Jumaat, 15 Ogos 2014

Biaqpila

Biaqpila


SEMUA POLIS DI BALAI POLIS ITU MATI DAN SEMUA PENJUAL DAGING TURUT MATI

Posted: 15 Aug 2014 07:34 AM PDT


Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip.
Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu, barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.
Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer
nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula.

Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang
semuanya mati.

Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia. Lori itu bertukar menjadi robot Transformer.
Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah.

Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya.
Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.
Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands.

Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.
Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat laporan ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di balai polis itu terperanjat lalu mati.

Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit
menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati.
Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati..................


MUSIM BALIK KAMPUNG:PASANG CCTV MURAH

HUKUM MENINGGALKAN SOLAT FARDHU

Posted: 14 Aug 2014 09:34 PM PDT




Lalai solat lima waktu


Didalam neraka Jahanam terdapat wadi
(lembah) yang didalamnya adalah ular-ular bersaiz 

sebesar tengkuk unta
dan panjangnya sebulan perjalanan.
Kerjanya 
tiada lain selain mengigit 

orang-orang yang tidak menunaikan
sembahyang 
semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula 

menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan 

mereka. Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan
begitulah seterusnya.






Dosa
Meninggalkan Solat 5 Waktu

1. Solat Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang    sama
dengan 60.000 tahun di dunia. 


2. Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.


3. Solat Ashar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan ka'bah. 


4. Solat Magrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan
berzina dengan orang tua. 


5. Solat
Isya
: satu kali meninggalkan tidak akan di
redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum
dari nikmatnya.


6 Siksa di Dunia Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu :
1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya


2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya. 


3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya. 


4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam. 


5. Amal
kebaikan
yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT. 


6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.




3 Siksa Orang yang
Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi
Sakratul Maut :

1. Orang yang meninggalkan solat akan
menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina. 


2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar. 


3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.


3 Siksa Orang yang
Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi
Sakratul Maut :

1. Orang yang meninggalkan solat akan
menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina. 


2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar. 


3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.


3 Siksa Orang yang
Meninggalkan Solat Fardhu Ketika
Bertemu Allah :

1. Orang yang meninggalkan solat di hari
kiamat akan
dibelenggu oleh malaikat. 


2. Allah SWT TIDAK akan memandangnya dengan
kasih sayang


3. Allah SWT TIDAK akan mengampunkan
dosa dosanya dan akan
di azab sangat pedih di neraka.


Hadith Mengenai Dosa
Meninggalkan Solat 5 Waktu

Mengenai balasan bagi orang yang
meninggalkan Solat Fardu: "Rasulullah SAW,
diperlihatkan 

pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap
kali benturan itu 

menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan
semula dan mereka tidak 

terus berhenti melakukannya

Lalu
Rasulullah bertanya: "Siapakah ini wahai Jibril"? Jibril menjawab: "Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan
Solat fardhu".
(Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih) 





Tgk Video ni :  Nauzubillah terjadi pada diri kita atau keluarga kita. 



Note : Sekiranya solat tidak dikerjakan, maka TERPUTUSLAH hubungan dengan Allah SWT.Bukti seseorang itu masih beriman kepada Allah SWT ialah SOLAT.

***  Ingatla bila kita nak masuk ke syurga bukan dengan amalan kita sahaja,tetapi dengan RAHMAT dari Allah .Jika TERPUTUS hubungan kita dengan Allah kerana meninggalkan solat macam mana nak masuk SYURGA Allah..Berfikirla sejenak tentang kehidupan kita diakhirat kelak.Janganlah terlalu lalai dengan kehidupan didunia. Jika kita tidak rasa takut walaupun sedikit pun apabila membaca azab pada orang yang tidak solat seperti tiada lagi iman dihatinya.(marah2 sayang)  :p


farrahadilah




MUSIM BALIK KAMPUNG:PASANG CCTV MURAH

Tiada ulasan: