Rabu, 20 Ogos 2014

.

.


Adun Pengkalan Kubur Kelantan meninggal dunia

Posted: 19 Aug 2014 05:07 PM PDT

BERITA DUKA                                                                             

Allahyarham Noor Zahidi
Adun Pengkalan Kubur, Kelantan Noor Zahidi Omar telah meninggal dunia di Modern Hospital Guang Zhao China jam 5:44 pagi ini.

Menurut Ketua Penerangan Umno Kelantan Mohd Alwi Che Ahmad, Allahyarham menghidap kanser hati (liver canser).

Sebelum ini kata Alwi beliau ke India bersama Allahyarham bagi menjalani rawatan biasa apabila Allahyarham sering mengalami pendarahan dalaman yang dianggap biasa. Allahyaram dikesani menghidap kenser hati (liver canser) pada 17 Julai 2014.

Pemergian Allahyaram ke China adalah untuk mendapat rawatan lanjutan menambah darah bagi menambahkan dayatahan tubuh tetapi tidak sempat dilakukan.

Menurut Alwi, urusan untuk membawa pulang jenazah Allahyarham sedang dilaksanakan dan ia akan dibawa secepat mungkin. Bagaimana pun katanya, mungkin ada sedikit kelewatan memandangkan protokol China agat ketat. Pihak Wisma Putera telah pun dimaklumkan, jelasnya.

Alwi yang merupakan sahabat baik Allahyarham meminta rakyat berdoa agar memudahan urusan membawa balik jenazah Allahyarham.

Beliau juga sedikit terkilan kerana hari ini sepatutnya beliau terbang ke China untuk membawa penawar hemopati dari Jerman untuk Noor Zahidi. "Apa boleh buat Tuhan lebih menyayanginya dan kita pun telah melakukan yang terbaik, sudah habis ikhtiar," ujarnya dengan nada sebak. Alwi dan Noor Zahidi mengerjakan haji empat tahun berturut-turut dan hampir setiap tahun mengerjakan umrah dua kali setahun.

Alwi menganggap Noor Zahidi sebagai keluarga sendiri menyifatkan Allahyraham seorang yang baik dan banyak berjasa khasnya untuk rakyat Pengkalan Kubur dan Tumpat.

Noor Zahidi memenangi kerusi Dun Pengkalan Kubur untuk penggal ketiga berturut-turut. Beliau memenangi Dun berkenaan pada tahun 2004, 2008 dan 2013.

Dalam hierarki kepimpinan Umno Kelantan Allahyarham merupakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan, di peringkat bahagian merupakan Ketua Umno Bahagian Tumpat. Allahyarham juga merupakan Pengerusi Lembaga Kenaf Negara dan juga ahli lembaga pengarah Kada. Al Fatihah.  [wm.kl.8:05 am 20/08/14]

Tiada ulasan: