Khamis, 17 Julai 2014

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Murtadkah Seorang Islam Jika Sertai DAP?

Posted: 17 Jul 2014 12:25 AM PDT


Saya tak kan murtad

SEREMBAN: Syefura Othman, 25, gadis Melayu terbaru yang menyertai parti DAP, membidas kritikan pihak luar dan berkata beliau tidak akan murtad hanya kerana telah menyertai DAP.

"Saya tengok ada orang kata bila saya sertai DAP seolah-olah saya dah lupa asal usul, bangsa dan agama saya.

"Saya tak kan murtad hanya kerana saya jadi ahli DAP. Saya tetap Melayu dan tetap menjunjung Islam.

"Malah ketika ini saya sedang membaca buku Hikayat Merong Mahawangsa.

"Mereka yang melatah bila tengok orang Melayu masuk DAP ini adalah orang yang takut pada bayang-bayang sendiri.

"Saya memilih DAP kerana ia lebih terbuka dan lebih memberi ruang kepada bakat politik anak muda terutamanya golongan wanita," kata Syefura.

Syefura yang menampilkan imej muslimah memberikan jawapan positif apabila ditanya FMT samaada lebih ramai anak muda Melayu terutama anak gadis yang mahu menyertai DAP selepas melihat langkah Syefura.

"Ya, saya akan membawa lebih ramai sahabat perempuan saya masuk DAP. Sebab sejak saya menjadi ahli ada sahabat-sahabat perempuan saya sudah mula bertanya tentang penglibatan saya serta tentang parti itu sendiri.

"Saya percaya apabila lebih ramai orang Melayu menyertai DAP, maka pengkritik di luar sana tak boleh melabelkan DAP sebagai parti rasis atau parti Cina," Syefura berkata demikian di majlis Iftar DAP cawangan Seremban bersama kepimpinan PAS dan PKR setempat serta media.

Turut hadir adalah Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook (DAP), Ketua Pemuda DAP Malaysia dan Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Mohd Taufek Abdul Ghani, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat Aminuddin Harun dan ADUN Nilai J Arulkumar. -FMT


Keterbukaan anak muda Melayu sertai DAP

SEREMBAN - Pembabitan golongan muda terutamanya mereka yang berketurunan Melayu dan beragama Islam di dalam DAP membuktikan keterbukaan anak muda terhadap parti itu semakin baik.

Bekas calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Telok Intan, Dyana Sofya Mohd Daud berkata, bagaimanapun penglibatan anak muda lain dalam DAP bukan menggadaikan maruah Islam itu tetapi sebaliknya demi prinsip dan perjuangan parti yang dibawa.

"Sejak saya menyertai DAP ini, identiti Islam saya tidak hilang. Saya berketurunan Melayu dan Islam adalah agama saya. Jadi ia bukan satu perkara yang perlu dipolemikkan," katanya kepada Sinar Harian selepas Majlis Berbuka Puasa Pakatan Rakyat (PR) Negeri Sembilan dengan Media, di sini, kelmarin.

Katanya, sehingga kini, sudah ramai generasi muda yang mempunyai latar belakang berbeza menunjukkan minat menyertai DAP.

"Tidak kira bangsa, dan agama, mereka sudah mula memahami akan perjuangan serta prinsip yang dibawa dalam parti ini.

"Memang kini, saya dan pemimpin lain mencari lebih ramai lagi rekrut-rekrut muda kerana dalam parti inilah suara serta idea kami didengar.

"Peluang 'kami' jauh lebih cerah berbanding berada dalam Umno yang tradisi, kepercayaan serta budaya lapuk," katanya.

Ditanya pembabitan Syefura Othman, 25, dalam DAP, kata Dyana, pembabitan anak muda baru seperti Syefura amat digalakkan.

"Saya sendiri pun tidak mengenali beliau pada awalnya, tetapi selepas berjumpa dalam program sama dan berjumpa di Teluk Intan, kami mulai kenal antara satu sama lain.

"Ramai pemimpin DAP adalah dalam kalangan yang masih muda, dan ini menggambarkan anak muda diterima serta diberi peluang mencurahkan idea dalam mengukuhkan akan perjuangan parti," katanya.
-SH


ULASAN GB

Ada beberapa orang macai UMNO yang menyatakan bahawa umat Islam yang menyertai parti DAP sebagai murtad. Alasannya DAP tolak hudud.

Jika demikian halnya maka ahli UMNO telah terlebih awal murtad kerana bukankah UMNO sebelum ini menentang hudud? Pelbagai alasan diberikan. Malah sehingga kini masih ramai di dalam UMNO yang menentang hudud. Tak percaya? Pergi interview Tun Dr Mahathir sekarang juga!







IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




[VIDEO] Adik Ini Dipanggil Ke Rahmatullah Tatkala Sedang Bertadarus

Posted: 16 Jul 2014 11:05 PM PDT

Alor Setar: Seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah (SMKAK), Mergong di sini meninggal dunia ketika bertadarus al-Quran di sekolah itu bersama pelajar lain pagi Rabu.

Mangsa Ku Mohammad Iqbal Ku Md Akhir, 14, dari Kampung Alor Buluh, Lorong Liku, Jalan Datuk Kumbar di sini meninggal dunia 7.35 pagi dalam surau sekolah itu.

Penolong Kanan Kokurikulum SMKAK Johari Jaafar berkata Mohammad Iqbal sedang bertadarus al-Quran bersama pelajar lain dan tiba-tiba rebah serta tidak sedarkan diri.

"Sekolah menghubungi ambulans untuk memeriksa Mohammad Iqbal dan disahkan oleh kakitangan perubatan bertugas yang dia telah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi di sini.

Johari berkata tadarus al-Quran merupakan rutin harian pelajar sekolah itu sempena bulan Ramadan sebelum memulakan sesi pembelajaran seperti biasa.

Abang mangsa, Ku Muhammad Luqman, 22, berkata pihak sekolah menghubungi ayahnya Ku Md Akhir Ku Hamid, 49, memaklumkan perkara itu 7.50 pagi tadi sebelum ibunya Fatimah Ahmad, 51, pergi ke sekolah untuk melihat keadaan adiknya.

Katanya jenazah adik bongsu daripada lima beradik itu akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Gelam di sini selepas solat Asar.

Jenazah mangsa sebelum itu dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk bedah siasat sebelum dituntut anggota keluarga.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan masih menunggu laporan bedah siasat.

Pengarah HSB Datuk Dr Juita Ghazalie berkata pihaknya masih menunggu keputusan ujian makmal untuk mengenal pasti punca kematian. -mstar


ULASAN GB

Kau beruntung sangat adikku Iqbal... mati di di dalam keadaan khusnul-khatimah..

Kita semua ini... belum tentu pengakhiran hayat kita entah bagaimana... Allah Allah Allah...







IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




[VIDEO] Ziana Zain: Berhijab Ini Hadiah Dari Allah & Untuk Selama-lamanya...

Posted: 16 Jul 2014 05:12 PM PDT


Ziana Zain berhijab sepenuhnya, anggap ia hadiah paling bermakna

enyanyi terkenal negara, Ziana Zain tampil dengan mengenakan hijab di rakaman MeleTop Raya baru-baru ini mengesahkan bahawa imej baru tersebut sebagai penghijrahan kekalnya sehingga ke akhir hayat.

Sebelum ini ada desas desus memperkatakan mengenai Ziana yang mula bertudung sempena bulan Ramadan namun tidak ada kenyataan yang dibuat olehnya.

Walau bagaimanapun, menurut portal Murai, pada 15 Julai Ziana mengakui penampilannya bertudung pada rakaman MeleTop Raya itu adalah buat selama-lamanya.

"Ini adalah hadiah yang Allah SWT berikan kepada saya, sebuah ganjaran yang dijanjikan setelah tidak putus-putus doa daripada peminat, kawan-kawan dan yang paling termakbul adalah doa kedua ibu bapa saya.

"Allah SWT telah berikan apa yang mereka semua pohon, sementara itu juga dibukakan pintu hati saya menerima syariat agama ini. Setelah beberapa tahun saya memasang niat, akhirnya hari yang dinanti sudah tiba. Perasaan yang datang itu bukan rasa yang biasa tetapi kuasa yang luar biasa"
kata Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain kepada Murai.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Korban Cinta dan Anggapanmu ini mengharapkan agar penghijrahannya ini mendapat sokongan yang tidak berbelah bagi daripada peminatnya.

Ziana tampil manis berhijab di rancangan tersebut dengan busana rekaan khas Rizman Ruzaini. -astroawani



ULASAN GB

Tahniah dan syabas dari GB. Kudoakan semuga istiqamah.









IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




Tiada ulasan: