Jumaat, 11 Julai 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Polis Tahan Teman Lelaki Model Estonian

Posted: 11 Jul 2014 01:04 AM PDT



[The Malaysian Insider] Teman lelaki model Estonian Regina Soosalu yang dipercayai dibunuh di Pulau Rawa baru-baru ini sehingga menarik perhatian umum ditahan polis bagi membantu siasatan.

The Star melaporkan, Tengku Alang Reza Ibrahim, 28, ditahan polis semalam dan direman selama tujuh hari.

Ketua CID Johor Datuk Hasnan Hassan mengesahkan penahanan Tengku Alang yang menjadikan jumlah yang ditahan berkaitan pembunuhan Soosalu sakat ini tujuh orang.

Soosalu dan Tengku Alang sebelum ini terlibat dalam kes dadah awal tahun ini, lapor The Star.

Soosalu dan Tengku Alang pernah didakwa di Mahkamah Majistret pada 2 Mei kerana memiliki 5.84 gm ganja.

Pasangan itu tidak mengaku salah dan dibebaskan selepas membayar RM7,000 wang jaminan, lapor The Star.

The Star memetik peguam mereka Bustaman Menon Abdul Hamid Menon sebagai berkata, kes itu masih berjalan dan sebutan kali terkahir adalah pada 25 Mei lalu.

Semua suspek yang ditahan adalah mereka yang berada di Pulau Rawa ketika mayat Soosalu ditemui di pantai pada 1 Julai.

The Star melaporkan, suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kes itu adalah pembantu bar, dua pekerja bot, pengurus resort dan pembantu Tengku Alang.

Datuk Hasnan berkata, Tengku Alang durut itahan untuk membantu siasatan.

"Bedah siasat sedang berjalan dan sampel dari badannya diambil untuk ujian. Butiran lain tidak boleh didedahkan sehingga ujian lengkap selesai dijalankan," katanya.

Soosalu pada awalnya dikatakan lemas, tetapi hasil siasatan mendapati ada kesan lebam pada badannya yang menyebabkan polis menyifatkan beliau dibunuh.

Laman web Estonian memasukkan satu video klip Soosalo bercakap mahu tinggal di Malaysia kerana cuaca lebih panas berbanding dengan negara asalnya yang sejuk.

Tha Star melaporkan, Tengku Alang gemar sukan papan luncur di laut.

Sumber yang rapat dengannya berkata, biasanya beliau menghabiskan masanya di Pulau Rawa dan Mersing di mana ayahnya, Tunku Alang Ibrahim Tunku Muhammad Archibald dulu memiliki Alang Resort di pulau itu. – 11 Julai, 2014.

[Video] Tiga 'Budak Pailang' Dihantar Ke Sekolah Tunas Bakti

Posted: 11 Jul 2014 12:46 AM PDT



[Mstar] SAMARAHAN: Tiga pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di sini terpaksa melupakan hasrat untuk berhari raya bersama keluarga apabila Mahkamah Majistret di sini memerintahkan mereka menjalani pemulihan di tiga Sekolah Tunas Bakti berasingan selama dua tahun berkuatkuasa, Jumaat.

Majistret Zulhairil Sulaiman memerintahkan ketiga-tiga tertuduh berusia 16 tahun itu dihantar ke Sekolah Tunas Bakti di Terengganu, Melaka dan Miri.
Ketiga-tiga tertuduh diarah ditempatkan sementara di Taman Seri Puteri Kuching sebelum dihantar ke Sekolah Tunas Bakti.

Zulhairil mengeluarkan perintah itu di dalam kamarnya, selepas mereka mengaku bersalah pada 23 Jun lepas menyebabkan kecederaan dengan sengaja ke atas seorang pelajar perempuan tingkatan tiga sekolah yang sama pada 9.40 pagi, 25 April lepas.

Tindakan mereka membelasah mangsa dimuat naik di YouTube. -11/4/14









Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nornisla Abd Latif, manakala ketiga-tiga pelajar berkenaan tidak diwakili peguam.

[Video] Lamborghini Gallardo Rempuh Simen Konkrit, Valet Hotel Sebabkan Kerosakan Bernilai RM818,000

Posted: 11 Jul 2014 12:43 AM PDT


[Mstar] SEORANG pemilik kereta sukan, Lamborghini Gallardo hanya mampu melihat keretanya yang sedang dipandu oleh pemandu kenderaan tetamu sebuah hotel merempuh simen konkrit sehingga menyebabkan kerosakan bernilai RM818,000.

Kejadian itu berlaku di hadapan lobi Hotel Le Meridien, New Delhi ketika pemiliknya, Nipun Miglani sedang menunggu keretanya untuk pulang.

Mengikut kemalangan yang berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) hotel, kereta sukan itu gagal dikawal pemandu ketika kawasan tersebut sesak dengan kenderaan lain.

Lamborghini Gallardo itu tiba-tiba bergerak laju melanggar belakang sebuah kereta sebelum merempuh tembok konkrit hotel hingga pecah.

Akibatnya, kereta mewah itu mengalami kerosakan teruk di bahagian depan.

Pemiliknya, Miglani memberitahu bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap hotel berikutan kerosakan kereta tersebut.

Harga sebuah kereta import dan kos mendapatkan alat ganti di India lebih mahal daripada negara lain kerana duti import. -11/7/14



Orang Ramai Dinasihat Tidak Guna atau Beli Ubat Majun Burung Unta

Posted: 11 Jul 2014 12:36 AM PDT



[Bernama] PUTRAJAYA: Orang ramai dinasihatkan tidak membeli atau menggunakan ubat tradisional melayu 'Majun Burung Unta' yang tidak berdaftar kerana didapati mengandungi dexamethasone iaitu sejenis kortikosteroid yang dikawal di bawah Akta Racun 1952. 

Label pada produk itu menyatakan ia boleh digunakan untuk lemah tenaga batin, sakit urat saraf, sakit pinggang, sakit sendi lutut, sakit jantung, penyakit semput, kelabu mata, sakit kepala, perempuan lepas bersalin, penyakit luhur, segugut dan awet muda.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata dexamethasone iaitu sejenis kortikosteroid yang digunakan untuk rawatan masalah pembengkakan dan radang yang serius. 

"Ia hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau diperoleh dari farmasi dengan preskripsi doktor. Dexamethasone tidak dibenarkan sebagai ramuan dalam ubat tradisonal," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Penggunaan dexamethasone secara berpanjangan tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi dan glaukoma (penyakit mata). 

Beliau berkata penggunaannya lebih berbahaya kepada pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis kerana ia boleh menyebabkan paras gula dalam darah tidak terkawal dan seterusnya mengakibatkan komplikasi serius. 

Justeru, orang ramai sedang menggunakan produk itu adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan profesional kesihatan. 
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai produk itu dinasihatkan menghubungi Bahagian Perkhidmatan Farmasi di talian 03-78413200 atau e-mel kepada pharmacy1@moh.gov.my. 

Mereka yang ingin menyemak status pendaftaran sesuatu produk juga boleh menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) di talian 03-78835400 atau laman sesawang www.bpfk.gov.my. - 11/7/14


Tiada ulasan: