Selasa, 19 Ogos 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Perintah berkurung di Esszone dilanjutkan

Posted: 19 Aug 2014 04:34 AM PDT

SINAR HARIAN

Sabah diceroboh Sabah diceroboh


LAHAD DATU - Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengumumkan arahan perintah berkurung dilanjutkan, berkuat kuasa hari ini sehingga 2 September, dengan perubahan masa dari jam 7 petang hingga 5 pagi.

Beliau berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira semua faktor termasuk keadaan keselamatan terkini di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

"Setelah mendapat laporan daripada semua pihak termasuk Komander Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Abdul Rashid Harun, maka saya dengan kuasa yang ada mengisytiharkan perintah berkurung dilanjutkan hari ini dengan sedikit perubahan iaitu dari jam 7 petang hingga 5 pagi.

"Saya juga telah menulis surat kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai perkara ini dan beliau bersetuju perintah berkurung ini dilanjutkan dari 20 Ogos sehingga 2 September," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mengikut undang-undang sedia ada, Pesuruhjaya Polis mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan perintah berkurung untuk tempoh sehari, manakala Menteri Dalam Negeri boleh mengisytiharkan perintah berkurung selama 14 hari.

Jalaluddin berkata pihaknya berpuas hati dengan perjalanan arahan perintah berkurung yang dikuat kuasa di perairan enam daerah di ESSZone sebelum ini.

"Kerjasama yang telah diberikan oleh masyarakat di sekitar enam daerah itu cukup baik dan saya berharap kerjasama seumpama itu diteruskan demi kebaikan bersama," katanya.

Jalaluddin berkata sepanjang tempoh fasa II perintah berkurung yang berakhir semalam, 14 nelayan tempatan berusia antara 20-an dan 40-an telah didakwa di mahkamah kerana melangar arahan perintah berkurung mengikut Seksyen 31 (2) Akta Polis 1967.

Katanya, kesemua nelayan itu dijatuhi hukuman penjara 10 hari dan denda RM500.

Sementara itu, Abdul Rashid yang hadir dalam sidang media itu berkata perintah berkurung itu memudahkan pihak keselamatan menjalankan tugas di kawasan perairan terbabit, selain memudahkan pihak keselamatan mengenal pasti bot atau kapal penjenayah atau penceroboh yang cuba memasuki perairan negara.

"Oleh itu saya minta semua masyarakat yang terlibat mematuhi arahan perintah berkurung bagi memastikan keselamatan negara khususnya di Sabah terus terjamin," katanya.

Arahan perintah berkurung fasa pertama mula berkuat kuasa sejak 19 Julai lepas, iaitu bermula dari 6 petang hingga 6 pagi, susulan insiden serangan kumpulan bersenjata ke atas dua anggota polis marin di Pulau Mabul, Semporna pada 12 Julai lepas.

Selepas itu, Abdul Rashid telah mengumumkan pelanjutan arahan perintah berkurung fasa II yang berkuat kuasa pada 3 Ogos sehingga semalam.

Perintah berkurung itu merangkumi enam daerah di Esszone iaitu Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau.

Kawasan perintah berkurung tersebut bermula selepas tiga batu nautika dari pantai sepanjang perairan dari Sandakan melalui daerah Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna hingga ke Jeti Tawau sejauh 362 batu nautika meliputi kawasan seluas 121,270 batu nautika persegi. - Bernama

Penulis buku Malay Dilema alami alzheimer

Posted: 19 Aug 2014 04:31 AM PDT

MSO




Dr Mahathir Mohamad putus akal berhadapan dengan gelagat Najib Razak yang tidak memberi respon kepada teguran dan kritikannya. Mengambil sikap mendiam diri tanpa melayan Mahathir merupakan senjata ampuh buat Najib kini. PM ke-6 itu tidak suka untuk bergaduh dengan Mahathir yang dianggap sebagai datuknya.


Mahathir tersenyum.
Selaku datuk tindakan Najib itu baik kerana tidak mahu bergaduh dan mengheret keadaan menjadi buruk. Najib mungkin sedar sikap atau fiil seorang datuk. Dia marahkan cucunya kerana dia sayang bukan benci. Cuma yang mungkin tidak disenangi Najib kerana si datuk itu ada kalanya terlebih disebabkan penyakit alzheimer (nyanyuk).

Dr Mahathir katanya telah menarik balik sokongan kepada Najib? Dia terpaksa berbuat begitu kerana Najib tidak respons kepada nasihatnya. Alasan Mahathir Najib banyak mengambil sikap mendiam diri, tidak menjawab dan mengambil tindakan ke atas sesuatu. Anih juga sikap Mahathir ini. Apakah dia tidak tahu kebolehan dan kemampuan yang ada kepada Najib?

Sepatutnya sebagai seorang datuk (kakek kata Indonesia), Mahathir mengenali secerat mungkin cucunya itu. Daripada hobi kepada iltizam dalam hidupnya. Dan sebagai pemimpin apakah idealisme Najib. Apakah dia tidak tahu Najib membesar di atas kelopak bunga yang berwarna warni. Tidak pernah merasai kesusahan rakyat dan mempunyai aspirasi untuk membela rakyat. Yang melihat penderitaan rakyat dari dalam kamar berdinding kaca putih.

Yang ada kepada Najib hanya mengenang budi dan bakti ayahnya. Tenguklah sudah berapa kali Najib memuji-muji jasa dan bakti ayahnya. Bukan sekali dia memuji kehebatan dan daya fikir jauh ayahanda, Razak Hussein dalam membela rakyat dengan membangun Felda, kampung baru dan pelan pembangunan sosial yang lain.

Najib mengharap pujian itu akan memberi keuntungan kepadanya. Setidak-tidaknya orang akan meletakan dia mempunyai wawasan dan political will sama seperti bapaknya. Yang dia tidak tahu, tetapi orang lain tahu bahawa bakat kepimpinan yang ada kepada seseorang bapak yang tidak secara automatik akan turun kepada anaknya. Seorang anak tidak mudah untuk mewarisi iman dan takwa daripada seorang bapak yang soleh.

Fizikal bapak, hobi seorang bapak mungkin akan turun kepada si anak, tetapi bukan perjuangan dan idealisme. Idealisme akan terbentuk dalam minda seseorang apabila dia melalui pelbagai liku dalam perjuangan dan dididik sedari kecil. Ia bermula dari alam remaja hingga ke dewasa. Di zaman muda Najib tidak pernah menyertai apa-apa wadah perjuangan atau pun pernah bermain sepak raga lingkung. Jadi macam mana Najib boleh memiliki apa-apa aspirasi dan cita-cita dalam perjuangannya. Jika dia ayam apa yang dimiliki Najib hanya bulu yang rintik sahaja.

Apabila Najib tidak ada bingkai perjuangan (frame) maka beliau tidak dapat melekat atau memasukkan apa-apa gambar atau potret dalam bingkai frame itu. Jadi kosonglah perjuangan Najib. Seorang pejuang mesti adalah idealisme tersendiri yang kemas dan kukuh. Untuk merealisasikan idealisme mestilah ada keberanian dan ilmu cukup untuk melaksanakannya.

Mahathir juga menyentuh yang Najib seorang lemah lembut dan tidak berani untuk bertindak. Kelemahan ini adalah kecacatan kepada Najib. Mengambil sikap playsafe dalam politik sesuatu yang tidak baik dan bakal meletakkan seseorang itu tidak kontrovesi. Najib memang terkenal sebagai seorang yang playsafe dan mendapat jawatan menerusi anugerah. Najib tidak berperang untuk mendapat jawatan. Orang yang tidak pernah berperang tidak akan berani untuk mengambil tindakan.

Apakah Dr Mahathir tidak mengetahui keperibadian atau pun latar belakang Najib ini? Mustahil pulak. Kalau beliau tidak tahu, ertinya Mahathir telah melakukan kesilapan besar semasa mencadangkan agar Najib diambil sebagai timbalan perdana menteri. Kalau Mahathir tahu segala kelemahan ini dan dia tetap juga mahukan Najib, maka Mahathir perlu menyumpahkan dirinya sendiri. Sesal kemudian tidak berguna, Che Det.

Saya rasa Mahathir tahu kelemahan dan segala kekurangan Najib ini. Tetapi beliau sengaja lakukan kerana ada motifnya. Apa yang saya nampak dia sengaja menaikkan Najib ke situ untuk dituruti olehnya selepas ini. Najib adalah anak bekas perdana menteri. Di sini apa yang diimpikan dan sedang berusaha ke arah itu untuk menaikkan zuriatnya sebagai PM. Dia sedang melaku hal ini. Najib adalah precedent.

Apabila dia meletakkan Najib disitu, dan kemudian dia pula membuat perkara sama meletakkan anaknya di kerusi itu, orang Umno tidak akan menganggap Mahathir nepotisme. Orang Umno akan anggap apa dilakukan Mahathir itu satu tradisi yang tidak dibantah. Orang Umno pula mudah lena dan ralik dengan permainan seperti ini dan akan membiarkan apabila mereka diberi kacang butir atau pun gula-gula berunsur roche.

Mahathir hari ini serba salah dalam berdepan dengan telatah Najib. Penarikan balik sokongan itu perlu dilihat lebih jauh daripada setakat rasa kurang senang Mahathir dengan sikap "lembu kenyang" Najib terhadap tegurannya. Bagi saya cara Mahathir itu adalah penerusan tekanan ke atas Najib agar lekas berundur dari kedudukannnya. Mahathir kata dia tidak suruh Najib berundur tetapi menarik balik sokongan. Orang politik kelas "S3" dan arif dengan "4C" akan faham sangat kata-kata Mahathir itu.

Mahathir dalam proses pertukaran atau mencari penggantinya tidak ikhlas. Dia bukan melakukan terbaik untuk Umno dan Melayu. Semua tindakannya menghitung laba untuknya. Kalau dia ikhlas dia tidak akan melantik Abdullah Ahmad Badawi sebagai PM kerana selepas itu beliau sendiri terpaksa menyerangnya habis-habisan malam dan siang. Begitu juga kalau dia ikhlas dia tidak mencadangkan nama Najib kepada Abdullah untuk dilantik sebagai timbalan presiden.

Kalau Mahathir ikhlas serta jujur, dia akan memilih Tengku Razaleigh Hamzah sebagai penggantinya bukan Abdullah Badawi. Atau kalau dia terkhilaf memilih Abdullah dia boleh mencadang Tengku Razalegih sebagai timbalan. Tetapi kenapa tidak dilakukan? Itu sebab saya kata dia tidak ikhlas dan ada niat jahat dalam politik dalam partinya sendiri. Mahathir sering mencabut pokok-pokok subur dan diganti dengan pokok "kemetot" kerana dia ingin dilihat pokok yang subur itu hanya dia sahaja. Inilah politik Mahathirisme penuh dendam kesumat

Apa yang dihadapi Mahathir kini, dilema mengenai kedudukan Najib dan penggantinya adalah kerana perbuatannya sendiri. Perlahan-lahan kejahatan Mahathir telah dikifarahkan oleh Allah dengan memberikan dia rasa tidak senang dan tenang sepanjang masa. Musim-musim percutiannya sebagai pensiun politik terus terganggu dan diganggu.

Tengoklah hari ini kehidupan Mahathir yang memegang perdana menteri 22 tahun lebih susah daripada kehidupan Abdullah Badawi yang memegang jawatan PM hanya selama enam tahun. Mahathir adalah seorang kakek yang mengalami alzheimer tahap 16.

Rodziah lapor polis pada berita 'lupa diri'

Posted: 19 Aug 2014 04:25 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Bekas exco Selangor Rodziah Ismail hari ini membuat laporan polis terhadap portal Malaysia Gazette yang didakwa beliau memfitnahnya.

Laporan polis dibuat di ibu pejabat polis daerah Shah Alam pada 11:58 pagi ini terhadap artikel bertajuk "Rodziah lupa diri, tolak Khalid demi jawatan Ketua Wanita PKR" yang disiarkan pada18 Ogos lalu.

Rodziah berkata isi artikel tersebut adalah dusta semata-mata, berniat jahat, berunsur fitnah dan sengaja mengaibkan beliau.

"Malaysia Gazette dituntut untuk mengemukakan permohonan maaf itu secara bertulis kepada saya, di laman hadapan portal tersebut, di semua laman sosial medianya dan dalam salah satu akhbar arus perdana harian bercetak dalam masa 24 jam," kata beliau dalam kenyataannya hari ini.

Tuntutan sama dibuat terhadap penulis artikel itu.

Rodziah berkata beliau akan meneruskan tindakan undang-undang jika tiada permohonan maaf dibuat.

Beliau satu-satunya daripada enam exco PKR dan DAP tidak dipecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau meletakkan jawatan daripada kabinet Khalid Khamis lalu walaupun masih dialu-alukan oleh menteri besar Selangor itu.
 

Tiga anggota tentera maut kereta terbabas

Posted: 19 Aug 2014 04:22 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Tiga anggota tentera maut manakala seorang lagi parah selepas kereta yang mereka naiki terbabas dalam kemalangan di Jalan Tanah Putih, Batu 3 di Kuantan tengah malam tadi.
  
Menurut Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Pahang, DSP Mohd Noor Yusof Ali berkata mangsa yang terbunuh Mohd Fahmi Jap, 25, Mohd Ilias Abu Seman, 23, dan Mohd Faizal Zainol, 26.
  
Rakan mereka yang cedera parah pula ialah Shamzuri Awang, 23, yang kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.
  
Beliau berkata kesemua mereka merupakan anggota tentera daripada Rejimen Pertama Kor Amor Diraja (1 KAD) dari Kem Batu 10 di Kuantan.
  
"Kemalangan berlaku kira-kira jam 11.55 malam tadi, mereka dalam perjalanan ke arah Gambang dari Kuantan.
  
"Siasatan awal mendapati, sebaik tiba di tempat kejadian kereta jenis Honda yang dipandu Mohd Fahmi terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh sebatang pokok lalu termasuk ke dalam longkang di situ," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
  
Mohd Noor berkata akibat kejadian itu tiga mangsa mati di tempat kejadian dan seorang mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
  
Mayat kesemua mangsa kemudian dihantar ke HTAA untuk dibedah siasat.
  
Semasa kejadian hujan lebat, katanya.

Tol percuma di LDP sempena Hari Kemerdekaan

Posted: 19 Aug 2014 04:20 AM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR:  Pengguna Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) ditawarkan menggunakan laluan di empat laluan plaza tol tersebut secara percuma sempena sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini.
 
Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Konsensi Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. (Litrak), Sazally Saidi berkata, sebanyak kira-kira 500,000 pengguna mendapat manfaat daripada pemberian tol secara percuma itu dalam tempoh 24 jam pada hari tersebut.
 
Malah jelasnya, pihaknya turut memberi potongan diskaun sebanyak 20 sen bagi pengguna Lebuhraya Sprint pada hari yang sama bagi semua jenis kenderaan.

Lebih banyak masalah jika Azizah dilantik jadi MB Selangor - Penganalisis

Posted: 19 Aug 2014 04:17 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM:  Pelantikan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu akan mengundang lebih banyak masalah berbanding kebaikan terhadap rakyat negeri ini.
 
Penganalisis politik Profesor Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata pentadbiran Wan Azizah kelak akan dibayangi suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Malah tidak mustahil peristiwa serah kuasa sebagaimana yang terjadi di Permatang Pauh suatu masa dahulu akan berulang kembali, sekiranya Anwar didapati bebas daripada sebarang hukuman mahkamah.
 
"Kita tahu bahawa Wan Azizah bukan seorang 'willing-politician'. Beliau banyak mengambil tempat Anwar apabila Anwar dijatuhkan hukuman, dipenjarakan dan tidak dibenarkan bertanding dan sebagainya.
 
"Oleh kerana beliau telah melalui pelbagai peristiwa di mana masalah yang timbul seperti di Permatang Pauh apabila beliau terpaksa bertanding. Apabila Anwar dah dapat kelayakan, beliau terpaksa letak jawatan dan beri ruang kepada Anwar untuk bertanding. 
 
"Ini adalah rentetan peristiwa bahawa apabila meletakkan Wan Azizah akan beri banyak masalah berbanding kebaikan kepada masyarakat Selangor," ujarnya kepada Antarapos, sebagai mengulas keputusan Pakatan Rakyat yang mahu mengangkat Wan Azizah untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
 
Wan Azizah baru-baru ini memberitahu telah menghantar surat memohon menghadap Sultan Selangor untuk kali kedua bagi memaklumkan dirinya mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor.
 
Terdahulu Sultan Sharafuddin Idris Shah menolak permohonan mengHadap Wan Azizah.
 
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (MPPR) sebulat suara bersetuju mengekalkan nama Wan Azizah sebagaI calon menggantikan Khalid.
 
Bagaimanapun Marthada menyelar kemampuan ADUN Kajang itu untuk mentadbir negeri apatah lagi Wan Azizah sendiri mengakui tidak mempunyai pengalaman mengurus tadbir sesebuah negeri dan mengharapkan sokongan sebuah pasukan manta untuk membantunya menguruskan Selangor.
 
"Apakah dengan kurangnya pengalaman dari sudut mentadbir sama ada sektor awam atau swasta itu akan menyebabkan Wan Azizah boleh jadi MB yang baik? Pada saya tidak.
 
"Apabila seseorang itu tiada pengalaman dan kredibiliti yang pada saya sifatkan penting, maka mungkin nanti beliau mudah dimanipulasi. Kita tahu pelantikan Khalid sebelum ini dibuat atas dasar latar belakang beliau menerajui bidang korporat," demikian menurutnya.
 
Ramai pihak beranggapan Wan Azizah akan melalui cabaran untuk memastikan legasi yang ditinggalkan Khalid kelak mampu diuruskan dengan baik.
 
PKR memaksa Khalid meletakkan jawatan ekoran sikapnya yang sering membelakangkan parti dan didakwa tidak lagi berwibawa kerana dikatakan terbabit dengan beberapa urusniaga yang meragukan.

Najib mahu siasatan penuh kejadian runtuh konkrit landasan projek MRT

Posted: 19 Aug 2014 04:14 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mahu siasatan penuh dijalankan berhubung kejadian runtuhan konkrit landasan di tapak projek Mass Rapid Transit (MRT) di Kota Damansara di sini Isnin malam.

"Terkejut dan sedih apabila mendengar mengenai kejadian di kawasan tapak kerja MRT. Satu siasatan penuh perlu dijalankan segera bagi memastikan ia tidak berulang lagi," katanya dalam akaun Twitter.

Tiga pekerja binaan rakyat Bangladesh dikhuatiri maut selepas dihempap landasan konkrit seberat 490 tan di tapak projek MRT berhampiran Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRI) jam 8.30 malam tadi.

Seorang daripada mereka ditemui mati. Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, mayat Mohammad Elahi Hossain, 27, ditemui terperangkap di bawah landasan konkrit itu pada jam 2.30 pagi ini.

Usaha masih diteruskan bagi mencari dua lagi pekerja, Mohamad Faruk Khan dan Mohammad Alauddin Mollik.

Sementara itu, mengulas mengenai insiden yang sama dalam akaun Facebook beliau, Najib mahu semua penggiat industri pembinaan memastikan keselamatan di tapak kerja.

Perdana menteri yang jelas bimbang berhubung insiden yang menyebabkan kematian itu berkata usaha memastikan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat-tempat sedemikian boleh dilakukan dengan mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

"Semua pihak yang terbabit dalam industri pembinaan perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan mengikuti dengan betul garis panduan demi keselamatan dan kesihatan awam di tapak-tapak pembinaan, kata Najib.

Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dalam kenyataan sebelum itu menyatakan bahawa syarikat itu akan menyiasat punca kejadian bagi menentukan sama ada prosedur diikuti dengan betul dan mengambil tindakan.

MRT: Mayat 2 lagi pekerja Bangladesh ditemui

Posted: 19 Aug 2014 02:32 AM PDT

BERNAMA 


PETALING JAYA: Mayat dua lagi pekerja warga Bangladesh yang terperangkap dalam runtuhan konkrit landasan projek Mass Rapid Transit (MRT) di Kota Damansara di sini, ditemui tengah hari ini.
  
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata mayat Mohamad Faruk Khan dan Mohammad Alauddin Mollik ditemui pihaknya pada 1.35 tengah hari ini.
  
"Kedua-dua mayat itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi Bernama.
  
Mayat seorang lagi pekerja Bangladesh, Mohammad Elahi Hossain ditemui pasukan mencari pada 2.30 pagi tadi dan telah dibawa ke hospital sama.
  
Tiga pekerja binaan lelaki warga Bangladesh itu maut selepas dihempap landasan konkrit seberat 490 tan di tapak projek MRT berhampiran Institut Penyelidikan Getah Malaysia, Kota Damansara pada 8.30 malam tadi.
  
Susulan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam catatan di laman Twitternya meluahkan rasa terkejut dengan insiden itu dan mahu siasatan penuh dijalankan segera. - Bernama

Mahathir 'pukul' Najib tapi sindir MT Umno

Posted: 19 Aug 2014 02:30 AM PDT

NAZRI ABDULLAH


KUALA LUMPUR: Kritikan terbuka Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebenarnya bukan sahaja kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, tetapi juga Majlis Tertinggi (MT) Umno secara keseluruhan.

Setiausaha Umno Bandar Tun Razak Zaharin Mohd Yasin, berkata seluruh MT Umno sewajarnya memahami bahawa kritikan tersebut sebenarnya ditujukan kepada mereka selaku pemutus dasar parti.

Ini kerana katanya, amalan dan dasar yang dipakai adalah 'parti menguasai kerajaan' dan MT Umno adalah badan penasihat kepada Najib.

"Dr Mahathir tak nak cakap (terus terang) sahaja sebenarnya. Kalau ikutkan, dia nak cakap suruh MT Umno berhenti sahaja lah.

"MT tidak berfungsi. Najib tak pernah ditegur oleh MT. Ramai orang berkepentingan di dalamnya dan takut untuk menegur Najib," kata beliau kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas teguran Mahathir terhadap Najib melalui blognya semalam.

Dalam tulisan itu Mahathir menyatakan beliau terpaksa menarik balik sokongan dan mengkritik kerajaan Najib kerana prestasinya lebih buruk daripada penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau juga berkata, terpaksa terus menegur Najib kerana tidak ada pemimpin yang berani menegur Perdana Menteri itu.

"Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara. Semua ini disebabkan penyokong Kerajaan tidak pernah menegur pemimpin.

"Jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur. Saya pernah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman, dipulau oleh Datuk Seri Abdullah dan difitnah oleh ramai. Jika kerana menegur saya akan didera, terpaksalah saya terima," kata beliau dalam blognya chedet.cc.

Feudal dalam Umno

Mengulas lanjut, Zaharin yang pernah dipecat keahlian dua kali dari Umno berkata, budaya feudal masih kuat dalam Umno dan ianya menjadi faktor mengapa orang bawah takut untuk menegur pemimpin atasan.

"Ini budaya dalam Umno, tak boleh lawan bos. Kalau tegur, kena tulah jadi derhaka, tak dapat projek.

"Ini mentaliti feudal bersubsidi yang bukan sahaja sebati malah sudah berdaki dalam Umno.

"Saya berusaha untuk buang tapi tidak berjaya. Dua kali saya buat (tegur), hasilnya saya dipecat," katanya.

Beliau pernah dipecat pada 1996 ketika zaman Mahathir yang kemudian diterima semula pada 1998.

Ketika Zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau sekali lagi dipecat pada tahun 2006 dan kemudian diterima semula pada 2009 selepas Najib menjadi Presiden Umno.

Beliau juga aktif menulis isu politik tanah air, dan mengkritik pedas dasar kerajaan di blog beliau zaharinmy.blogspot.com dengan nama pena 'Sang Kelembai'.- HARAKAHDAILY

Dr M: Najib lembut dalam isu kritikal

Posted: 19 Aug 2014 02:28 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak "terlalu lembut" dan sering berdiam diri terhadap isu-isu penting di negara ini, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini katanya, adalah antara sebab beliau menulis di di blognya yang mengkritik Najib (kanan) pagi ini.

"Beliau terlalu lembut dengan semua... kadang-kadang tak respons, dan hanya berdiam diri.

"Apabila ada masalah pun dia tidak ada ambil tindakan," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur malam ini.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata beliau tidak meminta Najib berundur.

"Saya tidak meminta beliau untuk berundur, saya mengatakan bahawa saya tidak bersetuju dengan dasar-dasar beliau," katanya.

Isu Saari, Hasnul: S'gor serah pada PAS pusat

Posted: 19 Aug 2014 02:24 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


PAS Selangor menyerahkan sepenuhnya kepada PAS pusat berhubung tindakan terhadap dua ADUN parti itu yang memberi sokongan terbuka kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Ab Samad berkata PAS pusat telah meminta laporan mengenai tindakan dua ADUN tersebut- Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

"Kami biarkan PAS pusat untuk ambil tindakan terhadap (dua ADUN) itu.

"Sebenarnya PAS pusat dah minta pada hari kejadian dan saya dah serahkan pada setiausaha PAS Selangor untuk siapkan laporan," katanya ketika ditemui di Shah Alam hari ini.

Pada 14 Ogos lalu, Saari dan Hasnul menyatakan sokongan terbuka kepada Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sehari selepas itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa mahu memanggil dua ADUN tersebut dan mengarahkan Iskandar menyediakan laporan penuh mengenai isu itu.

Sementara itu Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata beliau telah menghantar laporan tersebut kepada PAS pusat dan mereka akan membincangkan tindakan susulan.

"Semalan PAS Pusat buat kenyataan, perkara tersebut sudah dalam perhatian mereka.

"Betul... pusat sudah terima laporan dan akan bincang hal tersebut," katanya kepada wartawan.

Zahid: Dr M harus beri kesetiaan pada Najib

Posted: 19 Aug 2014 02:22 AM PDT

MALAYSIAKINI



 


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi hari ini mengingatkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa setiap pemimpin mempunyai eranya yang tersendiri.

Dan sekarang, tambahnya, era Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bercakap kepada pemberita hari ini, Zahid berkata, setiap pemimpin mempunyai era yang sesuai pada suatu-suatu masa dan era ini sesuai untuk Najib.

"Saya membaca blog berkenaan dan pada hemat saya, zaman Datuk Seri Najib adalah zaman yang sesuai dengan Datuk Seri Najib. Kerana dulu tidak ada media sosial. Sekarang banyak media sosial dan keadaan itulah harus difahami," katanya kepada pemberita pagi ini.

Zahid yang juga naib presiden Umno berkata, di zaman media sosial pemimpin politik harus membayar harga untuk "era tanpa sempadan".

Katanya, seperti semua orang, Mahathir harus menghormati pemimpin yang dipilih oleh rakyat dan menggesa beliau memberikan kesetiaan kepada Najib.

"Komen-komen yang negatif lazimnya merupakan pendapat peribadi yang dikendalikan oleh pemain dan pemuka pada media sosial termasuk Tun Mahathir dan pada zaman langit terbuka dan dunia tanpa sempadan, mungkin itulah harga yang perlu dibayar oleh mana-mana pemimpin.

"Ketika beliau (Mahathir) menjadi perdana menteri, beliau menuntut kesetiaan semua pihak. Saya pasti Najib juga menuntut kesetiaan semua pihak," katanya.

Mahathir semalam menarik balik sokongan kepada Najib selepas melihat prestasinya lebih buruk berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini.

Mahathir berkata, beliau tidak sangka pencapaian Najib dalam pilihan raya umum lalu lebih buruk berbanding Abdullah dan "dasar dan tindakannya juga tidak lebih berkesan" berbanding pendahulunya itu.

Syed Ali pertahan teguran 'ikhlas' Dr M

Posted: 19 Aug 2014 02:19 AM PDT

MALAYSIAKINI



 


Pemimpin lantang Umno Datuk Seri Syed Ali Alhabshee hari ini mempertahankan teguran keras Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai ikhlas, tidak berniat jahat dan tidak berkepentingan.

Mengumpamakan seperti teguran bapa kepada anak, Syed Ali dilaporkan berkata, ia bukan kebencian tetapi peringatan ke arah penambaikan parti dan pentadbiran kerajaan.

"Pada hemat saya, jika Dr Mahathir tidak sayangkan Najib, sudah tentu dia tidak membuat teguran seperti itu," ketua Umno Bahagian Cheras itu dipetik sebagai berkata.

Sehubungan itu, katanya, pemimpin Umno harus menerima teguran tersebut berlapang dada dan tidak terlalu prejudis walaupun "agak pedas".

Mahathir semalam menarik balik sokongan kepada Najib selepas melihat prestasinya lebih buruk berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini.

Mahathir berkata, beliau tidak sangka pencapaian Najib dalam pilihan raya umum lalu lebih buruk berbanding Abdullah dan "dasar dan tindakannya juga tidak lebih berkesan" berbanding pendahulunya itu.

Blog Umno bahagian itu juga melaporkan Syed Ali sebagai bersetuju dengan pandangan Dr Mahathir bahawa kadangkala orang bawah memberi pendapat tidak kerana ingin mengambil hati perdana menteri.

"Mereka yang berjawatan dalam parti dan kerajaan, sewajarnya memberikan pandangan yang ikhlas kepada perdana menteri," tegasnya.

Katanya lagi, jika berlaku sebarang kemusykilan terhadap pandangan atau teguran Dr Mahathir maka menjadi kewajipan pemimpin parti untuk menemui beliau meminta penjelasan selanjutnya.

"Umno mempunyai ahli MT, setiauasaha agung dan setiauasaha kerja, mereka inilah sepatutnya menemui Dr Mahathir jika ada kekeliruan di sebalik teguran tersebut," katanya.

Najib lemah, teguran Mahathir sangat serius

Posted: 19 Aug 2014 02:11 AM PDT

SALMIYAH HARUN


KUALA LUMPUR: Penarikan balik sokongan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak kerana prestasi Perdana Menteri itu dilihat lebih buruk berbanding Tun Abdullah Badawi adalah perkara yang sangat serius.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, dakwaan Mahathir itu sangat serius dan perlu dilihat oleh rakyat bukannya hanya dalaman Umno sahaja.

"Apabila prestasi Najib lebih buruk daripada Pak Lah yang pernah diakui prestasi Pak Lah sangat lemah pada suatu ketika dahulu sehingga berlaku proses peralihan yang sangat menyedihkan kerana tekanan.

"Malah kenyataan TPM Muhyiddin yang juga dianggap tikam Pak Lah daripada belakang  kerana Pak Lah memperlihatkan prestasi sangat lemah bukan sahaja dalam pilihan raya umum tetapi kemampuan urus tadbir negara juga sangat lemah.

"Ianya sesatu yang sangat besar perlu jadi perhatian dalam negara kita kerana hala tuju masa depan negara sangat buruk," katanya kepada Harakahdaily.

Mahfuz juga percaya dakwaan Tun Mahathir yang pernah didakwa oleh PAS dan Pakatan Rakyat sebelum ini bahawa Najib lebih banyak menonjolkan imej peribadi berbanding dengan pencapaian dan prestasi negara.

Tegas Mahfuz, Najib lebih melakukan perkara 'boombastik' untuk dilihat bahawa beliau merupakan seorang yang hebat tetapi bukan untuk negara.

"Misalnya dalam kes MAS sekarang ini yang hanya tinggal saham bernilai 27 sen lebih murah daripada sekeping belacan, masalah campur tangan menteri dalam Bank Rakyat, masalah kenaikan harga barang yang menyusahkan kehidupan rakyat hari ini, nampaknya Najib tidak berjaya menyelesaikan. Apa yang dikatakan transformasi najib hanya mempamerkan kegagalan sahaja," katanya.

Mengulas lanjut, katanya, Umno harus ada keberanian seperti apa yang ditunjukkan oleh Mahathir dengan mengkritik secara terbuka apa yang tidak betul di dalam Umno.

"Dunia pemimpin serba tahu sudah tidak belaku lagi tetapi pemimpin mesti dengar daripada pelbagai pihak termasuk pembangkang. Keberanian mengkritik apa yang tidak betul perlu ada di kalangan Umno.

"Jangan membiarkan pemimpin merasai mereka sahaja yang serba tahu sehingga leka walhal ada perkara tidak betul yang dilakukan," katanya.

Mahathir semalam menulis dalam blognya yang menarik balik sokongan kepada Najib selepas melihat prestasinya lebih buruk berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini.

Mahathir juga berkata Najib terlalu lembut dan sering berdiam diri dalam isu-isu penting negara.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor meminta Mahathir supaya tidak memberi teguran secara terbuka berhubung masalah parti dan kepimpinan.

"Yang penting berbincang secara dalaman dan jangan expose. Ini masalah parti," kata Tengku Adnan. - HARAKAHDAILY

Ku Nan: Jangan lagakan Mahathir-Najib

Posted: 19 Aug 2014 02:09 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor meminta mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak memberi teguran secara terbuka berhubung masalah parti dan kepimpinan.

Tengku Adnan berkata, selaku setiausaha agung parti yang pernah berkhidmat kepada tiga perdana menteri, beliau berharap Dr Mahathir dapat berjumpa secara peribadi untuk memberi teguran.

"Kita hormat apa jua cadangan yang diutarakan oleh Tun (Mahathir). Hanya saya minta pada Tun, kalau boleh jangan terlalu terbuka.

"Kalau ada masalah pada parti dan pimpinan, datang berjumpa dengan presiden. Kalau presiden tiada, naib presiden ada, saya pun ada.

"Yang penting berbincang secara dalaman dan jangan expose. Ini masalah parti," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Mahathir semalam menulis dalam blognya yang menarik balik sokongan kepada Najib selepas melihat prestasinya lebih buruk berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini.

Ketika ditemui media selepas itu, Mahathir berkata Najib terlalu lembut dan sering berdiam diri dalam isu-isu penting negara.

Beri masa pada PM

Sehubungan itu, Adnan yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan meminta supaya memberi masa kepada Najib untuk membawa perubahan kepada negara.

Beliau juga berkata menjadi keutamaan sekarang upaya tiada pihak melaga-lagakan antara Mahathir, Najib dan Umno.

"Apa yang Najib lakukan ialah membawa pembaharuan. Kita sedar ada perkara yang kita lepas pandang pada waktu dulu dan kita nak betulkan keadaan. Mungkin dalam pada kita nak perbetulkan keadaan, ada orang terasa.

"Saya rasa mungkin perlukan masa. Kita hormat apa Tun katakan pada kita dan akan lihat padanya. Yang penting anda semua jangan laga-laga kan antara Tun dengan Najib atau Tun dengan Umno.

"Saya percaya apa yang Tun buat ialah kerana dia sayang kepada negara ini. Janganlah laga-lagakan," katanya lagi.
 

Ibrahim Ali sambut 'konspirasi' projek babi

Posted: 19 Aug 2014 01:59 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Selepas Ridhuan Tee, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali pula mengaitkan pertukaran Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dengan sebuah projek penternakan babi di Sepang.

Ibrahim berkata, DAP berjaya menggunakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam percaturan jawatan menteri besar kerana ketua umum PKR itu didakwa akan mengiyakan apa sahaja kehendak mereka.

"DAP sedikit sukar dengan TSKI (Khalid), ie (contohnya) ladang babi di Sepang," katanya dalam kenyataan melalui SMS hari ini.

Ridhuan (kanan), penceramah agama dan kolumnis kontroversi semalam mengaitkan kemarahan terhadap pentadbiran Khalid dengan projek penternakan babi bersepadu bernilai RM100 juta yang belum dilaksanakannya.

Ridhuan juga bimbang jika projek itu dibenarkan, Selangor akan dikenali sebagai "darul babi" dan menimbulkan ketidakselesaan penduduk, terutamanya berhampiran kawasan orang Islam.

Ibrahim (bawah) juga berkata, dengan itu lengkaplah 'manapulasi' Anwar apabila berjaya "menambat" PAS melalui dua anggota Dewan Undangan Negerinya "yang taat pada Anwar dan tidak kepada presiden PAS".

"PAS dan Umno takut bersatu kerana digertak oleh bangsa lain. PAS mangsa manipulasi Anwar dan Anwar alat DAP.

PAS pula dakwanya hanya mengikut sahaja kehendak DAP.

Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) sebelum ini memberi sokongan terbuka kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor sebelum jawatankuasa pusat PAS memutuskan perkara itu.

 

CEO MRT Corp letak jawatan

Posted: 19 Aug 2014 01:54 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Azhar Abdul Hamid hari ini mengumumkan meletakkan jawatan ekoran kemalangan yang mengorbankan tiga nyawa di tapak pembinaan MRT malam tadi.

Beliau membuat pengumuman itu dalam sidang media di Sungai Buloh hari ini.

"Sebagai peneraju MRT Corp, saya ambil tanggungjawab peribadi atas insiden yang berlaku dan ia (letak jawatan) tindakan yang betul untuk dilakukan," katanya.

Tiba-tiba, Rumah Ahli Palimen Di Selangor Disimbah Cat Merah

Posted: 18 Aug 2014 09:25 PM PDT

KELAB GREENBOC


  Antara tompokan cat yang yang dilemparkan dipercayai perbuatan khianat oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

 

Kuala Langat – Rumah Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid, di Bandar Sungai Mas, di sini, disimbah cat.

Menurutnya, kejadian jam 10.28 malam kelmarin itu disedari anak kelimanya.

"Ketika itu saya menghadiri majlis rumah terbuka di Permatang Pasir. Saya bergegas pulang selepas dihubungi anak," katanya, semalam.

Beliau berkata, sebaik sampai di rumah, beliau mendapati terdapat dua tompokan cat berwarna merah.

"Laporan polis sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat," katanya.

Setakat ini beliau tidak menerima apa-apa ugutan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azman Abdul Razak, ketika dihubungi berkata, polis sedang menyiasat untuk mengetahui punca kejadian itu dan sedang menjejak mereka yang melakukannya.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat," katanya. -SH

ULASAN GB

Di dalam hiruk-pikuk rkayat membicarakan krisis politik penukaran MB Selangor, tiba-tiba kita dikejutkan dengan berita rumah MP Kuala Langat disimbah cat merah.

Kita tidak mahu berspekulasi. Tetapi kita berharap ia tiada kaitan dengan krisis politik yang melanda Selangor kini.

Namun kita juga berharap ia bukan percubaan untuk menimbulkan "huru-hara" sepertimana apa yang berlaku di Kelantan pada tahun 1977 dahulu bila mana MAGERAN diisytiharkan apabila penyokong Datuk Muhammad Nasir mewujudkan kacau-bilau dan huru-hara di Padang Merdeka, Kota Bharu, Kelantan membantah kumpulan majariti yang menyokong "pengkhianat parti" itu diturunkan.

Berwaspada terhadap provokasi, supaya sejarah hitam itu tidak berulang lagi.

Penyokong Yakin Azmin Akhirnya Jadi MB

Posted: 18 Aug 2014 09:17 PM PDT



Azmin Ali
 
 
 
SHAH ALAM: Penyokong Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali mempunyai keyakinan tinggi bahawa beliau akhirnya akan dilantik sebagai menteri besar Selangor yang baharu.

Keyakinan ini timbul walaupun ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat bersetuju untuk hanya mencadangkan nama Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke istana Selangor sebagai menggantikan penyandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kami tahu bahawa istana akan menolak Dr Wan Azizah," kata seorang ketua cabang PKR yang menyokong Azmin.

"Apabila ini berlaku, Pakatan tidak mempunyai pilihan melainkan mencadangkan nama lain dan kami yakin orang itu adalah Azmin."

Katanya, kepimpinan parti menyedari terdapat kebarangkalian terhadap Azmin yang namanya tidak dicadangkan sekiranya nama Dr Wan Azizah ditolak oleh Sultan Selangor.

"Mereka tahu bahawa dua pertiga daripada PKR mahu Azmin menjadi menteri besar," kata pemimpin itu yang enggan namanya disiarkan.

"Pada masa itu, parti akan berpecah jika namanya tidak dihantar."

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak Khalid berkata Azmin mempunyai pengikut yang ramai dalam parti itu.

"Beliau mendapat sokongan yang amat menggalakkan. Buktinya adalah hakikat bahawa beliau telah menewaskan Khalid dalam saingan untuk jawatan timbalan presiden," katanya.

Katanya, berbeza dengan Azmin, Dr Wan Azizah hanya menjadi presiden PKR kerana suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR berkata parti memutuskan untuk tidak mengemukakan nama Azmin walaupun selepas Sultan enggan menghadap Dr Wan Azizah kerana mereka tidak mahu memalukan beliau.

"Ia dilakukan untuk menjaga air muka, terutamanya selepas pengumuman bahawa 30 wakil rakyat telah menandatangani akuan yang menyatakan sokongan untuk menyokong beliau," katanya, sambil menambah pengikut Azmin percaya bahawa Sultan kini akan berkenan menghadap beliau tetapi akan meminta nama calon lain dikemukakan.

"Pada itu kita kemudiannya akan mengemukakan nama Azmin," kata ketua cabang itu lagi, sambil menambah PAS kini menyokong penuh Dr Wan Azizah, bersama-sama dengan DAP kerana mereka memahami keperluan untuk menjaga air muka presiden PKR.

"Apabila namanya ditolak, PAS dan DAP akan mengemukakan nama Azmin," katanya, dengan mendakwa hanya PKR yang masih belum membuat keputusan muktamad mengenai mengemukakan nama timbalan presiden sebagai calon.

Beliau mendakwa, ramai ahli PKR juga percaya bahawa Anwar bimbang Azmin 'tidak mendengar cakapnya' dan 'mempunyai pendirian sendiri' jika dia menjadi menteri besar.

"Azmin adalah seorang ahli politik yang matang dan berkebolehan," katanya.

"Dia akan menghormati Anwar sewajarnya tetapi, sudah tentu dia tidak boleh berunding dengan Anwar dalam setiap keputusan yang perlu dibuat," katanya.

Saintis politik USM Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata reputasi PKR akan terjejas jika Dr Wan Azizah tidak diterima oleh istana Selangor.

Abdul Khalid kekal Presiden FAS

Posted: 18 Aug 2014 09:06 PM PDT

SELANGOR KINI


SHAH ALAM : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengekalkan jawatannya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS)  bagi penggal 2014-2018 setelah menang tanpa bertanding pada kongres tahunan ke-64.

Beliau menyandang kerusi Presiden FAS sejak tahun 2010 setelah mengambil alih jawatan itu daripada Dr Mohamad Khir Toyo.

fas_logoTimbalannya Datuk Abdul Mokhtar Ahmad turut mengekalkan jawatan setelah menang tanpa bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAS bagi penggal itu yang berlangsung di Kelab Shah Alam, dekat Selangor.

Bernama melaporkan pada kongres berkenaan, tiga daripada empat Naib Presiden Datuk Emran Kadir, Datuk Seri Subahan Kamal dan K. Palanisamy mengekalkan jawatan masing-masing dalam pemilihan yang diadakan.

Bagaimanapun Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan bin Md Ikshan tidak mahu mempertahankan jawatannya sebagai salah seorang Naib Presiden dan digantikan oleh Datuk Samin Sarmin.

FASEnam muka baru turut dilantik menganggotai jawatankuasa eksekutif FAS bersama tujuh muka lama.

Mereka adalah Omar Ali, Noor Hisham Mohd Ghouth, Ariffin Hamid, Datuk P Sugumaran, Abd Rauf Ahmad dan Adanan Sariff manakala tujuh muka lama adalah Bendahari FAS Datuk S Sivasundaram, Razak Abdul Karim, V Thalayasingam, Mustaza Ahmad, K Santhanaraju, R Sekar Chandra dan Y Suntharasagaran.

MH17: Dua Jenazah Dijangka Dikebumi Di Taman Selatan

Posted: 18 Aug 2014 09:00 PM PDT

Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB 
 
 
Tanah perkuburan Islam di Taman Selatan, Presint 20 di Putrajaya.
 
 
 
PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya dua jenazah mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Presint 20 Putrajaya pada Jumaat ini.

Bagaimanapun, hanya satu jenazah yang disahkan akan diurus Perbadanan Putrajaya (PPj) yang bertanggungjawab menyelia dan menguruskan tanah perkuburan yang dikenali sebagai Taman Selatan itu.

Naib Presiden Jabatan Perkhidmatan Bandar PPj, Datuk Mohtar Kamirun berkata, jenazah yang disahkan itu merupakan pembantu juruterbang pesawat MH17, Ahmad Hakimi Hanapi, 29.

Katanya, Ahmad Hakimi antara 22 jenazah merangkumi 18 keranda dan empat bekas berisi abu mayat warga Malaysia dan seorang bukan warga Malaysia yang akan dihantar pulang dari Belanda pada Khamis ini dan dijangka tiba di tanah air pada pagi Jumaat.

"Difahamkan satu jenazah lagi akan turut dikebumikan di Tanah Perkuburan Putrajaya tetapi masih belum disahkan lagi.

"Sebarang pengesahan, kita akan tunggu daripada Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Dilaporkan keluarga Nur Shazana Mohamed Salleh, 31, pramugari pesawat MH17 bersedia sekiranya jenazahnya turut dikebumikan bersama mangsa lain di Putrajaya, selepas mengambil pendirian terbuka bahawa ia merupakan satu penghormatan.

Ahmad Hakimi dan Nur Shazana merupakan antara 15 anak kapal pesawat MH17 yang membawa 283 penumpang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, ketika terhempas dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.

Mohtar berkata, pihak pengurusan sudah membuat persediaan awal sejak kerajaan memaklumkan untuk membawa pulang jenazah ke tanah air.

Tambahnya, segala urusan pengebumian, termasuk penggalian yang menggunakan jentera penggali akan dilakukan bermula Khamis.

"Jenazah dijangka tiba pada pukul 10 pagi Jumaat. Kita menjangkakan urusan pengebumian jenazah di Tanah Perkuburan Putrajaya dilakukan pada sebelah petang selepas solat Jumaat," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, solat jenazah masih belum ditetapkan lagi sama ada akan dilakukan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau Majis Putra, kedua-duanya di Putrajaya.

Sementara itu, Mohtar berkata, pihaknya mengalu-alukan keluarga mangsa untuk mengebumikan jenazah di Tanah Perkuburan Putrajaya.

"Kita secara terbuka membantu untuk mempermudahkan keluarga dari segi urusan pengebumian mangsa nahas MH17 semua agama," katanya.

Tanah Perkuburan Putrajaya di Presint 20 menggabungkan tanah perkuburan orang-orang beragama Islam, Buddha, Hindu dan Kristian.

Sejak dibuka pada 2001, seramai 840 jenazah dikebumikan di tanah perkuburan berkeluasan 68,000 kaki persegi itu.

GST: Adakah rakyat sudah bersedia?

Posted: 18 Aug 2014 08:55 PM PDT



Oleh SELENA TAY 


KERAJAAN BN dikatakan akan memberitahu rakyat senarai barang yang akan dikecualikan daripada Cukai Barangan Dan Perkhimatan (GST - Goods & Services Tax) pada bulan ini.

Apa yang penting ialah sama ada minyak RON95 akan dikecualikan daripada cukai tersebut atau tidak kerana kalau RON95 dikenakan cukai 6 peratus maka harga minyak ini akan naik mendadak dan semua harga barang lain pun akan naik serentak juga.

Ini tentu akan membebankan warga marhaen dan golongan yang berpendapatan rendah. Mereka akan merasa semakin terhimpit.

Ini adalah kerana harga barang makanan semakin naik dan tidak pernah turun. Harga ikan terutamanya telah menjurus naik.

Mengapakah kerajaan tidak berusaha mengawal harga barang makanan sepanjang tahun? Kerajaan harus berusaha dengan lebih untuk membantu rakyat yang telah memberi mandat kepadanya dalam pilihanraya umum tahun lalu.

Amat sedih mata memandang apabila negara kita yang kaya dengan sumber hasil ini masih mempunyai ramai daripada rakyatnya yang menjadi warga gelandangan.

Adakah situasi ini akan berterusan dan menjadi bertambah teruk pada tahun hadapan apabila GST dilaksanakan pada 1 April nanti?

Mengulas mengenai GST, Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam berkata, "Yang penting, jangan laksanakan cukai 6 peratus itu atas minyak RON95 kerana kalau dilaksanakan maka harga barang yang murah pun akan menjadi mahal hasil daripada kesan berantai oleh kenaikan harga minyak RON95.

MH17:Waris Ketua Pramugari Tuntut Penjelasan, Dakwa 'Dipermain' MAS

Posted: 18 Aug 2014 08:53 PM PDT


Oleh: IZRA ABDUL RAHMAN


Gambar kenangan Dora Shahila (kiri) bersama anaknya.
 
 
 
KUALA LUMPUR: Ketika persiapan istiadat penghormatan penerimaan jenazah mangsa nahas MH17 yang dijadual berlangsung Jumaat ini sibuk dilakukan, waris kepada salah seorang mangsa mendakwa mendapat layanan tidak sepatutnya daripada Penerbangan Malaysia (MAS) berhubung urusan membawa pulang jenazah.

Don Shahidan Kassim, abang kepada , Dora Shahila berkata, beberapa kekeliruan dan persoalan timbul walaupun MAS telah mengesahkan bahawa mayat adiknya berjaya dikenal pasti forensik di Belanda dan akan dibawa pulang, Jumaat ini.

"Dua wakil pengurusan MAS telah datang ke rumah saya pada 14 Ogos lalu memberitahu mayat Dora Shahila telah dikenal pasti dan akan tiba di Kompleks Bunga Raya pada Jumaat ini.

"Dalam pertemuan itu mereka menyuruh waris dan ahli keluarga bersedia untuk berlepas ke Amsterdam selewat-lewatnya pada Sabtu (16 Ogos) untuk mengiringi jenazah pulang dan mengenal pasti barang-barang milik mangsa, tetapi sampai  sekarang (18 Ogos) kami masih di sini," katanya kepada mStar Online dalam satu pertemuan di kediamannya di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini, Isnin.

Don Shahidan, 47 berkata, selain dua wakil pengurusan MAS, turut hadir  adalah wakil  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Masjid At Taqwa TTDI, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan dua penjaga kebajikan (caregiver) yang ditetapkan MAS untuk keluarga mereka.

Menurutnya, bagaimanapun pada hari mereka sekeluarga dijadual berlepas ke Amsterdam (Sabtu), seluruh ahli keluarganya terkejut apabila 'caregiver' MAS memaklumkan bahawa jenazah Dora Shahila mungkin tidak termasuk dalam senarai jenazah yang akan dibawa pulang Jumaat ini.

Katanya, sebagai waris beliau dan ahli keluarga yang lain merasakan mereka berhak untuk bertanya lebih lanjut mengenai situasi itu dan masalah yang mungkin berlaku, tetapi malangnya layanan yang diterima melalui telefon amat mengecewakan.

"Apabila ditanya lebih lanjut mengenai punca berlakunya sedemikian, dua 'caregiver' MAS berkenaan tidak dapat memberikan alasan yang konkrit dan hanya mengaitkannya dengan pihak atasan.

"Malah, seorang daripada 'caregiver' menyuruh saya menukar dirinya dengan 'caregiver' lain jika tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan," katanya.

Katanya, beliau kesal apabila MAS yang menjadi tempat adiknya berkhidmat selama 29 tahun dilihat seolah-olah mengabaikan kebajikan pekerja dan tidak memikirkan sensitiviti waris pada waktu yang sukar ini.

Beliau berkata, MAS sepatutnya memikirkan tentang persiapan yang perlu dilakukan waris untuk menyambut ketibaan dan menguruskan jenazah, termasuklah mengambil kira faktor ahli keluarga dan sanak saudara mangsa yang tinggal di luar Kuala Lumpur.

Tambahnya, beliau tidak kisah jika MAS mempunyai masalah untuk mengeluarkan tiket penerbangan kepada waris, tetapi meminta supaya syarikat itu membantu memudahkan waris yang mahu mengurusan jenazah dilakukan dengan sempurna.

"Kami rasa dipermainkan. Bagaimana mereka boleh datang ke rumah, memberitahu waris bahawa mayat telah dikenal pasti dan minta kita bersedia tetapi selepas beberapa hari segala-galanya berubah.

"Kalau masih belum pasti atau sah, kenapa datang ke rumah kami. Adakah MAS anggap kematian dan urusan jenazah ini perkara kecil dan boleh dipermainkan? Tidakkah mereka fikir tentang perasaan dan sensitiviti waris, terutama anak mangsa," katanya merujuk kepada anak tunggal mangsa, Nur Diana Yazira Yezli, 15.

Katanya, apa yang lebih mengejutkan apabila semalam (Isnin) beliau sekali lagi dihubungi wakil MAS yang meminta kepadanya lapan nama yang akan hadir ke istiadat penerimaan jenazah Jumaat ini.

"Sekali lagi saya tanya, adakah apabila dia meminta lapan nama itu bermaksud jenazah adik saya akan tiba pada Jumaat ini?.

"Tetapi mengejutkan apabila orang yang menelefon saya itu tidak dapat memberi kepastian. Kalau tak dapat beri kepastian, kenapa minta lapan nama? Apa kata saudara mara yang sudah ambil cuti dan datang dari jauh untuk beri penghormatan tetapi bila sampai di Kompleks Bunga Raya, jenazahnya tiada," katanya.

Beliau yang rapat dengan mangsa berkata, seluruh ahli keluarga terutama ibunya sedih apabila keluarga mereka dilayan sedemikian.

Bagaimanapun, beliau tidak pasti adakah waris lain menerima nasib yang sama dengan dengan mereka atau sebaliknya.

"Ini  apa yang berlaku kepada kami, waris-waris lain saya tidak tahu tetapi saya dapat tahu terdapat waris yang telah lama berlepas ke Amsterdam dan jumlah mereka agak ramai.

"Kami tertanya-tanya apakah perbezaan Dora dengan krew lain dan apa beza keluarga saya dengan keluarga mangsa lain. Adakah nilai nyawa adik saya berbeza dengan mangsa-mangsa lain," katanya yang menuntut MAS supaya bersikap adil.

Beliau berkata, tujuan utama mereka mahu pergi ke sana sebagai memenuhi permintaan anak mangsa, selain mengambil barangan peribadi dan mengiringi jenazah pulang ke Malaysia.

"Bukan kami nak pergi jalan-jalan, tapi demi memenuhi permintaan anak tunggal arwah dan memikirkan tiada siapa yang dapat mengecam barang-barang peribadi arwah, kami buat juga persediaan untuk ke sana," katanya.

Katanya, masa semakin suntuk untuk membuat persiapan dan dalam masa yang sama anak perempuan mangsa mengalami gangguan emosi dan terganggu pelajarannya kerana isu ini.

"Sekiranya berlaku kesilapan teknikal atau kesalahan lain, cuba bagi penjelasan secara baik atau minta maaf.

"Kami bukan nak memburuk atau menyalahkan mana-mana pihak, tetapi kami rasa berhak dapatkan penjelasan," katanya yang hanya diberi peluang bercakap dan berurusan dengan 'cargiver' MAS untuk apa jua urusan.

Beliau berkata, apa yang dilakukan adalah jalan terakhir selepas lama bersabar dan merasakan suara mereka perlu didengari.

Sementara itu, 'caregiver' MAS ketika dihubungi enggan memberikan sebarang komen berhubung perkara ini.

N.Surendran Diperintah Bayar Wang Jaminan RM5,000, Mengaku Tidak Bersalah

Posted: 18 Aug 2014 08:48 PM PDT

Alif Mustapha


alt
 
 
 
KUALA LUMPUR  - Mahkamah hari ini memerintahkan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran membayar wang ikat jamin berjumlah RM5,000 dengan seorang penjamin selepas mengaku tidak bersalah atas tuduhan menerbitkan satu artikel bertajuk ' Press Release: Court of Appeal's Fitnah 2, Written Judgement is Flawed, Defensive and Insupportable', empat bulan lalu.
 
Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zanol Rashid Hussain.
 
"Tuduhan ini berasaskan politik.Saya mengaku tidak bersalah," katanya.
 
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di pejabat Malaysiakini.com, No. 48, Jalan Kemuja, Bangsar Utama, Brickfields, di sini kira-kira pukul 3.40 petang, 18 April lalu.
 
Timbalan Pendakwa Raya, Syed Faisal Syed Amir mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Isu MB: PR tidak boleh paksa Sultan

Posted: 18 Aug 2014 05:01 PM PDT


Penganalisis Politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain Penganalisis Politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain


SHAH ALAM – PR tidak boleh memaksa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menerima calon Menteri Besar Selangor pilihan mereka, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, Sultan Selangor mempunyai kuasa mutlak bagi menentukan mana-mana individu yang layak menjadi menteri besar.

"PR tak boleh mendesak Sultan...nak paksa-paksa pilih itu atau pilih ini. Tak boleh. Itu Sultan punya kuasa.

"Kalau baginda berkenan dengan Wan Azizah, Wan Azizah jadi menteri besarlah. Rakyat atau ketua parti tak boleh paksa Sultan. Itu tak betul," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Malah katanya, Sultan juga berkuasa untuk menitahkan agar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetap menjawat jawatan itu buat sementara.

Dalam pada itu, beliau sempat menyentuh soal hanya satu nama yang dikemukakan PR kepada Sultan Selangor selepas nama kedua yang dicadangkan Pas, Mohamed Azmin Ali mengumumkan mengundur diri.

"Mengikut peraturan, pihak parti mesti beri sekurang-kurangnya tiga nama. Tak boleh letak satu nama sahaja.

"Lengkapkan syarat sahaja nama lain itu. Sepatutnya letaklah nama Azmin. Sultan perlu lihat siapa saja yang parti mahukan. Kebiasaannya memang beri lebih daripada satu nama.

Ia (beri satu nama) seperti memaksa Sultan. Jadi perlu bagi lebih daripada satu nama supaya Sultan boleh pilih," katanya.

Jelasnya, andai Sultan Selangor akhirnya memilih Wan Azizah atau Azmin, calon yang tidak dipilih perlu akur dengan keputusan tersebut.

"Sekiranya Sultan memilih Azizah tak apalah, Azmin sudah akur awal-awal. Kalau Azmin yang Sultan pilih, Wan Azizah kena akurlah pula. Begitulah sepatutnya.

"Walau Azmin dipilih sekalipun, saya rasa tidak timbul bantahan atau PR tidak akan keberatan," katanya.

Semalam, hasil Mesyuarat Pimpinan Pas Peringkat Pusat yang berlangsung selama 90 minit mendedahkan dua nama, Wan Azizah dan Mohamed Azmin sebagai calon Menteri Besar Selangor baharu.

Namun, melalui satu sidang media PR lewat petang semalam, Azmin mengumumkan beliau akur dengan keputusan parti yang mencalonkan Wan Azizah dan menghargai keputusan Pas meletakkan namanya sebagai calon jawatan tersebut.

Tiada ulasan: