Khamis, 10 Julai 2014

dollah yankee

dollah yankee


KahKahKah..Najib jaring gol sendiri

Posted: 10 Jul 2014 06:41 AM PDT

Pengguna Internet memperlekeh kenyataan Datuk Seri Najib Razak hari ini, menyifatkan pentadbirannya juga tiada kepimpinan sehingga menyebabkan negara kelam-kabut.
Kritikan ke atas perdana menteri itu disebabkan kenyataannya menggunakan kekalahan 7-1 Brazil dalam perlawanan Piala Dunia semalam.
Pengguna Twitter mempersenda Najibkan dengan pelbagai komen.
"Hahaha! Is Najib poking fun at himself?" (Adakah Najib cuba memperbodohkan diri sendiri?), kata ‏@ktchye dan @OzJazzter berkata "A national leader making fun of himself" (Pemimpin negara cuba memperbodohkan diri sendiri?).
Kebanyakan warga maya mempermainkan kenyataan Najib tersebut dengan mengatakan Malaysia sudah lama tiada kepimpinan.
"Fuiyoh, Jibby (Najib) pandai buat analogy, tapi kita dah lama macam Brazil team bcoz lama no leadership pun," kata @kaienmy.
Sementara itu pengguna Twitter, ‏@hafidzbaharom berkata "kamu tidak membawa kami jadi seperti Jerman Datuk Seri", manakala @RajivJayKumar pula berkata negara sudah menjadi seperti Brazil.
Malah, ada juga mereka yang lantang mencabar Najib untuk meletakkan jawatan kerana ketakupayaannya memerintah negara.
Pengguna Twitter @yellowleafx berkata "Well said PM Najib! So, when are you gonna resign for your incompetent leadership?" (Betul kata PM Najib! Jadi bila kamu akan letak jawatan kerana ketakupayaan kepimpinan anda).
Najib hari ini berkata ketiadaan kepimpinan berkesan boleh undang kucar-kacir kepada negara sebagaimana ia menjadi punca kekalahan pasukan bola sepak Brazil.
Najib merujuk kekalahan pasukan bola sepak Brazil kepada pasukan Jerman 7-1 pada pusingan separuh akhir bola sepak Piala Dunia awal pagi hari ini.
"Kalau itu boleh berlaku kepada sebuah pasukan bola, cuba bayangkan apa yang boleh berlaku kepada sebuah negara, kalau tidak ada kepimpinan berkesan yang mempunyai visi, komitmen dan menjiwai aspirasi rakyat," kata beliau.
dollah yankee -
Kah..Kah..Kah..

Tiada ulasan: