DUNIACACAMARBA |
- [Video] MB Selangor Umum BONUS Raya Sebulan Gaji
- [Video] Mengapa Haji Najib Suka dan Puji Video Ini?
- [Video] Budak 5 Tahun Hafaz 29 Juz al-Quran
- ‘Hijrah saya ikhlas’ kata Neelofa
- Terowong Runtuh, Laluan di Jalan Imbi Jerlus
- Sangka Suami Pulang, Wanita Nyaris Dirogol Jiran
- Pelajar Dakwa Dipukul, Dirogol Kekasih
[Video] MB Selangor Umum BONUS Raya Sebulan Gaji Posted: 02 Jul 2014 12:10 AM PDT Portal Selangor Kini mengumumkan bahawa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Selangor akan memberikan bonus sebulan gaji kepada kakitangan kerajaan negeri sebagai persediaan menyambut perayaan Aidilfitri. Laporan lanjut menyusul kemudian. Kemas Kini: MB Umum Bonus Raya Sebulan Gaji [Selangor Kini] SHAH ALAM, 2 JUL : Kerajaan Selangor hari ini mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada kakitangan awam di negeri itu. Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), hari ini. Beliau berkata ,sejumlah RM32.7 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi urusan pemberian bonus berkenaan. "Exco negeri bersetuju untuk memberikan bonus sebulan gaji mengikut tempoh perkhidmatan bertarikh 30 Jun ini dan keputusan berkenaan dibuat kerana laporan kewangan negeri menunjukkan pertumbuhan kutipan hasil dari tahun lepas sehingga 30 Jun 2014. "Pada tahun lepas dalam tempoh sama, jumlah kutipan hasil adalah RM1.136 bilion dan pada tahun ini ia berjumlah RM1.162 bilion," katanya. -AFEEQA AFEERA/2/7/14 | ||
[Video] Mengapa Haji Najib Suka dan Puji Video Ini? Posted: 01 Jul 2014 11:27 PM PDT [Bernama] KUALA LUMPUR – Video muzik rasmi terbaharu Tourism Malaysia 'Essence of Asia' untuk membantu mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2014, mendapat pujian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Video muzik selama lima minit itu yang memaparkan keajaiban keindahan Malaysia, daripada khazanah semula jadi hingga kepada kepelbagaian budaya negara dan lain-lain, disifatkan Najib sebagai berjaya membuatkan beliau merasai suatu keindahan luar biasa yang mempesonakan. "Bila saya menonton video ini…saya diingatkan bagaimana bertuahnya kita hidup dalam sebuah negara yang begitu indah seperti Malaysia," katanya dalam catatan terbaharu Facebook dan akaun Twitter beliau. Najib turut membuat pautan video muzik itu http://bit.ly/1rRO4wP. Cuba rasai sendiri nikmat keindahan luar biasa yang mempesonakan ini, katanya. Video muzik itu baru-baru ini memenangi pingat gangsa pada Annual Telly Awards ke-35 dan sebelum itu video berkenaan juga memenangi anugerah khas Kempen Kesedaran Awam di Deauville Green Awards International Film Festival ke-3 bagi pembangunan dan ekologi mapan, dan pada Golden City Gate Tourism Media Awards 2014, ia menang untuk kategori 'Country'. Runut bunyi dalam video muzik itu yang merupakan versi diperbaharui daripada lagu popular "Malaysia Truly Asia", dinyanyikan oleh Yuna. Lagu itu diberikan nafas baharu bila dinyanyikan oleh penyanyi popular ini, dengan bantuan studio audio tempatan Two AM Music Studios dan dirakamkan di studio berprestij Chalice Recording Studio di Los Angeles. – 2/7/14 | ||
[Video] Budak 5 Tahun Hafaz 29 Juz al-Quran Posted: 01 Jul 2014 10:52 PM PDT
[Harian Metro] Jakarta: Seorang juri program menghafaz al-Quran di Indonesia, Hafiz Indonesia, begitu sebak dan kagum dengan bakat seorang kanak-kanak berusia 5 tahun yang mampu menghafaz 29 juzuk al-Quran. Juri itu Abi Amir Faisol Fath dilihat pergi kepada peserta yang dikenali sebagai Musa itu dan mencium tangan kanak-kanak berkenaan bagi mengambil keberkatan mukjizat Al-Quran yang dihafalnya. Musa yang berasal dari Bangka membuatkan penonton rancangan Hafiz Indonesia menitiskan air mata apabila mampu menjawab soalan demi soalan yang diberikan juri serta penonton. Program itu disiarkan di stesen televisyen RCTI malah turut dimuat naik ke YouTube manakala episod membabitkan Musa dimuat naik pada 29 Jun lalu. Menurut Abi Amir, kanak-kanak itu membuatnya kagum kerana menganggap Allah sendiri memuliakannya biarpun umurnya masih muda apabila jiwanya diindahkan dengan al-Quran. "Tiada perkataan yang boleh saya ucapkan... Subhanallah. "Ayah bonda semua, inilah buktinya bahawa sekali pun anak kecil masih sangat lemah kemampuannya, namun kita tunduk dengan kemuliaannya kerana al-Quran maka kerana Allah memuliakannya," katanya. Menurutnya, wang kertas tetap bernilai biarpun dipijak kerana manusia telah menetapkan nilai untuk wang kertas. "Bagi Musa, Allah menetapkan nilai yang mulia ke atasnya kerana dia sudah pun menghafaz Al-Quran biarpun masih muda," katanya. - Agensi/2/7/14 | ||
‘Hijrah saya ikhlas’ kata Neelofa Posted: 01 Jul 2014 10:37 PM PDT
[Harian Metro] Kuala Lumpur: "Alhamdulillah akhirnya apa yang saya inginkan selama ini dapat juga direalisasikan dengan sempurna. Walaupun pernah terbit rasa ragu, tapi inilah yang saya ingin dan bersyukur ruang itu diberikan dengan baik untuk saya berhijrah dan bertudung," kata pengacara dan pelakon jelita, Noor Neelofa Mohd Noor, 25, mengenai penampilan terbarunya yang kini bertudung. Pengacara program Nona dan MeleTop yang popular dengan panggilan Lofa itu turut menyifatkan penghijrahannya adalah ikhlas dan tiada paksaan. "Bukan atas sebab lain atau sebarang perkara yang membuatkan saya membuat keputusan bertudung, sebaliknya memang sudah lama saya fikirkan soal ini. Tiada pihak yang mencadangkan, jauh sekali memaksa kerana penghijrahan ini ikhlas, peribadi, jujur dan rela. "Tak perlu saya kongsikan situasi atau apa yang membuatkan saya untuk berubah kerana biarlah ia kekal menjadi peribadi saya," katanya ketika dihubungi, semalam. Lofa berkata, dia bertudung kerana mengikut kata hati selepas lama berdoa untuk mencari jawapan sama ada untuk berubah kepada imej baru ini atau kekal dengan sebelumnya. - 2/7/14 | ||
Terowong Runtuh, Laluan di Jalan Imbi Jerlus Posted: 01 Jul 2014 10:08 PM PDT [Berita Harian Online] KUALA LUMPUR – Sebuah terowong bawah tanah yang sedang dalam pembinaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Imbi berhampiran Jalan Pudu di sini, runtuh jam 10.38 pagi tadi, menyebabkan laluan di situ jerlus sepanjang hampir 19 meter. Dua jentera bomba bersama 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menyelamat. Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang laporan mengenai mangsa terperangkap atau kemalangan jiwa. - 2/7/14 Berkaitan: Terowong di Simpang Empat Jalan Imbi Runtuh [Bernama] Sebuah terowong bawah tanah yang dalam pembinaan runtuh apabila tanah ditapak pembinaan itu mendap di simpang empat Jalan Imbi. Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata akibat kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, laluan di Jalan Imbi terjerlus sepanjang 19 meter tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan. "Laporan awal mendapati ia kemungkinan berpunca daripada paip besar SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd) yang pecah, namun siasatan masih dijalankan," katanya di tempat kejadian. Susulan kejadian itu juga, Perkhidmatan KL Monorail dari stesen Hang Tuah ke Stesen Imbi terpaksa dihentikan akibat runtuhan bawah tanah berdekatan dengan tiang monorel di simpang empat Jalan Imbi berkenaan.- 2/7/14 | ||
Sangka Suami Pulang, Wanita Nyaris Dirogol Jiran Posted: 01 Jul 2014 05:15 PM PDT [Borneo Post] KUCHING: Jiran disangka suami berikutan keadaan bilik tidur yang gelap menyebabkan seorang wanita hampir dirogol sebelum menyedari lelaki yang cuba menodainya itu bukan suaminya. Insiden dilaporkan berlaku di Tabuan Melayu di sini apabila wanita muda itu mulanya membiarkan suspek yang juga jirannya memasuki bilik tidur kerana menyangka suspek adalah suaminya yang baharu pulang dari kerja sekitar jam 5 pagi. Suspek kemudian dikatakan cuba menodai mangsa dengan turut menanggalkan pakaiannya, namun mangsa tersedar seterusnya menjerit meminta pertolongan menyebabkan suspek segera melarikan dirinya dari rumah mangsa. "Pada mulanya mangsa menyangka suaminya baharu pulang kerja dan tidak memperdulikannya sehingga suspek mula menyentuh tubuhnya dan membuka pakaiannya baharu dia sedar yang lelaki tersebut adalah bukan suaminya. "Lantas dia (mangsa) menjerit meminta tolong sebelum beberapa ahli keluarganya datang. Namun masa itu, suspek sudah berjaya melarikan diri," kata sumber. Tambahnya, suami mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan masih berada di tempat kerja semasa kejadian, segera pulang selepas mengetahui perkara tersebut. Mangsa bersama keluarganya kemudian melaporkan mengenai perkara tersebut di balai polis berhampiran. Polis difahamkan sudah menahan suspek yang juga jiran mangsa untuk diambil keterangan dan siasatan lanjut. - 2/7/14 P/s: Jangan main sangka-sangka, nanti tidak fasal-fasal dapat malapetaka. | ||
Pelajar Dakwa Dipukul, Dirogol Kekasih Posted: 01 Jul 2014 05:02 PM PDT [Borneo Post] SARIKEI: Gara-gara enggan melayan nafsu serakah, seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di sini dipukul dan dirogol oleh seorang lelaki yang dipercayai kekasihnya sendiri. Kejadian dipercayai berlaku pada Jumaat lalu, jam 5.30 petang. Menurut sumber, gadis berusia 17 tahun itu mengalami lebam mata kiri dipercayai dibelasah teman lelakinya yang berusia 20 tahun dan bekerja sebagai pekerja pendawaian. Sebelum kejadian, difahamkan mangsa sedang menunggu bas di hadapan sekolahnya, sebelum dijemput oleh suspek menggunakan sebuah motosikal. Selepas itu, suspek membawa mangsa bersiar-siar dengan menaiki motosikalnya. Sejurus tiba di satu kawasan semak dan berbukit di Jalan Nyabor Selalang dekat sini, suspek telah memberhentikan motosikalnya dan memaksa suspek untuk melakukan hubungan seks. Mangsa yang enggan menuruti kehendak suspek kemudiannya dipercayai dibelasah oleh suspek hingga lebam mata kirinya. Ketakutan terus dibelasah oleh suspek, mangsa terpaksa akur dan menuruti permintaan suspek. Sejurus selesai merogol mangsa, suspek dikatakan menghantar mangsa pulang ke rumah sambil mengugut agar tidak memberitahu kepada sesiapa tentang kejadian itu. Bagaimanapun, mangsa yang trauma dengan nasib malang yang menimpanya, terus memberitahu keluarganya tentang insiden tersebut. Berikutan itu, keluarga mangsa membawanya ke Balai Polis Sarikei untuk membuat laporan polis sebelum pergi ke Hospital Sarikei dan kemudiannya ke Hospital Sibu bagi menjalani pemeriksaan. Berdasarkan laporan yang telah dibuat oleh mangsa dan keluarganya, sepasukan polis bertindak menjejaki suspek dan berjaya menahannya di rumahnya pada awal pagi Sabtu. Suspek dikenakan tahanan reman sejak 29 Jun hingga 2 Julai bagi membantu siasatan lanjut polis. Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. -2/7/14 |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan