Jumaat, 15 Ogos 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Isu Dua Adun PAS : Ia lebih kecil berbanding kesilapan Dr Mohd Zuhdi Marzuki - Ahmad Awang

Posted: 15 Aug 2014 12:56 AM PDT

Bekas ahli majlis syura PAS yang juga bekas anggota jawatankuasa dispilin parti tersebut Ahmad Awang berkata, tindakan dua Adun PAS menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi menteri besar Selangor semalam bukan kesalahan besar dan tidak akan menyebabkan mereka dipecat.

Dalam kes dua Adun itu Ahmad berkata, calon yang mereka sokong adalah ahli Pakatan Rakyat (PR), cuma parti yang masih belum membuat keputusan rasmi sama ada mahu menyokong atau tidak.

  "Ia lebih kecil berbanding kesilapan Dr Mohd Zuhdi Marzuki mencadangkan PAS bergabung dengan semua pihak termasuk Umno dalam kerajaan konsensus nasional di Selangor, yang juga belum dibuat keputusan oleh parti," katanya  di sini

Sebelum ini, Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman memberikan tempoh 24 jam suruh dua Adun berkenaan – Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) minta maaf dan menarik balik sokongan terbuka mereka , sekiranya enggan berbuat demikian, mereka bakal berdepan dengan tindakan disiplin.

Wan Azizah sekadar mencontohi langkah PM Najib sewaktu krisis Perak 2009 ...salahkah?

Posted: 14 Aug 2014 05:00 PM PDT


Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan Pakatan 
Rakyat kembali mempunyai majoriti di DUN Selangor apabila dua orang 
ADUN PAS menyatakan sokongan kepadanya bagi menggantikan
menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim -MK
Nampaknya Dr Wan Azizah terpaksa mengorak langkah  yang lebih berani dalam usaha nekadnya untuk menyelamatkan kerajaan PR di Selangor dan sekali gus menyingkirkan Khalid dari kerusi Menteri Besar Selangor. 

Untuk itu, Wan Azizah  tidak perlu menunggu lama hingga November bila Dewan bersidang atau menunggu keputusan mesyuarat PAS pada 17 Ogos nanti. PR perlu bertindak segera dari terus membiarkan kemelut di Selangor berlanjutan.

Sebagaimana menurut pakar-pakar perundangan, anggota Dewan Undangan Negeri hanya perlu membuktikan bila-bila masa sahaja bahawa Khalid tidak mempunyai sokongan majoriti ahli dewan.

Sama ada melalui dewan atau sebaliknya, kumpulan PR telah memilih melakukannya diluar dewan, persis sebagaimana yang PM Datuk Seri Najib Razak pernah lakukan di Perak pada 2009. Tentu ramai yang masih ingat.

PM Datuk Seri Najib Razak mengadap Sultan Perak, bersama-sama dengan 31 ADUN termasuk 3 katak yang menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai keyakinan terhadap MB PR Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Umno/BN menumbangkan PR di Perak melalui cara di luar dewan dengan pertolongan 3 ADUN PR yang melompat menyebelahi mereka.

Maka oleh itu, 2 ADUN PAS iaitu Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) terpaksa melakukan 'harakiri' dengan menyatakan sokongan mereka kepada Wan Azizah bersama-sama 15 ADUN DAP dan 13 ADUN PKR untuk membantu menjadikan Wan Azizah disokong oleh 30 orang ADUN berbanding Khalid Ibrahim yang disokong oleh 26 orang ADUN sahaja.

Dengan keadaan itu, barulah membolehkan Wan Azizah mampu untuk menyatakan rasa hilang percaya mereka kepada Khalid Ibrahim sebagai menteri besar..

Wan Azizah dilaporkan telah mengutus satu surat kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor pada jam 11.30 pagi kelmarin untuk memohon menghadap dan mempersembahkan sokongan majoriti untuk perkenaan DYMM Tuanku seperti yang diperuntukkkan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri

Beliau juga telah memohon untuk mendapatkan pandangan DYMM Tuanku Sultan Selangor sekiranya ada keperluan bagi YB Speaker memanggil sidang Dewan Negeri Selangor untuk memuktamadkan proses pertukaran YAB Menteri Besar. Baca di sini

Tiada ulasan: