Ahad, 13 Julai 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Marah Bapa, Rogol Anak

Posted: 12 Jul 2014 11:28 PM PDT

Sekadar hiasan.
[Harian Metro] Ranchi, India: Seorang ketua kampung mengarahkan seorang budak perempuan dirogol sebagai hukuman terhadap bapa mangsa membelasah jiran mereka yang cuba mencabul serta menceroboh rumah mereka.

Media semalam melaporkan, bapa mangsa terkejut apabila seorang lelaki mabuk masuk ke rumah mereka pada tengah malam kelmarin untuk mencabul isterinya. 

Untuk menyelamatkan keadaan, bapa mangsa membelasah jirannya itu, menyebabkan dia terpaksa melarikan diri. 

Jurucakap polis berkata, keesokan harinya lelaki terbabit mengadu kepada ketua kampung di sebuah kawasan petempatan di daerah Bokara di negeri Jharkhand.

Kata jurucakap polis itu, sebagai balasan kerana dibelasah, ketua kampung terbabit membenarkan anak perempuan lelaki itu dirogol.

"Kebenaran itu diberi kononnya sebagai hukuman terhadap bapa mangsa yang bertindak ganas," katanya. 

Suspek kemudian mengheret budak perempuan berusia 10 tahun itu dari rumahnya ke belukar berhampiran untuk diperkosa. 

Saksi berkata, kejadian itu disaksikan ibu mangsa. 

Budak perempuan itu kemudian ditemui ibunya dalam keadaan berlumuran darah kira-kira sejam kemudian. 

Jurucakap polis berkata, penduduk kampung tidak campur tangan atau cuba menyelamatkan budak terbabit kerana bimbang mereka pula menjadi sasaran serangan. 

"Polis kemudian dimaklumkan mengenai insiden itu dan ketua kampung berkenaan ditangkap," katanya. 

Kejadian itu adalah serangan seksual melampau terbaru di India - negara yang mencatatkan kes seumpama sekali setiap 22 minit. 

Biro Rekod Jenayah Kebangsaan menyatakan sebanyak 24,923 kes rogol berlaku di seluruh India pada 2012, namun aktivis hak wanita mendakwa realiti di negara itu jauh lebih menggerunkan.- Agensi/13/7/14


Lanjut di sini.



[Video] Media Korea Utara Siar Berita Umum Skuad Kebangsaannya Mara Ke Perlawanan Akhir Piala Dunia

Posted: 12 Jul 2014 11:13 PM PDT



[Mstar] SEBUAH video yang dimuat naik secara dalam talian mendakwa bahawa media Korea Utara memberitahu para peminat bola sepak negara itu bahawa skuad kebangsaannya berjaya memasuki perlawanan akhir Piala Dunia di Brazil.

Umum mengetahui bahawa pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un mengawal penyebaran maklumat kepada rakyatnya, dengan saluran televisyen di negara itu hanya menyiarkan laporan-laporan yang positif mengenai negara berkenaan.

Bagaimanapun, menerusi satu laporan tidak benar yang disiarkan di YouTube, media negara itu dilihat memaklumkan bahawa Korea Utara sedang mendahului bagi merebut gelaran juara dalam Piala Dunia, sedangkan ia sebenarnya tidak layak untuk memasuki temasya sukan tersebut.

Laporan itu menyatakan bahawa Korea Utara dengan beraninya mengungguli perlawanan bersama Jepun dengan 7-0, Amerika Syarikat (4-0) dan China (2-0) menerusi perlawanan dalam kumpulan sebelum layak ke peringkat akhir bagi menentang Portugal.


Bagaimanapun, sudah tentu perlawanan akhir Piala Dunia yang bakal berlangsung pada awal pagi Isnin, adalah antara Jerman dan Argentina.

Turut dimasukkan dalam liputan itu adalah beberapa sorotan penting daripada beberapa perlawanan, yang menunjukkan pasukan negara itu menjaringkan gol dan bersorak kemenangan, meskipun kesemua klip video itu kelihatan sudah terlalu lama. - metro.co.uk/13/7/14



Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) Sebanyak 3.25 Peratus BEBANkan Rakyat

Posted: 12 Jul 2014 10:53 PM PDT



[Selangor Kini] SHAH ALAM: Belum pun Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan, peminjam perumahan dan kenderaan terlebih dahulu dipaksa berhadapan dengan kenaikan bayaran ansuran pinjaman mereka.

Bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Rosli Yaakob berkata, hal ini berikutan pengumuman terbaru Bank Negara menaikan kadar dasar semalaman (OPR) yang sekaligus menyebabkan meningkatnya kadar berian pinjaman asas (BLR).


"Kenaikan BLR ini tentunya akhirnya akan membawa kepada kenaikan kadar faedah pinjaman perumahan, kenderaan, peribadi, sewa beli barangan keperluan kelengkapan rumah dan lain-lain.

"Orang yang sedia ada mempunyai pinjaman perumahan juga akan berdepan kadar pinjaman lebih tinggi yang bermakna dah tentu membawa kepada kenaikan kos pinjaman.

"Pengguna membuat pinjaman membeli kereta, rumah dan pinjaman lain pastinya terpaksa membayar kadar faedah lebih tinggi," kata Dr Rosli ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.

Jelas beliau, peningkatan bayaran pinjaman ini juga menyebabkan kos sara hidup meningkat lebih tinggi dalam suasana peningkatan pendapatan yang lembab.

Dr Rosli yang mengakui BNM tidak mempunyai banyak pilihan polisi yang boleh dilaksanakan bagaimanapun berkata, kerajaan haruslah mengambil langkah membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki kediaman sendiri dengan harga lebih rendah.

"Tujuan sebenar BNM adalah bagi mencapai keseimbangan kewangan dalam dan luar negara dan mengawal tekanan inflasi disebabkan pertumbuhan pinjaman ekoran pertumbuhan ekonomi yang sederhana.

"Bagaimanapun kerajaan harus sedar ini menyebabkan meningkatnya kos sara yang memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana khususnya," kata beliau.

Dr Rosli berkata, kerajaan harus memastikan harga rumah terkawal dengan menentukan harga rumah kos rendah dan sederhana dengan cara pengurangan harga bahan binaan.

Kerajaan juga boleh mengkaji untuk menaikan gaji kakitangan awam.

"Sudah masa kerajaan kaji semula gaji kakitangan awam supaya dengan kenaikan baru dapat membantu mereka menghadapi kos sara yang makin tinggi.

"Kerajaan juga kena fikir semula nak kenakan GST sebab beri kesan kos sara. Kena tangguhkan atau lupakan terus," kata Dr Rosli lagi.

Khamis lalu, BNM mengumumkan OPR dinaikan sebanyak 25 mata kepada 3.25 peratus. - NAZLI IBRAHIM | 12 Julai 2014.



Johor dalam Bahaya, Warga Asing Beli Hartanah Tanpa Kawalan?

Posted: 12 Jul 2014 10:44 PM PDT



[bnbbc.my] Kegiatan warga asing membeli hartanah di Johor dikesan semakin berleluasa terutama dengan kemasukan lebih 10 pemaju dari China yang membangunkan beberapa kawasan elit sekitar pesisir Selat Johor menimbulkan kebimbangan awam.

Berikutan masalah yang semakin membarah itu kerajaan negeri terpaksa mengambil langkah drastik dengan memperkenalkan zon antarabangsa selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya sedang mengenal pasti kawasan sesuai untuk membina zon berkenaan dan ia akan mengenakan cukai tanah dan harta yang tinggi terhadap warga asing.

"Kemungkinan zon antarabangsa akan ditempatkan di kawasan tambak dan Iskandar Malaysia. Kita akan kenakan cukai tanah dan cukai harta yang lebih tinggi di zon itu bagi membezakan mereka (orang asing) dan rakyat tempatan," katanya.

Selepas zon antarabangsa diperkenalkan, kerajaan negeri juga akan menyekat atau menghadkan pembelian hartanah oleh warga asing di luar zon ini bagi memberi lebih banyak peluang kepada rakyat tempatan.

"Kita (kerajaan) akan hadkan warga asing daripada membeli rumah di luar zon, mungkin ada kadar tertentu tapi itu belum ditetapkan lagi," kata Khaled yang juga Pengerusi Bersama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).


Menurutnya, pihaknya perlu melaksanakan perancangan rapi, jika tidak rakyat asing akan membeli rumah di merata tempat di Johor dan ia akan menjejaskan peluang rakyat tempatan kerana harga pasaran rumah menjadi tidak stabil.

Justeru itu, beliau berkata ini adalah menjadi tanggung jawab kerajaan negeri mengimbangi keperluan rumah mampu milik kepada rakyat tempatan dan pada masa yang sama memenuhi permintaan semasa yang bakal menyumbang kepada ekonomi Johor.

Menerusi zon antarabangsa, difahamkan hasil cukai tersebut akan turut digunakan bagi pembangunan di kawasan luar daerah Johor Baharu.

Selain itu, Khaled berkata kerajaan negeri juga akan menambah bilangan tanah rizab Melayu di negeri ini dan mewujudkan lingkaran Melayu di bandar sebagai salah satu usaha untuk mengimbangkan populasi pelbagai kaum.

Beliau berkata, selain usaha kerajaan untuk terus komited menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat, pihaknya juga membuat persiapan bagi menampung permintaan pekerja asing yang dijangka meningkat disebabkan pertambahan pelaburan asing ke Iskandar Malaysia.

Iskandar Malaysia dilaporkan mengunjurkan pelaburan baharu bernilai RM22 bilion tahun ini berbanding RM21 bilion pada tahun lepas.

Johor dalam bahaya, hartanah diburu warga asing
Johor dalam bahaya, hartanah diburu warga asing

Mengenai kebimbangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tentang kepesatan pembangunan Johor dan kebanjiran pendatang asing yang boleh mengakibatkan hak rakyat tempatan terjejas, Khaled berkata kerajaan negeri sedar mengenai perkara itu.

"Kita hargai pandangan beliau. Kita sedar mengenai perkara itu dan kewujudan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) adalah salah satu daripada usaha kita untuk merangka dan merancang (serta mengatasi cabaran itu)," katanya.

Pada 8 Julai lalu, Dr Mahathir, menerusi blognya, bimbang akan kepesatan pembangunan di Johor yang mengundang kebanjiran pendatang asing serta mengakibatkan sebilangan harga hartanah naik mendadak yang boleh mengurangkan peluang rakyat tempatan memiliki kediaman sendiri.

Menyifatkan isu LPHJ adalah antara cabaran terhebat yang dihadapinya sejak memegang tampuk pimpinan kerajaan negeri sejak Mei tahun lepas, Khaled berkata isu itu kurang difahami oleh masyarakat terutamanya yang tinggal di luar Johor.

"Jadi, hendak betulkan persepsi mereka yang seolah-olah tujuan enakmen tu untuk memberi kuasa yang mutlak kepada raja, padahal ia tidak bermaksud sedemikian dan soal nak betulkan persepsi tu dan untuk mengatasi kebimbangan pihak-pihak tersebut, merupakan cabaran terhebat," kata beliau.

Khaled berkata LPHJ diwujudkan bagi mengatasi cabaran utama di Johor iaitu bagaimana mahu memenuhi permintaan rakyat berkaitan perumahan.

"Rakyat hendak supaya mereka memiliki rumah yang mereka mampu beli. Tujuan lembaga ini adalah agar perkara ini dapat direalisasikan dan dapat dipermudahkan," kata beliau.

Kerajaan negeri menyasar untuk membina sebanyak 28,000 rumah mampu milik dalam masa lima tahun. Selain itu, katanya, tindakan tegas turut diambil dengan menyenaraihitamkan 28 pemaju tahun ini kerana gagal membina lebih 30,000 unit rumah kos rendah terutama di kawasan Iskandar Malaysia dalam tempoh ditetapkan.- Kredit MyNewsHub



Berita dan Kronologi Polis Ditembak Mati, Seorang Diculik di Pulau Mabul

Posted: 12 Jul 2014 10:38 PM PDT



[The Malaysian Insider] Penembak dalam pakaian askar dilaporkan menembak mati polis dan kemungkinan menculik seorang lagi anggota polis selepas kejadian menembak di Pulau Mabul berdekatan Semporna, Sabah, menurut laporan media.

Menurut laporan media, lapan penembak mendarat di pulau tersebut sekitar 11.30 malam semalam, kemudian mencetuskan insiden tembak-menembak dengan anggota polis sebelum tengah malam.

Penyelam yang tinggal di resort di pulau tersebut berkata mereka mendengar bunyi tembakan.

Pencerobohan ini berlaku hanya sehari selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan beberapa langkah keselamatan tambahan yang akan dilaksanakan untuk menguatkan lagi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) ekoran penyusunan semula pentadbiran.

Katanya, ini termasuk menghantar kargo kontena Malaysia International Shipping Corporation Berhad's (MISC), MT Bunga Mas Lima ke Sabah, di mana ia akan bertindak sebagai kapal induk bagi aset maritim dan staf berdekatan dengan sempadan Filipina.

Laporan memetik perdana menteri berkata kapal tersebut akan menjadi pangkalan operasi menghalang mereka yang melarikan diri ke negara jiran selepas melakukan jenayah.

Tambahan lagi, kata Najib, dua platform Petronas sedang diubahsuai dan akan ditubuhkan menjelang akhir tahun sebagai pertahanan terakhir antara Lahad Datu dan perairan Semporna.

Platform tersebut akan dilengkapkan dengan radar moden yang membolehkan pasukan keselamatan untuk menjejak pergerakan tidak kira siang atau malam di kawasan tersebut, katanya.

Pada 8 Julai, Najib berkata Esscomm akan dibahagikan kepada dua komponen utama: komponen Keselamatan dan Pengurusan Pertahanan, dan Pelaksanaan dan komponen Tindakan Awam.

Pengarah Keselamatan dan Keamanan Awam Esscomm, Pesuruhjaya Polis Datuk Abd Rashid Harun akan dilantik sebagai komander Esscomm bermula 15 Julai dan akan menjaga komponen Keselamatan dan Pengurusan Pertahanan.

Esscomm meliputi 1,400km kawasan pantai timur Sabah dari Kudat ke Tawau.

Ia ditubuhkan pada Mac 2013 oleh Najib selepas pencerobohan kumpulan militan Sulu di Lahad Datu tahun lepas.

Objektif utamanya adalah untuk menguatkan keselamatan maritim di kawasan timur negeri itu, menghalang aktiviti pengganas di perairan berdekatan dengan Sabah.

Bagaimanapun, sejak penubuhannya ia gagal menghalang beberapa penculikan di kepulauan berdekatan dengan pantai Sabah, mengundang kritikan daripada Barisan Nasional (BN) dan pembangkang Pakatan Rakyat (PR).

Tiga minggu lepas, seorang penternak ikan di Kampung Air Sapang di bandar pantai timur, Kunak, diculik oleh beberapa lelaki bersenjata yang dipercayai anggota Suluk.

Pada Mei, rakyat China Yang Zai Lin, 34, diculik lima lelaki bersenjata daripada penternakan ikan di Pulau Baik.

Yang merupakan pengurus penternakan ikan tersebut yang dimiliki oleh Wonderful Terrace Sdn Bhd, sebuah syarikat Hong Kong.

Meskipun menghantar unit tindakan khas polis dalam kejadian tembak-menembak itu, penembak-penembak berjaya mengelak pihak berkuasa dan melarikan diri ke selatan Filipina.

Dalam satu lagi insiden pada Mac lalu, Gao Hua Yun, 29 tahun dari Shanghai dan Marcy Dayawan @ Mimi, 40 diculik dari Singamata Reef Resort di pulau Semporna.

Kedua-duanya dilepaskan selepas wang tebusan didakwa dibayar kepada penculik, walaupun Najib bertegas tiada wang tebusan dibayar.

Beberapa ahli Parlimen BN dan PR mengkritik Esscomm sebagai pembaziran dana awam ekoran banyak pencerobohan yang berlaku sejak penubuhannya.

Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang berkata Esscomm hanyalah badan mahal yang kurang cekap, sementara Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh berkata rakyat Sabah sudah jelak dan marah dengan janji kerajaan untuk menambahbaik Esscomm. – 13 Julai, 2014.


Kronologi:




(Sumber: Apahell)

Anggota Polis yang Terbunuh dan Hilang


Terbunuh: Koperal 151279 Ab. Rajah Jamuan

Hilang: Konstabel 176543 Zakiah Aleip

Takziah.






Hari-hari Terakhir Seorang MB

Posted: 12 Jul 2014 10:29 PM PDT


[Malaysia Kini] Dengan komen terbaru Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, maka dengan rasminya juga Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjalani hari-hari terakhir beliau sebagai menteri besar (MB).

Kata-kata ketua umum parti itu dibaca sebagai 'pengakuan' meminta Khalid mengosongkan kerusi dan ia permintaan partinya dan Pakatan Rakyat sendiri.

Khalid yang dilihat berseorangan dalam hal ini langsung tidak boleh mengharapkan sokongan dari parti beliau sendiri untuk terus menduduki kerusi yang diterajui selama enam tahun itu.


Bagaimanapun isu penukaran MB sebenarnya bukan merupakan perkara pelik kerana ia kelaziman dan pregoratif parti politik masing-masing

Baru-baru ini di Terengganu, MB turut ditukar, dan ia 'prosedur biasa' yang digunakan BN sekiranya merasakan penyandang jawatan itu kurang 'kena' dengan pimpinan peringkat tertinggi.

Tetapi jika dilihat dari sudut 'ketelusan' dan 'kebertanggunjawaban' yang sentiasa dikumat-kamitkan PKR, adakah alasan menukar Khalid merupakan langkah dari segi politik semata tanpa sebarang input daripada 'rakyat'?

Terbaru, dengan jaminan Anwar bahawa isu itu akan diselesaikan secara tertib, teratur dan di "balik pintu yang tertutup", serangan halus, licik dan ancaman politik menggunakan media massa dan sosial ini akan berterusan?

Ini kerana sama ada Khalid ditukar atau tidak, persepsi yang tercetus hasil polemik dan caturan kelompok politik langkah ini amatlah tidak baik untuk PKR dan juga Pakatan secara umum.

'Langkah 28' 

Dengan pemilihan isu pemilihan parti yang masih tidak selesai, timbul pula isu 'Langkah 28' apabila kelab penyokong kerajaan (BBC) DUN Selangor dilaporkan membincangkan isu ini.

Sumber dari DUN Selangor menyatakan 28 dari 31 ADUN PKR, PAS dan DAP telah pun bersetuju untuk mengusulkan usul undi tidak percaya terhadap Khalid.

Ketua BBC Azmin Ali dilaporkan memanggil mesyuarat khas BBC buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun di Shah Alam Selasa lalu


"Hanya dua ADUN PAS iaitu Khasim Abdul Aziz (Lembah Jaya) dan Saari Sungib (Ulu Klang) hadir pada mesyuarat tersebut," kata sumber itu kepada Malaysiakini.

ADUN DAP dan PKR difahamkan sudah sepakat untuk menguatkan desakan terhadap Khalid bagi meletakkan jawatan beliau.

Hanya PAS dilihat masih tidak memberi jawapan lagi terhadap hal ini.

Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Ab Samad tidak mahu memberi sebarang komen sama ada menyokong atau menolak Khalid.

Bagaimanapun sumber daripada PAS Selangor menyatakan ada arahan 'tertinggi' parti yang meminta mereka agar tidak menurut desakan oleh PKR dan DAP.

Azmin sendiri tidak mahu mengakui atau menafikan rancangan sedemikian berlaku.

"Tolong jangan buat spekulasi," kata beliau kepada wartawan yang menyerbu beliau sebaik mesyuarat itu tamat, Selasa lalu.

Bagaimanapun sumber dari PKR mengakui perbincangan isu undi tidak percayai tidak dapat dilakukan kerana PAS "belum mendapat wahyu" dari kepimpinan tertinggi mereka.

Perang saraf 

Peperangan kedua pihak pro dan anti Khalid kini makin sengit di media massa dan sosial dengan serangan, kritikan serta kempen halus digerakkan oleh kedua pihak.

DAP dengan lantang membariskan pimpinan Selangornya 'menembak' pentadbiran Khalid secara terbuka dalam beberapa isu seperti penstrukturan dan catuan air, pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) dan isu Bible.


PKR Selangor pula difahamkan menggunakan pemilihan sebagai kempen anti-Khalid dan dilihat berjaya apabila Khalid tewas dalam pemilihan peringkat cabang dan jurang undi semakin jauh berbanding Azmin dalam pemilihan timbalan presiden.

"Khalid akan lebih tertekan sekiranya kalah dalam pemilihan nanti, dia dah tak ada apa-apa," kata sumber dari PKR Selangor kepada Malaysiakini.

Di pihak Khalid, gerakan NGO Pakatan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb) mula aktif memberi komen dan membuat laporan polis terhadap beberapa pemimpin tertinggi PKR yang dipercayai mempunyai kaitan dalam penyebaran berita palsu peletakan jawatan beliau minggu lalu.

Satu laporan polis dibuat semalam di Klang sementara satu lagi bakal dibuat hari ini.

Pengumuman Khalid bahawa audit dalaman akan dibuat terhadap pusat khidmat DUN yang mengambil geran dan peruntukan negeri serta penilaian semula syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dilihat sebagai tekanan kepada pimpinan PKR Selangor lain dan 'mendedahkan' tingkah laku sebahagian dari mereka.

Pakatan hilang Selangor PRU depan?

Lebih hebat lagi kedua-dua kumpulan kini menggunakan hujah Pakatan akan kalah pada pilihan raya umum (PRU) depan sekiranya agenda mereka tidak diteruskan.

Sumber dari Pejabat MB menyatakan kebimbangan, dengan pemergian Khalid, rizab lebih RM 3 bilion dalam simpanan negeri akan 'diutamakan' untuk tujuan politik partisan dan tidak semestinya untuk rakyat.

Bahkan beliau yang bersama Khalid sejak 2008 mendakwa beberapa program 'Merakyatkan Ekonomi Selangor' yang dipelopori Khalid bakal dibatalkan atau diubah.


"Apa rakyat akan kata kalau ada pihak sama ada dari PKR dan Pakatan guna duit untuk rakyat sesuka hati mereka," kata beliau.

Malah beliau menyifatkan pemergian Khalid akan 'menyenangkan' kerja BN untuk merampas semula negeri itu.

Ini kerana, kata sumber, pengganti Khalid mungkin tidak mampu membuat keputusan drastik untuk mengatasi kepentingan politik sebagaimana yang diamalkan bekas ketua pegawai eksetutif Guthrie itu.

Sementara itu, dari sudut berbeza, sekiranya Khalid berdegil untuk kekal, pergolakan Pakatan akan membawa kepada kehilangan undi kepada negeri itu dan mudah dieksplotasi oleh BN.

"Jadi kalau Khalid tak letak jawatan, memang Pakatan hilang Selangor selepas ini," kata sumber PKR Selangor.

Rakyat akan melihat perbezaan 'cara' Pakatan dan BN menukar MB di negeri masing-masing dan persepsi politik baik merupakan kelebihan yang amat besar dalam mencongak undi.

Justeru itu hemah kepimpinan Pakatan dalam menangani perkara ini amat penting agar tidak dilihat sebagai parti yang hanya mahu berpakat sesama politikus dan mengabaikan kehendak, suara dan pandangan 'rakyat.'

Bagaimana agaknya PKR akan menarik rambut dalam tepung di negeri itu? -13/7/14


Tiada ulasan: