DIALOG RAKYAT |
- Najib Lebih Berani Daripada Obama Dan Putin...Inilah Idea Paling Wow Yang Dicari-Cari Muhyiddin
- Kerjasama Interpol Berjaya Kesan Peserta Bogel
- Krisis Selangor: Sultan Pendekkan Percutian Luar Negara?
- Kelainan Muktamar PAS ke-60 di Johor
- Anwar saman: Mahkamah tolak rayuan Khairy
- MH17: PAS sertai istiadat penghormatan jenazah
- Blogger Umno pernah fitnah Rafizi ada ‘skandal’ dengan kucing
- Pengumuman pimpinan baru fokus utama Kongres Nasional KEADILAN
- ADUN: Beli Harakah macam beli daun ketum
- MP PAS: Tak masuk akal bubar DUN sekarang
- DUN Kelantan maklum SPR sebaik terima surat rasmi kematian ADUN - Speaker
- Rafizi dakwa Umno/BN reka dokumen palsu
- Perintah berkurung laut Sabah sehingga Sept 2
- Speaker Sabah diminta tidak belot kepada rakyat
- MAS dalam program ‘bellyup' dan 'bailout' raksasa
- Rakyat sedang tercengang-cengan di persimpangan, tak tahu hendak kemana
- Teknikalnya Adun PAS sudah lompat
- RM1.088 juta bangun maahad tahfiz, sasar wujud setiap daerah
- Walaupun 6 exco kosong, urusan Kerajaan Selangor tetap berjalan
- Exco: “Nak minta RM1 pun susah, MB cermat belanja wang rakyat”
- Wanita tidak sesuai jadi pemimpin
- Dokumen 'Kajang Move' dipalsukan
- Suami isteri didakwa 'songlap' duit penumpang MH37
- Menteri puji sikap ahli parlimen PAS
- Budayakan letak jawatan atas rasa tanggungjawab
Najib Lebih Berani Daripada Obama Dan Putin...Inilah Idea Paling Wow Yang Dicari-Cari Muhyiddin Posted: 20 Aug 2014 05:35 AM PDT shahbudindotcomWalaupun sudah ada beberapa pemimpin kanan UMNO tampil menyanggah teguran Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Najib Razak yang dimuatkan dalam blognya semalam, tetapi malangnya tiada satu pun di antara mereka berhujah memberi jawapan tentang persoalan yang ditimbulkan oleh bekas Perdana Menteri itu. Sebaliknya, rata-rata mempersoalkan kenapa Mahathir melakukan teguran itu sambil cuba membodek serta mengampu Najib dan bukannya menjawab intipati teguran yang dibangkitkan. Jika dilihat dalam teguran Mahathir itu, beliau membangkitkan mengenai sikap Najib yang suka melayan permintaan musuh seperti menghapuskan ISA dan undang-undang buang daerah, terlalu merendah diri kepada negara jiran, menggunakan wang kerajaan untuk mempengaruhi sokongan rakyat sehingga mereka terlalu bergantung kepada kerajaan, import barangan digalakkan tetapi industri tempatan diabaikan, menambah cuti, menaikkan gaji minimum tanpa mengambil kira kenaikan kos dan sebagainya. Selain kesal kerana Najib tidak mengambil iktibar daripada keputusan buruk pilihanraya 2013 berbanding 2008 yang menjadikannya lebih lemah berbandung Abdullah Badawi, Mahathir juga kecewa kerana Najib terlalu lembut, tiada respon, senyap dan tidak bertindak walaupun ada masalah. Bagi Mahathir, banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan kerajaan pimpinan Najib merosakkan hubungan antara kaum, ekonomi dan kewangan negara. Tetapi tiada satu persoalan-persoalan yang dibangkitkan Mahathir ini dijawab atau cuba dijelaskan oleh mana-mana pemimpin UMNO. Naib Presiden UMNO, Zahid Hamidi hanya menepis kritikan itu dengan mengatakan Najib bukan saja perlu dihormati oleh rakyat tetapi juga oleh bekas pemimpin di negara ini. Ini kerana, tambah beliau, Najib sudah diberi mandat mentadbir negara dan berhak pula menuntut kesetiaan daripada rakyatnya. Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor pula meminta Mahathir supaya tidak memberi teguran secara terbuka berhubung masalah parti dan kepimpinan, sebaliknya mahu sebarang teguran atau pandangan dilakukan secara tertutup. Begitu juga dengan Shahidan Kassim yang mengatakan perbezaan pendapat antara pemimpin UMNO dan BN yang dibuat secara terbuka hanya memberi ruang kepada pembangkang untuk mengambil kesempatan, sambil menyifatkan teguran melulu juga tidak wajar di ketika negara sedang berhadapan dengan situasi genting melibatkan pesawat MH370 dan MH17 sekarang ini. Sepupu Najib, Hishammuddin Hussein lebih tersasar hujahnya dalam mempertahankan Najib daripada kritikan Mahathir dengan menyifatkan Najib sebagai pemimpin yang lebih berani berbanding Presiden Amerika, Barack Obama dan Presiden Rusia, Vladimir Putin berdasarkan kejayaan berunding dengan ketua kumpulan pemisah Ukraine berhubung tragedi MH17. Bagi Hishamuddin, apa yang dilakukan Najib itu tidak mampu dilakukan baik oleh Obama mahupun Putin. Soalnya, apakah kejayaan berunding dengan ketua puak pemisah itu boleh membuatkan kita semua redha atau menghalalkan saja semua kesilapan dan kepincangan yang dilakukan Najib sebelum ini sebagaimana yang dibangkitkan oleh Mahathir itu? Ternampak jelas bahawa Hishammuddin hanya mahu membodek dan mengampu Najib berbanding menjelaskan apa yang Mahathir bangkitkan dalam tegurannya. Sekali lagi, baik Zahid, Tengku Adnan, Shahidan mahupun Hishammuddin, mereka hanya cuba mempertahankan Najib dan mempertikaikan tindakan Mahathir yang membuat teguran terbuka dengan diselitkan elemen-elemen mengampu Perdana Menteri tanpa cuba sedikit pun menjawab isu-isu yang menjadi kerisauan bekas Perdana Menteri itu. Bagaimanapun dalam semua kenyataan oleh para pemimpin UMNO setakat ini, apa yang disuarakan oleh Hishammuddin paling menarik kerana ia hanya menunjukkan betapa tingginya tahap keghairahannya mahu mengampu dan membodek Perdana Menteri. Jika beberapa hari lalu Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mencabar UMNO bahagian-bahagian agar tampil mengemukakan idea-idea luar biasa dan mempunyai faktor wow ke arah memastikan UMNO terus relevan dan diterima ramai, sambil menawarkan ganjaran RM10 ribu, tidak syak lagi apa yang disuarakan Hishammuddin inilah paling layak memenangi tawaran itu. Berikan saja ganjaran RM10 ribu kepada Hishammuddin dan UMNO Bahagian Sembrong yang diketuainya. Inilah sebenarnya idea paling bernas dan luar biasa yang wajar dikempenkan kepada semua rakyat, terutama makcik-makcik di kampung dan pakcik-pakcik peneroka Felda di seluruh negara. Dengan memberitahu bahawa Najib lebih hebat daripada Obama dan Putin, tentunya terpesona semua mereka bahawa selama ini tanpa disedari Najiblah pemimpin paling hebat di alam maya ini. Kalau sudah lebih hebat daripada Obama dan Putin, bermakna Najib adalah pemimpin nombor satu dunia walaupun Malaysia hanya mempunyai 30 juta penduduk, sebuah negara membangun dan mempunyai kadar hutang yang kian meningkat tahun demi tahun. Melalui penyebar-luasan penghebahan bahawa Najib lebih hebat daripada Obama dan Putin, ia juga bermakna suatu kejayaan UMNO yang tiada tolok bandingnya sehingga mampu melahirkan pemimpin sehebat itu. Maka kempen UMNO agar diterima rakyat selepas ini hanyalah dengan mengagung-agungkan Najib sebagai pemimpin nombor satu dunia yang lebih hebat daripada Obama dan Putin saja. Tidak perlu yang lain-lain lagi. Akhirnya, melalui puji-pujian dan kekaguman terhadap Najib itu, berbondong-bondonglah rakyat, tua muda, bandar, luar bandar, petani, nelayan, profesional dan sebagainya kembali menyokong UMNO dan terus relevanlah parti itu untuk tempoh beberapa puluh tahun lagi. UMNO juga bolehlah mengabaikan terus segala teguran Mahathir selepas ini kerana jawapan untuk memastikan UMNO terus relevan, diterima rakyat dan menang pilihanraya sudah pun berjaya dijelmakan oleh Hishammuddin. | ||
Kerjasama Interpol Berjaya Kesan Peserta Bogel Posted: 20 Aug 2014 05:21 AM PDT Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan berkata kerjasama yang diperoleh daripada Interpol negara-negara terlibat berjaya membantu polis mengesan mereka yang disyaki dan membuatkan mereka tampil bagi membantu siasatan kes itu. "Interpol Singapura banyak memberi bantuan termasuk maklumat kepada kami untuk membantu siasatan kes ini dan setakat ini dua rakyat negara itu tampil menyerah diri. "Kami masih menunggu maklumat daripada Interpol Singapura, Myanmar dan Filipina bagi mengesan baki empat lagi rakyat asing yang dicari untuk membantu siasatan," katanya kepada pemberita, di sini, Rabu. Pesta itu hangat diperkatakan apabila video berdurasi lima minit 52 saat bertajuk 'Pesta Bogel di Teluk Bahang, Pulau Pinang' tersebar di laman sosial memaparkan sembilan lelaki dan enam wanita melukis badan, menari serta mengadakan acara sukan dalam keadaan bogel di pantai berkenaan. Setakat ini sembilan individu terdiri dari enam lelaki dan tiga wanita berusia 24 hingga 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan dan kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis semalam. Thaiveegan berkata kertas siasatan kes itu telah diserah kepada Pejabat Peguam Negara dan polis kini menunggu keputusan untuk tindakan selanjutnya. | ||
Krisis Selangor: Sultan Pendekkan Percutian Luar Negara? Posted: 20 Aug 2014 05:14 AM PDT MSTAR ONLINE Sebelum ini Sultan Sharafuddin dijadualkan berangkat pulang pada 27 ogos. Sultan Sharafuddin turut menitahkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung kerusi menteri besar sehingga baginda kembali pada Rabu depan. | ||
Kelainan Muktamar PAS ke-60 di Johor Posted: 20 Aug 2014 05:07 AM PDT HARAKAH: Di mana dan bilakah muktamar PAS tahun ini akan berlangsung? KHAIRUL FAIZI: Muktamar PAS tahun ini akan berlangsung di Taman Sutera Utama, Skudai. Muktamar PAS Pusat berlangsung dari 18 hingga 20 September. Bagi dewan-dewan pula akan bermula 16 hingga 17 September dan ketiga-tiganya akan berlangsung di lokasi berbeza. Muktamar Dewan Muslimat akan berlangsung di tapak yang sama dengan Muktamar PAS Pusat di Taman Sutera Utama. Muktamar Dewan Ulama akan diadakan di sebuah hotel di kawasan Kulai dan Dewan Pemuda akan menggunakan sebuah dewan perniagaan Cina di Kota Tinggi. Tempat Muktamar Dewan Pemuda agak jauh sikitlah dari tapak dewan Muktamar PAS Pusat, lebih kurang dalam 40 KM. Muktamar ketiga-tiga dewan akan berlangsung selama dua hari bermula selasa dan akan berakhir hari Rabu dan muktamar PAS Pusat akan bermula pada hari Khamis dan berakhir pada Sabtu. HARAKAH: Apa kelainan yang akan ditampilkan pada muktamr kali ini? KHAIRUL FAIZI: Tahun-tahun yang lalu, selain perjalanan muktamar, kita akan fokus kepada ekspo dalam bentuk perniagaan. Tapi kali ini kita nak lebih kepada mempromosikan produk-produk daripada negeri-negeri Pakatan Rakyat. Kita menjemput daripada negeri-negeri Pakatan Rakyat sendiri untuk hadir mempromosikan produk dari negeri masing-masing. Contohnya dari Kelantan mereka akan bawa produk pelancongan, makanan dan sebagainya. Kita juga bincang dengan Selangor supaya Selangor dapat bawa produk melalui PKNS dan sebagainya supaya mereka boleh bersama-sama mempromosikan produk dari negeri-negeri lain. Yang keduanya kita nak supaya muktamar kali ini akan memperlihatkan konsep PAS Untuk Semua atau PAS FOR All. Dari segi persembahan, penampilan muktamar kali kita nak supaya PAS dilihat mewakili semua kaum dan agama. Sebelum ini kita banyak kepada acara-acara atau persembahan nasyid ataupun kebudayaan Melayu tetapi kali ini kita nak supaya persembahan ketiga-tiga kaum dapat ditonjolkan dalam muktamar kali ini. Kita akan fokus kepada program di luar daripada waktu muktamar. Tambahan pula, pemilihan Johor sebagai tuan rumah dalam keadaan Johor masih lagi dalam keadaan bukan sebuah kerajaan yang diperintah oleh Pakatan Rakyat dan ini merupakan satu cabaran yang sangat besar. Kita tidak mampu menggunakan dewan-dewan besar di Johor. Maka kita terpaksa menyewa tanah dan memasang khemah yang besar untuk menerima perwakilan dari seluruh negara. Johor terpaksa berdepan dengan suasana begini. Rasanya ini kali pertama muktamar PAS tidak menggunakan bangunan kekal. Ini mungkin kelainan yang tidak berlaku di muktamar-muktamar sebelum ini. Dalam keadaan Johor yang digambarkan sebagai kubu kuat Barisan Nasional dan kita bermuktamar dalam keadaan kita tidak menjadi kerajaan, ini satu cabaran yang hebat dan kita cuba supaya muktamar ini ada kelainan. Di peringkat panitia muktamar dan PAS Negeri Johor, kita sudah usaha untuk menyewa dewan-dewan besar khususnya yang berada di bawah kerajaan negeri seperi stadium dan sebagainya tetapi tidak mendapat kebenaran untuk menggunakannya. Dan kita pun tidak dapat menggunakan kawasan-kawasan yang luas. Tak ada tempat yang sesuai jadi alternatif yang ada sebagai contoh Dewan Pemuda terpaksa mencari sampai ke peringkat terpaksa menyewa dewan besar di Segamat. Segamat lebih kurang 200 KM dari Johor Bharu. Akhirnya dapat jumpa dewan yang agak besar tetapi masih lagi tak mampu nak menampung kedudukan yang selesa. Dewan Muslimat pula terpaksa menggunakan tempat yang sama dengan dengan PAS Pusat, Dewan Ulama dengan kapasiti yang agak kecil maka boleh gunakan sebuah hotel yang agak luas di Kulai tapi itu pun jauh dari Johor Bharu. PAS Johor nak sahut cabaran PAS Pusat maka kita bersedia mencari tempat yang luas dan menyewa khemah yang besar untuk kegunaan para perwakilan. Setelah dua tiga kali lawatan ke tapak muktamar, setiausaha agung pun dah turun, pengarah muktamar pun dah turun dan masing-masing berpuas hati dengan tempat yang ada. Kita cuba dengan seminima mungkin menggunakan khemah yang selesa dengan kos yang paling rendah. HARAKAH: Dalam tempoh sebulan lebih menjelang muktamar ini, perkara apa yang sedang diselesaikan oleh pihak panitia muktamar? KHAIRUL FAIZI: Sekarang ini fokus kita adalah kalau dari segi persiapan muktamar sendiri, kita fokus untuk memantau persiapan-persiapan yang telah kita rancang contohnya dari segi permohonan permit, tempahan untuk dewan dan sebagainya itu sudah selesai. Sekarang kita fokus untuk persiapan-persiapan yang leboh menjurus kepada penerimaan perwakilan dari luar. Dari segi penginapan untuk perwakilan dari luar kita sudah mula mendapatkan pengesahan dari kawasan-kawasan untuk tempahan tempat. Di peringkat panitia sendiri kita perhalusi apa yang telah kita putuskan dari awal, semua sekali dari segi persiapan dewan, tempat dan sebagainya. Persiapan untuk muktamar ini sudah dibuat sejak tiga bulan lepas. Kita buat persiapan awal sebab kita bimbang tak dapat tempat maka kita bersiap dari awal. Dari segi perwakilan, setakat ini kawasan yang statusnya sah berdaftar dengan ROS, 186. Jadi 186 kawasan ini lebih kurang hampir 1,200 perwakilan yang akan datang dari negeri-negeri dan dari dewan-dewan. Tempat yang kita sediakan itu memang cukup untuk setiap perwakilan dan kita boleh terima termasuk pemerhati yang hadir. Jawatankuasa usul pula, kita akan bentuk dalam mesyuarat pada hari Ahad ini di bawah ketua penerangan cuma kita belum bincang usul-usul yang nak diterima. HARAKAH: Bagaimana pula dengan jemputan dari luar untuk menghadiri muktamar kali ini? KHAIRUL FAIZI: Seperti biasa kita memang ada jemputan dari luar cuma kita belum senarai akhirkan siapa yang hadir. Kita lebih memfokuskan kepada jemputan di peringkat dalaman parti. Sebelum ini kita agak tertinggal dari segi jemputan kepada veteran-veteran PAS, tokoh-tokoh PAs ataupun mereka yang telah menyertai PAS dari golongan profesional, artis dan sebagainya, kita tak begitu fokus walaupun mereka datang tapi kita tak dapat menyeluruh. Jadi kita nak fokus kali ini kehadiran ke muktamar untuk kali ke-60 ini kita dapat menjemput ramai tokoh-tokoh PAS yang lama. Mungkin juga kita akan memfokuskan tokoh-tokoh dari Johor. Sebelum ini mungkin orang tak tahu sebab orang tidak melihat Johor sebagai negeri yang dipegang oleh PAS, negeri yang selalu hilang deposit, jadi kita nak fokuskan kepada tokoh-tokoh dari Johor dan kebetulan tahun ini juga sambutan 60 tahun PAS Johor, jadi kita nak tampilkan mereka yang lama berjuang di Johor untuk bersama dalam muktamar.- HARAKAHDAILY | ||
Anwar saman: Mahkamah tolak rayuan Khairy Posted: 20 Aug 2014 05:05 AM PDT PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak rayuan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin untuk meminda kenyataan pembelaannya dalam saman fitnah RM100 juta yang difailkan terhadapnya oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim berkata hujahan dikemukakan oleh peguam mewakili Khairy, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah gagal meyakinkan mahkamah. Beliau berkata Mahkamah Tinggi membuat keputusan betul apabila tidak membenarkan pindaan dilakukan. Hakim Abdul Aziz yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk David Wong Dak Wah dan Hakim Datuk Abang Iskandar Abang Hashim memerintahkan Khairy membayar RM5,000 sebagai kos perundangan kepada Anwar. Perkara itu ditetapkan untuk pengurusan kes di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur esok. Pada 7 Mac 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Khairy, dengan mendakwa Khairy yang ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno, mengeluarkan kata-kata berbaur fitnah dan menyebabkan klip video bertajuk 'Anwar and kin no threat' disiarkan dalam laman web, termasuk Malaysiakini.com. Ketua pembangkang itu turut mendakwa klip video dalam Malaysiakini.com mengandungi sebahagian daripada ucapan Khairy di Lembah Pantai pada atau sekitar 20 Feb 2008. Khairy, dalam kenyataan pembelaannya pada 8 Okt, 2010, berkata beliau bergantung pada kewajaran pembelaan dan perlindungan bersyarat. Pada 9 Okt tahun lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Khairy untuk meminda kenyataan pembelaannya dalam saman itu. Beliau memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan. Anwar diwakili peguam J. Leela. - Bernama | ||
MH17: PAS sertai istiadat penghormatan jenazah Posted: 20 Aug 2014 05:03 AM PDT Ketua Whip Ahli Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, seluruh Ahli Parlimen PAS telah diarahkan untuk menyertai istiadat itu nanti. "Saya telah mengarahkan seluruh ahli parlimen PAS khusnya yang berada di Lembah Klang untuk hadir dan bersama-sama memberikan penghormata, "Saya juga telah memaklumkan kepada PAS Pusat agar menghantar wakil rasmi parti ke majlis itu nanti," katanya yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat. Kumpulan pertama jenazah mangsa MH17 akan tiba pada Jumaat kira-kira 10 pagi dengan sebuah pesawat khas dari Amsterdam. Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dijangka berangkat ke istiadat berkenaan yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, jemaah menteri, menteri besar dan ketua menteri serta keluarga mangsa. Kerajaan sebelum ini mengumumkan Jumaat ini (22 Ogos) sebagai hari berkabung negara berikutan ketibaan kumpulan pertama jenazah mangsa nahas MH17 itu. Dalam pada itu, Mahfuz juga mengarahkan seluruh PAS kawasan mengadakan bacaan surah Yasin dan tahlil pada Khamis malam Jumaat sempena mengambil keberkatan penghulu segala hari itu. "Kita minta seluruh ahli kita juga agar membuat solat ghaib selepas solat Jumaat ini. "Kita juga arahkan seluruh premis PAS termasuk pejabat PAS Kawasan, markas serta pusat khidmat untuk memasang bendera separuh tiang pada hari Jumaat," katanya. Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal itu dipercayai ditembak jatuh, di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.- HARAKAHDAILY | ||
Blogger Umno pernah fitnah Rafizi ada ‘skandal’ dengan kucing Posted: 20 Aug 2014 05:00 AM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR : Masyarakat khususnya penyokong Pakatan Rakyat dinasihatkan berhati-hati dengan tipu helah Umno BN yang sengaja mereka-reka dokumen palsu untuk memfitnah pimpinan KEADILAN, kata Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli. Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, sudah menjadi kebiasaan apabila tweet atau kenyataan palsu dibuat bagi menimbulkan kemarahan. "Saya pernah membawa isu ini ke Parlimen kerana tweet palsu daripada 'cybertrooper' yang dibuat oleh Umno dan Barisan Nasional. "Hari ini, satu dokumen palsu kononnya ringkasan eksekutif Langkah Kajang dimainkan. Saya terkejut melihat mereka yang cenderung kepada PR turut sama menyebarkan perkara ini seolah-olah mereka tidak menapis dahulu kesahihannya," "Cepatnya rakyat Malaysia, malah yang cenderung kepada PR, percaya kepada perkara karut tanpa usul periksa. Semaklah perawi dahulu dan gunakanlah akal yang Allah kurniakan," katanya dipetik daripada laman Facebooknya. Beliau berkata demikian ekoran penyebaran dokumen palsu bertajuk "Ringkasan Eksekutif Langkah Kajang, Melangkah Ke Putrajaya' yang mula disebar di internet hari ini. Mengulas lanjut, Rafizi berkata adalah melucukan jika 'strategi besar' ditulis dalam satu dokumen. Malah dakwaan di dalamnya juga banyak menimbulkan keraguan dan jelas merupakan dokumen palsu. "Penulisnya dilihat tidak berapa mahir dengan bahasa Inggeris. Kalau pun itu dokumen sulit, sepatutnya ditulis "P&C" bukannya "Eyes Only". "Penulis seperti terkeliru di antara ISIS dan ISIL. ISIS itu think tank yang menyokong kerajaan, tidakkah jenaka apabila KEADILAN merancang konspirasi sulit dengan ISIS?," soalnya. Rafizi menambah, dokumen palsu itu jelas ditulis blogger Umno dan pernah pada satu masa mereka menuduh beliau mempunyai hubungan seks dengan seorang wanita Inggeris bernama Kristi. "Mereka tidak tahu Kristi itu kucing saya. Saya tidak terkejut mainan Umno itu," jelasnya. | ||
Pengumuman pimpinan baru fokus utama Kongres Nasional KEADILAN Posted: 20 Aug 2014 04:55 AM PDT Oleh Sunarti Yusoff KUALA LUMPUR: KEADILAN akan menganjurkan Kongres Nasional Tahunan 2014 selama tiga hari bermula 22 Ogos ini bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam. Kongres dijangka akan padat dengan pelbagai agenda yang diatur oleh anggota parti yang hadir. Melalui agenda utamanya, iaitu pengumuman pimpinan baru, kongres kali ini dijangka akan menerima lebih 3,000 perwakilan dan pemerhati daripada wakil-wakil di peringkat Cabang, Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Angkatan Muda KEADILAN, Wanita dan angota-angota Majlis Pimpinan Pusat (MPP). Tirai persidangan akan dimulakan dengan Kongres AMK yang akan diadakan di Dewan Bankuet MBSA pada Jumaat, dan akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali. Pada Sabtu 23 Ogos, kongres dimulakan dengan ucapan aluan oleh Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang kemudiannya diikuti oleh ucapan dasar oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang kemudiannya akan merasmikan kongres. Progran seterusnya diteruskan dengan pemilihan bagi jawatan Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, serta pemilihan dua pemeriksa kira-kira. Menurut Pengarah Kongres, Abdul Hadi Suhaimi, semua pemerhati jemputan, wakil kedutaan asing dari pelbagai negara, wakil parti gabungan Pakatan Rakyat dan ahli badan bukan kerajaan (NGO), dijemput hadir. "Seramai 800 pemerhati daripada 1,500 telah mengesahkan kehadiran mereka setakat ini. "Semua diplomat asing terutama dari United Kingdom, Jerman, Filipina, Singapura, Sri Lanka, India dan negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi dijemput hadir dan seramai 10 orang daripadanya telah mengesahkan kehadiran. "Untuk NGO pula, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) juga telah mengesahkan kehadiran dengan diwakili oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak)," katanya kepada Keadilan Daily. Selain ucapan dasar Presiden, kongres kali ini turut membahaskan isu-isu semasa di dalam dan luar negara seperti isu MH17 dan MH370, isu keselamatan Sabah dan penindasan umat Islam di Gaza. | ||
ADUN: Beli Harakah macam beli daun ketum Posted: 20 Aug 2014 02:08 AM PDT MALAYSIAKINI Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu Ahmad Yahaya hari ini membangkitkan masalah pengedaran akhbar rasmi PAS Harakah yang dikawal kerajaan. Berucap membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Kedah, wakil rakyat PAS itu membangkitkan soal kekerapan keluarannya dan kesukaran mendapatkannya. "Harakah ini kena tengok juga dari sudut kekerapan keluarannya iaitu dua kali seminggu. "Itu pun nak beli Harakah ini pun macam nak beli dadah atau daun ketum," Ahmad (kanan) dipetik sebagai berkata oleh Harakahdaily dan disambut ketawa anggota dewan. Beliau berkata demikian ketika Datuk Ahmad Lebai Sudin (BN-Bukit Lada) yang mencelah bertanyakan sama ada Harakah mampu menandingi media dikuasai BN. Ali Yahya (BN-Pantai Merdeka) pula dilapor menyebut tentang peranan media yang turut menjatuhkan kerajaan BN Kedah pada 2008. Sebelum itu, Ahmad menyentuh kontroversi akibat penyiaran berita sebuah akhbar harian yang menyentuh pentadbiran kerajaan negeri, yang disifatkannya kecil berbanding serangan media semasa liam tahun pemerintahan Pakatan Rakyat di negeri itu sebelum ini. Masalah itu tidak disebut dengan jelas dalam laporan itu. "Isu yang timbul pada akhbar semalam ini kecil sahaja kerana ini adalah edisi utara, orang Selangor tak baca pun," beliau dipetik sebagai berkata oleh Harakahdaily. "Pihak di sebelah sana (BN) selalu menyebut pengalaman mereka sebagai pembangkang selama lima tahun dulu, tapi Pakatan selaku kerajaan pada masa itu lebih teruk dikerjakan oleh media seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3. "Ini termasuk cuba mengeruhkan hubungan dengan istana seperti yang kena kepada ADUN Kubang Rotan dulu, seolah-olah digambarkan dia sendiri sudah tak layak berpijak di bumi Kedah ini." | ||
MP PAS: Tak masuk akal bubar DUN sekarang Posted: 20 Aug 2014 02:04 AM PDT MALAYSIAKINI MP Sepang, Hanipa Maidin menolak sebarang usaha untuk membubarkan DUN Selangor bagi membolehkan pilihan raya baru diadakan di negeri itu. Katanya, cadangan seperti itu "sangat tidak masuk akal" memandangkan majoriti rakyat kini menyokong presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai menteri besar baru. Menurutnya, dalam senario sekarang, pihak istana Selangor tidak mempunyai pilihan selain merestui presiden PKR itu bagi menggantikan MB sekarang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. "Jika benar laporan yang menyatakan Tan Sri Khalid berhasrat ingin berjumpa Sultan hatta berjumpa Sultan di luar negara bagi meminta dibubarkan DUN bagi saya tindakan itu tidak sah dan tidak bertanggungjawab. "Malah, ia sesuatu yang sangat tidak masuk akal di sisi undang-undang dan sistem demokrasi berparlimen ala-Westminster yang diamalkan di negara ini," katanya dalam satu kenyataan. | ||
DUN Kelantan maklum SPR sebaik terima surat rasmi kematian ADUN - Speaker Posted: 20 Aug 2014 02:00 AM PDT ANTARAPOS.COM KOTA BHARU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan akan memaklumkan kekosongan kerusi DUN Pengkalan Kubor kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebaik menerima surat rasmi kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerusi berkenaan, Datuk Noor Zahidi Omar. Speaker DUN, Datuk Abdullah Yaa'kob, berkata pihaknya sudah dimaklumkan mengenai kematian ADUN berkenaan pagi tadi daripada Badan Perhubungan UMNO negeri. "Sehingga kini, saya masih tidak dapat membuat sebarang pengumuman mengenai kerusi berkenaan kerana semuanya terpulang kepada SPR. "DUN negeri kini hanya menunggu surat rasmi kematian Allahyarham daripada UMNO negeri untuk memaklumkan secara rasmi kematian dan kekosongan kerusi berkenaan," katanya di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini, sebentar tadi. | ||
Rafizi dakwa Umno/BN reka dokumen palsu Posted: 20 Aug 2014 01:57 AM PDT Adalah melucukan jika ada strategi besar yang ditulis dalam satu dokumen. Malah, dokumen itu pun banyak menimbulkan keraguan dan sepatutnya jelas lebih awal bahawa ia dokumen palsu. PETALING JAYA: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menasihati orang ramai terutamanya penyokong Pakatan Rakyat (PR) supaya berhati-hati dengan helah yang dimainkan oleh Umno dan BN dengan mereka-reka dokumen palsu untuk memfitnah pimpinan PKR. Menurutnya, sebelum ini sudah menjadi kebiasaan apabila tweet atau kenyataan palsu dibuat untuk menimbulkan kemarahan. "Saya pernah membawa isu ini ke Parlimen kerana tweet palsu dari 'cybertrooper' yang dibuat oleh Umno. "Hari ini, satu dokumen palsu kononnya ringkasan eksekutif Langkah Kajang dimainkan. Saya terkejut melihat mereka yang cenderong kepada PR turut sama menyebarkan perkara ini seolah-olah mereka tidak menapis dahulu kesahihannya," katanya di dalam laman Facebooknya. Tambah beliau, adalah melucukan jika ada strategi besar yang ditulis dalam satu dokumen. Malah, dokumen itu pun banyak menimbulkan keraguan dan sepatutnya jelas lebih awal bahawa ia dokumen palsu. "Penulisnya dilihat tidak berapa mahir dengan bahasa Inggeris. Kalau pun itu dokumen sulit, sepatutnya ditulis "P&C" bukannya "Eyes Only". "Penulis seperti terkeliru di antara ISIS dan ISIL. ISIS itu think tank yang menyokong kerajaan, tidakkah jenaka apabila PKR merancang konspirasi sulit dengan ISIS?," jelasnya. Ujarnya lagi, semua orang dalaman PKR mengetahui bahawa Azrul Azwar adalah pegawai Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. "Adakah masuk akal pegawai khas MB yang juga menyokong kuat MB merancang strategi sulit mahu menukar MB? "Azrul Azwar juga bukan lagi di dalam Institut Rakyat. Semua orang dalaman PKR tahu perkara ini kecuali jika ia ditulis oleh blogger-blogger Umno," katanya. Jelasnya, dokumen palsu itu jelas ditulis oleh blogger-blogger Umno seperti pada satu masa mereka pernah menuduh beliau mempunyai hubungan seks dengan seorang wanita Inggeris bernama Kristi. "Mereka tidak tahu Kristi itu kucing saya. Saya tidak terkejut mainan Umno itu. "Saya terkejut cepatnya rakyat Malaysia, malah yang cenderong kepada PR, percaya kepada perkara karut tanpa usul periksa. Semaklah perawi dahulu dan gunakanlah akal yang Allah kurniakan," ujarnya. Manakala, Datuk Ambiga Sreenevasan yang juga merupakan Penaung Negara-ku, sewaktu dihubungi oleh FMT menjelaskan bahawa perkara dalam dokumen 'Langkah Kajang' yang turut menyatakan bahawa Negara-ku akan menerima sumbangan sebanyak RM200,000 daripada 'Langkah Kajang, adalah tidak benar. "Ha Ha!!!! Tidak benar!," katanya dalam respon melalui mesej sms kepada FMT | ||
Perintah berkurung laut Sabah sehingga Sept 2 Posted: 20 Aug 2014 01:50 AM PDT Sesiapa yang didapati bersalah melanggar perintah berkurung itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM 500. LAHAD DATU: Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah Jalaluddin Abd Rahman, perintah berkurung di pantai timur Sabah akan dilanjutkan sehingga 2 Sept ini. "Bagaimanapun, ia akan menjadi perintah berkurung selama 10 jam iaitu dari 07:00pm hingga 05:00am kali ini dan bukan 6:00pm hingga 06:00am seperti sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan semalam. Beliau berkata ini adalah lanjutan perintah berkurung yang ketiga sejak ia dikuatkuasakan pada 19 Julai. Jelas beliau lagi, perintah berkurung itu adalah untuk melindungi pantai timur dan mencegah penculikan rentas sempadan serta aktiviti-aktiviti jenayah yang lain daripada berlaku. "Saya telah menulis surat kepada Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Zahid Hamidi tentang perkara ini dan dia bersetuju dengan perubahan masa yang dilakukan," katanya. Beliau juga berpuas hati dengan hasil perintah berkurung dan berharap penduduk di pantai timur terutamanya nelayan akan terus memberi sokongan kepada pegawai-pegawai keselamatan semasa perintah berkurung ini berjalan. Jalaluddin berkata sebanyak 14 nelayan tempatan yang berusia antara 20 dan 40 telah didakwa kerana melanggar perintah perintah berkurung. "Kesemua mereka dihukum penjara 10 hari dan didenda RM 500," katanya. Komander Sabah Eastern Security Command (Esscom) Abdul Rashid Harun, dalam satu kenyataan berkata, perintah berkurung ini telah memudahkan pasukan keselamatan untuk menjalankan tugas mereka di kawasan terlibat. Sesiapa yang ditangkap melanggar perintah berkurung itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM 500. Perintah berkurung meliputi enam daerah iaitu Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna, Kunak dan Tawau. | ||
Speaker Sabah diminta tidak belot kepada rakyat Posted: 20 Aug 2014 01:48 AM PDT Rakyat Sabah tidak menggesa untuk pemisahan tetapi meminta supaya pentadbiran untuk disentralisasi dan kajian serius terhadap hak-hak mereka dalam Persekutuan dilakukan. KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Penampang, Darell Leiking meminta Speaker negeri Sabah, Salleh Said Keruak untuk melihat isu-isu yang merisaukan rakyat Sabah dan bukannya mahu menghukum mereka hanya kerana menyuarakan pendapat. "Gesaan Salleh kepada pihak berkuasa untuk bertindak terhadap cakap-cakap pemisahan adalah terlalu awal dan dibuat tanpa berfikir," kata Darell dalam satu kenyataan. "Perasaan kecewa semakin menebal berhubung rasa tidak dihormati yang ditanggung penduduk sejak pembentukan persekutuan pada tahun 1963." Darell menegaskan bahawa rakyat Sabah kini sedar kerugian yang mereka alami melalui perkongsian yang tidak sama rata dengan persekutuan. Beliau menyenaraikan rungutan utama penduduk ialah pendatang haram yang mudah menjadi warganegara, demografi yang berubah-ubah, pengagihan hasil kekayaan tidak sama rata, tiada perkongsian dalam kerajaan persekutuan, pemilikan aset-aset minyak dan gas serta kekurangan peluang pekerjaan di negeri ini. Darrell berkata Salleh serta Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Masidi Manjun cuba memujuk rakyat Sabah dengan mengatakan bahawa Umno di negeri ini adalah berbeza daripada di Semenanjung. "Kenapa kedua-dua individu ini bersusah-payah untuk menjelaskan perkara tersebut?" soal Darell. "Ini bermakna mereka tahu dan yakin bahawa rakyat Sabah adalah berbeza daripada orang-orang di Semenanjung." Beliau menambah, gesaan dari rakyat Sabah bukanlah untuk pemisahan tetapi untuk pentadbiran disentralisasikan dan supaya semakan serius ke atas hak-hak mereka dalam persekutuan dilakukan. Gesaan ini termasuk siasatan sama ada syarat-syarat yang ditetapkan dalam lampiran kepada Perjanjian Malaysia 1963 telah dipatuhi dan sama ada ia boleh dipulihkan semula untuk membetulkan semangat hingga terbentuknya persekutuan, katanya. "Penduduk Sabah perlu terus bersuara dan berjuang untuk apa yang telah dijanjikan melalui persekutuan supaya masa depan dan hak-hak kita dikembalikan semula dan sentiasa dilindungi." | ||
MAS dalam program ‘bellyup' dan 'bailout' raksasa Posted: 20 Aug 2014 01:39 AM PDT
Akhirnya apa yang diwawarkan sedkit waktu dahulu tentang MAS akan berlaku ..satu proses pemikiliknegaraan atau 'Renationalisation' sebelum dilakukan 'Penstrukturan Semula' dalam satu execise "Penyelamatan" atau "Bailout" yang raksasa. Pemilik utamanya Khazanah Nasional Berhad yang memegang 69% sahamnya, tekad membuat 'Tawaran Awam' di Bursa bagi membeli selebihnya saham MAS yakni 31% itu dengan harga tawaran 27 sen sesaham berjumlah RM1.4 bilion. Harga pasaran kini, dengan nilai asset semasa, dikatakan dalam anggran 25 sen satu saham. Dengan itu Khazanah bersedia membawa MAS keluar Bursa dan kembali sebagai entiti yang dimiliknegerakan. Tawaran ini adalah dianggap baik bagi pelabur jangka pendek yang sempat membeli sahamnya selepas tragedi MH370 pd harga 15 sen. Bagi 'stakeholders' atau pelabur 'jangka panjang' mereka mengalami kerugian besar pastinya. Harga saham MAS pernah mencecah RM8 sesaham sebelum penswastaan 20 tahun yg lalu. Gurauannya, anda perlu 7 saham MAS untuk membayar secawan nescafe tarik. Setelah dinyahsenarai MAS (nyahsenarai), Khazanah berdepan dengan tuntutan kos operasi yg tinggi. Khazanah pastinya perlu menyuntik dana baru untuk meneruskan khidmat MAS sebelum langkah 'penstrukturan' dapat dijayakan. Seperkara lagi adalah tentang kos pinjaman. MAS tidak akan lagi dapat meminjam dengan penarafan Khazanah.Peningkatan kos akan dipindahkan kpd pelanggan.Sekaligis akan mengurangkan daya saing MAS. Pastinya juga Khazanah memerlukan 'rakan baru' bukan sahaja utk membayar hutang MAS berjumlah RM10 bilion kpd bank-bank tempatan dan RM2.5bilion dlm bentuk sukuk kpd KWAP atau Kumpulan Wang Amanah Pencen. Disamping itu MAS telah menjalankan tiga kali suntikan dana samada dari 'stakeholders' utamanya yakn Khazanah atau menerbitkan 'right issue' sekaligus mengurangkan 'earning per share' setiap pemegang saham MAS ini. Sejumlah RM7.25 bilion dijana dalam 7 tahun lalu, dalam pelbagai langkah penjanaan dana ini, terakhir pada Mei tahun lalu (RM3.25 bilion). Siapa bakal jadi rakan strategik MAS masih tinggal tandatanya. Tidak mudah mencari rakan yang benar-benar memilikki kekuatan sinergi; keupayaan dana, kepakaran teknikal dan strategi bisnes serta pengalaman dan cakupan pengaruh yang luas dan berkesan.Ini adalah antara faktor kritikal kejayaan bagi program pemulihan MAS yang pernah menggondol pelbagai anugerah dan pingat kecemerlangan pekhidmatan antarabangsa. Yang pastinya pihak kreditor yang menagih hutang berdepan hakikat mereka akan diminta mengambil "hair-cut" atau diskaun. Mereka juga mungkin terpaksa menerima bayaran hutang dalam bentuk pertukaran saham atau 'debt-equity swap'. Umum telah mengetahui akan kerugian MAS diantara 2011 dan 2013 sebanyak RM5 bilion dan RM443 bilion pada suku pertama tahun 2014 ini dan para analyst hanya memberikan 6 bulan utk beroperasi dengan jumlah tunai semasa yang ada. Lebih mudah, mengikut telahan para 'analysts', seperti pernah juga saya tuliskan, supaya MAS dizinkan 'belly-up' atau mudahnya, 'dibankrapkan' bagi memulakan satu era baru. Mungkin ia pelik bunyinya, namun langkah tersebut bukanlah satu yang anih dalam dunia korporat. MAS dan bersih sebagai satu 'clean solution' dan kesemua 'kontrak dan komitmen lama' yang tempang dan berat sebelah akan berakhir. MAS akan bebas dari menanggung 'baggages' atau 'legasi buruk dan beban lama'. MAS mesti dibankrap dahulubsebeljm dibawa keluar Bursa.ii mengekalkan ketelusannpenjialan aset dsbnya. Kemudian MAS bermula seolah-olah sebagai entiti bisnes baru dan mengorak langkah baru, meneruskan legasi baiknya namun terhindar dari memikul biawak-biawak dalam amalan 'kronime and nepotisme' yang merosakkan sistem penerbangan negara yang penah dibanggai semua rakyat! Tragedi MH370 dan terkini MH17 yang berlaku senggang 4 bulan tidak pernah berlaku dalam sejarah avionik moden di dunia.Dampak kewangannya buman kepalang. Memulih keyakinan dan sentimen pelanggan tentunya memakan tahun. Sedikit pengamatan penulis, untuk terus survive and menjadi satu entiti bisnes yang punya daya saing, MAS perlu mengambil perhitungan dan tindakan berikut: Menjalankan satu review yg komprehensif dan mendalam bagi menangani aspek-aspek polisi, dasar dan strategi perniagaan dan struktur organisasi. Lebih khusus lagi: A. Mengatasi permasalahan pengurusan yg tidak cekap dan berkesan di segi 'Menajamkan Akumen Strategi Bisnes bagi menangani cabaran persaingan sengit perkhidmatan 'routes' serta kawalan kewangan dan pelaburan-perolehan supaya produktif dan berpulangan tinggi. B. Menghentikan campurtangan politik yang menyiksa pengurusan..'Political Interference' yg menganggu kelancaran pengurusan di segi pengambilan, perlantikan dan kenaikan pangkat serta khususnya di segi pemberian kontrak servis dan perbekalan yang 'berat sebelah' serta membebankan kewangan dan mengungtungkan kroni. C.Mengimbangi peranan dan tekanan kesatuan sekerja yg ditanggapi terlalu kuat dan tidak membantu pencapaian prestasi dan keefisienan sistem pengurusan. Peranan mereka mesti diolah dan ditala bagi memperkukuhkan MAS dan tidak sebaliknya. * Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP). | ||
Rakyat sedang tercengang-cengan di persimpangan, tak tahu hendak kemana Posted: 20 Aug 2014 01:32 AM PDT ASPAN ALIAS Dr Mahathir yang beliau menyesal menganti Badawi dengan Najib, kerana beliau tidak menyangka yang Najib mempunyai prestasi yang lebuh buruk dari penggantinya yang beliau belasah dahulu. Bagi sorang seperti saya, pengakuan Mahathir itu sangat menggembirakan saya. Saya gembira kerana pandangan saya selama ini Mahathir adalah pemimpin yang tidak pernah memilih penggantinya yang betul di kritik oleh ramai orang. Dari Musa Hitam kepada Najib tidak seorang pun yang beliau menyokong sampai keahirnya. Apa yang saya sebut rartusan kali selama ini adalah benar akhirnya. Itu sebab tuduhan saya yang Mahathir adalah penyebab utama kepada kejatuhan kualiti kepimpinan negara semakin terserlah kebenarannya. Beliau pernah mengakui yang beliau tersalah pilih Abdullah Badawi dan sekarang ini beliau mengakui yang orang yang beliau sokong dan pilih untuk menggantikan Abdullah yang beliau menyesal memilih dahulu, mempunyai prestasi yang lebih buruk. Saya bukan bercakap tentang Najib kali ini, kerana Najib itu tidak perlu di bincangkan lagi tentang isu beliau. Najib adalah 'conclusive' sebagai Perdana Menteri yang paling tidak berprestasi sekali dan beliau wajar diganti.. Jika di tinjau dari kalangan pimpinan tertinggi UMNO (Majlis Tertinggi UMNO), parti itu menghadapi masalah besar. Benar, Najib itu perlu diganti dan jika tidak diganti kita telah melakukan 'disservice' yang terlalu besar kepada negara. Tetapi masalah ini adalah yang terlalu 'compounding' apbila pada hakikatnya tidak ada seorang pun dalam barisan Majlis Tertinggi parti itu berkebolehan untuk memimpin waimma untuk menunjukan kualiti kepimpinan yang lebih sedikit baik dari Najib sendiri. Belai tidak senang hati dengan Najib yang terlalu tunduk kepada negara jiran, dan ia tentulah Singapura yang dimaksudkan oleh bekas Perdana Menteri itu. Daripada tata-cara kata-kata Dr Mahthir itu, seolah-olah beliau kan beranggapan Anwar lebih baik dari Najib. Senag sahaja alasannya. Maksudnya jika Najib tunduk kepada Singapura, lebih baiklah lagi Anwar, kerana Anwar boleh terus berurusan dengan Washington secara terus. Lagi pun Anwar sedang disokong oleh PAS dan Nik Aziz. Secara tidak langsung Anwar berjaya membawa PAS yang sentiasa dalam 'sleep-walking' itu secara tidak di sedari mereka menyokong agenda AS di negara ini secara tidak langsung memalui Anwar, dan Malaysia pula akan menjadi dalang AS melalui ketundukan Najib terhadap Singapura. Itulah seolah-olah yang hendak disampaikan oleh Dr Mahathir. Saya tidak mahu menolak isu ini kerana tidak ada negara terutmanya negara kecil di dunia ini tidak ada permainan kuasa asing. Pandangan Dr Mahathir tidak semestinya salah tetapi jika Najib itu perlu di tukar Mahathir juga tidak mempunyai calon aternatif dikalangan barisan Majlis Tertinggi UMNO yang ada sekarang mempunyai 'fitness' untuk menggantikan Najib itu. Bukan sahaja Mahathir tidak mempunyai gantian kepada Najib, tetapi Rakyat juga tidak dapat mengenal pasti siapa yang layak di kalangan Ahli-Ahli Majlis Tertinggi itu. Jika dulunya kita boleh mengharapkan pihak pembangkang untuk menjadi pilihan selepas ini, tetapi kalau di telek dari prestasi dan sikap serta nilai pihak pembangkang sekarang masalah yang sama yang kita sedang hadapi sekarang akan kita hadapi lebih cepat dan agak 'instantaneous' sebaik sahaj mereka menguasai Putrajaya itu. Di kalangan parti-parti dalam pembangkang sekarang, walaupun telah menunjukan mereka bersatu tetapi luka-luka dan pendarahan dalaman diantara mereka tetap wujud dan perlu pemeriksaan yang rapi. Pendeknya apa yang diperkatakan Dr Mahathir itu mungkin mempunyai kebenarannya tetapi beliau juga perlu menerima hakikat yang beliau mempunyai saham yang besar dalam menjadikan keadaan sekarang berlaku dan tidak mungkin dapat di selesaikan dengan begitu mudah. Kita perlu negara dengan siasah baru. Jangan jemu-jemu mendengar pandangan ini. Buang emosi dan campakan sentimen peribadi ketepi. Baru kita boleh melihat kewajarannya. Sesungguhnya kita sedang berada di persimpangan, tercengang-cengang hendak ke arah mana.http://aspanaliasnet.blogspot.com/ | ||
Teknikalnya Adun PAS sudah lompat Posted: 20 Aug 2014 01:29 AM PDT Oleh SUBKY LATIF ZAMAN dulu kala memang ada ADUN lompat terutama yang menyertai parti itu sebelum merdeka. Malah empat ADUN Kelantan diculik Umno berhari-hari. Dilepaskan pada hari sidang DUN bagi menghadiri sidang, mereka kembali ke pangkuan parti. Lepas krisis PAS pasca BN, selepas wujudnya era pimpinan ulama tiada terdengar MP dan ADUN lompat parti. Tubuh parti lain ada. Selepas rampasan kuasa atas kerajaan Pakatan di Perak, ADUN DAP Sekincan menyatakaan malunya dalam ceramah tentang ADUN parti itu dan parti sekutu yang lain lari atau lompat. Dia hormati tiada dari PAS yang lompat. Katanya, PAS tidak lompat kerana mereka ditarbiyah. Parti lain yang lompat itu tiada tarbiyah. Hanya dalam krisis Pakatan di Selangor justeru PAS lewat mesyuarat, ada ADUNnya tidak bersama parti atas isu yang menyebabkan krisis itu, bahkan hadir dalam sidang media dengan parti yang sedang berlawan dengan PAS. Jika ada undi tidak percaya terhadap MB sikap PAS masih belum dimesyuaratkan, mereka tidak akan bersama PAS. Belum ada keputusan PAS terhadap mereka, tetapi secara teknikalnya mereka sudah seperti lompat. Sekalipun belum menyatakan keluar parti, mungkin masih mengaku PAS, dengan pendirian mereka sebelum PAS membuat keputusan rasmi, mereka telah memihak kepada lawan, dan seolah-olah telah memberi kata dua kepada parti. Mengapa wakil rakyat parti yang dikira sebagai pimpinan boleh bersikap demikian? Mungkin tarbiyah yang disebut oleh ADUN DAP Sekincan itu sudah longgar atau pun tarbiyah itu masih ada tetapi ia sudah tidak kelas lagi? Tidak pernah sejak era kepimpinan ulama ia meminggirkan keperluan tarbiyah. Ada dalam setiap tingkat parti itu dari atas hingga ke cawangan orang yang amanahkan menangani tarbiyah. Belum ada secara terbuka menyatakan ia sudah bukan lagi parti tarbiyah. Jika terbiyahnya sudah tidak sesuai, tiada lagi kelas seperti yang dikehendaki oleh gerakan Islam, tidak ia sekadar tanggungjawab pimpinan yang diamanahkan saja, bahkan ia tanggungjawab sekalian ahli dan aktivis semua tingkat bagi memastikan terbiyah itu sampai kepada ahlinya. Antara tanggungjawab ahli ialah memastikan semua cita-cita PAS itu terlaksana sebaiknya. Jika ada kelemahan tarbiyah itu, apa ahli PAS, jawatankuasa berbagai lapisan, MP dan ADUN buat supaya ia memberi kesan? Semua gerakan dan pertubuhan Islam ada tarbiyahnya. Semua ada usrah. Bahkan ia dikatakan lebih berdisiplin. Mereka memastikan setiap ahli ikut usrah dan program tarbiyah. Setengah badan dakwah itu mudah melaksanakan program tarbiyah itu kerana terdiri golongan yang sama latar belakang usia dan pendidikan. Bagi yang pernah menerima asuhan akadamik, usrah dan disiplin tarbiyah itu tidak asing untuknya. Mereka muda, tidak ramai, ada asas pada komputer dan laman web. Ahli PAS, ada muda, ada tua dan ada yang nak mati. Ada pelajar, ada ulama, ada lulus sekolah atap, nelayan, petani, buruh kasar, pegawai dan saudagar. Nelayan dan petani boleh buat apa saja perintah politik, tapi tidak suka usrah. Tapi pasang bendera PAS di atas pokok kelapa mereka sedia. Musim pilihan raya, bermalam-malam tidak tidur. Jangan kata ia satu bentuk tarbiyah. Yang tarbiyah seperti ini jarang tinggalkan parti. Tetapi yang tinggalkan parti itu sudah ada tarbiyah dan tukang bagi tarbiyah. Selemah-lemah PAS ada tarbiyahnya. Tetapi pihak yang disokong itu adakah tarbiyahnya dan adakah ia sebahagian daripada gerakan Islam dan badan dakwah? Itulah malangnya orang dakwah dan ikut tarbiyah, sokong Umno dan badan bukan jamaah Islam. Betulkah tarbiyahnya. Jangan jadi macam ulama besar Bani Israil, Balgham Ba'ura didoanya rombongan Nabi Musa a.s. pulang ke Baitulmaqdis terhalang | ||
RM1.088 juta bangun maahad tahfiz, sasar wujud setiap daerah Posted: 20 Aug 2014 01:26 AM PDT Oleh : AFEEQA AFEERA SHAH ALAM : Sejumlah RM1.088 juta disumbangkan Kerajaan Selangor kepada Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran negeri Selangor (PITAS) bagi tujuan pembangunan sekolah maahad tahfiz di negeri ini. Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata Kerajaan Negeri sentiasa menggalakkan anak-anak muda untuk membaca dan menghafal al-Quran selaras dengan visi menjadikan Selangor negeri berkebajikan, idaman, maju dan sejahtera. Beliau berkata Kerajaan Selangor juga kini dalam proses untuk memastikan sekurang-kurangnya terdapat satu Maahad Integrasi Tahfiz Sains di setiap daerah di negeri ini yang akan dikelolakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). "Pada 2008, kita wujudkan Maahad Integrasi Tahfiz Sains di Jugra dan sekarang Selangor sudah memiliki tiga buah maahad tahfiz dan bercadang untuk tambah lebih banyak lagi. "Kerajaan negeri berbesar hati bersama-sama dengan PITAS untuk mengembangkan dan memperjuangkan seramai mungkin anak-anak Selangor yang mampu membaca al-quran dengan baik kerana ia adalah sumber ilmu untuk segala-galanya," katanya. Beliau berkata demikian semasa merasmikan Hari Huffaz Selangor kali kelapan di Masjid Negeri, dekat sini. Pada majlis itu, lebih 300 orang pelajar tahfiz dari seluruh negeri Selangor mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran secara hafazan. Dalam pada itu, Halimah berkata para pelajar yang sudah menamatkan pengajian di sekolah tahfiz diberi peluang untuk menyertai program "fast track" anjuran Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS) dan Universiti Selangor (Unisel). Katanya konsep ini diwujudkan bagi memberi galakan kepada pelajar tahfiz untuk membina kerjaya mereka sebaik selesai pengajian di sekolah masing-masing. "Kita banyaj dengar keluhan daripada anak-anak yang sudah habis hafazan hendak ke mana, bagaimana mahu membina kerjaya mereka. "Justeru pada tahun 2010, kita mulakan satu konsep di mana program Unisel-Yapis Fast Track diwujudkan untuk memberi peluang kepada pelajar tahfiz yang sudah selesai pilihan kerjaya mereka," katanya lagi.EZY | ||
Walaupun 6 exco kosong, urusan Kerajaan Selangor tetap berjalan Posted: 20 Aug 2014 01:21 AM PDT Oleh: LIZAWATI MADFA SHAH ALAM,: Segala pelan dan rancangan program Kerajaan Negeri akan tetap dilaksanakan walaupun enam jawatankuasa portfolio terpaksa dikosongkan. Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, Kerajaan Negeri kini bekerja menjadikan keenam-enam portfolio itu sebagai satu tanggungjawab bersama. Katanya, Kerajaan Negeri terus komited untuk menjayakan segala program agar rakyat terus mendapat manfaat. "Kita akan panggil semua (pegawai) stanco lain dan pegawai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) setiap Selasa untuk selesaikan apa jua program dirancang supaya berjalan seperti biasa. "Empat orang Exco dan para pegawai cuba sebaik menjalankan tugas berdasarkan perancangan yang disediakan sebelum ini," katanya dalam sidang media di pejabatnya hari ini. Beliau ditanya kelangsungan Kerajaan Negeri dan pembahagian portfolio selepas enam anggota Exco dipecat selepas enggan memberikan kerjasama dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Pada 11 Ogos lepas, DYMM Sultan Selangor memberi perkenan kepada Abdul Khalid untuk terus memegang jawatan Menteri Besar sekalipun beliau dipecat parti PKR dua hari sebelum itu. Empat Exco daripada PAS termasuk Halimah memilih untuk kekal dalam Kerajaan Negeri bagi menjamin kelancaran pentadbiran dan perancangan sedia ada.EZY | ||
Exco: “Nak minta RM1 pun susah, MB cermat belanja wang rakyat” Posted: 20 Aug 2014 01:19 AM PDT Oleh: LIZAWATI MADFA SHAH ALAM, : Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diakui seorang Menteri Besar yang cermat dan teliti dalam pentadbiran negeri terutama melibatkan perbelanjaan kewangan rakyat. Exco Negeri, Dr Halimah Ali berkata sifat Abdul Khalid yang dikatakan sesetengah pihak 'kedekut' itu menunjukkan beliau begitu berhati-hati agar wang dibelanjakan memberi manfaat sebaiknya kepada rakyat. Katanya, kelulusan hanya diberikan andai peruntukan yang diminta anggota Exco disertai pelan terperinci bagaimana wang berkenaan dibelanjakan. "Nak minta duit susah, nak minta seringgit pun susah, tetapi jika untuk rakyat dia akan luluskan. "Exco kena beri hujah, kalau dia (Abdul Khalid) tak nampak manfaat dia tidak akan luluskan, dia berhati-hati sebab itu duit rakyat," kata Halimah dalam sidang media di pejabatnya hari ini. Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita jika beliau mempunyai sebarang masalah bekerja di bawah Abdul Khalid sepanjang menjadi Exco sejak 2008. Menjawab soalan lain berhubung perjanjian air dengan Kerajaan Pusat, Halimah berkata Abdul Khalid sentiasa berbincang dengan anggota Exco negeri hal-hal melibatkan keputusan besar Kerajaan Negeri. "RM9 pun susah dia nak lepas, lagi kalau RM 9.65 billion. Dia teliti kesemuanya dan tidak akan terburu-buru lebih-lebih lagi melibatkan duit yang besar. "Untuk isu perjanjian air, kita (Exco) diberitahu secara umum dan bukan terperinci. Menteri Besar ada pasukannya sendiri yang pakar dalam perkara itu," katanya lagi.EZY | ||
Wanita tidak sesuai jadi pemimpin Posted: 19 Aug 2014 11:32 PM PDT SEREMBAN – Timbalan Mufti Negeri Sembilan, Nor Azamir Alias berpendapat, wanita tidak sesuai menjadi pemimpin, sekiranya masih ada lelaki untuk memimpin. Malah katanya, dalam Islam sendiri tidak menggalakkan golongan wanita menjadi pemimpin kerana tidak sesuai. "Seorang wanita tidak digalakkan menjadi pemimpin, sekiranya masih terdapat golongan lelaki dalam kalangan mereka. "Lelaki diciptakan oleh ALLAH SWT sebagai umat untuk memimpin, dan biarlah golongan Adam ini sahaja yang memimpin dan melindungi. Adalah tidak sesuai jika pemimpin terdiri daripada kalangan golongan Hawa, sedangkan masih ada ramai lagi lelaki yang boleh dilantik sebagai ketua. "Bagaimanapun, wanita juga boleh dijadikan ketua, namun itu melihat pula kepada situasi," katanya. Menurutnya, walaupun seseorang wanita itu dilihat layak menjadi pemimpin, namun ia masih tidak sesuai, berikutan terdapatnya had yang mungkin tidak boleh diikuti dari segi syarak. "Mungkin ada beberapa perkara yang akan membataskan pergerakannya sebagai pemimpin, malah kita khuatir akan timbul fitnah yang boleh menjatuhkan maruahnya. "Oleh sebab itu, wanita dinasihatkan supaya tidak dilantik menjadi pemimpin demi menjaga kesucian dan kehormatan mereka," katanya. Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, berdasarkan hukum syarak, wanita tidak boleh menjadi pemimpin besar. Katanya, perkara itu adalah hukum atau aturan undang-undang yang harus dipatuhi oleh setiap umat Islam berdasarkan al-Quran dan hadis. Dalam perkembangan sama, beliau menekankan bahawa seseorang pemimpin perlu mempunyai kebolehan, bersikap jujur dalam pentadbiran serta adil. | ||
Dokumen 'Kajang Move' dipalsukan Posted: 19 Aug 2014 11:25 PM PDT SHAH ALAM - PKR hari ini mengecam pihak dan individu yang bertindak menyebarkan maklumat palsu mengenai dokumen 'Langkah Kajang' kepada orang ramai. Pengarah Komunikasinya, Fahmi Fadzil mendakwa, tindakan tersebut jelas membuktikan Malaysia masih belum mencapai tahap kematangan politik yang sebenar. Beliau berkata demikian ekoran daripada penyebaran dokumen 'Langkah Kajang' yang dikatakan ditulis oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. "Saya mendapat beberapa panggilan dan notifikasi pagi ini berkaitan satu dokumen kononnya ditulis oleh Rafizi berkaitan 'Langkah Kajang'. "...Saya mengesahkan bahawa dokumen tersebut adalah palsu dan fitnah," katanya melalui sebuah kenyataan hari ini. Sehubungan itu, Fahmi mengingatkan orang ramai supaya merujuk blog rasmi Rafizi di rafiziramli.com untuk mendapatkan gambaran sebenar mengenai artikel tersebut. "Sesiapa sahaja boleh membaca laman blog Rafizi sekitar waktu 'Langkah Kajang' dimulakan dan akan mengesahkan bahawa beliau sendiri merujuk kepada strategi ini dengan nama 'Serampang Kajang'," jelasnya lagi. | ||
Suami isteri didakwa 'songlap' duit penumpang MH37 Posted: 19 Aug 2014 11:22 PM PDT KUALA LUMPUR - Seorang pegawai bank dan suaminya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi terhadap pelbagai tuduhan termasuk mencuri, memindah dan menggunakan dokumen palsu bagi mengeluarkan wang dari akaun empat mangsa MH370 membabitkan kira-kira RM110,643. Tertuduh, Nur Shila Khanan, 33, dan Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed, 33, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mat Ghani Alias. Mahkamah membenarkan mereka diikat jamin sebanyak RM12,000 setiap seorang dan menetapkan 25 Ogos ini untuk sebutan semula kes itu. | ||
Menteri puji sikap ahli parlimen PAS Posted: 19 Aug 2014 11:19 PM PDT SEPANG: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz memuji sikap Ahli Parlimen PAS Sepang Mohamed Hanipa Maidin yang menurutnya, sering membangkitkan isu penumpuan industri pelancongan di Sepang. Selain Hanipa, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang juga aktif membangkitkan hal itu di Dewan Rakyat. "Saya mengambil kesempatan ini ingin mengucapakan terima kasih pada Ahli Parlimen Sepang dan juga Ahli Parlimen Seputeh kerana banyak kali membangkitkan di Parlimen tentang isu pelancongan di Sepang dan mereka berdua banyak kali meminta saya membuat lawatan ke Sepang bagi melihat sendiri tempat tempat menarik di sini yang perlu dibangunkan sebagai destinasi pelancongan," katanya. Beliau berkata demikan ketika berucap di Avani Gold Coast semalam ketika membuat lawatan sehari ke sini bagi meninjau dan melihat sendiri kawasan-kawasan yang menarik untuk dibangunkan sebagai destinasi pelancongan. Dalam ucapannya, beliau juga mengucapakan terima kasih kepada pihak Avani Gold Coast khususnya kepada Bapak Yanki yang telah melabur wang yang begitu banyak bagi memajukan Gold Coast sebagai destinasi pelancongan. Beliau turut berjanji bahawa pihak Kementeriannya akan memberi sokongan padu untuk Kerajaan memperuntukkan belanjawan yang mencukupi dalam Rancangan Malaysia ke 11 nanti bagi memajukan Sepang sebagai salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia kerana lokasinya yang strategik dan berdekatan dengan lapangan terbang antarabangsa. Sebelum ini, ketika perbahasan di Dewan Rakyat, Hanipa telah beberapa kali meminta Kerajaan memberikan tumpuan yang lebih kepada Sepang sebagai destinasi pelancongan kerana Sepang adalah pintu masuk utama para pelancong ke negara ini . Beliau juga menegaskan banyak destinasi menarik dan produk-produk pelancongan di Sepang masih belum dibangunkan secara pesat meskipun ada destinasi pelancongan di situ yang menarik masyarakat antarabangsa seperti pesta sukan perahu layar antarabangsa di Batu Laut yang diadakan setiap tahun. Beliau juga meminta pihak Kerajaan dapat menaik taraf jalanraya di Sepang khususnya jalan jalan utama ke destinasi pelancongan di Sepang. Turut hadir dalam lawatan sehari menteri itu adalah wakil kerajaan Selangor dari Unit Pembangunan Ekonomi Negeri Datuk Roslan, Teresa dan Adun Sg Pelek.- HARAKAHDAILY | ||
Budayakan letak jawatan atas rasa tanggungjawab Posted: 19 Aug 2014 11:16 PM PDT KUALA LUMPUR: Sebaik sahaja berita disiarkan mengenai peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit (MRT) Corp, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid susulan kemalangan di tapak kerja landasan MRT di Kota Damansara yang meragut nyawa tiga pekerja warga Bangladesh, semalam, ramai yang memuji tindakan beliau. Rata-rata menyifatkan Azhar telah menunjukkan apa yang dimaksudkan dengan "mendukung integriti dan tanggungjawab", suatu kualiti yang amat jarang dapat dilihat di negara ini, baik di sektor awam mahupun swasta. Kecuali beberapa kes, termasuk apabila pemimpin MCA melepaskan jawatan susulan skandal seks, tindakan melepaskan jawatan untuk mengambil tanggungjawab bagi kesalahan peribadi atau kegagalan organisasi sememangnya bukan budaya di Malaysia. Sebaliknya tindakan serupa tidak lagi asing di beberapa negara luar seperti India, Jepun mahupun Korea dan antara yang terbaharu tindakan Perdana Menteri Korea Selatan Chung Hong-Won yang meletak jawatan atas rasa bertanggungjawab susulan insiden feri karam yang meragut nyawa lebih 300 penumpang. Kerana itu, 'kejutan' yang dibuat oleh Azhar semalam ini disifatkan bukan sahaja wajar dicontohi, malah perlu menjadi satu budaya yang harus dilaksanakan di negara ini. Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM) Datuk Dr Mohd Tap Salleh ketika diminta mengulas perkara itu menyifatkan keputusan Azhar jelas menunjukkan integriti beliau sebagai seorang ketua yang berani mengambil tanggungjawab di atas kegagalan organisasi semasa di bawah pemerhatian beliau. "Ini tindakan yang perlu kita tabik, satu tindakan yang perlu dicontohi bukan sahaja oleh pengurusan atasan syarikat lain tapi juga pemimpin kerajaan dan perkhidmatan awam. "Tetapi dalam kebanyakan kes di Malaysia tidak begitu kerana hingga ada yang turun naik mahkamah pun masih tidak mahu meletakkan jawatan," katanya kepada Bernama. Dr Mohd Tap turut mengenepikan pandangan sesetengah pihak yang melihat tindakan Azhar seolah-olah mengambil jalan mudah dengan meninggalkan tanggungjawabnya 'yang belum selesai'. Sebaliknya, kata beliau, ia merupakan tindakan yang betul kerana dengan cara itu juga akan memudahkan siasatan kes berkenaan dilakukan tanpa adanya campur tangan pihak yang berkepentingan. Bagaimanapun, tegas beliau, rasa tanggungjawab Azhar di atas kejadian itu yang dizahirkan dengan peletakan jawatan beliau tidak boleh diterjemah sebagai 'tindakan orang yang bersalah' kerana siasatan menyeluruh perlu dilakukan bagi mengenal pasti pihak yang benar-benar bertanggungjawab dalam kes itu. "Tindakan dia (Azhar) meletak jawatan itu ok, tapi tidak boleh salahkan dia dalam kes ini, sebaliknya siasatan menyeluruh perlu dibuat, yang paling mustahak perlu dilihat sama ada pihak pengurusan telah meletakkan semua prosedur keselamatan dalam syarikat itu atau sebaliknya. "Kalau prosedurnya lengkap, tetapi ada pihak yang tidak patuh kepada prosedur, maka bukan salah pengurusan, sebaliknya kesalahan adalah pada pihak yang tidak ikut prosedur itu, baik pekerja, kontraktor atau sub-kontraktor," katanya. Penganalisis Sosial Tan Sri Lee Lam Thye pula berpendapat tindakan melepaskan jawatan atas rasa tanggungjawab merupakan "perbuatan yang terhormat" dan perlu menjadi budaya di negara ini. Beliau juga menyifatkan Azhar sebagai seorang yang benar-benar mengotakan janjinya kerana sebelum ini pernah mengakui amat menitik berat soal keselamatan pekerjaan dan akan bertanggungjawab penuh di atas sebarang insiden yang berlaku di tapak pembinaan MRT. "Susulan itu saya sentiasa mengikuti perkembangan projek MRT ini dan bila berlaku kejadian itu dan semalam beliau buat keputusan letak jawatan, beliau membuktikan yang dia seorang yang menghormati kenyataannya sebelum ini," kata Lee yang juga Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH). Kata Lee, dengan tindakan Azhar diharap dapat menyuburkan budaya akauntabiliti dan menghakis sikap suka menuding jari yang sering menjadi amalan apabila timbulnya sesuatu isu di negara ini. Azhar, 53, mengumumkan untuk meletakkan jawatan petang semalam susulan insiden tiga pekerja binaan lelaki warga Bangladesh mati selepas dihempap landasan konkrit seberat 490 tan di tapak projek Mass Rapid Transit (MRT) berhampiran Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRI) di Kota Damansara kelmarin. Bermula esok, jawatan Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp akan dipangku oleh Haris Fadzilah Hassan, yang ketika ini merupakan Pengarah Perhubungan Pelabur dan Pengurusan Tanah. Siasatan awal mendapati kontraktor yang terlibat tidak mengikuti prosedur operasi standard (SOP) keselamatan secara menyeluruh, mengakibatkan kehilangan nyawa pekerja-pekerja berkenaan. - Bernama |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan