Ahad, 6 Julai 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Malangnya Muhyiddin Sudah Terlambat...

Posted: 06 Jul 2014 04:31 AM PDT

shahbudindotcom


Sambil mengingatkan semua rakyat agar menjaga perpaduan antara kaum, Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin cuba memberi amaran bahawa peristiwa 13 Mei tidak mustahil akan berulang jika perkara itu tidak lagi dipelihara.

Katanya lagi,"saya sendiri sebagai timbalan perdana menteri setiap malam sebelum tidur memikirkan macam mana hendak uruskan negara. Ada orang hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya, apa hendak jadi dengan Melayu, kenapa Islam dihina dan hal-hal yang sama.

"Mengapa hal-hal sebegini berlaku dan ini membimbangkan kita. Kita semua perlu balik ke pangkal jalan. Letakkan agama sebagai tonggak dan kekuatan kita sebagai orang Islam, begitu juga budaya dan adat resam kita," katanya.

Selain dilihat cuba menunjukkan dirinya lebih berjiwa Melayu dan Islam berbanding Najib yang liberal dan 1Malaysia, ingatan mengenai 13 Mei ini adalah sindiran halusnya terhadap tindakan Najib menghapuskan beberapa akta penting seperti ISA, Ordinan Darurat dan juga Akta Hasutan yang mana sebahagian kejadian yang berlaku kebelakangan ini adalah kerana tiadanya lagi akta-akta tersebut.

Oleh kerana tiada lagi akta-akta yang mencengkam itu, ramai yang berpendapat bahawa sebahagian rakyat tidak takut lagi untuk melakukan provokasi yang melibatkan agama dan kaum kerana semua pencegahan awal atau tangkapan mesti melalui proses perbicaraan, boleh dilawan di mahkamah dan menteri dalam negeri tidak lagi mempunyai "kuku" seperti dahulu.

Najib yang dilihat amat teruja dengan keterbukaan cuba membuang beberapa akta yang menjadi pertikaian selama ini sebagai sebahagian daripada pembaharuan yang mahu dibawanya. Malangnya janji keterbukaan itu tidak juga menghasilkan keputusan yang lebih baik dalam PRU 13 lalu di mana bukan saja jumlah kerusi Parlimen yang dimenangi BN merosot berbanding 2008, malah ketinggalan dari segi undi popular.

Ini sekaligus memberi gambaran bahawa pakej pembaharuan yang cuba dibawa oleh Najib tidak diterima rakyat. Rakyat sebaliknya lebih mempunyai keghairahan menumbangkan BN dan menyingkirkan Najib daripada singgahsana Seri Perdana daripada menelan pembaharuan yang cuba dibawanya.

Sebab itu, selain pemansuhan ISA yang dikecam, penggantian Akta Hasutan dengan Rang Undang-undang Keharmonian turut menerima serangan yang berterusan. Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sudah beberapa kali membangkitkan mengenai perlunya Akta Hasutan ini terus dikekalkan demi keharmonian negara dan mengelakkan isu-isu sensitif seperti kedudukan Raja-Raja Melayu dipertikai secara terbuka dan tanpa had.

Selain banyak pihak menyokong pendirian Mahathir itu, bekas Ketua Polis Negara, Rahim Nor dan NGO Perkasa adalah yang yang paling lantang bersuara senada denga pendirian Mahathir itu. Sementara Rang Undang-Undang Keharmonian itu ditangguhkan dulu buat sementara waktu untuk kajian yang lebih mendalam, Perkasa juga mencadangkan kepada Najib agar mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh berpengalaman seperti Mahathir, bekas Ketua Hakim Negara dan bekas Ketua Polis sebelum memutuskan untuk meneruskan pembentangan akta baru itu.

Walaupun Najib masih membisu terhadap semua kritikan itu, jelas sekarang makin membesar kebimbangan terhadap keterbukaan itu dan mahukan beliau kembali kepada undang-undang serta akta sebelum ini yang mampu menjadikan kerajaan mempunyai kuku dan cengkaman yang lebih tajam.

Nada suara Muhyiddin yang cuba mengingatkan mengenai 13 Mei, pentingnya perpaduan, kebimbangan tentang nasib Melayu dan Islam serta menyeru kembali ke pangkal jalan, nyata merupakan suatu sindiran terharap Najib yang cuba mengamalkan keterbukaan sehingga satu demi satu kekalutan muncul di era pentadbirannya.

Muhyiddin seperti ingin mengingatkan Najib bahawa kerana keterbukaan dan kelonggaran dalam undang-undang yang diwujudkan sekaranglah yang boleh menjadi punca kepada ketegangan kaum dan agama di negara ini.

Malangnya, saranan dan sindiran Muhyiddin ini sudah terlambat sebenarnya. Beliau hanya boleh bersuara saja tetapi kedudukan Najib dalam UMNO sudah begitu kukuh untuk diganggu-gugat. Najib sudah menyediakan benteng dengan menjaga hampir semua 191 ketua UMNO bahagian dengan jawatan, projek dan imbuhan supaya mereka terus akur dengannya. Selantang mana pun suara Muhyiddin atau setajam mana pun sindirannya, Najib sudah tidak tergugat lagi dalam UMNO.

Suara kritikan Mahathir sendiri seperti sudah tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada kedudukan Najib kerana tidak ada mana-mana pemimpin dalam UMNO yang mahu menyambut semua kritikan itu. Ia jelas berbeza dengan ketika era Pak Lah dahulu.

Muhyiddin juga sudah terlambat untuk mengingatkan tentang 13 Mei kepada UMNO dan orang Melayu. Bagi sesetengah kalangan pemimpin dalam UMNO yang pernah menyuarakan agar Muhyiddin bertanding jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan UMNO tahun lalu, Timbalan Perdana Menteri itu bukan lagi pemimpin yang berani sekarang ini.

Apakah kerana desas-desus kedudukannya tergugat baru-baru ini dan mahu digantikan dengan Hishammuddin Hussein, maka baru sekarang mula mahu menunjukkan penentangan atau menyindir mengenai dasar-dasar Najib?

Apa pun perkiraan Muhyiddin sekarang, eranya sudah boleh dianggap berakhir untuk muncul sebagai pemimpin masa depan. Beliau hanya menunggu masa untuk dibersarakan. Jika BN kalah membuatkan kariernya berakhir, kiranya BN menang lagi pun, jalan menuju keluar untuknya turut lebih terbentang luas kerana ketika itu pemimpin-pemimpin yang lebih muda semakin mengasak untuk merebut kerusinya itu.

Apa bakal terjadi kepada Selangor jika Khalid tidak lagi menerajui?

Posted: 06 Jul 2014 04:22 AM PDT



Oleh Hazlan Zakaria


Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim bertegas bahawa kekalahannya (sekiranya tidak dapat dielakkan) di peringkat cabang PKR Kuala Selangor bagi pemilihan parti tidak akan memberi kesan kepadanya di dalam memimpin negeri Selangor.

Namun, kedudukannya semakin tidak selesa dengan penentangan dari dalam PKR dan Pakatan, ditambah pula rungutan mengenai isu Kidex dan bekalan air Selangor yang dikendalinya.

Bagaimanapun, Khalid seakan mendapat sokongan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkata keputusan samada Khalid akan dikekalkan hanya boleh dibuat dengan melibatkan keseluruhan pimpinan Pakatan serta perkenan Sultan.

 Khalid kekal sebagai sasaran pihak dalaman PKR selain seterunya timbalan presiden PKR Azmin Ali, sebaik mengumumkan akan bertanding bagi jawatan nombor dua di dalam parti itu.

Selaku seorang yang baru terjun ke kancah politik PKR, mungkin Khalid dilihat terlalu gopoh.
Tambahan pula beliau dipilih menerajui Selangor dengan mengenepikan pemimpin-pemimpin lebih senior.

Keputusan pemilihan parti menunjukkan penyandang jawatan, Azmin menang dengan hampir separuh daripada undi keseluruhan sambil Khalid dan setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution memenangi undi selebihnya.

Ada yang berkata Saifuddin bertanding bagi memberi saingan terhadap Azmin, namun ada pula yang berkata langkah tersebut dibuat bagi memberi kekangan kepada Khalid daripada menumbangkan Azmin.

Tanpa Saifuddin di dalam persaingan yang berperanan memecah undi, Khalid berkemungkinan mampu memberi saingan sengit kepada Azmin.

Dan pada masa yang sama, muncul pula kelibat presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, yang baru ditabalkan sebagai ahli dewan undangan Kajang. Beliau diberitakan bakal mengambil alih jawatan MB selepas menggalas cabaran yang terdahulu dibawa suaminya Anwar yang tidak dapat bertanding kerana dijatuhi hukuman bagi kesalahan sodomi.

Semua ini mungkin petunjuk bahawa PKR sedang mencongak langkah menggantikan Khalid selaku pemimpin utama di negeri Selangor.

Kini Khalid turut berdepan kritikan daripada DAP dan PAS, yang kecewa dengan gaya pentadbirannya yang dianggap bersifat autokratik.

Sekiranya PKR dan Pakatan bersetuju menggantikan Khalid, bagaimanakah langkah ini akan memberi kesan kepada Selangor?

Pertama, ia mungkin membawa kepada rombakan kerajaan negeri dan agensi berkaitan kerana calon selepas ini sudah tentu lebih bijak berpolitik berbanding Khalid. Sesiapa yang berhubungkait dengan Umno di dalam birokrasi negeri akan disingkirkan, dan pengganti mereka sudah tentunya lebih mesra Pakatan.

Dasar Khalid dilihat sebagai "jika anda melakukan tugas, saya tidak akan ganggu". Ini menyaksikan ramai penyokong BN dikekalkan kerana prestasi mereka tidak mengecewakan.

Keduanya, proses tender terbuka yanng membolehkan kontraktor Umno bersaing secara adil tentu akan dimansuhkan.

Seorang kontraktor Umno berkata dia gemarkan tender terbuka yang diperkenalkan Khalid kerana mampu mendapat projek tanpa membayar komisyen, seperti yang dilakukan pada masa lalu di bawah pentadbiran BN.

Khabarnya ada di kalangan pemimpin Pakatan yang mahu negeri itu membantu kontraktor mesra Pakatan bagi memberi mereka galakan dan sokongan.

Maka pengurusan pemberian tender mungkin kembali kepada amalan yang dilakukan pada masa lalu.
Kita juga jangkakan kerajaan negeri akan lebih mudah berbelanja kerana PKR dan Pakatan kerap menyelar sikap kedekut Khalid.

Ada yang mendesak agar peruntukan kerajaan disegerakan bagi mengukuhkan kedudukan parti di samping membantu negeri-negeri Pakatan yang agak miskin.

Bagi rakyat Selangor pula, sokongan mereka sudah tidak segah dahulu, di mana Khalid pernah dianggap sebutir permata. Ternyata catuan air dan isu Kidex memberi kesan kepadanya.

Namun, ada juga yang akan kekal menyokongnya kerana jasa yang dilakukan di masa lalu.

Dari segi politik, tidak dapat dipastikan apa yang akan dilakukan Khalid sekiranya beliau digugurkan. Tetapi berdasarkan cabaran yang dibuatnya terhadap Azmin, Khalid bakal menjadi pengkritik penggantinya.

Seperti katanya, dia kurang celik politik tetapi terpaksa mempelajarinya ketika menerajui Selangor.
Mungkin Khalid dapat ditumbangkan di Kuala Selangor, tetapi beliau masih mempunyai pengaruh di kalangan ahli PKR serta warga Selangor. Mungkin ini mampu memberi kekuatan politik baginya.

Mungkin juga PAS dan DAP mempunyai calon kegemaran masing-masing, dan ini bakal menyebabkan sekutu Khalid menghalang langkah menggantikanya.

Malah perkara itu bakal menyaksikan kemelut bukan setakat di dalam PKR namun terhadap Pakatan di peringkat pusat.

Selangor dan Pakatan perlu bersedia dengan segala kemungkinan kerana sekiranya jawatan MB Selangor bertukar tangan, konflik dan perubahan mendadak tidak dapat dielakkan.http://bm.theantdaily.com

Kami Pondok militan: Mashitah buat kenyataan 'cari pasal'

Posted: 06 Jul 2014 04:16 AM PDT

Oleh AHMAD TARMIZI SULAIMAN

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan pemimpin Umno Dr Mashitah Ibrahim berhubung isu militan.Beliau dalam Berita Harian 30 Jun 2014 (2 Ramadhan 1435 H) telah mengeluar kenyataan perlunya ada undang-undang untuk mengawal pergerakan pondok yang dikatakan berpotensi menghasilkan pengganas militan.

 Beliau juga menyatakan tidak ada undang-undang tegas termasuk di bawah kerajaan negeri untuk mengawal pergerakan pondok yang banyak diwujudkan tetapi ada kalanya untuk kepentingan pribadi.

Kata beliau juga, ada pihak yang cuba mendekati warga pondok bagi menarik mereka menganggotai pasukan'jihad'yang dibimbangi boleh mempengaruhi mereka bagi menyertai pergerakan ala militan.

Kenyataan melulu Dr Mashitah ini boleh dianggap sebagai 'kenyataan cari pasal' yang bakal memusnahkan usaha kerajaan BN untuk berbaik-baik dengan institusi tua ini selepas institusi ini diburukkan serta dipinggir teruk pada zaman pentadbiran Tun Mahathir dahulu.

Apa yang dituduh oleh Dr Mashitah ini adalah fitnah yang sangat besar, yang beliau sendiri tidak boleh mengemukakan bukti dengan cara yang lengkap.

Mungkinkah kenyataan Dr Mashitah ini sebagai tanda kemarahan beliau terhadap institusi pondok yang pernah menempelak tindakan beliau menyenaraikan 28 pondok di bawah Yayasan beliau itu.
Majlis Guru Pondok yang dianggotai 28 pondok pengajian Islam di Kedah tahun 2010 pernah sebulat suara menolak penyertaan mereka ke dalam Yayasan Pembangunan Pondok 1 Malaysia (YPP1M) yang dilancarkan beliau ketika itu.

Semua anggotanya tidak pernah memberi sebarang persetujuan berkaitan penyertaan ke dalam YPP1M, dan para guru pondok faham penubuhan badan itu adalah bertujuan politik memandangkan tiada 'track record' baik kerajaan Umno terhadap institusi pondok.

Kerajaan BN yang tunduk taat dengan White House sanggaup bermatian melanggar sesiapa sahaja atas nama militan sedangkan kumpulan kongsi gelap yang mengganas dalam negara dibiar berleluasa.
Dengan berkempen senada dengan White House, kerajaan BN boleh melabel sesiapa sahaja sebagai militan termasuk anak-anak melayu Islam di pondok-pondok.

Bekas senator itu juga jangan lupa, datuk kepada Tun Abdullah Badawi juga merupakan pejuang institusi pengajian cara pondok malah beliau telah berusaha mengislamkan pentadbiran Umno sehinggakan beliau menegur dalam hal menghalalkan judi pada tahun 1950an dahulu.

Akhbar Utusan Melayu bertarikh 1951, menyiarkan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Mufti Pulau Pinang, iaitu Tuan Haji Abdullah Fahim bahawa judi loteri adalah haram.

Pada 1951 fatwa loteri haram telah dikeluarkan, tapi pada tahun 1953 loteri tetap dijadikan sumber ekonomi lagi.

Tokoh ulama berprinsip ini telah mengasaskan pondok di Pulau Pinang dan kekal sehingga kini.
Pemuda PAS Kedah juga menyokong kenyataan Ustaz Ahmad Yahya yang juga Pengerusi Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (Hesa) iaitu penyebaran fahaman ekstremis adalah satu isu berbeza yang tiada kaitan dengan fahaman sekolah pondok, dan ia perlu ditangani pihak berkuasa secara telus serta yakin mereka berkeupayaan memantau isu berkenaan.

Pemuda PAS Kedah bersepakat untuk mengambil saranan Timbalan Mufti Kedah, Syeikh Marwazi Dziyauddin iaitu tiada istilah militan atau pengganas ke atas orang Islam yang mempertahankan saudara Islamnya.

Pandangan Dr Mashitah mengenai jihad perlu diperbetulkan selain menilai sekolah pondok secara fakta.

*Penulis adalah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kedah

Apabila bersedekah dianggap jenayah, pemerintah dan rakyat terpisah

Posted: 06 Jul 2014 04:12 AM PDT

OLEH MD IZWAN


Sukarelawan membawa makanan untuk diedarkan kepada gelandangan di Kuala Lumpur semalam. Menteri Wilayah Persekutuan berkata beliau menguatkuasakan larangan memberi bantuan makanan dalam lingkungan 2km daripada pusat beli-belah Lot 10 di pusat perniagaan Golden Triangle Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 6 Julai, 2014.
Sukarelawan membawa makanan untuk diedarkan kepada gelandangan di Kuala Lumpur semalam. Menteri Wilayah Persekutuan berkata beliau menguatkuasakan larangan memberi bantuan makanan dalam lingkungan 2km daripada pusat beli-belah Lot 10 di pusat perniagaan Golden Triangle Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim


 Apabila usaha murni dan baik hati rakyat biasa membantu golongan tidak bernasib baik dianggap jenayah, semakin jelas hubungan pemerintah dengan rakyat terpisah.

 Aktiviti memberi makanan kepada gelandangan tidak ditaja syarikat swasta ataupun syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mengaut untung berjuta-juta ringgit, tetapi ia adalah inisiatif peribadi mereka yang mahu membantu golongan tidak bernasib baik ini.

Membantu golongan tidak bernasib baik atau gelandangan ini tidak memerlukan anda untuk menulis cek dan bergambar masuk akhbar.

"Pendirian kami jelas, beri makanan tidak salah. "Ia suatu yang tidak dapat diterima moral manusia apabila hendak berbuat baik tetapi tidak boleh dan dikata jenayah," kata Izwandi Ngadi, 29, salah seorang sukarelawan Dapur Jalanan.

Seperti kumpulan pemberi makan kepada gelandangan lain, Dapur Jalanan juga menjalankan aktiviti sama pada setiap hujung minggu di kawasan Jalan Panggung, di tengah ibu kota. Baru-baru ini,


Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi kata dua kepada kumpulan yang memberi makanan kepada gelandangan.

 "Kami dapur jalanan akan teruskan macam biasa, apa hendak jadi tidak kisahlah," kata beliau mengulas kenyataan Tengku Adnan baru-baru ini. Walaupun diberi tekanan, apa yang berlaku adalah semakin ramai yang tampil untuk membantu dan menjadi sukarelawan.

 Tinjauan The Malaysian Insider semalam di Jalan Panggung mendapati jumlah sukarelawan yang datang lebih ramai daripada gelandangan yang sedia ada.

 Seorang gelandangan bernama Khoo Kok Ming, 57, yang menjadi pelanggan tetap Dapur Jalanan berkata kebiasaannya jumlah mereka yang mengambil makanan lebih ramai sebelum ini.

 "Selalu lagi ramai daripada ini, beratur lagi panjang. Mungkin sebab ramai orang yang datang malam ini, mereka juga tidak berani untuk keluar.

 "Lagipun ada juga yang bimbang kalau kena tangkap," kata Khoo. Khoo salah seorang daripada yang tidak bernasib baik, berasal dari Klang, dia dihalau keluar rumah kerana tabiat berjudinya.

Bagaimanapun, Khoo yang sudah empat bulan menjadi gelandangan berkata sudah membuang tabiat buruknya itu.

"Sudah empat bulan saya di sini, semua tabiat judi saya sudah berhenti. "Bukan saya tidak mahu pulang, kalau pulang tiada wang pun tidak guna," kata Khoo.

Khoo adalah warga Malaysia memiliki kad pengenalan, sihat tubuh badan tetapi tidak memiliki kerja tetap. Beliau juga terpaksa mengutip sisa makanan yang ditinggalkan seperti di restoran makanan segera KFC sekiranya kelaparan.

 "Kalau ada mereka ini beri makan, sekurang-kurangnya saya tidak perlu mengutip makanan. "Dapat juga makanan yang baik dan enak," kata beliau.

Selain Khoo, turut ditemui dua lelaki berbangsa Melayu yang mahu dikenali sebagai Mizi, 42, dan Shahril, 45, yang sudah berada di ibu kota selama sebulan.

Kedua-dua mereka berasal dari Pahang dan datang ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan.

 "Saya sebatang kara, tiada tempat bergantung. Saya datang ke sini untuk mencari kerja," kata Mizi yang masih gagal mendapat sebarang pekerjaan tetap.

 Mizi yang sedang membalut rokok dengan kertas untuk dihisap mengeluh kebimbangan sekiranya ditangkap dan dihantar pulang ke Pahang. "Saya sudah tiada siapa di sana, kalau dihantar sama juga. Saya akan jadi gelandangan juga," kata beliau.

Rakannya, Shahril pula lebih berdiam diri dan sukar untuk berbicara. Rata-rata gelandangan ini terdiri daripada pelbagai latar belakang, muda atau tua, lelaki dan wanita.

Bukan semua memilih untuk hidup sedemikian, tetapi kesempitan dan nasib tidak menyebelahi mereka menjadi punca kehidupan di jalanan adalah pilihan yang terakhir.

Bagi Dapur Jalanan, kehadiran orang ramai yang hadir menghulurkan bantuan sangat dialu-alukan. Isu sebenar yang menjadi permasalahan adalah peranan pihak berkuasa, khususnya agensi kebajikan yang menjadi persoalan di mana kedudukan mereka dalam menangani isu ini.

 Kemelut melibatkan golongan gelandangan tercetus apabila Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melarang kegiatan meminta sedekah dan memberi sedekah di ibu kota berkenaan.

Beliau turut memberi amaran kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang berpusat di Kuala Lumpur dan diberi tempoh hingga Isnin depan untuk berpindah keluar dari pusat bandar sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan saman DBKL.

Ahli Parlimen Putrajaya itu turut dilaporkan berkata tindakan itu diambil sebagai langkah serius kerajaan membersihkan kegiatan golongan tidak berumah atau gelandangan serta pengemis di ibu negara.

Beliau berkata, kewujudan NGO yang memberi makanan kepada gelandangan menyebabkan imej Kuala Lumpur terjejas teruk, terutamanya daripada aspek kebersihan.

Cadangan PM menyenangkan, bukan penyelesaian

Posted: 05 Jul 2014 11:14 PM PDT

OKUBangkit

Oleh MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF


 "Insya-Allah, kebajikan serta keselamatan mereka akan terpelihara."

Demikian cetusan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagaimana dipetik dari Bernama 1 Julai yang menggesa agar ibu-bapa yang mempunyai anak OKU berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM.

Sejak Malaysia merdeka, sememangnya JKM adalah agensi utama yang dipertanggungjawabkan menjaga hal-ehwal OKU. Dengan pelbagai paparan media dan hebahan dari pimpinan utama, kami warga OKU dan ahli keluarga sering meletakkan harapan yang cukup tinggi kepada JKM untuk membantu kami keluar daripada cabaran kecacatan yang dialami.

Dengan sebaran kefahaman yang kian meluas ditambah dengan pengetahuan kenegaraan, harapan tersebut tidak lagi seperti dulu. Ada sesuatu yang perlu diperbaiki demi kepentingan OKU pada masa hadapan.

Secara realiti dan berdasarkan pengalaman yang dilalui oleh kebanyakan OKU dan ahli keluarga, JKM tidak lebih daripada badan yang berfungsi sebagai pengagih bantuan dan sumbangan kepada mereka yang layak. Apakah adil untuk diletakkan atas bahu JKM perihal 4.4 juta OKU dengan bebanan yang telah sedia ditanggung bagi menangani pelbagai kesulitan masyarakat?

Bagi kebanyakan OKU dan ahli keluarga yang sedar, meletakkan segala macam hal-ehwal OKU kepada JKM bukan lagi pendekatan terbaik. Sebagaimana saya tegaskan sejak awal, komitmen Malaysia meratifikasikan Convention on the Rights of Persons with Disabilities (CRPD) sejak 2010 perlu dizahirkan secara nyata agar dapat dirasai oleh seluruh OKU dan ahli keluarga.

Apatah lagi pada 18 November 2012, dalam 21st ASEAN SUMMIT di Phnom Pen, Kemboja, Malaysia turut menjadi ahli kepada Asean Human Right Declaration. Dalam Asean Human Right Declaration, Perkara 2 dan 4 memberi penegasan untuk setiap negara Asean menyediakan prasarana yang secukupnya kepada penduduknya, termasuklah kepada OKU yang dianggarkan membentuk 15% daripada jumlah keseluruhan penduduk.

Terlebih awal dari itu, Malaysia telah pun menggubal dan mewartakan perundangan dalam negeri berkaitan hal-ehwal OKU pada Julai 2008. Akta Orang Kurang Upaya 2008 adalah suatu janji-janji perundangan kerajaan Malaysia kepada rakyat yang dikategorikan sebagai OKU.

Jika kita memenuhi saranan PM, apa yang diperolehi dalam kes seperti di Nilai? Pertamanya adik Firdaus layak untuk diberi bantuan sebanyak RM150 setiap bulan. Manakala penjaganya pula layak untuk diberi elaun atas penjagaan sebanyak RM300.00 setiap bulan.

Apakah elaun ini sahaja telah mencukupi? Perlu kita sedar OKU seperti adik Firdaus memerlukan pelbagai sokongan utama termasuk ubat-ubatan dan makanan yang sesuai. Ini belum dikira keperluan asas diri seperti cawat dan lain-lainnya.

Tidak cukup dari itu, sokongan emosi kepada penjaga OKU sebegini amatlah diperlukan. Kalau nak dikira, perhitungannya macam mudah. Dengan kompleksiti kecacatan yang ada pada hari ini, ia tidak seperti yang dijangka oleh banyak pihak.

Saya berpandangan cadangan daripada PM meskipun menyenangkan namun ia bukan penyelesaian.
Justeru, apakah langkahan proaktif yang perlu difikirkan oleh kerajaan dalam hal ini? Satu hakikat yang perlu kita sedar adalah sistem pendidikan kita masih belum mampu melahirkan masyarakat yang cakna dan bersikap empati kepada OKU. Kita masih berada dalam suasana masyarakat yang amat berhati-hati dengan keperluan dan keupayaan OKU yang pelbagai katagori.

Dalam hal ini, usaha advokasi dan penghubung jalin antara pelbagai agensi dan kementerian ke arah pembangunan OKU yang menyeluruh wajib dilakukan. Usaha ini tidak wajar diletakkan atas bahu JKM semata-mata.

Pembangunan OKU bukan lagi didasari simpati, bahkan ia adalah suatu hak yang dijamin oleh perundangan dan konvensyen antarabangsa. Jika dihalusi pelbagai saranan daripada wakil-wakil pertubuhan OKU, portfolio khusus yang bertanggungjawab kepada jemaah kabinet atau PM mesti dirintis.

Melantik seorang senator mewakili OKU di Dewan Negara hanyalah sebahagian daripada langkah yang diperlukan. Dengan cabaran semasa dan kompleksiti isu OKU dalam pelbagai kategori, sikap berani kerajaan membuka lembaran baru dalam pembangunan OKU amatlah diharapkan.

Suatu badan rujuk dan advokasi yang diterajui oleh OKU sendiri boleh dimulakan sebagai pelengkap kepada agensi-agensi sedia ada.

Tentunya bila kita menyebut kerajaan ia turut meliputi kerajaan di peringkat negeri, sama ada negeri yang diterajui Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Dalam mengemukakan cadangan sebegini, kita telah mempunyai beberapa kelompok OKU dan kalangan yang pakar yang sedia untuk bersama bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara "Mesra OKU" pada masa hadapan meskipun cabarannya cukup besar.

*Penulis adalah Ketua Penggerak OKU Bangkit

Saat pemerintah hilang kasihan belas

Posted: 05 Jul 2014 11:11 PM PDT

tangan

 oleh ANAK MAMI DI PERANTAUAN


Gelandangan, fakir miskin, dan kelompok tidak bernasib baik seringkali dilihat sebagai penyakit oleh mana-mana sistem kerajaan yang mementingkan imej dan estetika korporat. Gelandangan berlindung di bawah jambatan dikira pencemaran, peminta sedekah dilihat bajingan. Dan perlahan-lahan masyarakat kehilangan hati dan perasaan.

Di kota London baru-baru heboh penghinaan yang dilemparkan terhadap syarikat pasaraya terkenal, Tesco yang dilaporkan meniru pendekatan yang diambil sebuah bangunan apartment mewah dengan meletakkan ceracak besi di ruang-ruang kosong yang dilazimi para gelandangan.

Tesco mendakwa ceracak besi itu diletakkan di situ supaya orang tiada boleh duduk bersidai minum-minum atau menghisap rokok di luar kawasan perniagaannya; tetapi siapalah yang boleh menipu masyarakat bertamadun apabila ia jelas sekali bertujuan menghalang mereka yang tiada tempat berteduh untuk berehat menghilangkan lelah.

Setelah menerima kutukan bertimpa-timpa daripada orang ramai yang melihat jelas kekejaman tersebut, Tesco pun membuang ceracak besi itu. Aksi bantahan antaranya dilakukan oleh London Black Revolutionaries yang membawa berbakul-bakul simen pada awal suatu pagi dan menimbus ceracak besi, meski dengan hasil kerja yang begitu selekeh sekali.

Tindakan kejam Tesco turut menimbulkan kemarahan Datuk Bandar London Boris Johnson yang menyifatkan pemasangan ceracak tersebut sebagai "hodoh, merugikan diri sendiri dan bodoh."

Apa agaknya komen Boris Johnson terhadap Menteri Wilayah Tengku Adnan yang bercadang untuk mengambil tindakan terhadap peminta dan pemberi sedekah di ibukota Kuala Lumpur.

"Kita akan ambil satu kaedah di mana yang pemberi kita akan saman dan penerima pula akan kita 'angkut' kerana kebanyakan peminta sedekah ini adalah orang asing."

"Selain itu, badan bukan-kerajaan yang memberi makanan secara percuma kepada gelandangan juga akan ditetapkan tempatnya dan tidak boleh merata-rata tempat kerana ini akan mengundang kekotoran," katanya, seperti yang dilaporkan Bernama.

Kita akui bahawa kebanyakan peminta sedekah didalangi sindiket dan juga benar bahawa kebanyakannya warga asing. Tetapi bagaimana pula halnya dengan mereka yang benar-benar memerlukan dan sudah hilang punca serta tiada pilihan? Apakah dengan sekali 'angkut' dan dihumban entah ke mana maka masalah orang bernasib malang ini terus sahaja selesai?

Celakalah pemerintah yang memalingkan wajahnya daripada mereka yang bernasib malang dan hanya melihat para fakir miskin sebagai 'peminta sedekah'.

Tambah bodoh ialah cadangan untuk mengenakan saman terhadap mereka yang memberi sedekah kepada golongan yang memerlukan ini. Kebangangan apakah yang sedang berlaku sehingga berbuat perkara baik pun boleh dihukum? Tambahan pula kenyataan yang begitu tidak berperikemanusiaan ini dibuat ketika umat Islam sedang berlumba-lumba berbuat kebajikan di bulan mulia Ramadhan al-mubarak.

Pada masa yang sama, orang ramai terus mempersoalkan fungsi institusi zakat yang nampaknya begitu gigih mengutip zakat tetapi sedikit kurang cekap dalam mengagihkan zakat. Lihat sahaja bagaimana kini sudah ada kemudahan bayar zakat pandu lalu. Namun kalau mahu buat permohonan bantuan, begitu menyusahkan sehingga selepas berhabis wang untuk berulang-alik ke pejabat zakat pun belum tentu bantuan akan diberikan.

Pelik sekali bagaimana manusia semakin lali dan tidak mampu merasa simpati terhadap manusia lain, dengan hujah-hujah yang begitu tidak manusiawi seperti "jangan terlalu bergantung kepada bantuan" atau yang lebih sinis "ulat dalam batu pun boleh hidup."

Barangkali selepas kenyang dengan harta yang tidak berhak dijamah, hati mereka menjadi keras dan akhirnya perasaan simpati langsung mati.

Jadi apa masalah kalian dengan orang miskin? Jijik ya? Mereka kotor, berbau? Kalau demikian persepsi anda, nescaya tiadalah yang kalian perolehi daripada Ramadhan selain lapar dan dahaga. – Roketkini.com

Pemuda Pas perjuang nasib OKU

Posted: 05 Jul 2014 11:07 PM PDT


 Suhaizan Kaiat  
Suhaizan Kaiat


KUALA LUMPUR - Pemuda Pas menjamin pihaknya akan terus memperjuangkan nasib orang kelainan upaya (OKU) yang tidak mendapat pembelaan dan penjagaan baik di negara ini.

Dalam sidang media semalam, Ketua Pemudanya, Suhaizan Kaiat berkata, semua rakyat termasuk golongan OKU harus diberi peluang untuk berdikari dan menjalani kehidupan seperti rakyat Malaysia yang lain.

"Sebagai langkah menangani isu ini, Pemuda Pas akan adakan pertemuan dengan kelompok pimpinan dan aktivis OKU bagi membincangkan peruntukan dan peluang pekerjaan yang sesuai dengan golongan tersebut," katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, beliau juga turut menasihati semua pihak agar memainkan peranan penting untuk memastikan kelompok golongan tersebut sentiasa diberi perhatian dan keperluan sewajarnya.

"Kementerian Kesihatan harus sentiasa memeriksa rekod kesihatan golongan OKU ini.

"Jika ada individu OKU yang tidak datang ke hospital untuk pemeriksaan, kakitangan hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) harus ambil tindakan siasat segera.

"Jiran tetangga juga tidak harus lepas tangan dan abaikan tanggungjawab, kita harus peka dengan apa yanga terjadi di sekeliling kita," katanya lagi.

'Orang lapar akan jadi orang yang marah'

Posted: 05 Jul 2014 10:49 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Sebagai wartawan yang pernah menghasilkan laporan khas mengenai masyarakat gelandangan yang bertajuk 'Berbumbung Langit', dan memenangi pula beberapa anugerah nasional antara tahun 2010 hingga2011 untuk laporan itu, saya terpanggil untuk memberikan pandangan mengenai isu masyarakat gelandangan di Malaysia.

Saya yakin, hanya golongan yang pernah meluangkan masa bersama golongan ini akan memahami sebab individu ini tersisih sehingga ke jalanan. Jika tidak, pandangan bahawa individu gelandangan terdiri dari penagih dadah dan juga pendatang asing hanyalah satu andaian.

Berdasarkan kajian saya , golongan penagih dan pendatang ini hanya meliputi kurang 10 peratus daripada bilangan warga gelandangan, manakala yang selebihnya adalah insan biasa yang terhimpit dengan cabaran hidup sehingga tersisih ke jalanan dan tidak mampu bangkit kembali.

Berikut adalah hasil kajian saya yang boleh membantu orang ramai lebih memahami mengenai golongan gelandangan terutamanya pihak berkuasa:

Siapakah golongan gelandangan?

Mereka terdiri daripada individu yang sedang bekerja di beberapa tempat dengan gaji yang tidak seberapa. Ianya tidak cukup untuk menyewa rumah ataupun bilik kerana pendapatan terpaksa dihantar ke kampung halaman.

Ada juga golongan warga emas yang tersisih dari keluarga atas pelbagai sebab. Ada juga mereka yang cacat anggota badan, namun mahu hidup berdikari tanpa mahu menyusahkan keluarga serta remaja yang lari dari rumah datang dari beberapa lokasi luar Kuala Lumpur, namun terpaksa hidup di jalanan kerana gagal mencari pekerjaan. Dan sebilangan kecil dari golongan gelandangan ini terdiri daripada mereka yang mempunyai masalah psikiatri.

Gelandangan malas bekerja?

Berdasarkan kajian saya, kebanyakkan mereka amat terdesak untuk mencari pekerjaan. Namun kerana faktor umur yang sudah meningkat, mereka hanya mampu mendapat pekerjaan tidak tetap.

Saya juga pernah menghabiskan masa dengan sekumpulan tujuh orang pemuda serta seorang wanita bersama seorang anak kecil menjadikan kawasan di bawah tiang bendera di Dataran Merdeka sebagai tempat tinggal.

Apabila hujan terpaksa berlari masuk ke tempat letak kereta bawah tanah di sana. Disebabkan berstatus bekas banduan, kumpulan pemuda ini langsung tidak mendapat pekerjaan tetap untuk  membolehkan mereka menyewa tempat tinggal. Akhirnya memutuskan untuk hidup di jalanan buat sementara waktu, dengan keyakinan akan mendapat pekerjaan tetap pada suatu hari nanti. Pejam celik, sedar tidak sedar, kumpulan ini sudah hidup di jalanan selama lebih satu tahun, dan tidak mampu mendapat pekerjaan tetap.

Gelandangan tak layak terima bantuan?

Golongan ini tidak berdaftar sebagai golongan miskin untuk melayakkan mereka mendapat bantuan yang telah disediakan kerajaan.

Golongan gelandangan ini seolah-olah tidak wujud di Malaysia. Namun selepas laporan saya bertajuk 'Berbumbung Langit' disiarkan, kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita Dan Masyarakat telah menyediakan 'Anjung Singgah' pada tahun 2011 yang bertindak sebagai pusat sehenti untuk mendaftar golongan gelandangan dan cuba mencari pekerjaan bersesuaian dengan mereka termasuk kerja di ladang, di restoran serta juga kilang.

Operasi menangkap dan kemudiannya menghantar mereka ke pusat perantara untuk memberi mereka latihan dua minggu dalam bidang pertanian dan kraftangan, mungkin bukan penyelesaiannya.

Mengapa sukar mendapat pekerjaan?

Apabila seseorang individu hidup bergelandangan, bermakna dia sudah tidak mempunyai tempat bersih untuk bermalam dan menyimpan barang keperluannya seperti pakaian, berus gigi dan sebagainya.

Cara membersihkan diri serta mencuci pakaian adalah di tempat awam biasanya di waktu malam. Dan individu itu seperti juga insan lain sudah pastinya memerlukan makanan paling kurang pun dua kali sehari.

Namun apabila bekerja di sesuatu tempat, tempoh bulan yang pertama amat mencabar kerana mereka terpaksa bekerja dan 'berlakon' sebagai orang lain yang mempunyai tempat tinggal tetap dan terurus.

Cuba bayangkan apabila individu gelandangan ini balik dari tempat kerja, tempat tidurnya sudah diambil orang lain, atau ketika sedang tidur barang-barang berharganya seperti pakaian dan kasut sudah hilang dicuri?

Bagaimana dia hendak ke tempat kerja pada keesokan harinya? Begitu juga dengan makanan. Tanpa wang pendahuluan, bagaimana dia hendak mengisi perutnya? Justeru mereka akan kembali ke kehidupan asal dan juga terus mengharapkan makanan percuma di berikan NGO dan membuat kerja dengan pendapatan tidak tetap.

Justeru, kesimpulan yang boleh dilemparkan terhadap mereka dari jauh adalah, mereka adalah pemalas dan suka makan percuma.

Sebaliknya, golongan ini perlu diberikan pekerjaan yang boleh menawarkan tempat tinggal serta memberikan mereka wang pendahuluan untuk membeli bekalan makanan, sekurang-kurangnya di bulan yang pertama mereka bekerja. Namun bukan mudah untuk mencari pekerjaan seperti itu.

Makanan percuma beri keburukan?

Tanpa makanan percuma yang disediakan akan menyebabkan ramai individu yang kelaparan. Dalam keadaan lapar, manusia akan berada dalam keadaan terdesak untuk melakukan apa sahaja termasuk jenayah demi kelangsungan hidup, terutamanya golongan seperti bekas banduan.

Mereka dengan begitu bersungguh-sungguh ingin memulakan hidup baru yang bersih. Apabila ada makanan disediakan, sekurang-kurangnya ada kudrat untuk mereka berfikir cara untuk mencari rezeki halal. Malah saya pernah merakamkan dengan lensa kamera sendiri, golongan ini terpaksa menggeledah tong sampah di belakang beberapa restoran segera bagi mencari sisa makanan.

Bagi kita jijik, namun bagi mereka ianya rezeki halal yang bukan datang dari hasil mencuri atau merompak. Dan mereka juga tidak mengemis.

Mewujudkan 'zon sifar gelandangan' dan menjauhkan aktiviti memberi makanan percuma dari pusat bandaraya hanya akan meningkatkan risiko jenayah. Jangan kerana Menteri bertanggungjawab ingin menjaga imej Kuala Lumpur sebagai bandaraya yang bersih mengusir jauh gelandangan, tetapi sebaliknya jenayah pula meningkat kerana individu lapar ini terdesak mendapatkan sumber bagi mengisi perut mereka.

Jangan kita lupa pada bidalan bahawa 'orang yang lapar akan menjadi orang yang marah'. Kegiatan memberi makan percuma bukan sesuatu yang mudah. Pada setiap hari yang telah ditetapkan, walau hujan atau ribut melanda, mereka akan berada di lokasi yang sama untuk mengisi kelaparan golongan gelandangan.

Perlu diingatkan, pengedaran makanan percuma ini sebenarnya bukan hanya membantu mengisi perut kosong golongan gelandangan sahaja, tetapi juga golongan miskin tegar yang ada tempat tinggal turut datang untuk mendapatkan makanan panas dan berkhasiat yang dimasak dan dibungkus dengan penuh keikhlasan.

Jika saya tidak berada bersama kumpulan NGO ketika itu, untuk melihat sendiri pengedaran makanan percuma, tidak mungkin saya akan dapat memahami perkara ini. Kita perlu membuka mata, telinga dan hati seluas-luasnya untuk mendengar suara dan rintihan golongan ini daripada asyik menghukum mereka dari jauh.

Dan penting juga untuk pihak berkuasa mengetahui, pengemis dan gelandangan adalah dua golongan dan isu berbeza. Jangan cuba hendak wujudkan satu mekanisme yang sama untuk mengendalikan kedua-dua isu ini. Kerana tindakan itu hanya akan mendiskriminasi dan menekan golongan yang benar-benar memerlukan bantuan.



Puspavathy Ramaloo adalah bekas wartawan kanan stesen TV3.

Diplomat dikehendaki mungkin tak tiba ke NZ esok

Posted: 05 Jul 2014 10:37 PM PDT

MALAYSIAKINI



 


Diplomat Malaysia yang menjadi suspek serangan seksual di New Zealand mungkin tidak dapat menghadapi pertuduhannya di mahkamah negara kiwi itu esok.

Doktor-doktor Malaysia berkata Muhammad Rizalman Ismail tidak sihat sepenuhnya untuk terbang ke luar negara dan masih memerlukan "penilaian psikiatri", lapor The New Zealand Herald.

Memetik sumber hospital tentera Tuanku Mizan malam tadi, harian itu melaporkan "Rizalman nampak tidak baik" dan memerlukan ujian lanjut.

Selepas dibawa pulang menggunakan kekebalan diplomatik, diplomat itu ditahan di hospital tentera untuk penilaian psikiatri.

Malaysia bersetuju menghantar Rizalman kembali ke New Zealand untuk prosiding mahkamah dan empat kerusi penerbangan ke Auckland telah ditempah, lapor harian itu.

Rizalman ditahan di Wellington pada 9 Mei selepas mengikuti perempuan 21 tahun dan didakwa menyerangnya.

Baki 1,519 guru ditempatkan secara berperingkat

Posted: 05 Jul 2014 10:34 PM PDT


Idris Jusoh


SHAH ALAM - Baki guru lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) seramai 1,519 orang bakal ditempatkan secara berperingkat September ini dan Januari tahun depan.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh memaklumkan perkara itu menerusi laman mikro Twitternya, hari ini.

"ISMP 2,733 graduan ditempatkan pada 1 Julai 2014.

"Penempatan seterusnya secara berperingkat, September 2014 dan Januari 2015.

"Tertakluk kepada kekosongan dan keperluan opsyen," katanya.

Menurut jawapan Kementerian Pendidikan pada sidang Parlimen 11 Jun lalu, sejumlah 1,519 calon ISMP telah diperakui sebagai calon simpanan.

Manakala 2,733 graduan ISMP yang telah lulus temuduga dan layak untuk lantikan tetap DG41 telah ditempatkan pada 1 Julai lalu.

"Kuala Lumpur Perlu Bersihkan Pusat Hiburan, Bukan Peminta & Pemberi Sedekah"

Posted: 05 Jul 2014 10:29 PM PDT

KELAB GREENBOC



Bekas mufti Perlis tuntut Kuala Lumpur bersihkan pusat hiburan


Bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut mencadangkan kerajaan membersihkan Kuala Lumpur daripada pusat hiburan selepas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melarang kegiatan meminta sedekah dan memberi sedekah di ibu negara.

Asri berkata, bagi menjaga imej negara Islam itu sendiri, ibu negara seharusnya aman dan selamat buat pengunjungnya.

"Kepada pihak yang ingin membersihkan bandaraya Kuala Lumpur daripada peminta dan pemberi sedekah atas alasan ingin elak Kuala Lumpur tercemar serta untuk menjaga nama baik ibu kota negara Islam ini, mohon saya mencadangkan atas hasrat baik pihak tuan agar pihak tuan membersihkan Kuala Lumpur daripada pusat hiburan dan segala aktiviti yang merosak dan meruntuhkan moral dan akhlak manusia," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook Dr Maza.com.

Beliau berkata, kerajaan juga seharusnya menunjukkan dakwaan berpegang kepada Islam dengan menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar yang melambangkan kemakmuran dan kesantunan.

"Jadikanlah ia kota yang selamat dan berkat. Makmurkan ia dengan kesantunan dan kemakmuran yang mendamaikan jiwa setiap pengunjung.

"Jadikanlah ia kota yang setiap orang masuk ke dalamnya merasa aman untuk dirinya, keluarganya dan temannya.

"Buktikanlah dakwaan ini negara yang berpegang kepada Islam dan ibu kotanya juga tentu melambangkan kemakmuran, kedamaian, keluhuran budi dan kesantunan moral selaras dengan kehendak Islam yang membangunkan manusia dan kemanusiaan," katanya.

Tengku Adnan sebelum ini dikritik hebat kerana melarang kegiatan meminta sedekah dan memberi sedekah di ibu kota berkenaan.

Beliau turut memberi amaran kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang berpusat di Kuala Lumpur diberi tempoh hingga Isnin depan untuk berpindah keluar dari pusat bandar sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan saman DBKL.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, tindakan itu diambil sebagai langkah serius kerajaan membersihkan kegiatan golongan tidak berumah dan pengemis di ibu negara.

Beliau berkata, kewujudan NGO yang memberi makanan kepada golongan gelandangan menyebabkan imej Kuala Lumpur terjejas teruk terutama daripada aspek kebersihan.

"Mengenai golongan tidak berumah ini kita bukan tidak cuba carikan kerja untuk mereka. Bila kita beri mereka kerja mereka tidak mahu kerana adanya NGO yang memudahkan mereka mendapatkan makanan.

"Imej bandar raya terjejas teruk, bukan saja jalan kotor tetapi ada antara mereka penghidap HIV, penagih dadah," katanya.

Tengku Adnan berkata, meskipun tindakan tersebut kelihatan kejam namun ia terpaksa dilakukan untuk mendisplinkan masyarakat.

Katanya, NGO berkenaan juga perlu mencari lokasi lain luar dari pusat bandar sekiranya mahu memberikan makanan percuma.

Tengku Adnan berkata, DBKL juga menetapkan jarak 2km dari pusat bandar bagi NGO untuk memberikan makanan percuma.

"Kalau mereka hendak bagi makan jangan bagi makan dalam bandar paling kurang 2km dari pusat beli-belah Lot 10," katanya.



Penduduk Kampung Berjaya Tangkap "Raja Toyol"

Posted: 05 Jul 2014 10:26 PM PDT

KELAB GREENBOC


Raja Toyol' terlibat 23 kes kecurian


PETALING JAYA - Dia bukan anggota geng kongsi gelap, bukan penyamun, jauh sekali perompak. Kalau dilihat dari luaran dia hanyalah seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun.

Namun, siapa sangka dalam usia semuda itu dia mendapat gelaran Raja Toyol selepas terbabit dalam tidak kurang daripada 23 kes kecurian membabitkan kes pecah rumah, kecurian tabung masjid dan kedai runcit di kawasan Kampung Sungai Ara, Damansara, di sini, sejak setahun lalu.

Meskipun sudah acap kali ditangkap penduduk kampung kerana mencuri, bahkan pernah dibelasah kerana perbuatannya itu, budak lelaki yang sudah tidak bersekolah ini tidak serik, malah bertambah aktif seolah-olah mencuri menjadi kerjaya sepenuh masanya.

Difahamkan kanak-kanak ini hanya memerlukan tempoh yang singkat untuk melarikan wang yang disimpan di dalam rumah tanpa disedari oleh pemiliknya. Sudah beribu ringgit masuk ke sakunya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Sungai Kayu Ara, Ramli Daud berkata, kanak-kanak itu pernah diserahkan kepada polis tetapi dibebaskan semula kerana dia di bawah umur.

"Dia bergerak seorang diri di dalam kampung dan sasaran utamanya adalah wang.

"Baru-baru ini dia pernah ditangkap dan apabila ditanya ke mana wang curi itu dibelanjakan, dia dengan selamba memberitahu wang itu digunakan untuk berhibur di pusat siber. Saya yakin dia berkawan dengan budak yang lebih besar dan di situlah wang itu dibelanjakan," katanya.

Menurut Ramli, kanak-kanak ini melakukan kerja tidak kira siang ataupun malam. Jika ada peluang dia akan masuk ke dalam rumah sesiapa sahaja tanpa disedari.

"Dia akan sasarkan wang yang disimpan di dalam rumah, tidak kira di dalam poket seluar, almari mahupun laci.

"Peliknya dia boleh tahu di mana wang itu disimpan dan dengan tubuhnya yang kecil dia boleh masuk ikut lubang kecil selain tahu membuka gril pintu rumah," katanya.

Jelas Ramli lagi, masalah itu sukar diselesaikan kerana keluarga kanak-kanak ini langsung tidak mengambil berat terhadapnya.

"Dia anak ketujuh daripada lapan adik-beradik dan tinggal bersama ayahnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan. Keluarganya sudah lali dengan cerita kanak-kanak itu ditangkap.

"Ramai yang nasihat ayahnya supaya tidak membiarkan anaknya terus begitu, tetapi tidak diendahkan," katanya. -SH



Berjaya rakam visual 'toyol'

Kanak-kanak lelaki itu masuk ke dalam kedai runcit melalui lubang kecil pada dinding kayu yang reput.

PETALING JAYA - Tiga kali premis dipecah masuk membuatkan seorang pemilik kedai runcit di Kampung Sungai Kayu Ara memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan penceroboh.

Huzaifah Mohd Yatim, 25, terkejut selepas CCTV itu berjaya merakam visual seorang kanak-kanak sedang menggeledah barangan dan mencuri wang yang disimpan dalam kedai jam 2.50 pagi 20 Jun lalu.

"Kanak-kanak itu mengaku masuk ke dalam kedai melalui lubang kecil celah dinding papan kedai yang reput," katanya.

Menurutnya, perangkap itu sengaja dibuat bagi mengesan pencuri yang menjadi buah mulut penduduk kampung itu selama ini.
~sh

Isu MB: Pas Pusat, Selangor mesyuarat hari ini

Posted: 05 Jul 2014 10:18 PM PDT


Parti PAS  
Parti PAS


SHAH ALAM - Pimpinan Pas Pusat dan Selangor dijadualkan bertemu hari ini bagi membincangkan suasana politik negeri Selangor.

Kelmarin, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali memberitahu Sinar Harian, perjumpaan itu bukan khusus berkenaan kedudukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semata-mata tetapi turut membincangkan perkara lain juga.

"Kita mahu bincang perkembangan politik di Selangor dalam pelbagai sudut," katanya.

Terdahulu, isu jawatan Menteri Besar Selangor yang disandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim panas apabila terdapat gesaan agar beliau melepaskan jawatan itu.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad turut mengesahkan perjumpaan itu.

"Ya, ada pertemuan antara Pas Pusat dan Pas Selangor Ahad ini.

"Pusat hendak dengar pandangan Adun, Ahli Parlimen dan Yang Dipertua Pas Kawasan berhubung isu menteri besar," katanya.

Berjaya rakam visual ‘toyol’

Posted: 05 Jul 2014 10:15 PM PDT


Kanak-kanak lelaki itu masuk ke dalam kedai runcit melalui lubang kecil pada dinding kayu yang reput. Kanak-kanak lelaki itu masuk ke dalam kedai runcit melalui lubang kecil pada dinding kayu yang reput.


PETALING JAYA -  Tiga kali premis dipecah masuk membuatkan seorang pemilik kedai runcit di Kampung Sungai Kayu Ara memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan suspek.

Huzaifah Mohd Yatim, 25, terkejut selepas CCTV itu berjaya merakam visual seorang kanak-kanak sedang menggeledah barangan  dan mencuri wang yang disimpan dalam kedai jam 2.50 pagi 20 Jun lalu.

"Kanak-kanak itu mengaku  masuk ke dalam kedai melalui lubang kecil celah dinding papan kedai yang reput," katanya.

Menurutnya, perangkap itu sengaja dibuat bagi mengesan pencuri yang menjadi buah mulut penduduk kampung itu selama ini.

"Saya kerugian besar selepas kedai dipecah masuk. Malah selepas ditangkap budak itu masih cuba pecah masuk kedai saya," katanya.

Seorang lagi mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Man berkata, dia kerugian RM4,000 selepas rumahnya dimasuki akhir bulan lalu.

"Dompet yang mengandungi wang saya letak di dalam poket seluar yang digantung di dalam bilik lesap dan kejadian itu disedari ketika saya bangun waktu pagi.

"Anehnya tiada kesan rumah dipecah masuk, tapi ada saksi yang nampak kelibat kanak-kanak merayau di sekitar rumah saya pada waktu malam," katanya.

Menurutnya, laporan mengenai kejadian itu dibuat di Balai Polis Damansara.

Kematian Sharifah Aini Satu Kehilangan Besar

Posted: 05 Jul 2014 04:32 PM PDT

Allahyarham Datuk Sharifah Aini meninggal dunia pada pagi Sabtu.
 
Oleh: FERIDE HIKMET ATAK 


PETALING JAYA: Pemergian biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar yang menghembus nafas terakhirnya pada Sabtu ternyata memberi kesan yang mendalam buat industri muzik tanah air.

Rakan artis kepada Allahyarham iaitu Datuk Hattan berkata, ia bukan sahaja satu kehilangan besar kepada negara dan industri tetapi juga buat pendatang baharu di bidang muzik.

"Kehebatannya tiada pengganti. Hanya arwah yang boleh menyanyi dengan sebutan yang jelas dan nyanyiannya cukup merdu.

"Dan kenapa saya katakan ia satu kehilangan besar buat penggiat muzik baru? Ini kerana tidak ramai yang sempat mengambil ilmu muzik daripada dia.

"Bukan itu sahaja, ketegasan arwah membuatkan tidak ada yang berani cuba mengambil kesempatan terhadap beliau," katanya.


Datuk Hattan


Penyanyi yang pernah berduet dengan Allahyarham menerusi lagu Serampang Laut iaitu Herman Tino memberitahu, sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir, mereka sempat berbual dan bergurau senda walaupun ketika itu Allahyarham sedang nazak.

"Sebenarnya Kak Pah (Allahyarham) yang meminta saya bertemu dengannya pada Jumaat lalu. Tak sangka pula ketika itu dia sedang sakit tenat.

"Tetapi walaupun berkeadaan begitu, dia sempat juga bergurau ketika saya mengurut bahunya.

"Kata dia 'sedapnya Man urut, sepatutnya kamu jadi suami aku'. Gurauannya itu juga mengingatkan saya ketika awal-awal berduet dengannya untuk lagu Serampang Laut.

"Pada mulanya dia tidak percaya yang saya boleh berduet dengannya. Tetapi sejak lagu itu popular, barulah dia yakin baha kami serasi untuk bekerjasama. Dan sejak itu kami berkawan baik sehinggalah sekarang," ujarnya.

Hermantino

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Pencipta Lagu Tanah Air (Papita) iaitu Datuk M Daud berkata, Allahyarham juga seorang yang pemurah dan tidak pernah kedekut dalam memberi bantuan kepada rakan-rakan.
 
"Kalau nak tahu, Kak Pah seorang yang mulia hatinya dan cukup pemurah kerana selalu membantu rakan-rakan yang mempunyai masalah kewangan.

"Saya masih ingat lagi, beliau pernah memberikan saya wang sebanyak RM2,000 ketika saya dalam kesusahan.

"Selain itu dia juga suka dengan masakan isteri saya iaitu nasi beriyani. Selepas ini, kami pasti akan merinduinya.

Sementara itu, penyanyi Datuk Khatijah Ibrahim pula berlata, dia sedih kerana hasrat dia bersama Allahyarham untuk mengadakan konsert bersama nampaknya tidak akan terlaksana selepas pemergian beliau.

Justeru itu, dia merancang untuk mengadakan sebuah konsert penghormatan kepada beliau dengan membawakan lagu-lagu popularnya.

"Allahyarham mempunyai koleksi lagu evergreen yang sangat banyak. Memandangkan hasrat kami untuk mengadakan konsert bersama tidak tercapai, saya mahu membuat konsert khas bagi memperi penghormatan kepadanya.

"Bukan senang untuk negara kita memiliki biduanita yang hebat sepertinya. Sekurangnya menerusi konsert tersebut, kita juga dapat memperingati jasa-jasanya kepada industri muzik tanah air kita," tuturnya.

Datuk Khatijah Ibrahim

Allahyarham telah meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara di sini akibat fibrosis paru-paru atau 'paru-paru berparut' selain terkena virus Influenza A H1N1.
Berita kematian penyanyi lagu Seri Dewi Malam itu disahkan oleh rakan baik Allahyarham iaitu Aishah Ali.

Sharifah Aini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pusat perubatan itu pada Selasa lalu selepas mengalami kesukaran bernafas namun keadaan penyanyi itu dilaporkan stabil.

Anak kelahiran Nee Soon, Singapura itu mula disunting sebagai penyanyi rakaman EMI selepas menjuarai pertandingan RTS 1968 di Singapura.

Sepanjang 38 tahun menjadi artis rakaman syarikat itu, beliau telah merakamkan sebanyak 93 buah album termasuk 7 album Inggeris dan antara lagu popularnya termasuk Seri Dewi Malam, Hapuslah Air Matamu, Bunga Tanjung dan Kau Tinggi Di Awan Biru.

Selain Herman Tino, penyanyi itu juga pernah berduet dengan Latif Ibrahim, Broery Marantika dan Sudirman Haji Arshad.

Kehebatannya dalam dunia seni muzik membuahkan hasil apabila Allahyarham mendapat pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records sebagai penyanyi paling lama bernaung di satu syarikat rakaman dan memiliki 135 album.

Mengenai kisah peribadinya pula, Allahyarham sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang penganjur konsert, Ali Bakar pada tahun 1981. Bagaimanapun perkahwinannya hanya bertahan selama setahun selepas melahirkan anaknya, Aliff omar, 32.

Kemudian, Allahyarham telah mengahwini dengan seorang ahli korporat, namun perkahwinan kali kedua yang dibina juga gagal bertahan dan beliau telah bercerai pada tahun 1992.

Jaga anak baik-baik, kata-kata terakhir Sarjan Bayong

Posted: 05 Jul 2014 04:15 PM PDT

BERNAMA 


KUCHING: "Jaga anak baik-baik," demikian kata-kata terakhir Sarjan Bayong Burma kepada isterinya Nancy Garang sebelum keluar berkonvoi pada pagi hari kejadian (Khamis lalu) dari Kem Lapangan Tebang Sungai Petani, Kedah ke Gemas, Negeri Sembilan untuk menjalani latihan menembak.
  
Sarjan Bayong, 36, seorang 'gunner' di Alpha Skuadron Rejimen Ke-3 Kor Armor Diraja Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani, meninggal dunia selepas kereta perisai yang dinaiki terbabas sebelum terbalik di Kilometer 232.6 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Kuala Kangsar.
  
Mayat mendiang Bayong tiba melalui Kompleks MASKargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching kira-kira 11.50 pagi tadi.
  
Mendiang berkhidmat dengan tentera kira-kira 18 tahun.
  
Terdahulu, mayat itu diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang jam 7 pagi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum bertolak jam 10 pagi ke Kuching.
  
Ketika ditemui pemberita, Nancy, 31, yang kelihatan masih sedih dengan pemergian suaminya itu tidak banyak berbicara, mendukung anak bongsu mereka Casper Lukas, berusia 10 bulan.
  
Nancy merenung sayu keranda yang membawa mendiang suaminya sambil ditenteramkan oleh Panglima 3 Briged Brigadier Jeneral Datuk Mohd Nazir Mami.
  
Selain Casper, pasangan itu yang mendirikan rumah tangga sejak 2002, mempunyai dua lagi anak lelaki - Aldraien Mark, 11, dan Benedict Moses, 8.
  
Aldraien kelihatan masih tidak memahami apa yang berlaku.
  
Ketika ditanya hanya menggelengkan kepala sambil berkali-kali menyebut 'Daddy'.
  
Keranda mendiang yang tiba, diusung oleh sembilan anggota dari Rejimen ke-4 Kor Armor Diraja, Kem Penrissen ke van tentera dan kemudian dihantar ke kediaman keluarganya di Taman Desa Indah, Sri Aman, kira-kira tiga jam perjalanan dari sini.
  
Jadual pengkebumian belum diumumkan.
  
Kejadian yang berlaku Khamis lalu itu turut meragut nyawa Koperal Che Mohd Patanah Che Ismail.
  
Beliau meninggal ketika dibawa ke Hospital Kuala Kangsar.
  
Dua anggota tentera yang parah, iaitu Koperal Sharifuddin Abdullah dan Lans Koperal Freaddy anak Barlabas, menerima rawatan di hospital sama. - Bernama

Ada pihak cuba kaitkan PAS dengan militan

Posted: 05 Jul 2014 04:12 PM PDT

SALMIYAH HARUN 


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia mendapat maklumat ada pihak tertentu cuba memainkan isu militan ketika ini bagi mengaitkannya dengan PAS.

Ketuanya Suhaizan Kaiat percaya, perancangan pihak berkenaan adalah untuk menghalang kepercayaan orang bukan Islam kepada PAS, khususnya.

"Ini merupakan perncangan jahat, dan kita baru dapat maklumat itu hari ini. Kita percaya isu ini untuk mencemarkan imej PAS," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Justeru, beliau menasihatkan rakyat negara ini jangan mudah mempercayai isu ini yang sengaja diciptakan untuk mengaitkan PAS dengan militan.

"Ini adalah tindakan terancang untuk dikaitkan dengan PAS dan mahu menakut-nakutkan rakyat negara ini mendekati PAS. Jangan terpengaruh dengan perkara ini," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga meminta mana-mana pihak tidak melabelkan institusi pondok sebagai tampat untuk gerakan ekstrem dan militan.

Malah katanya, institusi pondok seharusnya mendapat perhatian daripada bukannya mendapat cemuhan oleh mana-mana pihak baik pun kerajaan.

"Janganlah terlalu curiga dengan institusi pondok yang banyak melahirkan generasi berilmu dan akhlak, malah ramai ulama-ulama hari ini adalah hasil daripada pondok," katanya.

PKNS sumbang RM100,000 bantu golongan memerlukan

Posted: 05 Jul 2014 04:08 PM PDT

Oleh: NAZLI IBRAHIM


SHAH ALAM,: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengagihkan sumbangan RM100,000 kepada golongan yang memerlukan sebagai memenuhi tanggungjawab korporat mereka kepada masyarakat di Selangor, malam tadi (4 Julai).

Sumbangan yang menggunakan wang zakat PKNS itu dihulurkan kepada Tahfiz Darul Islah Lil Banat berjumlah RM10,000, Sekolah KAFA Intergrasi Imam Al-Ghazali (RM10,000), Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas (RM10,000), Rumah Anak Yatim Pusat Jagaan Suci Rohani (RM10,000) dan Pertubuhan Kebajikkan Asnaf Al-Barakh Malaysia (RM10,000).

MB berbuka bersama PKNS 3aSelain itu, PKNS turut menyumbang 2,380 naskhah Al-Quran bernilai RM50,000 kepada 64 buah sekolah dari daerah Sabak Bernam sebagai sokongan kepada usaha mereka menghidupkan amalan membaca Al-Quran di kalangan rakyat Malaysia, khususnya pelajar sekolah terbabit.

Pengasas Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Muji Sulaiman, berkata beliau akan menggunakan wang sumbangan itu untuk membaik pulih bumbung rumah perlindungan yang menempatkan 70 orang warga emas di bawah jagaannya itu.

"Bangunan itu dibina pada 1920, saya mula menggunakannya sudah lebih 11 tahun. Insya Allah, saya akan manfaatkan untuk membaik pulih bangunan itu," katanya pada Majlis Berbuka Puasa PKNS di Shah Alam Convention Centre, di sini.

Beliau berkata, bangunan yang digunakan sebagai rumah perlindungan orang tua itu adalah bekas surau yang sudah tidak digunakan bagi menggantikan kediamannya sendiri yang sudah tidak mampu menampung bilangan penghuni yang ada.

MB berbuka bersama PKNS 4a"Kami tidak mendapat bantuan tetapi semuanya hasil usaha sendiri. Cuma, bila tiba Ramadan ada pihak yang sudi tampil menghulurkan sumbangan," katanya.

Sementara itu, Pengurus Tahfiz Darul Islah Lil Banat, Siti Hasnah Ahmad Shusod pula berkata, sumbangan yang diberikan PKNS banyak membantu pihaknya bagi membiayai operasi sekolah terbabit.

"Konsep yang kita jalankan ini adalah konsep kebajikan. Jadi, kita tidak mengambil yuran yang tinggi dan pengambilan juga lebih tertumpu kepada pelajar miskin serta anak yatim," katanya.

Sehingga kini, Tahfiz Darul Islah Lil Banat mempunyai 35 pelajar yang menetap di asrama yang disediakan pihak pengurusan sekolah itu.

Selain memberi sumbangan kepada organisasi terbabit, PKNS juga tidak melupakan anak kakitangan yang memerlukan bantuan syarikat milik Kerajaan Negeri itu.

MB berbuka bersama PKNS 2aAntaranya, atlit lumba basikal Selangor, Abdul Syakur Ab Wahab, 16, yang kali pertama berpuasa dan bakal berhari raya tanpa kehadiran bapa yang meninggal dunia kira-kira enam bulan lalu disebabkan serangan sakit jantung dan ibunya masih berkhidmat dengan PKNS.

"Bantuan ini saya simpan untuk kegunaan waktu terdesak seperti membeli buku pelajaran bila memerlukan nanti," katanya yang bersekolah di Sekolah Sukan Shah Alam.

Terdahulu, dalam Majlis Berbuka Puasa PKNS yang dihadiri kira-kira 500 kakitangan PKNS, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudi menyampaikan bantuan dan berbuka puasa bersama golongan terbabit.-NFN-

LIHAT VIDEO DI SINI

Arah ‘soup kitchen’ pindah, Ku Nan tak perikemanusiaan

Posted: 05 Jul 2014 03:54 PM PDT

KEADILAN DAILY


Bulan Ramadhan mengajar kita untuk bersyukur, serta mengingatkan kita terhadap permasalahan yang dihadapi oleh mereka yang tidak bernasib baik. Amalan bersedekah serta memberikan makanan kepada orang yang berpuasa amat digalakkan. "Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun ," (Hadith Riwayat Tirmidzi).

Berikutan kenyataan saya sebelum ini, alangkah terkejutnya saya apabila melihat berita utama laman Malay Mail Online yang mengatakan 'soup kitchen' yang menyediakan makanan bagi orang gelandangan yang berada dalam ibu negara perlu berpindah sebelum hari Isnin, ataupun berdepan dengan hukuman denda. Beliau juga dipetik sebagai berkata, sebarang NGO dilarang menjalankan aktiviti memberikan makanan kepada orang gelandangan di lingkungan 2km dari Gedung Lot 10.

Tugas pertama yang saya pinta Menteri Wilayah lakukan adalah membaca laporan Jayannath Appudurai dari Centre For Policy Initiatives untuk memahami dimensi kemiskinan yang lebih memperlihatkan keprihatinan realiti semasa. Laporan tersebut menegaskan pada tahun 2009  bahawa; jika kadar kemiskinan negara berdasarkan Poverty Line Income (PLI), diukur kembali menggunakan kaedah "median income" seperti yang dilakukan di UK dan Australia, kos sara hidup sehari akan berubah dari RM5.80 sehari (mengikut PLI sekarang,RM 800 seisi rumah) kepada RM 14.20 sehari. Ini bermakna statistik kemiskinan seisi rumah akan meningkat kepada 33.4% berdasarkan PLI baru RM2000.

Tugas kedua pula adalah supaya Yang Berhormat Datuk Seri Tengku Adnan Mansor kalaupun tidak mampu untuk cuba hidup seperti orang gelandangan sebanyak 3 hari dalam usaha untuk memahami akan kesusahan golongan terpinggir; sekurang-kurangnya hadir sekali bersama dalam sesi sumbangan salah sebuah NGO Soup Kitchen sebelum memberi kata putus. Saya menjemput Yang Berhormat Menteri agar bersama saya dan salah sebuah NGO Soup Kitchen yang akan beroperasi malam esok. Kita harus memiliki empati, lebih lagi sebagai seorang pemimpin.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan. " Menurut laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sendiri, pengajaran hadith ini ialah "setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti membanyakkan bersedekah kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah di hari akhirat kelak. Bersedekah bukan hanya memberikan wang, tetapi termasuk di dalamnya mengajak berbuka puasa kepada fakir miskin dan orang-orang yang berpuasa."

Adakah tindakan Yang berhormat Menteri ini bersesuaian dengan semangat Ramadhan yang telah diajar oleh Rasulullah? Sekali lagi saya ingin menggesa Yang Berhormat Datuk Seri Tengku Adnan agar memperbetul kesilapan yang melampau ini.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
Naib Presiden KEADILAN

Menteri: Jangan adili Rizalman di media

Posted: 05 Jul 2014 03:51 PM PDT

MALAYSIAKINI



 


Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta kes Pegawai Waran II Muhammad Rizalman Ismail yang didakwa melakukan pecah rumah dan serangan seksual di New Zealand tidak diadili di 'mahkamah media dan umum.'

Beliau berkata tindakan itu tidak adil kepada pegawai berkenaan dan keluarganya sebelum mahkamah membuat keputusan.

"Kes ini tiada kaitan dengan polemik, geopolitik atau hubungan dua hala.

"Ini berkaitan keadilan... keadilan bukan hanya kepada mangsa tetapi juga kepada tertuduh," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama pemimpin masyarakat di Seri Bendahara hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Hishammuddin juga berkata kerajaan akan membantu melantik peguam bagi membolehkan Muhammad Rizalman mendapat pembelaan yang adil.

"Pulangnya (Muhammad Rizalman) ke New Zealand akan bersama pegawai dari pihak Angkatan Tentera Malaysia, seorang peguam yang kita akan bantu lantik dan pegawai-pegawai dari Pejabat Peguam Negara," katanya.

Muhammad Rizalman, 38, bekas pembantu staf pertahanan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand didakwa melakukan pecah rumah dan serangan seksual dengan niat untuk merogol seorang wanita 21 tahun pada 9 Mei lepas.

Pada majlis itu, Hishammuddin menyampaikan sumbangan baju kurung dan wang tunai kepada 48 penghuni Kompleks Anak Yatim Fatimah Az-Zaharah.- Bernama

NGO beri makanan percuma masih relevan

Posted: 05 Jul 2014 03:49 PM PDT

MALAYSIAKINI



 


Kehadiran lebih 250 warga miskin dan gelandangan untuk mendapatkan makanan percuma dari sebuah badan NGO di pusat bandar Kuala Lumpur malam tadi membuktikan kegiatan tersebut masih relevan.

Wartawan Malaysiakini menyaksikan sendiri NGO Pertiwi Soup Kitchen yang mengedarkan beras, buah-buahan, roti dan minuman kepada kumpulan gelandangan di satu lokasi Jalan Tunku Abdul Rahman pada malam tadi.

Aktiviti berkenaan sudah menjadi kelaziman pada setiap hari Jumaat di situ.

Namun, apa yang luar biasa adalah kehadiran MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, yang turut membantu mengedarkan makanan.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, naib presiden PKR itu berkata, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor sepatutnya memahami kehidupan warga tanpa makanan dan tempat tinggal sebelum memperkenalkan dasar untuk menyekat aktiviti memberi makanan percuma.

"Saya menjemput Tengku Adnan untuk menyertai kita pada malam ini, tetapi dia berkata dia di Labuan," katanya.

Tambahnya, ahli parlimen sepatutnya melibatkan diri dengan pihak yang mendalami keadaan warga miskin itu, seperti NGO Pertiwi yang membantu meringankan kesengsaraan gelandangan ini.

Turut hadir dalam program tersebut ialah MP Seputeh Teresa Kok yang mengakui ini adalah kali pertama dia melibatkan diri dalam aktiviti sebegitu.

Masalah turbin empangan cetus kebimbangan

Posted: 05 Jul 2014 03:43 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


NGO Save Rivers Network Sarawak (Save Rivers) bimbang masalah yang dikesan pada turbin janakuasa Empangan Murum akan menjejaskan ratusan ribu nyawa dan harta benda, malah Empangan Bakun di hilir sungai.

"Save Rivers bimbang dan menuntut tindakan segera dan sewajarnya untuk menghentikan empangan air di Empangan Murum,: kata pengerusi NGO tersebut, Peter Kallang ketika dihubungi Malaysiakini.

"Jika tidak, ia akan menjadi masalah keselamatan yang akan menyebabkan bencana yang membunuh nyawa, membinasa bangunan di laluannyna dan juga Empangan Bakun di hilir sungai juga akan terjejas.

"Ratusan ribu orang yang tinggal di segenap tebing Sungai Rajang, dari Belaga ke Sibu dan Sarikei akan bimbang dengan keselamatan mereka," kata Peter.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan terbaru Sarawak Report yang mendedahkan bahawa Empangan Murum bernilai RM4.28 bilion mengalami kecacatan serius di bahagian turbin, yang boleh menyebabkan kerosakan besar.

Menurut portal tersebut, pemilik projek berkenaan Sarawak Energy Bhd (SEB) dimaklumkan mengenai masalah tersebut sejak Mac tahun ini, namun ia tidak didedahkan kepada umum.

Ia bagaimanapun muncul ke pengetahuan umum melalui laporan firma Norway, Norconsult, yang ditugaskan untuk menjalankan penilaian bebas ke atas turbin tersebut, yang didedahkan kepada Sarawak Report.

Syarikat yang membina Empangan Murum, Three Gorges Development (Malaysia) Sdn Bhd, ditugaskan untuk membaiki turbin yang mengalami kerosakan.

Muhyiddin: Peristiwa 13 Mei mungkin tercetus lagi

Posted: 05 Jul 2014 03:41 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran bahawa peristiwa rusuhan kaum mungkin akan timbul semula sekiranya perpecahan antara kaum terus berlarutan dan tidak dibendung.

Laporan Utusan Malaysia hari ini menyebut, peristiwa 13 Mei itu juga mungkin timbul sekali lagi jika berlaku sekali lagi jika Perlembagaan terus dipersoal.

Muhyiddin memberi amaran tersebut memandangkan "perbalahan kaum ketika ini sudah menjadi kebiasaan apabila satu kaum mengkritik kaum lain".

"Sebab itu timbul pelbagai andaian apabila hubungan kaum sudah sampai ke tahap cetus ketegangan dan hubungan tidak baik. Ini boleh menyebabkan peristiwa tersebut dan saya tidak mahu sebut tarikh itu (13 Mei 1969).

"Sebab itu kita harus lihat kembali apa yang dilakukan pejuang kemerdekaan. Kita sudah hampir 57 tahun merdeka dan berupaya membentuk masyarakat Malaysia yang bersatu padu.

"(Sebelum ini) memang ada perbezaan dan salah faham tetapi tidak sehingga kita berbalah atau berlaku perpecahan," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Masalah hubungan antara kaum itu diburukkan lagi dengan spekulasi dan tokok tambah dalam laman sosialTambahnya, katanya yang menggesa rakyat tidak mudah mempercayai khabar angin.

Kenyataan itu disambut dengan nada sinis oleh penasihat DAP Lim Kit Siang yang mempersoalkan sekiranya Muhyiddin mengakui kegagalan BN dalam merangka dasar perpaduan negara.

"Beliau mengakui kegagalan BN apabila membayangkan bahawa satu lagi peristiwa 13 Mei tidak mustahil akan berlaku," kata Lim.

MP Gelang Patah itu berkata ia juga membuktikan bajhawa dasar 1 Malaysia yang dianjurkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menemui kegagalan.

"Berdasarkan kenyataan Muhyiddin itu, Kabinet dan Majlis Tertinggi BN sepatutnya mengadakan sidang tergempar kerana negara menghadapi situasi paling kritikal dalam tempoh 45 tahun," katanya.

Tiada ulasan: