Kelab Greenboc |
- Sabah Diceroboh Lagi, Seorang Polis Maut & Seorang DIculik
- Bekas Guru Meninggal Waktu Sedang Sujud Di Jasin
- Model Separuh Bogel Berubah Selepas Kenal Islam
Sabah Diceroboh Lagi, Seorang Polis Maut & Seorang DIculik Posted: 13 Jul 2014 01:01 AM PDT Kota Kinabalu: Seorang anggota polis dilaporkan terbunuh dan seorang lagi dipercayai diculik selepas satu kejadian tembakan di Pulau Mabul, Semporna di pantai timur Sabah pada lewat malam Sabtu. Kejadian tembak-menembak melibatkan anggota polis itu berlaku sejurus sebelum tengah malam apabila lapan lelaki bersenjata yang berpakaian seperti tentera memasuki pulau itu pada kira-kira pukul 11.30 malam Sabtu. Polis Marin, Koperal Abdul Rajah Jamuan, 32, maut manakala konstabel yang dikenal pasti sebagai Zakia Aleip, 26, masih hilang selepas kejadian tembakan bersama kumpulan lelaki bersenjata itu dalam satu serangan hendap di Mabul Water Bungalows Resort di pulau Mabul.u. Para penyelam yang tinggal di resort di pulau itu dilaporkan mendengar bunyi tembakan. Sebelum ini terdapat beberapa cubaan oleh pasukan lelaki bersenjata warga Filipina untuk menceroboh masuk ke Pulau Mabul yang terkenal sebagai syurga menyelam di pantai timur Sabah. Minggu lalu, tahap keselamatan dipertingkatkan berikutan satu cubaan menculik oleh tujuh lelaki bersenjata di pusat ternakan ikan dalam sangkar di Kampung Bangau Bangau di Semporna. Pemilik sangkar ikan itu diarahkan berpindah keluar dari pusat ternakan berkenaan dan sekurang-kurangnya tujuh lelaki bersenjata dilaporkan masih berada di kawasan itu. -mstar
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Bekas Guru Meninggal Waktu Sedang Sujud Di Jasin Posted: 12 Jul 2014 11:15 PM PDT Jasin : Seorang jemaah lelaki warga emas dipercayai meninggal dunia ketika sedang menunaikan solat Maghrib di Masjid Al-Ghaffar, di sini, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 malam, mangsa Mohamed Nor Abu, 72, yang juga pesara guru berada di saf hadapan sedang melakukan sujud yang terakhir sebelum rebah secara tiba-tiba. Imam 1 Masjid Al -Ghaffar Muhamad Adib Hatim berkata, beliau menyedari kejadian sebaik selesai mengimamkan solat fardhu itu. "Selesai sahaja mengimamkan solat, saya terlihat mangsa sudah rebah dan ketika itu jemaah lain mula mendapatkannya. "Mulanya kami sangka mangsa pengsan namun disahkan meninggal dunia oleh pihak polis dan hospital yang datang tidak lama kemudian," katanya ketika ditemui di Masjid Al-Ghaffar, di sini. Muhamad Adib berkata, dia tidak menyangka kejadian itu berlaku memandangkan sebelum itu mereka berbuka bersama di masjid berkenaan. "Ketika berbuka, arwah berbual seperti biasa dengan dan tidak menunjukkan sebarang perubahan namun tidak menyangka perbualan itu adalah yang terakhir kalinya. "Ini adalah kejadian pertama berlaku di masjid ini dan diharapkan dapat menjadi pengajaran kepada dan tauladan kepada orang lain. Tidak semua orang dapat merasai pemergian yang baik seperti dialami arwah ini di dalam bulan Ramadan," katanya. Allhayarham yang menetap di Taman Maju meninggalkan seorang balu dan lima anak. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Maju. – HM Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Model Separuh Bogel Berubah Selepas Kenal Islam Posted: 12 Jul 2014 06:10 PM PDT Dia pernah menjadi seorang model yang glamor dan pernah bergambar dengan memakai seluar dalam sahaja, namun kini Carley Watts, 24, mahu berubah dan menutup aurat. Semuanya selepas dia mengenali Islam melalui pertemuannya dengan seorang lelaki dari Tunisia, Mohammed Salah, 25. Model yang berasal dari Dearham di Norfolk itu bertemu Mohammed ketika dia bercuti di Tunisia. Carley yang juga seorang ibu tunggal kini dalam perancangan untuk memeluk Islam. Dia juga akan berpindah ke Tunisia bersama anak perempuannya, Alannah, yang berusia dua tahun dan akan mempelajari agama Islam di sana, pada bulan Oktober ini. "Rakan-rakan saya menyangka saya menjadi gila. Mereka tidak dapat membayangkan bagaimana seorang wanita yang suka bersosial akan menutup kepala dan memeluk Islam. "Pertemuan dengan Mohammed telah mengubah hidup saya. Saya tidak mahu lagi menjadi liar dan mendedahkan buah dada,'' katanya. Menurut Carley, sebagai seorang model, dia biasa berpakaian seksi dan pernah menanggalkan pakaian ketika mabuk. Malah Carley juga pernah berjalan pulang ke rumah dalam keadaan bogel dari kelab malam akibat mabuk. Kini, kata Carley, kehidupannya semakin berubah dan dia tidak perlu bimbang lagi berlaku keadaan yang memalukan itu. Walaupun Mohammed mengetahui pekerjaan Carley sebelum ini, namun dia tidak akan memaklumkan keluarganya di Tunisia kerana ia pasti sukar diterima oleh mereka. "Mohammed mengetahui mengenai pekerjaan saya dan dia boleh menerima saya. Namun katanya sebaik sahaja kami berkahwin, badan saya hanya untuk tatapannya seorang sahaja,'' katanya. -Suatu Perjalanan Maya Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan