Selasa, 26 Ogos 2014

.

.


Pas berpelung jadi MB?

Posted: 26 Aug 2014 02:06 AM PDT

ULASAN AWAL                                                                                     

Sultan Selangor telah membuat keputusan adil dan saksama apabila baginda menangguhkan peletakan Abdul Khalid Ibrahim sebagai MB dan telah meminta parti-parti dalam Pakatan Rakyat mengemukakan dua nama calon MB,

Khalid buat kenyataan ingin letak jawatan.
Penangguhan penerimaan peletakan jawatan Khalid ini ialah disebabkan Pakatan Rakyat gagal mencapai kata sepakat untuk memilih calon MB. Mulanya Pas mencadangkan dua nama Dr Wan Azizan Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali tetapi ia dibantah oleh PKR yang berkeras mahukan hanya nama Dr Wan Azizah.

Mungkin kalau Pakatan Rakyat menerima cadangan Pas itu menghantar dua nama, isu MB Selangor selesai dan pengganti Khalid telah pun diketahui hari ini.

Kehendak baru Sultan itu meletakkan Pakatan Rakyat dalam keadaan "delima" dan pertelingkahan siapa pengganti Khalid akan terus menjadi polemik. Bahkan situasinya lebih panas lagi apabila Sultan mengarahkan parti-parti Pakatan Rakyat hantar dua nama dan tidak hanya parti yang mendapat majoriti. Takdir Sultan memberi perkenan kepada calon Pas sudah pasti ia akan dibantah oleh DAP.

Dengan titah baru Sultan itu menyebabkan Pas juga berhak untuk menghantar dua nama Adunnya untuk dipertimbangkan sebagai MB.

Keputusan terbaru itu memberi peluang kepada Pas untuk mencalonkan Adunnya. Apa yang saya bayangkan keputusan Pas mengubah semula ketetapan diambil sebelum ini pada mesyuarat semalam, 25 Ogos telah membawa untung kepada parti agama itu untuk berpeluang mencadangkan Adunnya menjadi MB menjadi kenyataan.

Bagaimana pun kalau Pas berpegang kepada kenyataan asalnya (tetapi tidak boleh dipercayai) bahawa mereka tidak akan merebut jawatan MB, ini bermakna PKR berhak untuk memegang kerusi berkenaan. Apa lagi kedudukan hari ini PKR merupakan parti majoriti apabila dua Adun Pas menyatakan sokongan kepada calon mereka.

Sebaiknya PKR dan Pas melumatkan perkara ini dan jangan sesekali menyerabutkan kepala Sultan dengan jawatan MB yang boleh memungkin Sultan mengambil jalan penyelesaian dengan memberi persetujuan DUN Selangor dibubarkan.

Apa yang berlaku hari ini, pemakluman Khalid untuk meletak jawatan, Khalid tidak perlu lagi diheret dalam kemelut ini kerana MB bebas itu sudah membuat keputusan terbaik akur dengan tekanan dan hakikat dirinya. Semua pihak patut mengucapkan terima kasih kepada Khalid.

Yang jelas dan nyatanya Sultan Selangor tidak meminta Umno menghantar nama calon bakal MB daripada parti berkenaan. Ulasan selanjut malam ini. [wm.kl.5:00 pm 26/08/14]

Sultan tangguh peletakan jawatan Khalid sebagai MB

Posted: 26 Aug 2014 01:40 AM PDT

KENYATAAN                                                                                        

Satu kenyataan rengkas dari Istana Selangor telah dikeluarkan. Kenyataan itu menyebut Abdul Khalid telah menyembah maklum untuk meletak jawatan sebagai MB Selangor.

Kenyataan itu menyebut Sultan Selangor telah mengambil maklum perkara tersebut dan baginda menangguhkan penerimaan peletakan jawatan Khalid sebagai MB Selangor sehingga pelantik MB Selangor yang baru ditentukan.

Kenyataan itu menyebut tindakan itu untuk menentukan pentadbiran negeri Selangor berjalan dengan lancar dan teratur.

Kenyataan itu ditanda tangani oleh Mohamad Munir Bani, Setiausaha Sulit Kepada Sultan Selangor. [wm.kl.4:39 pm 26/08/14]


Kenyataan penting dari Istana Selangor

Posted: 26 Aug 2014 01:29 AM PDT

LINTAS TERUS                                                                                     

Istana Selangor dilaporkan akan mengeluarkan satu kenyataan selepas Sultan Selangor menerima menghadap MB bebas Khalid Ibrahim kira-kira tigam jam lalu. Saya tidak mahu membuat spekulasi di sini mengenai apa yang saya difahamkan, sebaliknya sama-samalah kita menunggunya.

Bagi saya apa yang berlaku sedikit pun tidak mengejutkan kerana sudah menjangka dari awal-awal lagi.

Saya akan ulas kedua-dua kenyataan yang dikeluarkan Sultan dan Khalid Ibrahim. [wm.kl.4:27 pm 26/08/14]

Apakah PKR, DAP terima kalau Adun Pas ditunjuki sebagai MB?

Posted: 25 Aug 2014 03:43 AM PDT

PENING SENJA                                                                                 

Mengenai pengisian jawatan MB Selangor yang bakal dikosongkan Abdul Khalid Ibrahim esok, Pas tampaknya ikut sama berangan-angan agar kerusi keramat dan penting itu diberikan kepadanya. Apabila Pas dalam mesyuarat jawatankuasa kerja hari ini memutuskan agar Sultan menentutkan siapa calon penggantinya, ertinya Pas membuka balik pintu jawatan itu yang sudah ditutup tanpa kunci sebelum ini.

Azmin juga layak jadi MB Selangor.
Keengganan 13 Adun Pas menanda tangan SD sokongan kepada Dr Wan Azizan menyerlahkan niat buruk parti agama itu dan memberi gambaran semangat setiakawan tidak dipeatuhi.

Mesyuarat jawatankuasa Pas yang diadakan hari ini telah membuat pendirian itu mengubah pendirian sebelum ini yang mahu dua nama dihantarkan kepada Sultan sebagai pengganti Khalid. Dua nama itu ialah Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali.

Bagaimana pun Pas menarik balik keputusannya itu dengan menyerahkan sepenuhnya kepada Sultan Selangor untuk memilih atau menunjukan sesiapa sahaja dari kalangan 54 Adun di Selangor. Pas menarik balik dua nama itu apabila PKR memutuskan hanya menghantar satu nama sahaja, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sekali tenguk tindakan Pas itu berpulas-pulas macam tangkai jering, tetapi itulah politik parti agama itu. Dengan membuat begitu, menyerahkan kepada budicara Sultan, Pas boleh berangan-angan, manalah tahu kalau untung sabut timbul dan Adun mereka dipilih menjadi MB, maka akan raya hindulah Pas.

Mungkin Pas berharap kepada kemungkinan itu kerana dari segi majoriti Pas memperolehi majoriti sebab kerusinya 15 berbanding dengan PKR yang kini jadi 13, (selepas ketiadaan Khalid) BN 12, manakala DAP walaupun 15, tetapi dari segi perlembagaan parti itu tidak berhak untuk dipilih sebagai MB.

Bagaimana pun perlu diingat juga, PAS sebenarnya tidak lagi berkedudukan 15 (mendapat majoriti) apabila dua orang Adunnya, Saari Sungip dan Hasnul Badaruddin menyatakan sokongan kepada PKR. Kedudukan dari segi sokongan hari ini PKR 15 manakala PAS 13. Sekali lagi kalau matemetik dijadikan perkiraan PKR mengatasi Pas dan berhak untuk dilantik menjadi MB.

Apakah angka-angka sokongan ini menjadi perhitungan dan dikisahkan oleh Tuanku Sultan? Kalau Sultan berpandukan kepada angka ini, tidak dapat tidak Adun daripada PKR akan dipilih menjadi MB. Dan sepatutnya untuk melihat adil dan telus Sultan perlu berpegang kepada suara majoriti. Sekiranya Sultan tidak memberi perkenan kepada Dr Wan Azizan, maka Azmin lah dipilih sebagai MB Selangor baru.

Sekiranya matemetik tidak diambil kira, maka musibah lain akan berlaku. Kalau Sultan menunjukkan mana-mana Adun Pas untuk menjadi pengganti Khalid, krisis MB Selangor ini akan terus bernyawa.
Jika Sultan mahukan kepada Adun Pas sudah tentu ianya akan dibantah oleh DAP dan PKR atas kekurangan majoriti. Budibicara Sultan yang menyenangkan Pas itu akan diatasi oleh asas dasas demokrasi.

Mereka dalam Pas yang sebelum ini berkebuk marahkan kepada dua Adun yang memberi sokongan kepada Azizah sehingga ada yang menyuruh Pas memecat mereka, akan menyesal dengan tindakan belum baligh itu kerana ia menghilangkan majoriti Pas.

Apabila PKR dan DAP menentang kalau Adun Pas ditunjuk sebagai MB, ibarat kata akan berlaku KECELAKAAN besarlah dimana ia membawa kepada pembubaran DUN Selangor yang tidak diingini oleh sesiapa itu.

Pembubaran DUN Selangor selepas kesediaan Khalid untuk berundur secara paksa ia akan diletakkan atas bahu Pas kerana tidak sedia menunjukkan sokongan kepada PKR sehingga merumitkan pengganti Khalid sebagai MB. Di samping itu "musbah" itu juga akan dipangkukan ke ata bahu PKR terutamanya Anwar Ibrahim kerana tidak bijaksana menyelesaikan dengan mengambil Azmin sebagai pengganti Azizah seperti mana dikehendaki Pas.

Kerumitan ini akan dapat diselesaikan kalau Pas dan Anwar menemui jalan penyelesaian. Tamat. [wm.kl.6:35 pm 25/08/14]

Tiada ulasan: