Tukar Tiub |
- MEMBODOHAKAN RAKYAT MALAYSIA
- SATU JEMPUTAN MALAM INI
- BANGUN DAN LAWAN
- BIAR BETUL
- ABANG JADI TAKUT
- BUKTI NAJIB SUWEY
- SELAMAT BERBUKA
- SERANGAN TERHADAP YANG MISKIN
- BURUH BANGUN MELAWAN
- NAK TIPU MAK CIK FELDA
- JAWABNYA PASTI ADA
- SATU LAGI PANCUT LUAR
- LAWAK BERDIRI MELAYU
Posted: 10 Jul 2014 07:32 PM PDT BAHAN BUKTI KENYATAAN BODOH DITERUSKAN Telah gua komen berpuluh2 kali di sini.. walaupun BN sekadar dapat 10% undi sekalipun, mereka tetap menang PRU. Lihat saja skrg, 48% pun masih stabil dgn 140 kerusi berbanding PR 52% dgn hanya cuma 80 kerusi. Menteri2 apa heran, kenyataan bodoh demi kenyataan bodoh akan terus dikeluarkan menteri2 BN sekalipun undi populariti BN merudum tinggal cuma 2%. Adalah sesuatu yg mustahil undi BN akan kurang dari 25% melalui PRU. Hanya kuasa buruh yg terus diperbodohkan BN saja yg mampu menendang BN dari terus menjadi kerajaan. Bermakna hanya jalanraya sahaja sbg pilihan yg kita ada. Ini yg menggerunkan BN. Teruskan menghasut kerana ini kerja2 mulia. on ABANG JADI TAKUT Publish | Delete | Spam Anonymous on 7/11/14 ----------- |
Posted: 10 Jul 2014 07:26 PM PDT NOSTALGIA ingat balik zaman budak budak zaman kencing merata rata zaman belum ada talipon zaman naik basikal zaman belum kenal jantan betina JEMPUT datang malam ini kita main teng teng kita main konda kondi kita main galah adang di padang depan amcorp mall dari jam 10:000 hingga mak panggil opps... hingga cucu panggil oops... hingga orang rumah panggil hingga balak panggil hingga awek panggil nak gi tengok mid nite kat mid valley ----------- |
Posted: 10 Jul 2014 06:00 PM PDT GST : Ambil tindakan terhadap iklan mengelirukanCYBERJAYA 11 Julai - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan diminta mengambil tindakan terhadap kedai yang memasang iklan mengelirukan berhubung pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan berkata, kedai-kedai perabot tertentu didapati mengelirukan rakyat berhubung GST apabila menyeru orang ramai memenuhi rumah dengan perabot sebelum GST diperkenalkan. Beliau berkata, iklan tersebut yang dikesan di Kelantan, Johor dan Kuala Lumpur seakan-akan menggambarkan harga perabot akan naik selepas GST diperkenalkan mulai April 2015. "Hakikatnya perabot dikenakan cukai jualan sebanyak 10 peratus berbanding GST sebanyak 6 peratus, jadi pengenalan GST tidak akan menaikkan harga perabot. KAH KAH KAH dari berita ini kita rumuskan perabut kini cukai 10% bila kena gst cukai hanya 6% apakah ini maknanya harga perabut akan turun boleh kan gerombolan jamindari berita ini kita rumuskan perabut kini cukai 10% bila kena gst cukai hanya 6% apakah ini maknanya harga perabut akan turun boleh kan gerombolan jamin harga akan turun lalu timbul soalan kalau barang turun harga dari mana 24 bilion ringgit duit pungutan gst datang macam mana jika harga barang turun tetiba ada duit bertambah KAH KAH KAH ------------- |
Posted: 10 Jul 2014 02:30 PM PDT Kementerian Kesihatan pandang serius peningkatan kes demam denggiKementerian Kesihatan memandang serius peningkatan kes demam denggi dan sentiasa mengambil langkah untuk menangani dan menurunkan bilangan kes di negara ini.KAH KAH KAH woit selama ini tak pandang serius dah beribu mati baru sekarang ini mesti ada projek ini mesti ada nyamuk di belakang kelambu KAH KAH KAH ------------ |
Posted: 10 Jul 2014 07:30 AM PDT ANAK MUDA BERSEDIA Putrajaya masih timbang laksana GST ke atas petrol, lapor The EdgePutrajaya mengatakan masih menimbang sama ada akan melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ke atas petrol, keputusan mengenainya masih dikaji. Menteri Kewangan II, Ahmad Husni Hanadzlah berkata pihak kerajaan masih meneliti mengenai isu tersebut. KAH KAH KAH woit kenapa takut kenapa fikir lagi apa tunggu tuggu cakap gst baik untuk negara kalau gst baik buatlaaah apa perlu fikir apa perlu teliti ini mesti kerana gst akan bawa susah ini mest kerana gst akan buat kan rakyat marah woit buat lah cepat cepat anak muda dah gian nak turun jalan raya KAH KAH KAH ----- |
Posted: 10 Jul 2014 06:30 AM PDT INI BAHAN BUKTI MAKLUMAT yb teng bekas speaker dewan undangan selangor mentakrifkan najib sebagai jantan suwey kenyatan yb teng ini semakin terbukti dapat menantu polis new york sedang cari dapat besan terlibat kes bunuh dapat bini gemok membadak paling baru sokong sepanyol sepanyol lingkup sokong england england lingkup sokong brazil brazil lindkup masanya dah sampai kita semua lingkupkan najib kalau tidak negara ini melingkup --------- |
Posted: 10 Jul 2014 03:34 AM PDT JAM ENAM hari ini mendung selesa dengan cuaca tak banyak gangguan berpuasa jerebu sampai dan pergi mendung menanti hujan rumput dah mula menguning debu dah mula berterbangan dalam bumi tropikal kalau satu minggu tak hujan ertinya kemarau akan sampai agaknya dunia ini telah letih agaknya dunia ini telah bosan segala keruntuhan segala malapetaka segala kerosakan puncanya dari kau dan aku salju salju di khutub utara cair gunung gunung air batu runtuh tetiba di utara muncul kelihatan pulau pulau batu yang selama ini dikambusi salju anjing laut meraung panas beruang salju menangis tak makan ikan paus mati beragan alam semakin panas setiap kereta yang siap setiap kapal terbang yang siap setiap injin yang siap semuanya membakar petrol semuanya menaikkan suhu bumi PETANG INI tadi aku dikawasan kubur lalu aku melihat kuala lumpur jauh dihadapan mata sebuah kota di tapak kaki tertanam rangka manusia lalu aku tesedak akan keangkuhan manusia segala kekayaan segala kuasa segala harta yang dikumpul segala derajat yang dipakai akhirnya ditanamkan juga lalu aku bertanya apakah semua ini ada makna lalu aku bertanya kuala lumpur hendak kemana kita ini hendak kemana? WARGA MISKIN KOTA heboh dan heboh lalu aku bertanya dunia ini milik siapa? lalu aku bertanya kuala lumpur ini milik siapa? apakah jika aku menumpang tidur di kaki lima apakah jika aku berteduh di gigi bangunan maka aku ini penjenayah lalu aku ingin bertanya kenapa tak ramai bertanya dari mana si miskin ini datang MALAM TADI aku bersahur nasi lemak sebelum makan aku beli petai jering manggis dan durian aku tidak beriftar aku buka puasa tidak dengan tamar aku bukan arab aku berbuka dengan manggis dan durian aku berbuka dengan petai dan jering aku bangga darah biduanda seribu tahun lagi mustahil aku jadi arab mustahil aku tergila akan bidadari itu SELAMAT BERBUKA -------- |
Posted: 09 Jul 2014 11:03 PM PDT KAYA SERANG MISKIN yang kaya semakin ganas menyerang yang miskin masanya telah tiba yang miskin mengumpul tenaga untuk menyerang yang kaya ini perang kelas selama ini hanya kelas kaya menyerang kini kelas miskin bangun menyerang malaysia satu satunya negara dalam dunia yang menjenayahkan warga miskin kota malaysia satu satunya negara dalam dunia ini yang menjenayahkaan pemberi sedekah penerima sedekah JUSTERU hanya satu jawapan bangun dan lawan |
Posted: 09 Jul 2014 09:40 PM PDT BERITA BAIKsatu juta warga sedang mogok di uk guru kaki tangan kerajaan buruh pengangkutan bomba semua menuntut naik gaji tambahan 1 pound untuk 1 jam ini adalah mogok terbesar dalam sejarah britain selepas megok besar 1926 jelas krisis sedang menanah jelas rintik rintik keruntuhan sistem kapitalis sedang dilihat di amerika semakin banyak bank tutup semakin ramai hilang kerja semakin ramai hilang rumah di eropah pun sama di greece itali sepanyol portugal kaum buruh sedang bangun perang semakin merebak di timur tengah sedang merebak ke pakistan amerika sedang dipukul terok di afghanistn di iraq di syria suasana vietnam datang lagi suasana rakyat dunia bangun datang lagi apa akhirnya? Cameron plans crackdown on strikes as one million public workers walk outDavid Cameron has been accused by union leaders of being a "Bullingdon bully" after he vowed that the Conservative election manifesto would tighten the screw on strike laws in response to what he regards as Thursday's illegitimate mass walkout of up to 1 million public-sector workers. Cameron also rounded on Ed Miliband for neither supporting nor condemning the strikes, billed as some of the largest since the general strike of 1926. They cover teachers, civil servants, transport staff, firefighters and a range of local government staff protesting over real-terms pay cuts. ---------- |
Posted: 09 Jul 2014 09:08 PM PDT PROJEK TIPU MAK CIK FELDA GST di Malaysia antara paling rendah dalam dunia - Ahmad HusniKUALA LUMPUR: Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang ditetapkan sebanyak enam peratus oleh Malaysia adalah antara paling rendah dalam dunia, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Ahmad Husni berkata, pelaksanaan GST pada April tahun depan akan menggalakkan lebih banyak pelaburan dan merancakkan perniagaan dalam negara. Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di sini, hari ini. KAH KAH KAH woit hujah berkarat digunakan lagi kah kah kah minyak di malaysia paling murah teksi di malaysia paling murah gula di malaysia paling murah sekarang .... cukai di malaysia pulak... kah kah kah kenapa tak cakap gaji di malaysia paling murah nyawa di malaysia paling murah kah kah kah woit nak tipu buat lah betul betul biar mak cik felda percaya KAH KAH KAH --------- |
Posted: 09 Jul 2014 08:33 PM PDT
KAH KAH KAH jawabnya pada pil kuda tak caya tanya din kuda oooppps... tanya din ayam KAH KAH KAH ---------- |
Posted: 09 Jul 2014 08:08 PM PDT FACE BOOK
|
Posted: 09 Jul 2014 07:38 PM PDT MALAM INI di lives arts pj pj one - seksyen 17 petaling jaya jam 9:00 malam kalau sesat pukul talipon 012-229-09-44 kalau masih juga sesat talipon polis brickfeild tanya mana tukar tiub malam ini |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan