Rabu, 20 Ogos 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Bekas Hakim pertahankan N Surendran

Posted: 20 Aug 2014 07:27 AM PDT

Datuk Seri Gopal Sri Ram adalah Hakim Mahkamah Persekutuan dari 2009 sehingga 16 Februari 2010 . Terkenal kerana mampu memberikan on-the-spot penghakiman lisan dan landmark judgement berkaitan dengan awam, kontrak, undang-undang dan industri, telah berkhidmat sebagai hakim Mahkamah Rayuan selama 15 tahun, yang dipintas kenaikan pangkat sehingga beberapa bulan sebelum dia bersara. 

 Gopal mempunyai kelebihan sebagai peguam swasta pertama yang dilantik terus ke Mahkamah Rayuan apabila ia ditubuhkan pada tahun 1994 , tanpa pernah berkhidmat sebagai pesuruhjaya kehakiman atau hakim Mahkamah Tinggi . 

Pada 17 September 2010 , dalam ucapannya pada Persidangan Kebangsaan mengenai Integriti di Kuala Lumpur selepas beliau bersara sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan, Gopal Sri Ram berkata badan kehakiman telah gagal dalam tugasnya untuk mempertahankan hak-hak minoriti.

 Menurut beliau, ini kerana badan kehakiman telah menjadi begitu "berfikiran eksekutif " bahawa hakim-hakim telah menjadi makhluk kerajaan.

 Gopal Sri Ram percaya bahawa gangguan tersebut oleh Eksekutif jelas melanggar doktrin pengasingan kuasa, dan Eksekutif tidak sepatutnya merampas kuasa Badan Kehakiman untuk mensabitkan dan hukuman.

 Beliau menyatakan bahawa kegagalan Malaysia sebagai sebuah negeri yang memang mungkin akan berlaku, memandangkan keadaan yang semakin merosot sejak krisis badan kehakiman1988 yang menyaksikan pemecatan beberapa hakim terkemuka Malaysia. 

Beliau hari berkata adalah  tidak masuk akal pendakwaan yang dikenakan ke atas Surendran semalam kerana mengatakan keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac, sebagai cacat, defensif dan tidak boleh disokong. Laporannya seperti berikut:

Tidak salah kritik penghakiman mahkamah - bekas hakim

 
Dakwaan yang dikenakan ke atas peguam N Surendran kerana mengkritik penghakiman bertulis yang dikeluarkan mahkamah ialah sesuatu yang di luar jangkaan, kata hakim bersara dan peguam.

 Mereka berkata, tidak masuk akal mendakwanya di bawah Akta Hasutan hanya kerana mengeluarkan pendapat. Mereka juga berkata seharusnya wujud ruang untuk perbezaan pendapat dan kritikan dalam masyarakat demokrasi seperti Malasia.

 Hakim Mahkamah Persekutuan bersara Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata sesiapa saja dibenarkan memberi kritikan sekeras-kerasnya terhadap sesuatu penghakiman.

 "Kamu hanya dianggap melanggar undang-undang atau menghina mahkamah sekiranya menyerang seorang hakim secara peribadi," katanya.

 Sri Ram berkata, sejak dia memulakan kerjaya sebagai peguam pada 1970 hingga bersara pada 2010, dia tidak pernah bertemu sesiapa, lebih-lebih lagi ahli Majlis Peguam, didakwa di bawah akta usang tersebut.

 "Perkara biasa bagi peguam dan ahli akademik untuk mengulas penghakiman. Adakah kita tidak dibenarkan membuat penilaian kritikal terhadap pendapat perundangan hakim?" soalnya.

 Dia merujuk kepada pendakwaan yang dikenakan ke atas Surendran semalam kerana mengatakan keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac, yang mendapati Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah dalam kes Liwat II, "flawed, defensive and insupportable (cacat, defensif dan tidak boleh disokong)."- Baca lagi di sini

Ingin bubar DUN Selangor ? Baca ini dahulu

Posted: 19 Aug 2014 05:32 PM PDT

          BOLEHKAH DUN SELANGOR DIBUBAR?              Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

  

Ramai yang bertanya saya tentang soalan di atas. Saya menjawab DUN Selangor boleh dibubarkan dan juga tidak boleh dibubarkan bergantung bila Dun itu ingin dibubarkan. Ulasan saya dalam kolum ini hanya semata mata dari persepektif undang undang dan amalan demokrasi berparlimen ala wesminster.

 Mengapa saya kata boleh dibubar Dun Selangor dan mengapa saya kaitkan dengan masa ? Pada hemat saya Dun Selangor boleh dibubarkan selepas Tan Sri Khalid Ibrahim ( TSKI ) dipecat dari bekas partinya, PKR sehingga tempoh sebelum dua orang Adun dari Pas iaitu Adun Hulu Kelang dan Adun Morib menyatakan secara terbuka bahawa mereka menyokong Datin Sri Wan Azizah Wan Arifin ( WAWI ) sebagai Menteri Besar Selangor bersama sama 28 orang Adun lain dari DAP dan PKR.

 Dalam tempoh masa yang saya nyatakan tersebut keadaan Kerajaan Selangor amat tidak menentu di mana wujudnya seorang MB iaitu TSKI yang tidak berparti dan juga tidak mendapat sokongan majoriti di dalam DUN Selangor . Dalam masa yang sama juga tidak juga wujud mana mana calon dari mana mana parti politik di DUN Selangor yang mendapat sokongan majoriti adun-adun untuk ditabalkan menjadi MB Selangor yang baru menggantikan TSKI.

 Di atas senario yang saya nyatakan itu bagi saya jika Y.M Sultan Selangor diandaikan memperkenankan permintaan dari TSKI, jika ada permintaan tersebut dibuat, untuk DUN Selangor dibubar ia bukanlah suatu yang salah di sisi undang undang dan Perlembagaan Negeri Selangor kerana jelas wujudnya keadaan yang tidak menentu tentang status Kerajaan Selangor yang memang mewajarkan pembubaran DUN Selangor. Dan jika itu berlaku bagi saya ia bukan salah Y.M Sultan sebaliknya salah Pakatan Rakyat kerana mereka gagal mencapai satu persetujuan atau konsensus dengan kadar segera bagi mencalonkan calon yang mendapat sokongan majoriti untuk menjadi MB Selangor menggantikan TSKI.

Sebenarnya ramai penganalisa politik dan undang undang merasa hairan mengapakah dalam keadaan TSKI telah dipecat dari partinya Pakatan Rakyat gagal mencapai kata sepakat untuk melantik calon pengganti TSKI sekaligus meletakkan sebuah Kerajaan yang asalnya diperintah oleh Pakatan dengan kekuatan dua pertiga majoriti tiba tiba berisiko tinggi untuk dibubarkan begitu sahaja. Dan jika itu berlaku Pakatan hanya berhak menyalahkan dirinya sendiri .

 Dalam hal ini nampaknya tindakan dua orang Adun Pas yang menyokong WAWI sebagai calon MB meskipun tidak digemari oleh orang orang Pas sendiri dan malahan ada yang melabelkan mereka sebagai pengkhianat, sedikit sebanyak membantu Pakatan keluar dari keadaan tidak menentu yang mewajarkan Y.M Sultan untuk membubarkan DUN Selangor. Mungkin dua Adun Pas itu yang mungkin dihakimi sebagai pengkhianat parti pada masa ini tidak mustahil akan pula dinobatkan sebagai hero atau wira oleh generasi akan datang ?

 Apabila dua Adun itu dilaporkan menggunakan keputusan muktamar Pas yang telah bersetuju mempertahankan Pakatan Rakyat sebagai justifikasi tindakan mereka , agak sukar juga untuk menyalahkan mereka begitu sahaja kerana ramai juga yang boleh menerima hujah mereka bahawa apa yang mereka lakukan adalah dalam kerangka ingin mempertahankan Pakatan sebagai mana yang dikehendaki oleh Muktamar Pas.

 Itu senario sebelum 2 Adun Pas itu menyokong WAWI. Bagi saya selepas dua Adun Pas itu menyokong WAWI sebagai calon MB Selangor ditambah pula dengan keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang bersetuju WAWI sebagai calon tunggal yang akan dibawa kepada Sultan untuk diperkenankan sebagai MB baru Selangor isu pembubaran DUN Selangor tidak timbul lagi.

 Dari perpesktif undang undang dan Perlembagaan Negeri Selangor, Sultan tidak mempunyai pilihan selain memperkenankan WAWI sebagai MB Selangor kerana secara jelas beliau kini mendapat sokongan dua pertiga ahli dewan untuk ditabalkan sebagai MB Selangor yang baru. 

Memandangkan negara kita mengamalkan doktrin Raja Berperlembagaan adalah jelas Y.M Sultan tidak mempunyai kuasa mutlak untuk menolak cadangan WAWI sebagai MB Selangor kerana Raja Berperlembagaan hanya dibenarkan melaksanakan kuasanya di dalam kerangka perlembagaan.

 Dalam kerangka Perlembagaan satu satunya faktor yang mengekang Y.M Sultan dari memperkenankan permintaan atan cadangan Pakatan untuk melantik WAWI menjadi MB adalah sekiranya beliau tidak mendapat sokongan majoriti. Apabila WAWI jelas telah mendapat sokongan majoriti ahli dewan maka kekangan itu tidak wujud lagi sekaligus Y.M Sultan, dengan penuh hormat, tidak mempunyai pilihan selain merestui dan memperkenan WAWI sebagai MB Selangor yang baru.

 Atas dasar itu jika benar laporan yang menyatakan TSKI berhasrat ingin berjumpa Sultan hatta berjumpa Sultan di luar negara bagi meminta dibubarkan Dun bagi saya tindakan itu bukan sahaja tidak sah dan tidak bertanggungjawab malahan ia suatu yang "purely nonsense" di sisi undang undang dan sistem demokrasi berparlimen wesminster yang diamalkan di negara ini.SUMBER

Tiada ulasan: