Selasa, 5 Ogos 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Mempertahankan Kerajaan Selangor atau Khalid?

Posted: 05 Aug 2014 09:51 AM PDT

Tentu ramai yang geleng kepala bila melihat banner Solat Hajat Perdana nih! Timbul pertanyaan dalam fikiran ku : Perlukah nak buat sembahyang hajat hanya semata-mata kerana Selangor nak bertukar MB? 



 Yang mahukan MB sekarang ditukarkan ialah PKR. Kenapa pula PAS pula yang naik kalut?

 Mandat melantik MB Selangor telah dipersetujui diberikan kepada PKR. Maka itu PKR akan memilih dari kalangan ahli partinya yang difikirkan paling layak. Maka PKR telah memilih Khalid. PAS dan DAP merestui pilihan tersebut. Begitulah yang terjadi. Tidak ada kekalutan.

 Bahawa bukan PAS atau DAP yang pilih Khalid, tetapi PKR! PAS dan DAP cuma mengendorskan pilihan PKR ketika itu.

 Tetapi sekarang PKR merasakan Khalid tidak layak untuk meneruskan jawatan tersebut. PKR mahukan orang lain menggantikan Khalid.

Jadi apa yang kalutnya sehingga PAS mahu buat Solat Hajat Perdana untuk 'Mempertahankan Khalid' dengan alasan mulus konon 'Mempertahankan Kerajaan Selangor'? Apa ajenda tersembunyi sebenarnya?

Saya tidak nampak apa-apa yang menggugat kerajaan Selangor dengan pertukaran tersebut kalau PAS akur dengan langkah terkini PKR itu sebagaimana sebelumnya.Tidak ada yang menggugat selain sikap PAS itu sendiri dalam perkara tersebut.

Ada yang menyalahkan PKR kerana mengisytiharkan pengganti Khalid. Dan menyokong kenyataan TGHH kerana menyatakan bantahannya secara terbuka.

Dalam perkara ini, PKR memang perlu memaklumkan kepala ahli-ahlinya untuk mendapatkan persetujuan mereka terlebih dahulu untuk dibawa cadangan tersebut ke Majlis Presiden Pakatan Rakyat untuk diendorskan oleh rakan-rakan dalam PR.

Dalam proses peringkat tersebut, PAS tidak mengambil apa-apa ketetapan dan minta tangguh supaya perkara itu dibincangkan diperingkat AJK PAS Pusat. Perwakilan PAS tidak terburu-buru untuk buat ketetapan.Mereka mahukan kata sepakat dikalangan mereka sebelum menyatakan pendirian PAS dalam perkara tersebut dan berjanji akan bersidang sesama mereka selepas raya, 10 Ogos ini.

Tetapi yang kalutnya ialah bila Haji Hadi 'Jump The Gun'.Dan mulalah keluar pula kenyataan yang kononnya dari TGNA melalui fesbooknya (saya tidak percaya bahawa kenyataan itu dari adalah Tok Guru sendiri. Saya beri alasan saya di sini)

 Dan sekarang muncul pula, Gengster Ustaz dan Pemuda PAS Selangor yang mahu mengajurkan Solat Hajat Perdana untuk minta kepada Allah supaya 'Mempertahankan Kerajaan Selangor' yang sebenarnya hanyalah mahu 'Mempertahankan Khalid'.

Saya cuba meninjau pandangan beberapa orang sahabat mengenai perkara solat hajat ini. Saya bertanyakan kenapa dibuat di kediaman Menteri Besar Selangor?

"Kamukah yang menganjurnya?" tanya saya kepada seorang tu.

"Bukan! Ini adalah anjuran Ngo, Geng Ustaz, bukan saya...Pemuda PAS Pusat yang keluarkan arahan," terangnya.

"Pemuda Pusat atau Selangor? " Saya cuba mendapat kepastiannya kerana kat banting atas tu tertulis - Dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Selangor.

"Pemuda PAS Pusat yang arahkan! " Katanya tegas.

"Kenapa perlu buat di Kediaman Menteri Besar dan tidak di Markaz PAS?"

"Mana alasan syarak yang tidak membolehkannya..." dia bertanya balik kepada saya. "Ini adalah arahan Pemuda PAS Pusat," katanya lagi.

Dan adalah beberapa perkara lagi yang sahabat ini  nyatakan antaranya solat hajat ini juga adalah untuk kesejahteraan Gaza. Solat akan di imami oleh Ust Harun Din .... Semua ini tidak dinyatakanlah dalam banting atas tu.

Walau bagaimanapun saya tetap menyatakan solat hajat ni kalau nak buat pun sepatutnya dibuat atas tujuan kesejahteraan Pakatan Rakyat dan di markaz-markaz PAS sahaja. Pandangan saya rupa-rupanya benar :



Bahawa pada mulanya, kalau ikut poster awal program tersebut, DPP Malaysia suruh buat di setiap Markas Pemuda Kawasan ...


Apakah perubahan tempat ini ada kaitan dengan mesej misteri sebelah ini?

 Aku juga menyatakan kat sahabat tu bahawa kata putus pertukaran MB ini terletak pada tangan PAS yang akan bermesyuarat pada 10 Ogos ini.Kenapa kalian tidak minta atau melobi dengan rakan-rakan mereka sendiri yang ada dalam AJK PAS Pusat  supaya menolak cadangan PKR?

 Bukankah melalui wasp Dr Zuhdi hari tu sudah ada 10 orang AJK yang akan menolak cadangan tersebut?

"Susah dengan depa tu...." Katanya yang jelas menggambarkan kepada aku bahawa ramai dari kalangan AJK akan menyokong penyingkiran Khalid. Itu hanyalah pandangan aku.Korang bolehlah agak-agak siapa lagi AJK yang akan sokong Khalid ...Aku dah 'kotakan' 10 dengan kotak merah...nama-nama tak berapa jelas ...

Seorang sahabat lain beritahu aku siapa sebenarnya Ngo Geng Ustaz tu. 

"Itu semua kerja Nik Abduh!" Katanya.

"Tapi kenapa nama dia tidak ada?" Tanya ku sambil mengamat-amati gambar poster Geng Ustaz tu dengan penuh minat dan teliti.

"Nik Abduh campak batu sembunyi tangan...." katanya dengan gelak-gelak kecil.

Aku masih terus terkebil-kebil melihat poster tu. Rupa-rupanya yang jadi Presidennya itu adalah sahabat saya tadi tu...



Aku teringat bila bertanyakan kepadanya, "Kamukah yang menganjurnya?" 

"Bukan! Ini adalah anjuran Ngo, Geng Ustaz ......." jawab sahabat saya tu....

Walau apa pun sangat menarik status FB dari sahabat lain yang ini untuk kita renungi bersama :



Saya mengucapkan selamat bersidang kepada semua AJK PAS pada 10 Ogos nanti.Perkukuhkan jemaah dan perkasakan Pakatan Rakyat.

Tiada ulasan: