Selasa, 8 Julai 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Gambar] Masjid Terbiar 18 Tahun Gara-gara Satu Kampung Murtad

Posted: 07 Jul 2014 10:28 PM PDT





Yang berikut ialah laporan yang diceritakan oleh seorang pendakwah, Rosmadi Nawi dan jemaah yang kini sedang berdakwah di Sabah. Mereka telah menjejaki masjid yang sudah 18 tahun dibiarkan usang di Kg Langkabong, Tongod, Sandakan, Sabah. Menurut, Ustaz Ebit Lew, penduduk kampung di Sandakan itu semuanya telah dimurtadkan. Hal ini dikatakan diceritakan oleh Imam Daerah Tongod, Imam Daim yang mereka temui minggu lepas selepas solat jumaat di Masjid Kg Entilibon.

"Kelmarin ( 6 Julai 2014) saya bersama amir jemaah (Maulana Jamal) dengan menaiki kenderaan 4WD Hilux peniaga Pakistan (Poushto) telah nekad untuk menziarahi Kg Langkabong. Kampung tersebut terletak kira-kira setengah jam perjalanan dari masjid daerah Tongod. Bila kami sampai ke kawasan berdekatan lokasi masjid tersebut kami terpaksa meredah semak samun dgn dipandu arah oleh peniaga Pakistan dan tak terlintas di dalam hutan tersebut ada tinggalan masjid. Setelah meredah semak sejauh kira-kira 70 meter dari jalan ternampak samar-samar bangunan usang di sebalik semak samun.

Kami rasa terkedu melihat keadaan masjid tersebut dan naik ke dalam dgn terpaksa meredah serpihan bumbung yang runtuh dan kotoran yang bertimbun di dalam masjid tersebut.Kami bergotong-royong membersihkan kotoran di dalam masjid itu. Jemaah kami, Badrul Munir melaungkan azan dengan sayu kemudian kami solat sunnat 2 rakaat di rumah Allah yang telah hampir 20 tahun kesepian.Selepas kami bersihkan masjid tersebut sekadar yang termampu, kami beredar dengan perasaan sedih. 

Setelah beredar dari masjid kami diberitahu oleh peniaga Pakistan itu yang ada 2 keluarga yang masih beragama Islam. Kami buat keputusan untuk menziarahi mereka. Pakcik Awang yang berketurunan Bajau dan memang asal dilahirkan Muslim. Isterinya anak tempatan, keturunan Sungai yang memeluk agama Islam.Bapa dan adik beradik isterinya semuanya sudah murtad.

Beliau menceritakan sejarah pengislaman dan kemurtadan beramai- ramai di Kg Langkabong ini. Di sekitar tahun 1979 hingga 1982 berlaku pengislaman beramai- ramai (lebih kurang 370 orang) di Kg Langkabong. Selepas pengislaman tersebut sebahagian dari mereka telah ditarbiyah dan dilatih di Pusat Dakwah di Keningau selama 3 tahun. Mereka ini termasuklah adik ipar kepada Pakcik Awang tadi yang bernama Abdul. Balik dari kursus tersebut, Abdul telah dilantik sebagai Bilal Masjid Langkabong. Selepas itu berlaku usaha gigih pendakwah Kristian yang bertubi-tubi di Kampung Langkabong sehingga seorang demi seorang telah murtad termasuklah Bilal masjid sendiri yang sampai sekarang masih menggunakan nama Abdul.

Masjid Langkabong akhir sekali digunakan di sekitar tahun 1996 menurut Pakcik Awang. Mengikut Imam Daerah Tongod, Ustaz Daim yang kami temui di Masjid Entilibon kawasan 3T ini adalah sasaran yang terkuat pendakwah Kristian di seluruh Sabah.

Ianya berlaku apabila umat Islam sebagai pendokong agama yang haq tidak menjalankan tugas mereka yang sebenarnya sebagai Dae'i Allah sebaliknya agama bathil telah bergerak. Kata Syeikh Saad Al Kandahlawi, "Gejala kemurtadan tidak akan berlaku jika setiap orang Islam menjadikan diri mereka daei Allah."

Beliau menceritakan kisah seorang sahabat Abdullah B. Khuzafah ra yang mempertahankan imannya dari murtad walaupun diberi tawaran dunia dan ugutan bunuh. Sehinggakan beliau menangis kerana hanya dikurniakan satu saja nyawa. Katanya "'Kalaulah nyawaku sebanyak bulu roma di badanku, nescaya akanku korbankan satu persatu untuk agama Allah".

Kredit kepada penulis asal tulisan di atas.




Anak Kecil Pecah Rahsia Ladang Ganja Ibu Bapanya

Posted: 07 Jul 2014 09:58 PM PDT


[Harian Metro] Saint Paul (AS): Sepasang suami isteri ditangkap kerana menanam dan menghisap ganja selepas anak mereka membongkar kegiatan ibu bapanya.

Budak perempuan berusia sembilan tahun itu membuat laporan di balai polis mengenai kegiatan ibu bapanya baru-baru ini. 

Dia dengan tenang memasuki balai polis di Barnesville, Minnesota dan menceritakan kepada pegawai bahawa ibu bapanya menanam ganja di bawah rumah mereka. 

Menurutnya, dia membuat keputusan untuk mendapatkan bantuan selepas tidak tahan dengan bau asap ganja yang membuatnya sakit.

Dia juga bimbang dengan kesihatan anjingnya kerana ibu bapanya sering menghembus asap ganja ke dalam mulut haiwan kesayangannya itu.

"Dia sangat berani, bijak dan fasih. Dia memberi keterangan seperti orang dewasa," kata jurucakap polis, Ryan Beattie. 

Lebih mengagumkan, kata Beattie, budak itu lebih pintar berbanding kanak-kanak seusianya. 

Dia menjelaskan dengan terperinci mengenai jenis dadah yang tidak mungkin diketahui kanak-kanak lain. 

Pihak berkuasa menyerbu rumah terbabit dan polis menemui pokok ganja di tempat seperti yang diceritakan kanak-kanak berkenaan. 

Turut ditemui ialah bahan yang diuji positif dadah jenis methamphetamine. 

Setakat ini, polis belum menetapkan jenis tuduhan yang akan dikenakan ke atas pasangan suami isteri itu kerana masih menanti keputusan ujian makmal bagi mengesahkan tumbuhan dan bahan kimia yang ditemui di rumah itu.- AFP/8/7/14


Pelajar IPT 2 Kali Kantoi Khalwat Menangis Teresak-esak Terima Hukuman

Posted: 07 Jul 2014 09:30 PM PDT


Esakan Denda Khalwat RM4 900

[Harian Metro] Kuala Terengganu: Seorang pelajar institusi pengajian tinggi menangis teresak-esak apabila dijatuhi hukuman denda RM4,900 atau sembilan bulan penjara jika gagal menjelaskan denda berkenaan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, atas dua pertuduhan berkhalwat, tahun lalu.

Siti Noor Syaidatul Husna Mohd Yusof, 21, yang sebelum ini pernah ditangkap berkhalwat bersama teman lelaki di sebuah hotel pada April tahun lalu sekali lagi mengulangi kesalahan sama bersama seorang lelaki di sebuah rumah tiga bulan kemudian.

Bagaimanapun, kesalahan kedua pada Julai lalu, tertuduh ditahan bersama dua lagi rakan wanitanya juga berusia 21 tahun.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa berada di dalam bilik sebuah hotel di Jalan Sultan Sulaiman, di sini, bersama Syed Mustaffa Syed Zainal A'biden, 24, yang tiada hubungan suami isteri atau mahram, jam 1.10 pagi pada 5 April 2013.

Bagi kesalahan itu, Siti Noor Syaidatul Husna yang didakwa mengikut Seksyen 31(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat dikenakan hukuman denda RM2,200 atau tiga bulan penjara jika gagal menjelaskan denda berkenaan oleh Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail.

Bagaimanapun, kes pasangannya, Syed Mustaffa masih dalam proses perbicaraan.

Mengikut fakta kes, serbuan dilakukan pegawai dan anggota penguat kuasa syariah daerah Kuala Terengganu ke bilik berkenaan dan sebaik pintu diketuk, ia dibuka seorang lelaki.

Pemeriksaan lanjut ke dalam bilik itu mendapati terdapat seorang perempuan yang tiada hubungan suami isteri atau mahram turut berada di dalamnya.

Bagi pertuduhan kedua, Siti Noor Syaidatul Husna sekali lagi ditangkap berkhalwat bersama dua rakan wanitanya dan seorang lelaki yang tiada hubungan suami isteri atau mahram di sebuah rumah di Kampung Tok Jembal, di sini, jam 4.45 pagi pada 27 Julai 2013.

Mengikut fakta kes, serbuan dilakukan pegawai dan anggota penguat kuasa syariah daerah Kuala Terengganu selepas menerima maklumat awam.

Sebaik tiba di rumah itu, pintu rumah dibuka Siti Nadhirah Kamrul Anuar, 21, selepas diketuk selama tiga minit sebelum pemeriksaan menemui ada dua lagi wanita iaitu Siti Noor Syaidatul Husna dan Nur Aini Fazni Mohd Lazim, 21, masing-masing di bilik berasingan.

Pemeriksaan turut menemui seorang lelaki, Muhammad Arif Mohd Nor, 22, yang juga teman lelaki Siti Noor Syaidatul Husna di dalam sebuah bilik lain.

Bagi kesalahan itu, Kamalruazmi mengenakan hukuman denda RM2,700 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda terhadap Siti Noor Syaidatul Husna manakala teman lelakinya dikenakan denda RM2,600 atau lima bulan penjara jika gagal membayar denda.

Rakannya, Nur Aini Fazni pula dikenakan denda RM2,400 atau empat bulan penjara jika gagal menjelaskan denda manakala Siti Nadhirah pula dikeluarkan waran tangkap kerana gagal hadir ke mahkamah. - 8/7/14



Tan Sri Abdul Khalid Dijangka 'Turun' Lepas Raya, Paling Lewat September??

Posted: 07 Jul 2014 08:54 PM PDT


[Astro Awani] KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikatakan tetap akan melepaskan jawatannya selepas Hari Raya Aidilfitri ini atau selewat-lewatnya September depan.

Menurut sumber, tempoh itu dikatakan selepas mengambil kira program-program sepanjang Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang sudah dirancang lebih awal.

"Kita mahu proses jawatan ini berjalan dengan lancar dan tiada sebarang kecelaruan pada beberapa program terdekat yang sudah dirancang," katanya.

Dalam pada itu sumber itu menambah, pada masa kini, dua nama daripada PKR bakal menjadi calon Menteri Besar yang baru.

Ketika ditanya apakah timbul isu susulan daripada DAP dan PAS kerana pengganti Abdul Khalid tetap merupakan calon daripada PKR, ini katanya;

"DAP secara dasarnya bersetuju namun sedikit masalah timbul dari PAS negeri. Bagaimanapun PAS Pusat sudah memberikan lampu hijau."

Pada Isnin, Abdul Khalid Ibrahim menafikan akan meletakkan jawatan dan telah menyerahkan surat peletakan jawatan seperti yang disebarkan dalam mesej aplikasi WhatsApp sejak malam Ahad.

Abdul Khalid turut meminta mana-mana pihak yang menyebarkan khabar angin tentang peletakan jawatannya supaya segera menghentikannya.

Menteri Besar ke-14 Selangor itu dikatakan bakal melepaskan jawatannya dalam satu perbincangan di antara kepimpinan tertinggi PKR, DAP dan PAS negeri.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor Shuhaimi Shafie mengakui bahawa 'Langkah Kajang' merupakan usaha menggulingkan Khalid daripada takhta Menteri Besar Selangor.

Bagaimanapun strategi 'langkah Kajang' itu dilihat gagal menjatuhkan Abdul Khalid.

Terkini, Abdul Khalid gagal mempertahankan kerusi Ketua Cabang PKR Kuala Selangor dalam pemilihan parti baru-baru ini. - Wan Syamsul Amly/8/7/14




Tiada ulasan: