Ahad, 10 Ogos 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Jangan terkejut : PAS pernah buat cadangan lebih pelik dari ini...

Posted: 10 Aug 2014 03:26 PM PDT

Lim Kit Siang yang selama ini senyap sepi tidak membuat apa-apa kenyataan mengenai isu MB Selangor, kini telah naik hangin (sedikit) gara-gara ada  cadangan Khalid masuk PAS atau DAP supaya PAS atau DAP boleh kekal jawatan MB Selangor.

Namun ramai yang merasakan LKS sebenarnya membidas kenyataan Mat Yakob, MB Kelantan yang membuat  kenyataan yang tidak sepatutnya.

Tak tahulah pula samada Mat Yakob turut  menawarkan kerusi MB Kelantan kepada Khalid kalau Khalid setuju masuk PAS. Apakah langkah tersebut pelik?

Apa yang nak dipelikan sangat ? Sebelum ini, PAS pernah buat cadangan lebih pelik dari ini. PAS pernah menawarkan Tengku Razaleigh Hamzah jadi PM Malaysia, walaupun tidak pernah pelawa Ku Li masuk PAS. Hee! Hee! 


cadangan sinis di FB menyindir Mat Yakob
Untuk jadi MB Selangor, sorilah, DAP sudah menyatakan sokongannya kepada PKR untuk menggantikan Khalid dengan Wan Azizah. 

PAS jangan marahkan DAP kerana sokong PKR dalam isu ini. Dulu DAP sokong PAS jadi MB di Perak yang tidak pernah PAS Perak impikan sebelumnya dan PKR terpaksa gigit jari ketika itu.

Tindakan tidak bermaruah tawar Khalid sertai parti, kata Kit Siang

Jangan cuba tarik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Ini bukan permainan nombor, penasihat DAP Lim Kit Siang memberi amaran kepada rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) supaya tidak menangguk di air keruh.

 Katanya, tindakan mengambil kesempatan atas krisis tersebut dengan menawarkan Khalid yang dipecat PKR menyertai parti lain dalam PR, tidak berpendirian dan tidak bermaruah.

 "Ia sangat menjengkel dan menjijikkan untuk sesiapa yang mengambil kesempatan dalam krisis menteri besar dengan melayan cadangan Khalid masuk PAS atau DAP supaya PAS atau DAP boleh mendapat jawatan tersebut, sekiranya Khalid terus menjadi menteri besar," kata Lim.

 Ahli parlimen Gelang Patah itu dalam satu kenyataan hari ini berkata tindakan tersebut tidak berprinsip dan menghormati konsep kesepakatan dalam PR.

 "Tiada parti politik atau pemimpin politik yang dihormati akan menimbang cadangan hina itu," katanya.

 Lim sebaliknya mahu pemimpin PR menumpukan kepada usaha untuk memulih dan menyakinkan semula rakyat susulan krisis yang berlaku di Selangor.

 "Cabaran yang paling besar dihadapi PAS, PKR dan DAP adalah untuk mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat kepada Pakatan," katanya.

 Lim bagaimanapun sedikit lega apabila ketiga-tiga rakan dalam PR menyatakan komitmen untuk kekal dalam gabungan tersebut walaupun selepas Khalid dipecat.

 "Saya bersyukur ketiga-tiga parti komponen PR menyatakan komitmen kekal bersama walaupun selepas pemecatan Khalid daripada PKR semalam," katanya.

 Menurut Lim, krisis di Selangor yang dihadapi ketika ini adalah terburuk dihadapi Pakatan.

 "Sama ada Pakatan boleh terselamat dan selesaikan krisis menteri besar dengan cepat bergantung kepada integriti politik dan saling hormat-menghormati dalam Pakatan," katanya.

 PKR terpaksa mengambil langkah memecat Khalid selepas usaha mereka mendesak menteri besar dua penggal itu berundur gagal. DAP sudah menyatakan sokongan kepada PKR untuk menggantikan Khalid dengan presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, bagaimanapun PAS belum ada keputusan rasmi. Kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob yang mempelawa Khalid masuk PAS selepas dipecat dilihat sebagai petanda tidak baik.

 Bagaimanapun, kepimpinan PAS pusat berbeza pandangan dengan kepimpinan ulamanya yang seolah-olah tidak bersetuju dengan pemecatan Khalid.

 Khalid juga bertegas masih menteri besar Selangor yang sah dan menunggu keputusan daripada Sultan Selangor yang bakal diputuskan dalam mesyuarat esok. – 10 Ogos, 2014. - SUMBER

Isu Khalid : Apa kata Mustafa Ali?

Posted: 10 Aug 2014 03:22 AM PDT

Khalid sudah tidak ada parti.Dia sekarang adalah adun bebas. PKR melantiknya kerana dia ahli PKR. Sekarang bukan lagi....

Apakah dia sebagai ahli bebas layak mengepalai kerajaan Pakatan Rakyat?


 PAS akan terubersama Pakatan Rakyat


 KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan parti itu akan terus bersama dengan Pakatan Rakyat.

 Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada tindakan PKR memecat keahlian Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada parti itu, semalam.

 Sehubungan itu, beliau mengingatkan kepada semua peringkat kepimpinan parti, ahli dan para penyokong supaya bertenang dalam menghadapi konflik politik yang sedang di Selangor kini.

 "Kepimpinan PAS sedang berada di tengah-tengah isu ini dan menangani isu ini secara berhemah, cermat dan bijaksana bersama-sama dengan kepimpinan Pakatan Rakyat yang lain," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

 Beliau juga menjelaskan bahawa keempat-empat Exco Kerajaan Selangor daripada PAS akan terus berkhidmat dan berfungsi kerana kerajaan negeri masih wujud.

 Mereka terdiri daripada Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad (Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar), Adun Sabak, Sallehen Mukhyi (Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian, Pembangunan Desa), Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali (Pendidikan dan Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan) dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi (Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam). -  HARAKAHDAILY 10/8/2014

Tidak praktikal bagi MB tidak berparti menerajui Selangor

Posted: 09 Aug 2014 10:55 PM PDT

Tanda-tanda adalah jelas bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim yang dipecat dari PKR tidak lagi boleh kekal sebagai Menteri Besar Selangor, kata seorang ahli akademik yang pakar dalam undang-undang Malaysia.

 Undang-undang Universiti Malaya pensyarah Profesor Gurdial Singh Nijar berkata pemecatan itu menunjukkan parti itu hilang keyakinan terhadap Khalid sebagai ketua eksekutif kerajaan.

 Beliau berkata perlembagaan menyatakan Sultan melantik seseorang sebagai Menteri Besar yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti dalam badan perundangan negeri.

 Tetapi, banyak amalan dalam demokrasi berparlimen Malaysia dimodelkan mengikut sistem Westminster.

 "Pada hakikatnya, Menteri Besar yang dilantik dari parti atau pakatan yang mempunyai kerusi majoriti dalam rumah itu," katanya kepada The Malaysian Insider.

 Nijar berkata kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar adalah tidak dapat dipertahankan kerana PKR, yang ada dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR) , menarik balik sokongan mereka dengan memecat beliau daripada parti.

 Beliau berkata adalah perjanjian di antara ahli-ahli gabungan PR (PKR, PAS dan DAP) bahawa MB Selangor datang dari PKR.

 "Ini adalah gabungan yang telah mencalonkan beliau untuk menjadi MB. Dengan pemecatannya oleh PKR, dengan sambungan kita boleh mengambil ia bahawa PR juga telah hilang keyakinan terhadap Khalid," katanya.

Nijar juga berkata Perdana Menteri Malaysia sentiasa datang dari Umno, parti dominan dalam Barisan Nasional (BN).

"Perdana Menteri tidak boleh kekal di pejabatnya apabila partinya menyingkirkannya atau menarik balik sokongan mereka terhadap beliau," katanya kepada The Malaysian Insider.

 Beliau berkata menteri Besar Selangor Allahyarham Datuk Harun Idris meletakkan jawatannya pada tahun 1976 sebaik sahaja dia kehilangan keyakinan dari Umno.

 Nijar kata Khalid kini tidak mempunyai pilihan tetapi untuk meletak jawatan bersama-sama dengan majlis exconya. 

"Ia tidak dapat dipertahankan untuk Khalid kekal sebagai 'MB bebas'  apabila ahli-ahli majlis exconya adalah dari gabungan majoriti," katanya, sambil menambah bahawa ia akan menjadi amat sukar untuk menjalankan pentadbiran negeri.

 Nijar kata Khalid juga boleh menasihati Sultan untuk membubarkan dewan untuk mengadakan pemilihan serta merta, tetapi pemerintah mempunyai budi bicara untuk menolak permohonan tersebut.

"Bagaimanapun, perlu ada asas bagi pemerintah mengakui bahawa Khalid telah kehilangan sokongan majoriti dan dia juga boleh melantik calon lain sebagai MB untuk mentadbir kerajaan."

 Atau, PR juga harus segera membuat perwakilan kepada sultan bahawa Khalid tidak menikmati keyakinan gabungan itu, katanya.

 Beliau berkata adalah tidak praktikal bagi Khalid untuk mengadakan mesyuarat DUN untuk menguji sama ada ia menikmati sokongan daripada majoriti wakil rakyat apabila beliau tidak lagi dipunyai oleh mana-mana pihak.

"Saya tidak boleh fikir seseorang yang bebas yang telah berjaya mengetuai kerajaan dengan menterinya yang bergabung dengan parti-parti politik."

 Khalid telah menghadapi tekanan yang semakin meningkat daripada kepimpinan PKR untuk meletak jawatan atas cara beliau mengendalikan hal ehwal Selangor.

Ini termasuk pengurusan sumber air negeri , lebuh raya Kidex dan  rampasan Alkitab dalam Bahasa Melayu dan Iban oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). 

Pada hari Selasa, beliau telah diberikan surat tunjuk sebab oleh PKR kerana menentang keputusan parti untuk menggantikan beliau dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

 Khalid juga enggan hadir di hadapan jawatankuasa tatatertib parti dan majlis tertinggi parti itu memecat beliau petang kelmarin. - TMI

Pecat Khalid: Pemimpin, ahli PAS diminta bertenang

Posted: 09 Aug 2014 06:02 PM PDT

HARAKAHDAILY| 09 Ogos 2014. KUALA LUMPUR: Para pemimpin dan ahli PAS diminta bersabar dan bertenang berhubung tindakan PKR memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.

 Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata para pendukung parti perlu menunggu arahan daripada pemimpin utama berhubung perkara itu.

 Beliau juga menyeru para pemimpin parti supaya tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan.

 "Ahli-ahli PAS juga diingatkan agar tidak menyertai jika ada mana-mana himpunan atau demo yang dianjurkan sama ada pihak yang menyokong atau menentang keputusan pemecatan itu," ujarnya kepada Harakahdaily sebentar tadi.

 Katanya, ahli-ahli PAS perlu mengambil iktibar suasana yang pernah berlaku di Kelantan apabila berlaku demonstrasi dalam kalangan anggota parti yang menyebabkan pihak lawan mengambil kesempatan.

 Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berpandangan kemelut yang berlaku itu boleh diselesaikan secara keluarga dalam kalangan pemimpin PKR. - HARAKAHDAILY 9/8/2014

Tiada ulasan: