Isnin, 14 Julai 2014

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Dun penentu nasib Abdul Khalid Ibrahim

Posted: 14 Jul 2014 09:10 PM PDT

Dun penentu nasib Abdul Khalid Ibrahim. Ada yang pada mulanya menafikan kelemahan Khalid. Khalid macam superpower tak buat salah.Bila dah lama baru faham.

Aku pun sekupang tak dapat kalau Khalid jatuh ka Azmin naik ka...bukan sekupang sediut pun tarak.Cuma tak mau dengar ada lagi yang bakal tumbang kalau tak dengar nasihat.

Politik apa nak heran...kalau DSAI pun kena tibai bagai.Tu pencetus gelombang Reformasi , tu manusia yang mencerdik kan sebahagian umat Melayu yang bengong lagi dan jahil dalam Umno. Sokong buta tuli. Ini kan pula jawatan Menteri Besar.......sudah laaa.... selesaikan lah elok elok...kata parti orang cerdik pandai. Jadi selesai la cara cerdik pandai...

KEMELUT pertukaran Menteri Besar (MB) di Selangor semakin rumit dan menimbulkan krisis besar politik dalam negeri ini.

Berbagai desakan dan pihak terutamanya dalam kalangan ahli PR mahukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan berikutan kepimpinannya semakin dipersoalkan dalam rakan partinya sendiri.

Namun begitu, desakan itu bukanlah sesuatu yang mudah kerana masih banyak faktor perlu diambil kira sebelum mendesaknya meletak jawatan. Salah satu proses tersebut adalah menerusi Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 yang memungkinkan beliau meletak jawatan atau mengheret pihak istana dalam kemelut ini.

 Dr Abdul Aziz Bari menyentuh undang-undang tubuh dalam pelantikan menteri baru dan krisis politik di Selangor.

Boleh Dr jelaskan sejauh mana peranan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 dalam pelantikan MB?

DR ABDUL AZIZ : Semua Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri di bawah negara Komanwel adalah sama dari segi pelantikannya dan cuma nombor dalam undang-undang tubuh itu yang berbeza. Mungkin terdapat perbezaan sedikit apabila membaca syarat undang-undang tubuh ini seperti di negeri beraja terkandung syarat iaitu menteri besar itu mesti Melayu dan Islam. Namun begitu, dari segi syarat jantina tiada disebutkan.

Ini bermakna, jika ada cadangan untuk calonkan Adun Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ibrahim jadi MB,  perkara ini tiada masalah. Mungkin dari pihak istana tidak perkenan dengan calon tetapi dari sudut perlembagaan undang-undang tubuh, perkara ini dibenarkan. Ia tidak seperti raja di mana syaratnya adalah lelaki tetapi dalam jawatan politik, ia tiada masalah.

Apa yang akan menjadi sekatan kepada pelantikan ini?

DR ABDUL AZIZ : Dalam perkara ini, sekatan mungkin dari segi syarat bangsa dan agama tetapi paling penting calon adalah seorang Adun negeri. Kalau di tempat lain, syarat Melayu dan Islam ini tidak disebutkan berbanding di sembilan negeri yang mempunyai raja dan merupakan sejarah. Tetapi, sebelum zaman merdeka, lantikan ini adalah lantikan peribadi oleh sultan.

Bagaimanapun, bila berlakunya pihak istana meminta tiga nama calon maka kita sudah kembali kepada zaman lama. Ingin saya tegaskan bahawa pihak istana tidak boleh campur tangan dalam menentukan apa yang di suka atau tidak dan tidak boleh menentukan syarat. Walaupun kita akur pihak istana mungkin selesa dengan calon tersebut, itu tidak penting kerana kerajaan yang ditubuhkan adalah hak dan urusan dewan.

Saya percaya bila ada campur tangan pihak istana, ia pastinya akan menimbulkan masalah. Sebagai contoh, jika kerajaan itu gagal berfungsi, adakah kita mahu heret istana dalam masalah tersebut. Prinsipnya, kerajaan bertanggungjawab itu akan dinilai bukanlah di atas dasar istana malah kita tidak mahu istana dipalit dengan masalah. Ini bukan soal menolak sultan tetapi kerajaan itu adalah milik rakyat.

Apakah kuasa sultan menerusi undang-undang tubuh?

DR ABDUL AZIZ :
Walaupun syarat yang ditetapkan iaitu Melayu dan Islam, istana boleh ketepikan syarat tersebut jika Melayu itu tidak berkelayakan seperti buta huruf, menimbulkan kesulitan atau tiada Melayu langsung.

Undang-undang tubuh memberi laluan kepada sultan untuk mengetepikan syarat itu tetapi calon yang difikirkan itu mestilah mendapat majoriti kepercayaan dewan dan itu paling asas.

Begitu juga dengan pembubaran dewan, sultan mempunyai budi bicara tertentu tetapi mestilah dengan alasan kukuh. Sekiranya dewan tidak mahu permintaan pertukaran dewan tetapi keadaan dewan kecoh, maka undi percaya boleh dilakukan.


Apakah kelebihan undang-undang tubuh?

DR ABDUL AZIZ :
Syarat undang-undang tubuh ini berbeza dengan negeri beraja atau tiada raja. Ia ditubuhkan kerana mahu mengamalkan demokrasi berparlimen dan pada masa sama mahu kekalkan sejarah.

Namun jelasnya, MB itu mestilah Melayu dan Islam dan begitu juga syarat  sama diletakkan kepada pelantikan setiausaha kerajaan dan ketua pentadbir kerajaan. Ini berbeza dengan jawatan perdana menteri dan ketua setiausaha negara.

Bagaimana Dr melihat kemelut PR dalam isu pelantikan MB Selangor baru?

DR ABDUL AZIZ : 
Saya melihat tiada isu di Selangor, lagi-lagi isu pertukaran MB Selangor ini apabila PKR dan DAP sebulat suara dan majoriti Pas pula setuju dalam perkara ini. Kalau lihat  isunya sekarang, majoriti yang didominasi PR mahukan MB baru.

Soal dan dasarnya sekarang, kerajaan pusat dan negeri adalah bertanggungjawab kepada dewan dan kita mahu elakkan pihak istana terlibat dengan masalah rutin dan remeh. Kita tidak mahu istana tercemar dan dalam konteks Malaysia, istana mempunyai tanggungjawab menjaga soal agama dan itu lebih penting.

Tetapi sekiranya campur tangan pihak istana itu berpotensi menyebabkan kontroversi, adalah lebih baik pihak istana tidak memihak kepada mana-mana pihak.

Berbalik kepada isu MB, sekiranya MB Selangor meletak jawatan, adakah exco lain perlu bertindak sama?

DR ABDUL AZIZ :
Prinsipnya, apabila MB atau perdana menteri meletak jawatan, seluruh kabinet dan exco perlu meletak jawatan walaupun ada pihak yang tidak mahu. Secara automatiknya, semua ketua kerajaan tiada lagi kuasa dan undang-undang jelas apabila MB letak jawatan, digugurkan atau mati, kerajaan terus terbubar dan bukan lagi anggota kerajaan.

Melihat kedudukan kerusi Dun yang dimonopoli  Pas, apakah terdapat kesan sekiranya Pas menuntut jawatan MB?

DR ABDUL AZIZ :
Umumnya, dari segi politik akan ada kesannya kerana kebiasaannya majoriti adalah penentu. Tetapi perlu juga diingatkan dalam isu ini, walaupun Pas mendominasi kerusi, adakah PKR dan DAP akan menyokong Pas? Memang kita ada dengar desas-desus Pas mahu calonnya jadi MB  kerana syarat Melayu dan Islam tetapi masalahnya bolehkah Pas peroleh sokongan.

Jika dilihat kepada kerusi, Pas memperoleh 15 kerusi namun PKR dan DAP apabila digabungkan mempunyai 28 kerusi dan sama ada Pas boleh mendapatkan 28 sokongan dalam dewan. Dari segi politiknya, ini adalah satu angan-angan yang tidak berasas. Undang-undang mungkin memberi majoriti kepada Pas tetapi parti lain mungkin tidak menyokong. Dimaklumkan juga DAP tidak akan menyokong Pas dalam pelantikan ini dan dalam proses demokrasi, takkan Pas mahu gunakan pengaruh atas dasar feudal kerana kerajaan wujud adalah atas dasar kekuatan.

Bagaimana jika MB enggan undur?

DR ABDUL AZIZ :
Ini pernah berlaku kepada bekas MB Selangor, Datuk Harun Idris (1964-1975) apabila enggan melepaskan jawatan walaupun didesak  Umno setelah undi tidak percaya dilakukan dan begitu juga bekas MB Kelantan, Datuk Muhamed Nasir pada tahun (1973 -1978) yang digulingkan secara undi tidak percaya. Jadi mustahil perkara ini tidak akan berlaku di Selangor apabila MB tiada pengaruh.
Walaupun undang-undang tubuh atau perlembagaan tidak menyebut perkara ini, tetapi jawatan MB adalah jawatan politik.

Jika sudah ada undi tidak percaya dan ditolak oleh parti maka dia kena berundur. Walaupun dia masih Adun, dia duduki jawatan tersebut di atas majoriti dan perlu akur sekiranya sudah mendapat isyarat parti untuk lepaskan jawatan.
Tapi dalam situasi di Selangor sekarang, walaupun pernah berlaku kepada Datuk Harun, mungkin parti merasakan dengan membuat undi tidak percaya, ia bukanlah pilihan yang sesuai sekarang.

Apa yang boleh disimpulkan dengan krisis politik MB Selangor?

DR ABDUL AZIZ :
Saya boleh simpulkan bahawa MB Selangor kini sudah tidak ada kedudukan dalam parti. Bagi kebanyakan negara dalam Komanwel, kebiasaannya ketua kerajaan adalah pemimpin parti sebagaimana perdana menteri merupakan pemimpin parti.

Berbeza dengan isu di Selangor, senario menunjukkan kesulitan apabila seseorang itu bukan pemimpin parti atau individu itu cuba menunjukkan bebas. Berbeza seperti di Pulau Pinang di mana Lim Guan Eng merupakan Setiausaha Agung DAP dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan Presiden Pas.

Untuk memudahkan parti, ketua kerajaan adalah pemimpin parti. Di sinilah masalah apabila jawatan parti tidak seragam. Di Selangor, jawatan tertinggi PR dipegang orang lain dan jawatan MB pula disandang orang lain. Oleh itu, untuk memudahkan hubungan parti, ketua kerajaan hendaklah juga pemimpin parti.

Apa yang berlaku di Selangor, berlakulah persaingan  kerana kedua-dua pemimpin berbeza kerana masing-masing ada kuasa dan wilayahnya. Kalau MB itu laksanakan dasar parti, mungkin tidak menimbulkan masalah tapi kalau dia nafikan politik itu dengan pembawaan sendiri, ini akan menimbulkan konflik.

Krisis PKR makin teruk jika MB pertahan jawatan

Posted: 14 Jul 2014 08:35 PM PDT

Krisis PKR makin teruk jika MB pertahan jawatan
 
 

  • Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod  
  •  
  • Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod
SHAH ALAM - Krisis dalaman PKR dijangka menjadi semakin kritikal jika Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetap mempertahankan jawatannya.

Ketua Kluster Governans, Perundangan Dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata, jika Abdul Khalid tetap bertegas untuk tidak berundur, isu ini bukan sahaja memberi kesan kepada PKR, malah PR juga akan terjejas.

"Kalau menteri besar tidak mahu letak jawatan, impak yang lebih besar dari segi politik dapat kita lihat dan bakal berlaku krisis politik yang lebih teruk dalam parti PKR.

"Jika benar ramai Adun yang mahu memaksa Abdul Khalid berundur, mereka perlu membawa undi tidak percaya dalam Sidang Dun, itu memang cara yang kita boleh pakai
untuk buat menteri besar sekarang berundur," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas sama ada jika berlaku pertukaran jawatan menteri besar akan memberi kesan kepada kestabilan politik dan ekonomi di Selangor.

Nik Ahmad Kamal bagaimanapun yakin pertukaran menteri besar ini tidak memberi kesan ketara pada ekonomi negeri kerana pelabur akan teruskan pelaburan mereka seperti biasa kerana mereka sudah terbiasa dengan ekonomi negeri.

Beliau berkata, tidak kira siapa saja yang bakal menggantikan menteri besar kini, keputusan muktamad hanya terletak pada tangan Sultan Selangor.

"Tidak kiralah apa saja keputusannya, Sultan yang berhak menentukan sebarang keputusan, tiada sapa yang boleh sangkal jawapan yang ada pada sultan," katanya.

Sebelum ini, terdapat dakwaan yang mengatakan calon yang bakal menggantikan Abdul Khalid adalah di antara Adun Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali atau Adun Kajang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menegaskan perbincangan tertutup berhubung kedudukan menteri besar itu juga sudah dibuat secara tertutup dan persefahaman sudah dibuat, bagaimanapun, langkah itu tidak dibuat secara tergesa-gesa.


Antara tukar S/U politik atau tukar kerajaan Selangor

Posted: 14 Jul 2014 08:25 PM PDT

Antara tukar S/U politik atau tukar kerajaan Selangor


Ulasan Exco Belia dan Sukan Selangor Dr Ahmad Yunus Hairi mengecam sesiapa sahaja yang cuba menjatuhkan MB Khalid Ibrahim, disifatkan sebagai ucapan 'budak-budak nakal' yang tidak faham politik.

Isnin lalu Yunus dalam satu pos di akaun facebooknya berkata tradisi membela rakyat kini menjadi agenda terkebawah di dalam keutamaan pimpinan Pakatan Rakyat Selangor. Sebaliknya Pakatan menumpukan agenda perubahan tampuk tertinggi Negeri Selangor sebagai impian dan harapan mutlak untuk penggal kedua pemerintahan.


Yunus cuba menghentam Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Dr Wan Azizah, Tony Pua, Gobind Singh Deo dan beberapa pemimpin senior Pakatan Rakyat lain yang sebelum ini didapati bekerja keras untuk menukar Khalid yang dianggap melanggar arahan pemimpin tertinggi Pakatan dalam mentadbir Selangor.


Budak mentah


Dalam hal strategi, Yunus bukanlah orang yang boleh diambil kira pandangan politiknya memandangkan beliau masih budak mentah. Beliau tidak mempunyai pengalaman luas dalam sepak terajang politik. Lurus bendul dan tidak melihat bahaya di hadapan.

Politik di Selangor sejak Khalid menjadi MB telah diresapi persepsi 'Khalid di atas segala-galanya'. Lihat sahaja akhbar kerajaan negeri Selangorkini. Hanya muka Khalid yang terpapar pada setiap halaman. Bukan sedikit exco yang merungut berita program mereka tidak dimasukkan langsung kerana ingin memberi laluan kepada Khalid dan exco-exco kegemarannya menghiasi muka akhbar itu.

Tentulah perkara yang lebih besar lebih teruk dikuasai Khalid. Dana untuk kebudayaan misalnya, amat sukar diluluskan. Sebahagian daripada penggerak Reformasi adalah penggiat seni dan mereka inginkan dana untuk menggerakkan kegiatan anak muda. Selain menghindar anak muda dari perlakuan jenayah dan vandalisme, kesenian yang ditaja kerajaan Selangor juga mampu meningkat sokongan ke atas kerajaan Pakatan.

Malangnya Khalid pada penggal kedua meniadakan potforlio kebudayaan dalam tugasan exco. Begitu juga dana untuk kegiatan lain. Ibu tunggal dan pemberdayaan wanita misalnya tidak diberi dana secukupnya. Mustahil Yunus tidak pernah mendengar keluhan exco lain. Sedangkan para exco berkenaan berani meluahkannya secara off record kepada wartawan media.


S/U politik


Berkemungkinan Yunus mengetahui masalah sebenar dalam pentadbiran Selangor tetapi merahsiakannya. Iaitu 'wanita-wanita penasihat Khalid yang berkuasa'. Sudah menjadi rahsia umum Anwar tidak berminat untuk menggugurkan Khalid pada awalnya. Bagaimanapun setiausaha politik, setiausaha media dan penjaga akaun di GLC Selangor yang 'terlebih sudu daripada kuah' menyebabkan Anwar tiada pilihan lain, selain mendengar keluhan wakil rakyat bawahan PKR.

Sejak penggal lepas lagi banyak suara tidak puas hati dan mengkritik cara setiausaha Khalid, Faekah Husein mencorakkan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan Khalid. Banyak wakil rakyat yang mahu Khalid memecat Faekah dan menggantikan dengan seseorang yang lebih mesra rakyat. Bagaimanapun Khalid mempertahankan Faekah dan malah mempercayai wanita itu untuk menjaga GLC dan sebagainya.

Selain itu, Khalid juga bersikap kedekut untuk meluluskan program yang bermanfaat politik. Menjadi kebiasaan kerajaan negeri BN melakukannya. Malah kerajaan PAS dan DAP juga tidak lari daripada program seperti itu. Cuma Selangor kurang mesra politik kerana Khalid kedekut mengeluarkan dana.

Kesempitan dana mengalir ke peringkat akar umbi menyebabkan sukarnya kader parti menarik sokongan pengundi di kawasan mereka. Peruntukan DUN tidak mencukupi untuk tujuan program politik. Sebelum pilihanraya 13 dahulu Khalid juga pernah mengumumkan dana RM300 juta untuk pembangunan insfrastruktur tetapi ada exco mengadu projek-projek rakyat yang dipohon mereka ditolak mentah-mentah oleh sama ada Khalid atau setiausaha politiknya.


Selangor jatuh


Jadi, perkara yang dibuat Anwar ialah menekan Khalid memecat setiausahanya. Sekiranya gagal, maka dalam pilihan raya umum kelak mungkin rakyat Selangor akan memecat Pakatan kerana sikap kedekut Khalid.

Inilah yang menjadi pencetus kepada Langkah Kajang. Strategi itu bukannya untuk merebut jawatan tetapi untuk mengembalikan kekuatan politik Selangor. Khalid tidak pandai bersilat politik apabila menandatangani perjanjian aset air Selangor. Sedangkan beliau sendiri mengetahui Najib hanya ingin projek Langat 2 dilaksanakan selepas kerajaan pusat menghabiskan wang berbilion ringgit menyiapkan terowong air dari Pahang. Khalid juga gagal untuk bertegas dalam projek lebuh raya Kidex yang menerima bantahan penduduk.

Selangor memerlukan ahli politik yang tegas dan bukan pentadbir yang hanya tahu berdiplomasi. Kedudukan Selangor bukan Kelantan yang terpaksa melukut menggemis simpati kerajaan persekutuan. Sekiranya Selangor bertegas dan melawan maka rakyat akan melihat kekuatan Selangor.


Buang tabiat

Selangor tidak cukup kukuh untuk menjadi model ekonomi terbaik dan menjamin kemakmuran rakyat dalam PRU lalu. Sekiranya Selangor mampu dijadikan contoh maka sudah lama rakyat Negeri Sembilan dan Perak yang berjiran dan Pakatan hanya memerlukan 3 kerusi DUN mengubah kerajaan, menggulingkan BN.

Hal itu mengecewakan Anwar dan pemimpin Pakatan yang progresif dalam DAP. Lebih mengecewakan tentunya apabila Khalid telah 'membuang tabiat' dalam membelakangkan parti dalam urusan Langat 2 serta Kidex.


Bagi bangsa Melayu apabila seseorang membuang tabiat maka mereka sudah hampir kepada ajal. Maka ajal jawatan Khalid tidak boleh dielak biar pun Yunus dan Iskandar Samad membelanya bermati-matian.




DESPITE INTENSE UMNO LOBBYING! Signs indicate MB Khalid on the way out

Posted: 14 Jul 2014 05:57 AM PDT

decrease font size increase font size
PETALING JAYA - Although Pakatan Rakyat (PR) leaders have yet to come clean on the political manoeuvres in Selangor, indications are that Mentri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim is losing his grip on power and the state Parti Keadilan Rakyat (PKR) is getting ready for the post-Khalid era.

The front-runners to replace Khalid are PKR chief Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail and her deputy Azmin Ali, in that order, Oriental Daily News reported today.

Azmin, who has long been eying the post, is leading an anti-Khalid force but has so far not been able to gain the thumbs-up from DAP and PAS.

The PKR leader who can command the support of all three PR components is the party's de facto chief Datuk Seri Anwar Ibrahim.

But with the "Kajang Move" falling through, the party has no choice but to arrange for his wife Wan Azizah as his proxy.

The plan to oust Khalid started at the beginning of the year when PKR orchestrated the Kajang state by-election to pave the way for Anwar to be elected an assemblyman and replace Khalid as mentri besar.

However, the appeals court sentenced Anwar to five years' jail, overturning his earlier acquittal on a sodomy charge prior to nomination, forcing PKR to look for an alternative candidate for the by-election at the 11th hour.

The fact that Wan Azizah was chosen was an indication that she had been lined up for the mentri besar job.


Khalid Ibrahim


However, PKR will face a number of hurdles in its bid to make Wan Azizah the mentri besar, and first among them is convincing Khalid to step down.

It is understood that the "Kajang Move" had received Khalid's nod because his replacement then was to be Anwar.

Now with Wan Azizah as the likely candidate, Khalid has reasons not to budge.

This is the reason he had held onto power despite months of speculation that he would be replaced.

According to the report, Khalid is expected to step down after Hari Raya but a smooth passing of the baton will hinge on PKR getting the full support of PAS and DAP on the choice of candidate. -sundaily


Isu MB: Majlis Presiden PR bincang sebelum raya

Posted: 14 Jul 2014 04:18 AM PDT


ADAKAH INI ANTARA BEBERAPA ISU YANG RAKYAT TIDAK FAHAM KENAPA KHALID MAHU DITUKAR???


1. Jangan ada yang interest disebabkan adanya menantu di Perangsang?.
2.Perlu bijak dan laksanakan strategi jangan jadi Terengganu tumbang dan Kedah juga tumbang.
3. Jika bubar DUN Umno melihat bahawa isu air melalui SYABAS yang mensabotaj kerajaan negeri dan isu KIDEX yang dimiliki Umno akan digunapakai sebagai kempen Umno.Sementera Langat 2 pula ada senjata Umno menjelang pilihanraya bagi memastikan air tidak tersekat.Sudahlah disabotaj SYABAS, Langat 2 adalah senjata terbesar.?
4. Kontrak dan kontraktor kelas F banyak yang disapu oleh bekas kontraktor Umno?.
5. Ketika berlangsungnya pilihanraya kecil Kajang, Khalid dengan tergesa gesa menandatangani Langat 2 yang jelas adalah projek 9 billion yang telah lama hendak dilaksanakan oleh Umno.Tanpa berbincang dengan rakan Pakatan.?
6. Masalah sampah yang tidak terurus akibat dari penswataan masih tidak dapat diselesaikan. malahan kontrak tor juga adalah dari Umno yang mendapat kontrak.Alasan tender terbuka adalah kerana selain kontraktor ini mendapat kontrak penswastaan kerajaan persekutuan, mereka dapat membida tender lebih murah kerana mempunyai kepentingan lain.?
7.Negeri bukan syarikat
8. Perlu berbincang
9. Jika anda ahli Pakatan dan mahu melakukan tender, anda pasti gagal?
10.Kontraktor pula jika mahu mengaut keuntungan, pastinya disekat dengan menolaK apa yang sepatutnya.Ramai kontraktor mengeluh kerana dasar pemotongan melampau?.
11. Dipercayai adanya penyelesaian hutang peribadi diluar mahkamah.Maklumat yang didapati ialah adanya orang Daim yang berjumpa seseorang bagi menyelesaikan hutang 70 juta hutang peribadi.?????

  • Wan Azizah, Azmin antara calon MB
1 / 1
SHAH ALAM – Kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus menerima asakan pengunduran bertubi-tubi daripada sekutunya yang secara terang-terangan tidak berpuas hati dengan cara pemerintahan beliau.

Senario PR ketika ini ialah sedang mengumpul suara dari akar umbi setiap cabang parti termasuk Adun dan Ahli Parlimen untuk dibawa ke peringkat pimpinan pusat seterusnya memuktamadkan status menteri besar itu.

Adun Batu Caves (PKR), Amirudin Shari berkata, penilaian corak pemerintahan Abdul Khalid sedang ditimbang tara berdasarkan beberapa kepincangan dan kelemahan yang dihadapi kerajaan negeri dalam tempoh mutakhir ini.

"Buat masa ini komponen PR sedang berbincang keperluan pengunduran Abdul Khalid bermula dari akar umbi sebelum koleksi pandangan berkenaan dibawa ke peringkat tertinggi untuk diputuskan sama ada kekal atau diturunkan.

"Isu pertukaran ini perlu dibuat berhati-hati kerana ia melibatkan banyak perkara membabitkan hal pembangunan, urusan pentadbiran negeri termasuk strategi berkesan berdepan PRU14 nanti," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Amirudin memberi bayangan seolah-olah pengunduran Abdul Khalid itu perlu dilakukan  tetapi keputusan besar itu wajar ditimbang tara secara teliti kerana setiap perubahan drastik memerlukan penyesuaian terbaik.

Katanya, pertukaran itu perlu tapi banyak penyesuaian baharu harus difikirkan.

"Kita takut salah pandang jika tergesa-gesa dan ia mendatangkan risiko PR pada Pilihan raya Umum ke -14 akan datang.
"Adun dan ahli parlimen sedang bincang termasuk juga akar umbi sama ada penentuan kekal atau tidak. Ia dalam proses dan tak perlu tergesa-gesa kerana banyak perkara wajar dipertimbangkan masak-masak, gesaan saya cuma keputusan ini perlu dibuat," katanya.

Kelmarin, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan perbincangan tertutup berhubung kedudukan menteri besar itu dibuat secara tertutup dan persefahaman telah dicapai bagaimanapun langkah itu tidak dilakukan secara tergesa-gesa.

Ditanya mengenai calon gantian yang bakal mengambil alih tampuk pemerintahan Selangor sekiranya pengunduran ini terlaksana, beliau hanya memaklumkan antara nama yang dicanang ialah Mohamed Azmin Ali dan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail manakala Pas juga ada calon mereka.

Sementara itu, Adun Hulu Klang (Pas), Saari Sungib turut memberi respons sama malah beliau menegaskan kemelut pertukaran menteri besar ini bukan perkara baharu malah ia dicetuskan sejak pengenalan Langkah Kajang.

"Pelbagai pandangan telah didengar, oleh itu tunggu saja keputusan daripada pusat untuk muktamadkan pertukaran kerusi menteri besar ini.

"Lagipun benda itu dah jadi isu sejak Langkah Kajang tetapi tiada keputusan muktamad. Sekarang bincang peringkat akar umbi dan akan dibawa ke peringkat pusat untuk diputuskan," katanya.

Dalam pada itu, Adun Sekinchan (DAP), Ng Suee Lim berkata, sebagai Adun terpaksa akur dengan keputusan kepimpinan parti yang dibincangkan bersama Majlis Pimpinan PR.

Isu MB: Majlis Presiden PR bincang sebelum raya

Posted: 14 Jul 2014 04:07 AM PDT

Isu MB: Majlis Presiden PR bincang sebelum raya

  • Khalid Ibrahim Khalid Ibrahim
1 / 1
PETALING JAYA - Majlis Setiausaha Agung PR yang bermesyuarat hari ini tidak membincangkan isu pertukaran Menteri Besar Selangor yang kian bertiup kencang sejak akhir-akhir ini.

Menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk membincangkan hal itu dan ia hanya boleh diputuskan oleh majlis Presiden PR yang akan bersidang sebelum hujung bulan ini.

"Kita ada majlis presiden kerana isu MB Selangor itu melibatkan pimpinan tertinggi dalam parti.

"Kita jangka mesyuarat Majlis Presiden itu akan diadakan sebelum raya bagi membincangkan banyak isu termasuk kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Semalam, Mustafa menegaskan pertemuan yang berlangsung lewat malam tadi bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Abdul Khalid hanyalah perjumpaan biasa yang diadakan pada bulan Ramadan.

Tegasnya, ketiga-tiga pemimpin itu langsung tidak menyentuh berkenaan isu politik atau parti masing-masing di sepanjang pertemuan tersebut itu berlangsung.

Mengulas lanjut, beliau juga enggan meletakkan sebarang tempoh tertentu mengenai mesyuarat Majlis Presiden PR itu akan bersidang sebelum hari raya.

Malah katanya lagi, pendirian Pas berhubung isu MB Selangor itu tetap tidak berubah dan keputusan itu mesti dibuat secara bersama dan melalui majlis Presiden PR.

Mahkamah malukan Shafee Abdullah apabila diarah tanggal jubah

Posted: 14 Jul 2014 03:58 AM PDT


 Peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hadir di mahkamah untuk merayu bagi keputusan kesalahan melanggar peranan publisiti mengikut Akta Profesion Perundangan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Julai, 2014. 

Peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hadir di mahkamah untuk merayu bagi keputusan kesalahan melanggar peranan publisiti mengikut Akta Profesion Perundangan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Julai, 2014.

 Peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dimalukan di Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini apabila diarah menanggalkan jubah peguamnya ketika sesi mahkamah bersidang.

Shafee hadir atas kapasiti peribadi untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi awal tahun ini yang membawa denda RM5,000 kerana melanggar peranan publisiti mengikut Akta Profesion Perundangan.

Peguam yang mewakili dirinya dikehendaki oleh tradisi guaman menanggalkan jubahnya.


Insiden itu berlaku selepas Shafee menyerahkan permohonan meminta Datuk Mah Weng Kwai, salah satu tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diijadualkan mendengar kes itu menarik diri.
  Ini kerana Mah merupakan bekas presiden Majlis Peguam dan anggota Lembaga Tatatertib Peguambela dan Peguamcara.

Dua lagi hakim adalah Datuk Mohamad Ariff Mohd Yusof dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim.

"Adakah anda berjubah?" soal Mah kepada Shafee, yang tidak sedar beliau memakai jubah meneruskan hujahnya.

Shafee berkata, beliau meminta Mahn mengundurkan diri kerana Majlis Peguam dituduh melakukan "pendakwaan terpilih" terhadap peguam yang dikenakan tindakan tatatertib.

"Yang Arif, mungkin tidak selesa mendengar rayuan ini kerana pernah menjadi pengerusi Majlis Peguam dan anggota lembaga," katanya.

Mah kemudiannya bersetuju mengundurkan diri daripada mendengar kes Shafee.

Rayuan itu akan didengar pada 14 Oktober oleh satu panel baru.

Pada 10 Januari, Shafee gagal mengetepikan keputusan lembaga yang mengenakan denda terhadapnya berhubung salah laku profesion.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaleha Yusof menolak rayuan beliau setelah mendapati mahkamah itu tidak patut campur tangan dalam keputusan lembaga berkenaan berkaitan wawancaranya dengan sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris.

Zaleha berkata, mahkamah bersetuju dengan responden (Majlis Peguam) artikel berkenaan mengandungi kata-kata dan kenyataan berbentuk memuji Shafee dan firmanya, yang melampaui skop atau maklumat dibenarkan Akta Profesion Guaman.

"Pada pendapat saya, apa yang penting di sini ialah pandangan Majlis Peguam tentang yang diperuntukkan di bawah Peraturan 15(1)(b) Peraturan-peraturan Publisiti dalam Profesion Guaman 2001.

"Saya berpendapat mahkamah tidak patut campur tangan dalam keputusan Majlis Peguam itu. Oleh itu, saya menolak rayuan ini tanpa perintah membayar kos," katanya.

Shafee memfailkan rayuan terhadap keputusan lembaga itu pada 5 Oktober 2012 yang mendapatinya melanggar Akta Profesion Guaman dan mengenakan denda RM5,000.

Dalam saman pemula yang difailkannya pada 16 November 2012, Shafee mendakwa lembaga itu mendendanya RM5,000 berikutan aduan yang dibuat presiden Majlis Peguam ketika itu K. Ragunath pada 23 September 2010 bahawa beliau membuat publisiti tentang diri dan firmanya dalam satu temu bual dengan The Star.

Dua artikel berkenaan yang bertajuk "Counsel rests his case" dan "Keeping within the letter of the law", tersiar pada 27 September 2009.


Lembaga itu mendapati beliau membuat publisiti tentang diri dan firma peguam caranya dengan cara yang melanggar Peraturan Publisiti Dalam Profesion Guaman 2001. – 14 Julai, 2014.



Tiada ulasan: