Isnin, 7 Julai 2014

Tukar Tiub

Tukar Tiub


MALAYSIA HEBAT GEMPAQ

Posted: 07 Jul 2014 07:03 PM PDT








Wartawan dituduh plagiat berita Jakarta Globe digantung tugas


Selepas kontroversi dakwaan plagiat oleh Jakarta Globe, Bernama hari ini bertindak menggantung tugas wartawan terbabit.
Agensi berita nasional itu mengesahkan penggantungan tersebut menerusi akaun rasmi Twitter mereka hari ini.
Memetik ketua pengarangnya, siasatan sedang dijalankan dan pada masa sama wartawan tersebut digantung tugas.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/wartawan-dituduh-plagiat-berita-jakarta-globe-digantung-tugas#sthash.ZPrvYHWh.dpuf
KAH KAH KAH

woit
dalam hal ini
malaysia  cukup hebat
kenapa malaysia
tak buat   world cup palagiat
macam  world cup bola

kita mulakan
di sukan seap
kemudian ke sukan asia
kemudian ke sukom
MALAYSIA BOOOLEH
kah kah kah




-----------

LAWAK BULAN PUASA

Posted: 07 Jul 2014 06:00 PM PDT







Jangan jadikan Islam bahan lawak'Zulaikha Zulkifli | 1:39PM Jul 7


Penganalisis politik Dr Maszlee Malik berpendapat, adalah tidak wajar sekiranya terdapat larangan yang meminta kedai makanan tidak dibuka sebelum jam 3 petang sempena bulan Ramadan.

Maszlee, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) juga meminta semua pihak agar tidak mengeluarkan kenyataan yang lucu berhubung perkara yang melibatkan agama Islam

Sehubungan itu, Maszlee turut mempersoalkan mengapa restoran francais makanan segera yang beroperasi 24 jam tidak dikenakan tindakan sama.

"Kenapa kedai-kedai kecil? Seringkali polisi seperti ini menekan golongan kecil dan membiarkan golongan yang 'besar'.





KAH KAH KAH

woit
sampai mati
tak kan berani
usik mek dogal
usik kentuki fried fak

ini harta milik amerika
punya  kuasa hebat
lebih hebat dari kuasa agama

inilah bukti bahawa
modal lebih bedrkuasa dari agama

kalau kedai mamak
kalau warung mak cik
kalau kedai cina
bukan main berani
tapi bila masuk kentuki
bila masuk mek dogal
telor fatwa fatwi ilang lesap

KAH KAH KAH

-----------

TETIBA MENTAL

Posted: 07 Jul 2014 02:32 PM PDT



Rizalman tidak akan dihantar ke NZ buat masa ini, kata ketua tentera


Panglima Angkatan Tentera  Zulkefli Mohd Zin hari ini mengesahkan, Pegawai Waran II, Muhammad Rizalman Ismail tidak akan dihantar semula ke New Zealand dalam waktu terdekat.
Memetik laporan media, diplomat Malaysia itu juga dipercayai masih lagi dirawat di Hospital Tentera Tuanku Mizan bagi meneruskan penilaian tahan kesihatan mental dan emosinya.
"Jadi keputusannya, kita akan mengembalikan dan menghantar pegawai waran ini ke New Zealand apabila keadaan sesuai dan semua keperluan yang dibincang dipenuhi," kata Zulkefli kepada pemberita.

KAH KAH KAH
woit
macam mana askar
yang berpangkat
yang berkhidmat
di luar negara
tetiba mental

adakah askar ini
kecewa kerana
tak sempat pancut
adakah kecewa 
kerana  gagal

KAH KAH KAH





----------

MANA HILANG DUIT ZAKAT

Posted: 07 Jul 2014 07:03 AM PDT


 
 
DUIT ZAKAT MANA LESAP

Zakat dikutip setiap tahun bukan sekadar sekali dalam 100 atau 1000 tahun tapi kemana perginya? Jika pengurusannya berkesan dan telus pasti kemiskinan dan geladangan dapat ditangani.Bila dikatakan berlaku ketirisan pasi melenting pihak berkenaan. Malaysia katanya telah 56 tahun merdeka tapi kehidupan rakyatnya???

 kerajaan boleh diumpamakan seperti ayah... tapi jangan jadi ayah apabila salah sedikit atau ahli keluarga tak mahu mendengar cakap tindakan mudahnya halau sahaja. Cara ini tidak akan menyelesaikan masalah. Sepatutnya kerajaan memberi peluang, ruang dan cara menyelesaikan masalah sosial dan ekonomi rakyat.

Kerajaan kerap membandingkan kebaikan negara dengan negara bertaraf haprak atau lebih rendah daripada malaysia tetapi tidak membandingkan dengan negara lebih baik taraf kehidupan rakyat mereka walaupun negara berkenaan tidak banyak hasil negara seperti bumi malaysia yang kaya dan makmur. Bila komen siap akan ada tindakan sebab itu rakyat malaysia tak sampai kemana...yang on DUIT ZAKAT- NAK TANYA?
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 3:56 PM


-----------

SELAMAT BERBUKA

Posted: 07 Jul 2014 04:14 AM PDT







KE 

SEMBILAN


petang kelmarin
gwa berbuka di hulu langat
berbuka liar
tanpa ada tempat 
yang dituju
tanpa ada makanan 
yang di sasar

ini untuk melarikan diri
dari bazar ramadan
yang kini telah jadi
main stream
yang menjadi klise
yang tidak lagi kounter culture

bazar ramadan
bukan lagi masakan asli
tapi
penuh dengan aji no moto
bahan yang kurang molek
daging ayam yang merosmahkan badan
ada berita
anak muda
 makan roti john
hingga ke icu

gwa mencari masakan 
yang masih ada kaseh sayang
yang dibuat dengan hati yang seni
bukan
nak untung pergi umrah

TIAP TAHUN
tiap tahun gwa lakukan ini
merentas dan dengan haran
akan bertemu apa yang dicari
kedai tepi jalan
yang hanya ada tiga jenis masakan

si tukang masak
adalah juga tukang jual
bukan mat bangla
atau mat myamar
atau minah indon
BERJUMPA
gwa beli udang petai
daging dengan rebong
gulai ikan

di tepi jalan
gwa beli petai muda
ada manggis
ada 
3 butir rambutan
ada durian
LALU MENCARI
kami terus mencari
tempat singgah
akhirnya bertemu kedai makan
cantik selesa comel dan kosong
memang kedai ini
teratur dan tersusun
dengan estetika melayu lama
bukan renda renda dan plastik


dibulan puasa waktu malam
 ada jual 
sup tulang
dan kerang rebus
perniagaan hanya
untuk minum pagi
dan
makan tengah hari
berjanji akan datang lagi

tuan kedai sedang berbuka
kami masuk
dan meminjam pinggan mangkuk
memesan minuman
lalu berbuka

ketika makan dikedai ini
 gwa terlupa
pada semua bazar ramadan 
yang telah jadi klise

mana tempatnya kedai ini
maaf
cari sediri

PETANG INI
gwa masih ada manggis
masih ada durian
masiuh ada petai
masih ada jering
daging salai gwa
masak sekali lagi



SELAMAT

 BERBUKA



-------------

CARA NAK LAWAN JUDI

Posted: 06 Jul 2014 11:36 PM PDT




SATU CADANGAN
Abang Tukar tiub yang budiman lagi hensem,apa kata kalau hang buat satu kempen pembaca letak gambaq dan boh alamat rumah urut dan mesin judi kat blog hANG nie secara tak lansun dapat jugak tolong polis dan pbt nie buat keja bagi laju sikit.kena tgk hasil dalam 24jam depa pi ka dak serbu dan banteras...haaa ada brani.hang takut hang hempuk pala kat dinding. on SANDIWARA DITERUSKAN LAGI
Publish | Delete | Spam
haneff
on 7/7/14


KAH KAH KAH
apa pandangan
dan pendapat
dari pembaca tt
sila komen



------------

KES PJ SENTRAL JANGAN LUPA

Posted: 06 Jul 2014 10:30 PM PDT


KAH KAH KAH
terbaik!

tapi pastikan
gantinya bukan azmin ali
kalau azmin ali 
]jadi mb slenagor
sprm akan buka khemah
di sebelah suk

KAH KAH KAH






-----------

DUIT ZAKAT- NAK TANYA?

Posted: 06 Jul 2014 09:30 PM PDT






KEMANA DUIT  ZAKAT LESAP

Quran hanya merupakan panduan atau saranan umum bagi mengapresiasi golong pinggir yang sepatutnya tidak dialpakan oleh sebuah kuasa dalam sebuah daulah. Quran tidak memberi analisis atau mekanisme mengapa terjadinya golongan pinggir ini.

Kajian moden menunjukan amalan sistem ekonomi yang berupa atau mirip kapitalis adalah puncanya tidak kira siapa rejim itu yang boleh mendakwa yang ia sebuah sistem Islamlah,Nasionalislah, Kalifahlah, Beragamalah, atau Sekularlah mahupun Berkebajikan masyarakat. 

Nak tanya sikit kenapa wang zakat yang pernah koleksinya mencecah ribuan atau bilion RM di Malaysia tidak diguna langsung oleh UMNO untuk meringankan hidup golongan pinggir ini? Wang zakatlah sepatutnya disalurkan untuk menangani masalah hidup orang pinggir.

Hairan kita ada masjid indah dan besar, ada ramai motivasi pakar agama, ramai pak lebai, imam, mufti, ngo Islam tapi tak pernah mengangat isu orang pinggir ini melainkan isu akidah, moraliti, khalwat, aurat dan yang nonsense2. on NASI PANGGUNG MALAM KELMARIN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 7/6/14


----------

SANDIWARA DITERUSKAN LAGI

Posted: 06 Jul 2014 08:38 PM PDT








SANDIWARA

BUKAN

PUASA

JERAI 6 Julai - Pihak berkuasa agama negeri diingatkan supaya sentiasa menggempur kegiatan mesin judi haram dan menguatkuasakan undang-undang di bawah enakmen syariah masing-masing kepada penganut Islam... 
KUALA LUMPUR 6 Julai - Meskipun serbuan dan penguatkuasaan giat dilakukan oleh pelbagai agensi bagi membanteras kegiatan mesin judi haram, golongan operator mesin judi tersebut bagaimanapun dilihat masih... 
KUALA LUMPUR 6 Julai - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan meminta masyarakat tidak berprasangka buruk terhadap pihak berkuasa tempatan (PBT) ekoran kegiatan mesin judi haram... 
JOHOR BAHRU 6 Julai - Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) di peringkat negeri disaran membuat siasatan dan pemantauan terhadap pihak berkuasa tempatan (PBT) sekiranya wujud penyelewengan dalam pengeluaran...

KAH KAH KAH
kita tengok
berapa lama
sandiwara ini
akan dipentaskan

selalunya bila
jaringan baru
telah dibuat
maka sandiwara
akan ditutup
dengan utusan 
keluar berita 

TELAH SELESAi

KAH KAH KAH



-----------

UCAPAN SALAM

Posted: 06 Jul 2014 07:25 PM PDT






Salam Ramadhan untuk semua





Dengan rasa hati yang besar dan berbangga, ingin saya memaklumkan yang produk Zunar ada di"pack"kan sempena Aidil Fitri ini. 4 buah buku kartun yang bernilai RM60 telah didiskaunkan RM10 menjadikan harganya RM50 sahaja. 

Bukan itu saja, Sampul Duit Raya yang unik dan menarik akan diberikan secara percuma!!! 

Hiasi Aidil Fitri ini dengan ketupat, lemang, kuih semperit dan juga buku dari Kartunis Zunar!!! Letakkan aje diruang tamu untuk dijadikan bahan bacaan saudara-mara yang datang berkunjung. 

Jadikan balik raya kali ini sebagai satu misi besar kita untuk memberitahu kepada sanak saudara kita apa yang sebenarnya berlaku di negara kita...Bagi yang berkemampuan, belilah dalam set yang banyak untuk tujuan edaran kepada rakan-rakan, saudara mara PR kita dikampung. 

Usaha dan wang ringgit yang kita keluarkan hari ini adalah pelaburan untuk melihat generasi kita yang akan datang celik kebenaran. 

Untuk rakan sekitar Kuala Lumpur, berita baik untuk anda semua. Insya ALLAH akan ada penghantaran ke tempat anda oleh Ridzaldy pengedar tunggal produk Zunar. boleh call, sms atau WhatsApp saja. 
Errr..janganlah beli satu set yea...paling tidak pun 10 set...(boleh pakat2 dengan kawan2) 

Untuk rakan2 diluar Kuala Lumpur, sila berhubung dengan Ridzaldy utk mengetahui mode penghantaran dan kos pos. 

Rakan2, 
Misi kita besar dan sangat besar!!! 

Jika tidak kita, maka siapa? 



--------

Tiada ulasan: