Khamis, 17 Julai 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Khalid sedia jumpa Sultan

Posted: 17 Jul 2014 03:06 AM PDT


Khalid sedia jumpa Sultan


SHAH ALAM – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memperjelas maksud saranannya yang mahu kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dikurangkan atas alasan melindungi imej Sultan daripada terus dikritik rakyat.

Tegas Khalid, kenyataan cadangannya untuk memansuhkan kuasa eksekutif Mais tidak bermakna menolak kedudukan Sultan sebagai ketua agama Selangor kerana kuasa eksekutif adalah kuasa pelaksanaan.

"Sekiranya kenyataan itu mendatangkan kemurkaan Sultan lebih baik saya temui baginda untuk jelaskan maksud sebenar.

"Kemurkaan baginda mungkin disebabkan tidak faham cadangan saya. Bukanlah niat saya untuk jatuhkan Tuanku Sultan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, cadangannya itu untuk membolehkan Mais bergerak sendiri tanpa terikat dengan mana-mana pihak.

"Saya hanya beri cadangan secara terbuka untuk bincang dan kaji kesan sekiranya Mais berdiri sendiri tanpa bayangan Sultan.

"Kerana kerajaan negeri tidak berfungsi dalam gerak kerja Mais dan juga Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyebabkan arahan bercanggah, tidak sehaluan," katanya.

Sebelum ini, beberapa rakan dan kenalan hadir bertemu beliau meminta penjelasan berkaitan kenyataannya yang meminta kerajaan negeri mengkaji semula pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2012 yang menyentuh berkenaan pelantikan anggota Mais oleh Sultan selepas mendapat nasihat menteri besar.

Katanya, pindaan itu perlu supaya sealiran dan tidak lagi berlaku pertembungan antara institusi Sultan dan rakyat.

Kelmarin, Sultan Selangor murka dan menyifatkan Khalid sebagai biadab kerana mendesak supaya Mais tidak lagi diberi kuasa dalam menjaga kedaulatan agama Islam negeri itu.

Baginda bertitah supaya Khalid yang bukan berasal dari Selangor memahami sejarah negeri dan mendalami undang-undang yang terpakai di Selangor terlebih dahulu terutama Undang-undang Tubuh Kerajaan dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.

17 Jun lalu, Khalid dalam sidang media di Dewan Parlimen mengeluarkan cadangan agar kuasa eksekutif Mais dikurangkan berikutan isu pemulangan Bible yang dirampas pada Januari lalu daripada Persatuan Bible Malaysia (BSM).

Peguam Negara sebelum itu memutuskan tiada tindakan perundangan dikenakan ke atas BSM dan mengarahkan kitab berkenaan dipulangkan tetapi Mais tampil dengan kenyataan tidak bersetuju dengan keputusan itu.

Operasi pam air 24 jam menjelang Aidilfitri

Posted: 17 Jul 2014 02:56 AM PDT

SELANGORKINI


SHAH ALAM: Kerajaan Selangor melalui Lembaga Urus Air Selangor (Luas) sedang memaksimakan penggunaan air kolam alternatif di Bestari jaya melalui operasi pengepaman yang berjalan selama 24 jam.

Exco Belia, Sukan, Insfrastruktur dan Kemudahan Awam Dr Ahmad Yunus Hairi berkata langkah itu diambil sebagai persediaan sumber air menjelang musim perayaan.

Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri menyeru kepada semua pihak untuk sentiasa berhemah dan berjimat di dalam penggunaan air semasa musim perayaan ini.

"Ia bertujuan memastikan kualiti air Sungai Selangor memenuhi keperluan muka sauk dan juga loji pembersihan air (LPA) terutamanya di musim perayaan yang bakal tiba.

"Walaupun dijangkakan terdapat pengurangan penggunaan air ketika awal musim perayaan disebabkan ramai warga kota pulang ke kampung halaman, operasi pengepaman air kolam akan terus dijalankan untuk memastikan LPA beroperasi pada kapasiti optima dan tangki-tangki umbangan dapat dipenuhkan bagi menampung peningkatan penggunaan selepas cuti perayaan." jelasnya.

Yunus berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco, semalam.

Operasi tersebut dilakukan oleh pertugas Luas, jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor serta Kumpulan Semesta Sdn. Bhd (KSSB).

Sekurang-kurangnya 20 buah pam telah dipasang untuk mengepam air daripada kolam ke sungai.

Manakala 7 buah pam lagi digunakan untuk mengepam air sungai ke dalam kolam ketika aliran tinggi.

Bagi memastikan operasi berjalan lancar tanpa gangguan, Yunus berkata sebuah bilik gerakan operasi pengepaman air kolam alternatif telah diwujudkan di bangunan berdekatan dengan kawasan kolam-kolam tersebut sebagai pusat pemantauan operasi.

Katanya, perkhidmatan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan juga bantuan Polis turut dilibatkan untuk memastikan keselamatan petugas dan juga operasi terjamin.

Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Bekalan Air bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah memohon perkhidmatan pesawat daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi menjalankan operasi pembenihan awan pada skala yang lebih besar.

"Dengan keadaan cuaca semasa yang panas dan kering, operasi pembenihan awan ini akan dilakukan mengikut kesesuaian diatas nasihat pihak Jabatan Meteorologi Malaysia (MET)," katanya. - HARAKAHDAILY

Ikram seru ahli ke himpunan Solidariti Gaza esok

Posted: 17 Jul 2014 02:52 AM PDT

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru semua ahli-ahlinya dan seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyertai Himpunan Solidariti Gaza yang akan berlangsung jam 1.30 petang esok.

Perhimpunan akan bermula dari Masjid Tabung Haji dan Masjid As-Syakirin, KLCC dan bergerak ke bangunan Kedutaan Amerika.

Perhimpunan itu adalah anjuran beberapa buah organisasi termasuk IKRAM.

"Perhimpunan ini diadakan bagi membantah sekeras-kerasnya kezaliman rejim haram Israel yang menyerang bumi Gaza dan membunuh rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa," ujar Setiausaha Agungnya, Nahar Md Nor dalam satu kenyataan.

Katanya, rumah dan bangunan penduduk Gaza hancur dan musnah akibat pengeboman yang dilakukan di kawasan penempatan rakyat Palestin.

Tambahnya, perhimpunan bagi mengutuk dan membantah tindakan pengganas Israel telah diadakan di seluruh dunia.

"IKRAM mengajak seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik untuk turun berhimpunan pada hari Jumaat ini bagi menyatakan bantahan kepada rejim Israel," katanya.

Perhimpunan itu juga, kata beliau adalah bagi menunjukkan sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin.

"Mari kita buktikan solidariti rakyat Malaysia bersama rakyat Palestin!" ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY

Keselamatan di Sabah terkawal, jangan percaya khabar angin

Posted: 17 Jul 2014 02:50 AM PDT

BERNAMA


KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman menegaskan keadaan keselamatan di Sabah, khususnya di pantai timur adalah terkawal dan meminta rakyat tidak mempercayai khabar angin yang tersebar dalam laman sosial.
  
Sambil menafikan dakwaan kononnya keadaan keselamatan di Sabah terancam dan bakal berlaku pencerobohan di pantai timur negeri ini, beliau berkata polis sedang menyiasat dalang yang menyebarkan berita palsu itu.
  
"Mohon masyarakat dan rakyat Sabah jangan dengar berita palsu yang sengaja dibuat untuk menakutkan orang ramai. Pihak agensi keselamatan mampu untuk mengawal keadaan jika berlaku apa jua kemungkinan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
  
Beliau mengulas tentang penyebaran khabar angin dalam laman sosial dan aplikasi WhatsApp berhubung keadaan keselamatan di Sabah, selepas majlis penyerahan kuih raya Aidilfitri untuk anggota pasukan keselamatan yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.
  
Berhubung kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam bahawa polis akan mengumumkan perintah berkurung sepanjang 1,400 km perairan pantai timur Sabah dalam tempoh 48 jam, Jalaluddin berkata pihaknya sudah bersiap sedia untuk melaksanakan perintah itu.
  
"Kami mengadakan mesyuarat hari ini di Semporna untuk membincangkan pelbagai perkara (isu keselamatan termasuk perintah berkurung)...sudah tentu kami sudah bersedia," katanya.
  
Perintah berkurung itu akan berkuat kuasa pada masa tertentu dari perairan antarabangsa sehingga ke perairan Timur Sabah bagi mengelak penceroboh dan penculik memasuki negeri itu.
  
Ini susulan insiden serang hendap oleh sekumpulan lapan individu bersenjata berat di Pulau Mabul, Semporna Sabtu lepas yang menyebabkan Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, maut manakala rakannya, Konstabel Zakia Ali, 26, diculik. - Bernama 

Yahudi bangsa yang dilaknat Allah

Posted: 17 Jul 2014 02:47 AM PDT

TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT 


SAYA sedang berehat di dalam wad HUSM pada masa sekarang atas nasihat doktor. Namun, setiap hari saya tidak lekang untuk menatap berita-berita dari akhbar-akhbar dan juga media maya khususnya yang melibatkan pergolakan di bumi Gaza ada hari ini. Sesungguhnya hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa hati kita turut hancur luluh bersama kehancuran rumah-rumah kediaman milik rakyat Palestin akibat diserang tanpa perikemanusiaan oleh Israel.

Yahudi ialah bangsa yang dilaknat oleh Allah SWT. Ia termaktub di dalam banyak ayat-ayat Al-Quran. Salah satunya ialah ayat yang diwajibkan Allah SWT ke atas kita untuk membacanya di dalam solat iaitu ayat di dalam Surah Fatihah. Selepas kita diwajibkan memohon daripada Allah SWT agar dikurniakan jalan yang lurus iaitu jalan orang-orang yang diberikan nikmat, Allah SWT terus mendatangkan ayat selepasnya iaitu bukan jalan orang-orang yang dimurkai. Sepakat para ulama menyatakan bahawa golongan yang dimurkai ini ialah orang-orang Yahudi yang membelakangkan iman mereka kepada Nabi Muhammad SAW hanya kerana darah bangsa yang berbeza.

Yahudilah bangsa yang membunuh para nabi sekalipun nabi-nabi itu dari kalangan bangsa mereka sendiri. Jika mereka sanggup membunuh para nabi, apalah sangat untuk membunuh anak-anak kecil di Palestin pada hari ini. Jenayah membunuh anak kecil itu sangatlah remeh di pandangan mata mereka jika dibandingkan dengan kesanggupan membunuh para nabi.

Tidak dinafikan ada bangsa Yahudi yang memeluk Islam dan mendapat hidayah daripada Allah SWT, tentunya mereka ini terhindar dari kutukan yang dimaksudkan oleh Allah SWT. Namun secara umumnya itulah sifat bangsa Yahudi iaitu melebihkan diri mereka berbanding bangsa yang lain. Darah mereka dianggap mulia daripada darah bangsa yang lain. Justeru, nyawa bangsa yang lain itu dianggap sebagai murah tanpa harga dan sewenang-wenangnya dapat ditamatkan bila-bila masa sahaja.

Satu daripada tanda sesatnya Yahudi ialah mereka mendakwa sebagai anak Allah SWT. Ini dinyatakan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran: Orang-orang Yahudi dan Nasrani berkata: "Kami adalah anak-anak Allah dan yang amat disayangiNya". Katakanlah (wahai Muhammad): "(Kalau betul demikian), maka mengapakah Ia menyeksa kamu dengan sebab dosa-dosa kamu? (Sebenarnya bukanlah sebagaimana yang kamu dakwakan) bahkan kamu semuanya adalah manusia biasa di antara manusia-manusia lain yang diciptakanNya. Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan serta hukum SyariatNya), demikian juga Ia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dan kepada Allah jualah tempat kembali" (Surah Al-Maidah, ayat 18)

Saya menyeru kepada sekalian umat Islam agar bangkit membantu saudara seagama kita yang sedang menghadapi ujian di bumi Gaza ekoran sifat kebinatangan bangsa Yahudi. Berdoalah dan hulurkan bantuan. Para ulama wajib bangkit memberikan kesedaran kepada masyarakat. Jangan ada yang menyingsingkan jubah bimbang terpercik darah rakyat Palestin sedangkan dirinya hidup dalam kemewahan akibat menjual fatwa.

Ramadhan ini peluang kita untuk memanjatkan doa yang Insya-Allah dimakbulkan oleh Allah SWT. Saya penuh yakin Insya-Allah, bangsa Yahudi yang zalim ini sedang berjalan menuju ke saat kehancuran mereka yang telah dijanjikan Allah SWT.

Sekian, wassalam.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Bertarikh: 19 Ramadhan 1435H bersamaan 17 Julai 2014M

Murtadkah Seorang Islam Jika Sertai DAP?

Posted: 17 Jul 2014 02:44 AM PDT

KELAB GREENBOC



Saya tak kan murtad


SEREMBAN: Syefura Othman, 25, gadis Melayu terbaru yang menyertai parti DAP, membidas kritikan pihak luar dan berkata beliau tidak akan murtad hanya kerana telah menyertai DAP.

"Saya tengok ada orang kata bila saya sertai DAP seolah-olah saya dah lupa asal usul, bangsa dan agama saya.

"Saya tak kan murtad hanya kerana saya jadi ahli DAP. Saya tetap Melayu dan tetap menjunjung Islam.

"Malah ketika ini saya sedang membaca buku Hikayat Merong Mahawangsa.

"Mereka yang melatah bila tengok orang Melayu masuk DAP ini adalah orang yang takut pada bayang-bayang sendiri.

"Saya memilih DAP kerana ia lebih terbuka dan lebih memberi ruang kepada bakat politik anak muda terutamanya golongan wanita," kata Syefura.

Syefura yang menampilkan imej muslimah memberikan jawapan positif apabila ditanya FMT samaada lebih ramai anak muda Melayu terutama anak gadis yang mahu menyertai DAP selepas melihat langkah Syefura.

"Ya, saya akan membawa lebih ramai sahabat perempuan saya masuk DAP. Sebab sejak saya menjadi ahli ada sahabat-sahabat perempuan saya sudah mula bertanya tentang penglibatan saya serta tentang parti itu sendiri.

"Saya percaya apabila lebih ramai orang Melayu menyertai DAP, maka pengkritik di luar sana tak boleh melabelkan DAP sebagai parti rasis atau parti Cina," Syefura berkata demikian di majlis Iftar DAP cawangan Seremban bersama kepimpinan PAS dan PKR setempat serta media.

Turut hadir adalah Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook (DAP), Ketua Pemuda DAP Malaysia dan Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Mohd Taufek Abdul Ghani, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat Aminuddin Harun dan ADUN Nilai J Arulkumar. -FMT



Keterbukaan anak muda Melayu sertai DAP

SEREMBAN - Pembabitan golongan muda terutamanya mereka yang berketurunan Melayu dan beragama Islam di dalam DAP membuktikan keterbukaan anak muda terhadap parti itu semakin baik.

Bekas calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Telok Intan, Dyana Sofya Mohd Daud berkata, bagaimanapun penglibatan anak muda lain dalam DAP bukan menggadaikan maruah Islam itu tetapi sebaliknya demi prinsip dan perjuangan parti yang dibawa.

"Sejak saya menyertai DAP ini, identiti Islam saya tidak hilang. Saya berketurunan Melayu dan Islam adalah agama saya. Jadi ia bukan satu perkara yang perlu dipolemikkan," katanya kepada Sinar Harian selepas Majlis Berbuka Puasa Pakatan Rakyat (PR) Negeri Sembilan dengan Media, di sini, kelmarin.

Katanya, sehingga kini, sudah ramai generasi muda yang mempunyai latar belakang berbeza menunjukkan minat menyertai DAP.

"Tidak kira bangsa, dan agama, mereka sudah mula memahami akan perjuangan serta prinsip yang dibawa dalam parti ini.

"Memang kini, saya dan pemimpin lain mencari lebih ramai lagi rekrut-rekrut muda kerana dalam parti inilah suara serta idea kami didengar.

"Peluang 'kami' jauh lebih cerah berbanding berada dalam Umno yang tradisi, kepercayaan serta budaya lapuk," katanya.

Ditanya pembabitan Syefura Othman, 25, dalam DAP, kata Dyana, pembabitan anak muda baru seperti Syefura amat digalakkan.

"Saya sendiri pun tidak mengenali beliau pada awalnya, tetapi selepas berjumpa dalam program sama dan berjumpa di Teluk Intan, kami mulai kenal antara satu sama lain.

"Ramai pemimpin DAP adalah dalam kalangan yang masih muda, dan ini menggambarkan anak muda diterima serta diberi peluang mencurahkan idea dalam mengukuhkan akan perjuangan parti," katanya.
-SH


ULASAN GB

Ada beberapa orang macai UMNO yang menyatakan bahawa umat Islam yang menyertai parti DAP sebagai murtad. Alasannya DAP tolak hudud.

Jika demikian halnya maka ahli UMNO telah terlebih awal murtad kerana bukankah UMNO sebelum ini menentang hudud? Pelbagai alasan diberikan. Malah sehingga kini masih ramai di dalam UMNO yang menentang hudud. Tak percaya? Pergi interview Tun Dr Mahathir sekarang juga!

Kebenaran tentang orang Yahudi

Posted: 16 Jul 2014 05:23 PM PDT



Oleh Dr Asri Zainul Abidin


JIKA lihat dalam sejarah Islam, di samping menyedari tentang tabiat Yahudi, namun Islam tidak pernah menghukum mereka hanya kerana mereka Yahudi, tetapi menghukum berdasarkan tindakan mereka.

Nabi Muhammad SAW pernah mengizinkan mereka terus menetap di Khaibar yang subur.
Namun mereka khianat, merancang dengan pihak musuh untuk menjatuhkan kerajaan Nabi Muhammad SAW.

Maka mereka pun diusir.

Pada zaman Khalifah Umar Ibn al-Khattab, orang Yahudi telah diberikan penempatan dan keamanan di Alia, Palestin.

Kebebasan beragama dan hidup diberikan dengan jelas serta termaktub dalam pengistiharan khalifah agung tersebut.

Namun, seperti biasa, Yahudi terus khianat.

Sejarah pengkhianatan Yahudi bukan bermula sejak kemunculan pemikiran zionisme, tetapi sejak lama dahulu.

Sejak kisah mereka dengan para nabi yang mengalami berbagai tragedi disebabkan kerenah mereka.

Pun begitu, Islam tidaklah pula menghukum secara 'borong' dengan menyatakan setiap individu yahudi itu jahat.

Bahkan dalam sirah Nabi Muhammad SAW, isteri Baginda yang dikasihi Safiyyah binti Huyyai merupakan anak ketua Kabilah Yahudi Bani Quraizah.

Ada sahabat yang mulia bernama Abd Allah bin Salam.

Beliau seorang Yahudi, bahkan merupakan tokoh agamawan besar Yahudi.

Beliau menganut Islam dan amat dihormati.

Islam amat adil dalam menilai, tidak ditanggung dosa orang lain atas bahu orang lain.

Maka walaupun secara umumnya, rekod Yahudi memanglah buruk, namun ini tidak menafikan kemungkinan adanya mereka yang baik di kalangan Yahudi. Tetapi rekod Yahudi secara umum, memanglah buruk.

Ini diakui oleh Abd Allah bin Salam sendiri ketika beliau menganut Islam.

Katanya: "Wahai Rasulullah! Kaum Yahudi adalah puak yang paling kuat berdusta. Mereka jika tahu aku menganut Islam mereka akan menuduhku bukan-bukan. Sembunyikanlah aku di sisi engkau dan hantarlah orang bertanya pendapat mereka mengenaiku".

Maka Rasulullah pun menyembunyikannya dan menghantar orang memanggil golongan Yahudi lalu mereka pun datang.

Rasulullah bertanya mereka: "Apakah kedudukan Abdullah bin Salam pada pandangan kamu?"

Jawab mereka: "Dia orang yang terbaik di kalangan kami, anak orang terbaik. Pemimpin kami, anak pemimpin kami. Ulama kami, anak ulama kami". Sabda

Rasulullah: "Apakah jika dia menganut Islam, kamu akan turut menganut Islam?".

Jawab mereka: "ALLAH lindunginya dari perkara tersebut".

Sabda Rasulullah: "Wahai Abdulullah bin Salam, keluar dan beritahulah kepada mereka".

Abdullah bin Salam pun keluar dan berkata: "Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH dan Muhammad Rasulullah".

Lantas mereka berkata: "Dia orang yang paling jahat di kalangan kami, anak orang yang paling jahat. Orang yang paling jahil di kalangan kami dan anak orang paling jahil".

Kata Abdullah bin Salam: "Aku telah beritahu wahai Rasulullah! Bahawa Yahudi adalah kaum yang kuat berdusta". (Riwayat Ahmad dan al-Bukhari).

Kita bukan anti kaum tertentu, atau anti-semitic secara membabi buta seperti masyarakat Eropah dahulu.

Namun jika kita melihat Yahudi Israel hari ini mengkhianati perjanjian atau bersikap jahat, itu bukanlah perkara baru dan pelik untuk mereka kerjakan.

OIC gesa negara anggota bantu Palestin

Posted: 16 Jul 2014 05:16 PM PDT

Palestin


KUALA LUMPUR - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) merayu kesemua 57 negara anggotanya serta pertubuhan antarabangsa agar menghulur bantuan khususnya dalam bentuk perubatan, kepada rakyat Palestin di Semenanjung Gaza yang sedang berdepan pencerobohan berterusan Israel.
  
Setiausaha Agung OIC Iyad Ameen Madani dalam rayuannya berkata pencerobohan ganas di Gaza itu didahului dengan kepungan yang tidak berperi kemanusiaan - jenayah yang telah lama berlarutan dan mesti dihentikan segera.

Menurut kenyataan OIC, rayuan setiausaha agung itu dibuat berikutan Mesyuarat Eksekutif Luar Biasa Peringkat Menteri OIC yang telah diperbesarkan pada 10 Julai membincangkan situasi buruk di kawasan Palestin yang ditakluki termasuk AlQuds/Jerusalem.
  
Rakyat Palestin khususnya di Semenanjung Gaza mengalami kekurangan ubat-ubatan berikutan pencerobohan dan kepungan zalim berterusan ke atas Gaza oleh Israel.
 
Sementara itu, setiausaha agung itu menyanjungi tindakan penjaga Dua Masjid Suci yang membekal bantuan bernilai US$200 juta kepada Persatuan Palang Merah Palestin bagi membantu rakyat Palestin di Gaza.
  
Madani juga menzahirkan penghargaan kepada Emiriah Arab Bersatu, Mesir dan negara-negara rakan lain yang turut menghulur bantuan untuk rakyat Palestin. - Bernama

UiTM bayar dua kali ganda caj penyenggaraan – Rafizi

Posted: 16 Jul 2014 05:14 PM PDT

Oleh: Nadia Hanafi


KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi Mara (UiTM) membayar dua kali ganda lebih mahal bagi khidmat penyelenggaraan kepada syarikat pemegang konsesi, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Menurutnya, perjanjian konsesi UITM menetapkan bayaran RM1.05 setiap kaki persegi di mana bayaran biasa hanya antara 50 sen hingga 60 sen sekaki.

"Ini bermakna, UiTM terpaksa membayar dua kali ganda lebih mahal bagi khidmat penyenggaraan di bawah penswastaan kepada syarikat pemegang konsesi berbanding dengan kos yang ditanggung sedia ada," katanya.

Jelasnya, kelengkapan di beberapa kampus tidak dibina mengikut keperluan pengajaran menyebabkan Uitm terpaksa mengeluarkan belanja tambahan untuk membolehkan kampus digunakan.

"Ada dakwaan beberapa banggunan kampus UITM cawangan Jasin tidak mempunyai soket elektrik yang secukupnya.

"Ini kerana tidak termasuk di dalam spesifikasi perjanjian konsesi sehingga menyukarkan ia digunakan sepenuhnya oleh tenaga pengajar UITM," katanya dalam satu sidang media di National Oversight & Whistleblowers Centre (NOW).

Tambahnya lagi, perjanjian konsesi UITM itu turut mempunyai klausa pembayaran tetap (Availability Charges) seperti di dalam perjanjian konsesi penjana bebas(IPP) yang pernah menjadi kontroversi.

"Dengan adanya klause yang sama dalam konsesi UITM ini menimbulkan kebimbangan dari dalam UITM sendiri bahawa pembayaran tetap ini sudah tentu menjadi masalah dari segi kewangan," ulasnya.

Kenyataan-kenyataan Menteri Jabatan Perdana Menteri,  Datuk Paul Low dan Datuk Nur Jazlan Mohamad  membayangkan mereka bersetuju penswastaan kampus UITM pada harga tinggi akan merugikan negara.

Justeru itu, Rafizi juga mendesak agar kabinet mengambil nasihat kedua-dua mereka agar perjanjian konsesi UITM didedah kepada umum.

Katanya, ini untuk membuktikan konsesi UITM ini tidak merugikan UITM seperti didakwa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Pinjaman Deepak: Rafizi ada bukti campur tangan menteri

Posted: 16 Jul 2014 05:12 PM PDT

Oleh: Fiza Halim


SUNGAI BESI :  Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mempunyai bukti campurtangan Menteri Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek dalam pemberian pinjaman kepada niagawan, Deepak Jaikishen.

Menurutnya, beliau mempunyai bukti lengkap menerusi 13 dokumen yang diserahkan kepada National Oversight and Whistleblowers Centre (NOW).

"Dokumen yang diserahkan kepada NOW adalah melibatkan surat-menyurat rasmi di antara Bank Rakyat dan Hasan, kertas-kertas Lembaga Pengarah, memo dalaman dan lain-lain lagi.

"Ia bukan sahaja bukti campur tangan Hasan dalam pengurusan Bank tetapi memberi gambaran betapa besarnya jumlah hutang Deepak dan bagaimana dia mendapat layanan yang baik dari pihak bank tersebut," katanya pada sidang media di pejabat NOW dekat sini hari ini.

Sebelum ini, bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik mendedahkan campurtangan Hasan meluluskan pinjaman RM32 juta kepada Deepak tanpa faedah. Keenganannya bersetuju dengan pinjaman itu mengakibatkan kontraknya tidak disambung.

Bagaimanapun, semalam Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar mendakwa hutang Deepak kepada bank itu berjumlah RM215 Juta melalui dua lagi pinjaman dan bukan RM32 juta.

Dalam pada itu, Rafizi mendedahkan beliau memiliki surat daripada Hasan kepada Pengarah Urusan Bank itu,  yang mengarahkan Bank Rakyat memberi layanan istimewa kepada Deepak. Ia katanya bertentangan dengan amalam biasa bank.

"Pertemuan diadakan di antara Menteri, wakil Bank Rakyat dan Deepak pada 30 Januari lepas, ini menunjukkan ada salah guna kuasa dan rasuah," ujarnya.

Tambah Rafizi lagi, sebelum ini Hasan Malek menafikan sekeras-kerasnya terlibat dengan pengurusan bank tersebut dan meluluskan pinjaman yang dibuatnya.

"Sebelum ini nafikan hal ini, tapi saya ada bukti yang mengatakan dia (Hasan) terlibat dalam urusan bank tersebut. Hal ini telah menyebabkan Bank Rakyat terpaksa tunduk kepada Deepak," jelasnya.

Katanya, NOW akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri tersebut pada 18 Julai ini, jam 11 pagi, dan satu laporan terahadap Pengarah Urusan itu di Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCID) di Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman pada jam 3 petang pada hari yang sama.

"NOW akan mendedahkan secara bersiri dokumen-dokumen ini sepanjang bulan ini dan selepas raya supaya tindakan segera diambil terhadap mereka," tegasnya.

Pengguna diberi penjelasan air lombong selamat digunakan

Posted: 16 Jul 2014 05:10 PM PDT

Oleh: AFIX REDZUAN


SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan memberikan penerangan kepada pengguna air di Lembah Klang berhubung langkah penggunaan air lombong yang hangat diperkatakan pelbagai pihak.

Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Yunus Hairi, berkata tindakan itu sebagai persediaan menghadapi musim kemarau dan segala keputusan yang dibuat sudah semestinya melalui hasil kajian secara profesional.

Luas air

"Kita menyalurkan air sungai ke kolam bekas lombong pada ketika ini untuk bersedia di musim kemarau.

"Apapun keputusan yang akan diambil menggunakan air itu adalah secara profesional.

"Kerajaan Negeri akan memberi penerangan dan keyakinan kepada pengguna kerana kementerian juga telah mengesahkan air itu selamat untuk digunakan," katanya kepada Selangor Kini menerusi Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)

Sebelum ini, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel menyokong cadangan kerajaan Selangor untuk menggunakan air mentah dari bekas lombong bagi menampung keperluan air di Lembah Klang.

Katanya, air lombong selamat diguna jika proses tapisan dan kaedah rawatannya dilaksanakan dengan betul.

Namun reaksi sebaliknya diberikan oleh Kementerian Kesihatan melalui menterinya Datuk Seri Dr. S. Subramaniam yang meminta Kerajaan Selangor menghentikan penggunaan air dari kolam bekas lombong dan kan bincang dengan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Kerajaan Negeri.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga sudah berkali-kali menegaskan bahawa Langat 2 bukan penyelesaian sepenuhnya kepada kekurangan air di Lembah Klang kerana loji berkenaan hanya membekalkan 1,000 juta liter air sehari (JLH) sahaja.

Yunus turut menolak dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung isu kekurangan air disebabkan dasar pemberian air percuma yang diamalkan Kerajaan Negeri dan keengganan menaikkan tarif air.EZY

Audit MES: Kerajaan Selangor bersama SPRM perangi rasuah, salah guna kuasa

Posted: 16 Jul 2014 05:06 PM PDT

Oleh: NAZLI IBRAHIM


SHAH ALAM: Kerajaan Selangor sudah memeterai perjanjian dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan tata kelola tadbir urus kerajaan negeri dijalankan dengan telus dan berintergiriti.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ini termasuk proses mengaudit perbelanjaan Skim Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang sedangkan dijalankan di seluruh pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Parlimen dan Pejabat Penyelaras DUN seluruh Selangor ketika ini.

MB

"Audit dilakukan Bendahari Negeri dan juga audit dalaman kerajaan negeri sebab itu proses tatacara dia adalah tatacara yang dibuat seperti mana Jabatan Audit Negara.

"Kita sudah membuat perjanjian persefahaman SPRM dalam usaha menentukan tatacara pengurusan negeri dibuat dengan betul dan tertib.

"Adakalanya SPRM akan bersama audit negeri dalam menjalankan penyelidikan yang tujuannya menolong negeri dalam menentukan usaha dijalankan kerajaan negeri ini dapat mengurangkan kejadian rasuah dan salah guna kuasa," kata Abdul Khalid dalam sidang media selepas
mempengerusikan Mesyuarat Exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan negeri menjalanan kerja audit terhadap program-program MES di pejabat ADUN dan Ahli Parlimen seluruh Selangor bagi memastikan keberkesanan program itu dan sampai kepada golongan sasaran.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Pakatan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (PASMEB) membuat laporan SPRM terhadap beberapa pejabat ADUN dan Ahli Parlimen yang dikatakan terdapat penyelewengan dalam menguruskan dana MES yang disalurkan untuk masyarakat tempatan melalui pejabat masing-masing.EZY

‘Boss-boss’ Umno jangan terus khayal dengan kepura-puraan

Posted: 16 Jul 2014 05:02 PM PDT

Oleh Nur Jazlan 



Ketika ini, lebih 200 juta rakyat Indonesia masih menanti keputusan rasmi siapa yang akan menggantikan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono sama ada bekas Gabenor Jakarta yang juga seorang peniaga perabot, Joko Widodo atau ringkasnya Jokowi.

Atau bekas Jeneral pada zaman bekas Presiden Suharto, Probowo Subianto yang dapat memberikan saingan sengit dalam pusingan akhir kempen Pilihanraya Presiden (Pilpres) Republik Indonesia (RI) 2014.

Tidak dinafikan Pilpres 2014 adalah yang paling sengit setakat ini, selepas kejatuhan pemerintahan Suharto serta paling mendapat perhatian masyarakat republik berkenaan termasuk rantau Asia Tenggara atau antarabangsa.


Sepanjang tempoh berkempen Pilpres ini juga dapat disaksikan bagaimana Bapak Probowo dapat mengejar populariti Bapak Jokowi yang sebelum itu, meninggalkan beliau agak jauh.

Dengan debat kedua-dua calon Pilpres ini, disiarkan secara terbuka sebanyak lima kali ia jelas menguji bukan sekadar strategi berkempen yang diatur pakar-pakar strategi pilihan raya kedua-dua calon tetapi juga amat bergantung kepada ketokohan, kredibiliti serta dinamiknya Bapak Jokowi dan Bapak Probowo.

Saya berpendapat persaingan populariti kedua-dua calon presiden RI ini, amat terbuka terutama sekali kerana perlu melalui lima kali pusingan debat serta ditambah dengan fungsi media sosial yang begitu meluas di Indonesia menyaksikan rakyat negara berkenaan begitu teruja menanti presiden baru.

Mungkin sudah sampai masa pimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambil iktibar daripada Pilpres RI dengan tampil berdepan dengan rakyat bagi menjawab segala persoalan secara langsung sekaligus dapat meningkatkan keyakinan rakyat.

Apa yang pasti melalui debat terbuka ini, rakyat RI boleh menerima Probowo dan menganggap beliau antara pemimpin yang mampu menerajui republik berkenaan walaupun, ketika menjadi jeneral TNI, beliau dikatakan mempunyai rekod kurang baik membabitkan hak asasi manusia serta jenayah perang.

Betapa ironi sekali dan bertentangan pemikiran rakyat yang mampu melupakan sejarah buruk seorang pemimpin semata-mata disebabkan ketokohan beliau yang terserlah sepanjang kempen pilihan raya, sesuatu yang biasa juga dilihat dalam kancah politik negara.

Walaupun sebelum ini, pemimpin parti pembangkang terutama sekali Datuk Seri Anwar Ibrahim berulang kali mahukan debat khusus antara beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilakukan, tetapi sehingga ke hari ini, ia masih belum direalisasikan.

Secara peribadi saya sendiri tidak bersetuju jika debat dilakukan antara ketua pembangkang dengan perdana menteri di luar masa pilihan raya atau waktu berkempen kerana ia tidak akan memberikan sebarang keuntungan kepada rakyat selain menimbulkan suasana "over politicking".  Ini kerana waktu paling sesuai dalam menilai ketokohan pemimpin sepatutnya dilakukan ketika waktu berkempen.

Waktu antara pilihan raya perlu digunakan untuk rakyat melihat kejayaan dasar kerajaan yang dibawa oleh parti selepas pilihan raya terutama sekali dalam menunaikan segala janji yang dibuat ketika berkempen.

Namun saya berpendapat sudah sampai masanya Datuk Seri Najib selaku pemimpin nombor satu dalam kerajaan serta BN tampil bersemuka dengan rakyat secara langsung bagi memastikan BN terus mendapat kepercayaan untuk menerajui negara selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Sebagai seorang pemimpin yang sudah "masak" bergelumang dengan padang politik negara lebih 30 tahun, Datuk Seri Najib sebenarnya perlu menyedari majoriti rakyat kini, terutama sekali di kawasan bandar serta pinggir bandar semakin menjauhi BN.

Saya sendiri sebagai pemimpin BN dan Umno di kawasan bandar menyedari perkara ini, kerana segala majlis yang diadakan parti tidak mendapat sambutan daripada rakyat sebaliknya, mereka kini lebih tertumpu dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memperjuangkan nasib mereka.

Lebih menyedihkan jentera BN di peringkat bahagian dan cawangan terpaksa dipikul sendirian oleh Umno tanpa pembabitan menyeluruh daripada parti komponen yang sebenarnya, hanya meriah dan menunjukkan muka ketika ada sambutan atau majlis rasmi.

Atas sebab itu, kewibawaan dan ketokohan Datuk Seri Najib amat diperlukan bagi memikul BN dan Umno secara bersendirian bagi terus menyakinkan rakyat, parti ini, masih relevan untuk memerintah negara.

Sebenarnya, ia bukan suatu perkara baru memandangkan jika dilihat, diteliti dan dikaji ketika kempen PRU13, jentera BN dan Umno amat bergantung kepada populariti Datuk Seri Najib untuk terus "berpaut" pada kuasa memerintah.

Sebab itu, banyak disaksikan "banner" dan "billboard" yang memaparkan Datuk Seri Najib itu sendiri tanpa ada pengaruh meluas daripada parti BN atau Umno.

Slogan-slogan yang menyanjung dan menyokong Datuk Seri Najib digunakan secara meluas sehingga ada pemerhati politik menyatakan BN dan Umno masih menang PRU13 disebabkan perdana menteri.

Jika itu, senjata atau strategi terakhir yang perlu digunakan BN dan Umno bagi terus memenangi PRU14, mengapa tidak daripada sekarang, parti menampilkan Datuk Seri Najib sebagai pemain utama.

Cuma kredibiliti beliau yang sedikit terjejas dengan keputusan PRU13 yang kurang memuaskan perlu disembuhkan dengan suntikan keberanian, kewibawaan yang lebih menyerlah daripada beliau sebagai Jeneral pada askar parti dan "lead from the front" yang boleh menyakinkan pengikut dalam parti.

Untuk tujuan itu, konsep seperti interaksi secara langsung dengan rakyat dan wakil rakyat perlu dilaksanakan mulai sekarang bagi menyakinkan rakyat Datuk Seri Najib adalah pilihan terbaik untuk memimpin negara dan beliau adalah daripada parti BN dan Umno.

Konsep seperti yang diamalkan di United Kingdom iaitu "Prime Minister Question Time" mungkin boleh digunakan bagi menyakinkan rakyat mengendai dasar, visi serta misi perdana menteri serta kerajaan BN.

Mungkin buat permulaan, Datuk Seri Najib tampil di Parlimen selama sejam setiap bulan bagi menjawab persoalan daripada wakil rakyat atau rakyat secara langsung dengan soalan tidak "diketahui" terlebih dahulu.

Ia sekaligus akan menunjukkan kewibawaan, ketokohan serta keupayaan Datuk Seri Najib dan BN dalam menterjemahkan hasrat kerajaan membantu rakyat sekaligus mengelakkan mereka terus terpengaruh dengan dakyah pembangkang.

Tambahan pula, ketika ini, dengan barisan Kabinet yang begitu besar dengan 10 Menteri yang bertanggungjawab terhadap Jabatan Perdana Menteri (JPM), sudah pasti Datuk Seri Najib sebagai perdana menteri mempunyai banyak masa untuk berinteraksi secara ilmiah dengan rakyat.

Satu lagi strategi yang boleh digunakan dalam tempoh empat tahun ini, adalah dengan membentuk Jawatankuasa Pilihan Parlimen (Parliament Select Committee) yang akan membolehkan pembabitan wakil rakyat daripada pembangkang membantu kerajaan melaksanakan dasar untuk rakyat.

Sebabnya pembabitan pembangkang lebih diperlukan daripada awal kerana lanskap politik negara sudah terpisah kepada dua disebabkan undi popular dimenangi pembangkang lebih daripada yang diperoleh BN ketika PRU13 lalu.

Ia menyebabkan keputusan menang majoriti kerusi parlimen tidak lagi bermakna dan penubuhan PSC juga membolehkan kewibawaan seseorang menteri Kabinet diuji secara langsung kerana mereka adalah pendokong kepada perdana menteri.

Melalui PSC ini, kewibawaan menteri dapat dinilai secara lebih saintifik dan barulah KPI yang ditetapkan Pemandu seperti dimahukan perdana menteri benar-benar dapat membuktikan hasil sebenar.

Jika PSC ini dilaksanakan, ia akan membuktikan bahawa Datuk Seri Najib dan kerajaan BN amat terbuka dalam melakukan apa yang terbaik untuk rakyat sekaligus dapat mengelakkan pembangkang terus menambur fitnah kepada segala dasar serta inisiatif yang hendak dilaksanakan.

Buat permulaan, mungkin boleh ditubuhkan PSC untuk kementerian penting seperti Pendidikan, Kewangan, Dalam Negeri dan Perdagangan Dalam Negeri bagi membolehkan wakil rakyat memberikan input mereka secara langsung.

Strategi-strategi baru yang saya nyatakan di atas sebenarnya lazim dilakukan di negara demokrasi matang yang lain tetapi masih dianggap pemikiran di luar kotak yang perlu diterapkan pemimpin BN dalam memastikan rakyat terus memberikan sokongan kepada parti.

Walaupun, mungkin ada pihak terutama sekali pembangkang yang akan menyatakan Datuk Seri Najib terpaksa "menjual" diri untuk parti dan kerajaan BN tetapi ia adalah pengorbanan mulia yang dilakukan beliau.

Kaedah ini, mempunyai asas untuk dilakukan dan mungkin ia peluang terakhir kepada BN dan Umno bagi memastikan rakyat terus memilih parti untuk menerajui kerajaan selepas PRU14.

Walaupun, ketika ini, strategi ramai "warlord" dalam Umno dan BN adalah dengan mengharapkan kemungkinan pakatan pembangkang berpecah menjelang PRU14 sekaligus memberikan trofi kemenangan kepada BN untuk terus menerajui negara, tetapi ia semua suatu kebarangkalian.

Perlu diingatkan juga jika BN menang dalam PRU14 semata-mata disebabkan pakatan pembangkang berpecah, ia tidak akan membolehkan parti memperbaiki diri demi manfaat rakyat pada masa akan datang.

Berdasarkan lanskap politik negara pada masa kini, siapa yang boleh menidakkan bahawa rakyat terpisah kepada dua dan ia berlaku apabila BN gagal mendapatkan undi popular dalam PRU13 lalu dan hanya bersandarkan kepada majoriti kerusi di Parlimen.

Tidak boleh dinafikan lagi maruah Umno juga sebenarnya, terjejas kerana terus memerintah tetapi tidak lagi popular di kalangan rakyat disebabkan kekalahan dalam undi popular yang sebenarnya memberikan impak besar kepada ahli di peringkat akar umbi kerana mula berasa kurang yakin dengan kepimpinan parti yang terus gagal mendapatkan kepercayaan rakyat.

Umum turut mengetahui dalam politik pelbagai kebarangkalian boleh berlaku, apa yang pasti strategi baru perlu dilaksanakan dan tidak terus bergantung kepada kaedah konvensional yang digunakan sejak 57 tahun merdeka dulu.

Yang pasti pimpinan negara tidak boleh terus berkhayal dengan sikap pura-pura golongan di sekeliling mereka kerana apa yang paling penting ketika ini, adalah menunjukkan sikap kepimpinan melalui teladan dan ia harus datang daripada pemimpin nombor satu BN dan Umno terlebih dahulu.

Apa yang saya lihat sekarang, ramai yang berada dalam Umno sebenarnya, kurang yakin terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib dan ia sebenarnya suatu hakikat pahit untuk ditelan dan mereka ini, hanya berpura-pura menyatakan sokongan kepada parti dan kepimpinannya.

Sikap pura-pura ini, juga sebenarnya bertujuan mendapatkan habuan daripada pucuk pimpinan kerajaan dan parti hingga menyebabkan pemimpin berasa khayal dilambung ayat-ayat manis.

Saya sendiri berhadapan dengan sikap seperti ini, apabila pernah secara terbuka dalam Mesyuarat Perhubungan Umno Johor meminta Tun Abdullah Ahmad Badawi berhenti sebagai perdana menteri secepat mungkin akibat daripada keputusan PRU12 yang buruk.

Sebelum itu, ramai ketua Umno Bahagian Johor sudah setuju sebulat suara dengan pelan untuk mendesak Pak Lah berundur serta merta dan mahu memaklumkan kepada beliau supaya berundur tetapi kemudian tidak berani menyatakannya secara berdepan dan bercakap perkara sebenar.
Ia disebabkan takut kehilangan kuasa, pengaruh serta habuan jika pelan berkenaan gagal.

Sikap pura-pura yang mengkhayalkan perdana menteri dengan tujuan mendapatkan habuan berterusan walaupun dengan mandat pilihan raya yang diperoleh disebabkan kelebihan dalam sistem westminster, masih ramai pemimpin Umno terus dilambung mimpi indah dan bersikap berpura-pura
.
Ini akhirnya akan mengecewakan pengikut-pengikut Umno yang setia kepada perjuangan asal Umno sekaligus membawa kepada kekalahan parti.

Pemuda dibelasah disyaki curi motosikal meninggal

Posted: 16 Jul 2014 04:58 PM PDT

BESUT - Seorang pemuda yang dibelasah penduduk kampung kerana disyaki mencuri sebuah motosikal di Kampung Kubang Bemban dekat Kampung Raja pada Jumaat lepas meninggal dunia hari ini ketika dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.
  
Pemangku Ketua Polis Daerah Besut Deputi Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata mangsa Mohd Zul Hafis Ilias, 21, berasal dari Gong Dasar, Jabi dekat sini yang mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala, meninggal dunia 3.15 petang tadi.  

"Siasatan akan dijalankan sementara menunggu keputusan bedah siasat. Malah kita minta saksi kejadian supaya tampil membantu siasatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
  
Dalam kejadian pada 11.30 malam Jumaat lalu, mangsa dijumpai pengsan setelah dibelasah penduduk kampung.
  
Ketika polis tiba di tempat kejadian hasil makluman orang ramai, seorang lelaki dijumpai terbaring tidak sedarkan diri di atas jalan raya sebelum menghubungi ambulans untuk membawa mangsa ke Hospital Besut.
  
Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala turut mengalami bengkak di bahagian belakang kepala dan luka-luka kecil di kaki, siku, lutut dan tangan serta terpaksa diberi bantuan pernafasan sebelum dikejarkan ke Hospital Sutanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut. - Bernama

Khalid Samad hantar surat mohon hadap Sultan

Posted: 16 Jul 2014 04:56 PM PDT

Khalid Samad  
Khalid Samad


SHAH ALAM - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad telah memohon perkenan menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memberi penjelasan berhubung kenyataannya berkaitan Majlis Agama Islam Selangor (Mais).
 
Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor itu berkata beliau telah menghantar surat kepada pihak Istana Selangor petang ini bagi memohon kebenaran untuk majlis menghadap itu.
  
"Tujuan (memohon menghadap) ialah untuk jelaskan kenyataan saya yang sebenar terhadap baginda. Kita tidak boleh berpegang pada laporan akhbar sahaja...kita khuatir kenyataan kita telah disalah tafsir kerana ia (titah sultan) dibuat berdasarkan bacaan daripada laporan akhbar arus perdana.
  
"Mungkin ini semua salah faham," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
  
Sultan Sharafuddin semalam menyatakan rasa kesal dan dukacita terhadap Ahli Parlimen Pas itu yang dilaporkan menerusi media sebelum ini mempersoalkan kuasa eksekutif Mais selain mencadangkan kerajaan negeri supaya kuasa majlis itu dihapuskan.

Sultan Selangor ketika bertitah pada majlis perasmian Masjid Pekan Sepang semalam menegaskan bahawa Khalid sebagai seorang yang bukan anak jati Selangor, sepatutnya melengkapkan diri dengan memahami sejarah dan mendalami undang-undang di Selangor, terutama Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.
  
Baginda turut menegur Khalid yang disifatkan jahil tentang peranan Mais yang diwujudkan oleh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor sebagai penasihat dan membantu baginda menjalankan kuasanya sebagai Ketua Agama Islam di negeri itu.
  
Sultan Selangor bertitah tindakan Khalid itu seolah-olah menunjukkan sikap biadab dan penentangan beliau terhadap kuasa baginda sebagai Ketua Agama Islam di Selangor yang mendapat nasihat daripada Mais.
  
Mengulas lanjut, Khalid berkata pada sidang media yang diadakan di Parlimen pada 17 Jun lepas, beliau memberi cadangan supaya kerajaan negeri membuat kajian sama ada perlu untuk menarik balik kuasa eksekutif Mais dengan tujuan untuk menyelamatkan imej Sultan Selangor.
  
Beliau berkata cadangan itu dibuat susulan tindakan badan itu tidak memulangkan Bible dalam bahasa Malaysia yang dirampas daripada Pertubuhan Bible Malaysia (PBM) pada Januari lepas.

"Apabila mempunyai kuasa eksekutif, jika tersilap bertindak seperti isu tindakan merampas Bible, ia memalukan Sultan. Jika tiada kuasa eksekutif, maka Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan bertindak di bawah kuasa kerajaan negeri dan sekiranya badan agama itu melakukan kesilapan maka kerajaan negeri akan bertanggungjawab dan orang ramai tidak akan marahkan Sultan.
  
"Itu tujuan utama saya, iaitu untuk selamatkan imej Sultan sebab kita sayangkan Sultan dan kita tidak mahu baginda dicemuh disebabkan salah tindakan itu. Sebaik-baiknya kuasa eksekutif diserah kepada kerajaan negeri dan Mais bertindak seperti Dewan Undangan Negeri Selangor," katanya.
 
Ditanya mengenai kecaman yang banyak diterima beliau susulan titah baginda itu, Khalid berkata beliau akan memberi penjelasan sepenuhnya dalam sidang media di pejabatnya esok, termasuk menunjukkan rakaman video sidang media beliau ketika mengeluarkan kenyataan itu di Parlimen. - Bernama

Meninggal dunia ketika tadarus al-Quran

Posted: 16 Jul 2014 04:52 PM PDT


Gambar kenangan Ku Iqbal (kanan) bersama rakannya. Gambar kenangan Ku Iqbal (kanan) bersama rakannya.


ALOR SETAR - Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah (SMKAK) meninggal dunia ketika sedang bertadarus al-Quran, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.35 pagi tadi apabila Ku Iqbal Ku Md Khir, 14, secara tiba-tiba rebah di sisi kawannya.

Penolong Kanan Kokurikulum SMKAK, Johari Jaafar berkata, ia adalah kejadian pertama kali berlaku di sekolah itu.

Beliau berkata, sebelum kejadian, semua pelajar diarah mengikuti majlis tadarus al-Quran yang diadakan setiap pagi di surau.

"Keadaan pada pagi itu tenang dan semua pelajar menjalankan rutin harian pada bulan Ramadan dengan bertadarus al-Quran seperti biasa.

"Tetapi secara tiba-tiba Ku Iqbal yang ketika itu sedang membaca ayat al-Quran kelihatan sedang menundukkan kepalanya secara perlahan-lahan sebelum rebah," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, sejurus kejadian itu, pihak sekolah segera menghubungi ambulans dan memaklumkan kepada ahli keluarganya kira-kira jam 8.00 pagi.

"Pemeriksaan awal doktor mengesahkan bahawa dia meninggal di tempat kejadian.

"Perkara ini amat menyedihkan kami semua warga sekolah kerana dia seorang pelajar yang baik, ceria dan mendengar kata," katanya.

Beliau berkata, jenazah kemudian di hantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.

Johari berkata, pihak sekolah juga melancarkan kutipan derma kilat untuk membantu keluarganya menguruskan jenazah.

Jenazahnya disembahyang dan dikebumikan dekat Masjid Alor Semela di sini, selepas solat Asar.

Adakah wanita tidak sesuai jadi MB?

Posted: 16 Jul 2014 04:46 PM PDT

Oleh Rayner Yeo


Saya merujuk kepada laporan bertajuk "Uzur' halang Azizah jadi calon MB, kata peguam Umno".  Mengikut laporan tersebut, peguam Umno, Datuk Hafarizam Harun mengatakan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menghadapi halangan dalam menjalankan tugas jika dilantik menjadi menteri besar kerana faktor "keuzuran".

Pandangan itu disokong oleh pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Madya Shamrahayu Abdul Aziz yang berpendapat bahawa akan timbul kesukaran bagi menteri besar wanita untuk mengiringi sultan dalam majlis rasmi kerana terpaksa duduk berasingan, di samping memberikan alasan bahawa aspek "sensiviti dan pantang larang dalam masyarakat" juga perlu diambil kira.

Penulis tidak bersetuju dengan pandangan yang diutarakan oleh kedua-dua individu ini. Sebelum menyatakan sebab-sebab penulis tidak bersetuju, ingin penulis sarankan Datuk Hafarizam Harun agar menambah sedikit ilmu pengetahuan  asas tentang "keuzuran" wanita.


Untuk pengetahuan Hafarizam, dengan umur Datuk Seri Dr Wan Azizah sekarang, faktor "keuzuran" tidak lagi terpakai kepada beliau.  Oleh itu, kalau kita hendak menerima apa yang dinyatakan oleh Hafarizam sebagai munasabah sekalipun, faktor ini tetap tidak terpakai dalam situasi yang ingin beliau ulas.

Zaman sudah berubah. Tradisi dan protokol lama tidak perlu diikuti secara membuta-tuli. Sebagaimana di United Kingdom di mana lagu kebangsaan "God Save the King" boleh ditukar kepada "God Save the Queen" sekiranya ratu dan bukannya raja yang memerintah, kita juga perlu sesuaikan diri dengan keadaan semasa.

Kalaupun betul ada protokol atau kebiasaan yang tidak dapat diikuti jika wanita menjadi menteri besar, apa salahnya jika ia diubahsuai mengikut keadaan?

Mungkin ada yang berpendapat tradisi perlu dikekalkan dan tidak boleh diubah sesuka hati. "Biar mati anak jangan mati adat". Penulis ingin nyatakan bahawa pemimpin wanita dalam masyarakat Islam di Nusantara bukanlah sesuatu yang tidak pernah wujud.

Cuba kita lihat negeri Kelantan dan Aceh, dua wilayah yang sering dikaitkan dengan nilai-nilai Islam. Negeri Kelantan juga dikenali sebagai Negeri Che Siti Wan Kembang. Dari mana datangnya nama ini?

Che Siti Wan Kembang adalah seorang raja perempuan yang pernah memerintah Kelantan suatu masa dahulu. Malah, penggantinya, Puteri Saadong juga adalah seorang wanita.

Aceh yang dikenali sebagai Serambi Mekah dan merupakan pusat Islam di Nusantara sejak kejatuhan Melaka ke tangan Portugis juga diperintah oleh empat orang pemerintah wanita dari tahun 1641 hingga 1699 iaitu Sultanah Tajul Alam Safiatuddin Syah (1641-1675), Sultanah Nur Alam Naqiatuddin Syah (1675-1678), Sultanah Inayat Zakiatuddin Syah (1678-1688) dan Sultanah Iamalat Zainatuddin Syah (1688-1699).

Di zaman moden ini, pemilihan pemimpin perlulah berdasarkan kebolehan. Sudah tentu, peraturan bertulis mengenai pemilihan pemimpin haruslah diikuti. Namun sekiranya ia tidak ada dalam peraturan, janganlah pula kita mengenakan pula pelbagai syarat lapuk yang tidak masuk akal.

Kita sudah berada di abad ke-21, jangan biarkan masyarakat kita dibelengguh pemikiran patriarki sehinggakan jantina dan bukannya keupayaan seseorang menjadi ukuran dalam memilih pemimpin.

Wajib derma bantu rakyat Palestin

Posted: 16 Jul 2014 04:39 PM PDT

MUHAMMAD FAIZAL



Nik Abduh bersama Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakop dan sebahagian kakitangan Harakah selepas menyampaikan Tazkirah Ramadhan di Surau Harakah hari ini.

 

KUALA LUMPUR: Pengerusi Lajnah Dakwah Dewan Ulamak PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata rakyat negara ini perlu menghulurkan bantuan bagi meringankan penderitaan yang dialami rakyat Palestin akibat kekejaman rejim Israel.

Jelasnya, rakyat negara ini tidak perlu lagi mengganggap derma yang diberikan itu sebagai sunat tetapi ia merupakan satu kewajipan.

"Di dalam surah Al-Baqarah ayat 177, Allah ada menyebut bukanlah kebajikan itu orang yang mengadap wajah mereka ke barat atau ke kanan tetapi orang yang melakukan kebajikan adalah mereka yang beriman kepada Allah dan malaikat.

"Dan di dalam ayat tersebut juga Allah Taala turut menyebut tentang harta, pertama tentang zakat dan dalam ayat yang sama turut memberitahu adalah membelanjakan harga yang dia kasihi, sayangi kerana dia susah atau harta yang sedikit, tetapi Allah kata wajib keluarkan harta tersebut untuk orang yang dekat dengan dia iaitu orang miskin ataupun anak yatim," jelasnya selepas program Tazkirah Ramadhan di Surau Harakah hari ini.

Kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu lagi, terdapat ulama yang menyebut, oleh kerana Allah menyebutkan kewajipan kita tentang harta tersebut dan ia memberi maksud bukan hanya wajib kepada mereka yang layak memberi zakat tetapi juga kepada mereka yang tidak layak mengeluarkan zakat.

"Kita orang awam yang tidak kaya dan tidak layak untuk membayar zakat tetapi di depan kita ada orang miskin, anak yatim ataupun mereka yang terkandas di perjalanan, maka wajib ke atas kita untuk menderma.

"Dalam keadaan sekarang yang berlaku di hadapan kita adalan rakyat Palestin yang menanggung penderitaan, mereka memerlukan bantuan kita dan kita wajib membantu mereka.

"Kita sebagai rakyat Malaysia, walaupun kita tidak kaya tetapi menjadi kewajipan kita untuk berbelanja untuk mereka, dan ini adalah fardu ain kepada diri kita," sambung beliau.

Dalam pada itu, beliau turut berpesan agar setiap individu yang ingin menderma perlu menyalurkan bantuan tersebut kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik dan mempunyai kelayakan.

"Bila kita ingin menderma kita perlu bijak dan melihat kepada siapa sumbangan itu diberikan, ini akibat terlalu banyak pihak yang mengambil kesempatan dalam situasi di Palestin.

"Pesanan saya mereka yang mengambil kesempatan ini perlu bertaqwa kepada Allah dan perlu ingat jika ia disalah guna ia adalah haram dan besar dosanya di sisi Allah," katanya lagi. - HARAKAHDAILY

Kurikulum baharu pendidikan pemandu ditangguh

Posted: 16 Jul 2014 04:36 PM PDT

BERNAMA 


KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) yang dijadual bermula pada Ogos ditangguhkan sehingga diberitahu kelak, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
  
Beliau berkata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diminta untuk menjalankan kajian lanjut bagi menyemak kurikulum termasuk implikasinya terhadap kos.
  
Beliau menegaskan bahawa keselamatan jalan raya adalah amat penting untuk mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya di Malaysia yang dilaporkan masih tinggi.
  
"Kurikulum baharu penting untuk memupuk pemanduan selamat dan bertanggungjawab di kalangan pengguna jalan raya. Bagaimanapun, sebarang kos berkaitan pelaksanaan kurikulum baharu perlu mengambil kira kesan kewangan ke atas rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.
  
Beliau berkata JPJ telah menjalankan kajian dan penyelidikan yang sewajarnya untuk mewujudkan kurikulum baharu yang akan memastikan standard baharu bagi keselamatan jalan raya di negara ini.
  
Liow berkata walaupun keperluan rakyat diberi keutamaan, ia perlu diseimbangkan dengan keselamatan pengguna jalan raya.
  
Sebelum itu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan kurikulum baharu yang memberi penekanan kepada usaha melahirkan pemandu yang berhemah dan berdisiplin untuk menggantikan kurikulum lama yang menekankan kepada kemahiran dan pemahaman peraturan jalan raya.
  
Kurikulum baharu juga termasuk penukaran kepada kenderaan transmisi automatik untuk membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia terutama generasi tua dan wanita, memperoleh lesen memandu yang sah.
  
Sementara itu, Pergerakan Pemuda Umno tidak bersetuju jika kadar untuk mendapatkan lesen memandu kereta dan motosikal dinaikkan.
  
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata beliau sudah menyuarakan pandangan Pemuda Umno kepada Menteri Pengangkutan supaya kadar itu tidak dinaikkan selepas menghadiri mesyuarat Kabinet, pagi tadi.
      
"Saya maklumkan sebagai Ketua Pemuda bahawa harga untuk memperoleh lesen memandu tidak wajar dinaikkan sebab akan memberi kesan kepada golongan muda terutama mereka yang tidak mampu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi membeli belah baju raya bersama anak yatim dan golongan kurang berkemampuan, di sini.
  
Khairy, yang juga Menteri Belia dan Sukan, berkata kesan kedua terhadap kenaikan harga memperoleh lesen akan turut mengakibatkan lebih banyak masalah timbul apabila golongan muda memilih untuk memandu kereta atau menunggang motosikal tanpa lesen disebabkan terlalu mahal.
  
Semalam, orang ramai dikejutkan dengan dakwaan bahawa kadar untuk mendapatkan lesen kenderaan dan motor telah dinaikkan kepada RM2,000 bagi lesen kereta kelas D dan RM1,050 bagi lesen motosikal kelas B2 berkuatkuasa 14 Julai lepas.
  
Terdahulu, Khairy sempat meluangkan masa kira-kira sejam untuk membeli belah baju raya bersama 150 anak yatim dan golongan kurang berkemampuan terpilih dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Wisma Jakel, Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini. - Bernama

Tiada ulasan: