Kelab Greenboc |
- HAMAS: Kami Akan Tetap Pertahan Bumi Kami Sekalipun Dengan Nyawa & Darah
- Karya Raisyyah Rania Yeap : Biarlah Palestin Menang!
- MCA Kata Dalam Minda Bung Hanyalah Tubuh Perempuan...
HAMAS: Kami Akan Tetap Pertahan Bumi Kami Sekalipun Dengan Nyawa & Darah Posted: 11 Jul 2014 01:35 AM PDT Kami akan pertahan walaupun dengan nyawa - Haniyeh GAZA: Timbalan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh menegaskan bahawa rakyat Palestin tidak akan berganjak dari tanah air sendiri dan akan mempertahankannya sekalipun dengan nyawa dan darah. "Kami bangga dengan jati diri yang tinggi rakyat Palestin, kami menghormati mereka yang telah syahid dan kami bangga dengan pertahanan kami yang telah berjaya mengelirukan musuh," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata, pencerobohan Israel akan gagal dan rakyat Palestin akan menang tanpa mengira apa yang berlaku sekalipun. "Untuk musuh, saya ingin berkata, hentikan jenayah perang anda terhadap rakyat kami. "Kamu Israel telah memulakan ini dan pencerobohan ini perlu dihentikan, kami hanya mempertahankan diri dan tanah kami," kata Haniyeh. Sejak serangan udara dimulakan Isrel Selasa lalu, seramai 86 rakyat Palestin gugur syahid manakala lebih 550 cedera. Sebahagian besar yang terkorban adalah orang awam, warga tua, wanita dan kanak-kanak. Selain itu, serangan agresif itu turut memusnahkan sepenuhnya hampir 200 buah kediaman manakala 6,300 buah lagi separuh musnah. Pada waktu ini Israel telah bersiap sedia membuat serangan darat dengan menempatkan 40,000 tentera mereka dengan kelengkapan jentera pemusnah berat di sempada Gaza ~HD
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Karya Raisyyah Rania Yeap : Biarlah Palestin Menang! Posted: 10 Jul 2014 08:31 PM PDT Hati ku tak diam meronta-ronta melihat gambar dan berita saudara-saudariku diseksa dibedil dibunuh tanpa rasa kasihan atau kemanusiaan inilah dia...dunia akhir zaman Ingin saja ku ke situ membantu memberi apa yang perlu diriku ini yang tidak punya anak, suami dan keluarga "Boleh saja!", teriak hati ku bujang yang hanya ada seorang ibu Ingin saja ku kata pada ibu ku yang tua bekalanku untukmu cukup sampai bila-bila biarlah anak perempuan mu ini pergi sesungguhnya semua orang akan mati jika benar Allah tarik nyawaku di situ maka syahid dan manislah pemergianku Tidur ku di tilam empuk ini tak lena hinanya ku selesa dan kenyang berbuka bila di situ, mereka lari dari dibedil namun apakah daya saya ini yang kerdil hanya doa yang dapat ku beri maafkan ku ini yang tidak seberani saudara saudariku di situ yang berjuang Ya Allah, biarlah Palestin menang! - Sebuah karya oleh Raisyyah Rania Yeap - Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
MCA Kata Dalam Minda Bung Hanyalah Tubuh Perempuan... Posted: 10 Jul 2014 04:20 PM PDT MCA tuntut Bung buang 'bra' hijau Walaupun telah meminta maaf, MCA hari ini menuntut lebih komitmen daripada anggota parlimen Umno Bung Moktar Radin yang dihurung kontroversi akibatnya komennya berhubung kemenangan besar Jerman ke atas Brazil. Ketua Pemudanya Senator Chong Sin Woo mendesak Bung mengeluarkan gambar bra berwarna hijau yang diganding bersama perkataan "ZIL" kepada seorang wartawan perempuan dalam tweetnya. Chong berkata, bukan sahaja menghina Brazil selepas kalah teruk 1-7 dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia, tindakan Bung juga memperkecilkan wanita. "Tweet ini meninggalkan tanggapan bahawa imej kekal tercetak dalam minda Bung hanyalah tubuh perempuan sejak 2006 lagi, beliau sebelum ini mengeluarkan kenyataan 'bocor' terhadap MP wanita yang memperkecilkan kitaran haid semua perempuan," katanya. Bung telah mentweet imej itu bersama-sama jawapan kepada soalan wartawan itu berhubung reaksi terhadap sanjungannya kepada Adolf Hitler setelah kemenangan Jerman. Bung hari ini meminta maaf setelah ditegur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini. -mk
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan