Khamis, 14 Ogos 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


MH17 : Forensik Sahkan Identiti Mayat Calon Pensyarah USM

Posted: 14 Aug 2014 07:11 AM PDT

RAKYATNEWS


alt
 



PAGOH - Pakar forensik telah mengenalpasti identiti salah seorang daripada 16 mayat rakyat Malaysia yang terlibat dalam nahas penerbangan Malaysia Airlines (MAS) pesawat MH17.

Mohd Ali Mohd Salim, 30, mayat pertama yang dikenalpasti yang berasal dari Kampung Jayor, di sini merupakan calon pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) yang sedang mengikuti pengajian PhD dalam bidang Development Neuropsychopathology di Universiti Erasmus, Rotterdam, Belanda.

Bapa mangsa, Mohd Salim Sarmon, 65, berkata, dua pegawai MAS ke rumahnya Sabtu lalu bagi memaklumkan berita sedih itu.

"Dua pegawai MAS datang ke rumah kira-kira jam 8.30 malam untuk memaklumkan perkembangan mengenai anak saya dan mengesahkan jenazah anak saya sudah dikenal pasti," katanya kepada pemberita di sini.

Salim turut menjelaskan, pihak keluarga merancang untuk mengebumikan jenazah anaknya itu di di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja, di sini.

Akan tetapi, beliau berkata, pihak pengurusan MAS tidak menyatakan tarikh jenazah anaknya bakal dibawa pulang ke Malaysia.

"Pihak MAS akan memberi jaminan pihak mereka akan menyalurkan perkembangan terkini daripada semasa ke semasa.

Walaupun Azizah dapat sokongan majoriti Khalid tidak akan turun

Posted: 14 Aug 2014 07:05 AM PDT

MSO


           
29 Adun menyatakan sokongan kepada Azizan dan tolak Khalid.
 


Pagi ini Dr Wan Azizah Wan Ismail membuktikan yang beliau mendapat sokongan majoriti Adun Selangor apabila 29 orang Adun telah menyatakan sokongan kepadanya dan dalam masa sama menzahirkan rasa hilang kepercayaan kepada MB Bebas Selangor, Abdul Khalid Ibrahim.

Kesemua Adun PKR 14 orang dan Adun DAP 15 orang menyokong Azizah. Jumlah itu ditambah dua orang Adun Pas yang mengambil pendirian menolak kepimpinan Khalid. Kedudukan hari ini Pakatan Rakyat (PKR dan DAP) 30 kerusi manakala Khlaid, Umno dan Pas 26 kerusi.

Apa lagi yang boleh Khalid lakukan untuk mempertahankan dirinya? Keengganan Khalid menghormati kepada hakikat sokongan itu tambah menggambarkan beliau terus bersikap macam lembu kenyang.

Dalam perkembangan lain memberi reaksi kepada sokongan Adun itu kepada Wan Azizah, Khalid menyatakan ia tidak bermakna selagi ia tidak diambil menerusi undi tidak percaya kepadanya dalam DUN Selangor.

Sikap double standard Khalid sekali jelas, kerana beliau sebelum ini memaklumkan kepada Sultan kononnya dia mendapat kepercayaan anggota Dewan tanpa mengemukakan apa-apa bukti dan setakat laporan akhbar sahaja jauh sekali diambil menerusi DUN Selangor.

Apakah tindakan dibuat Khalid dan perkenan Sultan itu bermakna?  Apa yang berlaku sebelum ini mengenai pengekalan Khalid sebagai MB boleh mempedayakan orang yang bodoh dan dungun sahaja tetapi bukan mereka yang celit politik dan tahu prinsip-prisip demokrasi.

Mereka yang berpegang menerima bahawa Khalid masih MB yang sah dan mendapat kepercayaan anggota Dewan adalah mereka yang berkepntingan dan sanggup merogol dan meliwat prinsip politik.

Bagaimana pun saya secara peribadi walaupun Azizah mendapat majoriti tetapi bukan mudah untuk beliau mencapai hasratnya. Khalid tidak akan turun menerusi fakta itu melainkan beliau perlu dinyahkan menerusi undi tidak percaya di DUN.

Apabila beliau berjaya dinyahkan mungkin ketika itu beliau akan mengemukakan cadangan kepada Sultan agar membubarkan DUN Selangor bagi membolehkan pilihan raya baru di Selangor diadakan.

Guru bersalin di sekolah, pengetua jadi bidan sambut bayi

Posted: 14 Aug 2014 06:37 AM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic



SHAH ALAM: Seorang guru wanita Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desaminium, Seri Kembangan melalui detik mencemaskan apabila melahirkan bayinya di sekolah ketika mengajar.

Lebih mengharukan, pengetua sekolah berkenaan bertindak sebagai bidan terjun dibantu Pegawai Pendidikan Daerah walaupun mereka tidak pernah berbuat demikian.
 
Menurut guru berkenaan, beliau mula mengalami kontraksi pada jam 10.30 pagi namun tidak mengendahkannya dan meneruskan sesi pengajaran.
 
Pada masa yang sama beliau menghubungi suami dan ibu bapanya untuk bersedia mengambil beliau di sekolah sekiranya sakit kontraksi itu makin berlanjutan.
 
Pada jam 12 tengah hari, beliau menemui pengetuanya untuk memaklumkan mahu ke hospital segera. Ketika itu kontraksinya tiba-tiba memuncak dan dalam keadaan kelam-kabut itu beliau melahirkan bayi berkenaan, meskipun suaminya dan ambulans lewat tiba di sekolah.
 
Guru-guru lain yang membantu proses kelahiran itu menangis tanda terharu apabila detik mencemaskan itu berjaya dilalui dengan mudah.
 
"Alhamdulillah. Semua selamat. Cikgu-cikgu menangis. Pengetua banyak kali ucap Subhanallah... AllahuAkbar.
 
"Pengetua terus peluk dan cium dahi saya. PPD itu pegang bayi sampai jururawat datang untuk potong tali pusat," ujar cikgu itu.

Anak kapal MAS ditahan di Perancis atas dakwaan salah laku seksual

Posted: 14 Aug 2014 06:34 AM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini mengesahkan seorang anak kapalnya telah ditahan polis Perancis untuk disoal siasat atas dakwaan berperangai tidak senonoh terhadap seorang penumpang. 
 
Dalam kenyataannya, syarikat penerbangan itu menyatakan anak kapal itu telah ditahan apabila seorang penumpang Penerbangan MH20 dari Kuala Lumpur ke Paris pada 4 Ogos lepas, mendakwa seorang anak kapal MAS berkelakuan tidak senonoh. 
 
"Oleh kerana Malaysia Airlines mengharapkan anak kapalnya sentiasa mempamerkan tingkah laku paling terpuji, maka kami memandang serius dakwaan ini. 
 
"Sudah semestinya kami akan membantu pihak berkuasa Perancis dalam menjalankan siasatan mereka. Kami ingin menegaskan bahawa keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan penumpang sentiasa menjadi keutamaan tertinggi kami," kata MAS.

Undi Dalam Dewan Tentukan MB, Bukan Dakwaan Dapat Sokongan

Posted: 14 Aug 2014 06:17 AM PDT



 
 
 
PETALING JAYA: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail perlu melalui proses undi percaya di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor untuk diangkat sebagai menteri besar yang baharu.

Peringatan berkenaan dinyatakan penyandang kerusi panas itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat bagi mengulas kenyataan Dr Wan Azizah yang mendakwa telah memperolehi sokongan daripada 30 Adun pada Khamis.

"Saya maklum tentang pengumuman Datuk Seri Dr Wan Azizah yang mendakwa beliau mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Negeri Selangor.

"Sungguhpun begitu, dakwaan itu tetap perlu diterjemahkan melalui proses undi tidak percaya (terhadap menteri besar) di Dewan Undangan Negeri Selangor," katanya menerusi laman sosial, https://twitter.com/Khalid_Ibrahim pada Khamis.



Respon itu segera dinyatakan Abdul Khalid menerusi  selepas Dr Wan Azizah mengumumkan telah mendapat kekuatan majoriti mudah 30 Adun Selangor yang menyokongnya untuk dilantik sebagai menteri besar Selangor yang baharu.

Berikutan Abdul Khalid berkata, pentadbiran kerajaan Selangor pimpinannya akan terus berjalan seperti biasa sehingga proses undian tidak percaya dibuat di DUN.

Mendepani cabaran krisis MB Selangor

Posted: 14 Aug 2014 06:06 AM PDT

SALAHUDDIN AYUB 


PAS sengaja mengambil sedikit masa, bukan sebulan hanya seminggu untuk mencapai keputusan di dalam isu penggantian Menteri Besar Negeri Selangor. Kita bercakap berkenaan jawatan Menteri Besar, jawatan nombor satu di dalam pentadbiran sesebuah negeri. Kita bukan mahu menukar seorang Ketua Kampung, ini urusan menukar seorang Menteri Besar.

Pada saat yang kritikal ini unsur emosi dan sentimen harus diketepikan. Prinsip integriti, setiakawan, keadilan, kebijaksanaan serta hikmah mesti mengambil tempat dalam mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor. Justeru itu, 'we shouldn't rush in making decision but we should adopt a deliberate cautious approach with wisdom and sincerity'.

Kita bercakap tentang meminta seseorang Menteri Besar meletak jawatan. Kita perlu berhemah dalam hal ini. Apa kesilapannya, apa kemudaratannya, apa kesalahannya, apa kelemahannya dan apa kemaslahatan persekitaran (environment) negeri yang ditadbirnya? Kita perlu menghalusi faktor-faktor ini secara terperinci agar kita sampai kepada keputusan yang adil dan yang baik bagi semua pihak, yakni, negeri, rakyat, Istana dan individu yang terlibat. Keadilan yang menjadi teras perjuangan PR mesti ditegakan.

Berkaitan dengan isu ini dan belajar daripada pengalaman PAS sendiri, saya ingat kembali kes Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan menantunya. Apabila saya bersama Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS; Tuan Guru Dato' Dr Haron Din, Timbalan Muryidul Am PAS dan Dr Mohd Hatta Ramli, Bendahari PAS Pusat membawa mandat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bertemu dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkaitan isu perlantikan menantu beliau dalam Perbadanan Menteri Besar Negeri Kelantan (PMBK).

Isu Nepotisma dan intergriti telah bermain di bibir rakyat pada waktu itu. Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak teragak-agak lagi, terus dipanggil menantunya dan diminta menandatangani surat perletakkan jawatan serta-merta! Mengapa Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengambil sikap tersebut? Bagi saya Tuan Guru Nik Abdul Aziz amat faham dengan konsep parti menguasai kerajaan, hidup berjamaah - keputusan jamaah, keputusan parti harus dipatuhi. Seperti kata,'the interest of the many, outweigh the interest of the few'.

Parti yang menguasai kerajaan, bukan kerajaan yang menguasai parti. Ini yang kita harus faham apabila kita memasuki gelanggang politik Malaysia. Tidak ada pemujaan individu dalam parti. Jawatan yang dipegang oleh seseorang di dalam kerajaan adalah disebabkan dicalonkan oleh parti. Jadi bila parti suruh pergi, ikutilah kehendak parti. Saya teringat sejarah Khalid Al Walid, Panglima yang 'dipecat' oleh Khalifah. Pemencatan daripada Khalifah. Mesti ada sebab-sebabnya, mesti ada 'kaulnya' dan mesti sudah dihalusi daripada segenap sudut oleh Umar Al Khatab. Adakah Khalid memberontak? Tidak! Panglima besar ini akur dengan keputusan Khalifah. Inilah hidup berjamaah...

Sebegitu juga kita dalam proses memilih Menteri Besar. Perlu dihalusi bersama, perlu diskusi bersama dan perlu persetujuan bersama. Janganlah ada dikalangan kita mengambil pendekatan 'pushing down into our throats'! Sekurang-kurangnya ada pilihan, agar yang terbaik diberi berkhidmat kepada rakyat.

Untuk tatapan kita bersama daripada paparan sejarah PAS, isu kronisma, nepotisma dan sikap autokratik adalah faktor yang besar yang menjatuhkan PAS Negeri Kelantan dalam era Tan Sri Datuk Dr Haji Mohd Asri Haji Muda. PAS juga pernah mengalami krisis di Negeri Kedah sebelum Pilihan Raya Umum kali ke – 13 (PRU 13) yang akhirnya kita semua menerima akibatnya. Oleh itu, marilah kita bersama-sama belajar daripada sejarah ini supaya kita pada hari ini terutama PR tidak mengulangi kesilapan yang sama agar memungkinkan kita hilang lagi sebuah kerajaan.

PAS perihatin di dalam hal ini, bersama PKR dan DAP kita berjuang menentang kezaliman, menentang rasuah dan menentang kronisma dan nepotisma. Kita menentang sekeras-kerasnya sehingga kita nobatkan dalam manifesto PR. Kalau tidak rakyat akan melihat kita yakni PR sebagai "harapkan pagar, pagar makan padi!"

Justeru itu, di dalam pencalonan bakal Menteri Besar baru ini harus PR menjauhi persepsi-persepsi negatif tersebut. Biarlah kita mengambil masa untuk mencari yang terbaik demi masa depan PR yang kita sama-sama sayangi.

Kepada rakan-rakan di dalam PKR dan DAP, usah gusar dengan komitmen PAS dalam perjuangan menentang kezaliman, menentang rasuah, menentang, kronisma dan nepotisma. Sejak ditubuhkan, kami berjuang diatas landasan ini, malah bukan sahaja kami diremehkan, difitnahkan, dipenjarakan malah dalam Peristiwa Memali sahabat-sahabat kami dibunuh dengan kejam! Bukan sahaja masa, wang, keringat dan airmata yang kami curahkan, malah darah dan nyawa telah kami korbankan dalam perjuangan menentang kabatilan-kebatilan ini. 'So, please, don't question our committments, we were there when you were sleeping...'

InsyaALLAH, 'give us until 17th of August' untuk membuat keputusan yang adil, berhemah dan berhikmah. Doakan agar PR tetap utuh dan bertambah kuat melalui dugaan-dugaan ini. Doakan agar jiwa dan raga kita, warga PR, sentiasa berkobar  untuk memerdekakan negara kita daripada UMNO / Barisan Nasional (BN), amin!

*Penulis adalah Naib Presiden PAS

Semua ahli majlis S'gor kekal

Posted: 14 Aug 2014 02:54 AM PDT

MALAYSIAKINI






Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) hari ini membuat keputusan mengekalkan semua ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sedia ada.

Kuota yang masih tidak diisi sehingga kini akan dibuka kepada orang awam menerusi pengiklanan di akhbar dan media massa.

Sejak 2013, hanya kira-kira 80 dari hampir 200 kuota ahli majlis sembilan kerajaan tempatan di Selangor telah diisi.

Exco Selangor Dr Halimah Ali mengesahkan perkara tersebut kepada media sebentar tadi.
"Ya, semua ahli majlis kekal," kata beliau di lobi bangunan SUK hari.

Sementara itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam kenyataan medianya berkata kerajaan negeri mahu memberi peluang kepada rakyat Selangor terlibat secara langsung dalam pentadbiran negeri.

"Bagi mengisi kekosongan 51 jawatan Ahli Majlis PBT di seluruh negeri, MTES membuat keputusan supaya tawaran untuk mengisi sebahagian kekosongan itu dibuka kepada rakyat Selangor yang berkelayakan.

"Sehubungan itu, Kerajaan Selangor mengalu-alukan rakyat Selangor dari golongan profesional dan aktivis masyarakat untuk memohon menjadi Ahli Majlis sekaligus sebahagian daripada kerajaan rakyat ini," kata beliau.

Semalam, Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat dilaporkan menyuarakan kebimbangannya tentang kemungkinan ahli-ahli majlis dari PKR dan DAP turut dipecat susulan pemecatan exco PKR dan DAP.

Suhaizan berharap agar exco-exco PAS yang kekal dalam kerajaan Selangor tidak menyokong usul itu seandainya ia dicadangkan kelak.

Sementara itu Khalid memberitahu isu kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi negeri, tidak dibincangkan dalam mesyuarat MTES kira-kira dua jam yang baru selesai pada jam 12 tengah hari tadi.

Mustafa: PAS S'gor diminta beri laporan

Posted: 14 Aug 2014 02:39 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


PAS Pusat telah meminta PAS Selangor memberi laporan berhubung isu dua ADUN PAS negeri itu yang telah menyatakan sokongan terbuka kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi menteri besar Selangor.

Harakahdaily memetik Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali sebagai berkata beliau telah menghubungi Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad petang ini dan meminta laporan penuh berhubung perkara itu.

"Saya telah menghubungi Pesuruhjaya PAS Selangor supaya memberi laporan tentang dua orang ini supaya kita dapat gambaran sebenar," katanya dalam laporan Harakahdaily.

Beliau mengulas tindakan dua ADUN PAS, Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) yang bertindak menyertai sidang media bersama Dr Wan Azizah hari ini bagi menunjukkan sokongan majoriti dalam DUN Selangor pagi tadi.

Kedua-dua mereka turut menyatakan sokongan kepada presiden PKR itu untuk menjadi menteri besar menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Mengulas lanjut, Mustafa berkata PAS akan menyiasat perkara itu dan akan mendapatkan gambaran sebenar.

Menurut Harakahdaily, sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Khalid untuk kekal sebagai menteri besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

Menurutnya, pandangan serupa dinyatakan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Malah, lapor Harakahdaily Majlis Syura Ulamak PAS juga menetapkan pendirian agar Khalid dikekalkan jawatan itu sekiranya beliau tidak disabitkan dengan sebarang kesalahan berhubung pecah amanah.

10 daripada 16 mangsa MH17 bukan beragama Islam

Posted: 14 Aug 2014 02:28 AM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic



SHAH ALAM: Sebanyak 10 daripada 16 mangsa rakyat Malaysia yang disahkan identitinya dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 adalah bukan Islam manakala selebihnya lagi beragama Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup berkata daripada 43 penumpang dan anak kapal rakyat Malaysia yang terkorban dalam nahas itu, sebanyak 22 daripada mereka bukan Islam.
 
Beliau berkata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengumumkan tarikh untuk membawa pulang 16 mayat tersebut ke tanah air, hari ini.
 
Beliau berkata empat wakil agama bukan Islam iaitu Ven Sing Kan (Buddha), Datuk Mohan Shan (Hindu), Haracharan Singh (Sikh) dan wakil Tao, Daozhang Tan Bon Sin akan melakukan upacara sembahyang serta menyempurnakan jenazah mengikut kehendak dan kepercayaan agama masing-masing di Amsterdam, Belanda.
 
Kurup berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan pemergian empat wakil agama itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, malam tadi.
 
"Empat wakil agama ini akan diiringi oleh dua pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional untuk memastikan segala urusan berkaitan pengurusan jenazah berjalan lancar," katanya.
 
Beliau berkata mangsa nahas MH17 yang beragama Kristian akan diurus dan diselaraskan oleh Rev Claas Ban Der Kamp daripada Majlis Gereja Belanda.
 
Beliau berkata kerajaan akan menghormati pilihan ahli keluarga mangsa sama ada disemadikan di Belanda atau dibawa pulang ke Malaysia.
 
"Kos pengurusan jenazah akan ditanggung oleh MAS," katanya.
 
Pesawat MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, terhempas di Donetsk, wilayah timur Ukraine, dipercayai ditembak jatuh dengan peluru berpandu, ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, 17 Julai lalu.

Beberapa das tembakan dilepaskan ke arah kediaman menteri Sarawak

Posted: 14 Aug 2014 02:26 AM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic



SIBU: Beberapa das tembakan dilepaskan ke arah kediaman Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Sarawak Datuk Sri Wong Soon Koh, di Jalan Ipoh di sini, antara 8.15 hingga 8.30 malam Rabu.

Isteri Wong, Datin Sri Leong Poh Ling berkata tembakan itu mengenai tingkap sebuah bilik tidur di tingkat satu yang menghadapi jalan.

Sungguhpun semua anggota keluarga kecuali Wong, berada di rumah, tiada siapapun yang tercedera.
Leong berkata insiden itu hanya disedari pagi ini apabila anak lelakinya ternampak serpihan cermin tingkap di atas lantai bawah langsir.

Bercakap kepada pemberita di sini Khamis, Leong berkata beliau ada mendengar bunyi letupan yang sangat kuat antara 8.15 hingga 8.30 malam Rabu.

"Saya melihat ke luar tingkap tapi tak nampak apa-apa pun. Saya sangkakan tayar kereta atau komputer riba seseorang yang meletup," kata pesara guru berusia lingkungan 60-an itu.

Sebaik mendapati serpihan cermin tingkap dan lubang yang menembusi satu lagi cermin tingkap, beliau segera memaklumkan kejadian itu kepada polis.

Anak lelaki Wong, Datuk Andrew Wong Kee Yee berkata beliau tidak pasti siapa yang menjadi sasaran orang yang melepaskan tembakan itu.

Andrew Wong, timbalan pengerusi Majlis Perbandaran Sibu, berkata beliau percaya kejadian itu mempunyai kaitan dengan tugasnya yang termasuk menyelesaikan masalah penjaja di bandar ini.
"Walau apapun sebabnya, ini tidak betul. Kami menyerahkan kepada polis untuk menyiasat," katanya.

Beliau berkata pemilihan masa untuk melakukan perbuatan itu menimbulkan tanda tanya memandangkan Soon Koh akan melancarkan Parti Rakyat Bersatu (UPP), parti politik terbaharu Sarawak, di Kuching pada Sabtu.

Soon Koh akan mengetuai parti itu berikutan pertelagahan dengan pemimpin parti yang disertainya sebelum ini, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), dan keluar daripada SUPP pada Mei tahun ini untuk menyertai satu lagi parti politik baharu dikenali sebagai TERAS (Parti Tenaga Rakyat Sarawak) namun keluar pada Julai untuk menubuhkan UPP.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Sibu Supt Martin Koo ketika ditemui di tempat kejadian mengesahkan tembakan itu dilepaskan ke arah rumah berkenaan menggunakan selaras senapang patah.

"Kami menjumpai satu kelongsong peluru dan sembilan peluru penabur di beberapa tempat di perkarangan rumah, betul-betul di bawah bilik tidur. Kami masih menyiasat," katanya.

Azizah mohon jumpa Sultan dengan sokongan dua ADUN PAS, 28 ADUN PKR, DAP

Posted: 14 Aug 2014 02:24 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
 
SUBANG JAYA: Berbekal sokongan tambahan dua ADUN PAS, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mengisytiharkan beliau mempunyai sokongan majoriti dalam DUN untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
 
Sokongan bertulis daripada ADUN Hulu Kelang Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin (Morib) daripada PAS, 13 ADUN PKR dan 15 DAP memberikan Wan Azizah sokongan 30 daripada 56 wakil rakyat di DUN Selangor.
 
Kesemua mereka hadir pada sidang media di mana Wan Azizah mengumumkan beliau sudah memohon perkenan untuk berjumpa dengan Sultan Selangor bagi menyampaikan bukti sokongan majoriti itu dalam bentuk surat akuan bersumpah.
 
"Mereka telah membuat pendirian 'untuk sokong saya menerusi akuan bersumpah' yang ditandatangani oleh semua 30 ADUN yang hadir di sini sekarang untuk mempamerkan sokongan terbuka mereka," kata Wan Azizah yang juga Presiden PKR.
 
"Dengan perkembangan ini kami yang hadir sahkan bahawa kami ada majoriti dalam DUN sekurang-kurangnya sebanyak empat orang ahli berbanding satu ahli bebas, 12 Umno dan 13 PAS yang masih belum nyatakan sokongan secara terbuka," katanya.
 
Hadir sama pada sidang akhbar itu suami Azizah, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng serta bapanya yang juga penasihat parti Lim Kit Siang.  
 
"Saya sudah utuskan surat kepada Sultan pada jam 11 pagi ini untuk minta menghadap dan mempersembahkan sokongan majoriti kepada Sultan seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang tubuh negeri," kata Wan Azizah.
 
"Saya juga memohon untuk mendapatkan pandangan Sultan sekiranya ada keperluan tuan Speaker memanggil sidang dewan negeri untuk bincang hal pertukaran MB," kata Azizah lagi.
 
Justeru beliau berharap Khalid akur dengan sokongan majoriti yang diperolehinya hari ini dan berundur.
 
"Saya menasihati Khalid menghormati undang-undang dan prinsip demokrasi (dan) segera letakkan jawatan sebab beliau dah hilang sokongan. Bagi memudahkan proses peralihan kuasa (berlangsung).
 
"Keutamaan saya mengembalikan pentadbiran Selangor kepada Pakatan agar perancangan dan dasar Pakatan dapat dilaksankan dengan cepat dan berkesan.
 
"Saya menyeru ADUN Pakatan yang lain membuat sokongan secara terbuka mempertimbangkan keperluan mendesak ini untuk mengembalikan urusan pentabiran kerajaan negeri seperi biasa," katanya.
 
Khalid sebelum ini mengharapkan sokongan bulat ADUN PAS (15) dan Umno (12) untuk mengisytiharkan diri beliau sebagai MB yang masih mempunyai majoriti dalam DUN Selangor. 
 
Jawatakuasa Pusat PAS hanya akan membuat ketetapan muktamad sama ada menyokong Khalid pada Ahad ini. Khalid dipecat daripada PKR namun enggan berundur sebagai MB setelah mendapat sokongan pimpinan teratas PAS termasuk Majlis Syuranya.
 
PKR merumuskan Khalid tidak lagi berwibawa untuk menjadi MB setelah didakwa terbabit dalam urusan yang meragukan dalam pemberian projek dan penyelesaian hutangnya dengan Bank Islam.
 
Pimpinan PAS menolak tuduhan PKR dan mendakwa Khalid bebas skandal dan anti-rasuah, sekali gus mencetuskan krisis paling teruk dalam Pakatan Rakyat sejak ia ditubuhkan pada tahun 2008.

Khalid enggan iktiraf "dakwaan" Azizah mempunyai majoriti dalam DUN

Posted: 14 Aug 2014 02:20 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau tidak akan berundur sebagai Menteri Besar selagi DUN Selangor tidak meluluskan undi tidak percaya terhadap kepimpinan beliau. 
 
"Saya maklum tentang pengumuman Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mendakwa beliau mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Negeri Selangor. 
 
"Sungguhpun begitu, dakwaan ini tetap perlu diterjemahkan melalui proses undi tidak percaya di Dewan Negeri Selangor. Sehingga proses itu berlaku, pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor akan berjalan seperti biasa," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
 
Azizah selaku presiden PKR hari ini mengistharkan beliau mempunyai sokongan 30 daripada 56 ADUN Selangor, termasuk dua daripada PAS dalam bentuk akuan bersumpah. 
 
Beliau memohon untuk berjumpa dengan Sultan Selangor  bagi mempersembahkan bukti sokongan majoriti itu dan mendapatkan nasihat baginda di atas keperluan mengadakan sidang khas DUN untuk mengusulkan undi tidak percaya terhadap Khalid. 

PR ibarat retak menanti belah

Posted: 14 Aug 2014 02:18 AM PDT


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) berkata sesuatu kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali di pekarangan Ibu Pejabat PKR sebelum meninggalkan bangunan itu, semalam. - Foto Bernama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) berkata sesuatu kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali di pekarangan Ibu Pejabat PKR sebelum meninggalkan bangunan itu, semalam. - Foto Bernama


SHAH ALAM - Nasib PR boleh diibaratkan seperti retak menanti belah sekiranya Pas terus menyatakan sokongan terhadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat, 17 Ogos ini.

Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sarawak, Dr Jeniri Amir berkata, Pas perlu membuat keputusan dengan bijak sama ada mahu mengutamakan kepentingan Abdul Khalid sebagai wakil bebas atau kesepakatan PR.

"Ini satu pilihan penting bukan saja bagi menentukan nasib Pas, tetapi juga PR. Jadi, Pas perlu membuat keputusan dengan berani dan bijak, bukan atas kepentingan parti.

"Jika mereka pilih Abdul Khalid, ia akan menjadi permulaan bagi pengakhiran PR kerana tiada lagi kesepakatan. Malah, Pas juga akan berdepan masalah kerana parti ini tidak boleh pergi jauh tanpa bantuan parti lain," katanya.

Sementara itu, pakar geostrategi Universiti Teknologi Malaysia, Dr Azmi Hassan berkata, kehadiran empat Exco Pas di mesyuarat Exco kerajaan negeri Selangor semalam, memberi petanda awal parti itu akan terus memberi sokongan kepada Abdul Khalid selepas mesyuarat pada 17 Ogos ini.

Menurutnya, tindakan empat Exco berkenaan yang tetap menghadiri mesyuarat walaupun dilarang pucuk pimpinan PR dari PKR dan DAP, kelmarin, turut menunjukkan Pas sebagai parti yang sanggup menongkah arus dan teguh pendirian.

"Saya tidak melihat tindakan empat Exco itu melanggar arahan parti kerana Pas telah menyatakan sokongan kepada Abdul Khalid. Malah, ia menunjukkan Pas tetap dengan pendiriannya menyokong Abdul Khalid walaupun mendapat tentangan rakan PKR dan DAP.

"Ini sekali gus memberi bayangan Pas akan memutuskan untuk menyokong Abdul Khalid dalam mesyuarat mereka, 17 Ogos ini. Dengan alasan Abdul Khalid tidak terlibat dalam sebarang salah laku, tidak mustahil juga Pas akan berhabis-habisan menyokong beliau walaupun PKR mencadangkan calon lain selain Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail," katanya.

Tak mustahil ada Adun PKR sokong Khalid

Berdasarkan perkembangan terbaharu itu, Azmi berkata, semua 15 Adun Pas juga dijangka akan memberikan sokongan kepada Abdul Khalid sekiranya sidang Dun kelak mengadakan undi tidak percaya terhadap beliau.

"Di dalam dewan, saya percaya Adun Pas akan bersandar kepada keputusan parti.

"Namun, perkara sebaliknya boleh terjadi kepada PKR kerana mungkin akan ada dalam kalangan Adunnya memberi sokongan kepada Abdul Khalid," katanya.

Mengenai prosedur melakukan undi tidak percaya, menurutnya, keputusan terletak kepada Speaker Dun, Hannah Yeoh untuk melakukan undian secara rahsia atau terbuka.

"Pengundian rahsia akan dibuat secara bertulis tanpa meletakkan nama Adun. Manakala undi terbuka, kiraan dibuat secara angkat tangan," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menjangkakan PKR akan terus berusaha untuk memohon menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi membuktikan Abdul Khalid tidak lagi mendapat sokongan majoriti.

Oleh itu katanya, tindakan yang boleh dilakukan Abdul Khalid dalam tempoh tiga bulan sebelum Sidang Dun bermula, November ini ialah melantik barisan Exco baharu bagi melicinkan pentadbiran.

"Beliau perlu segera lantik Exco baharu kerana agak sukar mentadbir dengan hanya empat Exco. Beliau boleh memilih Exco daripada Adun Pas yang lain atau Adun BN yang telah menyatakan sokongan kepadanya," katanya.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad semalam berkata, parti itu tidak akan teragak-agak untuk melepaskan jawatan dalam kerajaan jika Abdul Khalid memutuskan untuk melantik ahli Umno sebagai Exco baharu.

Kerajaan tak hasrat tutup Facebook

Posted: 14 Aug 2014 02:12 AM PDT

SINAR HARIAN


Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek


KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak pernah berhasrat menutup laman sosial Facebook sekalipun terdapat banyak laporan penyalahgunaannya di negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata kerajaan sebelum ini hanya menyatakan kesediaan mengkaji kewajaran menutup Facebook dan kementeriannya akan menjalankan kajian bagi mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung perkara itu.

"Saya tidak pernah cakap ingin menutup laman sosial Facebook dan kerajaan sendiri tidak pernah berhasrat sedemikian memandangkan ia agak mustahil dengan jumlah akaun pengguna di Malaysia adalah 15 juta.

"Ramai orang sudah selesa menggunakan Facebook untuk berniaga dalam talian, berinteraksi dengan keluarga dan macam-macam lagi. Lainlah kalau kita (Malaysia) guna model seperti China yang dari awal lagi tidak benarkan rakyatnya menggunakan Facebook," katanya selepas merasmikan kurier kos rendah Redbox, AirAsia di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd Aireen Omar.

Ahmad Shabery berkata, sudah tiba masanya kerajaan memberi pendidikan penggunaan internet secara berhemah bermula di peringkat sekolah rendah bagi mengelak berlakunya penyalahgunaan internet di masa hadapan.

"Kita belum ada lagi suatu pendidikan bagaimana menggunakan internet. Kita hanya terima benda yang sudah maju tetapi ramai yang tidak tahu cara penggunaan yang betul maka ia akan disalah guna," katanya.

Menyentuh tentang boikot produk Israel di negara ini, Ahmad Shabery berkata perkara tersebut bergantung kepada hak individu itu sendiri untuk membuat keputusan.

Katanya boikot itu mungkin mendatangkan kesan kepada ekonomi negara namun pendidikan untuk bertindak secara rasional itu perlu. - Bernama

Rayuan akhir kes Anwar 28, 29 Oktober

Posted: 14 Aug 2014 02:09 AM PDT

SINAR HARIAN


Datuk Seri Anwar Ibrahim Datuk Seri Anwar Ibrahim


PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan menetapkan dua hari mulai 28 Oktober untuk mendengar rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan enam tahun lepas.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif menetapkan tarikh itu di dalam kamar pada sebutan kes itu hari ini bagi pengurusan kes selepas bertemu peguam Anwar Ramkarpal Singh, N Surendran dan Latheefa Koya serta Timbalan Pendakwa Raya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.

Ramkarpal Singh memberitahu pemberita pada hari yang sama mahkamah juga akan mendengar rayuan balas pendakwaan untuk meningkatkan hukuman penjara terhadap Anwar.   

Beliau berkata mahkamah menetapkan 14 Okt untuk mendengar permohonan kali ketiga pihak pembelaan untuk menggugurkan Muhammad Shafee, seorang peguam kanan daripada mengetuai pihak pendakwaan dalam rayuan itu.

Sebelum ini mahkamah menetapkan 8 dan 9 Sept untuk mendengar rayuan Anwar.   

Surendran pada 8 Ogos lepas memberitahu media bahawa peguam Anwar membantah penetapan tarikh itu kerana peguam utama Datuk Sulaiman Abdullah tidak dapat hadir ke mahkamah pada tarikh berkenaan.

Surendran berkata Sulaiman yang mengalami masalah jantung dan menjalani pembedahan lutut, kini sedang cuti sakit hingga 13 Oktober depan.

Sulaiman, seorang peguam kanan, akan mengetuai pihak pembelaan selepas kematian peguam Karpal Singh dalam nahas jalan raya pada 17 April lepas.   

Pada 7 Mac lepas, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pendakwaan untuk mensabitkan Anwar bagi pertuduhan meliwat dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendapati Anwar bersalah terhadap pertuduhan meliwat Mohd Saiful di sebuah unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Panel tiga anggota Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Balia Yusof Wahi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan 2012 yang melepaskan Anwar daripada pertuduhan itu.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan penangguhan hukuman penjara itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan dengan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin. - Bernama

Disebalik Krisis MB Selangor, PAS Keluar Pakatan Rakyat. Pilihan Terbaik? Setuju atau Tidak?

Posted: 14 Aug 2014 02:00 AM PDT



PAS Keluar PR



Sudah ada cakap-cakap nakal yang mengatakan Pakatan Rakyat bakal rebah menyembah bumi secara rasmi setelah kemelut krisis Menteri Besar Selangor yang tidak berkesudahan.

Apatah lagi….sehingga ke hari ini PKR dan juga DAP masih lagi belum mendapat kerjasama dan sokongan penuh daripada sekutu mereka PAS.

Malah bertambah teruk lagi, sudah ada kenyataan-kenyataan berani menemplak kalangan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dan ada juga mendesak agar PAS menarik dari daripada gabungan Pakatan Rakyat kali ini. Melihatkan situasi ini, Husam Musa melaungkan amaran supaya PAS berdiri teguh dalam Pakatan Rakyat :
  • Dahulu Husam Musa melihat PAS tiada masa hadapan selepas PAS kembali bersendirian apabila keluar BN lewat tahun 1970an
  • Bertanding kalah, Kelantan yang kuat pun tinggal dua kerusi
  • Sekarang sudah berbeza, kita jauh lebih baik dari dahulu
  • Jika PAS keluar Pakatan Rakyat, parti itu memerlukan tiga dekad bagi membetul dan meyakinkan orang terhadap parti itu seperti sokongan yang rakyat Malaysia berikan kepada PAS sekarang ini
Apa pendapat anda pula, patutkah PAS keluar Pakatan Rakyat selepas isu yang melibatkan krisis MB Selangor?

Nasib Ahli Majlis PBT Selangor diketahui hari ini

Posted: 13 Aug 2014 10:40 PM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic



SHAH ALAM: Nasib Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor akan diketahui hari ini.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata keputusan sama ada untuk memecat mereka hanya akan diputuskan selepas mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pagi ini.
 
"Status Ahli Majlis PBT hanya akan diketahui esok (Khamis). Kami perlu melihat sama ada pentadbiran dan pembangunan di negeri ini dapat berjalan dengan lancar. Jika tidak ada keperluan berbuat demikian (menggugurkan mereka), kita tidak akan melakukannya.
 
"Namun kita akan melakukannya jika perlu," kata Khalid kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Bangunan SUK di sini, Rabu.
 
Khalid berkata lima ahli exco yang dipecat - Datuk Teng Chang Khim, Ean Yong Hian Wah dan V. Ganabathirao dari PKR serta Elizabeth Wong dan Dr Daroyah Alwi dari PKR - turut dialu-alukan untuk menghadiri mesyuarat MTES pada Khamis.
 
"Namun bukan sebagai exco. Kami akan mengadakan perbincangan secara terbuka," katanya.
 
Untuk rekod, PKR diberikan kuota 120 nama (ahli PKR) untuk dilantik menjadi ahli majlis. PAS pula diberikan 67 nama (ahli PAS) dan DAP pula mempunyai 92 nama (ahli DAP) untuk tujuan yang sama. 
 
Seramai sembilan Orang Besar Daerah turut dilantik untuk jawatan itu.

Status Kerajaan Negeri Selangor dan Kelewatan Keputusan Dari Pihak PAS

Posted: 13 Aug 2014 10:16 PM PDT



Oleh Khalid Samad


Satu sidang media telah diadakan di pejabat saya semalam iaitu pada 13 Ogos 2014 bagi mengucapkan tahniah dengan 'ikhlas tanpa syarat' kepada TS Muhyiddin serta menerangkan status Kerajaan Negeri Selangor dan kelewatan keputusan dari pihak PAS.


STATUS KERAJAAN SELANGOR
Walau apa sekalipun yang dikatakan, hakikatnya kerajaan Selangor sekarang ini adalah BUKAN sebuah kerajaan PR. Ianya merupakan kerajaan yang dipimpin oleh seorang MB yang tidak berparti yang sehingga setakat ini masih disokong oleh PAS dan UMNO serta ....?

Walaupun tiada exco dari UMNO sekalipun, ianya tidak boleh dinafikan bahawa kerajaan ini disokong UMNO dan bermusuhan dengan PR.

Permusuhan terhadap PR terbukti dengan pemecatan barisan exco PKR dan DAP yang telah dilakukan TSKI petang semalam. Oleh itu, bagaimanakah resolusi 'memperkukuhkan PR' boleh dilaksanakan PAS dalam keadaan kerajaan ini disokong UMNO dan bermusuhan dengan parti rakan PR?

Mungkin kita boleh menipu diri dengan mengatakan kita tidak berkerjasama dengan UMNO apabila tiada Exco UMNO dilantik. Namun adakah rakyat boleh ditipu semudah itu? Rakyat akan melihat PAS bersekedudukan dengan UMNO menyokong MB yang tidak berparti bermusuhan dengan PR. Sedangkan rakyat melalui PRU ke 13 telah memberi mandat kepada kerajaan PR untuk memerintah Negeri Selangor.

Saya yakin tiada walaupun seorang ADUN PAS Selangor, samada exco ataupun bukan exco, yang ingin menafikan bahawa mereka telah menang atas tiket PR. Rakyat inginkan Selangor diperintah PR dan telah menolak BN dengan sejelas-jelasnya. Maka sudah pasti apa yang diwujudkan hari ini adalah bukan seperti kehendak rakyat! Dalam keadaan itu adalah mustahil bagi sesiapa juga untuk menjustifikasikan keadaan ini dengan mengemukakan seberapa banyak senario sekalipun atas alasan memenuhi amanat dari rakyat. Oleh itu adalah wajar untuk PAS membetulkan keadaaan ini dengan kembali memperkukuhkan PR sepertimana yang telah ditegaskan dalam 5 muktamar berturut-turut semenjak 2009.

HIKMAH DI SEBALIK KELEWATAN KEPUTUSAN PAS

Ramai dari rakan-rakan PR yang marah atas kelewatan PAS membuat keputusan berhubung kedudukan TSKI. Saya faham mengapa mereka marah dan atas kelewatan tersebut dan oleh itu saya memohon maaf. Namun pada masa yang sama, kita perlu mengambil kebijaksanaan dari peribahasa Inggeris yang berbunyi, "give them enough rope to hang themselves".

TSKI dilihat secara umum sebagai seorang yang baik. Apabila ingin menukarkanya, maka rakyat mula bertanya "kenapa perlu tukar?" Maka adalah diharap bahawa dalam tempoh masa yang diberikan, TSKI telah menjawab soalan tersebut melalui kata-kata dan tindakan beliau sejak kebelakangan ini. Beliau sanggup mempertahankan kedudukan beliau sehingga ke tahap menerima sokongan dari UMNO/BN dan memecah-belahkan PR. TSKI bertindak ke atas exco partinya sendiri. Exco DAP yang merupakan rakan PR juga turut dipecat. Sedangkan tidakkah TSKI menang di Selangor atas sokongan PKR dan DAP juga?

Sekarang tiada lagi yang bertanya pada saya kenapa TSKI perlu ditukar. Sebaliknya mereka berkata, "tidak sangka TSKI sanggup sampai begitu, baru tahu belangnya yang sebenar. Dia tiada perasaan kesetiaan kecuali kepada dirinya sendiri". Yang mengundinya dalam pemilihan Timbalan Presiden pun telah datang berjumpa dengan menyumpah. Yang mengundinya di Pelabuhan Kelang lebih-lebih lagi.

Hadir mesyuarat exco kerana amanah rakyat - Sallehen

Posted: 13 Aug 2014 09:56 PM PDT

HARAKAHDAILY 


SHAH ALAM: Exco daripada PAS, Ustaz Sallehen Mukhyi menolak kononnya parti itu tidak lagi menghiraukan Pakatan Rakyat apabila keempat-empat exconya hadir dalam mesyuarat minggu bersama Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pagi tadi.

Menurutnya, tidak sepatutnya timbul soal muafakat dalam hal itu kerana apa yang dilakukan adalah berdasarkan kepada amanah yang diberikan oleh rakyat.

Sebaliknya, kata Adun Sabak itu, segala persoalan berkaitan hubungan antara komponen Pakatan Rakyat adalah urusan pimpinan pusat.

"Soal muafakat ini kita serah kepada pimpinan pusat, saya tiada komen.

"Kerja saya adalah meneruskan arahan daripada PAS Pusat sendiri sehingga 17 haribulan ini. Kalau ada apa-apa keputusan baharu, akan dibuat pada hari itu," ujarnya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa negeri.

Tiga exco lain yang turut hadir ialah Iskandar Abdul Samad (Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar), Dr Halimah Ali (Pendidikan dan Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan) dan Dr Ahmad Yunus Hairi (Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam). - HARAKAHDAILY

Mat Indera: Peguam pertikai transkrip terjemahan dari video

Posted: 13 Aug 2014 09:50 PM PDT

MOHD SABRI SAID


BUTTERWORTH: Pasukan peguam Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu semalam mempertikaikan transkrip yang dicatat oleh pegawai polis yang bertugas menterjemahkan dalam bentuk perkataan daripada video berkaitan kes Mat Indera.

Sebanyak tujuh belas kesalahan yang dicatat hasil rakaman selama empat puluh lima minit itu.

Peguam Aminudin Zulkipli berkata, transkrip tersebut seolah-olah diedit oleh pihak tertentu pula sedangkan pegawai polis berkenaan sendiri mengakui ia kebarangkalian sebelum menjadi lampiran A dan Eksibit P7.

"Kami mendapati transkrip dalam lampiran A seakan diubah di mana terdapat 17 perbezaan. Ia sudah ditokok tambah oleh pihak tertentu sebelum ditaip untuk dijadikan transkrip dalam lampiran A. Lagipun, Inspektor berkenaan tidak dapat mengesahkannya," tambah beliau.

Katanya, bukan itu sahaja bahkan terdapat perbezaan ketara di antara lampiran A dengan Eksibit P7 antaranya nama Ahmad Boestamam disebut Masamam.

Selain Aminudin, Hanipa Maidin dan Nazar Khan turut terlibat membela Mohamad pada perbicaraan di Mahkamah Majistret, Butterworth di hadapan Hakim Akmal Hisyam itu.

Perbicaraan yang berlangsung semalam disambung hari ini. - HARAKAHDAILY

Pulau Pinang tidak boleh adakan pilihan raya kerajaan tempatan, kata Mahkamah Persekutuan

Posted: 13 Aug 2014 09:45 PM PDT

OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA


Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak ada kuasa secara unilateral menggantung peruntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan untuk mengadakan pilihan raya bagi memilih ahli Majlis Kerajaan Tempatan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Ogos, 2014.
Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak ada kuasa secara unilateral menggantung peruntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan untuk mengadakan pilihan raya bagi memilih ahli Majlis Kerajaan Tempatan. – Gambar fail The Malaysian Insider,



Mahkamah Persekutuan memutuskan kerajaan negeri Pulau Pinang yang ditadbir DAP tidak berkuasa untuk mengadakan pilihan raya bagi memilih ahli Majlis Kerajaan Tempatan.

Hakim Tan Sri Raus Sharif yang mengetuai panel lima anggota berkata negeri tidak ada kuasa secara unilateral menggantung peruntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan untuk mengadakan pilihan raya tersebut.

"Pengecualian itu juga bertentangan dengan dasar negara," katanya semasa menyampaikan keputusan sebulat suara yang dicapai hari ini.

Raus juga berkata pilihan raya kerajaan tempatan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya Enakmen Pilihanraya Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang dan Seberang Prai 2012) yang diluluskan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 2012 enakmen diluluskan Dewan Undangan Negeri pada 2012 bertentangan dengan Perlembagaan dan undang-undang diluluskan Parlimen.

Katanya sebarang percubaan mengadakan pilihan raya mesti melalui Majlis Negara bagi kerajaan tempatan tetapi Pulau Pinang gagal melakukannya.

Kerajaan Pulau Pinang berpandangan pilihan raya kerajaan tempatan adalah perkara bawah kelolaan negeri mengikut Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Dewan Undangan Negeri (DUN) mempunyai bidang kuasa mengadakan peruntukan bagi mengadakan pilihan raya tempatan di bawah Jadual Kesembilan dan Perkara 113 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Pada Mei 2012, rang undang-undang tersebut dibentangkan pada sidang DUN, sebahagian usaha kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan.

Kerajaan negeri memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang enakmen itu akan berkuatkuasa pada 31 Januari 2013.

Bagaimanapun, kerajaan negeri tidak memperoleh sebarang komitmen daripada SPR bagi mengadakan pilihan raya untuk Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbadanan Seberang Perai.

 Pada 27 Jun tahun lepas, Mahkamah Persekutuan membenarkan kerajaan Pulau Pinang memulakan prosiding mahkamah mengenai petisyen bagi mencabar kesahihan peruntukan dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang menghalang badan perundangan negeri daripada mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan dalam sesuatu negeri.

Persoalan undang-undang tersebut ialah sama ada Parlimen mempunyai kuasa menggubal undang-undang berhubung pilihan raya kerajaan tempatan.

Dalam petisyen itu, kerajaan Pulau Pinang memohon perisytiharan Seksyen 15 Akta Kerajaan Tempatan 1976 tidak sah kerana Parlimen bertindak melampaui kuasanya di bawah Perlembagaan Persekutuan dalam menggubal peruntukan tersebut.

Dinamakan pempetisyen ialah bekas presiden badan bukan kerajaan, Aliran, P. Ramakrishnan yang merupakan penduduk tempatan dan pembayar cukai kerajaan tempatan.

 Dalam petisyen itu, kerajaan negeri dan Ramakrishan berkata pilihan raya kerajaan tempatan yang diadakan di George Town pada 1951 dikendalikan oleh pihak berkuasa tempatan.
 
Mereka berkata Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang meluluskan Enakmen Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang dan Province Wellesley) 2012 pada 9 Mei 2012 dan mewartakannya pada 5 Julai 2012.

Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke Yee Ching berhujah Seksyen 15 adalah peruntukan yang sah.

Ia secara sah di bawah Perkara 76 (4) Perlembagaan menyatakan Parlimen boleh menggubal undang-undang berkenaan perkara di bawah kelolaan kerajaan negeri.

Kata Loke walaupun pilihan raya kerajaan tempatan di bawah kuasa dewan perundangan negeri, sekiranya undang-undang negeri bertentangan dengan undang-undang persekutuan, undang-undang negeri akan jadi tidak sah.

Ketua Menteri Lim Guan Eng yang berada di mahkamah memberitahu media, satu-satunya jalan keluar yang ada ialah meyakinkan Majlis Kerajaan Tempatan untuk mengadakan pilihan raya atau menunggu hingga ada perubahan di dalam kerajaan persekutuan.

"Kami cuba dan gagal, tapi kami hormati keputusan mahkamah," kata Lim, juga setiausaha agung DAP, dalam nada kecewa.

 Katanya, kerajaan negeri hendak memulangkan undi ketiga kepada pembayar cukai yang bantu mengekalkan kerajaan tempatan mereka.

"Mereka wajar mengundi ahli majlis dan datuk bandar mereka bagi memastikan kualiti hidup dalam bidang kuasa mereka," katanya. Pada masa ini, ahli majlis dan ketua kerajaan tempatan dilantik kerajaan negeri.

 Ramakrishnan berkata beliau tidak terkejut dengan keputusan itu apabila mendapat tahu hakim yang mendengar perbicaraan itu mendesak peguam Tommy Thomas mempercepatkan kes itu April lepas.

"Keputusan hari ini mengecewakan ramai rakyat Malaysia yang harapan mereka tidak dapat dipenuhi," katanya.

Bukan masa depan Khalid tetapi Pas!

Posted: 13 Aug 2014 09:27 PM PDT





SETAKAT petang semalam, Abdul Hadi Awang belum buat apa-apa kenyataan berhubung pertemuannya dengan Anwar Ibrahim di Kuala Terengganu petang Isnin lalu.

Bagi sesetengah orang, pertemuan itu sudah cukup untuk jadi petanda ketegasan Hadi dan Pas dalam menghadapi kemelut politik Selangor. Anwar terpaksa terbang ke Kuala Terengganu untuk bertemu Hadi. Ini bukan sesuatu yang biasa kerana selama enam tahun usia kerjasama mereka, Anwar jarang sekali meraikan (baca: menghormati) pemimpin Pas sedemikian rupa, tidak seperti kepada pemimpin DAP.

Ini cukup bermakna bagi pendokong Pas yang wala' mereka tidak berbelah bahagi kepada parti dan presiden. Kalaupun Anwar sedia merendah diri kepada pemimpin Pas selama ini, hanya kepada Tok Guru Nik Aziz.

Bukan sekali dua Hadi terpaksa tunduk kepada Anwar, juga DAP hingga menimbulkan keresahan sesetengah ahli Pas sendiri. Namun tidak ramai yang berani bersuara secara terbuka kerana bimbang wala' mereka dicurigai.

Tidak lama dahulu, ketika berlaku perbalahan terbuka Ketua Dewan Ulama, Harun Taib (Allahyarham) dengan Karpal Singh berhubung perjuangan mendaulatkan negara Islam, Hadi selepas mesyuarat Majlis Presiden PR esoknya, kelihatan begitu terpaksa untuk menyatakan bahawa apa yang disebut oleh Harun kepada media sekadar pandangan peribadi, bukan pendirian parti.

Semua orang dalam Pas tahu hubungan akrab Hadi dengan Harun bukan setahun dua, sudah puluhan tahun, seperti isi dengan kuku. Namun atas nama tahaluf siyasi dan kepentingan politik pakatan, hal yang sukar itu terpaksa ditelan.

Kini, Pas dan Hadi sangat penting bagi Anwar. Sebab itu dia sanggup terbang ke Terengganu untuk menghadap Presiden Pas itu walaupun diberi masa tidak sampai sejam. Ketegasan Hadi cukup bermakna untuk mengangkat maruah Pas di mata Anwar dan pemimpin DAP.

Pas sudah banyak berkorban untuk pakatan selama ini. Tidak keterlaluan jika dikatakan, dalam Pas sendiri pun sudah terbahagi. Ada pemimpin Pas yang jasadnya sahaja bersama parti tetapi fikrah dan wala'nya kepada Anwar.

Seorang rakan wartawan yang pernah ke luar negara bersama seorang pemimpin Pas, memberitahu saya, sepanjang berada di sana selama beberapa hari, tidak sekali pun pemimpin Pas itu menyebut nama Hadi. Sebaliknya hanya nama Anwar yang meniti bibirnya.

"Sikit-sikit dia kata, Datuk Seri (Anwar) cukup suka saya buat benda ni, dia minta saya buat di negeri pakatan yang lain!'. Demikianlah.

Biadab

Dan kita pun sedia tahu, minggu lalu, muncul 'Tiga Abdul' dalam Pas yang menempelak Hadi selepas dia membuat kenyataan mempertahankan Khalid sebagai MB Selangor. Kata mereka, "itu pandangan peribadi Presiden. Parti hanya akan bermesyuarat pada 10 Ogos."

Bagi orang biasa, kenyataan itu mungkin fakta biasa yang tiada sensitiviti apa-apa. Namun dalam konteks politik, apa lagi memahami tradisi Pas yang cukup menghormati institusi kepresidenan, apa yang berlaku itu sangat luar biasa.

Saya imbas apa yang pernah berlaku dalam satu muktamar Pas di Taman Melewar pada penghujung 1980-an. Seorang perwakilan Pas Kedah, Abdul Wahab Abdul Rahman pernah dikecam hebat dalam Harakah, hanya kerana dia mengangkat tangan ketika berbahas. Abdul Wahab @ Cikgu Wahab, seorang guru.

Justeru sudah jadi kebiasaan baginya untuk bercakap sambil mengangkat tangan. Namun dalam Pas, meskipun tiada termaktub dalam mana-mana buku peraturan, angkat tangan ketika bercakap dianggap pantang. Bagi mereka yang mengecam Cikgu Wahab, gelagatnya itu dianggap biadab kerana mereka yang jadi sasaran tundingan tangannya itu bukan orang biasa.

"Pemimpin kita bukan macam pemimpin parti lain, tok-tok guru, ulama belaka..." Begitulah kritikan terhadap seorang guru dan pejuang Pas pada masa itu yang jadi mangsa kebiasaannya sendiri.

Dan kita boleh lihat juga, sejak bermula era kepimpinan ulama dalam Pas pada pertengahan 1980-an, hanya beberapa tahun kebelakangan ini perebutan jawatan jadi meriah. Walaupun jawatan presiden setakat ini belum ada yang berani cabar, namun tembok jawatan No 2 sudahpun diceroboh. Dahulu, penyandang kedua-dua jawatan itu semestinya menang tanpa bertanding.

Peralihan hanya akan dibuat apabila berlaku pengunduran sukarela seperti daripada Haji Yusuf Rawa kepada Fadzil Noor ataupun kematian. Demikianlah hormat dan patuhnya orang Pas pada masa itu.

Hospital

Ya, benar... Islam membenarkan pemimpin dikritik atau ditegur. Saya tidak lupa pun pada Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar yang minta ditegur ketika menerima tampuk pemerintahan masing-masing. Tetapi Islam mengajar teguran mesti beradab, apa lagi kepada pemimpin, tambahan pula kepada ulama.

Pemimpin bagi jemaah Islam seperti Pas adalah seumpama imam. Bagaimana Islam mengajar kita menegur imam dalam solat? Ada adabnya, dengan berkata "Subhanallah". Dan jika sudah hilang keyakinan kepada imam, dibolehkan mufaraqah iaitu berpisah solat berjemaah dengan imam.

Tetapi mesti ikut adabnya, mengubah niat secara senyap-senyap. Tidak boleh buat kenyataan media, memperlekehkan imam di hadapan orang ramai. Itu bukan tatacara yang baik, apa lagi menegur imam dalam harakah Islamiyyah seperti Pas.

Tambahan pula Hadi yang ditempelak, baharu sahaja keluar hospital. Ini boleh mengundang persepsi yang tidak baik. Harus diingat bahawa setiap kenyataan orang politik adalah berkaitan dengan persepsi.

Saya tidaklah sampai mahu mengatakan bahawa ini diajar oleh Anwar tetapi apabila hati separuh kepada orang lain, isteri di rumah nampak tidak secantik dahulu lagi. Ya, dalam isu MB Selangor, Pas sudah terbahagi dua.

Ada yang pro Khalid, yakni mengekalkan wala' kepada keputusan Majlis Syura, ada juga yang berpendapat, terus bersama dengan pakatan dengan meninggalkan Khalid adalah lebih baik.
Sekarang semua orang tertunggu-tunggu pendirian Pas yang akan dimuktamadkan dalam mesyuarat 17 Ogos.

Ramai yang beranggapan mesyuarat itu juga akan menentukan kelangsungan Pas dalam politik, akan lebih dihormati jika membuat keputusan untuk bersama Khalid menggerakkan kerajaan negeri sekali gus meninggalkan pakatan.

Ini akan meninggalkan luka yang sangat dalam bagi PKR dan DAP, sebaliknya Pas akan lebih dihormati. Namun jika Pas sekali lagi buat pusingan U, parti itu tidak lagi akan dipercayai, sampai bila-bila. Saya yakin, Hadi sedang beristikharah dan akan membuat keputusan yang paling baik untuk ummah.

Wan Azizah akan buktikan sokongan majoriti Adun untuk jadi MB Selangor

Posted: 13 Aug 2014 09:16 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


 Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan membuktikan kepada Sultan Selangor, beliau mempunyai sokongan majoriti Adun Selangor melebihi Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi membolehkan beliau menduduki kerusi menteri besar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Ogos, 2014.
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan membuktikan kepada Sultan Selangor, beliau mempunyai sokongan majoriti Adun Selangor melebihi Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi membolehkan beliau menduduki kerusi menteri besar. – Gambar fail The Malaysian Insider



 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan mengadakan sidang media di Subang Jaya hari ini untuk membuktikan beliau mempunyai sokongan majoriti Adun Selangor untuk menjadi menteri besar.

Dalam satu jemputan yang dikirimkan kepada media sebentar tadi, presiden PKR itu dikatakan akan mempersembahkan sokongan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) melebihi Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Khalid pada Isnin berjaya kekal sebagai menteri besar Selangor selepas berjaya meyakinkan Sultan Sharafuddin Idris Shah beliau masih mendapat sokogan DUN walaupun dipecat PKR hujung minggu lalu.

Sultan Selangor sehari selepas itu turut bersetuju agar Khalid memecat enam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor daripada PKR dan DAP.

Pakatan Rakyat (PR) kini mempunyai 43 Adun daripada 56 kerusi DUN selepas Khalid menjadi Adun Bebas.

Khalid sekarang ini mentadbir negeri Selangor dengan empat exco PAS.

Krisis Selangor ini juga bakal menggugat PR kerana kedegilan untuk bersetuju dengan keputusan PKR dan DAP untuk menyingkirkan Khalid.

PR sekarang ini mempunyai 87 kerusi Parlimen selepas Khalid yang juga ahli Parlimen Bandar Tun Razak menjadi Bebas.

Bunuh staf Ambank: La Ode dihukum mati

Posted: 13 Aug 2014 09:07 PM PDT


La Ode Ardi Rasila La Ode Ardi Rasila


SHAH ALAM - Pengawal keselamatan warga Indonesia yang menghadapi pertuduhan membunuh kakitangan Ambank, Norazitta Abu Talib, 37, di USJ, dekat sini, dua tahun lalu dijatuhi hukuman mati sebentar tadi oleh Mahkamah tinggi selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim, Datuk Akhtar Tahir  terhadap La Ode Ardi Rasila, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah.

La Ode juga dijatuhi hukuman mati atas tuduhan melakukan rompakan dengan menggunakan senjata api.

Berdasarkan pertuduhan, La Ode Ardi Rasila, 37, dituduh membunuh Norazita antara jam 6.00 petang hingga  jam 6.30 petang di Bangunan Ambank, Jalan USJ Sentral, Subang Jaya pada 23 Oktober 2013.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Dia juga turut didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan diwakili oleh Ketua Pendakwa Negeri, Mohd Azari Haron bersama Timbalan Pendakwa Raya, Asyraf Md Kamal.

Seramai 24 saksi pendakwaan dan satu saksi pembelaan dipanggil untuk memberi keterangan sepanjang prosiding itu berlangsung sejak 24 Jun lalu.

Zahid Hamidi minta maaf pada MP DAP

Posted: 13 Aug 2014 04:42 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi menarik balik kenyataan fitnah terhadap Utara Tony Pua di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana menggambarkan anggota parlimen Petaling Jaya itu sebagai penjenayah pada 2011.

Zahid membacakan kenyataan terbuka di mahkamah dan Pua bersetuju menarik balik samannya terhadap Zahid dan akhbar Umno Utusan Malaysia, yang menyiarkan kenyataan itu.

"Saya, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, dengan ini menarik balik kenyataan yang saya buat kepada defendan kedua (Utusan) sebagai menghormati plaintif.

"Saya kesal kerana memburukkan reputasi plaintif," katanya.

Penasihat undang-undang Utusan Shirat Anuar juga membacakan kenyataan yang berkata, ekoran penarikan balik yang dibuat Zahid, defendan kedua dan ketika turut menarik balik artikel itu tanpa syarat.

Pua memmfailkan saman fitnah pada Januari tahun ini dengan menamakan Zahid, ketika itu menteri pertahanan, dan Utusan.

Pua menyaman Zahid selepas Zahid enggan menarik balik dan meminta maaf atas kenyataannya yang secara tidak langsung menggambarkan Pua didakwa di mahkamah Singapuran.

Utusan memuatkan artikel itu pada 18 Mac 2011.

Pua pada 2011 berkata beliau tiada pilihan selain menyaman selepas tarikh akhir untuk Zahid meminta maaf yang diberikan berakhir.

Pua menamakan Zahid, penerbitnya Utusan Melayu Publications (M) Bhd dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan.

Pua berkata Utusan menyiarkan artikel fitnah terhadapnya dalam akhbar dan kemudian memuatkannya di atas talian.

Katanya, kenyataan fitnah itu bermaksud beliau ditahan oleh Singapura polis atas kesalahan jenayah dan tidak layak menjadi anggota parlimen dan tidak setia kepada Malaysia.

Zahid dan Pua hari ini turut berjabat tangan di mahkamah ekoran penyelesaian kes itu.

Peguam Benjamin Aliff mewakili Pua, manakala V Prem bertindak untuk Zahid. Utusan diwakili oleh Choo Shi Jin.

Tiada ulasan: