Selasa, 19 Ogos 2014

Biaqpila

Biaqpila


LANDASAN KONKRIT MRT JATUH, 3 PEKERJA DIKHUATIRI MAUT

Posted: 18 Aug 2014 04:47 PM PDT

Sebahagian landasan MRT terlucut daripada tiangnya dan jatuh ke tanah pada pukul 8.30 malam semasa kerja-kerja membina tembok sepanjang landasan itu berjalan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 19 Ogos, 2014.

Tiga pekerja binaan lelaki warga Bangladesh dikhuatiri maut selepas dihempap landasan konkrit seberat 300 tan di tapak projek Mass Rapid Transit (MRT) berhampiran Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRI) di Kota Damansara semalam.




Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dalam satu kenyataan berkata pekerja terbabit adalah Mohamad Faruk Khan, Mohammad Elahi Hossain dan Mohammad Alauddin Mollik.

"Usaha menyelamat masih berjalan dan pasukan tindakan kecemasan sedang bersedia di tempat kejadian, kata kenyataan itu.

Sebahagian landasan MRT itu terlucut daripada tiangnya dan jatuh ke tanah pada pukul 8.30 malam semasa kerja-kerja membina tembok sepanjang landasan itu berjalan.


Landasan itu dibuat daripada 14 unit galang kotak yang 38 meter panjang dan seberat 300 tan, kata kenyataan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Wira Azhar Abdul Hamid yang berada di tempat kejadian melahirkan kekesalan atas kejadian itu.

"Walaupun siasatan sedang dijalankan, MRT Corp akan bertanggungjawab sepenuhnya atas insiden itu. Sebaik sahaja siasatan selesai, tindakan akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab, katanya dalam satu kenyataan. – Bernama, 19 Ogos, 2014.



Tiada ulasan: