S'gor

Posted: 25 Aug 2014 03:26 AM PDT

 DR NASIR HASHIM

 

 
 
 
Parti Sosialis Malaysia (PSM) sesungguhnya yakin DYMM sultan Selangor akan, dengan kebijaksanaan baginda, menyanjung dan terus akur kepada perlembagaan negeri yang berpaksikan amalan demokrasi dan melantik menteri besar baru daripada parti yang mempunyai majoriti jelas dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kelayakan sama ada seorang calon itu sesuai memegang jawatan menteri besar seharusnya diserahkan kepada parti yang memiliki majoriti jelas dalam DUN.

Amalan demokrasi di Malaysia akan diperkasakan hanya jika semua pihak yang terlibat menghormati sistem Raja Berlembagaan yang menghadkan kuasa Raja kepada tugasan-tugasan tertentu .

Andaikata tidak ada majoriti jelas, satu persidangan khas DUN harus dipanggil untuk memilih menteri besar baru.

Dan jika DUN gagal menyelesaikan kemelut ini, maka satu pilihan raya negeri harus dipanggil untuk membolehkan rakyat mengundi parti dan seterusnya menteri besar dipilih secara amalan biasa.

Jawatankuasa Pusat PSM yang bermesyuarat pada 22 Ogos lalu berpendapat cara Pakatan Rakyat menangani krisis menteri besar amat mendukacitakan dan memalukan.

Tikam menikam

Sepatutnya tiga parti yang membentuk kerajaan di Selangor ini bermesyuarat terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan terbuka bersifat tikam menikam dan menjadikan proses membuat keputusan begitu sukar sekali.

PSM juga berpendapat cara PKR mengaturkan "Langkah Kajang" dan memilih bakal MB tanpa terlebih dahulu berbincang dengan rakan-rakan dalam PR turut menyumbangkan kepada kemelut krisis Menteri Besar Selangor.

"Langkah Kajang" yang dihebohkan pada awalnya sebagai satu langkah menghindar rampasan kuasa daripada BN juga nampaknya tidak masuk akal dan ia semakin jelas sebagai usaha menyelesaikan pergelutan kuasa dalam PKR.

PSM juga berpendapat Tan Sri Khalid Ibrahim seharusnya undur dan letak jawatan memandangkan beliau tidak lagi mendapat sokongan majoriti.

Namun kami juga berpendapat walaupun Khalid menjadi fokus utama, tetapi kepimpinan Pakatan juga harus bertanggungjawab atas calon-calon dan tingkah laku mereka.

Khalid ialah pilihan Pakatan sebagai calon menteri besar selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dan jika ia pilihan salah maka Pakatan harus bertanggungjawab.

'Tuduh dulu baru minta tunjuk sebab'

PSM juga berharap sebarang tuduhan ke atas Khalid dilakukan secara profesional dan tindakan diambil melalui proses perundangan dan bukan melalui kerenah "politik".

Sememangnya tidak profesional tindakan menyebarkan tuduhan rasuah terhadap menteri besar secara terbuka dan baru selepas itu memberikan surat tunjuk sebab.

Ini menggambarkan proses tidak baik kepada cara pemerintahan Pakatan yang hendak ke Putrajaya dan menjadi alternatif kepada BN.

Exco juga harus bertanggungjawab atas segala keputusan yang telah diambil bersama dan tidak boleh dengan sewenang-wenangnya mencuci tangan.

Mereka seharusnya lebih bertanggungjawab dan bukan sekadar melepaskan diri bercerita mengikut selera dan kehendak waktu.

Proses menewaskan BN di Selangor adalah keputusan berani oleh rakyat yang memilih kerajaan Pakatan.

Namun kepercayaan dan keyakinan ini tidak seharusnya dikhianati atas isu politik dalaman mahupun isu rebutan kuasa.


DR NASIR HASHIM pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM).
 

Apa akan jadi jika PKR tadbir Malaysia? soal Asri

Posted: 25 Aug 2014 03:13 AM PDT

OLEH MOHD FARHAN DARWIS


Melalui laman sosial Facebook DrMAZA.com miliknya, Asri yang kini berada di London membangkitkan persoalan situasi yang akan berlaku sekiranya PKR yang kini sedang berhadapan krisis menteri besar Selangor mentadbir Malaysia. – Gambar fail, 25 Ogos, 2014.
Melalui laman sosial Facebook DrMAZA.com miliknya, Asri yang kini berada di London membangkitkan persoalan situasi yang akan berlaku sekiranya PKR yang kini sedang berhadapan krisis menteri besar Selangor mentadbir Malaysia. – Gambar fail,



Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini membangkitkan persoalan situasi yang akan berlaku sekiranya PKR yang kini sedang berhadapan krisis menteri besar Selangor mentadbir Malaysia.

Melalui laman sosial Facebook DrMAZA.com miliknya, Asri yang kini berada di London berkata, pertanyaan berkenaan adalah persoalan yang bermain dalam fikiran rakyat biasa.

"Saya di London sudah hampir tiga minggu.  Saya hanya ikuti perkembangan politik dari Internet.

"Maaf, saya hanya tertanya diri saya: jika PKR yang seperti dalam keadaan sekarang menguasai negara apa akan terjadi?", kata Asri, di laman media sosial itu awal pagi tadi.

Beliau kemudiannya berkata, pengikut PKR tidak seharusnya marah dengan pertanyaan beliau, memandangkan ia adalah hak demokrasi setiap rakyat di negara ini.

 "Maaf ahli-ahli PKR ini soalan yang melintas dalam fikiran seorang rakyat marhaen.

"Jangan marah. Kita negara demokrasi, hak rakyat untuk berfikir dan bertanya," katanya. Status Facebook berkenaan setakat ini menerima 9,473 'Likes' dengan lebih 1,100 komen dan 425 perkongsian.

 Selangor kini berhadapan krisis untuk menukar Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana dikatakan sering membelakangkan parti dalam membuat keputusan.

 PKR memutuskan untuk menggantikan beliau dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Wan Azizah dikatakan menerima sokongan majoriti 30 ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor dari PKR dan DAP, dengan dua lagi Adun PAS yang menandatangani Akuan Bersumpah (SD).

 Khalid yang kini merupakan menteri besar dari blok Bebas mentadbir Selangor bersama empat anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) PAS.

 Beliau dijangka bertemu Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah esok bagi membincangkan kedudukannya sebagai menteri besar selepas PAS menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah untuk menjadi menteri besar.

Parti Islam itu sebelum ini menamakan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali selain Dr Wan Azizah, untuk menjadi menteri besar, namun Azmin menolak pencalonan tersebut.

MH17: Urusan bawa keluar satu lagi jenazah esok

Posted: 25 Aug 2014 03:06 AM PDT

KL TODAY




THE HAGUE – Urusan membawa keluar satu lagi jenazah warga Malaysia mangsa tragedi MH17 dari Kem Perubatan Tentera Hilversum dekat sini, akan bermula esok. Sumber berkata jenazah lelaki Islam itu dikenal pasti identitinya pada Jumaat lepas, namun proses membawa keluar hanya akan bermula esok kerana urusan pentadbiran dan formaliti tidak dijalankan pada hujung minggu.

"Kita akan cuba melalui proses membawa keluar pada Isnin. Kebiasaannya proses mengambil masa beberapa hari kerana banyak prosedur dan dokumentasi perlu dilakukan," katanya kepada Bernama.

Menurut Prosedur Operasi Standard, sebaik sahaja dikenal pasti jenazah adalah milik sesebuah negara sewaktu proses pengecaman dan identiti mangsa di Kem Perubatan Tentera Hilversum, jenazah kemudian perlu melalui lima proses penting.

Ini antaranya melibatkan proses mendapatkan sijil kematian, sijil perubatan, laporan bencana, permit kebenaran penghantaran jenazah dan surat persetujuan pegawai pendakwa raya Belanda bagi jenazah dikebumi atau dibakar.

Selesainya proses itu, jenazah kemudian dipindahkan ke rumah mayat Monuta Innemee, S-Gravenhage di sini, kira-kira 90km dari Hilversum untuk menjalani pengurusan jenazah mengikut kepercayaan agama masing-masing.

Sumber itu turut tidak menolak kemungkinan ada beberapa lagi jenazah akan diuruskan untuk dibawa balik serentak dengan jenazah lelaki itu bagi kumpulan ketiga namun enggan mengulas lanjut.


Sementara itu, seorang anggota keluarga kepada jenazah lelaki itu yang enggan dikenali berkata pihaknya bersyukur kerana jenazah anggota keluarga mereka telah dikenal pasti dan berharap dapat membawa pulang secepat mungkin.

Pada Jumaat, kumpulan pertama 20 jenazah yang melibatkan 11 penumpang dan sembilan anak kapal dibawa pulang dari Amsterdam dengan sebuah pesawat khas dan hari ini, kumpulan kedua melibatkan tiga mangsa tragedi itu tiba di tanah air.

Penerbangan MH17, yang membawa 289 penumpang termasuk 15 anak kapal, dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika terhempas di timur Ukraine, pada 17 Julai lepas.


Ia dipercayai ditembak jatuh namun sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.

Muhyiddin: Jadikan krisis politik Selangor pengajaran

Posted: 25 Aug 2014 03:03 AM PDT

 
Barisan Nasional sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dan berterusan dalam menyelesaikan isu rakyat khususnya berhubung krisis air


bn_300



KUALA LUMPUR: "Jadikan krisis politik di Selangor sebagai pengajaran agar Barisan Nasional (BN) menjadi parti yang lebih baik.

"Apa yang penting ialah BN sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dan berterusan dalam menyelesaikan isu rakyat khususnya krisis air di negeri Selangor," kata Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mengibaratkan perebutan jawatan menteri besar seperti sebuah 'drama yang panjang', Muhyiddin turut berkata Pakatan Rakyat (PR) tidak seharusnya membiarkan masalah berlarutan.

" Akan tetapi, kita tak mahu mengata mereka, mungkin ia satu pengajaran buat kita," ujarnya ringkas.

Krisis yang dilihat berpunca apabila Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat daripada PKR kerana enggan akur pada arahan parti supaya berundur.

Bagaimanapun, Abdul Khalid mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk meneruskan tugasnya sebagai menteri besar.

Tiada pertelingkahan antara PAS dan PKR di Terengganu

Posted: 25 Aug 2014 03:01 AM PDT

 
Mustafa Ali menegaskan hubungan antara kedua-dua parti dalam keadaan baik dan mesra dan sekiranya keadaan adalah sebaliknya, ia di luar pengetahuan beliau.


ali_300



KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan bahawa tiada apa-apa pertelingkahan yang berlaku antara PAS dan PKR di Terengganu.

Sebelum ini seorang perwakilan PKR Cabang Dungun, Azlan Che Mat mendakwa mereka seakan sudah mula hilang keyakinan kepada pimpinan rakan sekutunya iaitu PAS di negeri terbabit dan dikatakan kedua-dua parti berkenaan tidak mempunyai persefahaman lagi.

"Setahu saya hubungan kedua parti ini baik sahaja dan mesra. Yang kata tidak mesra itu saya tidak tahu," katanya ketika ditanya oleh pemberita dalam sidang media anjuran PAS.

Tambah beliau pilihan raya sudah setahun setengah berlalu dan sampai sekarang masih tidak ada apa-apa maklumat atau laporan berkenaan kenyataan daripada perwakilan PKR tersebut.

"Kalau beliau ada menyatakan pandangannya di Kongres PKR sebelum ini, dia (Azlan) harus memberitahu kepada saya.

"Jika saya ada menerima laporan tersebut, saya akan periksa. Namun saya tidak pernah mendapat laporan seperti yang didakwa Azlan," jelasnya.

Azlan sebelum ini turut mendakwa PKR Terengganu kini seperti sudah menjadi mangsa buli PAS. Beliau menyatakan pandangannya ketika membahaskan usul antarabangsa sempena Kongres Nasional PKR Ke-10.

Azlan turut menganggap PAS masih tidak bersedia untuk bersama dalam perjuangan Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat mahu bawa masuk Singapura

Posted: 25 Aug 2014 02:42 AM PDT

 
"Agenda sulung mereka adalah membawa kembali Singapura menyertai negara ini."


Umno Rembau meeting 02


SEREMBAN: Pengerusi Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, adalah tidak mustahil Singapura akan bergabung kembali dengan Malaysia sekiranya perjuangan Umno yang dibanggakan orang Melayu menemui titik noktah dan sekiranya kuasa politik dan pemerintahan negara tidak lagi dimiliki Umno.

"Kita jamin, selepas tiga hari pembangkang menang dan kerajaan baru ditubuhkan, mereka akan mengadakan mesyuarat kabinet pertama.

"Agenda sulung mereka adalah membawa kembali Singapura menyertai negara ini.

"Penggabungan itu tidak memerlukan pindaan perlembagaan, tetapi hanya memerlukan kelulusan jemaah menteri, sama seperti ketika Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj 'membuang' Singapura," katanya.

Mohamad berkata demikian ketika ucapan perasmian Persidangan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Rembau 2014; bertempat di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, semalam.

Mohamad yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata, penggabungan itu bakal menyaksikan kemasukan 89 kerusi Parlimen yang semuanya tidak menyokong orang Melayu.

"Carilah bagaimana cara untuk kita menandingi 89 kerusi Parlimen tersebut yang akan masuk bagaikan air sungai melimpah melepasi benteng dan akan membanjiri negara ini.

"Pada saat itu kita akan jadi orang yang tidak mempunyai hala tuju, di mana orang Melayu akan hancur kerana kehilangan tonggak dan tempat bergantung hidup.

"Riwayat orang Melayu akan tamat dengan berakhirnya Umno kerana untuk mengambil alih semula pemerintahan negara pada masa itu, ibarat 'jauh panggang dari api'.

"Kita tidak akan mampu lagi untuk mengadakan parlimen-parlimen yang pro kepada orang Melayu.

"Jadi sebelum ini berlaku, mari kita lakukan gerak kerja dan pastikan Umno kekal sebagai pemegang warisan, agar maruah orang Melayu akan terus terbela," kata beliau.

PAS Menang Isu Saman Zoo Bukit Takal

Posted: 25 Aug 2014 02:37 AM PDT

KELAB GREENBOC



 

Tiga panel Mahkamah Rayuan, Putrajaya hari ini menolak rayuan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) berhubung saman fitnah mereka terhadap PAS dalam itu "Zoo Bukit Takal".

Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Pemuda PAS dalam kenyataannya berkata, Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Zaharah Ibrahim memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi membuat keputusan betul berkaitan isu itu sebelum ini.

Mahkamah Tinggi sebelum ini memutuskan MPK gagal membuktikan artikel yang dikatakan fitnah bertajuk "Fakta Zoo Bukit Takal" itu ditujukan kepada pihak berkuasa tempatan itu.

Mahkamah Rayuan hari ini turut memerintahkan MPK membayar kos RM10,000 terhadap PAS, menurut JUHAM lagi.

Hakim Mahkamah Rayuan lain yang turut bersidang ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mah Weng Kwai.

PAS diwakili peguam Noorazmir Zakaria yang juga pengarah JUHAM.

MPK memfaikan saman pada 22 Mac tahun lalu terhadap PAS yang didakwa mengedarkan pamflet mengandungi kesalahan dan kata-kata fitnah tentang Zoo Bukit Taka -mk.

Tengkorak dalam tangki kumbahan

Posted: 25 Aug 2014 02:31 AM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
 
KOTA BHARU:  Enam sekeluarga terkejut apabila menemui tengkorak dan beberapa serpihan tulang manusia di dalam tangki kumbahan sedalam lapan meter di rumahnya di Pintu Geng, pagi tadi.
 
Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, seorang penghuni rumah berusia 39 tahun yang enggan dikenali berkata, dia hanya menyedari rangka berkenaan selepas kerja menyedut sisa kumbahan selesai. 
 
"Saya memanggil mereka menyedut sisa kumbahan itu selepas tandas di rumah tersumbat sejak beberapa hari lalu. 
 
"Tidak lama kemudian pekerja syarikat yang menjalankan kerja menyedut sisa kumbahan itu memaklumkan menemui tengkorak dan tulang manusia di dalam tangki sebelum saya terus menghubungi polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Boikot Astro Malaysia. SCAM, Penipu! Astro Malaysia Dikecam, Dikritik Teruk Pelanggan! Caj Mahal VS Servis Mengecewakan!

Posted: 25 Aug 2014 02:22 AM PDT



Customer Service Astro Malaysia



Boikot Astro Malaysia. SCAM, Penipu! Astro Malaysia Dikecam, Dikritik Teruk Pelanggan: Pihak Astro Malaysia, pemegang saham utama dan paling penting seorang rakyat Malaysia yang memegang gelaran sebagai (orang kedua terkaya di Malaysia), Tan Sri Ananda Krishnan terus tersenyum lebar apabila satu demi satu rakyat terus "masuk bakul" di mana bergantung harap dan menghambakan diri mereka bagi terus menggunapakai dan melanggan perkhidmatan Astro Malaysia. Tetapi….
 
   
Tetapi dalam pada itu, pelbagai maklum balas dan aduan dihantar kepada pihak Astro Malaysia, tetapi malangnya sehingga ke hari belum ada penambaikan yang drastik. Perkhidmatan masih ditakuk lama.

Yang lebih diutamakan, pelbagai penambahan saluran dengan harapan jangkaan Astro Malaysia akan menjana pendapatan sejumlah RM4.3 bilion akan tercapai dengan mudahnya.

Punca Astro Malaysia Boleh Untung Banyak Berniaga di malaysia

 

boikot Astro Malaysia
  1. Pemancar stesen percuma tidak dipertingkatkan. Bukan sahaja di kawasan pedalaman, malahan di kawasan bandar pun tiada pemancaran percuma yang menyebabkan kalangan mereka terpaksa melanggan AStro. Senyum bos Astro
  2. Astro Malaysia boleh mengambil tindakan undang-undang jikalau ada daripada anda yang ahu bersaing dengan Astro dengan menceroboh siaran langit. Contohnya? Apa bila anda membeli receiver dan LNB (parabola) bagi mengakses satelit MEASAT walaupun MEASAT akan berpunca daripada cukai rakyat Malaysia. Berani?
  3. Tidak cukup dengan Astro Malaysia buat duit dengan langganan rancangan yang disediakan, mereka longgokkan pula lambakan iklan kepada pelanggan mereka. Jikalau mahu banyakkan iklan tidak mengapa, tetapi caj langgan mesti dikurangkan. Adakah mereka buat begitu? Tidak sama sekali….
  4. Menambah pelbagai saluran baru tetapi perkhimatan yang berkualiti kepada pelanggan diketepikan
  5. Pelbagai rancangan yang mendapat permintaan tinggi sebagai hak siaran langsung bola sepak telah dimonopoli Astro Malaysia
  6. Anda ada mahu tambah senaraiannya?
Baru-baru rakyat Malaysia telah mengalami masalah askes kepada perkhidmatan Astro Malaysia untuk tempoh yang lama. Semuanya dek kerana terdapat masalah teknikal yang dialami pihak Astro Malaysia. Akhirnya Astro Malaysia telah tampil memohon maaf di facebook rasmi mereka.
Walaubagaimanapun, reaksi balas Astro Malaysia telah mendapat respon yang pelbagai terhadap tahap perkhdimatan Astro Malaysia setakat yang dianggap mereka mengecewakan.

Kelemahan & Aduan Kepada Astro Malaysia?

 

Terdapat beberapa kelemahan Astro Malaysia yang perlu diambil berat
  1. Siaran rancangan yang acapkali berulang-ulang
  2. Kurangan penyediaan dan penambanhan rancangan-rancangan baru
  3. Siaran rancangan seringkali terganggu apabila cuaca buruk melanda
  4. Dan yang paling Berita Semasa paling kecewa sekarang ini adalah apabila terlalu banyak iklan yang menyesakkan di pelbagai saluran Astro Malaysia
  5. Aduan anda pula? Hantar di ruangan komen di bawah ini…
Di saat pelanggan bayar lewat bil Astro Malaysia, sejam sekali call suruh bayar. Apabila sudah dipotong, untuk sambung semula anda bakal dikenakan caj tambahan.
Apabila perkhidmatan Astro malaysia acapkali menghadapi masalah, tidak pernah diberikan rebat tetapi hanya mengeluarkan perkataan "Maafkan Kami" di media sosial seperti di Facebook. Mudah bukan?

Astro Malaysia Vs Parabola di Indonesia

 

Astro Malaysia

Nah…inilah indahnya berniaga monopoli di bumi yang bernama Malaysia. Jikalau di negara luar, hiburan adalah hak untuk semua. Contohnya?
  • Di Indonesia, mereka membenarkan rakyat Indonesia membeli parabola satelit untuk dipasang di rumah mereka. Hanya tune sendiri dan nikmati semua channel percuma Cuba pasang di Malaysia dan dikesan pihak berkuasa, apa yang anda bakal terima?
  • Tidak perlu bayar bil bulanan, yuran mahal seperti yang dikenakan Astro Malaysia. Tidak perlu tukar dekoder banyak kali.
  • Apa yang perlu dilakukan adalah "One time payment only" untuk beli piring.
  • Tetapi di Malaysia?? Hak membeli piring dihadkan. Rakyat hanya dibenarkan membeli piring keluaran cap Astro Malaysia sahaja. Ini monopoli namanya.
Alhamdulillah, sekarang sudah ada revolusi fiber optik. Contohnya, HyppTv tiada lagi gangguan ketika hujan. Selain Unifi, kita juga ada ABNxcess. Walaubagaimanapun, dek kerana monopoliti beberapa rancangan dan program, Astro Malaysia telah mendapat hak esklusif dan dalam pada masa yang sama penyedia TV berbayar yang lain masih belum popular dan meluas jaringan perkhidmatannya, Astro Malaysia masih jadi pilihan utama ketika sehingga dilihat menindas dan mengambil kesempatan terhadap pelanggannya.

Number Astro Malaysia

Apa pula pendapat anda, dengan perkhidmatan Astro Malaysia kepada anda setakat ini? Kongsikan bersama Berita Semasa di sini…

P/S : Sebarkan dan kongsikan laporan Berita Semasa kali ini kepada seberapa ramai rakan-rakan dan kenalan terdekat anda dengan harapan pihak Astro Malaysia mendapat "tekanan hebat" seperti mana kempen (boikot Mcdonald Malaysia di sini) dijalankan sebelum ini. Kuasa di tangan anda.

Lagi Aduan Pelanggan Kecam & Mahu Boikot Astro Malaysia?

 

Nurul Izzah: Persempadanan semula untuk menangkan BN

Posted: 25 Aug 2014 02:12 AM PDT

Oleh: Fiza Halim


SHAH ALAM : Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, persempadanan semula pilihan raya yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya untuk memenangkan Barisan Nasional (BN).

Beliau menyatakan bahawa persempadanan semula yang dilakukan SPR memihak semata-mata kepada BN sejak Pilihan Raya Umum (PRU) tahun 1999.

Nurul Izzah"Persempanan semula (hanya dibuat) untuk BN, dan jatuhkan Pakatan Rakyat, tetapi BN perlu ingat bahawa sudah menjadi sejarah BN tidak pernah menang lebih daripada 2/3 undi dalam pilihan raya," katanya dalam ucapan penggulungan Kongres KEADILAN, di Shah Alam.

Beliau mendakwa terdapat tujuh kerusi Parlimen bakal diwujudkan di Selangor terutama di kawasan majoriti Melayu akibat persempadanan semula.

"Sekarang ada desas desus menyatakan akan diwujudkan di Selangor tujuh kerusi Parlimen yang baru. Kebanyakkannya majoriti Melayu. Ini akan merugikan kita (Pakatan Rakyat).

"Saya minta kepada KEADILAN dan juga parti komponen pakatan yang lain, kita jangan terperangkap.

"Kalau kita kekalkan sempadan yang ada, kerusi yang ada, perbaiki sempadan kemungkinan perbezaannya hanyalah lima peratus," jelas Izzah.

Sehubungan itu, tekanan ekonomi yang bakal dirasai rakyat ekoran perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) disebabkan kerajaan gagal tangani ekonomi rakyat negara ini.

"Justeru pulang ke rumah, perwakilan dan pemerhati, pastikan cabang-cabang dijaga dan kita perlu 100 pengundi di Parlimen masing-masing, protes dengan SPR supaya persempadanan mereka itu tidak terlaksana," katanya lagi.

Bergantung kebijaksanaan Pakatan tangani krisis MB

Posted: 25 Aug 2014 02:10 AM PDT




DETIK DAILY


PAS dan Pakatan Rakyat mempunyai tugas berat untuk menjelaskan perkara sebenar mengenai krisis Menteri Besar Selangor kepada rakyat dengan apa yang berlaku. Sementara menunggu tamatnya kemelut ini, PAS menerusi Jawatankuasa Pusatnya telah membuat keputusan bijak pada 17 Ogos lalu, di samping turut menegaskan pandangannya pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada hari yang sama. Ikuti penjelasan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengenai perjalanan mesyuarat itu ketika ditemubual Wartawan Kanan Harakah, AZIZ MUDA pada 21 Ogos lalu.

WARTAWAN: Adakah Abang Mad puas hati dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos lalu? 

MOHAMAD SABU: Itu keputusan sebulat suara, dibuat melalui perbincangan. Saya puas hati dengan mesyuarat itu. Saya juga puas hati dengan keputusan yang telah dicapai dalam mesyuarat itu kerana ia adalah keputusan sebulat suara.

Jadi semua pihak dalam PAS sekarang mestilah patuh kepada keputusan itu kerana ia adalah keputusan sebulat suara.

Melalui mesyuarat itu, PAS bersetuju mencadangkan dua nama dari KeADILan bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor...

Ia memang satu keputusan yang bijak. Dalam hal ini, PAS sebenarnya hanya boleh memberikan cadangan. Keduadua nama yang dicadangkan oleh PAS itu adalah pemimpin KeADILan, iaitu Presiden dan Timbalan Presiden KeADILan sendiri, Dato' Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Azmin Ali. PAS memberikan cadangan untuk perbincangan seterusnya.

Apa yang dilakukan oleh PAS itu adalah satu langkah yang baik, yang bijak supaya Pakatan Rakyat dapat terus beroperasi, terus berada dalam muafakat yang kekal.

Daripada dua nama itu, Pakatan Rakyat telah memilih untuk menghantar satu nama sahaja ke istana iaitu Dato' Seri Dr Wan Azizah. Saudara adalah wakil PAS dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada 17 Ogos lalu. Boleh ceritakan perkara ini?

Pakatan Rakyat menghantar satu nama sahaja ke istana kerana Azmin Ali sendiri yang mengambil sikap mematuhi deklarasi atau tandatangan yang telah dibuat yang bersetuju mencalonkan Dato' Seri Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor, bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dalam mesyuarat itu memang saya hadir. Bersama-sama saya bagi mewakili PAS dalam mesyuarat itu Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali; Naib Presiden PAS iaitu Dato' Husam Musa dan Salahuddin Ayub.

KeADILan diwakili Ketua Umumnya, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung parti itu, Dato' Saifuddin Nasution Ismail. Manakala DAP diwakili Penasihat parti itu, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

Ketika mesyuarat berlangsung, kita daripada PAS mempertahankan dua nama yang telah dicadangkan dan dipersetujui sebulat suara dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa PAS Pusat itu.

Tetapi apabila Azmin tarik diri daripada dicalonkan sebagai Menteri Besar bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim atas komitmennya kepada parti, Pakatan Rakyat telah menghantar satu nama, iaitu Dato' Seri Dr Wan Azizah sahaja ke istana.

Setelah keputusan itu dicapai, proses selanjutnya akan diserahkan kepada pasukan peguam Pakatan Rakyat. Dalam pasukan itu, PAS diwakili Asmuni Awi. KeADILan dan DAP ada wakil mereka masing-masing dalam pasukan itu.

Adakah turut dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden tentang bilakah proses selanjutnya itu akan dilakukan oleh pasukan peguam?

Tidak disentuh bilakah proses itu akan dilakukan oleh pasukan peguam dalam mesyuarat itu. Jadi, perkara itu terserahlah kepada pasukan peguam sendiri. Ia bergantung kepada pertimbangan mereka sendiri. Merekalah yang bertanggungjawab untuk melaksanakan perkara itu.

Terdapat desas desus yang mengatakan istana tidak mahu menerima pencalonan Dato' Seri Dr Wan Azizah Ismail bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar. Ia tidak dapat dipastikan. Apa pandangan saudara mengenai perkara ini?

Saya tidak tahu mengenai perkara ini, hanya ikut laporan media. Saya juga tidak mahu membuat provokasi mengenai perkara ini. Dalam mesyuarat 17 Ogos lalu pun tak sentuh perkara ini.

Jika istana tolak Dato' Seri Dr Wan Azizah, apakah Azmin yang akan menggantikan beliau atau akan diambil tindakan undang-undang?

Saya tak mahu membuat apa-apa spekulasi lagi mengenai perkara ini.

Adakah krisis MB Selangor ini ada kemungkinan akan berakhir dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor?

Bagi saya, tak perlu diadakan pilihan raya kerana kita mempunyai majoriti 2/3 dalam Dun Selangor. Pakatan Rakyat sudah mempunyai kekuatannya yang tersendiri dalam Dun Selangor. Jadi pilihan raya memang tak perlu diadakan bagi menyelesaikan masalah yang berlaku sekarang.

Sebaliknya, masalah yang berlaku di Selangor sekarang hanya perlu diselesaikan dengan peralihan kuasa secara demokrasi dan raja berperlembagaan.

Jadi, Pakatan Rakyat perlulah mengadakan perbincangan segera bagi membolehkan berlakunya peralihan kuasa Menteri Besar Selangor sekarang secara demokrasi dan raja berperlembagaan, bukannya melalui pilihan raya atau PRN.

Bagaimana dengan mood rakyat Selangor ketika ini?

Rakyat sekarang terpingapinga dengan apa yang berlaku.

Perkara ini turut dilaporkan media. Apabila isu ini selesai nanti, kita akan membuat penjelasan kepada rakyat mengenai apa yang berlaku.

Namun rakyat Selangor sebenarnya masih bersama dengan Pakatan Rakyat. Ini dapat kita kesan menerusi perkembangan semasa dan laporan pelbagai pihak yang bertanggungjawab. Perkara ini juga terbukti apabila tiada pun ahli PAS yang keluar PAS, ahli KeADILan yang keluar KeADILan dan ahli DAP yang keluar DAP.

Mampukah Pakatan Rakyat mengulangi kejayaan besar yang dicapai dalam PRU13 lalu jika PRN ditakdir diadakan?

Seperti yang saya katakan tadi, untuk menyelesaikan masalah di Selangor sekarang bukannya menerusi pilihan raya, tetapi hanya dengan peralihan kuasa secara demokrasi dan raja berperlembagaan.

Jadi jika pilihan raya, tumpuan kita bukannya PRN, tetapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti. Bagi saya, Pakatan Rakyat mempunyai potensi besar untuk terus menang di Selangor dalam PRU akan datang. Malah, kita akan membuat kemenangan yang lebih baik pada PRU14 nanti.

Isu MB S'gor: PAS serah kepada kebijaksanaan Sultan

Posted: 25 Aug 2014 02:03 AM PDT



DETIK DAILY


KUALA LUMPUR: PAS hari ini memutuskan kebijaksanaan Sultan Selangor dalam menentukan jawatan Menteri Besar.Keputusan tersebut diputuskan pada menyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pagi ini.

Kenyataan itu dibaca oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media di Pejabat Agung PAS

"Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada hari ini 25 Ogos 2014 bersetuju untuk menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dalam menentukan jawatan Menteri Besar Selangor," kata beliau.

Mustafa ketika ditanya mengenai dua nama yang dikemukakan PAS bagi jawatan tersebut memberitahu perkara tersebut tidak dibincangkan secara terperinci dalam mesyuarat.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada jam 2.30 petang esok bagi menjelaskan kedudukannya.

PAS sebelum ini pada mesyuarat 17 Ogos lalu telah mencadangkan dua nama Presiden PKR dan timbalan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar bagi menggantikan Khalid.

Isu PAS, masalah dalaman hantui Kongres PKR

Posted: 25 Aug 2014 02:01 AM PDT




Oleh Zulaikha Zulkifli


Kongres tahunan PKR kali ini dilihat sebagai platform untuk 'menghentam' rakan mereka dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS selain membincangkan tentang isu-isu melanda parti sejak kebelakangan ini.

Walaupun kongres ke-10 tahun itu dilihat sedikit hambar dengan kehadiran yang tidak ramai seperti sebelumnya, ia tidak menjadi halangan bagi sesetengah perwakilan serta pemimpin tertinggi parti itu melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap PAS.

Ia dapat dilihat apabila perwakilan kongres daripada Kelantan dan Terengganu, masing-masing 'mengadu' supaya pemimpin tertinggi PKR masuk campur memulihkan hubungan bersama rakan mereka itu.

Perwakilan Kelantan menyalahkan "parti sahabat" PKR di Kelantan yang didakwanya menyebabkan mereka tewas pilihan raya umum lalu. Manakala perwakilan Terengganu pula bersedih kerana didakwa "dibuli" PAS negeri sehingga tidak mampu memenangi kesemua kerusi ditandingi.

Malah, pemimpin tertinggi PKR turut mengambil kesempatan untuk membidas PAS walaupun parti itu tidak disebut secara langsung. Antara perkara dibangkitkan berhubung isu wanita menjadi pemimpin, yang timbul ekoran kemelut semasa dalam pentadbiran Selangor.

Perkara itu bagaimanapun mendapat teguran Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa ucapan sebelum penangguhan kongres itu di Shah Alam semalam.

Kesan pemecatan Khalid

Anwar meminta anggota parti itu tidak meminggirkan atau memperkecilkan kepentingan PAS dalam Pakatan.

Dalam ucapannya itu, Anwar berkata tidak semestinya beliau sebagai pemimpin tertinggi akan mempertahankan perkara yang diketengah perwakilan sebaliknya beliau perlu mengambil kira semangat Pakatan.

Malah, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali pula memberi keyakinan hubungan PKR dan PAS yang didakwa kurang mesra di negeri Pantai Timur itu boleh diselesaikan dalam kerangka Pakatan.

Dengan krisis Selangor yang masih belum selesai serta pemilihan parti yang berjalan sehingga lapan bulan turut memberi kesan kepada kongres kali ini apabila banyak kerusi-kerusi kosong kelihatan sepanjang tiga hari kongres ini berlangsung.

Pada kongres kali ini, seramai 1,200 orang perwakilan hadir berbanding 1,800 yang berdaftar.

Perkara itu mendapat 'teguran' wakil PKR Pahang yang menggesa PKR Selangor mengerahkan sekurang-kurangnya 200 orang anggota dari setiap cabang untuk hadir ke kongres dan memenuhkan kerusi kosong.

Rasa tidak puas hati daripada ahli berhubung isu pemilihan parti serta pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai ahli PKR dilihat menjadi salah satu punca kebanyakan kerusi dalam Stadium Melawati itu diisi oleh individu luar – yang bukan perwakilan atau pemerhati kongres.

Ujian panjang

Berhubung isu-isu pemilihan juga, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Anwar dan Azmin sendiri meminta penambahbaikkan dilakukan supaya lebih lancar pada masa akan datang.

Malah, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR Datuk Johari Abdul, sistem "satu ahli satu undi" yang digunakan sejak 2010 itu merupakan "sistem terbaik dan paling demokratik" namun perlu penambahbaikan supaya lebih praktikal.

Pelbagai isu yang melanda PKR kini - daripada akar umbi ke pimpinan - menyebabkan Anwar terpaksa memberi teguran dalam ucapan selama 40 minit semalam yang menyentuh pelbagai aspek.

Ini termasuk meminta semua ahli bersatu serta memberi amaran kepada ahli yang mengkhianati parti, rakan seperjuangan dan agenda reformasi akan dikenakan tindakan disiplin.

Perkara sama turut dilahirkan oleh Wan Azizah, Naib Presiden Nurul Izzah Anwar dan beberapa pemimpin tertinggi lain semasa ucapan penggulungan mereka.

Bagaimanapun, mesej yang diberikan sepanjang kongres ini berlangsung jelas menunjukkan PKR kini berdepan dengan krisis dalaman parti yang mungkin sekali lagi perlu mengambil masa yang panjang-selepas pemilihan - untuk menyelesaikannya.

Di Selangor Belum Selesai, Perbalahan Pas Dan PKR Merebak Ke Pengkalan Kubur Pula

Posted: 24 Aug 2014 11:16 PM PDT

shahbudindotcom



Menjelang Sultan Selangor bakal membuat keputusan untuk menyelesaikan kemelut pertukaran Menteri Besar dalam waktu yang terdekat ini, rupa-rupanya masih ada yang belum selesai mengenainya. Keputusan Majlis Pimpinan PR pada 17 Ogos lalu yang akhirnya menetapkan hanya Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal yang akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor bagi menggantikan Khalid Ibrahim, seperti tidak dipersetujui oleh Pas apabila 13 Adunnya enggan menandatangangi akuan bersumpah mengenainya.

Pas dilaporkan enggan menandatangani akuan bersumpah yang menyokong Dr Wan Azizah sebagai satu-satunya calon Menteri Besar dan mahu memutuskannya dalam mesyuarat ahli jawatankuasanya pada esok, 25 Ogos.

Sebagaimana yang dilaporkan media dalam talian, Pas sebelum ini bersetuju Khalid digantikan dan telah menyetujuinya dua nama iaitu Dr Wan Azizah dan Azmin Ali. Oleh kerana Azmin menarik diri, PR akhirnya hanya mencalonkan Dr Wan Azizah saja.

Oleh itu Pas seolah-olah terpaksa akur dengan keputusan PR itu walau bukan dengan sepenuh hati. Keengganan Pas menandatangani akuan bersumpah pula kerana berpendapat, perkara itu tidak termasuk dalam persetujuannya sebelum ini.

Lantaran itu, mesyuarat lain perlu diadakan. Sanggup pula Pas mengadakan dua kali mesyuarat dalam tempoh hanya seminggu sedangkan jika bersetuju menandantangani akauan bersumpah itu, kemelut ini lebih mungkin diakhiri dengan baik dan aman.

Sekali lagi nampaknya, ketika perlumbaan hampir tamat dan sedang berada di selekoh akhir, Pas cuba mencari simpang lain pula.

Walaupun tanpa akaun bersumpah 13 Adun Pas ini, Dr Wan Azizah sudah mendapat majoriti sokongan iaitu 30 Adun tetapi ia juga boleh menjadi alasan kepada Sultan Selangor untuk membuat kesimpulan bahawa penggantian Khalid oleh Dr Wan Azizah masih tidak menjanjikan kestabilan politik berbanding jika 13 Adun Pas secara rasmi dan bertulis turut menyokongnya.

Tanpa bukti hitam putih sokongan Adun Pas itu, Sultan Selangor mungkin lebih mempertimbangkan diadakan pilihanraya negeri bagi mencari penyelesaian muktamad Menteri Besar Selangor.

Ditambah jika cadangan membubarkan DUN turut menjadi pertimbangan utama Khalid ketika mengadap Sultan, pilihanraya negeri mungkin menjadi penyelesaian paling logik untuk merungkai kekusutan yang sudah berlarutan sekian lama ini.

Perbalahan, tuduh-menuduh serta berbalas kenyataan berhubung isu Menteri Besar itu juga merebak ke dalam Kongres PKR yang diadakan semalam di Shah Alam. Beberapa perwakilan PKR mula mengungkit dan mendedahkan pelbagai perkara mengenai hubungan kedua-dua parti itu semasa pilihanraya umum lalu.

Cerita kecil hati, tak puas hati, sabotaj, tiada kerjasama dan sebagainya didedahkan satu persatu berdasarkan pengalaman yang dilalui.

Mengekori kekusutan isu Menteri Besar Selangor yang masih belum selesai dan saling berprasangka yang makin melebar itu pula ialah pilihanraya kecil DUN Pengkalan Kubur di Kelantan berikutan kematian Adunnya, Noor Zahidi Omar akibar kanser, baru-baru ini.

Walaupun dalam pilihanraya umum lalu, kerusi itu ditandingi oleh PKR dan calonnya tewas dengan kekurangan 1763 undi serta mengikut amalan biasa, ia akan kekal ditandingi oleh PKR tetapi Pas sudah pun meminta secara terbuka agar calon parti mereka pula diberi peluang.

Sayap Pemuda dan Wanita Pas Kelantan sudah pun bersuara agar calon Pas dibenarkan bertanding di kerusi tersebut berdasarkan keyakinan mempunyai lebih peluang untuk menang berbanding jika calon PKR yang bertanding.

Barangkali kerana marah disebabkan dua Adunnya di Selangor telah dicuri oleh PKR untuk menandatangani akaun bersumpah menyokong Dr Wan Azizah sebelum ini, maka Pas ingin membalas dendam dengan meminta kerusi Pengkalan Kubur ini.

Dengan merebaknya perbalahan yang masih belum selesai di Selangor ke Pengkalan Kubur pula, hubungan Pas dan PKR ini tiada ubahnya seperti suami isteri yang suka bergaduh sepanjang masa. Asal bercakap dan membuka mulut saja, pasti mengata antara satu sama lain, tidak kira di mana saja.

Walaupun ada juga pasangan suami isteri yang suka bergaduh ini memperolehi anak setiap tahun, tetapi yang selalunya ia akan berakhir dengan perpisahan. Pergaduhan secara umumnya tidak menambahkan kemesraan, sebaliknya akan menjarakkan lagi hubungan.

Sultan dijangka temui Azizah lepas MB

Posted: 24 Aug 2014 10:58 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dijangka menerima menghadap Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail selepas menteri besar Selangor berbuat demikian esok.

Ketika ditemui di Mahkamah Kuala Lumpur, Anwar memberitahu pihaknya telah menghantar surat untuk memohon menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah minggu lepas.

Katanya lagi, pihak istana turut mengesahkan menerima surat tersebut.

"Istana telah mengakui menerima surat kami tetapi Tuanku perlu melalui proses menerima menghadap dengan menteri besar dahulu dan kemudian Wan Azizah," kata ketua umum PKR itu.

Menurut Anwar (kanan) lagi, beliau bagaimanapun tidak tahu bila pihak istana akan menemui Wan Azizah.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini memaklumkan, beliau akan menghadap sultan Selangor esok berhubung kedudukannya sebagai menteri besar.

Sultan telah pulang daripada kunjungan ke Eropah.

Pertemuan itu penting bagi menyelesaikan krisis pentadbiran negeri selepas PAS menarik balik sokongan terhadap Khalid selepas dipecat daripada PKR.

MB: Penyelesaian hutang tak meragukan

Posted: 24 Aug 2014 10:56 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan hari ini bahawa tiada apa yang meragukan berhubung penyelesaian di luar mahkamah hutangnya dengan Bank Islam.

Dalam penjelasannya kepada penjawat awam semasa  perhimpunan di bangunan sekretariat, Khalid berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang membuat tanggapan sebaliknya.

Katanya, beliau akan menggunakan proses perundangan untuk membersihkan namanya.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak dapat mendedahkan butiran penyelesaian di luar mahkamah itu kerana terikat dengan kerahsian perbankan.

Beliau berkata, segala-galanya tentang penyelesaian itu dilakukan secara "telus" dan tiada apa yang mencuriga dan meragukan mengenainya.

ADUN PAS tak akan tandatangan SD sokong Wan Azizah

Posted: 24 Aug 2014 10:48 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Seramai 13 lagi ADUN PAS di Selangor tidak akan menandatangani akuan bersumpah bagi menyokong Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail walaupun parti itu menyokong pencalonannya sebagai sebagai menteri besar Selangor yang baru.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali hanya memberikan kenyataan ringkas sewaktu ditanya tentang perkara itu pada sidang media pagi ini.

"Nak tandatangan atau tidak? Tak," jawabnya ketika ditanya wartawan.

Jelasnya sebelum itu, soal SD itu "tidak dibangkitkan" dalam mesyuarat Ahli Jawatankuas PAS Pusat pagi ini.

"Tak berbangkit itu maknanya taklah," katanya lagi.

Sebelum ini PAS mencadangkan dua nama kepada Pakatan Rakyat bagi menggantikan Menteri Besar sekarang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Kalah PRU-13, PKR Diingatkan Tidak Salahkan PAS Terengganu

Posted: 24 Aug 2014 10:44 PM PDT

MSTAR ONLINE


Satiful Bahri Mamat
 
 
 
KUALA TERENGGANU: Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu  mengingatkan PKR supaya tidak menjadikan pihaknya sebagai kambing hitam ekoran kekalahan PKR di beberapa kerusi dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri Mamat sebaliknya menasihatkan PKR Terengganu supaya menyelesaikan masalah dalaman mereka dan memperkuatkan jentera parti mereka di peringkat akar umbi.

"Jangan hanya sekadar nak bertanding, tapi gunakan jentera PAS, sepatutnya masing-masing perlu memperkemaskan jentera parti masing-masing untuk menghadapi pilihan raya.

"Kadang-kadang cabang sahaja yang ada, ranting tak ada pun, jadi inilah yang perlu diselesaikan terlebih dahulu oleh PKR Terengganu," katanya dalam sidang media di sini Ahad.

Beliau mengulas dakwaan wakil PKR Terengganu, Azlan Che Mat dalam kongres PKR di Kuala Lumpur pada Sabtu, yang mendakwa PKR "dibuli" PAS Terengganu dalam PRU13 kerana PAS turut menghantar pencalonannya di kerusi yang ditandingi PKR.

PKR kesal Pas tuntut kerusi

Posted: 24 Aug 2014 10:36 PM PDT


Wan Suhaimi Wan Daud Wan Suhaimi 


PASIR MAS - PKR Kelantan membidas tindakan pimpinan Pas negeri yang mahu menuntut semula kerusi Dun Pengkalan Kubor dari parti berkenaan ekoran kekosongan kawasan tersebut.

Pengarah Latihan dan Komunikasi PKR Negeri, Datuk Wan Suhaimi Wan Daud berkata, perkara tersebut tidak sepatutnya timbul kerana agihan kerusi berkenaan telah diberikan kepada PKR sejak dua penggal lalu.

"Pada saya tindakan itu tidak wajar, lagipun agihan kerusi berkenaan dibuat atas persetujuan bersama ketika membentuk kerjasama antara Pas dan PKR sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas mengenai desakan Ketua Dewan Muslimat Pas Negeri, Siti Zailah Mohd Yusof yang mahu PKR menyerahkan semula parti berkenaan pada PRK yang akan berlangsung dalam masa terdekat.

Sinar Harian semalam melaporkan Dewan Muslimat Pas Kelantan menuntut calon kerusi PRK Pengkalan Kubor diserahkan kepada Pas setelah dua penggal diwakili PKR tanpa sebarang kemenangan.

Kekosongan kerusi Dun Pengkalan Kubor itu berlaku apabila penyandang sebelum ini dari BN Noor Zahidi meninggal dunia Rabu lalu akibat penyakit kanser hati.

Pada PRU Lalu, Noor Zahidi mempertahankan kerusi berkenaan dengan mengalahkan calon PKR Shaharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736.

Katanya, sepatutnya Pas berikan tumpuan kepada PRK dengan membantu PKR merampas semula Dun Pengkalan Kubor dari tangan BN.

 "Pada saya tidak perlulah panaskan keadaan dengan situasi ini, eloklah kita fikirkan strategi untuk menumbangkan BN pada pilihan raya itu nanti," katanya.

Fitnah PM: Nizar mengaku tidak bersalah

Posted: 24 Aug 2014 09:59 PM PDT


Mohammad Nizar Jamaluddin Mohammad Nizar Jamaluddin
 
 
 
IPOH - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pagi ini, atas pertuduhan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, dua tahun lalu.

Beliau yang diwakili 12 peguam didakwa melakukan kesalahan itu dalam ucapan kepada orang ramai antara jam 9 malam hingga 12 tengah malam di Taman Desa Pakatan pada 23 April 2012.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun, Hakim Madihah Harullah menetapkan jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula pada 26 September ini.

Isu MB: Khalid menghadap Sultan esok

Posted: 24 Aug 2014 09:56 PM PDT


Abdul Khalid Ibrahim
 
 
 
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah jam 2.30 petang esok.

Beliau memberitahu perkara itu kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Sultan Selangor sebelum ini memendekkan tempoh percutian baginda ke luar negara bagi merungkai kemelut bersabit isu jawatan menteri besar.

Baginda pada awalnya dijadual berangkat pulang lusa namun dilaporkan kembali ke tanah air pada Sabtu.

Kemelut jawatan Menteri Besar Selangor semakin meruncing apabila Abdul Khalid dikatakan hilang sokongan majoriti Adun menerusi 30 surat akuan bersumpah menyatakan hilang kepercayaan kepada pentadbirannya.

Pertemuan Abdul Khalid dengan Sultan Selangor esok adalah titik paling penting dalam menentukan hala tuju politik Selangor selepas ini.

SPR terima notis kekosongan kerusi N1

Posted: 24 Aug 2014 09:53 PM PDT

SINAR HARIAN


PRK PK
 
 
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan semalam berhubung kekosongan kerusi bahagian pilihan raya Dun N1 Pengkalan Kubor, Kelantan.
  
Kekosongan itu berikutan kematian penyandangnya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos.
  
"Sehubungan itu, SPR akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan semua perkara berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N.01 Pengkalan Kubor pada 29 Ogos, pukul 9 pagi bertempat di Ibu Pejabat SPR, Putrajaya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
  
Mesyuarat khas itu akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang akan membincangkan tarikh penting seperti tarikh Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian Awal, Hari Pengundian Biasa, Daftar Pemilih yang akan digunakan dalam PRK itu nanti serta persiapan lain yang diperlukan.
  
Mesyuarat itu kemudian akan disusuli dengan sidang media oleh Abdul Aziz. - Bernama

Tahniah buat Tuan Guru Presiden PAS

Posted: 24 Aug 2014 05:05 PM PDT

MOHD NASAIE ISMAIL






Gembira bercampur lega dengan pelantikan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai salah seorang Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia yang dipimpin oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi. Beliau dilantik bersama Mufti Oman. Manakala Tuan Guru Abdul Hadi sendiri ulama yang terjun dalam politik kepartian di Malaysia menggambarkan keterbukaan Sheikh Yusuf Al-Qardhawi dan ulama-ulama Islam seluruh dunia yang menyertai muktamar kesatuan tersebut.

Ia berlaku di tengah dunia Islam berada di persimpangan dan sebahagian umat Islam tercari cari identiti. Ketika dunia hampir melupakan fobia Taliban, muncul pula gerakan ISIS@ISIL yang mengundang fitnah baru kepada dunia Islam. Ketika dunia Arab baru menikmati kebebasan demokrasi pasca Arab Spring, penggulingan Mursi di Mesir melahirkan kekecewaan terhadap demokrasi tersebut. Maka muncullah gerakan gerakan persenjataan yang diminati oleh sebahagian anak muda Islam yang kecewa dengan pendekatan demokrasi yang damai tersebut.

Tuan Guru Abdul Hadi mempertahankan pendekatan damai dalam menyelesaikan sebarang konflik dunia khususnya di Syria dan Mesir kini. Namun kadang kala ijtihad beliau dilihat bersendirian, hatta sebahagian kita di Malaysia pun ramai menolak ijtihad beliau dalam hal tersebut tanpa melihat lebih dalam.

Apabila berlaku peperangan, di luarnya dilihat mudah, tetali untuk jangka masa yang panjang kemusnahan akan berlaku dan sukar dibangunkan.

Kemudian suasana perang mudah dimanipulasi oleh kuasa kuasa besar untuk mencatur sesuatu yang akhirnya merugikan dunia Islam. Itulah yang berlaku di Afghanistan dan Iraq serta berpotensi berlaku di Syria.

Kejayaan Tuan Guru merintis perdamaian di Aceh Indonesia setelah berpuluh tahun hidup dalam peperangan adalah satu contoh yang baik untuk diteladani.

Alhamdulillah, anak-anak Aceh hari ini menikmati suasana damai dan fokus mereka membangunkan ummah dan negeri mereka dengan baik.

Cara fikir Tuan Guru ini dikongsi bersama guru beliau Dr Najmuddin Erbakan, anak muridnya juga Erdogan, Dr Kamal Halbawi dan beberapa tokoh lain daripada pelbagai negara dan mazhab.

Namun pasca pemergian Erbakan pada tahun 2011, dilihat ijtihad jalan damai Tuan Guru seolah-olah bersendirian dan terpencil.

Kita bukan bimbang ijtihad ditolak, tetapi bimbangkan dunia Islam terjerumus secara besar ke kancah peperangan dan extremism semakin berleluasa yang menyebabkan mudah kita menjadi bidak catur kuasa kuasa barat.

Namun cadangan Sheikh Yusuf Al Qardhawi dan penerimaan sebulat suara ahli muktamar yang terdiri daripada ulama-ulama Islam seluruh dunia terhadap pencalonan beliau sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia memberi satu siar harapan yang cerah.

Sebagaimana Allah memanjangkan usia Dr Yusuf Al Qardhawi sehingga 87 tahun hari ini, begitu juga harapannya agar Allah panjangkan usia Tuan Guru Abdul Hadi yang kini berusia 67 tahun untuk memimpin dan membimbing dunia Islam ke tahap menjadi ummat lebih bermaruah, bukan dipijak dan dihina sebagimana di Palestin dan lain lain wilayah Islam.

Sebagaimana kerajaan Qatar yang menjadikan negaranya sebagai pengkalan dan pejabat kepada Sheikh Qardhawi, begitulah selayaknya kerajaan Malaysia perlu menyediakan sebuah institusi dan pejabat untuk pergerakan Sheikh Abdul Hadi Awang sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia.

Penulis ialah Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Kelantan utamakan keselamatan di sempadan

Posted: 24 Aug 2014 04:59 PM PDT

SALMAH MAT HUSAIN


KOTA BHARU: Isu keselamatan di kawasan sempadan Kelantan turut dibincang pada pertemuan Ustaz Datuk Ahmad Yakob dengan Panglima 8 Briged, Jeneral Datuk Azmy Yahya.

"Kita turut membincangkan keselamatan negeri dan negara khususnya di sempadan Thailand. Pihak keselamatan begitu mengambil berat soal itu.

"Kerajaan negeri sedia memberi kerjasama kepada pihak keselamatan demi untuk keselamatan rakyat," kata Menteri Besar ketika ditemui selepas menerima kunjungan hormat Panglima 8 Briged di pejabatnya hari ini.

Azmy bertugas di Kelantan bermula Jun lalu menggantikan Jeneral Datuk Zamri Hamzah yang bersara baru-baru ini.

Ustaz Ahmad turut mengucapkan terima kasih di atas kesediaan Azmy mengunjunginya di Kota Darulnaim.

Katanya, diharap kunjungan tersebut akan dapat mengeratkan hubungan antara kedua-dua belah pihak. - HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: