Jumaat, 4 Julai 2014

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Datuk Sharifah Aini Meninggal Dunia

Posted: 04 Jul 2014 10:55 AM PDT



Astro Awani – Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi di Pusat Perubatan Pakar Damansara. Al-Fatihah.

Kerajaan Pulau Pinang beri bonus setengah bulan gaji

Posted: 04 Jul 2014 01:17 AM PDT

GEORGETOWN: Penjawat awam kerajaan negeri Pulau Pinang akan mendapat bonus setengah bulan gaji atau minimum RM600 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata keputusan pemberian bonus itu dibuat selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

"Pembayaran bonus itu akan dibuat sebelum hari raya ini," katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

- BERNAMA

Kenyataan Media: Tiada Perbincangan Isu MB Antara TGHH Dengan Anwar

Posted: 03 Jul 2014 06:51 PM PDT

Laporan dari FMT dengam merujuk kepada http://www.freemalaysiatoday.com/category/highlight/2014/07/04/khalid-to-be-ousted-after-hari-raya/
itu adalah tidak benar sama sekali.

Bukan sahaja tidak ada sebarang perbincangan mengenai isu Selangor antara DSAI dan TGHH semasa lawatan di IJN tempohari, malah perkataan "Selangor" atau "MB" pun tidak disebut langsung.

Dr.Ahmad Samsuri Mokhtar
Setiausaha Politik
Presiden PAS

Tiada ulasan: