Rabu, 16 Julai 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


'Uncle dah maafkan' - Mangsa Agresif Pemandu Peugeot Putih

Posted: 16 Jul 2014 01:22 AM PDT



[Harian Metro] Kuantan: Warga emas yang menjadi mangsa seorang wanita bertindak ganas ketika kemalangan di parkir Pusat Transformasi Bandar (UTC) pada Isnin lalu tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya malah bersedia memaafkan wanita itu.

Pesara kerajaan, Sim Siak Hong, 68, berkata, dia hanya membuat laporan polis berhubung kemalangan itu namun enggan melaporkan kejadian wanita itu bertindak ganas terhadapnya walaupun diminta pihak berkuasa untuk berbuat demikian. 

"Saya menganggap dia bertindak demikian mungkin didorong perasaan marah kerana saya melanggar keretanya. 



SIAK Heong menunjukan kesan kemek di keretanya akibat dipukul wanta berkenaan dengan menggunakan pengunci stereng.

"Walaupun trauma dengan kejadian itu saya tetap memaafkannya dan berjanji tidak akan melaporkan tindakan kekerasannya kepada polis malah dia juga sudah memohon maaf kepada saya," katanya ketika ditemui di sini, sebentar tadi.

Kemalangan kecil yang berlaku kira-kira jam 1 petang itu menyebabkan wanita berusia 30 tahun itu naik darah dan bertindak memaki Siak Heong dengan perkataan kasar serta berbaur perkauman.

Malah wanita itu turut bertindak memukul kenderaan Siak Heong menggunakan pengunci stereng. -Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz/16/7/14


Amuk Pemandu Peugeot Putih: Digi Mahu Bayar Kos Baik Pulih Kereta

Posted: 16 Jul 2014 12:18 AM PDT


[Astro Awani] KUALA LUMPUR: Digi Telecommunications telah menawarkan untuk membayar kos baik pulih kenderaan lelaki warga emas yang dikatakan telah melanggar kereta seorang wanita, di mana video insiden wanita mengamuk terbabit kemudiannya menjadi viral di laman sosial.

Pemandu wanita terbabit dilihat hilang sabar dan menggunakan pengunci stereng untuk memarahi sambil menghentak-hentak kereta milik warga emas terbabit.

Digi melalui laman Facebook rasminya berkata, mereka akan membayar kos baik pulih kereta lelaki terbabit kerana sifat empati yang ditunjukkannya.

Syarikat telekomunikasi itu juga menawarkan untuk membayar gantirugi kepada wanita terbabit sekiranya dia "dapat memaafkan lelaki warga emas itu".

Muat naik oleh Digi itu berjaya menarik perhatian ramai secara positif tatkala pelbagai cemuhan negatif dilempar kepada wanita tersebut, yang hampir boleh disifatkan sebagai membuli secara siber. -16/7/14




Warga Emas Maafkan Gadis Mengamuk Kereta Peugeot Putih Kena Langgar, Polis Tetap Siasat

Posted: 15 Jul 2014 10:06 PM PDT



[Asrto Awani] KUALA LUMPUR: Lelaki warga emas yang dikatakan telah melanggar kereta Peugeot 208 milik seorang wanita di Kuantan pada Isnin lalu sehingga menyebabkan pemilik kereta tersebut mengamuk sambil mengeluarkan pengunci stereng sebagai ancaman kepada lelaki warga emas tersebut difahamkan telah memaafkan perbuatan wanita berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abd Aziz Salleh berkata lelaki warga emas dalam lingkungan awal 60an itu memandu kereta Proton Wira dan secara tidak sengaja terlanggar kereta wanita dalam lingkungan akhir 20an berkenaan di sebuah tempat letak kereta di darah tersebut.

"Wanita itu sudah pun membuat laporan polis berkenaan kemalangan itu namun lelaki tersebut tidak mahu membuat laporan polis kerana tidak mahu memanjangkan perkara tersebut malah dia juga telah memaafkan perbuatan wanita berkenaan," kata Abd Aziz ketika dihubungi Astro AWANI.

Abd Aziz turut menjelaskan bahawa perkara ini masih lagi disiasat dan akan memanggil kedua-dua wanita dan lelaki warga emas berkenaan untuk tujuan siasatan.

Insiden kemalangan kecil yang berlaku pada tengah hari 14 Julai tersebut telah menaikkan darah wanita berkenaan menyebabkan dia mengeluarkan pengunci stereng dan cuba bersemuka dengan lelaki tersebut.

Kejadian tersebut dirakam oleh orang awam yang berada di tempat kejadian sehingga video berdurasi 2.33 yang dimuat naik di laman sosial seperti Facebook, Twitter dan juga YouTube menjadi 'viral' dan 'trending'.

Malah, apa yang lebih dikesalkan dalam video berkenaan wanita itu turut memaki hamun lelaki berkenaan dengan kata-kata nista seperti "Ini kereta barulah bodoh!" sambil menghentak pengunci stereng yang dipegangnya itu ke kereta milik lelaki warga emas berkenaan.

Selain itu cacian seperti "I don't care, pay me RM2000 now!", "you very stupid!" dan kata cacian berbaur perkauman kedengaran di penghujung video tersebut. - Aizat Sharif/16/7/14


P/s: Siapa sangka, selain "cool", hati pak cik yang dimaki dan dinista itu sungguh mulia. Beliau bukan sahaja tidak mahu membuat laporan polis malah memaafkan gadis yang didakwa bernama Kiki Kamaruddin. Namun, tindakan sewajarnya diambil jika gadis itu tidak memohon maaf kerana perbuatannya sungguh melampau dan bersifat perkauman.

Berita awal di sini.

Kemas Kini:

Polis Siasat Wanita dalam Video Buli Jalan Raya

[Malaysia Kini] Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis akan menyiasat wanita yang dirakam membuli seorang lelaki tua selepas satu kemalangan jalan raya dan videonya tersebar meluas di Internet sejak semalam.

"Kita akan siasat dia di bawah (kes) buli jalan raya.

"Saya pun baru tadi tengok footage (rakaman) itu.

"Garang sungguh dia, ketuk sana ketuk sini," katanya merujuk kepada rakaman itu yang memaparkan perempuan tersebut mengetuk kereta lelaki tua yang didakwa melanggar keretanya. - 16/7/14




Anak Pak Cik yang Diserang oleh Pemandu Peugeot Putih Luah Rasa Marah di FB

Posted: 15 Jul 2014 08:06 PM PDT


Anak mana yang tidak berang apabila ayahnya dibuli, diaib, dan diherdik kerana terlibat dalam kemalangan kecil, kemalangan yang boleh diselesaikan dengan cara baik? 

Oleh itu tidak hairanlah apabila pengguna FB yang dipercayai anak kepada warga emas yang melanggar Peugeot putih di Kuantan itu meluahkan kemarahannya di FB.

Kemarahan pengguna FB yang menggunakan nama Sim Robin itu turut diselit dengan kata-kata kurang manis boleh anda baca di bawah ini. 

Moga-moga kemarahannya reda dan dia bertindak "cool" seperti bapanya. Jika perlu laporkan hal ini kepada pihak berkuasa. Jika tidak, selesaikanlah masalah ini dengan cara yang baik.

Agak ironi apabila pemandu Peugeot Putih  itu masih belum kedengaran memohon maaf daripada pak cik yang dimaki hamunnya itu.

Berita awal dan video kes ini di sini.







Video Perempuan Mengamuk Kereta Kena Langgar Tersebar dan Dikeji Pengguna Media Sosial

Posted: 15 Jul 2014 06:29 PM PDT



[Astro Awani] KUALA LUMPUR: Video gelagat seorang perempuan yang mengamuk kerana keretanya dilanggar seorang lelaki berumur menjadi trending di media sosial hari ini.

Kejadian dikatakan dirakam di Kuantan bila kelihatan seorang perempuan mengamuk selepas keretanya dilanggar dari belakang.

Tindakannya yang mengamuk di tengah-tengah jalan raya mengundang komen negatif pengguna media sosial.

Antara amukan yang telah dilontarkan kepada lelaki yang melanggarnya termasuk "Ini kereta barulah bodoh!" sambil menghentak pengunci stereng ke atas kereta milik pelanggarnya.

Kata caci yang turut dilontarkan termasuk "I don't care, pay me RM2000 now!", "you very stupid!" dan kata cacian berbaur perkauman kedengaran di penghujung video tersebut.

Video yang dirakamkan itu telah dimuat naik di media sosial semalam.

Antara komen-komen pengguna Twitter termasuk,

Pelik betul cik kak ni mengamuk sbb kete calar sikit. Lagi pelik sebenarnya pakcik tu boleh bersabar dgn perempuan mcm tu.— Ratu Omplok (@fatehahnuraini)July 15, 2014

Mungkin harga lesen yang naik menjadi 2k dapat membendung gejala perempuan terlajak mengamuk kereta kena langgar.— Syafikah Kunhamoo (@Syfkh)July 15, 2014

Cilakak perempuan pakai tudung puasa puasa ni pergi mengamuk kat pakcik Cina. Apalah sangat Peugeot kau tu nak dibandingkan dengan respect.— GERRORA♡ (@FarahAuroraArfa)July 15, 2014

Aku dah tengok video perempuan mengamuk sebab kereta dia dilanggar di tempat parking. Real gile! Dia pegang kunci stereng sambil jerit.— zezett (@ro_zett)July 15, 2014

Perempuan yang mengamuk pasal kereta tu dia tahu tak cerita dia sedang merebak di twitter?— Kirana Awak (@ARJUNAmaiyo)July 15, 2014

baidapnya perempuan yang mengamuk kereta kena langgar ni— NFARHANA (@faridfarhana)July 15, 2014

Video perempuan mengamuk kereta kena langgar dah makin viral. Kena sikit je, marah macam orang takde agama.— taufiqahmad (@taufiqahmad_MY)July 15, 2014

Video perempuan mengamuk tu macam orang tak puasa. Hormat mana?— _tira (@atirawahid)July 15, 2014

Pada pandangan penulis, lelaki yang melanggar kereta perempuan itu adalah satu kemalangan yang tidak dapat dielakkan, namun tindakan perempuan itu menggunakan pengunci stereng untuk mengetuk kereta lelaki itu adalah satu perlakuan agresif di luar batas kemanusiaan. Ia sepatutnya tidak perlu berlaku. -16/7/14



P/s: Sudah beribu-ribu rakyat Malaysia memberikan komen tentang insiden yang melibatkan gadis ini dengan seorang warga emas. Komen-komen yang dilontarkan oleh mereka pun senada, iaitu mengutuk sikap biadap dan kurang ajar gadis itu ketika berhadapan dengan situasi tersebut.

Lebih malang, gadis itu bukan sahaja diaib, dikeji, dimaki, malah data peribadi, gambar, dan maklumat perniagaannya turut tersebar di internet. Sudah pasti gadis ini akan dilabel sebagai pembuli jalan raya paling glamour tahun 2014.

Sebelum menjadi lebih serius, gadis yang didakwa menggunakan nama timbangan Kiki Kamaruddin ini wajar memohon maaf kepada pak cik yang dimakinya dan menyelesaikan masalah itu secara baik.

Benarlah kata peribahasa "sebab mulut badan binasa".


Tiada ulasan: