Sabtu, 23 Ogos 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


PAS akan U-Turn dan kali ini buat konar baring hingga cecah telinga?

Posted: 23 Aug 2014 09:10 AM PDT

Bapa ayam bersama 15 anak-anaknya yang comel
Difahamkan, para pemimpin pimpinan Pusat PAS tidak bersetuju untuk menandatangani sokongan mereka kerana ia "bukanlah salah satu persetujuan dalam perbincangan sebelum ini."

Cer korang dengar rakaman video You Tube PC antara  TGHH bersama TGNA dan Mustapa Ali di Kota Baru pada keesokan harinya, 18 Ogos selepas mesyuarat AJK PAS Pusat (pagi 17 Ogos) dan selepas mesyuarat MPPR (petang 17 Ogos). 

Bahawa mereka menyatakan keputusan MPPR menamakan WAWI seorang tu sahaja tidak bertentangan dengan keputusan mesyuarat AJK Pusat.

3:55-4:59 ~ Wartawan: Sekiranya, minta maaf… diserahkan nama Wan Azizah, tidakkah bercanggah dengan… 
4:00 – 4:06 ~ Mustafa Ali: Tak! Tak! Tak! Tak! tu… tidak bercanggah! Itu kaedah sahaja. (kedenganran TGHH turut 'bertaktak' dan mengatakan 'tidak bercanggah' juga) Videonya di sini


Apa sebenarnya masalahnya PAS nih? Mereka cakap wala' wala' wala' kepada pimpinan. Mana wala' 13 ADUN PAS Selangor yang masih enggan menandatangani sokongan secara hitam putih kepada calon menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail?

Korang sendiri dengar tak seperti mana transkrip yang dipaparkan bersama video kat atas tu? Letihlah kita semua...alahai!

 Hal ini merumitkan PKR yang mahu memastikan kesemua 43 ADUN Pakatan di Selangor menyatakan kesetiaan kepada presiden PKR itu.

Beliau mengakui bahawa PAS dalam mesyuarat semalam tidak bersetuju memberi sokongan pada Wan Azizah melalui melalui pengakuan berkanun.

 Difahamkan, para pemimpin pimpinan Pusat PAS tidak bersetuju untuk menandatangani sokongan mereka kerana ia "bukanlah salah satu persetujuan dalam perbincangan sebelum ini."

Difahamkamn, pengakuan berkanun itu akan dipersembahkan ketika menghadap sultan Selangor bagi membuktikan sokongan majoriti dewan kepada Wan Azizah yang juga ADUN Kajang.


Sementara itu satu sumber rapat dengan PAS Selangor mengesahkan 13 ADUN PAS termasuk empat Exconya tidak muncul untuk menyokong Wan Azizah.

 Wan Azizah dalam sidang medianya sebelum ini mengumumkan bahawa beliau mendapat sokongan 30 dari 56 ADUN Selangor termasuk dua dari PAS.Baca lagi di sini  

Dalam satu perkembangan lain, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, ADUN PAS Selangor yang masih belum menandatangani akuan berkanun bagi menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memerlukan masa untuk berbuat demikian.

 "Saya fikir tidak tepat untuk mengatakan ADUN PAS tidak mahu menandatangani (surat akuan bersumpah).

 "PAS hanya mahu meneliti kandungan surat itu," kata beliau ketika ditemui semasa persidangan Kongres Nasional PKR ke-10 di Shah Alam tadi. 

 Katanya, setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali sendiri telah menjelaskan bahawa isu tersebut perlu dibincangkan di peringkat jawatankuasa pusat terlebih dahulu.

"Ini bukan keputusan 13 ADUN itu. Setiausaha Agung PAS Mustafa mahu membawa kandungan surat tersebut ke satu lagi mesyuarat untuk penelitian dan persetujuan," kata beliau.

 Mesyuarat jawatankuasa pusat PAS dijadualkan berlangsung pada Isnin depan - 25 Ogos! SUMBER

Amat malang sekali sekiranya ramalan Blogger Tulang Besi ini benar-benar menjadi kenyataan....

Bahawa PAS akan U-Turn sekali lagi dan kali ini buat konar baring hingga cecah telinga???? Baca screen shot dari FBnya kelmarin : 


Di FB terbaru malam tadi, Tulang besi mendedahkan :



PENDEDAHAN PENGKHINATAN TERANCANG:Bahwa dua tiga hari lepas ada pertemuan antara Presiden dgn Azmin Ali. Butiran perbincangan adalah supaya Azmin beserta beberapa ADUN PKR melompat dan masuk PAS. 

Ini supaya kerajaan Khalid Ibrahim boleh dikekalkan dgn formula: PAS+UMNO+Khalid Ibrahim+Azmin+2 ADUN PKR. Atas sebab itulah mesyuarat tergempar 25hb dipanggil krn mahu u-turn keputusan 17hb yang membawa kepada menyokong kembali kerajaan PR. Inshaalah, pengkhianatan ini akan gagal.

Aminkanlah do'a Tulang Besi itu bersama ,Insya'Allah pengkhianatan ini akan gagal dan mereka yang merancangnya akan dilaknati Allah. Amin ya Rabb!

Kenapa biarkan persepsi liar berleluasa baru nak beri penjelasan sekarang?

Posted: 22 Aug 2014 07:47 PM PDT


Sepatutnya Setiausaha politik Haji Hadi ni perjelaskan kepada orang ramai mengenai pertemuan tersebut awal-awal lagi.Kenapa khabar-khabar yang tidak benar itu dibiarkan  sekian lama hingga mengundang berbagai macam persepsi liar  berleluasa  sebelum ini?

Kalau dilihat tarikh kenyataan Suhaizat Kayat melalui facebooknya (bawah) itu ialah 19 Ogos, selepas mesyuarat AJK PAS Pusat pada 17 Ogos. Bandingkan pula dengan tarikh berita yang keluar kat atas tu - 15 Ogos. 



Kesian Suhaizat, dia cuba nak depen TGHA dari tuduhan U Turn, tapi dia pula dikantoikan oleh Samsuri Mokhtar! Ada komplot tak?

Setiausaha Hadi perjelas pertemuan dengan sultan

Setiausaha politik kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menjelaskan tiada sebarang titah arahan dibuat sultan Selangor pada presiden PAS itu berkaitan isu krisis menteri besar negeri.

 Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, beliau membuat penjelasan itu kerana ingin membetulkan maklumat melalui kenyataan Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat yang menggambarkan seolah-olah wujud arahan tertentu daripada sultan.

 "Maklumat yang tidak tepat ini pula telah dipetik oleh media sosial dan arus perdana beberapa hari lalu dan telah mengundang kekeliruan," katanya.

 Dalam kenyataannya hari ini, Samsuri berkata, Hadi memohon mengadap sultan pada hari raya keempat sempena perayaan itu.

 Bagaimanapun, Suhaizan pada 19 Ogos lalu menulis Hadi yang hubungan agak baik dengan istana dititah menghadap pada hari raya keempat.

 Hasilnya, jelas Suhaizan, presiden PAS membuat keputusan bahawa satu nama alternatif perlu dikemukakan bagi menghadapi sebarang kemungkinan melibatkan istana dan Azizah.

 Atas pertimbangan-pertimbangan itu, jelasnya lagi, PAS mengambil jalan tengah dengan menamakan Azmin Ali bersama Azizah sebagai alternatif.

 Sementara itu, Suhaizan hari ini mengeluarkan kenyataan pendek menjelaskan artikelnya kelmarin yang mendedahkan pertemuan itu.

 "Saya ingin membetulkan segala tanggapan yang menyatakan bahawa pihak istana Selangor telah menamakan atau memberi isyarat nama Azmin sebagai calon menteri besar Selangor.

 "Justeru, sebarang tanggapan berkaitan dengannya adalah tidak benar dan tersasar sama sekali daripada maksud rencana tersebut," katanya di sini

Tiada ulasan: