Ahad, 17 Ogos 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Presiden mencdgkan WAWI sebagai calon pertama

Posted: 17 Aug 2014 10:12 AM PDT



Presiden masuk ke bilik mesyuarat dan memberi salam. Tubuhnya agak susut tapi wajahnya ceria. Gaya langkahnya yg gagah seperti biasa tidak kelihatan. Kami berdiri memberi hormat. Beliau mengambil tempat. Ada yg dtg bersalaman. Aku memilih utk duduk shj. Sengaja beri peluang Presiden rehat. Presiden mengangkat kedua dua tangannya kepada kami sambil tersenyum. Kami membalasnya.

 Tepat 10 pagi, Presiden memulakan mesyuarat dgn membaca surah al Fatihah. Hari itu, kehadiran AJK awal yg ramai tidak seperti biasa. Extra ordinary, kata Dr Maria sewaktu masuk ke bilik mesyuarat. Wajahnya ceria sbgmana wajah wajah kami yg menanti tarikh hari itu. Lebih seminggu menahan kegelisahan, kekesalan dan kemarahan yg terpaksa terbenam dalam hati sendiri. Mandi tak basah, makan hilang selera.

 Jurufoto Harakah mengambil gambar kami sejurus mesy dibuka. Tak pernah sessi mesy AJK Pas Pusat ada acara ambil gambar. Macam mesyuarat terakhir. Seloroh Khalid Samad yg duduk selang satu dgn tempat aku duduk. Biasanya yg galak dgn hp, mereka berselfie shj. Mungkin mesy kali ini amat bersejarah. Aku duduk di bhgian tengah meja mesyuarat dan bersebelahan Mujahid dan Hanifa. Biasanya kami duduk di kawasan yg sama. Kedua-dua AJK Pas itu dilabelkan sebagai 'munafiq haraki' dan aku pula dianggap sebagai 'konservatif'.

 Presiden meminta Setiausaha Agung Pas Pusat membentangkan laporan isu Selangor. Hampir sejam Cikgu Pha menerangkan satu persatu. Hampir kesemua fakta yg disebut telah kuketahui. Cuma hari ini, fakta itu disahkan. Tiada yg mencelah semasa Cikgu Pha bentangkan. Itulah kelebihan otai ini. Suara garaunya menguasai suasana. Susunan ayatnya teratur. Macam seorang guru menerangkan sesuatu pd anak muridnya. 

Aku hanya menaip satu persatu. Hanifa tegur, buat apa taip? Sejarah perlu ditulis. Bukan diingat dlm kepala. Aku cakap. Hanifa balas, sejarah ditulis oleh orang yg berkuasa. Aku malas nak berdebat dgn peguam. Payah nak menang. Aku diam, diapun diam.

 Seusai Cikgu Pha menerangkan kronologi dlm menangani isu tersebut, Presiden meneruskan perbahasan dgn membawa hujah dua hadis tentang pemilihan kepimpinan harus berdasarkan merit. Hatiku berdebar jika Presiden bw hujah gender. Letihlah lepas ni, aku bisik dengan Mujahid. Ternyata otak nakal kami tersasar. Atas perkiraan siasah semasa dan syariah, Presiden mencdgkan WAWI sebagai calon pertama dan nama itu dicdgkan oleh PKR sendiri dan Azmin Ali sebgai calon kedua dan tanda tolak ansur PAS setelah umum mengetahui Sultan Selangor enggan memberi perkenan kpd WAWI.

 Presiden bertanya pd pandangan ahli mesyuarat. Serentak kami bersetuju dgn menyatakan setuju. Ada yg angkat tangan tanda setuju dan ada yg ketuk meja menyokong. Tiada yg membantah. Bang Mat pun menambah bhw misi utama Pas adalah kukuhkan PR dgn membawa cadangan tersebut. Keputusan itu akan dibawa ke dlm mesy PR Pusat pd 5 ptg ini.

Cukuplah.~  sumber

Syabas kepada Azmin! Azizah melangkah penuh bergaya!

Posted: 17 Aug 2014 05:38 AM PDT

Semoga Allah berkati dan rahmati Azmin Ali yang telah memberikan laluan mudah kepada Dr Wan Azizah untuk melangkah langkahan seterusnya dengan bergaya...Beritanya di sini

Syukurlah, PAS berjaya mengembalikan keyakinan kita semua

Posted: 16 Aug 2014 11:06 PM PDT

Syukurlah kerana PAS telah mengambil keputusan yang tepat dan terus kekal bersama PR. Kemelut Isu MB Selangor ini  sepatutnya dapat diselesai segera dan licin setelah diserah kepada Majlis Presiden Pakatan  sejak 15 Julai lalu.

Tetapi ianya telah meleret-leret kerana PAS menangguhkan mesyuarat AJKnya banyak kali tanpa alasan yang jelas -  dari 10 Ogos ke 14 Ogos dan akhirnya ke 17 Ogos.

Saya percaya, jika PAS bermesyuarat lebih awal daripada ini, tentunya kemelut MB Selangor tidak meleret-leret sejauh ini.

Walau apa pun, marilah kita semua rawati luka-luka dan calar balar yang menyelubungi PR dan teruskan perjuangan melawan musuh kita sebenar, Umno.

PAS kekal dalam Pakatan, serah 2 nama calon MB, Wan Azizah dan Azmin 

Orang ramai, petugas, pemimpin PAS dan wartawan memenuhi 
perkarangan Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut ketika Presiden 
PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (tengah) hendak memasuki 
mesyuarat hari ini. – The Malaysian Insider, 17 Ogos, 2014
PAS hari ini memutuskan untuk kekal dalam Pakatan Rakyat (PR) dan bersetuju dengan pilihan PKR untuk melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail diangkat menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

 Parti Islam itu bagaimanapun turut menyerahkan nama Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai nama calon lain untuk diangkat menjadi menteri besar.

 "PAS tidak akan menuntut jawatan menteri besar Selangor. PAS juga menghormati semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat dalam mencadangkan nama calon menteri besar Selangor.

 "Sehubungan dengan itu, PAS sebulat suara pada hari ini bersetuju untuk mengangkat dua nama bagi menggantikan Khalid. Nama yang dicadangkan oleh PAS ialah Dr Wan Azizah dan Azmin," kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu di Ibu Pejabat PAS hari ini.

 Dua nama itu kemudiannya akan ditentukan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang dijadualkan berlangsung petang ini. – 17 Ogos, 2014.  - SUMBER

Selamat Jalan Pengkhianat ....

Posted: 16 Aug 2014 09:40 PM PDT

Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang berlansung pagi ini telah membuat keputusan yang sangat dinamik di dalam waktu yang singkat, demikian dinyatakan oleh Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat di dalam FBnya. 

 "Berkat doa semua pihak, Alhamdulillah, PAS Pusat dapat membuat keputusan yang sangat dinamik di dalam waktu yang singkat," tulisnya. 

 "Ringkasnya adalah: PAS Pusat bersetuju supaya Tan Sri Khalid Ibrahim digugurkan dari jawatan Menteri Besar Selangor," menurutnya lagi.

 DAP bersetuju dengan cadangan PKR yang menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid yang telah dipecat dari partinya 9 Ogos lalu.

 Atas pengalaman sebelum ini, PAS bagaimanapun dikatakan mahu lebih daripada satu nama calon dicadangkan untuk jawatan itu. Baca lagi di sini

Pendedahan Kisah Sebenar Tok Janggut

Posted: 16 Aug 2014 09:25 PM PDT

Mengikut fakta sejarah, Tok Janggut atau nama sebenarnya, Mat Hassan Munas dilahirkan di Kampung Saring, Jeram sebelum dibesarkan di Istana Raja Jeram oleh ayahnya yang juga Panglima Tengku Seri Maharaja Jeram.

 Tok Janggut mempelajari ilmu pendekar daripada Datuk Mingkong Bujur Legeh manakala didikan agama daripada Panglima Munas sendiri.

 Semangat menentang penjajah mendapat sokongan cicit pengasas kerajaan Kelantan iaitu Tengku Besar Jeram.

 Kehadiran sekumpulan pejuang dari Pahang yang menjadi buruan Inggeris pada 1890-an sebelum bersembunyi di Jeram turut menyemarakkan semangatnya menentang penjajah.

 Antara paling sensitif ialah pengenaan cukai kepala RM1 seorang setahun, pokok buah-buahan tiga sen setahun, kelapa tiga sen setandan dan sireh lima sen sejunjung.

 Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram diambil alih seorang pegawai tadbir British dari luar Kelantan dikenali sebagai Latiff bagi menggantikan Tengku Besar.

 Pertelingkahan mengenai cukai dan urusan pengutipan cukai terlalu lambat sehingga berlarutan tiga hari menyebabkan Tok Janggut enggan membayar cukai sebelum Latiff mengarahkan satu pasukan polis diketuai Sarjan Sulaiman atau Che Wan bertolak ke Kampung Tok Akib bagi menemui Tok Janggut pada 29 April 1915.

 Dalam pertemuan itu, pergelutan berlaku yang menyaksikan Che Wan terbunuh, menyebabkan Tok Janggut dan pengikut setianya semakin bersemangat untuk 'menyerang' Latiff di Pasir Puteh.

 Namun, Latiff meloloskan diri ke Kota Bharu sebelum bantuan ketenteraan dari Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dihantar ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915.

 Pertempuran sengit berlaku di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh pada 25 Mei 1915 menyaksikan kebangkitan Tok Janggut, menyebabkan Sultan Kelantan pada masa itu merasai dirinya terancam, selain menganggap pejuang kemerdekaan itu sebagai penderhaka.


 Bagaimanapun, Tok Janggut menemui ajal dalam pertempuran di Kampung Pupuh sebelum mayatnya dibawa ke Kota Bharu menggunakan kereta lembu yang memakan masa satu hari.

 Selepas digantung secara tergantung daripada kaki ke bawah selama beberapa hari di depan istana di Padang Bank atau Padang Merdeka, mayat Tok Janggut akhirnya dikebumikan di hilir Pasir Pekan.


Ini BUKANnya jasad Tok Janggut, Haji Mat Hassan Bin Munas, tetapi jasad askar sikh yang terkorban semasa Perang Pasir Puteh, Tok Janggut telah diselamatkan Mat kelubi dan dilarikan ke Gua Musang dalam keadaan cedera.

 Tok Janggut terus hidup dengan menggunakan nama Haji Ahmad dan menetap di Panji Kota Bharu Kelantan berkahwin dan mempunyai zuriat , hidup sehingga tahun 1969.


 Perlu kita ketahui bahawa tujuan jasad ini dipamerkan pada masyarakat kota bharu adalag untuk menakutkan orang melayu ketika itu, penting kita tahu kenapa diarakkan sekitar kota bharu sahaja, Kerana orang kota bharu tidak pernah melihat wajah Tok Janggut, hanya mendengar cerita berkaitan perjuangannya sahaja(british gelar pemberontakan).

 Sejarah berkaitan gambar ini perlu diterang jelaskan, bagi mengelakkan aib pada Haji Mat Hassan Bin Munas, dan keturunannya. ~  sumber: cucu cicit Tok Janggut

Tiada ulasan: