Rabu, 20 Ogos 2014

Biaqpila

Biaqpila


CEO MRT LETAK JAWATAN EKORAN INSIDEN RAGUT 3 NYAWA

Posted: 19 Aug 2014 04:36 PM PDT

CEO MRT Corp letak jawatan susulan insiden kemalangan meragut 3 nyawa


KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Wira Azhar Abdul Hamid hari ini mengumumkan meletakkan jawatan susulan kemalangan di tapak pembinaan yang meragut tiga nyawa yang berlaku pada Isnin.

Azhar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berkata ia adalah selari dengan pendirian MRT Corp yang memikul tanggungjawab sepenuhnya terhadap kematian tiga pekerjanya.

"Sebagai ketua MRT Corp, saya mengambil tanggungjawab peribadi dan ini adalah perkara yang seharusnya dilakukan. Saya telah memaklumkan kepada Pengerusi MRT Corp, Tan Sri Dr Ali Hamsa mengenai keputusan saya itu," katanya.

Dalam kenyataan yang sama, beliau menyatakan kekesalan terhadap apa yang terjadi dengan terkorbannya tiga orang pekerja projek berkenaan.

Azhar turut memaklumkan bahawa MRT Corp dan pihak berkuasa akan bekerjasama menyiasat dan mengenal pasti punca kejadian itu.

"Saya harap semua kelemahan yang dikenal pasti akan diperbetulkan," katanya.

Sementara itu di dalam satu sidang media hari ini, Azhar turut mengumumkan bahawa jawatannya yang kosong akan dipangku oleh Pengarah Perhubungan Pelabur dan Pengurusan Tanah MRT Corp.

"Bermula esok, jawatan Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp akan dipangku oleh Pengarah Perhubungan Pelabur dan Pengurusan Tanah MRT Corp, Haris Fadzilah Hassan.

"MRT Corp dan pihak yang terlibat akan membuat siasatan menyeluruh tentang kemalangan tersebut, dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang didapati bersalah, dalam usaha memastikan kejadian itu tidak berulang," katanya.

Azhar mula menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp sejak 1 September 2011.

Sementara itu, Pengarah Strategik Komunikasi dan Perhubungan Awam MRT Corp, Amir Mahmood Razak berkata, langkah seterusnya selepas pengumuman perletakan jawatan Azhar adalah bergantung kepada pihak Kerajaan yang merupakan pemegang saham 100 peratus di dalam projek itu dalam menentukan penggantinya.

Amir turut memberitahu bahawa siasatan awal menunjukkan kontraktor tidak mengikuti prosedur standard operasi atau SOP yang telah ditetapkan.

Dalam reaksinya Timbalan Pengarah Projek, Maslan Othman pula berkata tindakan perletakan jawatan CEO syarikat itu amat mengejutkan.

Walau bagaimanapun, Maslan menambah bahawa sebagai seorang ketua yang baik seseorang itu kan sentiasa bertanggungjawab terhadap perkara yang berlaku ketika berada di bawah tanggungannya.

"Projek ini telah kehilangan seorang ketua yang bagus," kata Maslan ketika ditemui di lokasi kejadian.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/ceo-mrt-corp-letak-jawatan-susulan-insiden-kemalangan-meragut-3-nyawa-42197?cp

awani


MUSIM BALIK KAMPUNG:PASANG CCTV MURAH

Tiada ulasan: