Jumaat, 15 Ogos 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Sultan Selangor titah MB tidak buat kenyataan sehingga 28 Ogos ini

Posted: 15 Aug 2014 06:41 AM PDT

SELANGOR KINI


SHAH ALAM : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya beliau tidak membuat sebarang keputusan atau pengumuman berkenaan jawatan Menteri Besar sehingga Baginda Sultan kembali pada 27 Ogos ini.

Abdul Khalid berkata, Baginda Sultan telah menitahkan yang Baginda berpuas hati bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan pada ketika menyembah taklimat pada Isnin, 11 Ogos lepas.

Sultan-Selangor-Sultan-Sharafuddin-Idris-Shah1"Saya telah berkomunikasi dengan DYMM Sultan Selangor berhubung perkembangan terbaharu politik di negeri ini termasuk sentimen di kalangan
Ahli-ahli Dewan Negeri Selangor," kata Abdul Khalid dalam kenyataan media.

Abdul Khalid berkata, beliau menasihatkan kepada pihak berkenaan yang mendakwa beliau telah mengelirukan DYMM Tuanku Sultan supaya menulis terus kepada Baginda untuk mendapatkan penjelasan.

Sebelum ini, Abdul Khalid mendapat perkenan Sultan Selangor bagi meneruskan tugas sebagai Menteri Besar.

Abdul Khalid juga mendapat sokongan daripada empat Exco PAS untuk meneruskan pentadbiran Kerajaan Negeri.EZY

Selesaikan kemelut dengan undi tidak percaya terhadap Khalid dalam DUN - Nizar

Posted: 15 Aug 2014 06:13 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata krisis politik di Selangor perlu 'ditamatkan' segera melalui proses undi tidak percaya terhadap menteri besar pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
 
"Pada pandangan saya sekiranya mana-mana negeri sekalipun yang berlaku suasana begini maka yang paling murni sekali diadakan sidang khas DUN dan buat undi sama ada nak sokong ataupun tidak menyokong.
 
"...untuk menguji bahawa ada kehilangan majoriti yang menyokong ataupun yang tidak menyokong," katanya kepada Antarapos.
 
Justeru beliau menambah satu sidang khas DUN Selangor perlu dipanggil bagi membolehkan usul undi tidak percaya terhadap penyandang jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilakukan.
 
"Jadi maknanya balik kepada perlembagaan negeri itu supaya diadakan undi percaya atau undi tidak percaya dalam DUN.
 
"Kalau boleh buat macam itu eloklah," katanya.
 
Perkembangan mutakhir krisis itu menyaksikan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendapat sokongan penuh 30 ADUN Selangor sebagai calon menteri besar sekali gus menjadikan ia sebagai majoriti undi menentang kedudukan Abdul Khalid.
 
Menurut Wan Azizah dalam sidang media semalam, majoriti ADUN yang terdiri dari PKR, DAP dan PAS menyatakan sokongan mereka terhadapnya kerana telah hilang keyakinan terhadap pentadbiran yang dikemudi Abdul Khalid.
 
Namun respons balas Abdul Khalid mengatakan ia perlu diterjemahkan melalui proses undi tidak percaya di DUN Selangor, sebagaimana yang termaktub mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.
 
Kedudukan terkini DUN Selangor yang memiliki 56 kerusi ialah PAS dan DAP masing-masing memiliki 15 kerusi, PKR (13), BN (12) dan Bebas satu kerusi.
 
Undi tak percaya jalan terbaik bukan bubar DUN
 
Jelas Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, krisis pertukaran Menteri Besar Selangor itu tidak perlu dibawa sehingga pembubaran DUN bagi memberi laluan pilihan raya negeri diadakan semula.
 
"Tengok siapa yang nak mendesak bubar DUN, kalau yang mendesak adalah pihak pembangkang maka itu kemungkinan salah satu cara mereka nak ambil alih kerajaan negeri.
 
"(Kalau) Umno yang desak maka itulah kaedah untuk mereka mengambil alih balik kuasa memerintah.
 
"Kita tahu bila ada pilihan raya semula maka macam-macam perkara tidak sihat berlaku," katanya.
 
Tegas Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat ini, krisis politik di Selangor perlu diselesaikan segera menerusi usul undi tidak percaya pada persidangan DUN.
 
"Ada cara yang lebih mudah, cepat dan tak perlu belanja besar iaitu buat undi tidak percaya dalam DUN.
 
"Sebab itu ialah satu peruntukan dalam undang-undang," katanya.
 
Untuk rekod, Abdul Khalid dipecat daripada parti pada 9 Ogos kerana mengingkari keputusan Majlis Pimpinan Pusat PKR yang mencalonkan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar yang baharu.
 
Abdul Khalid dilantik sebagai Menteri Besar Selangor sejak 13 Mac 2008.
 
Perkembangan ini menjadikan Selangor, negeri kedua selepas Perak yang mengalami pergolakan politik memuncak pada 2009, sehingga memaksa campur tangan Sultan.
 
 

PAS WP: 'Parti telah disuci Allah dari anasir tidak sepatutnya'

Posted: 15 Aug 2014 03:24 AM PDT

MALAYSIAKINI



Mengulas tindakan dua ADUN PAS memberi sokongan terbuka kepada presiden PKR semalam, PAS Wilayah Persekutuan (WP) dengan nada menyindir berkata, pihaknya bersyukur kerana  "parti itu telah disucikan oleh Allah dari anasir-anasir yang tidak sepatutnya".

"Barangkali inilah hikmah di sebalik penangguhan mesyuarat PAS pusat sehingga 17 Ogos," kata setiausaha badan perhubungan PAS WP, Khairul Anuar Abdul Manap dalam satu kenyataan hari ini.

Dengan peristiwa ini, katanya, fikrah ahli PAS di semua peringkat menjadi tersangat jelas khususnya ketika mengimbau kembali amaran yang telah dikemukakan oleh para ulama haraki di dalam PAS sebelum ini tentang bahaya kepelbagaian fikrah di dalam satu harakah Islamiyyah.

"Kesatuan di kalangan ahli PAS menjadi semakin kukuh sejurus pihak YB berdua melakukan pengisytiharan (menyokong Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail).

"Pada peringkat permulaan kami bimbang PAS berhadapan dengan perpecahan dalaman. Lalu Allah menurunkan pertolongan dengan tindakan YB berdua.

"Alhamdulillah kami semakin yakin Allah senantiasa menjaga kumpulan yang menjaga agamanya.

"Tindakan YB berdua juga turut memperkukuhkan kami kepada perjuangan Islam," tegas Khairul Anuar, sambil mendoakan agar kedua-dua ADUN itu diberikan hidayat oleh Allah SWT.

Dua ADUN PAS, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) telah tampil di sidang presiden PKR itu semalam untuk menyatakan sokongan mereka kepada beliau sebagai calon menteri besar.

Ekoran itu, PAS Selangor memberikan tempoh 24 jam kepada mereka untuk meminta maaf dan menarik balik pendirian itu.

Tuntutan itu dibuat ekoran tindakan itu dianggap membelakangi parti yang belum membuat keputusan sempena menunggu mesyuarat jawatankuasa pusatnya pada Ahad ini.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman dilaporkan berkata tindakan dua ADUN PAS di Selangor itu yang membelakangi pendirian parti amatlah serius "dan kita akan bertindak".

'Reben Hitam' mahu Khalid undur

Posted: 15 Aug 2014 03:18 AM PDT

MALAYSIAKINI



 


Sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat seramai kira-kira 15 berhimpun di hadapan bangunan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pagi ini bagi menuntut Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim meletak jawatan.

Kumpulan itu yang menggelarkan diri mereka sebagai kumpulan 'Reben Hitam' menuntut agar Khalid agar mengembalikan mandat pentadbiran kepada Pakatan Rakyat.

"Setelah menteri besar bertindak memecat (lima) exco PKR dan DAP, Abdul Khalid bertukar menjadi ADUN bebas Selangor dan bukan lagi Pakatan Rakyat.

"Beliau dipilih Pakatan untuk jadi menteri besar dan kini beliau (ADUN) bebas, oleh itu beliau harus berundur," kata jurucakap kumpulan itu, Ng Yap Hwa.

Mereka membawa reben kecil berwarna hitam dan sepanduk dengan slogan "Umno ketawa rakyat menangis", "Kami undi untuk PR bukan Khalid", dan "Kembalikan demokrasi di Selangor".

Demonstrasi tersebut merupakan sebahagian dari kempen jelajah 'Selamatkan Selangorku', yang digerakkan ke kawasan DUN Pelabuhan Klang yang diwakili Khalid.

Menurut kumpulan tersebut dan mereka akan meneruskan jelajah kempen itu ke kawasan DUN yang diwakili exco PAS.

Kumpulan itu juga berjaya memasuki pintu masuk lobi bangunan SUK dan menampal sehelai kertas bersaiz A4 dengan reben hitam di pintu masuk kaca bangunan itu.

Apakah Anwar akan akur desakan Hadi?

Posted: 15 Aug 2014 03:15 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Selain peranan istana, krisis Selangor berlanjutan akibat kegagalan PAS dan PKR memutuskan calon menteri besar pengganti Khalid Ibrahim.

Malam tadi, PAS secara terbuka menolak Dr Wan Azizah Ismail sebagai calon menteri besar tetapi PKR terus berdegil untuk memajukan nama presidennya.

Pertemuan Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim di Kuala Terengganu awal minggu gagal angkara tiada persetujuan bersama antara dua parti utama Pakatan Rakyat ini.

Anwar, bersama Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, berkeras inginkan Wan Azizah tetapi PAS pula menggesa parti itu mencadangkan dua nama lain selain presiden PKR kepada pihak Istana.

Bagi PAS, sikap Anwar dan Saifuddin ini sejenis "kata dua" yang mematikan rundingan dan pilihan dalam kerjasama Pakatan Rakyat.

Maka, tersebarlah desas-desus bahawa Abdul Hadi hanya bertemu Anwar selama 15 minit, bukannya sejam seperti diuar-uarkan, kerana tidak senang dengan kedegilan PKR.

Alasan sebenar PAS menolak Wan Azizah tidak dapat dipastikan. Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali malam tadi berkata ia bukan kerana Wan Azizah seorang wanita.

Namun, PAS juga dilaporkan berkata ia difahamkan Sultan Selangor tidak memperkenankan Wan Azizah.

Tetapi kini Wan Azizah berjaya menampilkan majoriti mudah apabila mendapat sokongan dua wakil rakyat PAS semalam, Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang).

Dengan sokongan itu, beliau mendapat 30 sokongan dalam 56 wakil rakyat negeri itu.

'Curi' dua ADUN PAS

Namun, sokongan dua wakil rakyat PAS membawa implikasi lain. Di sisi PAS, dua wakil rakyat ini terang-terangan melanggar keputusan Majlis Syura dan kenyataan Abdul Hadi yang inginkan semua pemimpin parti menyokong Khalid.

Di sisi lain, PAS tentunya sangat tidak selesa dengan tindakan PKR "mencuri" dua wakil rakyatnya demi mempertahankan pendirian bahawa Azizah satu-satunya calon PKR untuk menteri besar.

Beberapa jam selepas pengumuman sokongan itu oleh Wan Azizah, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mengeluarkan kenyataan panjang – sebahagian bernada menyindir PKR dan Anwar.

Salahuddin mengingatkan bahawa Mursyidul Amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat segera melucutkan jawatan menantunya dalam syarikat utama Kelantan kerana ada tohmahan "kronisme dan nepotisme."

Walaupun tidak begitu ketara, selain dua perkataan itu, Salahuddin turut menyebut "pemujaan individu dalam parti" dan "sikap autokratik" – ungkapan-ungkapan yang selalunya dijadikan kritikan terhadap Anwar, termasuk mencalonkan Wan Azizah sebagai MB.

Salahuddin mengingatkan sejarah kejatuhan kerajaan PAS Kelantan dulu apabila "isu kronisme, nepotisme dan sikap autokratik" menguasai parti dan kepemimpinan negeri itu.

Beliau juga menggesa sikap kerjasama, rundingan dan persetujuan bersama – seolah-olah menjawab "kata dua" PKR yang mahukan hanya Wan Azizah.

"Sebegitu juga kita dalam proses memilih menteri besar. Perlu dihalusi bersama, perlu diskusi bersama dan perlu persetujuan bersama. Janganlah ada di kalangan kita mengambil pendekatan 'pushing down into our throats'!

PKR berdegil

"Sekurang-kurangnya ada pilihan, agar yang terbaik diberi berkhidmat kepada rakyat," tegasnya.

PAS hairan kenapa PKR berdegil untuk menaikkan Wan Azizah sewaktu partinya hanya meminta nama lain dicadangkan bersama presiden PKR.

"PAS boleh bersetuju untuk menyerahkan tiga nama, semua daripada PKR, termasuk Wan Azizah. PKR menolaknya mentah-mentah, siap ugut PAS lagi. PKR tetap mahu satu nama sahaja," satu sumber parti itu memberitahu Malaysiakini hari ini.

Berdasarkan senario ini, apakah PAS akan tunduk pada desakan PKR? Atau, Anwar akan tunduk pada tuntutan Hadi jika PAS masih mahukan dua nama lain?

Sekiranya mesyuarat PAS pada Ahad ini bersetuju dengan desakan PKR, menamakan Wan Azizah sebagai satu-satunya calon menteri besar, apakah Istana bersedia menerimanya?

Jika Istana menolak Wan Azizah, seperti ramalan PAS, apakah PKR bersedia menamakan calon lain seperti permintaan PAS?

Walaupun Pakatan menguasai dua pertiga jumlah kerusi, krisis Selangor akan terus berpanjangan jika tiada persepakatan antara Hadi dan Anwar siapa calon terbaik pengganti Khalid.

Isunya kini, bukan PKR melawan Khalid tetapi pergeseran antara parti itu dengan PAS.

Istana mungkin lantik exco Umno jika PAS berundur

Posted: 15 Aug 2014 03:06 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Empat orang anggota exco PAS di Selangor memilih untuk kekal dalam kabinet Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mengelakkan pentadbiran negeri itu jatuh ke tangan Umno.

Sumber Pakatan Rakyat memberitahu Malaysiakini bahawa istana memberi petunjuk bahawa wakil Umno mungkin dilantik dan satu kerajaan minoriti akan dibentuk sekiranya empat exco PAS itu meletak jawatan.

"Ini adalah satu perkara yang mahu dielakkan oleh PAS namun dikritik keras oleh masyarakat umum dan pemimpin Pakatan," kata sumber tersebut yang tidak ingin dinamakan.

Umno mempunyai 12 orang wakil rakyat dalam DUN Selangor.

Krisis politik di Selangor kini berlarutan selepas Khalid memecat lima orang exco dari DAP dan PKR yang enggan menyokong beliau dalam krisis tersebut. Seorang lagi anggota exco, dari PKR, mengumumkan meletak jawatan semalam.

PAS dan anggota exconya dalam kabinet Khalid menerima kritikan demi kritikan kerana menyokong kabinet tersebut, sehingga pendirian tersebut diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu pada 17 Ogos.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam mendedahkan bahawa dua orang ADUN PAS, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) menyokong beliau untuk mengambil alih jawatan menteri besar.

Sokongan dua ADUN PAS itu didakwa memberi kelebihan kepada Wan Azizah untuk mendapat majoriti dengan sokongan 30 wakil rakyat, dari kesemua 56 orang ADUN.

PAS melancarkan siasatan ke atas tindakan dua ADUN berkenaan, yang dianggap bertentangan dengan pendirian parti.

Bagaimanapun, sumber Pakatan menyebut, beliau dimaklumkanbahawa beberapa pemimpin PAS akan menyokong Saari dan Hasnul bagi memastikan dua ADUN tersebut tidak dikenakan tindakan.

"Mereka hanya mengikut keputusan Muktamar PAS dan majoriti pemimpin PAS menyokong tindakan mereka," katanya.

Sampel tulang di kolam ikan patin sah bangkai babi

Posted: 15 Aug 2014 02:58 AM PDT


Gambar tulang haiwan yang dipercayai babi di dalam kolam seperti yang tersebar. Gambar tulang haiwan yang dipercayai babi di dalam kolam seperti yang tersebar.


IPOH - Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Ahamad Sabki Mahmood mengesahkan sampel tulang yang diambil di sebuah kolam ikan patin yang menjadi viral di laman sosial Julai lalu adalah bangkai khinzir.

Menurutnya, sampel tulang telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia, Petaling Jaya untuk pengesahan DNA khinzir pada 10 Julai lalu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Lambakan tulang babi jadi topik hangat]

[ARTIKEL BERKAITAN: Heboh ikan makan bangkai babi]

"Laporan pemantauan dari daerah-daerah lain turut diterima dan dihantar kepada ibu pejabat Perikanan Putrajaya.

"Laporan DNA diterima pada 8 Ogos lalu daripada Jabatan Kimia mengesahkan analisis ke atas sampel tulang yang dihantar membuktikan ianya adalah bangkai khinzir," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di majlis interaksi dan ramah mesra Aidilfitri Ketua Pengarah Perikanan Malaysia bersama warga Jabatan Perikanan Negeri Perak, hari ini.

Dua alternatif mampu tangani kemelut MB

Posted: 15 Aug 2014 02:53 AM PDT


kemelut politik


KOTA BHARU - Pembubaran Dun dan undi tidak percaya, antara alternatif yang mampu menangani kemelut jawatan Menteri Besar Selangor.

Penganalisis Politik, Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusof berkata, kedua-dua tindakan yang selari dengan prinsip demokrasi negara ini perlu dilakukan bagi menyelesaikan kemelut politik Selangor selepas melalui beberapa episod termasuk penyingkiran enam Exco PKR dan DAP beberapa hari lalu.

"Walaupun bagi saya, pilihan raya negeri tindakan terbaik, namun sebagaimana kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), ia perlu dielakkan kerana akan menelan kos tinggi (RM50 juta) jika diadakan, selain turut membosankan rakyat.

"Berasaskan prinsip demokrasi, jika ada krisis sebegini, tiba di satu tahap, dua tindakan perlu dilakukan, sama ada melalui undi tidak percaya di Dun atau Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika masih menjadi menteri besar menasihati Sultan untuk membubarkan dewan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Wacana Minda, di sini, semalam.

Dalam pada itu, mengulas isu kerajaan campuran di Selangor, Mohammad Agus berkata, Pas akan berpecah dan menjadi parti paling rugi jika mengambil keputusan bergabung dengan Umno.

"Jika Pas keluar Pakatan Rakyat (PR) dan menyokong Abdul Khalid untuk bergabung dengan Umno, sekali gus membentuk kerajaan negeri, saya rasa itu sukar kerana Pas pasti akan berpecah," katanya.

Mohammad Agus berkata, mustahil untuk sampai ke tahap penggabungan parti, lebih-lebih lagi sudah ada Adun Pas yang secara terbuka membuat pengakuan tidak akan mendukung kerjasama antara parti itu dan Umno.

"Sebaliknya perjalanan politik seterusnya adalah bagaimana Speaker memutuskan mengadakan sidang Dun dengan perkenan Tuanku untuk membuat undi tidak percaya," katanya.

Mengulas mengenai hala tuju Selangor, Mohammad Agus berkata, masih banyak polemik yang akan tercetus selepas ini termasuk kedudukan Abdul Khalid sebagai menteri besar, kewujudan kerajaan campuran dan  undi tidak percaya.

"Semuanya belum tentu, saya tidak boleh memberikan pandangan awal mengenai perkara itu, bagaimanapun yang pasti sesebuah negeri tidak akan mampu bertahan dengan hanya mempunyai jumlah Exco minimum, apatah lagi dengan status menteri besar yang bebas, dan belum ada kepastian majoriti ahli dewan," katanya.

Laporan awal data kotak hitam diumum September

Posted: 15 Aug 2014 02:48 AM PDT

SINAR HARIAN


MH17


KAMPAR - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, laporan awal data kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine 17 Julai lepas dijangka diumumkan pasukan siasatan antarabangsa diketuai Belanda pada awal September ini.

Beliau berkata, pasukan siasatan antarabangsa telah membuat laporan dan akan menyerahkannya kepada negara-negara berkaitan.

Pasukan siasatan masih menjalankan siasatan di tapak lokasi nahas dan tidak boleh mendedahkan kandungannya buat masa ini, katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis Konvokesyen Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) Kampus Perak di sini hari ini.

Liow berkata, pasukan siasatan telah memperoleh suara rakaman daripada kokpit serta kandungan data penerbangan selain mengadakan mesyuarat mengenai laporan awal kotak hitam.

"Semua rakaman daripada kotak hitam itu sempurna, tidak dirosakkan, tidak dicemari dan boleh dibaca dengan jelas," katanya.

Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai.

Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh, namun setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu.

Mengenai istiadat penghormatan jenazah tragedi itu pada 22 Ogos ini Liow berkata, jenazah akan dibawa pesawat khas Boeing 747 dari Amsterdam yang dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 10 pagi.

"Keluarga mangsa diharap bersabar, kuatkan semangat...kerajaan bersama mereka. Kita semua dalam kesedihan, itu yang kerajaan umumkan Hari Berkabung (pada 22 Ogos) kerana ia adalah tragedi negara," katanya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan 22 Ogos sebagai Hari Berkabung Negara berikutan ketibaan jenazah warga Malaysia mangsa nahas pesawat MH17. - Bernama

Mustafa: PAS Pusat tentukan tindakan terhadap Saari, Hasnul

Posted: 14 Aug 2014 10:02 PM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic

 
 
 
KUALA LUMPUR: PAS akan hanya mengambil sebarang tindakan displin terhadap dua ADUNnya di Selangor yang menolak kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas menjalankan siasatan penuh. 
 
Bagaimanapun Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata arahan kepada Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) untuk menarik balik sokongan mereka terhadap Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon MB baru dibuat oleh PAS Selangor dan bukan pihaknya.
 
"Itu hal Selangor dan kita belum dapat maklumat. Mereka bertindak bersendirian dan ia bukan arahan parti. Tapi kita akan siasat dahulu kerana kes macam ini tidak pernah berlaku lagi," kata beliau.
 
Beliau berkata demikian selepas mesyuarat biro politik PAS di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur.
 
Saari dan Hasnul berkata mereka sanggup berdepan dengan apa jua tindakan displin parti kerana  menyokong Wan Azizah sebelum AJK Pusat PAS bermesyuarat.
 
Perakuan bertulis mereka membolehkan Wan Azizah mengisytiharkan beliau mempunyai sokongan majoriti iaitu 30 daripada 56 ADUN di Selangor untuk menjadi MB baru, menggantikan Khalid.
 
Bagaimanapun PAS menyifatkan sokongan dua ADUN itu sebagai melanggar pendirian parti setelah pucuk pimpinannya termasuk presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura menyokong Khalid. 
 
Walaupun dipecat PKR, Khalid berpegang kepada jawatan MB setelah menyakinkan Sultan Selangor beliau mempunyai sokongan majoriti dalam DUN Selangor.
 
Beliau dilihat bersandarkan kepada sokongan bulat PAS dan 12 ADUN Barisan Nasional.
 
Wan Azizah menyanggah dakwaan itu dengan mengumumkan beliau mempunyai akuan bersumpah Saari, Hasnul, 13 ADUN PKR dan 15 ADUN DAP  bahawa mereka hilang kepercayaan terhadap Khalid dan  menyokongnya.
 
Mustafa berkata empat exco PAS akan terus mendokong kepimpinan Khalid sebagai MB  dan masih menanggap kerajaan negeri Selangor diterajui oleh Pakatan Rakyat.
 
"Pada kami, PAS menganggap ia masih kerajaan Pakatan sebab kehadiran 4 orang exco PAS itu mewakili Pakatan, walaupun selepas exco DAP dan PKR dipecat,"  kata beliau.
 
"Walaupun siapa jadi MB, selagi kerajaan ada kita kena pertahankan. Arahan kita terus kekal bersama kerajaan. Namun bukan ada kepentingan tertentu," kata beliau.

SUK S'gor arah exco PKR, DAP kosong pejabat

Posted: 14 Aug 2014 09:59 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Enam Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) daripada DAP dan PKR diarah mengosongkan pejabat masing-masing ekoran pemecatan mereka mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
  
Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, Datuk Mohamed Khusrin Munawi (kiri) berkata bagaimanapun buat masa ini tiada tempoh masa tertentu diberikan kepada kesemua Exco terlibat.
  
"Arahan pemecatan mereka telah diperkenankan Sultan Selangor dan mulai 12 Ogos (semalam) mereka tidak lagi dibenarkan untuk meneruskan tugas.
  
"Buat masa ini, tiada arahan dikeluarkan bila sepatutnya mereka harus mengosongkan pejabat masing-masing, tetapi mereka dibenarkan masuk ke pejabat bagi mengemaskan barang persendirian mengikut masa mereka," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
  
Ketika diminta mengulas mengenai beberapa Anggota Exco daripada kedua-dua parti itu yang kelihatan hadir dan meneruskan tugas di pejabat masing-masing di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam, Mohamed Khusrin berkata kehadiran Exco berkenaan bagaimanapun tidak melibatkan tugasan rasmi.

"Mungkin dia datang untuk kemas barang atau jumpa orang... (jumpa orang) itu memang tugas dia selalu di Dewan Negeri Selangor ini," katanya.
  
Semalam, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menulis surat bagi meminta perkenan Sultan Selangor supaya keenam-enam Exco daripada PKR dan DAP yang tidak menyokong pentadbirannya digugurkan serta-merta.
  
Tiga anggota Exco daripada DAP ialah Datuk Teng Chang Khim, V Ganabatirau dan Ean Yong Hian Wah sementara anggota Exco daripada PKR ialah Elizabeth Wong Keat Ping, Rodziah Ismail dan Dr Daroyah Alwi. - Bernama

Pegawai bank, suami ditahan dipercayai keluar wang penumpang MH370

Posted: 14 Aug 2014 09:37 PM PDT

BERNAMA


KUALA LUMPUR: Seorang pegawai bank dan suaminya yang dipercayai terbabit dalam kes memindah dan mengeluarkan wang daripada akaun milik penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 ditahan semalam.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, ACP Izany Abd Ghani berkata pegawai bank itu yang bekerja di bank berkenaan sejak 10 tahun lalu ditahan di rumahnya di Ampang kira-kira 4 petang.
  
"Suaminya yang berusia 33 tahun turut ditahan di bengkel kereta di Ampang ketika membaiki keretanya. Polis percaya suaminya mungkin turut terlibat.
  
"Polis masih belum mendapat rakaman kamera litar tertutup (cctv) daripada pihak bank. Ia akan mengambil masa sedikit," katanya kepada Bernama dan menambah kedua-dua mereka kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
  
Kedua-dua mereka tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
      
Izany menasihati keluarga penumpang MH370 yang pesawat itu masih belum ditemui supaya meneliti kenyataan akaun bank penumpang.
  
"Keluarga mereka boleh periksa kenyataan bank penumpang. Kita minta mereka berwaspada," katanya.
  
Rabu lepas media melaporkan sebanyak RM110,643 milik empat penumpang pesawat MH370 lesap daripada akaun bank dipercayai dipindahkan oleh kakitangan bank tanpa kebenaran.
  
Siasatan mendapati wang dari akaun milik penumpang dipindahkan ke akaun penumpang lain melalui perbankan Internet melibatkan jumlah keseluruhan RM110,643.
  
Akaun berkenaan masing-masing milik dua penumpang warga China, seorang penumpang warga Malaysia dan akaun seorang pramugara.
  
Kejadian disedari pada 18 Julai lepas oleh seorang petugas bank yang mengesan beberapa transaksi pengeluaran dan pemindahan secara mencurigakan dari empat akaun berkenaan. - Bernama

4 exco PAS pertahan Kerajaan Selangor dari jatuh

Posted: 14 Aug 2014 09:34 PM PDT

NAZRI ABDULLAH 






KUALA LUMPUR: Kehadiran empat Exco Kerajaan Selangor daripada PAS ke mesyuarat mingguan exco bersama Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim semalam adalah untuk menyelamatkan kerajaan daripada jatuh.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, undang-undang tubuh negeri mengiktiraf kerajaan negeri sebagai masih wujud jika sekurang-kurangnya mempunyai empat orang exco.

"Pada kami, kami masih menganggap itu kerajaan Pakatan Rakyat.

"Sebab itu kehadiran empat orang exco PAS itu sebagai mewakili Pakatan Rakyat selepas daripada exco PKR dan DAP dipecat," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Lajnah Politik PAS di pejabat angung parti itu malam ini.

Beliau mengulas ketetapan PAS terhadap empat exco mereka agar terus menjalankan tugas seperti biasa di bawah pentadbiran Abdul Khalid walaupun menteri besar itu telah dipecat dari PKR.

Turut serta pada sidang media itu ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Menteri Besar Kelantan yang juga pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan Penolong Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bagaimanapun tidak hadir pada mesyuarat malam ini atas faktor kesihatan.

"Bagi kita kalau exco tak hadir, kerajaan akan jatuh. Kita pentingkan rakyat. Kalau kita tak datang kita tak boleh buat keputusan untuk kepentingan rakyat," katanya sambil menegaskan bahawa PAS konsisten untuk terus bersama Pakatan Rakyat.

Terdahulu mereka mengadakan mesyuarat hampir sejam setengah bermula jam 9 malam.
Mesyuarat lajnah politik malam ini adalah sebagai rangka awal kepada perbincangan mesyuarat PAS Pusat 17 Ogos ini.

Bukan sebab jantina

Mustafa berkata, mesyuarat malam ini bagaimanapun tidak menyentuh langsung soal calon menteri besar.

Ditanya adakah penolakan PAS terhadap Datuk Seri Wan Azizah sebagai calon menteri besar atas faktor jantina, Mustafa menafikannya.

"Bukan sebab jantina. Kita dah maklum kepada PKR...kenapa kita tu... tapi  saya tak akan dedah," katanya.

Berhubung dua calon PAS yang menghadiri sidang media bersama Datuk Seri Dr Wan Azizah dan menyatakan sokongan kepada beliau sebagai calon menteri besar, Mustafa berkata PAS akan menyiasat terlebih dahulu perkara tersebut sebelum membuat apa-apa keputusan. - HARAKAHDAILY

Wanita 'Buli' Warga Emas Cina Sertai PERKASA

Posted: 14 Aug 2014 09:01 PM PDT

RAKYATNEWS


alt
 


KUALA LUMPUR - Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin, wanita yang dipaparkan menerusi video di Youtube membuli seorang warga emas berbangsa cina dilaporkan menyertai Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Negeri Selangor.

PERKASA Selangor dalam satu kenyataan di laman facebooknya berkata, beliau yang lebih dikenali dengan Kiki telah menerima kad keahliannya dari NGO itu semalam.

"Setiausaha kehormat PERKASA Selangor telah menyampaikan kad dan sijil keahlian kepada dua ahli baru Siti Fairrah Ashyikin binti Kamaruddin (Kiki) dan Mohd Syahidzuan bin Samsudin di pejabat PERKASA Selangor," katanya.

Mengiringi pengumuman ialah gambar Kiki, yang merupakan seorang mak andam, memakai baju PERKASA.

Sebelum ini,  Kiki, yang dirakam membuli seorang warga emas di kawasan tempat letak kereta di Kuantan pernah ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Dalam insiden itu, Kiki yang memandu kereta Peugeot putih bertindak membuli pesara yang terlanggar keretanya.

Tindakan tersebut telah dikecam beberapa pihak yang menganggap ianya satu diskriminasi perkauman dengan membandingkan beberapa kes yang sama melibatkan kaum cina yang bertindak menyerang beberapa individu berbangsa Melayu termasuk anggota polis.

Langgar 10 Kenderaan Larikan Diri dari Polis

Posted: 14 Aug 2014 08:58 PM PDT

RAKYAT NEWS


alt
 


GEORGETOWN  - Sepuluh kenderaan dilanggar sebelum kereta dinaiki dua lelaki yang cuba melarikan diri daripada polis kehabisan minyak dan tersadai di Jalan Solok Pinang, Sungai Pinang di sini semalam.

Seorang daripada lelaki itu melarikan diri manakala pemandu kereta berkenaan bertindak mengurung diri dalam kereta yang dikunci menyebabkan polis terpaksa memecahkan cermin tingkap untuk mengeluarkan lelaki itu dan menahannya.

"Tiada kecederaan serius dilaporkan," kata Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid kepada pemberita ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Raya bersama warga Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut dan Komuniti di sini, malam tadi.

Beliau berkata kejadian itu bermula apabila anggota polis yang membuat rondaan terserempak dengan sebuah kereta jenis Proton Wira yang berhenti di Paya Terubong dalam keadaan mencurigakan pada 6 petang.

"Semasa anggota kami memperkenalkan diri sebagai polis dan mahu membuat pemeriksaan, dua lelaki terbabit terus masuk kereta dan memecut kenderaan itu," katanya.

Beliau berkata polis mengejar kereta terbabit sejauh lima kilometer sebelum kereta itu kehabisan minyak.

Polis masih menjalankan siasatan motif mereka bertindak demikian dan sama ada mereka mempunyai rekod jenayah. Siasatan awal mendapati kenderaan itu menggunakan nombor pendaftaran yang sah, katanya.

Isu Menteri Besar Selangor Malaysia : Bubar Dun Selangor Atau Undi Tidak Percaya Dun Selangor? Penyokong Khalid Vs Wan Azizah?

Posted: 14 Aug 2014 08:56 PM PDT





menteri besar selangor



Isu Menteri Besar Selangor Malaysia : Bubar Dun Selangor Atau Undi Tidak Percaya Dun Selangor? Penyokong Khalid Vs Wan Azizah? : Ini yang dinamakan politik di Malaysia. Ada masa kekuatan politik yang dimiliki umpama teguhnya bangunan KLCC.

Tetapi kekuatan politik di Malaysia boleh runtuh dalam sekelip mata, sepertimana runtuhnya WTC menyembah bumi sebelum ini. Dalam bahasa politik, satu minggu adalah tempoh yang panjang sebenarnya, macam-macam boleh berlaku dalam tempoh seminggu tersebut.

Hari ini dengan hanya berbekalkan 4 Exco yang minum ditambah Menteri Besar Selangor Malaysia yang terdiri daripada Adun Bebas tidak cukup kuat sebenarnya.

Isu Menteri Besar Selangor Malaysia Khalid Vs Wan Azizah : Cadangan Pakar?

 

Ramai pakar penganalisis politik di Malaysia meletakkan dua syor untuk dipertimbangkan sebagai jalan penyelesaian kepasa krisis isu Menteri Besar Selangor yang bergolak sekarang ini sepertimana disarankan Prof Madya Dr Mohd Agus Yusoff (Pensyarah Sains Politik UKM), Pakar Perlembagaan Malaysia Prof Dr Aziz Bari dan juga seorang lagi pakar perlembagaan terkenal, Prof Datuk Shad Saleem Faruqi supaya :
  • Pertama undi tidak percaya di dewan (Sidang DUN)
  • Tan Sri Khalid semasa menjadi Menteri Besar menasihati Sultan untuk membubarkan dewan (DUN)
Berita Semasa sendiri sudah bosan dengan rentetan isu Menteri Besar Selangor yang masih tidak berkesudahan sehingga ke hari ini. Masing-masing mempunyai ego dan cara silat tersendiri bagi menyatakan pendirian masing-masing.

Walaubagaimanapun atas nama demokrasi, apabila krisis Menteri Besar Selangor ini semkain memuncak, selesaikanlah dengan segera dengan menggunapakai dua cara ini, Bubar Dun Selangor ataupun laksana undi tidak percaya. Pilih cara antara dua ini. Usahlah mencanang di seluruh pelusuk tanahair yang anda mempunyai sokongan majoriti baik daripada pihak Khalid Ibrahim mahupun Wan Azizah. Cukuplah…..Buktikan melalui saluran yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia.

Isu Menteri Besar Selangor Malaysia : Politik Selangor Bergolak Sampai Bila?


Yang paling pentingnya selepas itu, pastikan calon Menteri Besar Selangor (samada Khalid Ibrahim kekal atau ada calon baru) diperkenan Sultan Selangor. Untuk menjadi MB Selangor, perlu ada perkenan Sultan Selangor walaupun sudah ada majoriti.

Perlu diingat rakyat Malaysia tertumpu kepada krisis Menteri besar Selangor kerana pengaruh politik di negeri tersebut cukup berwarna-warni dan dalam pada masa yang sama sumbangan besar negeri Selangor itu sendiri yang menjadi penumbang utama kepada ekonomi negara.
"Negeri Selangor, ia umpama sebuah negeri yang seolah-olah mewakili negara"
P/S : Rasa bertuahnya rakyat Malaysia memiliki negeri Selangor dan juga rakyat Selangor yang bernaung di negeri Selangor yang cukup "mewah daripada sudut ekonominya" tidak cukup andaikata landskap politik di Selangor masih lagi bergolak. Selesaikanlah…..


Rakyat perlu di beritahu apa yang berlaku

Posted: 14 Aug 2014 05:21 PM PDT


Oleh Aspan Alias



Wan Azizah membuat deklarasi yang beliau mendapat 30 undi sokongan dalam Dewan Undangan negeri Selangor dan beliau mempunyai hak untuk menjadi Menteri Besar menggantikan Khalid yang telah di pecat dari partinya dan tidak mempunyai cukup bilangan ahli Dewan Undangan menyokong beliau.
Wan Azizah mendapat sokongan dari dua ADUN PAS dari Morib dan Hulu Kelang menyokong beliau dan tidak bersama Khalid.
Jika itu ada kebenarannya maka elok di bawa ke Dewan Undangan dan lakukan usul tidak percaya terhadap Khalid. Dewan akan bersidang November ini dan usulkan sahaja undi tidak percaya terhadap Khalid.
Tetapi buat masa ini Khalid masih Menteri Besar dan elok ditunggu sehingga November setelah Dewan Undangan Negeri bersidang. Kekalkan sahaja sokongan yang di perolehi dan tidak perlu bising-bising dan diterjemahkan kepada undi dalam usul tidak percaya kepada Menteri Besar itu nanti. Apa-apa boleh berlaku sementara menunggu Dewan Undangan Negeri bersidang November ini.
Tidak perlu tergesa-gesa kerana Wan Azizah sudah dapat sokongan majoriti sebagai yang beliau umumkan pagi tadi. Kerja tergesa-gesa akan merumitkan lagi keadaan kerana bertindak secara tergesa-gesa akan memberikan kecenderungan untuk membuat keputusan yang tidak tepat.
Tidak perlu lagi mendesak untuk PAS menentukan sikap mereka kerana PAS hanya memerlukan seminggu sahaja untuk membuat penentuan itu. Bak kata Sallehudin Ayob, Naib Presiden PAS, ini bukan hendak menukar Ketua Kampung, tetapi ini menukar Menteri Besar. Apa hal di sebalik tindakan tergesa-gesa ini?
Dengan perkembangan terbaru ini tidak mustahil jika pilihanraya negeri akan berlaku dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri November ini atau lebih awal dari itu. Jika tidak ada penyelesaian diperingkat parti-parti dalam PR, maka biarkan rakyat membuat penentuan dan buat keputusan muktamad.
Dalam pada itu TS Khalid perlu memberikan penjelasan hingga keakar umbi apa yang sedang berlaku melalui penerangan kepada struktur pentadbiran kerajaan yang terendah yang bersama dengan rakyat ramai iaitu JKKK. Sebagai kerajaan TS Khalid patut memberikan fahaman kepada semua ketua-ketua kampung kerana ketua-ketua kampung adalah pegawai kepada kerajaan yang memerintah apa pun parti yang mentadbir mereka.
Khalid perlu mendapatkan 'feedback' dari orang ramai dan rakyat bawahan untuk semua pihak mengambil keputusan yang paling hampir kepada kemahuan pengundi-pengundi yang ramai. Kemelut sebegini kalau tidak diawasi dan dikendalikan dengan baik mungkin akan membawa kepada kekecuhan di setiap peringkat.
Jabatan Penerangan sepatuitnya melakukan penerangan meminta semua pihak untuk bersabar dan dalam setiap penerangan itu perlu ada bersama pegawai-pegawai keselamatan bersama. Yang paling penting di berikan penerangan ialah semua ahli-ahli jawatankuasa kerana pemimpin-pemimpin di setiap JKKK ini merupakan pentadbir kepada semua rakyat. Tidak ada rakyat yang tidak ditadbir oleh mana-mana stuktur pentadbiran kerajaan.
Yang penting sekarang ini para pelaksana mesti melakukan apa yang perlu bagi mententeramkan semua pihak yang bertelingkah. Tindakan perlu 'preemptive' kerana kita sudah masak dengan hasil perkelahian seperti ini sejak lama dahulu.
Tindakan pelaksana ialah untuk mengamankan keadaan di akar umbi kerana setiap pertelingkahan pimpinan akan dirasai oleh rakyat di akar umbi.
Dalam kita menunggu keputusan PAS pada 17 hb Ogos ini, segala pertimbangan perlu dibuat untuk menentukan semua pihak tidak terbabit dengan pertelingkahan terbuka kerana ia akan menjejaskan keadaan dan keamanan.
Tekanan terhadap PAS kian memuncak dari dua parti yang lain yang berada dalam Pakatan Rakyat dan jika akhirnya PAS bersama mereka keadaan tidak akan sama lagi kerana masing-masing telah merasakan bahang tekanan DAP dan PKR ini.
Dalam hal ini PAS perlu hanya memikirkan apa yang betul apa yang salah dalam tindakan pemimpin yang membuang pemimpin yang berada dalam parti sendiri. Nilailah samada pemecatan Khalid atau sebelumnya itu untuk memaksa Khalid keluar dari Pajabat Menteri Besar itu adalah semata-mata kerana keperluan individu yang terdesak yang kita anggap sebagai pemimpin selama ini.
Bagi mereka yang mempunyai pemikiran yang jelas dan jujur Khalid dari awal tidak sepatutnya ditolak dari Pejabat Menteri Besar itu kerana Khalid bukan mahu berada di sana sepanjang hayatnya, hanya setakat menamatkan penggal yang sekarang sahaja. Tetapi oleh kerana ada manusia yang begitu 'desperate' kerana kesalahannya sendiri sanggup meletakkan parti yang dipimpinnya berpecah seperti yang kita lihat sekarang ini.
Sanggupkah PAS tunduk dengan tekanan seperti ini, terpulang kepada kewibaan perjuangan parti itu. 'Either way' PAS akan menjadi mangsa permainan politik individu dalam PKR dan permainan politik 'menangguk diair yang keruh' dari sebuah lagi parti komponennya itu.
Kalau hendak tunggu dalam Pakatan pun tidak membawa apa-apa kebaikan maka tindakan untuk tidak bersama adalah tindakan yang paling wajar untuk di ambil oleh PAS. PAS tidak boleh memandang rendah kepada kemampuannya sendiri. Yang penting PAS perlu mempertimbangkan dan menilai keadaan dalam konteks 'big picture' politik tanahair bukan setakat menilai di sekeliling keadaan di Selangor sahaja.
Rakyat sedang melihat, terutamanya bangsa Melayu samada PAS tegas dengan pendiriannya untuk bangsa dan agamanya atau setakat parti yang bermain politik lebih-lebih lagi politik mempertahankan politik peribadi individu yang rakus untuk berkuasa semata-mata.
Tidak ada sebab PAS bersama mempertahankan individu itu, sedangkan individu itu sendiri yang menyiksa dan lalai terhadap dirinya sendiri.
Bagaimana pun PAS tentu lebih arif bagaimana untuk bertindak seterusnya……
http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Apakah MB Selangor masih ada legitimasi?

Posted: 14 Aug 2014 05:09 PM PDT


Oleh Mohammad Agus Yusoff


Mohammad Agus Yusoff
Politik Selangor mencipta sejarah kerana buat kali pertamanya seorang Adun Bebas menjadi menteri besar. Maka, persoalannya, apakah beliau mempunyai legitimasi untuk kekal sebagai MB?

Dari segi undang-undang, jawapannya ya. Beliau masih mendapat perkenan Sultan Selangor, mempunyai empat exco untuk membolehkan kerajaan berfungsi dan belum ada undi tidak percaya yang dibuat ke atas beliau di Dewan.

Namun, dari segi moral politiknya, legitimasi MB tersebut hilang. Apatah lagi, pagi 14 Ogos, 2014, Presiden Pakatan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan beliau mempunyai sokongan majoriti 30 ahli Dewan daripada 56 semuanya.


Justeru PR mendapat sokongan majoriti, maka mesyuarat PAS pada 17 Ogos nanti sudah tidak relevan lagi dalam menentukan siapa dan parti mana yang mendapat sokongan majoriti di Dewan.

Yang relevannya mesyuarat PAS pada 17 Ogos nanti ialah untuk menentukan pendiriannya sama ada mahu terus kekal dalam PR atau bergabung dengan Barisan Nasional atau bersendirian dalam politik negara.

Apa Seterusnya?

Bagi membuktikan PR mendapat sokongan majoriti ahli Dewan, maka PR hendaklah memohon perkenan tuanku untuk mengadap bagi membuktikan hal ini.

Jika ini tidak berlaku, maka cara lain yang boleh dibuat ialah dengan MB menasihati tuanku untuk membubarkan Dewan atau Speaker mendapat perkenan tuanku untuk mengadakan sidang khas Dewan bagi menentukan sokongan majoriti ahli Dewan.

Kemelut apapun tentang hal ini, konflik politik Selangor ini perlulah diatasi kerana dalam sistem demokrasi moden, falsafahnya ialah sesebuah kerajaan itu perlu mempunyai legitimasi rakyat dan undang-undang.

Sama ada cara penyelesaiannya adalah dengan mengadakan pilihan raya atau menamakan MB pengganti yang baru, itu bukan isu utamanya. Isu utamanya ialah MB Selangor perlu mempunyai legitimasi jelas dan konflik politik Selangor ini perlu diselesaikan.

Jangan biarkan rakyat gelisah!

*Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff merupakan penyarah sains politik di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Posted: 14 Aug 2014 05:06 PM PDT

Panggil segera Adun belakangkan parti
Suhaizan Kaiat Suhaizan Kaiat


SHAH ALAM – Pemuda Pas hari ini mendesak Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali untuk mengambil tindakan ke atas dua Adun Pas yang menyokong pencalonan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi merebut jawatan Menteri Besar Selangor.

Ketua Pemudanya, Suhaizan Kaiat berkata, tindakan dua Adun Selangor itu jelas membelakangkan parti apabila dilihat hadir bagi menyatakan sokongan terhadap pencalonan tersebut.

"Kami mendesak Setiausaha Agung Pas Pusat untuk memanggil segera kedua-dua Adun yang terlibat kononnya memberi sokongan kepada Azizah.

"Kami mahu penjelasan sebenar diberikan daripada kedua-dua Adun tersebut," katanya.

Dua Adun berkenaan, Adun Morib, Hasnul Baharuddin dan juga Adun Hulu Kelang, Saari Sungib turut menyatakan sokongan mereka secara bertulis dalam Akuan Bersumpah yang ditandatangani bersama 28 Adun Selangor yang lain.

Penglibatan dua Adun Pas Selangor itu sekali gus menyaksikan sokongan terhadap Wan Azizah meningkat sementara Abdul Khalid ketinggalan di belakang.

Difahamkan Pas kini sedang menyiasat bersabit tindakan dua ahlinya menyatakan sokongan terbuka ke atas Wan Azizah.

Terdahulu, Majlis Syura Pas dalam satu ketetapan menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Pas Pusat akan bermesyuarat Ahad ini bagi membincangkan kedudukan Abdul Khalid sementara Lajnah Politiknya turut mengadakan perbincangan malam ini, yang dipercayai turut membincangkan topik hangat krisis Menteri Besar Selangor

Pas tidak minat kerusi MB Selangor

Posted: 14 Aug 2014 04:57 PM PDT


Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali


KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Pas sekali lagi menegaskan tidak akan meminta sesiapa daripada parti itu dilantik sebagai Menteri Besar Selangor kerana berpegang kepada persetujuan bersama PR bahawa jawatan itu diberi kepada PKR meskipun memiliki bilangan kerusi lebih dalam Dun Selangor.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, Pas tetap akan berpegang kepada janji supaya tidak menuntut jawatan itu.

"Perkara tersebut telah lama diputuskan," katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat biro politik parti itu di ibu pejabat Pas di sini, malam tadi.

Mustafa juga menambah, Pas masih belum membuat sebarang keputusan penting berhubung pendirian parti mengenai kemelut Menteri Besar Selangor kerana perkara itu akan diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat yang dijadual pada 17 Ogos ini.

Sementara mengulas mengenai kedudukan terkini Pas dalam PR, Mustafa berkata, pendirian Pas tidak pernah berganjak.

"Pas akan terus bersama PR," katanya lagi.

'Kami tolak Azizah, tapi bukan sebab wanita'

Posted: 14 Aug 2014 04:54 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya telah menyatakan sebab kepada PKR mengapa parti itu menolak Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Bagaimanapun, Mustafa berkata, sebab mengapa Wan Azizah ditolak tidak boleh didedahkan kepada umum buat masa ini.

Ketika ditanya sama ada Wan Azizah ditolak kerana beliau seorang wanita, Mustafa berkata: "Tidak".

Tidak, tidak, bukan kerana gender.

"Kita dah maklumkan kepada.... PKR dah maklum kenapa kita... but not on gender i wont disclose (tapi bukan kerana gender, saya takkan dedahkan)," katanya ketika diminta menjelaskan sama ada penolakan itu disebabkan jantina atau kelayakannya.

Mustafa berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat lajnah politik PAS di pejabat agung parti itu di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Wartawan: Adakah mesyuarat malam ini PAS ada calonkan nama lain selain Wan Azizah?

Mustafa: Tidak, tidak. Bukan mesyuarat rasmi nak bincang perkara calon. Tak berbangkit. Tak ada. Tak bincang malam ni. Tak bincang.

Azmin ke?

Tak ada, tak ada. Tak bincang nama itu.

Adakah Wan Azizah ditolak disebabkan jantina atau kelayakan?

Tidak, tidak, bukan kerana gender. Kita dah maklumkan kepada.... PKR dah maklum kenapa kita... but not on gender i wont disclose .

Dah beritahu semua ini. Dah beritahu pada PKR. PKR dah maklum.

Dah beritahu PKR?

Tak boleh sebut, dah beritahu pada PKR.

Ada arahan dari PAS supaya ADUK tak terima Wan Azizah sebagai mb ...

Belum sampai lagi pada peringkat itu.

PAS berminat calon PAS jadi MB?

Walaupun kita kerusi (DUN) lebih, tapi PAS dah buat keputusan tak akan ambil kerusi MB. Tak berbangkit langsung pada waktu ini.

Mustafa terus disoal wartawan selepas sidang media media ditamatkan.

Benar tolak Wan Azizah?

Kita sudah bagi secara tertutup. Calon tak sebut.

PAS tak setuju Wan Azizah MB?

Saya nak jawab kena ada alasan, jadi alasan saya tak sebut, saya tak boleh jawab yang itu.

(Soalan tidak jelas.)

Prerogatif sultan (kita) tak nak masuk campur. Kalau sultan terima nak buat apa, kalau sultan tak terima nak buat apa, itu kuasa sultan. 

Tiada ulasan: