Nuffnang

Pengikut

.

sumber :-

.


Majlis Syura Ulamak Pas mungkin tak bincang laporan PKR

Posted: 06 Aug 2014 02:59 AM PDT

MERENDAK RASA                                                                              

Majlis Syura Ulamak (MSU) Pas akan mengadakan mesyuarat di Kota Bharu lewat petang ini. Ramai berpendapat mesyuarat ini sebagai pintas kepada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas pada 10 Ogos untuk menentukan pendirian Pas berhubung cadangan PKR menukar MB daripada Khalid Ibrahim kepada Dr Wan Azizah.

Mesyuarat MSU itu juga diramalkan akan membuat panduan kepada Ahli Jawatankuasa Pas berhubung pendirian itu. Disebabkan presiden Abdul Hadi Awang kemudian disokong oleh Pemangku Dewan Ulamak Ahmad Yaakob dan disokong pula oleh Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak setuju Khalid ditukar mungkin MSU mengemukakan calon lain, ataupun cadangan alternatif lain.



Cadangan PKR agar Dr Wan Azizah mengganti Khalid sudah pasti akan ditolak oleh MSU atas alasan status Wan Azizah seorang perempuan tidak layak menjadi MB kepada negeri besar dan kaya seperti Selangor.

Dari pengkembangan dan maklumat diperolehi setakat ini MSU akan tetap sepakat mempertahakan agar Khalid dikekalkan sebagai MB Selangor. Alasan yang diberikan ialah kerana tidak ada pengganti yang layak dan Khalid seorang amanah.

Walaupun PKR telah menyiapkan laporan sebagai panduan kepada Pas dalam menilai integriti Khalid ia tidak akan dipakai. Laporan itu dijangka tidak akan dibangkitkan dalam mesyuarat itu. Alasan yang akan diberi mereka tidak menerima laporan berkenaan. Laporan tersebut dihantar semalam tetapi sudah bertebaran di layar internet.

MSU juga tidak akan sama sekali mencadangkan nama Adunnya. Bagaimana pun ada kemungkinan nama Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan Adun Ijok Dr Idris Ahmad akan disebut dalam pertemuan itu. Sebelum ini ada laporan mengatakan Pas bersetuju kalau Dr Idris menjadi MB, tetapi bukan Wan Azizah.

Pun begitu soal siapa mengganti Khalid tidak akan menjadi perbincangan utama. Yang akan diambil stand oleh MSU bagaimana mengenai sikap Pas selepas ini, apabila Khalid yang dibela akan tetap dibuang oleh parti. Semalam PKR hantar surat tunjuk sebab kepada Khalid dan meminta menjawabnya 8 Ogos. Kegagalan Khalid berbuat demikian membolehkan dia akan digantung.

Yang hampir pasti laporan setebal 24 muka surat yang disiapkan oleh PKR berhubung integriti Khalid tidak akan dibincangkan. Apa lagi akan menjadi panduan kepada MSU untuk untuk menilai Khalid. Alasan yang akan diberikan kelak ialah, kami, MSU tidak menerima laporan berkenaan.

Setiasuaha Agung Pas, Mustapa Ali yang juga hadir dalam pertemuan itu akan memberi alasan itu. Dan saya difahamkan Mustapa menjelaskan yang beliau masih belum menerima laporan yang ditujukan kepadanya itu. [wm.kl.5:58 pm 06/08/14]

Apakah Abdul Hadi, Nik Aziz sudah baca laporan PKR?

Posted: 05 Aug 2014 08:52 PM PDT

MENGIRING MENTARI                                                                  

Presiden Pas Abdul Hadi Awang yang sebelum ini menyatakan pendirian menyokong Abdul Khalid Ibrahim dan tidak bersetuju MB itu dipecat, mungkin perlu meralat balik keputusannya itu. Penyediaan laporan berhubung keraguan mengenai kredibiliti Khalid sebagai MB Selangor yang disediakan Ibu Pejabat PKR perlu dijadikan sumber rujukan untuk membuat ralat atas pendirian gaduh diambil sebelum ini.

Surat Saifuddin kepada Mustafa Ali.
Abdul Hadi telah mendahului keputusan parti dengan membuat kenyataan terbuka menyokong Khalid terus menjadi MB Selangor dan membantah tindakan memecatnya dari kerusi MB. Abdul Hadi berhujah Khalid tidak melakukan kesalahan dan seorang MB yang amanah. Walhal keputusan berhubung perkara itu sepatutnya dibuat selepas mesyuarat Jawatankuasa Pas pada 10 Ogos seperti mana yang ditetapkan bersama.

Ekoran kenyataan Abdul Hadi yang membingungkan itu, Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz juga menyatakan hal sama dengan menyokong pendirian presiden Pas itu. Nik Aziz juga tidak bersetuju Khalid digugurkan. Nik Aziz membuat pendirian itu kerana berpegang kepada kredibili presiden. Kenyataan Abdul Hadi yang mendahului masa dan dianggap melanggar etika berpersatuan itu menimbulkan kontroversi dan kekesalan sesetengah pihak dalam Pas termasuk pucuk pimpinan.

Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu dan Ketua Penerangan Mahfuz Omar menganggap kenyataan Abdul Hadi itu pandangan peribadi dan bukan keputusan parti. Ulasan Mohamad dan Mahfuz memberi petunjuk mereka tidak berkenan dengan cara Abdul Hadi. Gara-gara kenyataan Hadi yang tidak profesional itu menyebabkan timbul masalah dalam Pas. Berlaku perbalahan antara golongan yang mendokong Khalid dengan golongan yang tidak senang dengan Khalid.

Semalam laporan setebal 24 muka surat sudah dihantar oleh Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail kepada Pas menerusi Setiausaha Agungnya Mustapa Ali. Laporan itu juga dihantar kepada Abdul Hadi Awang, Nik Aziz, Lim Kit Siang dan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat serta Khalid sendiri.

Laporan itu mendedah ada empat perkara kenapa PKR mengambil keputusan untuk menukarkan Khalid sebagai MB. Pertama ialah berhubung perlupusan hutangnya sebanyak RM66.6 juta dengan Bank Islam yang dilakukan diluar mahkamah dan caranya amat meragukan.

Pucuk pimpinan PKR yang sangat mementingkan soal integriti telah meminta Khalid memberi penjelasan, bagaimana pun penjelasan MB dalam penantian untuk disingkirkan itu dikatakan gagal memuaskan hati pucuk pimpinan mengenai makenisme diambil menyelesaikan hutang itu yang dibuat diluar mahkamah.

Kedua, pensturukturan air di Selangor yang dikatakan merugikan kerajaan Selangor. Penanda-tangani MoU projek Langat 2, menjelang pilihan raya kecil Kajang dikatakan tidak melindungi hak kerajaan Selangor. Dalam hal penstrukturan air ini ia berkisar kepada tiga perkara; i) keadah nilaian bayaran / pampasan kepada syarikat-syarikat pemegang konsensi, ii) jumlah bayaran yang adil kepada syarikat pemegang konsensi dan darimana wang itu diperolehi, dan iii) terma perjanjian dengan kerajaan Persekutuan yang adil kepada rakyat Selangor bagi mengelakkan perjanjian konsensi membebankan rakyat.

Ketiga, Pembinaan lebuhraya Kindex yang dibuat tanpa pengetahuan Exco dan mendedahkan kepada rakyat terlibat kini mendapat bantahan penduduk Selangor. Projek lebuhraya berkenaan bernilai RM2.2 billion diberikan kepada dua syarikat yang dikawal oleh peguam Umno.

Keempat, mengenai prestasi pendtabiran Selangor yang dianggap lemah dan tidak berdaya maju terutamanya selepas pilihan raya ke-13.

Apakah Abdul Hadi dan Nik Aziz sudah menerima dan membaca laporan berkenaan? Laporan itu boleh dijadikan kayu ukur sejauh mana munasabah atau tidaknya PKR bertindak hendak menggugurkan Khalid. Ia juga boleh dijadikan kayu ukur untuk menilai tahap ketelusan dan amanahnya Khalid seperti mana difahami atau diberi faham kepada kedua pemimpin Pas itu. Kalau boleh Abdul Hadi dan Nik Aziz baca sendiri dan jangan setakat mendengar ulasan daripada para penasihatnya.

Sekiranya Abdul Hadi atau Nik Aziz yang telah dijadikan tali hayat untuk Khalid mendapat "suaka" politik berasakan laporan itu tidak adil dan meragukan akan kesahihannya mungkin mereka boleh memanggil Khalid mendapat penjelasan secara berdepan. Walaupun prosuder itu tidak wajar tetapi demi mencari kebenaran patut dilakukan.

Begitu juga kalau mereka tidak berapa faham dengan laporan berkronologi itu yang disertakan dengan lampiran dan jorunal perundangan, mereka boleh memanggil Setiausaha Agung atau Pengarah Strategi PKR untuk menjelas dan menghuraikannya. Saya rasa Saifuddin dan Rafizi Ramli tidak keberatan.

Berdasarkan laporan itu juga Abdul Hadi dan Nik Aziz boleh menyoal Khalid kemudian jawabannya dinilai dan dipadankan dengan sebarang maklumat mengenai kejujuran, ketulusan dan kebaikan Khalid seperti mana yang digambarkan kepada mereka.

Paling penting soal penyelesaian hutang Bank Islam sebanyak RM66.6 juta diluar mahkamah itu sangat mustahak untuk melihat sejauh mana ketelusan MB Selangor itu. Ini kerana penyelesaian hutang itu digambarkan ada dikaitkan dengan penjualan 307.72 ekar tanah milik kerajaan negeri kepada syarikat Ecoworld Berhad yang dikawal peguam Umno yang dibeli menerusi Syarikat Tropicana Corporation Sdn Bhd dengan harga yang sangat murah. Kenapa? Dan ia juga digambarkan ada kaitan dengan anugerah projek rumah mampu milik bernilai RM591 juta kepada Ecoworld Berhad.

Sebagai pemimpin parti Islam yang fakeh mengenai hukum hakam dan merincui serta mencintai ketelusan tentu Abdul Hadi dan Nik Aziz dapat membuat penilaian authentic apakah ia (tindakan Khalid) menempati kehendak Islam atau tidak?

Dalam pengamatan saya laporan berkenaan tidak menampakkan ada pengkhiantan kepada Khalid apa lagi bertujuan untuk membuangnya menjadi MB, tetapi ia menjelaskan keputusan dibuat PKR termasuk menghantar surat tunjuk sebab itu dibuat secara profesional dan telus. Laporan berkenaan juga perlu dijawab oleh Khalid dan kalau jawabannya dalam masa tidak sampai 72 memuaskan dia boleh kekal sebagai MB untuk 27 penggal lagi dan tidak ada sebab untuk beliau dibuang.

Mudah-mudahan sahaja penilian baru akan dibuat oleh Abdul Hadi dan juga Nik Aziz serta Ahmad Yaakub (yang sebelum ini menyatakan Khalid tidak ada melakukan kesalahan syarie maka beliau tidak wajar dipecat dari menjadi MB) berdasarkan laporan berkenaan. Apakah pada pandangan Pemangku Dewan Ulamak Pas, bahawa penyelesaian hutang bernilai puluhan juta yang meragukan itu bukan kesalahan syarie? Kalau Mak Yeh tukang dikir masih hidup dia tentu dapat menjawabnya. [wm.kl.11:34 am 06/08/14]

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT