Khamis, 10 Julai 2014

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


#save4gaza: biar gambar berbicara

Posted: 10 Jul 2014 06:06 AM PDT



Maksudnya: 'Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS PERKEMBANGAN TERKINI DI IRAQ/SYRIA

Posted: 10 Jul 2014 04:19 AM PDT




KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

PERKEMBANGAN TERKINI DI IRAQ/SYRIA

10 Julai 2014/ 12 Ramadhan 1435H

Parti Islam SeMalaysia (PAS) meneliti dengan penuh berhati-hati terhadap perkembangan terkini yang berlaku di Iraq dan Syria dan meminta kepada ahli, penyokong dan seluruh rakyat supaya dapat memahami segala bentuk percaturan yang sedang berlaku dengan proksi - proksinya.

Adalah ditegaskan bahawa PAS adalah tetap mengambil pendekatan demokrasi menerusi pilihanraya dan inilah pendekatan yang kita perkenalkan kepada semua rakan – rakan dalam gerakan Islam di seluruh dunia. Ini jugalah yang saya tekankan dalam ucapan saya kepada kepimpinan parti – parti berteraskan Islam di negara lain dalam persidangan anjuran Economic and Social Researches Center di Turki pada bulan lepas. Pendekatan ini adalah yang terbaik pada masa ini bagi menghadapi masalah dalaman negeri umat Islam sendiri dengan menekankan prosesnya secara damai dan demokrasi.

Sebab itu PAS tidak bersetuju dengan pendekatan yang berlaku di Syria dan Iraq yang mengambil cara perang untuk menyelesaikan masalah dalaman negara umat Islam. Ianya juga bercanggah dengan konsep jihad dalam al-Quran dan Sunnah yang diamalkan oleh para Khulafa' di sepanjang zaman. Para Khulafa' ar-Rasyidin, Zaman Amawiyah, Zaman Abbasiyah dan Zaman Uthmaniyyah, kesemua mereka menyelesaikan masalah dalaman umat, dan pendekatan perang adalah terakhir dan sangat berhemat. Sehingga Saidina Ali bin Abi Talib R.A hanya bertindak kepada golongan Khawarij apabila mereka mengangkat senjata. Apabila mereka tidak mengangkat senjata, maka dihadapinya dengan sabar.

Begitulah kaedah kita menghadapi kerajaan-kerajaan yang zalim sepanjang zaman dalam krisis dalaman umat Islam. Bahkan kerajaan Uthmaniyyah sendiri semasa pemerintahan mereka telah meletakkan kumpulan Druze yang dianggap kumpulan serpihan umat di luar daripada Islam ke satu kawasan di Lubnan, dan kumpulan Yazidiyah diletakkan di Iraq tanpa pendekatan secara bersenjata. Pendekatan ini juga adalah metode yang berasalkan dari pendekatan kajian ulama -ulama di masa itu, untuk mengelakkan diri dari orang –orang dan kelompok yang jahil dalam masalah agama sehingga merosakkan umat sendiri dan menghukum tanpa hati-hati.

Dengan sebab itu, PAS dengan tegas tidak mengizinkan mana-mana ahli PAS terlibat dengan kumpulan-kumpulan radikal samada di luar negeri ataupun di dalam negeri. Sekiranya didapati ada, maka kita tidak teragak-agak akan mengambil tindakan dengan memecat mereka daripada keahlian PAS.

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

PRESIDEN PAS

Di antara Hak dan Batil

Posted: 10 Jul 2014 03:38 AM PDT



Dr Zainur Rashid Zainuddin

Pertembungan yang berlaku di bulan Ramadan al Mubarak di bumi para Anbiya' ini adalah pertembungan di antara kumpulan al-Hak (pihak yang benar) dengan kumpulan al-batil.

Di satu pihak yang berjuang dengan amanah untuk mempertahankan tanah yang diduduki yang merupakan bumi para Anbiya dan bumi Isra'-Mikraj yang merupakan milik umat sejagat. Di satu pihak yang lain adalah kumpulan penjajah yang mendakwa pemilik bumi ini yang turut mendapat sokongan padu daripada kuasa besar dunia yang beraksi sebagai polis dan hakim dunia antarabangsa.

Umat sejagat seharusnya jelas terhadap apa yang berlaku dan bertanggung-jawab bagi mempertahankan benteng terakhir yang memperjuangkan pembebasan Masjid al Aqsa dan bumi Palestin yang diberkati ini.

Kemenangan dan kedaulatan tidak datang dengan mudah dan sekelip mata tetapi kemenangan itu hanya akan datang dengan pengorbanan dan susah payah. Ia tidak cukup dengan keyakinan semata-mata tanpa melakukan apa-apa usaha dan persiapan. Ia juga tidak cukup dengan doa dan solat hajat semata-mata. Justeru, banyak lagi usaha dan pengorbanan yang perlu kita lakukan.

Maksud firman Allah SWT dalam al Quran,

"Wahai orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan pendirian kamu".

Surah Muhammad ayat 7:

"Sesungguhnya telah tetap janji Kami bagi hamba-hamba Kami yang diutus menjadi Rasul. Bahawa sesungguhnya merekalah orang yang diberikan pertolongan. Dan sesungguhnya tentera Kami (orang yang beriman) itulah yang pasti menang".

(As-Shaffat: 171-173)

#pray4gaza: Gambar Pilihan

Posted: 10 Jul 2014 12:49 AM PDT



Ya allah, hancurkan bala tentera musuh islam.

Tak Semua Orang KPM Ni Cerdik

Posted: 09 Jul 2014 09:50 PM PDT



Luahan hati seorang wakil masyarakat.

FELDA ambil warganegara dari india?

Posted: 09 Jul 2014 09:35 PM PDT



Hi hi hi hi hidup... melayu!

Bersorak peneroka bila dapat RM 500.

#save4gaza: kekejaman zionis laknatullah

Posted: 09 Jul 2014 05:54 PM PDT



Semoga anda tenang di syurga.

#save4gaza: gambar kezaliman zionis

Posted: 09 Jul 2014 05:52 PM PDT



Semoga tenang di syurga

#pray4gaza: Gambar pilihan

Posted: 09 Jul 2014 05:47 PM PDT



Biar gambar berbicara.

Isu Wanita: Cara Nak Ke Masjid Dan Pusat Beli Belah

Posted: 09 Jul 2014 05:43 PM PDT



Wanita oh wanita.

Tiada ulasan: