Selasa, 8 Julai 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Heboh ikan makan bangkai babi

Posted: 08 Jul 2014 02:34 AM PDT


Inilah lokasi berhadapan sebuah stesen minyak seperti yang didakwa kononnya terletak kolam ikan terbabit namun gagal menemui kawasan yang dimaksudkan. Inilah lokasi berhadapan sebuah stesen minyak seperti yang didakwa kononnya terletak kolam ikan terbabit namun gagal menemui kawasan yang dimaksudkan.


IPOH – Pengguna laman sosial Facebook gempar apabila tersebarnya lima keping gambar menunjukkan sebuah kolam menternak ikan air tawar yang didakwa menggunakan bangkai babi sebagai makanan ikan.

Gambar dan info terbabit turut tersebar di aplikasi WhatsApp pada petang semalam membincangkan kesahihan dakwaan rangka babi yang tidak dapat diketahui.

Pengguna laman sosial yang menggunakan nama Khirul Adnan Hamid mendakwa, kolam ternakan terbabit menjadi tumpuan warga Ipoh apabila ia pecah namun beliau terkejut apabila terdapat tulang dan kepala binatang dipercayai babi dalam kolam yang telah kering.

"Ya ikan itu makan babi dan kita makan ikan itu... tak dinafikan 99 peratus penternak bukan Islam bagi (ikan) makan babi, biasa saya dengar bagi makan usus babi, kali ini seekor babi dicampak di dalam kolam.

"Ia tulang babi sebab ada seorang seorang bukan Islam yang datang pun cakap babi, kalau kita fikir secara logik takkan orang nak letak lembu seekor dalam kolam sebab lembu mahal dan tak pernah lagi orang buat, pengalaman saya biasanya orang akan letak bangkai babi atau kuda," tulisnya ketika menjawab persoalan pengguna lain di laman Facebook mengenai kesahihan dakwaannya, semalam.

Rata-rata pengguna memberi reaksi negatif kepada penemuan dibongkarkan Khirul Adnan dan mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tersebut.

Dikatakan ramai pengguna meletakkan kenderaan sepanjang laluan Lebuhraya Ipoh – Lumut semalam apabila kolam ternakan terbabit pecah.

Sinar Harian turut ke lokasi yang dikatakan oleh Khirul Adnan namun usaha mencari kolam terbabit menemui jalan buntu.

Pencarian ke kawasan Papan dan Pusing juga gagal menemui lokasi terbabit termasuk sepanjang laluan Ipoh – Lumut.

Sementara itu, Penasihat Pertubuhan Pencinta Alam dan Sukan Memancing Perak, Harrie Maulana berkata, pihaknya tidak menerima sebarang aduan ataupun maklumat mengenai kejadian itu.

Bagaimanapun, pihaknya merasakan kewujudan rangka haiwan di dalam kolam berkenaan berkemungkinan penternak atau pemilik kolam memberi makan bangkai kepada ikan.

"Perkara itu bukanlah sesuatu yang memeranjatkan sebab spesies ikan jenis patin dan keli merupakan pemakan bangkai. Malah saya pernah lihat ada pengusaha kolam yang membuang bangkai dalam kolam mereka.

"Ada juga pengusaha yang memberikan organ dalaman haiwan seperti perut ayam. Tetapi kebanyakan pengusaha memberikan dedak untuk ikan mereka," katanya kepada Sinar Harian.

Lulusan hafiz bakal pimpin Kelantan

Posted: 08 Jul 2014 02:27 AM PDT

ASLANI M 


KOTA BHARU: Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, kepemimpinan ulama memerlukan pemimpin pelapis yang boleh menghafal al Quran.

"Kita sudah menjana usaha ke arah itu sejak 23 tahun lalu, cuma untuk melahirkan mereka yang berkebolehan dalam siasah belum menyerlah lagi.

"Bagaimanapun insya Allah melalui tarbiah yang kita lakukan secara berterusan sejak 1990 kita mampu lahirkan pemimpin politik yang hafal al Quran," katanya di sini.

Beliau berkata, selain jiwa penuh dengan al Quran mereka juga mempunyai kelayakan akademik seiring dengan keperluan semasa.

Menurutnya apa yang diusahakan kerajaan negeri dalam bidang pendidikan kini berjaya melahirkan pelajar cemerlang akademik dan syaksiah.

"Cuma mungkin mereka kurang mendapat pendedahan dalam kepemimpinan politik. Oleh itu kita berharap mereka menggunakan peluang di universiti bagi mengasah bakat kepemimpinan.

"Lebih-lebih lagi sekarang zaman langit terbuka dan media baru, jadi mereka perlu membuat persediaan lebih awal," ujarnya.

Ada dua puak bersembahyang dalam satu masjid di Kelantan?

Posted: 08 Jul 2014 02:25 AM PDT

MSO


Dukacita sungguh apabila membaca berita mengenai kejadian sembahayang dua puak di dalam sebuah masjid di Kampung Banggul Stol dalam darah Pasir Mas. Macam bertewas rebana pulak. Menurut laporan media kejadian sembahyang dua puak itu berlaku kerana kedua-dua pihak tidak menyakini mengenai fahaman antara satu sama lain.


Puak depan sujud, puak belakang duduk antara sujud.
Satu puak dikatakan bertarikat (Tarjani) manakala satu puak lagi terdiri daripada penduduk kampung. Tarikat berkenaan dibawa balik oleh salah seorang anak pengasas masjid berkenaan bernama Yahya Zakaria. Allahyarham Zakaria Ismail pernah menjadi ahli Parlimen Rantau Panjang tahun 1974 - 1978 dan Adun Meranti tahun 80an.

Puak yang bertariqat mendirikan sembahyang dibahagian hadapan manakala puak satu lagi dibahagian belakang. Perpecahan akibat fahaman ini katanya berlaku sejak tahun 2010 lagi dan memuncak sampai tahun 2012. Manakala ketegangan itu menyerlah apabila sejak 3 Julai lalu berlaku sembahyang dua puak semasa sunat terawih dan solat fardu.

Menurut laporan itu pergeseran itu mula berlaku apabila puak yang menganuti tariqat mengundang pelbagai ulama tariqat luar negara untuk mengadakan majlis dan keramaian di masjid berkenaan tetapi ianya tidak disenangi penduduk kampung.

Kejadian ini mengingatkan kepada taksub kepada politik sekitar tahun 60an - 80an sehingga berlaku sembahyang dua imam, bukan saja mengyesalkan tetapi ia sungguh memalukan. Islam yang menganjurkan kepada kebulatan dan perpaduan, sebalik terjadi demikian di kampung berkenaan. Lebih mengaibkan lagi kampung tersebut mempunyai pondok dan terletak dalam negeri dikenali dengan Sarambi Makkah dibawah pimpinan ulama yang bermotokan Membangun Bersama Islam.
Masyarakat pondok selalunya dikenali sebagai orang yang fakeh dalam agama.

Malang lagi setelah tiga tahun kejadian ini berlaku pihak berkuasa agama, Majlis Ugama Islam Kelantan (MAIK) tidak mendapat apa-apa laporan. MAIK katanya tidak pernah menerima laporan berhubung perkara itu walaupun kejadian itu pernah dibawa ke mahkamah. Kenapa perkara sebesar ini tidak dilaporkan segera kepada MAIK atau MAIK sendiri seakan tidak mempunyai mata telinga yang cergas untuk mengintip segala masalah berkaitan agama?

Dimanakah tanggungjwab imam, penghulu dan juga wakil rakyat? Sekurang-kurang ada dua wakil rakyat yang memantau kawaan ini, iaitu Adun Bukit Tungku, Abdul Rasol dan ahli parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abdul Nik Abdul Aziz. Dua lagi wakil rakyat yang berhampiran yang perlu mengambil tahu keadaan itu ialah Adun Meranti, Nasaruddin Daud yang hebat bersyarah serta ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Yusuf. Tidak guna kalau kuat bersyarat tetapi kaki jubah berlimur selut.

Apakah keempat-empat mereka tidak pernah sampai ke kampung berkenaan dan bersembahyang dimasjdi itu? Sudah pasti mereka tidak pernah sampai dan bersembahyang kerana kalau mereka sampai tentu sudah mengetahui kejadian itu. Apa yang berlaku itu bukan perkara kecil tetapi merupakan satu kejadian menyentuh soal hidup mati (aqidah) dalam beragama yang wajib dituntasi. Menjadi tanggungjawab wakil rakyat mengharmonikan rakyat dalam apa juga perkara.

Selain itu tanggungjawab juga dipersoalkan kepada Ketua Umno Bahagian Rantau Panjang dan Pasir Mas. Apa yang Abdullah Mat Yassin dan Hanafi Mamat lakukan. Masalah sosial dan agama adalah juga menjadi tanggungjawab mereka menyelesaikannya. Apakah kedua-dua mereka tidak mengambil tahu perkara itu dan dibiarkan sampai bertahun-tahun.

Dan Ahmad Yaakub sebagai MB juga harus mengambil tindakan sendiri dengan mengunjungi masjid berkenaan dan bersolat di sana. Beliau harus tengok dengan mata kepalanya sendiri sesuatu yang dilaporkan yang boleh mengoyakkan reputasinya sebagai MB. Isu-isu menyetuh soal agama adalah sangat relevan ditangani Ahmad kerana beliau juga dipanggil al ustaz.

Adalah diharap MAIK membuat siasatan segera keatas kekeliruan sehingga boleh memecahkan masyarakat setempat itu. Wajar untuk MAIK memanggil kedua-dua pihak bertelagah itu bermuzakarah mencari jalan penyelesaian. Sekiranya tariqat (yang dibawa itu yang menjadi puncan berlaku sembahyang dua puak), didapati salah dan bercanggah ianya hendaklah diharamkan, tetapi kalau tidak, ajaran itu perlu dibenarkan dan pihak yang menentangnya haruslah menerima keputusan itu dengan baik. Tidak ada siapa pun yang mengaku Islam untuk masuk Neraka, kecuali orang gila

KPDNKK jamin bekalan barang keperluan cukup

Posted: 08 Jul 2014 02:20 AM PDT

KPDNKK


KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi jaminan bekalan barangan keperluan adalah mencukupi di sepanjang musim perayaan pada tahun ini.

Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, langkah agresif telah dijalankan bagi memastikan tiada peniaga yang menaikkan harga di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena Aidil Fitri tidak lama lagi.   

"Kami telah membuat perjanjian dengan persatuan pembekal dan pemborong sejak sebulan sebelum ketibaan Ramadan, dan mereka memberi jaminan bekalan barangan itu mencukupi," katanya kepada Bernama selepas menjayakan program 'Ala Carte Pagi' di Bernama Radio 24,  Wisma Bernama, di sini hari ini.

Sementara itu, seramai 1,800 pegawai penguatkuasa dan 1,080 pegawai Pemantau Harga Secara Kontrak (PPS) bagi memantau harga barangan kawalan ini di kawasan pasar yang menjadi tumpuan ditempatkan di seluruh negara.

"Dua ratus ribu sukarelawan yang dikenali sebagai Skuad Pengguna di seluruh negara turut membantu dengan membuat pemantauan harga barangan kawalan ini, " katanya.

Beliau berkata, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu dan Penggawa turut terlibat untuk memastikan kawalan harga barangan ini dipatuhi.     

Dalam pada itu, KPDNKK menetapkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan akan dikuatkuasakan bermula dari 20 Julai hingga 5 Ogos ini.

Katanya, antara barang kawalan berkenaan termasuk ayam meliputi ayam segar, ayam standard dan ayam super, telur ayam meliputi gred A,B dan C, daging segar meliputi daging tempatan dan daging import, ikan kembung serta sayuran.

Alias berkata, di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, peniaga yang tidak mematuhi Skim Kawalan Harga pada musim perayaan akan dikenakan tindakan yang membawa hukuman antaranya denda sehingga RM250,000 bagi peniaga, dan korporat sehingga RM500,000.

Orang ramai yang ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai senarai harga di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan boleh melayari laman web rasmi KPDNKK. - Bernama

Tiga NGO serah memo bantah pusat judi lumba kuda

Posted: 08 Jul 2014 02:18 AM PDT

SHAH ALAM - Tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Besar Selangor berhubung isu pembinaan sebuah pusat judi lumba kuda terbesar di Asia di Bukit Tagar, Hulu Selangor.

Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) dan Lembaga Pembangunan Pengguna Malaysia (LPPM) menyerahkan memorandum bantahan itu dengan diiringi oleh 10 ahlinya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Memorandum itu diserahkan oleh Pengerusi IRIMM, Amir Amsaa Alla Pitchay kepada Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar Selangor, Mohamad Yasid Bidin disaksikan Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah dan Presiden LPPM, Abdul Aziz Ismail.

Amir Amsaa berkata, memorandum itu antara lain mendesak kerajaan negeri Selangor supaya menghentikan pembinaan pusat judi lumba kuda itu.

Beliau berkata, alasan diberikan pihak pemaju bahawa pembinaan pusat judi ini mendapat sokongan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada penduduk Melayu setempat melalui kaji selidik dijalankan oleh sebuah universiti tempatan adalah tidak berasas dan tidak relevan.

"Pembinaan pusat judi lumba kuda ini akan membawa kesan buruk kepada masyarakat negara ini, di mana kita masih dibelenggu oleh masalah perjudian yang sehingga sekarang masih tidak boleh diatasi," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum itu.

Amir Amsaa berkata, pihaknya juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur, Khamis lepas berkenaan isu ini. - Bernama

PASMEB buat laporan Polis isu khabar angin MB Selangor

Posted: 08 Jul 2014 02:15 AM PDT

SELANGOR KINI


SHAH ALAM : Pakatan Anak-Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (PASMEB) akan membuat laporan Polis terhadap penyebaran laporan palsu yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab berhubung isu Menteri Besar Selangor.

Penaja PASMEB, Mazli Saring berkata laporan Polis itu akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam Seksyen 11 di sini pada jam 2.30 petang ini.

LOGO POLIS- 2Katanya PASMEB akan membuat laporan Polis terhadap laporan palsu yang telah disebarkan melalui whatsapp dan sms kepada umum termasuk media.

"Ini telah melibatkan pihak Istana dan menimbulkan rasa tidak puas hati dan kebimbangan kepada rakyat negeri Selangor.

"Semua ahli-ahli PASMEB dan rakan-rakan dimohon untuk hadir memberikan sokongan. Sekian, terima kasih," katanya.EZY

MBI kaji keanggotaaan ahli lembaga pengarah anak syarikat KSSB & PNSB

Posted: 08 Jul 2014 02:05 AM PDT

Oleh :LIZAWATI MADFA


SHAH ALAM: Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) akan mengkaji dan meneliti pencapaian anak-anak syarikat di bawahnya dengan tujuan membuat penambahbaikan.

Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Faekah Husin berkata langkah itu termasuk mengkaji semula kedudukan pengerusi syarikat dan ahli –ahli lembaga pengarah dan pengurusan tertinggi di semua anak syarikat.

faekah husin 6Katanya, tumpuan khusus akan dilakukan ke atas keanggotaan ahli-ahli lembaga pengarah dan akan dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

"Langkah ini bagi memastikan mereka yang dilantik itu terdiri daripada profesional berkelayakan serta berpengalaman yang berupaya membawa anak-anak syarikat dan MBI ke tahap yang lebih tinggi dan yang lebih penting lagi mampu membawa polisi dan aspirasi Kerajaan Negeri.

"Ia juga bertujuan memperkasa peranan dan fungsi ahli-ahli lembaga pengarah menerusi suntikan idea yang boleh merangsang perkembangan syarikat sekaligus membawa manfaat kepada negeri dan rakyat Selangor," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
MBI
Mengulas lanjut, beliau berkata tindakan ini juga selari dengan prinsip pentadbiran telus dan kebertanggungjawaban yang diamalkan Kerajaan Negeri sejak tahun 2008.

"MBI turut mempraktikan prinsip pentadbiran ini dan berazam untuk menjadikan semua anak syarikat di bawahnya lebih mantap, efisien dan berkeupayaan untuk bersaing dengan syarikat-syarikat swasta bagi memperoleh keuntungan untuk dikembalikan semula kepada rakyat Selangor.

"Sasaran ini akan mudah dicapai jika ahli-ahli lembaga pengarah anak-anak syarikat ini dilantik dari kalangan profesional dan berkelayakan yang mampu memberi nilai tambah kepada anak-anak syarikat yang terlibat," katanya lagi.

Selain KSSB dan PNSB, MBI mempunyai sepuluh anak syarikat lain termasuk Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC), Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYSSB), Tourism Selangor Sdn Bhd, Rantaian Mesra Sdn Bhd, Majlis Sukan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd, Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), Communication Corporation Sdn Bhd (CCSB), Bukit Beruntung Golf & Country Resort Berhad dan Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor.

Tak logik orang MB cipta SMS beri tekanan kem sendiri

Posted: 08 Jul 2014 02:03 AM PDT

Oleh: NAZLI IBRAHIM


SHAH ALAM: Setiausaha Politik Menteri Besar, Azman Abidin berkata adalah tidak logik kem Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat sebaran palsu di dalam laman sosial Facebook, Whatsapp dan mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) semalam.

Katanya tindakan itu tidak memberi sebarang manfaat kepada Abdul Khalid, Kerajaan Negeri dan PKR.

SMS PALSU

Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei tidak menolak kemungkinan khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu yang menyebarkan mengenai peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam dilakukan oleh kem menteri besar Selangor itu sendiri.

Shuhaimi berkata, isu itu mungkin sengaja diwujudkan pihak tertentu, namun enggan mendedahkan dalang yang menyebarkan SMS berkenaan

"Kalau kamu kata datang dari kem Menteri Besar (MB), saya nak tanya YB Shuhaimi, apa faedah yang MB dapat dengan kenyataan palsu semalam sedangkan MB merupakan pihak yang terkesan.

"Saya tidak mahu tuduh mana-mana kem dan saya juga tidak ada bukti tetapi ini kenyataan melulu, tidak bertanggungjawab dan melampau oleh YB Shuhaimi," kata Azman ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.

Kata Azman lagi, pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan berita palsu itu juga seolah-olah nekad memburukkan imej Abdul Khalid apabila dengan berani menggunakan nama agensi berita nasional, Bernama.

Semalam, orang ramai dikejutkan dengan penyebaran berita palsu di media sosial Facebook, Whatsapp dan khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya Abdul Khalid akan mengadap DYMM Sultan Selangor untuk meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor.

Bagaimanapun maklumat yang kononnya dikeluarkan Bernama itu dinafikan agensi itu dan Abdul Khalid sendiri.EZY

Media rasmi S'gor tonjol sokongan pada MB

Posted: 08 Jul 2014 01:58 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Media rasmi kerajaan Selangor, Selangorkini menonjolkan dakwaan bahawa usaha untuk menggantikan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim akan menyebabkan Pakatan Rakyat kecundang dalam pilihan raya umum akan datang di Selangor.

Laporan itu memetik kenyataan rambang beberapa orang pengguna Facebook yang turut membayangkan bahawa Khalid masih mendapat sokongan untuk terus menerajui pentadbiran Selangor.

Individu berkenaan, yang tidak dapat dikenalpasti kewibawaannya, didakwa turut mengancam untuk "menghukum" Pakatan dalam pilihan raya umum ke-14.

Antaranya, seorang individu dengan nama Posmen Hensem, didakwa sebagi "anak jati Selangor" yang memberi amaran pada Pakatan agar tidak mengamalakan "politik kotor" seperti BN.

"Kamu apa-apakan Menteri Besar Selangor, kami anak jati Selangor akan ajar kamu dalam pilihan raya nanti. Jangan amal politik kotor, Aku tujukan kepada semua pimpinan Pakatan Rakyat. Ini janji.

"Jika Tan Sri Khalid digugurkan, maka harapan Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya bakal hancur," kata individu tersebut seperti dipetik dalam laporan itu.

Laporan itu muncul susulan sebaran khabar angin bahawa Khalid akan menghadap Sultan Selangor untuk menyerah surat peletakan jawatan.

Desas desus tersebut, yang tersebar di kalangan petugas media menyebabkan golongan tersebut bergegas ke Istana untuk mendapatkan pengesahan.

Khalid turut menafikan khabar angin bahawa beliau akan meletak jawatan

Permohonan ganti hakim kes Najib vs Mkini 3 Sept

Posted: 08 Jul 2014 01:53 AM PDT

MALAYSIAKINI


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 3 September untuk mendengar permohonan Mkini Dotcom Sdn Bhd untuk menggantikan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Kamaluddin Md Said daripada mendengar saman yang difailkan oleh Perdana Menteri, Datuk Najib Abdul Razak dan Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abdul Rauf Yusof terhadap portal berita itu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Kamaluddin akan mendengar permohonan itu pada jam 2.30 petang hari berkenaan.

Pengurusan kes itu ditetapkan hari ini di mana semua pihak bertemu dengan Penolong Pendaftar Kanan, Norfauzani Mohd Nordin.

Peguam Mkini Dotcom, Ashok Kandiah juga berkata penolong pendaftar kanan itu menetapkan 24 Julai untuk pengurusan kes di hadapannya.

Najib dan Umno memfailkan saman itu bulan lepas berikutan komen pembaca komen dalam dua artikel dalam Malaysiakini berhubung kemelut politik di Terengganu.

Dua artikel itu bertajuk  'A case of the PM reaping what he sows' dan 'How much will Najib spend to keep Terengganu?'.

Najib dan Rauf menamakan Mkini Dotcom bersama dengan ketua pengarang kumpulannya, Steven Gan dan ketua pengarangnya, Fathi Aris Omar sebagai defendan

Remaja putus semua jari akibat main mercun

Posted: 08 Jul 2014 01:51 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


"Saya jumpa mercun itu di tepi jalan dan saya ambil untuk bakar. Tiba-tiba ia meletup di tangan saya," kata seorang remaja yang hilang kesemua jari tangan kanannya akibat letupan mercun jenis bola Sabtu lalu.
  
Abu Bakar Nasir, 17, dari Kampung Berangan Apam, Pasir Mas kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di Kota Bharu.
  
Dia merupakan mangsa kedua akibat bermain mercun di Kelantan selepas kejadian pertama Jumaat lepas yang dialami seorang pelajar tingkatan dua di
Kampung Luar Gual Periuk, Rantau Panjang yang putus tiga jari tangan kanan apabila mercun botol yang dinyalakannya meletup.
  
Abu Bakar dikatakan terjumpa mercun itu ketika mahu ke masjid berdekatan rumahnya untuk solat tarawih, kira-kira jam 8.30 malam.
  
"Saya tidak menyangka mercun itu meletup sebaik sumbunya dibakar," katanya kepada pemberita di hospital.
  
Ibunya Che Limah Harun, 53, berkata anaknya dibawa ke Hospital Lati, Pasir Mas terlebih dulu oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam sebelum dirujuk ke HRPZII petang semalam.
  
"Dia hilang semua jari tangan kanan dan dia kini stabil," katanya.- Bernama

Isu MB: Adun Pakatan Kemuka Undi Tak Percaya?

Posted: 08 Jul 2014 01:44 AM PDT

 
 
 
PETALING JAYA: Masa depan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilihat semakin goyah apabila beliau terus diberi tekanan supaya mengosongkan kerusinya di Pejabat Menteri Besar Selangor.

Usaha untuk menyingkirkan Abdul Khalid kini sampai ke tahap yang lebih serius apabila Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC) mengadakan mesyuarat khas pada Selasa berhubung kedudukan Menteri Besar itu.

Difahamkan mesyuarat yang sedang berlangsung di bangunan Annex pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor sejak awal pagi Selasa itu bertujuan membincangkan mengenai masa depan Abdul Khalid.

Mesyuarat berkenaan juga dikatakan untuk mencari kata sepakat menggesa satu sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) khas bagi menyatakan undi tidak percaya kepada bekas Ketua Cabang PKR Kuala Selangor itu.

Wakil media mula berkumpul di lobi bangunan Annex sejak awal pagi bagi mendapatkan pengesahan mengenai perkara itu.

Jangan Terpedaya Panggilan Penyamar Dari Bukit Aman, Bank Negara

Posted: 07 Jul 2014 08:47 PM PDT

 
 
 
PETALING JAYA: Penyamaran atau penipuan olok-olok (scam scoofing) tidak boleh dijadikan bahan ketawa.

Ia adalah satu jenayah serius yang menyebabkan rakyat Malaysia kehilangan puluhan juta ringgit setiap tahun.

Penipu kini memperdaya sesiapa sahaja rakyat Malaysia tanpa disangka-sangka dengan secara berani menyamar sebagai pegawai Bukit Aman dan Bank Negara dalam skim penipuan mereka.

Penipuan ini menjadi salah satu penipuan teknologi yang menyalahgunakan Voice over Internet Protocol (VoIP) - satu sistem untuk membuat panggilan suara melalui Internet - dengan meniru ID pemanggil sebenar.

Mereka membuat panggilan yang mana nombor yang tertera di skrin telefon kelihatan dari talian Bukit Aman atau Bank Negara, atau mana-mana agensi lain.

Sekurang-kurangnya 2,000 orang telah ditipu dengan cara ini sejak 2012, mengakibatkan jumlah kerugian lebih dari RM60 juta.

Dalam beberapa kes, kesemua wang simpanan mangsa lesap.

Penyangak terbabit akan membuat panggilan atau menghantar e-mel kepada mangsa yang berpotensi, memberi amaran kononnya akaun bank mereka telah dicerobohi.

Kemudian, mereka menasihati mereka untuk memindahkan wang mereka ke satu lagi akaun lain yang kononnya selamat.

Apabila mangsa memindahkan wang ke dalam akaun mereka yang melakukan penipuan, ia akan dikeluarkan dan kaki tipu terbabit menghilangkan diri.

Akaun ini biasanya dibuka menggunakan identiti palsu.

Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia, Datuk Seri Mortadza Nazarene berkata sindiket ini juga menggunakan taktik 'menakutkan-nakutkan' untuk menipu mangsa mereka.

Salah satu taktik ialah dengan memberitahu mangsa bahawa mereka membuat panggilan dari Bukit Aman dan memberitahu akaun bakal mangsa telah digunakan untuk aktiviti jenayah.

Taktik lain termasuklah memberitahu mangsa bahawa mereka telah memenangi hadiah tetapi perlu membayar 'yuran' tertentu untuk menuntut hadiah tersebut.

"Nombor-nombor yang digunakan oleh penipu ini banyak dan pelbagai. Mereka mempunyai buku panduan untuk melakukan penipuan seperti ini," kata Mortadza.

Beliau berkata kes-kes seperti ini menunjukkan walaupun pihak polis, bank dan lain-lain pihak sering memberi amaran, orang ramai masih terjerat dengan penipuan tersebut.

Mortadza berkata, orang ramai perlu membuat semakan dengan Bukit Aman, Bank Negara atau bank-bank mereka sebelum memindahkan wang.

Beliau juga memberi amaran mengenai penipuan 'phishing' di mana mangsa ditipu dengan mengklik pautan internet yang dihantar kepada mereka melalui e-mel.

"Ini boleh membawa mereka ke laman web yang mencuri maklumat peribadi, seperti nombor akaun bank dan kata laluan, atau muat turun perisian berbahaya yang membolehkan penipu mengambil alih komputer mangsa.

"Satu helah biasa adalah dengan menghantar kepada mangsa laman olok-olok yang kelihatan sama seperti laman web rasmi bank yang sering digunakan mangsa, yang mengarahkan mangsa menaip butiran akaun dan kata laluan," katanya.

Komanwel : Liew Daren Ganti Chong Wei

Posted: 07 Jul 2014 08:44 PM PDT

RAKYATNEWS


alt
 


KUALA LUMPUR  - Pemain perseorangan lelaki negara, Liew Daren akan menggantikan Datuk Lee Chong Wei, sebagai pemain harapan Malaysia untuk merangkul pingat emas pada Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland pada 24 Julai.

Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Kenny Goh berkata Liew dipilih untuk menggantikan jaguh nombor satu dunia Chong Wei, yang mengalami kecederaan pangkal paha semasa beraksi pada Terbuka Indonesia bulan lepas dan menerima rawatan di Institut Sukan Negara (ISN).
     
"Pihak pengurusan telah mengenal pasti Daren sebagai pemain simpanan apabila senarai nama bagi acara sukan itu dikemukakan kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada Mei.
      
"Pihak pengurusan, selepas membuat pertimbangan yang teliti memilih Daren untuk menggantikan Chong Wei," kata beliau dalam satu kenyataan di sini semalam.
     
Kenny berkata para pemain dipilih antara lain berdasarkan pencapaian semasa kejohanan, laporan ISN, sikap pemain semasa latihan dan disiplin secara keseluruhan.
     
Malaysia membolot pingat emas dalam acara perseorangan lelaki pada Sukan Komanwel melalui Rashid Sidek pada 1990 dan 1994, Wong Choong Hann (1998), Hafiz Hashim (2002) dan Chong Wei (2006 dan 2010).
     
Jaguh badminton negara yang pertama meraih pingat emas dalam perseorangan lelaki ialah Tan Aik Huang pada 1966 diikuti oleh mendiang Datuk Punch Gunalan pada 1974.

Remaja OKU Keluar Hospital Jumaat ini

Posted: 07 Jul 2014 08:42 PM PDT

RAKYATNEWS


alt
 


PUTRAJAYA - Remaja orang kurang upaya, Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang dijumpai dalam keadaan terabai di Flat Taman Semarak, Nilai, 21 Jun lepas dibenarkan keluar Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) Jumaat ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata remaja itu akan ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, Seremban, Negeri Sembilan melalui perintah sementara daripada mahkamah.

"Alhamdulilah tahun ini adik Muhammad Firdaus boleh berhari raya dengan kami selain kami sedang mengesan warisnya yang lain supaya mereka boleh melawat beliau," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum itu, beliau mengadakan perjumpaan dengan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M.Saravanan di pejabatnya di sini.

Rohani berkata berat Muhammad Firdaus juga kini telah bertambah kepada 17.3 kg berbanding 14 kg ketika ditemui dikurung dahulu.

'Vitamin' RM300,000 pada yayasan sukan India

Posted: 07 Jul 2014 08:31 PM PDT

MALAYSIAKINI


Yayasan Kebudayaan Sukan India Malaysia (MISCF) bertekad untuk mengembalikan zaman kegemilangan atlet India di Malaysia.

Pengasasnya Datuk T Mohan berkata MISCF adalah sebagai pusat setempat untuk membekal atlet berbangsa India untuk Malaysia seperti yang pernah digeruni dulu.

Ia antaranya mahu melahirkan tokoh seperti Tan Sri Dr M Jegathesan dalam olahraga, Datuk Punch Gunalan dalam badminton dan R Arumugam dalam bola sepak.

"Biasanya sesebuah yayasan dilancarkan dengan glamor tetapi MISCF ini berbeza.

"Kami telah bekerja sebelum pelancaran," kata beliau semasa ucapan pembukaan.

MISCF telah pun menganjurkan acara sukan komuniti selama tiga tahun berturut dan mempunyai pasukan bola sepak di Liga FAM.

Sementara itu Menteri Belia dan Sukan Kkairy Jamaluddin menyambut baik usaha MISCF menyediakan sebuah rangka dasar bagi menunjukkan matlamat, sasaran dan cara kerja yayasan itu.

Khairy dalam ucapan perasmiannya memberikan kerjasama penuh dan mengumumkan dana bantuan sebanyak RM300,000 dari kementeriannya.

"Kalau (ada) pencapaian, maka 'vitamin' yang diterima di masa depan turut akan lebih baik," kata beliau.

Lelaki bersenjata gagal culik pengusaha ikan sangkar

Posted: 07 Jul 2014 04:44 PM PDT

MALAYSIAKINI


Cubaan sekumpulan tujuh lelaki bersenjata untuk menculik seorang pengusaha pusat ternakan ikan dalam sangkar di Pulau Bangau-Bangau, Semporna, awal pagi ini gagal kerana pengusaha itu tidak berada di pusat ternakan itu.
  
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata seorang daripada pekerja pusat ternakan itu menghubungi Polis Marin berhubung kejadian itu pada kira-kira 1 pagi.
  
"Enam suspek bertopeng, satu tidak bertopeng manakala enam bersenjata parang panjang dan seorang menggunakan senjata api pistol. Mereka menaiki sebuah bot laju warna biru dengan
outboard enjin 200hp," katanya dalam satu kenyataan di Kota Kinabalu hari ini.
  
Jalaluddin berkata polis marin dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) mengarahkan pengusaha-pengusaha ikan sangkar agar meninggalkan pusat ternakan ikan mereka dan bermalam di pekan Semporna bagi mengelak sebarang kemungkinan.
  
"Kami telah menghantar tujuh buah bot Polis Marin bersama-sama anggota UTK keluar untuk mengesan bot laju tersebut di kawasan perairan Pulau Bangau-Bangau, Mataking dan pulau-pulau yang berhampiran," katanya.
  
Jalaluddin berkata suspek hanya mengambil televisyen, dekoder Astro, beberapa peralatan dan kelengkapan rumah yang terdapat di pusat ternakan ikan sangkar berkenaan.
   
Beliau berkata Pengarah Operasi ESSCom Datuk Abdul Rashid Harun sedang menyelaraskan operasi antara agensi-agensi berkaitan termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
(APMM).
  
Menurutnya, polis turut menahan lapan pekerja pusat ternakan itu yang berusia 14 hingga 43 tahun termasuk dua wanita kerana didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
  
"Penahanan kesemua pekerja warga Filipina itu bagi membantu siasatan kemungkinan mereka terlibat dalam insiden itu," katanya.
  
Jalaluddin bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada suspek masih berada di perairan negara, namum kawalan keselamatan di beberapa buah kampung serta pulau di perairan Semporna diperketatkan.- Bernama

Henti sebar mesej palsu, kata Khalid

Posted: 07 Jul 2014 04:28 PM PDT

SELANGORKINI 


SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggesa pihak yang yang menyebarkan berita palsu berkenaan jawatan Menteri Besar Selangor supaya menghentikan perbuatan itu.

Abdul Khalid berkata dakwaan itu tidak benar kerana hari ini beliau pada sebelah pagi mempengerusikan Mesyuarat Jabatan Perancang Bandar dan Desa di SUK 2, Shah Alam.

Kenyataan Abdul Ibrahim itu sekali gus menafikan berita tersebar kononnya beliau bakal meletakkan jawatan, hari ini.

Kesan daripada penyebaran berita ini, para wartawan berkumpul di hadapan Istana Mestika, Shah Alam dan Istana Alam Shah, Klang hari ini lantaran penyebaran khabar itu.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Selangor di twitternya menyeru orang ramai tidak mempercayai khabar angin yang disebarkan itu.

"Tan Sri Khalid Ibrahim masih MB. Jgn percaya kepada khabar-khabar angin," tulis Iskandar.

Kira-kira jam 11.30 pagi tadi, satu lagi mesej WhatsApp tersebar, kononnya daripada agensi Berita Nasional (Bernama) yang menyatakan bahawa Abdul Khalid sudah pun meletakkan jawatan dan Pesuruhjaya PAS Selangor dijangka mengangkat sumpah jawatan pada jam 2 petang.

Bagaimanapun, kira-kira sejam kemudian, Bernama menyebarkan berita terkini melalui twitter yang menafikan penyebaran berita peletakan jawatan Abdul Khalid.

RM30 juta bunga api setahun, cukup untuk gelandangan

Posted: 07 Jul 2014 04:27 PM PDT

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI






Tanggungjawab bagi orang yang berkemampuan terhadap orang yang meminta adalah menunaikan hajatnya. Soal dia menipu atau didalangi sindiket ialah satu lain yang perlu diteliti dan dikaji secara menyeluruh.

Adapun sekiranya secara zahir sesorang itu berhajat kepada bantuan dan pertolongan kita, maka berkewajipan pula ke atas kita untuk membantu mereka. Allah pasti akan mengganjarkan dengan pahala yang banyak kepada si pemberi dan tidak akan melepaskan hukuman kepada si penerima sekiranya mereka menipu.

Dianggarkan terdapat 2,000 gelandangan disekitar Kuala Lumpur. Ada di antara mereka memang mengemis sepenuh masa dan ada di antara mereka yang bekerja dan hanya berada di gelandangan pada waktu bekerja. Apakah angka 2,000 ini untuk dijaga oleh pelbagai agensi kerajaan seperti Kementerian Wilayah, DBKL, Majlis Agama Wilayah, Pusat Zakat Wilayah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat sesuatu yang besar bebannya?

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Ku Nan) silap apabila mengemukakan arahan untuk mengenakan tindakan ke atas pemberi sedekah. Silap dari sudut ajaran agama yang menjadi "rahmat untuk sekalian alam" dan silap juga dari sudut semangat moral yang menekankan prinsip saling bantu-membantu dan bersikap simpati serta empati terhadap kesusahan orang lain.

Sepatutnya ialah, Ku Nan arahkan supaya agensi-agensi kerajaan berkaitan membantu dan menyelesaikan keperluan mereka. Apakah bantuan sara hidup, bantuan makanan, bantuan pakaian dan bantuan tempat tinggal sesuatu yang besar dan di luar kemampuan Kerajaan yang terkenal dengan belanja mewah dan membazir?

Andai kerajaan masih belum mendapat idea penyelesaian kepada masalah gelandangan ini, saya ingin mencadangkan kerajaan membatalkan peruntukan kewangan ke atas perbelanjaan yang membazir seperti perbelanjaan untuk menanggung kos bunga api sempena sambutan tahun baru dan sambutan kemerdekaan setiap tahun.

Setiap tahun DBKL membelanjakan sebanyak RM30 juta untuk setiap tembakan bunga api ketika Sambutan Kemerdekaan dan Tahun Baru. Sekiranya dimanfaatkan untuk membantu para gelandangan, ia dapat digunakan untuk mengalihkan 2,000 gelandangan ini ke pusat perlindungan tanggungan di bawah DBKL yang selesa. Ia juga boleh digunakan untuk membina lebih 300 buah rumah kos rendah dengan harga RM40,000 sebuah beserta dengan bantuan keperluan asas untuk suatu tempoh yang cukup untuk mereka memulakan kehidupan baru.

Malangnya, Ku Nan lebih sayangkan imej Kuala Lumpur dan hanya memandang para gelandangan ini sebagai sampah yang perlu dibersihkan. Letupan bunga api yang membakar wang rakyat diadakan saban tahun dan langsung tidak memberi faedah kepada rakyat memerlukan.

Islam mengajar kita bahawa orang yang susah perlu dibela dan dibantu. Inilah tanggungjawab yang sepatutnya dipikul oleh Kerajaan. Bukannya menjalankan polisi sekadar ingin mencari sumber baru bagi menambah dana Kerajaan walaupun dengan cara "rompak" wang rakyat. Saya juga ingin berpesan, sekiranya kerajaan tidak mampu melaksanakan tanggung jawab mereka, jangan disekat NGO yang memainkan peranan membantu golongan gelandangan ini.

Penulis ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia.

Hina Nabi: PAS Sabah desak tindakan segera

Posted: 07 Jul 2014 04:25 PM PDT

SALMIYAH HARUN


KUALA LUMPUR: PAS Sabah menggesa pihak berkuasa bertindak terhadap mana-mana pihak atau individu yang mengeluarkan kenyataan menghina agama Islam termasuklah menghina Nabi Muhammad SAW.

Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling berkata, perbuatan menghina dan menjatuhkan maruah agama lain hanya memusnahkan perpaduan dan keharmonian negara yang berbilang bangsa dan agama ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada seorang anggota Parti Reformasi Negeri (Star) David Orok yang mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW serta agama Islam di laman facebooknya.

Bagaimanapun katanya, PAS, Umno dan NGO telah membuat laporan polis terhadap David Orok dan menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan selanjutnya mengenai perkara ini. PAS Sabah telah membuat laporan polis berhubung perkara ini di Sandakan dan Tawau.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS III Hamid Ismail berkata Orok telah memuat naik statusnya pada 5 Julai lalu, menyatakan tidak ada pihak yang membuat laporan polis apabila orang bukan Islam pula yang dihina.

"Dalam perkara ini, Orok mungkin tidak tahu PAS Sabah pernah membuat laporan polis pada Disember 2013 lalu kerana ada laman Facebook didapati menghina orang Kristian di Sabah. Dan kes ini masih disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia," katanya.

Tambahnya, semua pihak atau individu wajar mempertimbangkan terlebih dahulu untuk mengulas atau membincangkan perkara yang membabitkan agama khsusnya agama Islam.

"Mungkin anda mengeluarkan pendapat sendiri mengenai perkara tertentu yang benar melalui pembacaan daripada beberapa ayat Al-Quran dan hadis, tetapi pendapat anda adalah salah kerana anda tidak membawa ayat-ayat yang lain dan hadis mengenai perkara itu.

Justeru, beliau menegaskan PAS Sabah dan Islam tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan atau komen menghina agama Islam atau Nabi Muhammad SAW.

Hari ini, beberapa NGO Sabah turut membuat laporan polis terhadap Orok antaranya, Majlis Gabungan Badan Bukan Kerajaan Islam Sabah (Concerns), Persatuan Bela Belia Tawau (Pembela) dan Pergerakan Pemuda Umno Putatan.

Mereka meminta agar polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengambil tindakan segera serta tegas ke atas David.

David Orok juga merupakan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah kawasan Sulaman pada pilihan raya umum lalu. -

Apabila Sudah Kantoi, Ku Nan Dakwa Sumbang Berkampit Beras Kepada Gelandangan!

Posted: 07 Jul 2014 04:20 PM PDT

KELAB GREENBOC



Saya sendiri sumbang berkampit beras kepada gelandangan, kata Ku Nan


Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan menghalang badan bukan kerajaan (NGO) membantu masalah gelandangan malah mengakui dirinya menyokong usaha memberi bantuan makanan kepada gelandangan di Kuala Lumpur sejak 14 tahun lalu.

Tengku Adnan berkata, tidak ada masalah jika NGO lain mahu meneruskan aktiviti agihan makanan kerana beliau juga menjalankan operasi melalui kumpulan sendiri di Jalan Imbi, Bukit Bintang.

"Saya sendiri pun operate di Jalan Imbi. Saya bagi support tiap-tiap bulan beras berkampit-kampit dan sebagainya.

"Kita nak juga gelandangan ini terbela," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program "Nur Ramadan" di Masjid Al-Muttaqin di Taman Wangsa Melawati, Kuala Lumpur, hari ini.

Katanya, beliau juga pernah turun ke jalanan dan melihat sendiri masalah sebenar, cuma tidak tahu cara mengumumkannya kepada orang awam.

Menurutnya, yang menjadi kebimbangan apabila golongan terbabit menyumbang kepada masalah kekotoran dan sampah sarap di kota Kuala Lumpur.

"Saya tidak berapa minat kalau sesetengah orang bagi makanan secara foam dan bungkusan, jadi ini yang mengotorkan (bandar)," katanya.

Beliau berkata, pihaknya termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengadakan pertemuan dengan semua NGO dapur jalanan pada Selasa ini bagi membetulkan semula persepsi mengenai kenyataannya sebelum ini.

Perbincangan itu termasuk cadangan untuk membina rumah perlindungan "one stop centre" yang akan dibeli DBKL untuk menangani masalah kemiskinan dan gelandangan.

Ditanya megenai teguran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui Twitter yang menyeru supaya peranan NGO dapur jalanan dihargai, beliau berkata dirinya sudah menjelaskan perkara sebenar kepada Najib.

"Saya harap dapat selesaikan isu rumah perlindungan ini dalam hujung tahun," katanya.

Sebelum itu, Tengku Adnan ketika berucap di hadapan kira-kira 500 penduduk Parlimen Wangsa Maju berkata, tindakannya itu demi membawa perubahan dan kebaikan, malangnya diputarbelitkan dan dijadikan bahan fitnah.

"Biar Kuala Lumpur jadi livable city bukan city of rubbish," tegasnya.

Beliau juga mengarahkan pengarah penguatkuasa DBKL membuat laporan polis ekoran fitnah yang disebarkan di media sosial mengatakan pengurusan Masjid Kampung Baru disaman DBKL kerana mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai.

Pihaknya juga bercadang membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana mendakwa kenyataan itu mengelirukan rakyat.

Seorang pengguna media sosial yang menggunakan nama "Aduka Taruna" menyebarkan berita kononnya Masjid Jamek Kampung Baru menerima 124 saman DBKL kerana memberi sedekah bubur lambuk kepada orang ramai.

Beliau turut menyeru orang ramai supaya memberi peluang kepadanya menyelesaikan kemelut isu gelandangan ini dalam tempoh dua minggu.

"Saya minta kawan-kawan yang buat kerja amal ni teruskan kerja mereka, jangan berhenti kerana ia dituntut Allah.

"Apa yang dilakukan DBKL dan Kementerian Wilayah ini dituntut (oleh agama). Kita cuba bantu ikut cara kita.

"Apa yang kita harap dapat ringankan beban mereka waktu Ramadan dan semasa nak sambut Aidilfitri," katanya. –TMI


Ku Nan: KL tetap akan dibersihkan dari pengemis

Walaupun mendapat kritikan aktivis dan pembangkang, kerajaan tetap berkeras akan membersihkan kegiatan pengemis dan gelandangan di ibu negara.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan Mansor memaklumkan pihaknya akan melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) untuk mengeluarkan saman bersiri kepada pemberi sedekah di tepi jalan.

"Sekarang ni kita dah minta, mungkin dalam satu hingga dua minggu, siapa bagi duit kepada peminta sedekah ini pun akan ditangkap dan disaman. Dia banyak duit kan?

"Pada ketika itu juga, ada resit RM150 bayar serta-merta pada penguat kuasa.

"Kita akan keluarkan resit bersiri. Setiap kali bagi (sedekah), serta-merta bayar pada DBKL, "katanya dalam sidang media di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di ibu negara, pagi tadi.

Dalam usaha membasmi gelandangan di Kuala Lumpur, Tengku Adnan juga menjelaskan pihaknya juga akan bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan.

Katanya pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat sudah memaklumkan kepada gelandangan supaya tidak berada di Kuala Lumpur sejak dua hari lalu.

Gelandangan diberi tempoh sehingga hari Isnin minggu depan.

"Kita tak mahu mereka ni. Kita sudah maklumkan dua hari yang lalu. Tengok, kita bagi masa lagi," katanya.

'Jangan bagi makan dalam bandar'

Beliau juga menetapkan had dua kilometer jauh dari kawasan Kuala Lumpur bagi NGO yang menganjurkan acara memberi makan kepada gelandangan.

"NGO nak bagi makan pada gelandangan boleh bagi makan. Tapi jangan bagi makan dalam bandar.

"Mesti 2 kilometer jauh dari Kuala Lumpur. Lot10 (di Bukit Bintang) kita letak sebagai pusat, jadi kilometer jaraknya dari bangunan itu," katanya.

Katanya sekiranya NGO tersebut gagal melakukannya, mereka juga akan disaman.
~mk



Khairy: NGO agih makanan tak kotorkan KL

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata kegiatan memberi makan kepada golongan miskin tidak menyebabkan kawasan bandar Kuala Lumpur menjadi kotor.

Khairy berkata, beliau pernah melihat sendiri operasi satu NGO, PERTIWI yang sentiasa menjaga kebersihan ketika memberi makanan kepada golongan itu.

Amalan itu juga ditunjukkan oleh Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda Umno, katanya dalam tulisan di Facebook.

"NGO ibu dan ibu saudara saya, PERTIWI, sudah lama mengendalikan soup kitchen. Sama juga dengan SHEB Pemuda Umno dan NGO lain.

"Yang pernah saya sendiri melihat, sukarelawan PERTIWI sentiasa menjaga kebersihan kawasan di mana mereka membuat program pemberian makanan," katanya lagi.

Beliau seterusnya berharap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan membasmi golongan miskin itu dari pandangan umum, tetapi terus bekerjasama untuk membantu usaha NGO berkenaan.

"Harap DBKL memberi kerjasama kepada NGO seperti ini untuk meneruskan kerja amal mereka.

"Tumpuan perlu diberi untuk membasmi kemiskinan. Bukan untuk menghapus orang miskin dari pemandangan orang ramai," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas penjelasan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.

Tengku Adnan dalam satu laporan Astro Awani semalam mendakwa, kegiatan memberi makan kepada golongan itu menyebabkan kawasan sekitar Kuala Lumpur menjadi kotor.

"Ini kawasan tumpuan pelancongan, saya tidak mahu kawasan ini jadi kotor, banyak tikus, ada surat khabar luar negara labelkan Kuala Lumpur sebagai Bandaraya Tikus," katanya lagi.

Dalam kenyataannya di Facebook hari ini, Tengku Adnan berkata masalah golongan gelandangan tersebut "menyumbang terhadap masalah kebersihan di Kuala Lumpur khususnya lokasi tumpuan pelancong."

"Mereka tidur di tempat yang tidak sesuai di sekitar bandar raya Kuala Lumpur dalam persekitaran yang tidak bersih dan terdedah kepada penyakit berjangkit," katanya.
~mk


ULASAN GB

Setelah dihentam teruk oleh rakyat dengan kenyataan awalnya untuk membersihkan kegiatan pengemis dan gelandangan di ibu negara, tiba-tiba kini Ku Nan buat pusingan-U menyatakan beliau juga beri berkampit-kampit beras kepada gelandangan.

Beliau juga menuduh media memutarbelitkan kenyataannya.

Sedangkan kenyataan asal amat jelas seperti yang dipaparkan di atas.

Rakyat juga tertanya-tanya benarkan gelandangan itu memperolehi "sumbangan berkampit-kampit beras" dari Ku Nan? Bila masa gelandangan ini memasak. Di mana dapurnya?

Ia menunjukkan bahawa kenyataan Ku Nan itu sendiri meragukan kerana gelandangan tidak mempunyai sebarang kemudahan untuk menyimpan dan memasak barangan seperti beras yang didakwa Ku Nan telah disumbangkannya kepada gelandangan tersebut.

Sungguh pelik dan ajaib. Dan kenyataannya itu dikeluarkan setelah ada menteri sendiri yang tidak bersetuju dengan langkah Ku Nan untuk "membersihkan KL" dari gelandangan kerana dikatakan ia mengotorkan.

Besar sangat temberang dan pembohongan Ku Nan ini.

Reformasi PKR gagal kerana kurang unsur adab?

Posted: 07 Jul 2014 04:17 PM PDT

 Oleh Abdul Rahman Malik

 
Post Pic
 


[ULASAN]  Pimpinan PKR memang amat tertekan dewasa ini. Reformasi atau pembaharuan budaya politik yang mahu diamal dan diserapkan dalam sistem politik Malaysia nampaknya menjadi bak "senjata makan tuan".

Pada konsepnya, reformasi memang baik. Bagaimanapun untuk menjadikan ia satu realiti ia memerlukan masa dan keikhlasan. Lebih utama daripada itu, ia menagih budaya dan adab perubahan yang santun. 
 
Mengikat pemikiran politik ahli dengan peraturan yang kurang munasabah seperti  tidak boleh meluah rasa dan kerengsaan politik pada media agak bercanggah dengan naluri siasah ahli-ahli parti dan boleh diibarat "meludah ke langit". 
 
Ini kerana pada pemerintah, PKR menuntut ketelusan dan kebebasan bersuara. Namun bagi ahli-ahlinya yang berjiwa bebas, PKR cuba menjadikan mereka pemikir dan pelaku politik yang "beradab" dengan mematuhi pelbagai syarat berbicara.
 
15 tahun belum cukup mematangkan PKR
 
Nampaknya tempoh 15 tahun belum memadai untuk mensebatikan soal adab politik ini dalam jiwa ahli dan penyokong PKR.  Ini kerana ketika mahu memperkenalkan kesantunan politik sebagai adab baru dalam parti pemimpin PKR dengan rakus menyindir, mengkritik dan mengutuk dasar-dasar kerajaan.
 
Misalnya, apabila musibah MH370 berlaku, tanpa mengambil faktor menjaga adab komunikasi antara negara, jabatan dan keluarga mangsa, PKR mengapi-apikan spekulasi dan pelbagai tuduhan pihak berkuasa menyembunyikan fakta.
 
Malah ada pemimpin tertinggi PKR yang memilih untuk menyebarkan spekulasi ini pada media antarabangsa untuk mendapat publisiti peribadi.
 
Walhal PKR sendiri maklum betapa pentingnya mempunyai garis panduan dan adab untuk menyuarakan pendapat dan menegur dalam parti. 
 
Sebaliknya, isu seperti jenayah yang dikatakan dilakukan oleh pegawai kerajaan di New Zealand semua dilonggokan sebagai ketidakcekapan, ketidakadilan dan kecurangan kerajaan.
 
Mengapakah pemimpin-pemimpin PKR tidak mengambil kira soal adab dan peraturan diplomasi antarabangsa dan memelihara maruah pegawai dan keluarganya? 
 
Namun itu jalan dan cara PKR berpolitik. Jika ia benar-benar mahu menjadi pembangkang yang efektif dan pada masa yang sama beradab maka peraturan berbicara dan melontarkan pandangan dalam parti dan "adab sopan"nya haruslah dilaksanakan dengan adil dan saksama.
 
Budaya tutup mulut pemimpin semakin mekar dalam PKR
 
Misalnya, patutkah Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN) Selangor kawasan Seri Muda, Shuhaimi Shafiei kerana melanggar larangan bercakap hal parti pada pihak media? 
 
Pada 4 Julai lalu beliau dilaporkan sebuah akhbar bahasa Inggeris bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ingkar keputusan MPP pada 15 Januari lalu supaya meletak jawatan bagi mengizinkan projek "Langkah Kajang" dilaksanakan.
 
"Saya tidak mahu komen sama ada beliau (Khalid) masih layak menjadi Menteri Besar tetapi saya ingin menegaskan semula bahawa keputusan untuk mengganti Menteri Besar bukan dibuat oleh ahli parti tetapi oleh pucuk pimpinan bagi menggerakkan projek "Langkah Kajang".
 
"Keputusan ini dibuat dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan dihadiri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pimpinan tertinggi parti," kata Shuhaimi.
 
Pendedahan Shuhaimi ini menyerlahkan satu hakikat bahawa projek ini sebenarnya telah dirancang sejak awal tahun lagi. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pernah mendakwa bahawa pelan politik itu adalah ideanya. 
 
Difahamkan menurut perincian "Langkah Kajang",  ADUN Kajang, Lee Chin Cheh akan meletakkan jawatan bagi mengizinkan pilihan raya kecil diadakan dan sekaligus memungkinkan Anwar bertanding menjadi ADUN Selangor dan dicalonkan menjadi Menteri Besar baru. 
 
Mengikut rasional Rafizi, jika Anwar menjadi Menteri Besar, PKR mahu menjadikan Selangor negeri contoh kepada rakyat apa yang Pakatan Rakyat mampu lakukan jika diberi mandat mentadbir Malaysia.
 
PKR masih berharap 'Langkah Kajang' dapat dijayakan
 
Shuhaimi berkata, "Langkah Kajang" masih idea yang bernas dan amat dinantikan oleh ahli-ahli PKR. Perkara berkenaan disahkan oleh Anwar dalam Konvensyen Nasional PKR Mac lalu.
 
Bagaimanapun Setiausaha Politik Khalid, Azmin Abidin menafikan bahawa MPP ada berbincang dan memutuskan bahawa Khalid perlu meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar pada mesyuarat 15 Januari itu.
 
"Itu tidak benar sama sekali. Jika benar MPP ada membuat keputusan sedemikian, tentu beliau (Khalid) maklum perkara itu kerana beliau juga adalah ahli MPP.
 
"Isunya di sini ialah ada individu atau kumpulan tertentu dalam PKR tidak berpuas hati  dengan Menteri Besar. Jadi mereka mahu mendesak beliau letak jawatan," kata Azman. 
 
Kenyataan Shuhaimi kepada media banyak menyerlahkan strategi parti dan juga pergolakan dalaman PKR. Setakat ini tiada penafian dibuat oleh Shuhaimi beliau disalah lapor oleh akhbar berkenaan. 
 
Demi keadilan, Shuhaimi dan Azman juga patut dimasukkan dalam senarai mereka yang perlu diberi surat tunjuk sebab kerana kesalahan bercakap pada media hal strategi dan isu dalaman parti.
 
Mereka seharusnya dikenakan tindakan sama yang dihadapi oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin; calon Ketua AMK dalam pemilihan yang sedang berlangsung, Amiruddin Shari, dan Penyelaras DUN Pelabuhan Kelang, Faekah Husin. 
 
Ketiga-tiga mereka dikenakan tindakan disiplin itu kerana membawa perbalahan berhubung isu kerusi Menteri Besar Selangor kepada media. Apakah sentimen dalam pimpinan PKR ialah Khalid harus diturunkan dari kerusi menteri besar maka jika kenyataan Shuhaimi itu boleh membantu hasrat itu, ia bukan kesalahan?
 
Lebih penting lagi ialah, penyandang jawatan Menteri Besar sekarang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri juga perlu dikenakan tindakan yang sama kerana membuat pendedahan bahawa PKR sedang merancang melantik Anwar sebagai presiden seumur hidup. 
 
Khalid sindir Anwar jawat ketua umum tanpa dipilih
 
Umum tahu pendedahan Khalid itu lebih bersifat "sindiran" terhadap Ketua Umum PKR itu yang langsung tidak dipilih oleh ahli parti untuk mengisi kedudukannya sekarang. Justeru mengapa persoalkan kedudukannya sebagai Menteri Besar sekalipun beliau bukan Ketua Cabang?
 
Malah Khalid juga "mengacah" pimpinan PKR, PAS dan DAP sekaligus apabila membuat kenyataan bahawa demi kepentingan rakyat, beliau bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak sekalipun, termasuk Barisan Nasional.
 
Umum maklum bahawa kenyataan Khalid itu adalah reaksinya terhadap keresahan pimpinan Pakatan Rakyat bahawa beliau sering membuat keputusan secara unilateral (bersendirian) dalam mentadbir Selangor.
 
Khalid sering dituduh membelakangkan pandangan PKR dan Pakatan Rakyat seperti dalam isu rundingan penyusunan semula industri air di Selangor dan pembinaan lebuhraya bertol baru Kidex yang dikatakan boleh menggoyahkan kedudukan pakatan itu dalam pilihanraya umum akan datang. 
 
Soalnya, adakah pimpinan PKR bersedia dan mempunyai keberanian politik untuk menghimpun sesiapa sahaja bergelar pemimpin dan ahli parti dalam kandang "orang salah" setiap kali melanggar disiplin parti tanpa prejudis dan "pilih bulu"?
 
Pemimpin PKR perlu muhasabah diri. Reformasi akan pincang jika faktor adab berkomunikasi dan berpolitik ini tidak dititikberatkan. 

Khalid nafi serah surat letak jawatan MB Selangor pada Sultan [TONTON VIDEO]

Posted: 07 Jul 2014 04:07 PM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan M. Azhar
 
 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan khabar angin yang mengatakan beliau sudah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Menteri Besar kepada Sultan Selangor.
 
"Khabar angin itu tidak benar. Saya baru sahaja menghadiri mesyuarat sebentar tadi. Petang ini pun saya ada mesyuarat lagi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Perancangan Negeri di Bangunan Darul Ehsan, tengah hari tadi.
 
Sejak malam tadi tersebar mesej melalui aplikasi WhatsApp bahawa Khalid bakal menyerahkan surat peletakan jawatan itu, awal pagi ini.
 
Sehubungan itu Khalid meminta pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menyebar maklumat palsu itu agar berhenti berbuat demikian.
 
"Ya, perlu dihentikan.
 
"Tidak apalah, maknanya orang yang menyebarkan itu (mesej) buang masa," ujar Khalid.
 
Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut sama ada tindakan itu dilakukan oleh musuh politiknya sempena pemilihan parti ini.
 
"Tidak ada masalah pada saya, tetapi hal itu tidak betul (letak jawatan).
 
"Memandangkan ini bulan puasa, saya tidak boleh bercakap apa-apa yang tidak benar," katanya.
 
Sejak jam 9 pagi tadi sekumpulan wartawan dan jurugambar menunggu kehadiran Khalid di Istana Bukit Kayangan selepas dikatakan bakal melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.
 
Kelibatnya bagaimanapun tidak kelihatan. Malah mereka diberitahu beberapa orang pengawal istana bahawa mereka tidak mendapat sebarang maklumat berkenaan hal itu.
 
Selain Istana Kayangan, wartawan dan jurugambar berkumpul di Istana Mestika, Shah Alam.
 
Selepas beberapa jam menunggu tanpa hasil, mereka kemudiannya bergegas ke Bangunan Darul Ehsan (SUK II) apabila diberitahu Khalid hadir ke Mesyuarat Perancangan Negeri.
 
Kira-kira jam 11.30 pagi tadi, tersebar pula berita terkini (flash) yang mengatakan Khalid sudah menghantar surat perletakan jawatan dan Exco Kerajaan Negeri, Iskandar Abdul Samad bakal mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor pada jam 2 petang nanti.
 
Bagaimanapun Iskandar ketika ditanya menafikan dakwaan itu.
 
Tidak lama kemudian, Bernama tampil dengan satu kenyataan melalui laman mikro Twitter dengan mendakwa ada pihak sengaja menggunakan nama organisasi berita itu.
 
"Bernama telah mengesan ada pihak tertentu menggunakan namanya untuk menyebarkan berita palsu mengenai perletakan jawatan MB Selangor," demikian dipetik.
 
LIHAT VIDEO DI SINI

Pengarah drama diarah bayar Johan RM170,100

Posted: 07 Jul 2014 04:04 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini memerintahkan seorang pengarah dan syarikat penerbitan drama dan filem membayar ganti rugi RM170,100 kepada Mohammad Yazid Lim Mohamad Aziz atau dikenali sebagai 'Johan Raja Lawak' dan isterinya.
 
Pembayaran itu berikutan kes saman berhubung kecederaan yang dialami pelawak itu dalam penggambaran di sekitar Negeri Sembilan pada 2010.
 
Hakim Datuk Su Geok Yiam juga memerintahkan Pengarah Mohd Javed Mohd Nizar serta syarikat penerbitannya, Juara Filem Production Sdn Bhd membayar kos perubatan RM100 kepada Johan serta faedah lima peratus kepada Johan bermula dari tarikh saman itu difailkan sehingga tempoh penyelesaian.
 
Mahkamah turut memerintahkan Mohd Javed dan syarikatnya selaku defendan membayar ganti rugi RM20,000 akibat trauma kepada isteri pelakon dan pelawak itu, Rozlinawaty Ismail serta faedah lima peratus bermula dari tarikh saman itu difailkan sehingga tempoh penyelesaian.
 
Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua defendan membayar kos RM50,000 kepada pasangan suami isteri itu.
 
Dalam penghakimannya, Su berkata mahkamah mengambil kira bahawa plaintif merupakan seorang pelakon dan bergantung kepada wajahnya untuk mencari sumber pendapatan.
 
"Kecederaan yang dihadapi pada wajah Johan menyebabkan parut kekal dan sebagai seorang pelakon Johan bergantung kepada wajahnya untuk mencari pendapatan, akibat daripada kecederaan itu telah menjejaskan kerjayanya sebagai seorang pelakon," katanya.
 
Hakim itu juga berkata tidak ada sebarang bukti ditunjukkan oleh plaintif mengenai kehilangan pendapatan yang sebenar ketika kejadian.
 
Pada 7 Januari lalu, mahkamah membenarkan saman yang dikemukakan Johan dan isterinya selaku plaintif.
 
Pada 18 Julai 2010, Johan, 29, dan isterinya yang lebih dikenali sebagai Ozlynn Wati, 32, memfailkan saman RM1 juta terhadap kedua-dua defendan dengan mendakwa Mohd Javed telah mengasari dan membaling gelas kaca sehingga menyebabkan Johan mengalami kecederaan di dahi kirinya ketika mereka berjumpa di sebuah restoran di Sikamat, Seremban pada pada 11 Mei 2010.
 
Dalam pernyataan tuntutan itu, Johan mendakwa Mohd Javed juga bertindak menterbalikkan meja di hadapannya dan isteri. Johan turut mengalami kecederaan pada bahagian bawah mata kanan didakwa akibat ditumbuk seorang kru penggambaran yang dikenali sebagai 'Halim'.
 
Johan, yang juga pengacara mendakwa Mohd Javed dan Halim kemudian terus memukul dan menyepaknya dan perbuatan mereka dihalang Ozlynn yang menyebabkan isterinya itu turut dipukul.
 
Sehubungan itu, kedua-dua plaintif menuntut ganti rugi am sebanyak RM1 juta, ganti rugi khas untuk perbelanjaan dan kos rawatan serta ganti rugi teruk.
 
Pasangan itu diwakili peguam Suhaimi Saad manakala kedua-dua defendan diwakili peguam Baljit Singh

Politik baru, politik bazar Ramadan Kluang

Posted: 07 Jul 2014 03:59 PM PDT

lct politik baru


ANAK MAMI DI PERANTAUAN


Di saat Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri besar Johor yang kini Timbalan Perdana Menteri, secara tidak semena-mena mengusik kenangan 13 Mei, Umno di Johor tiba-tiba bikin kejutan yang membuatkan kita sedikit terpana dan hilang imbang seketika.

Ketua Pemuda Umno Kluang Dato' Khairul Anwar Rahmat melanggar adat dengan mengundang Ahli Parlimen DAP Kluang untuk turun menyampaikan sumbangan di bazar Ramadan.

Menariknya, Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong baru sahaja beberapa hari sebelumnya dihalau daripada memasuki kawasan bazar. Video pertembungan kumpulan Umno penjaga bazar dengan tim MP Kluang tersebar merata. 'Abang Long Kawasan' yang berkeras meminta surat izin menjadi bahan gelak ketawa ramai pihak.

Lebih memalukan si 'Abang Long Kawasan', Dato' Khairul malah mengecam tindakan menghalau Chin Tong dan rakan-rakan, serta menyifatkan tindakan para 'samseng' tersebut sebagai tidak menggambarkan akhlak Islam.

Usaha mencari saudara peminta surat izin masih giat dilakukan, namun khabarnya langsung tidak dijumpai batang hidungnya. Barangkali ghaib menanggung malu.

Namun lebih baik kiranya kita melihat gambaran yang tidak pernah kita jangkakan ini: DAP dan Umno seiring dan sejalan masuk ke bazar Ramadan untuk sama-sama menyampaikan sumbangan kepada orang ramai. Ini luar biasa.

Pertembungan antara DAP-Umno selalunya tidak begitu enak dipandang mata. Barangkali kita masih ingat bagaimana ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur dirusuh para pemuda Umno Wilayah Persekutuan hatta diugut mahu dibakar.

Tiga hari berturut-turut konfrontasi antara Umno dan DAP berlarutan bermula di bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, membawa ke rusuhan di ibu pejabat di Kuala Lumpur dan berlarutan esoknya di pejabat DAP Kuantan yang direjam dengan telur busuk. Kebencian Umno terhadap DAP ini begitu mendalam sekali, walaupun ada kalanya sebab-sebab membenci DAP ini langsung tidak berasas.

Lalu secara tiba-tiba di Kluang sana kita temukan dua pemimpin yang nampaknya betul-betul serius dengan politik baru yang matang dan tidak berkenan dengan politik perkauman dan adu domba.

Masing-masing berlumba-lumba berbuat kebaikan di bulan yang mulia ini, di saat ada menteri Umno secara wewenang mempidanakan amal jariah serta berniat mahu membantut usaha orang ramai memberi makan para warga miskin kota.

Kejadian di Kluang ini luar biasa dan Dato' Khairul Anwar Rahmat wajar mendapat pujian, meskipun dia Umno.

Dan lagi meskipun Khairul Anwar Rahmat telah menunjukkan tauladan yang baik, janganlah kebaikan itu mengaburi dosa-dosa Umno kepada umat ini. Meski kebaikan meleburkan kejahatan, masih banyak kebaikan yang perlu dilakukan Umno untuk meleburkan kejahatan-kejahatan yang telah ia kerjakan.

Seandainya para soldadu Umno di peringkat akar umbi sudah ada yang mula berganjak dari modus operandi politik tradisional yang melazimi kebencian kaum, agama dan perbezaan pendapat politik; kenapa para kepala utamanya tidak mampu ikut serta?

Kenapa mesti ada lagi ugutan dan peringatan tentang 13 Mei contohnya, dengan ditulis besar-besar pada sepanduk dihiasi lukisan seorang lelaki menghunus parang dalam demonstrasi di Pulau Pinang awal tahun ini. Kenapa juga mesti ada lagi ugutan dengan meletakkan kepala lembu di pagar rumah wakil rakyat beragama Hindu? Kenapa lagi mesti dimaki 'Cina makan babi' setiap kali ada yang tidak puas hati dengan DAP?

Cina makan babi, Melayu makan ayam, makanlah makanan masing-masing dalam keadaan harmoni dan tanpa perlu bertelagah. Bukannya susah. – Roketkini.com

Tiada ulasan: