Sabtu, 9 Ogos 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Tu dia! Mengaku pakar pulak dah!

Posted: 09 Aug 2014 07:58 AM PDT

Hishammuddin berkata beliau sendiri secara peribadi dan berdasarkan pengalaman dan pengetahuannya sebagai Menteri Pertahanan turut yakin pesawat MH17 ditembak menggunakan peluru berpandu BUK.

Betulkah Menteri ini ada pengalaman dan pengetahuan untuk buat dakwaan tersebut? 

MK melaporkan :

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan laporan tersebar di media sosial yang mendakwa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 ditembak jatuh oleh pesawat pejuang.

 Beliau berkata, sebaliknya hasil risikan dan bukti dikumpulkan daripada penemuan serpihan pesawat malang itu jelas menunjukkan ia ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu yang dilancarkan dari darat ke udara.

 "Berdasarkan risikan tentera dan bukti sebahagian serpihan pesawat yang kita temui, tidak mungkin peluru yang digunakan dari udara ke udara tetapi dari darat ke udara.

 "Sama ada ia milik Ukraine atau milik pihak pemisah yang dibekalkan oleh pihak Rusia, peluru itu mesti dari BUK System dan hal ini tidak dapat dinafikan oleh pihak Eropah, NATO (Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara) mahupun Rusia". Baca lagi  di sini

sebahagian Boeing M17 yang ditembak jatuh  kira-kira satu meter 
persegi dengan lubang ternganga di tengah, dikelilingi oleh 
lubang-lubang kecil dan jelas tanda terbakar .
Tetapi beberapa penganalisis perisikan di Amerika Syarikat telah membuat kesimpulan bahawa penerbangan Malaysia Airlines MH17 telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu udara-ke-udara dan bahawa kerajaan Ukraine mempunyai kaitan dengannya.

 Ini menguatkan teori terbaru muncul yang didalilkan oleh penyiasat tempatan yang Boeing 777-200 telah dilumpuhkan oleh peluru berpandu udara-ke-udara dan kemudiannya menyelesaikan serangan dengan tembakan meriam dari seorang pejuang yang telah membayangi sewaktu ia menjunam ke bumi.

 Dalam satu laporan memberatkan bertarikh Ogos 3, bertajuk "Penerbangan 17 Tembak-Down Syif Senario", wartawan Associated Press  Robert Parry berkata, "beberapa sumber perisikan AS telah membuat kesimpulan bahawa pemberontak dan Rusia kemungkinan besar tidak bersalah dan yang ternyata  tentera kerajaan Ukraine adalah untuk persalahkan. "



 Pendedahan baru ini telah dipaparkan di Global Research, penyelidikan dan media organisasi bebas.Beberapa artikel Global Reseach mengenai M17 :


Nik Aziz : Saya tak boleh nak kata apalah .....

Posted: 08 Aug 2014 07:37 PM PDT

Ramai  yang marah bila Malaysia Insider siarkan berita ini.Mereka marahkan tajuk berita tersebut : Nik Aziz tidak sokong keputusan ulamak PAS kekalkan Khalid sebagai MB Selangor.


Dalam satu artikel , penulis tersebut telah membidas dengan menulis :
Apakah penulis TMI jumud dan tidak membaca kenyataan sebelum ini sehingga membuat kenyataan bahawa TGNA tidak setuju. Melainkan Penulis TMI ada niat JAHAT kepada TGNA dan PAS.
Habis disenaraikannya segala editor yang berkerja dengan TMI dan menuduh mereka cuba memburukkan PAS sebagai tali barut dalam pemberitaan yang tidak profesional bagai-bagai ..... Kalian boleh baca di sini.

Tulisan saya ini bukanlah kerana  berpihak kepada TMI, tapi korang pikir-pikirlah sendiri. 

TMI sebenarnya telah merujuk kepada satu blog yang sangat anti UG. Blog tersebut telah mendapat satu rakaman temubual dengan TGNA pada 7 Ogos, 2014, tarikh yang sama MSU PAS mengeluarkan kenyataan yang menyatakan TGNA sokong...

Sebagai menafikan tajuk berita TGNA sokong, maka TMI pun buatkan tajuk 'Nik Aziz tidak sokong....' Salahkah? 

Transkrip temubual TGNA 7 Ogos 2014

0:22 – 0:29 ~ Kelmarin mesyuarat Syura, saya pergi jadi pengerusi sekejap. Tak sampai setengah jam, saya lari tubik, kerana berasa sekak, alhamdulillah hari ni segar balik."

seterusnya TGNA berkata...

2:13 – 2:21 ~ Saya hadhir kejap sahaja, belum sampai keputusan saya dah keluar. 

2:18 – 2:24 ~ Jadi cerita mesyuarat ni ada jurucakap dia.Saya tak boleh jadi jurucakap.Ada setiausaha dia. 

2:25 - 2:33 ~  Dia setiausaha tu gi ke rumah belum waktu maghrib, lepas pada magharib, dia naik ke rumah saya terangkan kepada saya keputusannya. Saya tak bolehlah sebut hari ini…. 

      Sesungguhnya  TGNA langsung TIDAK                                  mahu komen pasal Selangor!

4:48 - 4:53 ~ Politik Selangor, saya dah sebut hari tu, Kelantan lagi saya berikan orang lain, usahkan nak ganggu Selangor pulak? 

4:54 -5:01 ~ Kelantan yang saya buat sebagai anak, negeri Kelantan saya jaga macam saya jaga macam anak tu pun saya beri pada orang lain kerana letih. 

5:02 -5:05 ~ Ini nak jaga Selangor pula..nak buat apa? Orang Selangor, pandailah orang Selangor ! 

5:06 – 5:17 ~ (wartawan) Keputusan kelmarin tu bagaimana Tok Guru…menarik ke bagaimana keputusan tu? 

5:18 – 5:19 ~ ( tidak jelas pd pendengaran) 

5:20 – 5:31 ~ (wartawan cuba menjelaskan persoalan tadi..)…. Supaya semua pemimpin PAS ,PKR dan DAP suka Tan Sri Khalid perintah ….(tak jelas) 

5:32 – 5:36 ~ Saya tak boleh nak kata apalah ….saya ulangi, kenyataan saya di Selangor saya tak boleh buat!

VIDEO KLIK DI SINI

Tiada ulasan: