Khamis, 14 Ogos 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Cer tengok lawak bodoh PAS Selangor .....

Posted: 14 Aug 2014 07:08 AM PDT

PAS Selangor memberikan tempoh 24 jam kepada dua wakil rakyatnya yang menyatakan sokongan terbuka kepada Datuk Seri Wan Azizah Ismail untuk meminta maaf dan menarik balik pendirian itu.

 Tuntutan itu dibuat ekoran tindakan itu dianggap membelakangi parti yang belum membuat keputusan sempena menunggu mesyuarat jawatankuasa pusatnya pada Ahad ini.

 "Tindakan dua ADUN (anggota Dewan Undangan Negeri) PAS di Selangor yang membelakangi pendirian parti amatlah serius dan kita akan bertindak.

"PAS Selangor memberi tempoh 24 jam untuk menarik balik pendirian dan tindakan yang dibuat atau menghadapi konsekuensi tindakan," kata setiausaha PAS negeri Mohd Khairuddin Othman (gambar). Baca sepenuhnya DI SINI

Lawak sungguh PAS Selangor jadinya.Bila orang lain buat kelaku ikut Presiden dan MSU, dianggap membelakangi parti. 

Presiden buat kenyataan menyokong Khalid tanpa menunggu keputusan mesyuarat jawatankuasa pusatnya pada 17 Ogos Ahad ini, tak mengapa. Disokong pulak oleh MSU, tak apa juga. Disokong pula oleh Gengster Ustaz juga dengan melakukan Solat Hajat di kediaman resmi Menteri Besar, juga tak mengapa....nampak OK semuanya kepada PAS Selangor

Tiba-tiba bila 2 Adun PAS, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) hari ini tampil menyatakan sokongan terhadap Azizah, tup-tup macam-macamlah songelnya. Terhegehlah nak buat kenyataan mengecam dan mengugut!

Memberikan tempoh 24 jam suruh tarik balik sokongan terbuka mereka itu merupakan satu ugutan. Apa tindakan akan diambil kepada 2 Adun tersebut yang hanya mencontohi kelaku Haji Hadi? Bukan Lawak bodoh kah semua ini?

Walau apapun aku puji Ketua Pemuda Suhaizan Kaiyat yang jemput mereka untuk memberikan penjelasan sebenar mereka. 

2 Adun PAS memilih untuk menghormati keputusan muktamar PAS

Posted: 14 Aug 2014 01:26 AM PDT


Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta supaya semua ahli mematuhi arahan dan tidak membuat sebarang keputusan yang membelakangi parti.

 Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan dua ADUN PAS,  Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) menyokong Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor hari ini. Beritanya di sini

Beliau tidak pula melarang 4 exco PAS dari menyokong Khalid yang telah dipecat oleh PKR kerana tidak mematuhi arahan parti tersebut.

Dua Adun PAS itu tentu pening dan keliru, samada mahu mencontohi perangai Khalid yang engkar arahan partinya, atau nak ikut cakap Tuan Ibrahim? Kah! Kah!

Kalau ikut cakap Tuan Ibrahim, akhirnya mereka kena juga ikut cakap Khalid yang tidak mahu ikut cakap partinya hingga kena pecat! 

Akhirnya 2 Adun PAS tersebut mengambil keputusan yang tepat dan bijak. Mereka memilih untuk menghormati keputusan muktamar PAS yang sudah diputuskan melalui tiga muktamar PAS yang berturut-turut agar hubungan dalam Pakatan Rakyat diperkukuhkan. 

Untuk terus bersama dengan Pakatan Rakyat bukannya diputuskan oleh beberapa individu sahaja. Ia diputuskan oleh keputusan kolektif pimpinan PAS dan diperkuatkan melalui Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung selepas pilihanraya umum 2008. 

Isu MB Selangor : Apa kata Mat Sabu, Khalid Samad dan Mujahid Yusof Rawa....

Posted: 13 Aug 2014 09:00 AM PDT


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, "Bagaimana kita (PAS) boleh menyokong Khalid apabila beliau tidak lagi dalam PKR?". 

"Beliau adalah seorang menteri besar Bebas sekarang. Tak ada isu lagi untuk kita menyokong Khalid," katanya ketika ditemui di Pulau Pinang hari ini.

Untuk ini, Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu , berkata, "Sudah pasti kita bersama dengan Pakatan." 

 "Ia adalah wajib bagi kita untuk bersama Pakatan. Kita tidak boleh lari daripada ini. 

 "Kita akan rugi jika kita berpecah dari Pakatan," katanya, merujuk kepada kerjasama dimanfaatkan dengan sekutunya DAP dan PKR terutamanya semasa pilihan raya kecil sejak 2008.

 "Ada pendapat peribadi tertentu yang mengatakan sebaliknya tetapi itu masih pendapat peribadi mereka, kepimpinan adalah komited kepada Pakatan," katanya di sini

PAS SUDAH BERI CUKUP MASA KPD KHALID

Sementara itu MP PAS Khalid Samad berkata parti itu sudah memberi masa secukupnya untuk Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berundur.

"Beliau tidak setia pada Pakatan Rakyat dan apabila (Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin) menyokongnya tanpa belah bagi, menyebabkan timbul lebih banyak tanda tanya.

 "Jadi, walau (PKR dan DAP) marah dan cuba menekan PAS agar membuat keputusan lebih awal, saya percaya perkembangan yang berlaku kini akan membantu kami membuat keputusan yang betul," katanya dalam satu sidang media di sini 


Siapa Khalid? Mengapa dia begitu istimewa?

 Sebelum ini, Mujahid Yusof Rawa, seorang AJK PAS Pusat telah berkata, "Menukar seorang MB adalah satu biasa. Mungkin akan ada lebih banyak kes-kes atau cabaran seumpama itu pada masa akan datang. Malah, parti itu tidak memerlukan sebab untuk mengeluarkan Khalid. Ia adalah dalam kuasa parti itu untuk melakukannya. 

 "Siapa Khalid? Mengapa dia begitu istimewa? Kita telah melihat Menteri Besar datang dan pergi. Ia tidak boleh dianggap sebagai sesuatu yang istimewa atau mengejutkan," katanya di sini

Apakah Khalid Matlamat kita atau menumbangkan Umno?

Posted: 13 Aug 2014 04:00 AM PDT


Pakatan adalah kerajaan di Selangor. Khalid tidak berparti untuk mengepalai eksekutif! Dia bukan ahli dari mana-mana parti dalam Pakatan.

 Malulah kamu wahai Khalid! Kamu tidak ada maruah diri dan hanya mempamerkan dendam kesumat apabila memecat exco!

 Kerajaan yang dipilih adalah Pakatan. Kamu bukan dari Pakatan! Menyokong Khalid bermakna bermusuh dengan Pakatan! Dan ini hanyalah memanjangkan lagi hayat kumpulan rasis Melayu – Umno!

 Hanya dengan seorang Khalid, perlukah Pakatan dikorbankan? Begitu mudah untuk meruntuhkan suatu pemuafakatan yang pada mulanya dulu begitu bersusah payah untuk dibina.

 Sesudah mengharungi perjuangan yang pahit dan getir di Kelantan, Penang dan Selangor bersama rakyat , sama-sama memahami denyut nadi penderitaan rakyat bangsa Malaysia yang tertindas, tetapi akhirnya kecundang hanya kepada seorang egois. 

Umno hanya senyum tanda menang! Bahawa, tiada satu parti mampu untuk memerintah Malaysia! Jika anda tidak gemar kopi sebaliknya sukakan teh, janganlah jadi bodoh dengan memecahkan cawan yang ada ditangan kamu!

 Rakyat memerlukan Malaysia yang lebih permai.Tentunya Umno tidak dapat memberikannya. Perkukuhkanlah Pakatan, bukan Umno! Apakah Khalid yang seorang itu lebih penting dari Pakatan dan rakyat berbilang bangsa?

 Untuk menentang sikap rasis, melampau, kapitalis, kroni, rasuah, ketirisan, pembaziran, penyalahgunaan kuasa dan wang rakyat atau adakah kita sedang menghulurkan Jeket Keselamatan kepada Umno untuk PRU 14 nanti?

 Demi kepentingan rakyat yang tertindas dengan kenaikan harga barangan dan GST, selamatkanlah Pakatan!

 Khalid bukan matlamat perjuangan kita, matlamat kita adalah untuk menumbangkan Umno dalam PRU 14 kelak!

 Tetapkan pendirian dan tumpuan dan terus bersatu bersama Pakatan, bukan bersama Khalid sipengkhianat itu!

 Terbukti jelas Khalid bukan untuk rakyat tetapi seorang yang pentingkan diri sendiri.Dia telah dipilih oleh rakyat melalui Pakatan. Hanyalah dia, Khalis seorang ini sahaja dalam dunia yang menjadi Menteri Besar atau Ketua Menteri tanpa mempunyai parti!

 Dalam masa yang sama, UMNO, PEKASAM , ISMA dan JATI mengorak senyum penuh tersimpul kepada PAS. Tunggulah langkah silap seterusnya yang akan menumbangkan Pakatan dalam PRU14 nanti. Oleh :  Nash Ar-Rawy

Pakar: Tindakan pecat exco ikut undang-undang

Posted: 13 Aug 2014 02:00 AM PDT

Pakar Perlembagaan Abdul Aziz Bari berpendapat bahawa tindakan menteri besar Selangor memecat enam orang anggota exco masih mengikut undang-undang kerana ia selari dengan amalan sistem Westminster.

Beliau mengulas pandangar profesor undang-undang Gurdial Singh Nijar yang berkata tindakan Khalid semalam yang memecat exco PKR dan DAP berkuatkuasa serta merta adalah tidak sah .

"Tindakan memberi kuasa (memecat anggota exco) di sini bercanggah dengan konsep kerajaan bertanggungjawab dan tidak demokratik," katanya dalam kenyataan kepada Malaysiakini di sini

Persoalan Hutang MB Selangor

Posted: 12 Aug 2014 11:30 PM PDT


 Setelah saya mendengar video penjelasan Azrul Azwar (AA), saya menjadi lebih keliru dengan alasan yang diberikan, Pertama sekali penjelasan AA sama sekali tidak menjawab persoalan pokok yang sebenar tetapi menimbulkan pula keraguan-keraguan lain yang pelik dan menghairankan.

 AA mengatakan bahawa Bank Islamlah yang mula-mula menawarkan penyelesaian luar mahkamah kepada TSKI. Apa masalah jika Bank Islam yang mula-mula menawarkan penyelesaian luar mahkamah? Ini bukanlah satu isu pun kerana Bank Islam memang terdedah dengan risiko reputasi jika perbicaraan ini berlangsung sehingga peringkat rayuan mahkamah yang terakhir.

 Apa yang penting di sini ialah hutang TSKI memang diakui. Jadi memang benarlah beliau berhutang.

 Cerita hutang ini sampai ke peringkat yang pelik apabila AA menyebut perihal sebuah insitusi kewangan Islam dari Timur Tengah (Tidak disebut nama, tetapi di dalam ringkasan penjelasan ada disebut bahawa institusi itu adalah Bank Al-Rajhi. Bank utama dari Timur Tengah yang beroperasi di Malaysia hanyalah Bank Al-Rajhi dan Kuwat Finance House (KFH). Maka kalau tidak Al-Rajhi, mestilah KFH.)

 Bank dari Timur Tengah ini didakwa telah menawarkan pertolongan untuk membantu menyelesaikan hutang TSKI dengan TSKI hanya perlu membayar sedikit sahaja hutangnya kepada Bank Islam.

 AA menyebut bahawa kontrak Bai' Bithaman Ajil (BBA) berasaskan kontrak Bai' al-'Inah ditolak oleh bank-bank Islam Timur Tengah dan hanya diterima di rantau nusantara ini sahaja. AA juga menyebut bahawa Bank Negara Malaysia memang cuba untuk mengurangkan aplikasi BBA yang selama ini mendominasi pasaran pembiayaan berteraskan Syariah di Malaysia. Seterusnya AA mendakwa bank Timur Tengah ini ingin menyelamatkan BBA kerana bank ini ingin 'menghidupkan' semula BBA.

 Persoalan saya kepada AA ialah:

 1. Jika bank Timur Tengah itu sendiri mengharamkan Bai' al-'Inah yang menjadi asas kontrak BBA, kenapa pula bank yang sama ingin menyelamatkan kontrak BBA? Bertambah pelik pula di kala Bank Negara sendiri ingin 'menjauhkan diri' dari BBA, bank Timur Tengah itu pula ingin berjinak-jinak dengan BBA?

 2. Sepatutnya jika kontrak Bai' al-'Inah diharamkan (risiko ini ada jika TSKI berjaya dalam hujahannya bahawa Bai' al-'Inah yang diamalkan di Malaysia tidak patuh Syariah), bukankah itu berita baik untuk bank Timur Tengah ini kerana kontrak-kontrak pembiayaannya akan terselamat dan para pelanggan akan pergi ke banknya untuk memohon pembiayaan? Kenapa pula bank ini 'terhegeh-hegeh' ingin menyelamatkan kontrak BBA? Adakah ini satu bentuk khidmat negara atau ada arahan dari mana-mana pihak untuk menyelamatkan kontrak BBA? (atau menyelamatkan TSKI?) Tanyalah sesiapa pun pengamal industri kewangan Islam, penjelasan ini langsung tak masuk akal.

 3. Siapakah TSKI yang begitu istimewa sehingga boleh dibantu sedemikian rupa oleh bank Timur Tengah itu? Adakah kerana beliau MB Selangor?

 4. Jika bank Timur Tengah ini menolong TSKI untuk menjelaskan hutang kepada Bank Islam, ini bermakna TSKI berhutang pula dengan bank Timur Tengah (saya beranggapan mustahil bank Timur Tengah ini membayar hutang TSKI secara percuma). Secara logiknya juga, bank manakah yang begitu dungu ingin memberi pembiayaan kepada seseorang yang memang liat membayar hutang? Jumlah hutangnya bukan RM60,000, bukan RM600,000, bukan juga RM6 juta, tapi RM60 juta! Ini bukannya penyelesaian hutang, tapi berhutang lagi untuk membayar hutang, atau istilah popularnya "gali lubang tutup lubang". Berapa pula baki hutang yang perlu dibayar oleh TSKI kepada bank Timur Tengah ini, sekiranya keseluruhan cerita yang dibawa oleh AA ini benar?

 Pada akhirnya, hakikat keberhutangan TSKI bukan saja tidak selesai malah masuk ke fasa baru yang lebih menimbulkan tanda tanya. Alasan bahawa TSKI tidak boleh bercerita banyak kerana beliau telah menandatangani Non Disclosure Agreement (NDA) iaitu perjanjian untuk tidak mendedahkan penyelesaian luar mahkamah adalah tidak boleh diterima sama sekali kerana TSKI adalah penjawat awam yang mempunyai akauntabiliti kepada rakyat. Beliau wajib memberi penjelasan terhadap masalah hutang beliau kepada rakyat.

 Isu TSKI ingin menyaman Permodalan Nasional Berhad (PNB) juga ada disebut sepintas lalu oleh AA tetapi tidak dijelaskan pula apakah status saman terhadap PNB itu? Cerita saman PNB langsung tidak dijawab.

 Saya ingin sekali mendengar penjelasan dari TSKI mengenai hutang beliau tapi sehingga kini kita semua ternanti-nanti apakah cerita sebenarnya.

 Diharap orang-orang yang rapat dengan TSKI boleh menjawabnya. – 13 Ogos, 20149 - Baca sepenuhnya  di sini

Amaran Husam jika PAS keluar Pakatan Rakyat

Posted: 12 Aug 2014 09:00 PM PDT

Jika PAS keluar Pakatan Rakyat, parti itu memerlukan tiga dekad bagi membetul dan meyakinkan orang terhadap parti itu seperti yang mereka kecapi ketika ini, tegas Naib Presidennya Datuk Husam Musa.

 Menulis dalam laman Facebooknya semalam, Husam berkata ia merupakan pengalaman yang dilaluinya sewaktu beliau muda yang mana ketika itu PAS bersendirian dan keluar daripada BN lewat tahun 1970-an.

 "Saya muda masa tu, lihat seolah PAS tak ada masa depan. Bertanding kalah, Kelantan yang kuat pun tinggal dua kerusi. Tapi yakinlah bahawa Syed Qutb pernah sebut; al-Mustaqbal fi hadzad deen (masa depan hanyalah untuk Islam).

 "Sekarang dah berbeza, kita jauh lebih baik dari dahulu. Tapi kalau ada yang kata keluar PR (Pakatan Rakyat) lebih baik saya tak tahu la. Saya dah berumur, tak ada masa nak patah ke belakang, dan buat salah dan perbetul balik.

 "Tapi jika ada adik-adik atau anak muda yang rasa lebih baik PAS keluar PR, saya tak pasti. Percayalah kita perlu 30 tahun nak betulkan dan yakinkan semula orang ikut PAS. Pada saya situasi sekarang lebih baik," katanya.

 Beliau mengulas berhubung spekulasi Pakatan akan pecah dan PAS akan meninggalkan gabungan parti pembangkang itu ekoran krisis menteri besar yang semakin meruncing.

 Hanya PAS dan wakil rakyat dalam DUN Selangor yang masih belum membuat keputusan sama ada menyokong Khalid untuk kekal sebagai menteri besar. SUMBER

'PAS PELAWA ABDUL KHALID KEAHLIAN PARTI' ADALAH TIDAK BENAR

Posted: 12 Aug 2014 06:12 PM PDT

[admin] LAPORAN PORTAL ONLINE MSTAR 'PAS PELAWA ABDUL KHALID KEAHLIAN PARTI' ADALAH TIDAK BENAR

 Laporan berita yang berkait dengan YAB Menteri Besar Kelantan merangkap Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) dibawah tajuk 'PAS Pelawa Abdul Khalid Keahlian PAS' sebagaimana yang dilaporkan oleh portal online mstar adalah tidak tepat sama sekali. Laporan akhbar tersebut boleh dirujuk di: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/08/10/pas-terima-khalid/

Perenggan kedua laporan mstar yang menyatakan 'Menteri Besar Kelantan memberitahu pintu keahlian PAS sentiasa terbuka untuk Abdul Khalid yang dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada hari sabtu kerana masalah disiplin' dengan disebut sedutan ucapan beliau yang berbunyi " terpulanglah kepada beliau jika ingin menyertai PAS selepas ini kerana telah dipecat PKR" adalah tidak benar sama-sekali.

 Sebaliknya YAB Pemangku Ketua DUPP hanya menyatakan " itu kita tidak boleh nak komen, itu hak dia" apabila ditanya tentang masa depan politik Tan Sri Khalid selepas ini. Dalam menjawab soalan kepada wartawan pada tengahari tadi di Perdana Resort ketika menghadiri majlis hari raya Aidilfitri Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) beliau hanya menekankan agar masyarakat dan ahli PAS bertenang supaya dapat mewujudkan suasana terbaik dalam kemelut yang melanda Selangor dan ujarnya " DUPP sendiri kembali kepada tarikh mesyuarat PAS Pusat yang akan berlangsung pada 17 ogos 2014 nanti dan kita tunggu apa yang diputuskan nanti" ujar beliau lagi "apa yang berlaku di Selangor kini adalah satu 'exercise' bagi membina kematangan berpolitik".

 Beliau yang juga anggota Majlis Syura Ulamak PAS (MSU) menegaskan bahawa ahli PAS perlu menghormati MSU yang merupakan badan tertinggi parti dan sentiasa memantau perjalanan PAS agar seiring dengan dasar dan prinsip PAS.

 Beliau juga menyatakan bahawa Dewan Ulamak PAS Pusat tidak pernah membincangkan tentang urusan pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagaimana yang tersiar dalam berita headline TV3 pada jam 8 malam tadi. Apa yang dinyatakan ialah perbincangan tentang hal tersebut akan dibincang dalam mesyuarat PAS Pusat dan MSU telah membincangkan hal ini, boleh jadi mereka yang melaporkan tersebut keliru antara Dewan Ulamak dan Majlis Syura Ulamak.

 Disediakan: Mohd Asri Mat Daud
 ~Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan Merangkap Bendahari Dewan Ulamak PAS Pusat 
~Bertarikh 14 Syawal 1435/ 10 Ogos 20149 
~ Sumber FB Datuk Ahmad Yaakub

Tiada ulasan: