Kelab Greenboc |
- Saudara Kita Ini Memerlukan Bantuan Tuan-tuan Semua!
- Young Syefura (Rara): "Kenapa Aku Sertai DAP...."
- Syabas, Giliran Umie Aida Pula Bertudung...
Saudara Kita Ini Memerlukan Bantuan Tuan-tuan Semua! Posted: 15 Jul 2014 01:16 AM PDT Assalamualaikum, RAYUAN SUMBANGAN Abdul Hannan b. Abdul Ghani yang mengidap sakit transverse myelitis@radang saraf tunjang. Makluman terakhir yang GB terima beliau kini masih di Wad ICU Mawar, Hospital Besar Melaka. Lebih 20 tahun beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Pasti Nurul Iman Jasin dan pengedar Harakah di kawasan Jasin. Yang di Mesir sudah habis peperiksaan semester tapi hanya mampu berdoa dari jauh menahan sedih dan rindu untuk melihat ayahnya sebab tiada duit tambang untuk balik ke Malaysia. Anaknya 3 orang di Universiti Al-Azhar Mesir, seorang akan ke sana pada September ini, seorang sedang melanjutkan pelajaran peringkat Master di Universiti Islam Antarabangsa Gombak, seorang lagi di Madrasah Al-Rahmah Melaka. Tolonglah sahabat saya ini yang sudah 4 bulan terlantar di Hospital Besar Melaka. .. No.akaun Bank Islam 04033020277751 atas nama isterinya Norasmah Mohd Noor SMS: 019 656 4626 Semuga Allah melimpahkan rahmatNya kepada semua para penyumbang. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Young Syefura (Rara): "Kenapa Aku Sertai DAP...." Posted: 14 Jul 2014 10:45 PM PDT Rara: Dari mana, nak ke mana (Bahagian I) Populasi wanita muda di Parti Tindakan Demokratik nampaknya kian meningkat. Pasca pilihanraya kecil Teluk Intan, ramai yang akhirnya maju ke depan dan dengan berani mengisi borang keahlian sebuah parti yang telah sekian lama difitnah sebagai parti 'komunis' dan 'cauvinis cina'. Terbaru, DAP menerima permohonan keahlian daripada seorang ikon anak muda yang boleh tahan popular sejak ditemui hadir dalam perhimpunan Bersih 3.0. Young Syefura Othman, atau lebih mesra dipanggil Rara, mengisi borang keahlian DAP setelah menghadiri sesi dialog bersama pimpinan muda parti di ibu kota. Anak gadis berusia 25 tahun ini merupakan anak perempuan tunggal daripada tujuh orang adik-beradik. Dia mendapat inspirasi politiknya daripada sang ibu yang merupakan seorang aktivis PAS. "Kami turun perhimpunan Bersih satu keluarga," ujarnya berkisah tentang pengalaman pertama kali menyertai perhimpunan aman membantah penipuan pilihanraya itu. Rara bernasib baik kerana datang awal dan pulang awal, lalu tidak terkena asap gas pemedih mata atau ditembak air gatal. Beliau malah menjadi bualan anak-anak muda Malaysia setelah fotonya tersebar luas dan disebut-sebut sebagai salah satu ikon perhimpunan tersebut. Kemasukan Rara ke dalam DAP disambut dengan reaksi bercampur-campur daripada berbagai pihak. Antara yang paling pantas memberi reaksi negatif pastinya pihak musuh yang dengan cepat melabel beliau, selain memuatnaik grafik kononnya Rara seorang pakar urut batin. Siap dengan alamat dan nombor telefonnya sekali. "Saya menyertai DAP kerana ia menyediakan ruang untuk wanita muda Melayu terutamanya," kata beliau memberi penjelasan. "Kita kekurangan pimpinan wanita muda. Kita mungkin ada Nurul Izzah dalam PKR, kalau PAS saya tidak pasti siapa. Kalau kenal pun Kak Aiman (Athirah)" tambahnya, sambil berkata kemasukannya ke dalam DAP adalah dengan cita-cita untuk mengajak lebih ramai wanita untuk turut ke depan dalam perjuangan mengembalikan demokrasi dan keadilan. Minat beliau terhadap DAP bertambah rancak pasca fenomena Dyanamania yang melanda seluruh negara, di samping dasar parti yang menolak politik perkauman dan terbuka kepada semua tanpa mengira latar belakang apa pun. "Semua kawan-kawan terkejut bila saya masuk DAP, semua orang asyik tanya, kenapa DAP?" tambahnya sambil memberitahu bahawa keluarganya menerima keputusan beliau dan faham benar dengan kiprah politik Rara serta memberikan beliau sokongan terus-menerus. Hentaman dan serangan terhadapnya dianggap hal biasa. Poster dan grafik di laman-laman sosial memfitnah kononnya Rara mendaftar sebagai ahli seumur hidup DAP dan kononnya berhasrat menghapuskan hak-hak orang Melayu. Padahal Deklarasi Shah Alam yang dibuat pada 8 Januari 2012 jelas mempertuntukkan bahawa DAP "Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak kaum-kaum lain, seperti yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan." "Tapi disebabkan saya macam dah terbiasa, saya biarkan sahaja," ujarnya yang sebelum ini sudah pun pernah difitnah dengan pelbagai tuduhan pasca perhimpunan Bersih 3.0. "Bila saya kena sekali lagi waktu masuk DAP, saya sudah boleh bersedia. Saya ketawakan saja," ujarnya menguntum senyuman. Tidak kalah hebat ialah tuduhan bertalu-talu daripada pihak musuh kononnya DAP mempergunakan gadis-gadis cantik jelita untuk menarik kemasukan orang Melayu. Rara melihat tuduhan itu sebagai sesuatu yang positif kerana baginya pihak musuh sudah ketandusan ide untuk mencari kesalahan. Tetapi, hakikatnya, memang benar sudah ramai yang berminat untuk menyertai DAP. Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Setelah sekian lama DAP dimomok-momok sebagai parti cauvinis Cina, kehadiran wanita-wanita muda secara tiba-tiba meleburkan persepsi negatif tersebut, dan secara tidak langsung menarik minat orang ramai untuk mendekati parti yang dijaja-jaja musuhnya dengan pelbagai cerita karut. Kekurangan wanita muda dalam aktivisme politik Malaysia bagi Rara adalah akibat daripada kerunsingan dan ketakutan untuk terlibat, selain disibukkan dengan urusan harian serta kurangnya sistem sokongan bagi mereka. Tambah-tambah pula yang bekerja dengan kerajaan. "Mereka memang tidak berani menonjol, takut kalau apa-apa berlaku terhadap mereka," jelasnya lagi, sambil berkata bahawa ketakutan kaum wanita yang meminggir daripada aktivisme mendorong beliau untuk lebih ke hadapan. "Kita perlukan seseorang untuk ke depan dan menjadi contoh, pemimpin dan pembuka jalan." "Sekali kita maju setapak, orang yang di belakang akan ikut kita," tambah beliau.
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Syabas, Giliran Umie Aida Pula Bertudung... Posted: 14 Jul 2014 06:15 PM PDT Alhamdulillah. Nampaknya keberkatan bulan Ramadhan kali ini telah membuka hati beberapa orang selebriti wanita untuk mengikuti syariat Islam. Umie Aida kini turut sama berhijrah dan menutup aurat dengan bertudung sejak awal bulan Ramadhan ini. Pada mulanya Umie Aida enggan menghebahkan perkara baik ini namun pelakon ini akhirnya sudi berkongsi sedikit ketika ditemui oleh wartawan di majlis pengkebumian Allahyarham Sharifah Aini. Hati Umie Aida mula terbuka untuk bertudung sejak mula menyertai kelas agama tahun lalu. Kata Umie menerusi Berita Harian:- Penyertaan saya dalam kelas agama sejak tahun lalu banyak membuka hati dan mata saya membuat keputusan ini. Saya bukan saja tenang apabila bertudung, malah imej ini membuatkan saya jadi seronok dan selesa. Perasaan jatuh cinta untuk memakai tudung itu semakin menebal. Ketika menunaikan solat Tarawih, perasaan hendak memakai tudung bertambah. Tak lengkap hari tanpa mengenakan tudung. Jadi, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya berimej begini dan saya sudah bersedia 100%. Dalam soal rezeki, saya tak takut dan risau biarpun sudah bertudung. Insya Allah, ia tidak akan menyekat rezeki saya. Apabila saya sudah rasa cinta untuk menutup aurat, perasaan itu mengatasi segala-galanya. Terharu Abang Nara membaca bait-bait kata Umie Aida. Sesungguhnya Umie Aida antara mereka yang beruntung diberikan kenikmatan dan kesempatan untuk menutup aurat. Tahniah Umie!!! Semoga makin ramai selebriti wanita kita akan mengikuti jejak langkah penghijrahan rakan-rakan mereka. Lagi beberapa gambar Umie Aida bertudung dengan membaca artikel ini sepenuhnya. -beautifilnara ULASAN GB Syabas dan semuga istiqamah. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan