Kelab Greenboc |
- Kaki Patah Akibat Bergayut Semasa Tunggang Motorsikal
- Warga Pondok Bangkit Nafi Kenyataan Dr.Mashitah Ibrahim
- [VIDEO] Lagi Pesanan Terakhir Datuk Sharifah Aini
Kaki Patah Akibat Bergayut Semasa Tunggang Motorsikal Posted: 07 Jul 2014 12:21 AM PDT Parit Buntar - Padah menunggang motosikal sambil berbual telefon, seorang lelaki patah kaki kanan akibat merempuh sebuah kereta dalam satu kemalangan di Batu 3, Parit Kasa, Jalan Sempadan, di sini, semalam. Menyedihkan, dalam kejadian jam 12.40 tengah hari, sebahagian kaki kanan mangsa yang berusia lingkungan 20-an hancur. Pemandu kereta, Abdul Rahman Bahari, 65, berkata, dia bersama lima ahli keluarga lain termasuk seorang bayi sedang dalam perjalanan ke Sungai Bakau dari pekan Pusat Bandar. Abdul Rahman berkata setibanya di lokasi kejadian, dia melihat kelibat seorang penunggang motosikal yang menunggang secara melulusebelum memasuki laluan bertentangan. "Saya nampak dia sedang bercakap menggunakan telefon bimbit tanpa menumpukan perhatian pada jalan raya. "Saya membunyikan hon pada jarak 20 meter bagi memberi amaran kepada mangsa yang sudah memasuki jalan bertentangan. "Namun, mangsa tidak menghiraukan bunyi hon dan akhirnya pertembungan kuat berlaku," katanya sewaktu ditemui di lokasi kejadian. Abdul Rahman berkata, kesan pertembungan itu menyebabkan mangsa tercampak, manakala motosikal jenis Suzuki ditunggang mangsa remuk teruk di bahagian hadapan. Menurutnya, kemalangan itu turut menyebabkan bahagian hadapan keretanya remuk, manakala rim tayar hadapan kanan kereta hancur. "Selepas bertembung, saya meneliti keadaan ahli keluarga dan bersyukur kesemuanya selamat serta tidak mengalami kecederaan. "Saya segera meneliti keadaan mangsa dan terkejut melihat keadaan kaki kanan mangsa yang hancur dan parah. "Mujur dengan bantuan anggota Pertubuhan Sukarelawan Keselamatan dan Kebajikan Islam Kerian (PSKK) yang hadir, ambulans segera dipanggil untuk membawa mangsa ke Hospital Parit Buntar," katanya. Sementara itu, jurucakap PSKK berkata, pertembungan sebuah motosikal dan sebuah kereta itu menyebabkan kesesakan lalu lintas di lokasi kemalangan. "Anggota PSKK yang menerima maklumat kemalangan segera menghubungi ambulans untuk rawatan kecemasan bagi mangsa penunggang motosikal," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan menegaskan siasatan masih dijalankan. ULASAN GB Kaki patah satu hal, yang menyusahkan dan melibatkan orang lain yang tak berdosa satu hal yang lain pula. Hukum kebenaran dan keadilan tidak boleh dielak. Ia berjalan, apatah lagi dah jelas sangat bersalah, menelefon sewaktu meunggang motorsikal... dah hlang akal? Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Warga Pondok Bangkit Nafi Kenyataan Dr.Mashitah Ibrahim Posted: 06 Jul 2014 09:44 PM PDT Kota Bharu: Kami warga pondok seluruh negara melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan Pengerusi Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) Datuk Dr Mashitah Ibrahim apabila mengaitkan institusi pondok dengan fahaman ekstremis dan gerakan militan. Apabila menyebut pelajar pondok ini terlibat dengan militan dan ia melahirkan kumpulan-kumpulan militan, ia sekali gus memberi memberi gambaran buruk terhadap institusi pondok. Apa yang dituduh oleh Dr Mashitah ini adalah fitnah yang sangat besar, yang beliau sendiri tidak boleh mengemukakan bukti dengan cara yang lengkap. Kita rasakan ini adalah satu tuduhan yang sangat besar kepada masyarakat pondok dan pelajar-pelajar pondok Institusi pondok telah melahirkan ulama-ulama yang banyak menyumbang ilmu kepada negara apatah lagi ia merupakan satu-satunya institusi yang menjaga kepentingan agama Islam negara ini. Kami turut menolak dakwaan mengatakan institusi pondok mempunyai dana yang besar sehingga boleh berdiri sendiri bahkan menyalurkan dana kepada gerakan pemisah seperti di Thailand. Hakikatnya, kata beliau institusi pondok mempunyai kewangan yang tidak mencukupi dan mustahil boleh menyalurkan kepada pihak lain. Ini benda yang sangat tidak logik dan tuduhan yang jahat, daripada seorang yang penuh muslihat. Beliau sekadar merapu sahaja. Beliau hendak mengadakan-adakan perkara yang tidak ada supaya menampakkan dirinya macam menyebelahi kerajaan. Padahal apa yang disebut ini langsung tidak ada asas kebenarannya Sepatutnya Mashitah patut berfikir bagaimana kerajaan boleh menyumbang kepada institusi pondok yang dimiliki oleh rakyat, bukannya cuba mematikan institusi pondok pada hari ini dengan menarik balik bantuan berkapita seperti mana berlaku ketika gerakan zaman Tun Mahathir dalam menyerang Sekolah Agama Rakyat (SAR) secara besar-besaran. Terdahulu, Mashitah mencadangkan kerajaan menggubal undang-undang bagi memantau dan menapis kewujudan sekolah pondok yang kononnya ada menyebarkan fahaman ekstremis. Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan tidak perlu undang-undang baru kerana pihak berkuasa agama negeri mempunyai kuasa untuk memantau perkara itu mengikut peraturan yang sedia ada. Bahkan tegas Jamil Khir, berdasarkan maklumat di peringkat kementerian tiada mana-mana sekolah pondok yang dikaitkan dengan gerakan ekstremis. -epondok
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
[VIDEO] Lagi Pesanan Terakhir Datuk Sharifah Aini Posted: 06 Jul 2014 05:15 PM PDT Hajah Sharifah Aini menemui Khaliq penciptanya di awal jam 1.26 pagi di Pusat Perubatan Pakar Damansara kerana jangkitan kepada paru paru. Allahyarhamah sebenarnya seorang yang penyayang. Di samping putera tunggalnya Aliff, Allahyarhamah juga memerlihara beberapa orang anak angkat . Berikut adalah pesanan terakhir Allahyarhamah. إنا لله وإنا إليه راجعون ..عظم الله أجركم Posting yang cukup panjang lebar telah dimuatnaik oleh sahabat baiknya iaitu Datuk Khalilah Mohd Talha yang juga Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Plus Expressway Berhad. Dalam posting tersebut, Khalilah memberitahu bahawa Kak Pah kini sedang menjalani rawatan rapi dari pakar perubatan di sebuah hospital swasta. Biarpun begitu, Kak Pah sempat menitipkan pesanan dan salam kasih sayangnya buat semua peminat-peminatnya khususnya mereka yang sering berinteraksi dengannya menerusi laman sosial rasmi, Facebooknya. Pesanan Kak Pah memang cukup sayu hingga mampu menitiskan air mata bagi sesiapa yang membacanya. Ikuti pesanan Kak Pah ini untuk mengetahuinya sendiri. Inilah pesanan Kak Pah: "Setiap dari kita tidak tahu bila kita akan dijemput olehNYA…Jika ditakdirkan ALLAH, sampai masanya untuk saya pulang ke RahmatuLLAH, jika ditakdirkan ujian yang ALLAH berikan ini berakhir dengan saya keluar sebagai jenazah…dengan hati yang damai, saya tenang dan REDHA dengan apa yang telah ditetapkan. Doakan saya berakhir dalam KHUSNUL KHOTIMAH. Sesuatu yang saya ingin anda, keluarga FB saya tahu ialah…saya TERAMAT SAYAAAAAAAAAAAAAAANGKAN ANDA SEMUA…saya sangat menghargai segala kasih sayang, ingatan, doa dan budi baik yang telah anda curahkan kepada saya selama ini. Doakanlah kesejahteraan saya, sedekahkanlah Al-Fatihah, ingatlah saya dalam setiap DOA anda. In Shaa ALLAH, kita semua akan menjadi keluarga semula di JANNAH! Satu pesanan saya, seandainya saya sudah tiada…gunakanlah FB ini kearah kebaikkan…untuk menjaga Silaturrahim…untuk saling menasihati…bukan untuk mengumpat…menabur fitnah…dan segala perbuatan yang sia-sia dan mendatangkan dosa. Kasihanilah diri anda sendiri. Begitu pantas masa berlalu…45 tahun saya bergelar anak seni…….terlalu banyak kenangan, terlalu banyak pengalaman…pahit dan manis…begitu ramai yang telah membesar dengan lagu-lagu saya… namun yang pasti, perjalanan panjang penuh berwarni-warni yang telah saya lalui ini tidak akan terjadi tanpa kehadiran anda, peminat-peminat yang sentiasa memberi sokongan tidak pernah berbelah-bagi selama keberadaan saya dalam dunia seni. Anda adalah pembakar semangat, pendorong untuk saya untuk terus bertahan. Tanpa anda siapalah saya. Ketahuilah, sedari mula saya melangkahkan kaki dalam dunia seni sehingga ke hari ini, niat saya tidak pernah berubah, ikhlas untuk menggunakan anugerah suara yang telah dikurniakan ALLAH ini dengan sebaik mungkin. Always remember that I sing with LOVE! Walau apapun yang berlaku, saya ingin anda tahu yang saya teramat hargai kehadiran, kasih sayang dan sokongan anda selama ini. Segala kebaikkan anda tidak akan pernah luput dari ingatan, dan akan saya bawa hingga ke akhir hayat. Doakan kesejahteraan saya dunia dan akhirat sebagaimana saya sentiasa mendoakan kebaikkan dan kesejahteraan buat semua keluarga dan peminat-peminat saya di sini. In Shaa Allah, jika dipanjangkan usia dan diizinkankan Allah, kita akan berjumpa lagi. Salam Santun Erat Silaturahim Wa Ukhuwah Fillah . Salam Teramat Sayang Untuk Adik-Adik Kak Pah dan Semua Anak-Anak Ummie Sharifah yang dikasihi di FB ini Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan