Sabtu, 12 Julai 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Rogol Adik Perempuan Untuk Hukum Abang

Posted: 11 Jul 2014 07:50 PM PDT


[Berita Harian] PATNA: Polis di timur India melakukan dua tangkapan berhubung kes rogol budak perempuan berusia 11 tahun yang didakwa diarahkan oleh ketua kampung bagi menghukum abangnya, kata polis semalam. 

Polis berkata, pemeriksaan kesihatan mengesahkan budak itu diserang Isnin lalu dengan penyiasat kini berusaha mendedahkan satu lagi kes keganasan seksual mengejutkan di India. 

Jurucakap polis di Jhakhand, Anurag Gupta, berkata abang mangsa dituduh cuba mencabul jiran di kampung di daerah Bokaro. 

Apabila wanita itu dan suaminya mengadu kepada pemimpin kampung, seorang daripada mereka mencadangkan si suami merogol adik perempuan atau anak perempuan pencabul sebagai hukuman kepadanya. Penduduk hanya melihat mereka membawa mangsa ke dalam hutan dan merogolnya. 

"Semua penduduk kampung datang, melihat dan tidak berbuat apa-apa. Kami menangis, meminta tolong tetapi tiada siapa berbuat apa-apa," kata ibu mangsa kepada CNN-IBN. 

Gupta berkata, lelaki berkenaan ditangkap kerana dakwaan rogol pada siang hari Isnin lalu, selain ketua kampung kerana mengarahkan perlakuan jenayah itu. Abang mangsa juga ditahan kerana dakwaan asal cuba mencabul isteri lelaki itu. 

India semakin peka dengan keganasan seksual selepas kes rogol membawa maut seorang penuntut di atas bas yang bergerak di New Delhi pada 2012 yang mencetuskan kemarahan orang ramai dan undang-undang lebih tegas untuk menyekat perogol. 

Ketua kampung masih berkuasa di kampung di India dan selalu bertindak sebagai sistem perundangan, menyelesaikan perbalahan dan membuat penghakiman. Mangsa daripada komuniti Gulgulia, hampir dengan kasta paling rendah yang puaknya selalu mengemis. 

"Ini adalah tindakan zalim. Kami tidak akan membiarkan mereka melakukannya," kata ketua setiausaha Jharkhand, Sajal Chakraborty-AFP/12/7/14

Tiada ulasan: