DIALOG RAKYAT |
- Pilihan PR Selangor, Khalid diganti selepas PRU, keduanya PAS ambil alih
- Aaron Aziz Kesal Baju Melayu Tiruan Guna Namanya
- Sejauh mana kesungguhan kerajaan dalam kempen ‘pemisahan sampah’?
- Terus suarakan bantahan kepada Israel di PBB – Pemuda DAP
- GST: KP Kastam akui harga barangan akan naik
- Ditegur kerana solat di lokasi penggambaran
- Kutip derma atas nama saya bohong - Tuan Ibrahim
- Gaza: Jumlah kematian meningkat 135 orang
- Sabah Diceroboh Lagi, Seorang Polis Maut & Seorang DIculik
- KUIS jadi universiti wakaf pertama Malaysia pada 2016
- Permohonan sertai KUIS naik 170%, Selangor sedia RM48.5 juta tingkat fasiliti
- SOP Esscom Dinilai Semula – Zahid
- Negara Arab lemah dorong Zionis serang Gaza
- Takut punca negara Islam lain sukar bantu
- Israel takut kena boikot
- Zionis sasar orang awam, tiada kawasan selamat di Gaza
- Mapim hantar misi khas ke Gaza
- Anggota polis marin maut ditembak, rakan diculik
- PERKASA mahu PM lebih tegas tangani NUCC
- Polis kata luka di badan Regina akibat calar
- 'Jangan benar cauvinis Islam bertapak'
- Anwar: Tak perlu tergesa-gesa tukar MB S'gor
Pilihan PR Selangor, Khalid diganti selepas PRU, keduanya PAS ambil alih Posted: 13 Jul 2014 03:38 AM PDT Selesaikah masalah Selangor, jika Khalid diberhentikan oleh Pakatan Rakyat khususnya PKR? Selesaikah masalah Pakatan Rakyat di Selangor jika Khalid digantikan oleh seorang wanita, Presiden parti keluarga Anwar itu? Sudahkah difikirkan keadaan yang akan datang setelah Khalid digantikan dengan ADUN Kajang, iaitu isteri Anwar sendiri itu? 'In the first place' sudah kah pihak Tuanku Selangor bersetuju dengan seorang Menteri Besar wanita yang bakal dicalonkan itu? Apabila terlalu berkehendakkan TS Khalid berhenti, senanglah untuk mengaku seorang wanita itu tidak ada masalah jika dijadikan Menteri Besar walaupun ini merupakan kali pertama ia berlaku dinegara ini. Mungkin seorang wanita itu tidak ada masalah jika dijadikan MB, tetapi biarlah penggantian itu dilakukan dalam keadaan aman seperti selepas memenangi pilihanraya umum nanti. Tetapi untuk menggantikan seorang MB yang menyandang dan dalam keadaan berkrisis meletakkan seorang wanita sebagai gantinya, mungkin satu tindakan yang tidak difikirkan dengan semasak-masaknya dahulu. Persoalan yang sangat penting lagi ialah bersetuju kah Tuanku Sultan untuk Khalid dibersarakan? Bagi pandangan ramai yang saya diberitahu, mengekalkan Khalid adalah lebih mudah dari menggantikannya dengan seorang wanita itu. Kenapa perlu melalui jalan yang lebih susah untuk menyelesaikan isu yang sudah sedia susah sekarang ini? PKR tidak boleh begitu yakin yang pengganti Khalid itu semestinya dari PKR. PAS juga perlu dihormati kerana PAS adalah rakan kongsi PR yang paling kanan di Selangor dengan mempunyai kerusi yang lebih dari PKR. Itu sebabnya kita tidak boleh bergaduh dan didengari oleh rakan kongsi yang telah berkorban diatas semangat kebersamaan. Jika dari hukum politiknya, PAS sepatutnya menjadi MB Selangor itu kerana mempunyai kerusi terbanyak dalam DUN Selangor itu. Itu sebabnya jika PKR menunjukkan kegolojohan untuk berebut kuasa sesama sendiri, maka ia tidak boleh lagi memegang kuasa itu kerana tidak mampu untuk menjaga kestabilan kerajaan PR itu. Maka adalah lojik jika jawatan MB itu diberikan kepada PAS yang mempunyai banyak kepimpinan yang berkualiti di Selangor. Jika keputusan diambil diatas premis kebersamaan dalam Pakatan Rakyat, maka PAS wajar mengambil alih dari PKR jawatan MB itu. Parti yang berpecah tidak boleh mengetuai PR di Selangor kerana dalam masa tidak sampai empat tahun lagi pilihanraya akan diadakan sekali lagi. Semasa itu nanti jika benar Khalid sudah dibersarakan ia akan menjadi bahan kempen oleh pihak BN. Mungkin PKR sudah berbaik-baik kembali diantara pimpinan mereka tetapi orang ramai akan melihat parut yang kekal yang ada kepada parti itu sebagai alasan untuk menolak parti itu. Jika dikalangan pemimpin sudah kembali bertaut, boleh kah dipastikan dibawah-bawah ini akan bertaut? Kita perlu ingat kewujudan PKR adalah diatas perpecahan UMNO pada tahun 1998 dahulu dan penubuhan PKR bukannya diatas perpaduan rakyat. PKR tertubuh dari 'offshoot' kepada perpecahan diantara pemimpin berpengaruh dalam UMNO dahulu, iaitu Anwar dan Mahathir. Maka perpecahan dibawah-bawah ini amat mudah berlaku. Maka adalah molek jika Khalid tamatkan edahnya sebagi MB sehingga pilihanraya umum yang akan datang. Kepada sesiapa dalam PKR yang melilih air liornya untuk menjadi MB atau kuasa disebalik MB itu, elok bersabar dan kesat air lior yang sedang meleleh itu dahulu. Jika Khalid hendak juga ditukar dan diganti maka pilih parti yang stabil untuk mengetuai kerajaan Selangor, dan yang kita nampak hanya PAS yang berkelayakan sebagai gantinya kerana parti itu tidak ada perselisihan faham diantara mereka. Jika ada pun perbezaan diantara pimpinan PAS di Selangor perselisihannya tidak di hebahkan dan berkelahi sesama sendiri dikhalayak ramai. Kejayaan melakukan 'suppression' terhadap masalah dalaman itu sendiri menunjukkan kematangan pimpinan sesebuah parti itu. Bagi saya jika yang terlalu mahukan Khalid diberhentikan, maka eloklah PAS membuat persediaan untuk mengambil alih parti yang bergolak yang tidak ada surutnya ini. Jika Wan Azizah atau Azmin dijadikan gantiannya, ia pasti akan mewujudkan pihak dan gulungan dalam PKR itu yang menentang Wan Azizah, Azmin dan Anwar sendiri. Kita mesti ingat dalam pergelutan diantara pimpinan PKR ini yang menang tidak akan memenangi semua dan yang tewas pun tidak akan hilang semua. Perpecahan akan terus berlarutan. Tiada siapa diantara mereka akan menjadi pemimpin yang 'legitimate' di Selangor jika Khalid diganti dan dianjak sekarang ini. Pendeknya hanya dua pilihan dan pilihlah satu darinya. Pertamanya Khalid berhenti selepas pilihanraya yang akan datang, keduanya PAS mengambil alih kepimpinan negeri Selangor itu. Salah satu dari pilihan ini akan mengembalikan kestabilan Selangor setidak-tidaknya sampai ke pilihanraya umum nanti. Jika tidak mahu menerima andaian ini, maka UMNO akan kembali dan PKR akan menjadi sejarah di Selangor. Khalid pun nampaknya mempunyai ramai kawan dalam UMNO dari PKR sendiri sekarang ini. Lebih lagi Khalid seolah-olah tidak merasa terancam pun sekarang ini. Beliau 'confident' seperti biasa. | |||
Aaron Aziz Kesal Baju Melayu Tiruan Guna Namanya Posted: 13 Jul 2014 03:30 AM PDT Oleh: KEMALIA OTHMAN KUALA LUMPUR: Pelakon Aaron Aziz kesal dengan tindakan segelintir peniaga yang mengambil jalan mudah dengan meniru jenama Baju Melayu Aaron Aziz yang dikeluarkan oleh Jakel. Aaron berkata, tindakan itu boleh menjejaskan jenama Baju Melayu itu yang asli berikutan kualiti yang digunakan oleh baju tiruan tidak memuaskan. "Saya kesal apabila mendapat tahu ada Baju Melayu jenama Aaron dikeluarkan oleh pihak lain yang cuba mengambil kesempatan pada musim perayaan ini. "Saya ada lihat mereka menggunakan nama 'Aaron Jakel' atau 'Zizan Jakel' dan menjualnya dengan harga yang sangat murah dan tidak berkualti," katanya ketika ditemui pada Majlis Jom Beraya bersama Aaron Aziz dan Zizan Razak, di Wisma Jakel, di sini, Sabtu. Katanya, perkara tidak bertanggungjawab itu seharusnya tidak mendapat sokongan daripada pembeli terutamanya peminat-peminatnya. "Mereka mengambil kesempatan terhadap usaha orang lain, saya dan tenaga kerja yang lain bersusah payah untuk menjenamakan produk ini, sebaliknya mereka dengan mudah mengaut keuntungan," katanya. | |||
Sejauh mana kesungguhan kerajaan dalam kempen ‘pemisahan sampah’? Posted: 13 Jul 2014 03:26 AM PDT JOHOR BAHRU: Pengarah Dasar DAP Johor Wong Shu Qi mempersoalkan sama ada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan sudah berusaha bersungguh-sungguh dalam mempromosikan 'pemisahan sampah' kepada orang ramai. Ini berikutan tindakan Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang tetap berkeras ingin meneruskan pembinaan insinerator, dengan alasan orang ramai enggan mengasingkan sampah di rumah mereka. "Pertamanya, Abdul Rahman perlu jawab sama ada kementeriannya telah pun mencuba semua cara dalam mempromosikan amalan pemisahan sampah kepada orang ramai, serta mengapa kesedaran tentangnya masih di tahap rendah. "Saya yakin ramai akan bersetuju bahawa kerajaan tidak bersungguh-sungguh dalam mempromosikannya," katanya dalam satu kenyataan. "Ketika kebanyakan rakyat tidak menyedari bahawa adanya kempen 'pemisahan sampah', tentulah mengarut untuk beliau berkata 'sampai bila kita perlu tunggu sehingga rakyat belajar untuk mengamalkan budaya kitar semula'," katanya lagi. Beliau membangkitkan jawapan parlimen Abdul Rahman sebelum ini, bahawa arahan untuk kontraktor memisahkan sampah hanya bermula 1 September ini, manakala tindakan mewajibkan pemisahan sampah di sumber (seperti kediaman) sekali lagi ditangguhkan sehingga September 2015. Hakikatnya, langkah bagi memastikan orang ramai memisahkan sampah sudah dirancang sejak Februari 2011, namun beberapa kali ditangguh sehingga kini. Mengulas lanjut, Ahli Dewan Undangan Negeri Senai itu berkata, bagi membolehkan proses kitar semula, sampah pejal perlu diasingkan terlebih dahulu dengan sisa makanan. "Namun, kita tidak pernah melaksanakan pengumpulan sisa makanan mahu pun mengkaji kitar semula sisa itu, walaupun 45 peratus sampah yang dikutip pihak berkuasa tempatan adalah sisa makanan," katanya lagi. Mengapa insinerator di kawasan tiada sampah? Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan memilih Bukit Payung di Batu Pahat sebagai lokasi untuk membina insinerator, memandangkan sampah yang dihasilkan di kawasan sekitarnya adalah kurang. Beliau membandingkan keputusan itu dengan kenyataan Abdul Rahman dua hari lalu, bahawa kerajaan tidak memilih Putrajaya sebagai insinerator kerana bandar pentadbiran itu tidak mengeluarkan banyak sampah. "Jawapan itu pasti membuatkan warga Johor tertanya-tanya mengapa Bukit Payung dipilih, sedangkan jelas lebih banyak sisa pejal dikeluarkan di bahagian selatan negeri. "Jika bandar tahap dua (second-tier) seperti Batu Pahat menghasilkan banyak sisa sehingga memerlukan insinerator, maka bandar tahap pertama seperti Johor Bahru tentunya menghasilkan sisa dengan lebih banyak. "Maka, adakah wujud perancangan untuk membina lebih banyak insinerator di sini? Kerajaan perlu beri penjelasan kepada rakyat berhubung perkara ini," katanya lagi. -Roketkini.com | |||
Terus suarakan bantahan kepada Israel di PBB – Pemuda DAP Posted: 13 Jul 2014 03:17 AM PDT Roketkini.com KUALA LUMPUR:Pemuda DAP Kebangsaan (Dapsy) menggesa agar masyarakat antarabangsa terus menyuarakan bantahan terhadap serangan rejim Israel ke atas Gaza yang kini sudah masuk hari kelima. Ketua Dapsy Teo Kok Seong menyifatkan serangan itu tidak boleh didiamkan dengan begitu sahaja kerana telah banyak mengorbankan nyawa rakyat Palestin yang tidak berdosa. "Kita mengutuk sekeras-kerasnya serangan ganas pihak Israel. Ramai rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa mereka. "Kita berharap agar negara-negara seluruh dunia dapat terus bersama-sama menyuarakan bantahan terhadap serangan terbaru ini, terutama melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu," katanya kepada Roketkini. Menurut laporan Al-Jazeera, siri serangan terbaru yang bermula Selasa lalu setakat ini sudah mengorbankan 121 nyawa warga Palestin dan mencederakan 920 orang. Namun, tiada tanda bahawa serangan ini akan berakhir dalam masa singkat, apabila Perdana Menteri israel Benjamin Netanyahu menyatakan beliau akan meningkatkan lagi serangan selagi Hamas tidak menghentikan serangan roket ke negara itu. Kenyataan itu dibuat di sebalik gesaan Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon semalam, agar kedua-dua pihak melakukan gencatan senjata. Dalam pada itu, Ahli Parlimen Rasah itu juga menyeru seluruh rakyat Malaysia agar meyuarakan bantahan terhadap serangan itu agar dapat menyampaikan mesej jelas kepada Israel. Serangan ke atas Gaza mendapat perhatian utama di laman sosial Facebook dan Twitter. Banyak pengguna berkongsi berita dan gambar tentang apa yang berlaku di Gaza. Hashtag #PrayforGaza juga setakat ini berada di tempat keempat di carta trending Malaysia. -Roketkini.com | |||
GST: KP Kastam akui harga barangan akan naik Posted: 13 Jul 2014 03:12 AM PDT KUALA LUMPUR: Kenaikan harga barangan susulan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula April tahun depan hanya bersifat 'one-off' dan akan kembali stabil dalam masa setahun. Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Seri Khazali Ahmad berkata berdasarkan kajian, kadar kenaikan juga agak kecil iaitu sekitar 1.4 hingga 1.8 peratus. "Bukannya tiada peningkatan langsung. Berdasarkan kajian ada sedikit peningkatan dan peningkatan ini kembali stabil dalam masa setahun," katanya di sini. Khazali ditemui Bernama selepas menyampaikan ucapan menutup Persidangan GST Kebangsaan anjuran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Tax Advisory and Management Services Sdn Bhd yang berlangsung selama dua hari bermula Khamis. Mengulas lanjut, beliau berkata sehubungan itu gaya hidup pengguna tidak akan berubah dengan pelaksanaan GST tersebut. "Jabatan Kastam telah melakukan simulasi untuk menguji impak GST terhadap orang ramai dan mendapati peniaga tidak mempunyai sebab untuk menaikkan harga secara melampau," katanya. Ini kerana katanya peniaga boleh menuntut kembali cukai enam peratus yang dibayar itu daripada kerajaan. Beliau juga mengingatkan peniaga bahawa mereka boleh didakwa menurut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan jika menaikkan harga barangan dengan sewenang-wenangnya. Dalam sidang Dewan Negara pada 5 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan memaklumkan daripada 689 barangan yang dikategorikan sebagai barangan dikenakan GST, sebanyak 287 mengalami penurunan harga, 329 kekal, 255 sedang disemak dan hanya 73 mengalami kenaikan. Pelaksanaan GST pada kadar enam peratus diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2014 pada Oktober tahun lalu, bagi menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang berkadar keseluruhan 16 peratus. - BERNAMA | |||
Ditegur kerana solat di lokasi penggambaran Posted: 13 Jul 2014 03:10 AM PDT Menurutnya, teguran secara terbuka dan dalam nada keras itu dibuat oleh rakan Islam sendiri yang merasakan tindakannya mengganggu jadual penggambaran. "Apa salahnya saya dan isteri berjemaah kerana bukanya lama, sebentar saja. "Ayat yang dikatakan itu sampai sekarang masih saya simpan sebagai kenangan," katanya. Beliau berkata demikian ketika bercakap pada forum 'Kahwin Campur' anjuran Hidayah Centre Foundation di Komplek Tabung Haji, Bayan Baru malam tadi. Mengakui kecewa dengan teguran diterima itu, beliau mengingatkan orang Islam agar menjadi contoh yang baik kepada saudara baru yang baru memeluk Islam. Beliau juga melahirkan rasa syukur kerana dikurniakan isteri yang sentiasa menyokong dan memahami beliau sebagai saudara baru. Menurut Adam, isteri beliau Fazima Mohd Fuad sentiasa berada disampingnya dan mengingatkannya tentang tanggungjawab agama - HARAKAHDAILY | |||
Kutip derma atas nama saya bohong - Tuan Ibrahim Posted: 13 Jul 2014 03:08 AM PDT "Saya tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk memungut sebarang derma sama ada untuk sekolah, tahfiz atau pondok anak yatim," tulis beliau menerusi facebook. Beliau yang juga Pesuruhjya PAS Pahang memaklumkan individu itu dikesan di Kuantan pagi ini. Sementara itu, Tuan Ibrahim ketika dihubungi memberitahu individu tersebut dikesan mengutip derma di Pasar Tani Kuantan oleh adik beliau pagi ini. "Banyak juga dia dapat dalam tabung dia," ujarnya. Sebelum ini, katanya beliau ada mendengar mengenai perbuatan pihak tidak bertanggungjawab itu. - HARAKAHDAILY | |||
Gaza: Jumlah kematian meningkat 135 orang Posted: 13 Jul 2014 03:03 AM PDT GAZA: Serangan berterusan tentera Israel terhadap penempatan awam Palestin sehingga malam tadi telah mengorbankan 135 nyawa yang majoritinya adalah wanita dan kanak-kanak. Malam tadi sahaja, enam lagi warga Gaza syahid dibedil peluru berpandu tentera rejim manakala puluhan yang lain cedera. Menurut jurucakap kementerian kesihatan Ashraf al-Qudra, mangsa yang cedera, telah dikejarkan ke hospital al-Shifa di Gaza. Orang awam yang dibunuh telah dikenal pasti sebagai Rateb Sobhi Youssef al-Sayfi, 22, Azmi Mahmoud Taha Ubaid, 51, Nidhal Muhammad Ibrahim Abu al-Malash, 22, Suleiman Said Younes Ubaid, 56, Ghassan Ahmad al-Masri, 25, dan Mustafa Muhammad Taha Inaya, 58. Pasukan perubatan berkata , keadaan mayat yang tiba sangat menyedihkan dengan keadaan sebahagian anggota terpotong dan hancur akibat serangan jet Israel. Menurut kaji selidik yang dijalankan oleh pemberita di Gaza, sekurang-kurangnya 135 orang awam terbunuh setakat ini manakala lebih 948 yang lain mengalami kecederaan yang teruk. Beratus-ratus rumah orang awam pula 'telah musnah di sepanjang serbuan rawak Israel. Hari ini merupakan hari keenam Israel melancarkan serangan terhadap Gaza. Angka kematian dijangka terus meningkat dengan tentera rejim tiada tanda-tanda mahu memberhentikan tindakan kejam itu. Malah Israel telah mempersiap 40,000 lagi tentera mereka untuk membuat serangan darat ke atas Gaza. Israel dengan angkuh mendakwa mereka enggan tunduk kepada tekanan antarabangsa agar menamatkan serangan itu. - HARAKAHDAILY | |||
Sabah Diceroboh Lagi, Seorang Polis Maut & Seorang DIculik Posted: 13 Jul 2014 03:01 AM PDT KELAB GREENBOCKota Kinabalu: Seorang anggota polis dilaporkan terbunuh dan seorang lagi dipercayai diculik selepas satu kejadian tembakan di Pulau Mabul, Semporna di pantai timur Sabah pada lewat malam Sabtu. Kejadian tembak-menembak melibatkan anggota polis itu berlaku sejurus sebelum tengah malam apabila lapan lelaki bersenjata yang berpakaian seperti tentera memasuki pulau itu pada kira-kira pukul 11.30 malam Sabtu. Polis Marin, Koperal Abdul Rajah Jamuan, 32, maut manakala konstabel yang dikenal pasti sebagai Zakia Aleip, 26, masih hilang selepas kejadian tembakan bersama kumpulan lelaki bersenjata itu dalam satu serangan hendap di Mabul Water Bungalows Resort di pulau Mabul.u. Para penyelam yang tinggal di resort di pulau itu dilaporkan mendengar bunyi tembakan. Sebelum ini terdapat beberapa cubaan oleh pasukan lelaki bersenjata warga Filipina untuk menceroboh masuk ke Pulau Mabul yang terkenal sebagai syurga menyelam di pantai timur Sabah. Minggu lalu, tahap keselamatan dipertingkatkan berikutan satu cubaan menculik oleh tujuh lelaki bersenjata di pusat ternakan ikan dalam sangkar di Kampung Bangau Bangau di Semporna. Pemilik sangkar ikan itu diarahkan berpindah keluar dari pusat ternakan berkenaan dan sekurang-kurangnya tujuh lelaki bersenjata dilaporkan masih berada di kawasan itu. -mstar
| |||
KUIS jadi universiti wakaf pertama Malaysia pada 2016 Posted: 13 Jul 2014 02:53 AM PDT Oleh: NAZLI IBRAHIM BANGI,: Selangor sebagai sebuah negeri yang mementingkan pembangunan ilmu bakal memiliki sebuah lagi universiti penuh menjelang 2016 nanti. Ini bakal direalisasikan apabila Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) berjaya mencapai status universiti penuh pada 2016 nanti. Rektor KUIS, Profesor Madya Datuk Dr Ab Halim Tamuri berkata, antara langkah diambil bagi menjayakan wawasan ini termasuk menawarkan program pasca siswazah iaitu Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Muamalah), Ijazah Sarjana Syariah (Pengurusan) dan Doktor Falsafah Islamiyyat. "Penawaran program ini adalah bagi menggalakkan usaha melahirkan lebih ramai profesional dan penyelidik Islamik disamping memupuk dan meneruskan usaha menjalankan penyelidikkan ilmiah," kata Dr Ab Halim. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya dalam Majlis Berbuka Puasa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya di Masjid Al-Azhar, KUIS di sini semalam. Turut mengiringi baginda, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah KUIS. KUIS juga akan menambah program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana seperti Sarjana Kewartawanan, Komunikasi Islam, Islamiyyat dan beberapa jurusan lagi. Tidak ketinggalan program peringkat Sarjana Muda seperti Pendidikan Islam dengan Multimedia, TESL dengan Multimedia, Bahasa Inggeris dan Komunikasi Korporat. Kata Dr Ab Halim, KUIS turut merancang mewujudkan program Diploma Eksekutif Pengurusan Masjid dan Pembangunan Komuniti bagi semua bakal imam, pegawai masjid dan ahli jawatankuasa masjid seluruh Selangor. Tambah beliau, KUIS juga berhasrat menjadi Universiti Wakaf yang pertama di Malaysia. "Sehubungan itu, selain berusaha mendapatkan sumbangan wakaf dari luar negara, KUIS sudah diberi kebenaran oleh Perbadanan Wakaf Selangor bagi menerima sumbangan orang ramai agar berwakaf di KUIS dengan tujuan pembangunan pendidikan di negeri ini. KUIS juga sudah menubuhkan Pusat Zakat Pendidikan di KUIS dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS). "Sejak sebulan penubuhannya, Pusat Zakat KUIS berjaya mengutip sebanyak RM86,500 daripada orang ramai," kata Dr Ab Halim.EZY | |||
Permohonan sertai KUIS naik 170%, Selangor sedia RM48.5 juta tingkat fasiliti Posted: 13 Jul 2014 02:49 AM PDT Oleh: NAZLI IBRAHIM BANGI,: Bagi memastikan suasana pembelajaran lebih kondusif Kerajaan Selangor menyediakan pinjaman mudah bernilai RM48.5 juta kepada Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Rektor KUIS, Profesor Madya Datuk Dr Ab Halim Tamuri berkata, pinjaman itu digunakan bagi membiayai pembangunan fasiliti baru selaras dengan peningkatan keperluan pelajar kolej universiti itu yang semakin bertambah. "Antara pembangunan yang bakal dilaksanakan, bangunan akademik bagi menempatkan fakulti baru iaitu Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, perpustakaan, kompleks sukan dan kompleks aktiviti pelajar. "Ini dapat memberi keselesaan kepada mahasiswa semasa sesi pembelajran, perlaksanaan program dan aktiviti riadah," kata Dr Halim dalam Majlis Berbuka Puasa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya. Majlis yang turut dihadiri Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu diadakan di Masjid Al-Azhar di KUIS, di sini semalam. Jelas Dr Ab Halim, KUIS yang sudah melahirkan lebih 12,000 graduan itu menerima peningkatan 70 peratus pelajar baru bagi sesi pertama tahun ini berbanding sesi sama tahun lalu. "Jumlah pelajar yang membuat permohonan seramai 12,442 iaitu peningkatan 170 peratus dan ini bermakna, jumlah pelajar KUIS adalah 5565 orang. "Jumlah ini termasuk pelajar jurusan diploma dan ijazah sarjana muda Tahfiz Al-Quran dan Qiraat seramai 223 orang," kata Dr Ab Halim lagi. Sementara dalam majlis yang turut dihadiri DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan sumbangan berjumlah RM110,500 kepada asnaf fakir dan miskin yang terdiri daripada 221 pelajar KUIS. Baginda Sultan juga berkenan menyampaikan sumbangan berjumlah RM500 setiap seorang kepada 178 mualaf dari Bangi.EZY | |||
SOP Esscom Dinilai Semula – Zahid Posted: 13 Jul 2014 02:44 AM PDT KL TODAY KOTA KINABALU: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Prosedur Operasi Standard (SOP) Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) akan dinilai semula bagi memperbaiki sebarang kelemahan yang ada. Ahmad Zahid berkata penilaian semula SOP ESSCom perlu dilakukan kerana percaya tidak ada SOP yang sempurna dan masih ada ruang untuk memperbaiki SOP berkenaan atas faktor perubahan keadaan semasa serta atas permintaan masyarakat. "Kami ingin melihat semula tentang SOP dan juga sebarang tugas yang selama ini telah berjalan. Tentu masyarakat mempertikaikan mengapa masih berlaku pencerobohan, kenapa masih berlaku penculikan?," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa dengan warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, Khamis. Hadir sama Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dan bekas Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib. Beliau berkata selain kelengkapan aset dan tenaga manusia, ESSCom juga akan memberi perhatian serius kepada aspek risikan atau pengumpulan maklumat dan ia akan dilakukan melalui kerjasama antara bahagian risikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ahmad Zahid berkata bahagian risikan pasukan keselamatan Malaysia juga akan bekerjasama dengan bahagian risikan tentera Filipina dan unit pengumpulan maklumat polis negara berkenaan. "Ia untuk menjaga kepentingan negara ini dan pada masa sama menjaga kepentingan rakyat dan kerajaan Filipina sendiri kerana masalah yang dihadapi kini datang dari Wilayah Selatan negara itu. "Jadi mudah-mudahan dengan jalinan ini akan merupakan sebagai era baharu kepada kepimpinan pengoperasian ESSCom yang akan diambil alih secara rasmi oleh PDRM pada 15 Julai ini," katanya. Mengenai pengambilalihan sepenuhnya pengoperasian ESSCom oleh PDRM, Ahmad Zahid berkata pihak KDN dan PDRM mengucapkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana memberi kepercayaan kepada agensi kementeriannya mengendalikan sepenuhnya pengoperasian ESSCom. Katanya meskipun tanggungjawab yang bakal dipikul PDRM adalah berat namun yakin dengan kerjasama yang diberikan oleh ATM serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) akan merealisasikan operasi yang cukup terkini. Mengenai kedudukan Ketua Pengarah ESSCom Datuk Mohammad Mentek, Ahmad Zahid berkata ia akan ditentukan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Perdana Menteri. Mengulas pembebasan pengurus pusat ternakan ikan warga China, Yang Zai Lin, 34, yang culik dari Pulau Baik, Lahad Datu pada 6 Mei lepas dan diselamatkan awal pagi ini, Ahmad Zahid berkata kejayaan menyelamatkan mangsa adalah berdasarkan hasil maklumat yang diterima. | |||
Negara Arab lemah dorong Zionis serang Gaza Posted: 12 Jul 2014 07:40 PM PDT SHAH ALAM - Kelemahan negara-negara Arab dipercayai antara faktor yang mendorong Israel menyerang Gaza kini, kata Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Mohamad Abu Bakar. Beliau berkata, siapa lagi yang boleh diharapkan oleh rakyat Palestin untuk membantu mereka kerana dunia Arab semakin lemah dan berpecah-belah. "Dulu ada Iraq tetapi Iraq sudah hancur. Syria diambang kehancuran, Mesir pula dalam keadaan tidak menentu," katanya, semalam. Ditanya apakah faktor penyatuan Hamas dan Fatah yang kini dalam proses untuk membentuk semula Kerajaan Perpaduan menjadi punca susulan kebimbangan Israel bahawa penyatuan itu menjejaskan mereka, katanya: "penyatuan Hamas dan Fatah hanya satu suara penyatuan kepada Palestin untuk berurusan dengan Barat dan PBB. "Selain itu, dari segi ketenteraan tiada ada yang perlu dibimbangkan Israel. Apalah sangat ketenteraan yang ada pada Hamas dan Fatah?" Mohamad berkata, penyatuan Hamas yang mentadbir Gaza dengan Fatah yang menguasai Tebing Barat boleh memberi kekuatan atau petunjuk baru bagi Palestin mendapat perhatian di peringkat antarabangsa. "Hamas yang sebelum ini dilabel sebagai pengganas oleh Barat, boleh mendapat pengesahan baru," ujarnya. Dalam pada itu, katanya pembunuhan warga Israel dan serangan roket oleh Hamas sekadar helah bagi rejim Zionis untuk melancarkan serangan. "Berbekalkan helah yang pelbagai ini, pada zahirnya ia dilihat sebagai taktik membantutkan penyatuan Hamas dan Fatah, sedangkan strategi umum adalah untuk memastikan gerakan Palestin dihancurkan," katanya. Sementara itu, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak turut senada dengan Dr Mohamad bahawa negara Arab gagal mendesak rejim Zionis kerana keadaan mereka yang tidak bersatu dan berpecah-belah. Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) itu berkata, negara Islam khasnya di Timur Tengah sukar bersepakat dan bertindak mencapai penyatuan dalam keputusan. "Mereka berpecah-belah berdasarkan kepada kepentingan nasional masing-masing. Malah ada yang sanggup bersekongkol dengan Israel atas dasar kepentingan bersama," katanya. Beliau berkata, perdamaian hanya berlaku apabila negara Arab bersatu dan memberi tekanan kepada Israel menghentikan serangan mereka. | |||
Takut punca negara Islam lain sukar bantu Posted: 12 Jul 2014 07:37 PM PDT KUALA LUMPUR - Takut kepada sekatan ekonomi dari Israel menjadi punca kepada kelesuan negara Islam di dunia untuk membantu Palestin yang diserang rejim Zionis. Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, Liga Arab serta Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) tidak bersedia mengambil sebarang tindakan yang berkesan membantu rakyat dan menghentikan keganasan Israel. "Israel seperti sedia maklum sememangnya sebuah negara yang berpengaruh dalam ekonomi di mana dunia hari ini dilihat banyak bergantung kepada kepesatan ekonomi Israel. Disebabkan hal ini banyak negara yang terpaksa berdiam diri daripada membantu kerana takut menerima nasib sama. "Angka kematian semakin meningkat dan perkara berkenaan menunjukkan tanda-tanda kemusnahan yang bakal berakhir dengan pembunuhan beramai-ramai di Gaza," katanya ketika sidang media Pelan bertindak NGO-NGO Malaysia Isu Gaza, hari ini. Beliau berkata, Gaza kini mengalami kekurangan ubat-ubatan serta alatan perubatan kerana kehilangan khampir 30 peratus bekalan berkenaan. "Bekalan ubat-ubatan kini hanya tinggal 15 peratus dan dijangka akan habis dalam masa beberapa hari sepanjang serangan Israel. "Walaupun rayuan dibuat kepada kerajaan konsensus Palestin yang ditubuhkan bulan lepas, namun tiada sebarang tindakan diambil setakat ini untuk menyelamatkan sisitem penjagaan kesihatan di Gaza," katanya. Menurutnya, Israel menjadi kebal daripada sebarang undang-undang antarabangsa atau Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung pencerobohan dan kekejaman terhadap Gaza. "Serangan ini bukan 'perang' dengan Hamas sebagaimana yang didakwa oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Nantanyahu. "Tujuan sebenar Israel hanya mahu menghapuskan sebarang ancaman kepada kewujudan negaraYahudi termasuklah menggunakan pendekatan membunuh rakyat Palestin," katanya. | |||
Posted: 12 Jul 2014 07:22 PM PDT
TEL AVIV - Dalam keghairahan membedil ratusan roket ke Gaza, Israel dilaporkan ketakutan susulan peningkatan kempen boikot produk-produk keluaran mereka. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menganggap kempen boikot itu adalah masalah terbesar jika ia benar-benar dilaksanakan. Susulan ancaman beberapa negara termasuk Britain, beliau adakan mesyuarat Kabinet tergempar untuk cari penyelesaian. "Jika negara di seluruh dunia setuju memboikot produk Israel maka ekonomi negara itu berada dalam bahaya," petik laporan Jpost. Februari lalu, ancaman boikot itu disuarakan Menteri Luar Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry ketika menjadi perantaraan rundingan damai Israel dan Palestin. "AS mengancam untuk memboikot segala produk Israel, jika rundingan damai Israel dengan Palestin ini gagal," katanya. Sehari kemudian, Kesatuan Eropah (EU) menyatakan pendirian sama terhadap Israel. Dilaporkan juga, Menteri Kewangan Israel, Yair Lapid, beberapa kali mengingatkan jika kempen boikot itu menjadi realiti terutama dari EU maka mereka akan terputus hubungan dagang terbesar di negara itu. "Israel kemungkinan akan mengalami penurunan nilai eksport ke negara EU sehingga AS$5.7 juta (RM18 juta) dan 9,800 penduduknya akan hilang pekerjaan," menurutnya. Bagaimanapun, Menteri Strategi Israel, Yuval Steinitz berpendapat, ancaman AS dan EU itu bersifat tidak adil dan serius. "Israel tidak dapat berunding mengenai ancaman itu jika pistol sudah diarahkan ke kepala kami. Ini sayu ugutan," katanya dipetik Jpost Namun, beliau kemudiannya mengeluarkan kenyataan sinis apabila menyatakan kedua-dua negara itu tidak perlu menipu diri sendiri. "Kita seharusnya tidak menipu diri sendiri. Dunia sedang memerhati AS dalam rundingan damai ini. "Kita harus akui jika rundingan dengan Palestin gagal, dunia akan percaya bahawa kita yang bertanggung jawab dan akan ada harga yang harus dibayar," katanya | |||
Zionis sasar orang awam, tiada kawasan selamat di Gaza Posted: 12 Jul 2014 07:14 PM PDT KUALA LUMPUR: Kini pencerobohan sekali lagi dilancarkan dan mensasar orang awam melalui serangan udara dan pengeboman setiap hari. Tiada kawasan yang selamat lagi di Gaza. Demikian kenyataan bersama Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid, Ustaz Abdul Ghani Samsudin (Pengerusi Shura}, Wan Tarmizi Abdul Aziz (Timbalan Pengerusi, Teras Pengupayaan Melayu), Datin Hajah Aminah Zakaria {Pengerusi, Salimah) dan Zulkifli Ibrahim (Timbalan Pengerusi Jama'iy Perak) yang mengutuk pencerobohan dan keganasan tentera rejim zionis Israel di Gaza, Palestin. Berikut kenyataan penuh mereka. Kami, organisasi dan individu yang bertandatangan di bawah, menyatakan kutukan keras kami kepada keganasan tentera Israel Occupation Force (IOF) ke atas Gaza. Pembunuhan rakyat Palestin di Gaza sejak serangan itu dilancarkan pada hari Selasa, 8 Julai 2014 yang lalu adalah pengulangan serangan tentera Israel pada 2008/2009 dan 2012. Serangan yang diberi nama oleh IOF itu sebagai Operation Protective Edge telah diumumkan akan menjadi operasi ketenteraan yang akan berlarutan dalam jangka masa yang panjang. Kini pencerobohan sekali lagi dilancarkan dan mensasar orang awam melalui serangan udara dan pengeboman setiap hari. Tiada kawasan yang selamat lagi di Gaza. Sangat malang ketika seluruh dunia memberi perhatian sepenuhnya kepada Piala Dunia FIFA di Brazil, masyarakat dunia berdiri kaku bila setakat 12 hb Julai lebih 100 orang, termasuk kanak-kanak terbunuh dan lebih 800 orang cedera, 300 rumah kediaman musnah dan 1000 rumah rumah rosak dalam serangan ganas Israel ke atas Gaza dalam 4 hari sejak 8 hb Julai yang lalu. Adalah mencukupi untuk sesiapa sahaja tersentuh hatinya bila mengetahui bahawa dalam satu serangan udara sahaja, ke atas sebuah rumah, IOF telah membunuh 7 rakyat Palestin termasuk 5 kanak-kanak pada hari Selasa lalu. Laporan terkini menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 1100 sasaran kawasan telah diserang jet Israel dan mengikut IOF "still hundreds more to furnish" (ratusan lagi yang maseh belum dilancarkan lagi) . Bandar-bandar yang padat dengan penduduk seperti Gaza City, Beit Hanoun dan Khan Younis telah dihujani dengan peluru roket dengan sewenang-wenangnya. Israel telah menetapkan untuk melancarkan serangan darat dengan meletakkan 40,000 tentera pasukan simpanan Israel berlegar di sempadan Gaza-Israel. Ini dijangka akan berlaku pembunuhan orang awam secara massa . Kami juga merasa kesal atas sikap lesu komuniti dunia. Peningkatan jumlah mangsa yang disiar setiap hari mencerminkan keadaan yang semakin parah. Angka kematian masih meningkat dan ia menunjukkan tanda-tanda kemusnahan yang bakal berhujung dengan pembunuhan beramai-ramai di Gaza. Wad kecemasan hospital Al-Shifa di Gaza dibanjiri oleh mangsa yang mengalami kecederaan akibat terkena serpihan serangan udara Israel yang membedil rumah kediaman. Kejadian 2008/2009 berulang kembali apabila hospital dipenuhi dengan darah dan mayat yang mengerikan. Sementara Israel terus menghentam Gaza dengan serangan udara - dengan 50 pengeboman semalaman dan sepanjang hari Selasa, 8 Julai, 2014, pasukan perubatan memaklumkan kebimbangan mengenai keupayaan hospital yang terbatas untuk merawat orang ramai yang cedera. Mengikut laporan , serangan udara berlaku setiap empat setengah minit. Sehingga awal petang pada hari Selasa itu, sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin telah terbunuh dalam pengeboman Israel. Lebih daripada 80 yang lain cedera, menurut jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, termasuk lebih daripada 25 yang mempunyai kecederaan serius. Sebanyak 12 buah katil di unit rawatan rapi di hospital tersebut digunakan sepenuhnya untuk mereka yang tercedera dan tiada katil yang tinggal untuk pesakit baru jika serangan udara diperhebatkan. Penutupan terowong antara Gaza dan Mesir - ia merupakan nadi utama di mana bekalan , perubatan dan keperluan dibawa masuk ke Gaza selepas serangan Israel pada November 2012 - dan telah memburukkan lagi situasi tersebut. Serangan ini telah mencipta krisis di semua peringkat. Gaza kini mengalami kekurangan ubat-ubatan dan alatan perubatan. Ia kehilangan kira-kira 30% daripada ubat-ubatan penting, manakala 15% daripada bakinya dijangka akan habis dalam masa beberapa hari sepanjang serangan Israel. Keperluan seperti sarung tangan, kateter air kencing, dan peralatan perubatan lain berkurangan dengan kadar yang sangat pantas. Walaupun rayuan dibuat kepada kerajaan konsensus Palestin, yang telah ditubuhkan bulan lepas, tiada sebarang tindakan diambil setakat ini untuk menyelamatkan sistem penjagaan kesihatan di Gaza. Krisis bahan api yang berterusan di Gaza, yang membawa kepada terputus elektrik yang kerap meletakkan pesakit dalam risiko, terutamanya mereka yang bergantung kepada inkubator dan mesin dialisis, dan mereka yang dimasukkan ke jabatan kecemasan. Serangan Israel akan menyebabkan situasi di hospital menjadi lebih parah. Amat jelas, Israel kini kebal kepada mana-mana undang-undang antarabangsa atau Piagam PBB berhubung pencerobohannya yang kejam terhadap Gaza. Serangan ini bukan "perang" dengan Hamas sebagaimana yang didakwa oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Nantanyahu. Tetapi ia adalah mengenai polisi Israel yang mahu menghapuskan sebarang ancaman kepada kewujudan Negara Yahudi, termasuklah mengguna pendekatan membunuh rakyat Palestin. Kami merasa jijik dengan hegemoni US-Arab yang menyumbang kepada penindasan ke atas Palestin. Apa yang dunia saksikan sekarang adalah hasil daripada kepatuhan Amerika Syarikat, Arab Saudi, Emirit Arab Bersatu (UAE) dan Mesir kepada kehendak Israel. Israel telah diberi imuniti daripada dihukum atas kelakuan biadab dengan adanya sokongan penuh daripada Amerika Syarikat. Beberapa negara Arab telah menjadi alat Amerika Syarikat yang menggalakkan dan memberi laluan kepada Israel untuk menindas rakyat Palestin semahunya. Majlis Keselamatan PBB telah disekat dari bertindak ke atas Israel apabila Amerika Syarikat mengancam untuk menggunakan kuasa veto setiap kali usaha untuk menghukum Israel diusulkan. Di samping itu, Mesir yang kini berada di bawah pemerintahan diktator Abdul Fatah El-Sisi, dan disokong oleh Arab Saudi dan UAE, setelah berlakunya rampasan kuasa, turut menyebabkan perjuangan rakyat Palestin melawan pencerobohan Israel menjadi amat terhad dan lemah. Kami mengutuk tindakan pertama El-Sisi, selepas rampasan kuasa, yang telah memusnahkan terowong yang berfungsi sebagai talian hayat untuk rakyat Palestin di Gaza. Terowong telah digunakan untuk mengangkut makanan, perubatan dan barangan keperluan lain ke Gaza yang berada di bawah kepungan Israel-Mesir sejak tahun 2007. Sekatan yang dikenakan sejak tahun 2007 itu telah menjadi satu bentuk hukuman kolektif dan yang paling kejam kepada rakyat Gaza. Kami bertegas memberi kebersamaan dan mengisytiharkan sokongan kami kepada perjuangan Palestin yang menentang pencerobohan Israel. Mereka mempunyai hak untuk mempertahankan diri mereka daripada pencerobohan Israel dan membebaskan tanah air mereka dari Zionis peneroka-kolonialisme dengan menggunakan segala cara yang dibenarkan oleh undang-undang antarabangsa. Presiden kerajaan perpaduan nasional Palestin, Mahmoud Abbas, telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa Israel sedang melakukan pembunuhan massa di Semenanjung Gaza yang dikepung. "Ia pembunuhan beramai-ramai. Pembunuhan sebuah keluarga (dalam serangan di daerah Khan Younis) adalah pembunuhan beramai-ramai oleh Israel terhadap rakyat Palestin," kata Abbas pada Rabu lalu. "Kita tahu bahawa Israel tidak mempertahankan dirinya, ia mempertahankan penempatan Yahudi, sebagai projek utamanya. Dalam satu kenyataan beliau memberitahu bahawa "Rakyat Palestin mempunyai hak untuk mempertahankan diri mereka daripada pencerobohan ganas [Israel] dengan menggunakan segala cara yang dijamin oleh konvensyen antarabangsa kepada mereka yang dijajah." Kami menyeru kepada semua yang menentang penjajahan dan aparteid dan memperjuangkan hak kebebasan, demokrasi dan keadilan hendaklah menyokong perjuangan Palestin dalam apa cara sekalipun. Kami juga kesal dengan sikap pengecut dan ketandusan moral beberapa ahli-negeri, Liga Arab dan Pertubuhan Persidangan Islam OIC yang tidak bersedia untuk mengambil apa-apa tindakan yang berkesan untuk membantu rakyat Palestin dan menghentikan keganasan Israel. Negeri-negeri ini tunduk kepada Amerika Syarikat dan Zionis dan telah berpakat untuk menggalakkan konflik sektarian yang akan melemahkan penentangan pencerobohan Israel di Palestin. Masjid ketiga paling suci dalam Islam, Al-Aqsa terletak di sana dan kini terancam dan bakal dimusnahkan oleh Zionis. Kami menuntut supaya: 1.Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu segera meluluskan resolusi mengutuk dan menghentikan keganasan Israel dan serangan ke atas Gaza. 2. Sempadan Rafah dibuka untuk membenarkan akses untuk orang ramai dan barang-barang untuk memasuki Gaza dan menghentikan kepungan ke atas Gaza secara kekal. 3.Agensi-agensi antarabangsa dan kerajaan memberikan sokongan moral dan material kepada perjuangan Palestin dan dengan segera menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza. 4.Organisasi masyarakat sivil mengadakan demonstrasi di hadapan kedutaan Amerika Syarikat, Israel, Arab Saudi dan Mesir bagi mengutuk keganasan Israel dan menyatakan sokongan kepada perjuangan Palestin. 5.Masyarakat sivik memperhebatkan kempen Boycott, Divestment, and Sanctions (BDS) ke atas Israel. | |||
Mapim hantar misi khas ke Gaza Posted: 12 Jul 2014 07:12 PM PDT MALAYSIAKINI Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) akan menghantar satu pasukan khas ke Gaza, Palestin Selasa ini, dalam misi menyalurkan bantuan kepada penduduk di negara bergolak itu. Presidennya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata selain menyalurkan bantuan, pemergian pasukan khas ini juga untuk meninjau situasi dan mengenal pasti keperluan sebenar penduduk di sana. "Kita sedang melaksanakan persiapan sebelum menghantar pasukan ke sana yang terdiri daripada Pengarah Strategik Mapim Sani Arabi Abd Halim dan beberapa sukarelawan," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di Kuala Lumpur, hari ini. Turut hadir Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) Abdul Ghani Shamsudin, Timbalan Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras) Wan Ahmad Tarmizi Abdul Aziz, Pengerusi Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah) Datin Aminah Zakaria dan Timbalan Pengerusi Jaringan Muafakat Pertubuhan-Pertubuhan Islam Negeri Perak (Jama'iy) Zulkifli Ibrahim. Sani Arabi berkata pihaknya juga sedang mengumpul derma untuk disalurkan kepada penduduk Palestin di Gaza. "Saya dan sukarelawan lain akan menyusul ke Gaza bagi membawa dana bantuan yang berjaya dikumpulkan. Kita berharap dalam tempoh beberapa hari ini, kita dapat mengumpul banyak dana untuk dibawa ke sana," kata Sani Arabi. Terdahulu Mapim, Teras, Salimah, Jama'iy dan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) mengadakan mesyuarat khas dan membangkitkan beberapa isu antaranya menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) segera meluluskan resolusi mengutuk dan menghentikan keganasan Israel dan serangan ke atas Gaza. NGO itu turut menuntut supaya sempadan Rafah dibuka dan membenarkan akses kepada orang ramai membawa masuk barangan ke Gaza dan menyeru agensi antarabangsa dan kerajaan memberikan sokongan moral dan material kepada perjuangan Palestin. Mengulas lanjut, Mohd Azmi menyeru orang ramai menyertai Mapim dan pelbagai NGO untuk turut serta dalam perhimpunan 'Pray For Gaza' di Dataran Kemanusiaan, Shah Alam, 18 Julai ini. "Perhimpunan ini yang akan bermula pada 3 petang, juga merupakan satu misi kemanusiaan NGO untuk mendoakan penduduk Gaza serta mengumpul dana melalui jualan amal yang akan diadakan," katanya. Israel telah melancarkan serangan ke atas Gaza dalam operasi yang digelar 'Operasi Perlindungan Sempadan' sejak Selasa lepas. Sehingga kini, media melaporkan sekurang-kurangnya 121 rakyat Palestin terkorban manakala ratusan lagi cedera akibat serangan bertubi-tubi roket tentera rejim Israel terhadap Gaza.- Bernama | |||
Anggota polis marin maut ditembak, rakan diculik Posted: 12 Jul 2014 07:05 PM PDT Sabah diceroboh SHAH ALAM - Seorang anggota Pasukan Gerakan Marin (PGM) maut ditembak manakala rakannya dipercayai diculik lapan lelaki dalam kejadian di Pulau Mabul, Semporna, jam 11.00 malam tadi. Kejadian itu disahkan Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mazlan Lazim, selepas beliau dihubungi, awal pagi ini, lapor sebuah portal. Sementara itu, menurut sumber mangsa, Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, dipercayai hilang namun kemudian ditemui semula dan meninggal dunia dipercayai ditembak dalam kejadian terbabit. Mangsa dikatakan sempat membalas tembakan sekumpulan lelaki terbabit sebelum gugur dalam pertempuran itu. Katanya, rakan mangsa, Kostabel Zakiah Aliep, 26, hilang dipercayai dilarikan kumpulan lelaki berkenaan yang memakai pakaian berceloreng. Allahyarham Ab Rajah yang barasal dari Semporna dikatakan sudah berkeluarga bertugas sebagai jurumudi kapal rondaan air 1, di balai polis Pulau Mabul dan pernah bertugas di Kampung Acheh. Laporan itu turut menyebut, Zakiah turut sudah berkeluarga dan mempuyai seorang anak dan sebelum ini bertugas di Pulau Pinang. | |||
PERKASA mahu PM lebih tegas tangani NUCC Posted: 12 Jul 2014 06:57 PM PDT MALAYSIAKINI Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali menggesa perdana menteri merombak keanggotaan Majlis Konsultasi Perpaduan Negara yang didakwa "diperalatkan" pihak tertentu. Katanya, Datuk Seri Najib Razak perlu bertindak demikian bagi menunjukkan kewibawaan dalam kepemimpinannya. "PERKASA... amat mengenali sangat individu dalam NUCC dan yakin wakil Melayu islam dlm NUCC tidak akan berperanan secara berkesan selain dari pekak dan diperalatkan. "Jumlahnya lebih kecil dari puak yang ada niat tertentu. PM patut rombak dan susun semula anggota NUCC. Teguran mesti di sesuli dgn tindakan. "Ini yang dikatakan kepimpinan berwibawa dan tegas," katanya dalam satu kenyataan. Ibrahim Ali juga menyampaikan penghargaan kepada Najib kerana menyalahkan Majlis Peguam dan menegur anggota NUCC kerana membincangkan kandungan rundingan jawatankuasa itu secara terbuka. Perdana Menteri juga berkata tiga rang undang-undang yang dirangka oleh jawatankuasa NUCC juga akan diputuskan oleh kerajaan. Jawatankuasa itu diketuai MP PAS Mujahid Yusof Rawa dan bekas pengerusi Majlis Peguam Lim Chee Wee sebagai timbalan. Ibrahim seterusnya berkata, jawatankuasa alternatif Barisan Perpaduan Nasional yang dianggotai PERKASA akan mengemukakan memorandum kepada kerajaan berhubung Islam, kedudukan Melayu dan juga Raja-raja. | |||
Polis kata luka di badan Regina akibat calar Posted: 12 Jul 2014 06:49 PM PDT MALAYSIAKINI Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan berkata siasatan ke atas mayat model sambilan Estonia mendapati luka yang dialami itu adalah kesan lebam dan calar. Laporan Sinar Harian yang memetik kenyataan Hasnan menyebut, polis bagaimanapun masih menunggu laporan bedah siasat ke atas mayat Regina Soosalu, 29, bagi mengesahkan punca sebenar kematiannya. "Kita masih menunggu keputusan makmal untuk memperolehi jawapan punca kesan lebam dan calar pada mayat mangsa," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut. Polis semalam menahan Tunku Alang Reza Tunku Ibrahim untuk membantu siasatan pembunuhan teman wanitanya, model Estonia Regina Soosalu, di Pulau Rawa. Kerabat diraja berusia 28 tahun itu dilaporkan akan ditahan selama seminggu bersama dengan rakannya yang hanya dikenali sebagai Augustine, 30. Berikutan itu, tujuh orang telah ditahan dalam siasatan berhubung kematian model tersebut. Soosalu pada mulanya dianggap mati lemas apabila mayatnya ditemui di pantai beberapa selepas dia tiba di pulau itu. Tetapi siasatan dijalankan selepas luka yang mencurigakan ditemui di badannya. | |||
'Jangan benar cauvinis Islam bertapak' Posted: 12 Jul 2014 06:47 PM PDT MALAYSIAKINI Bulan Ramadhan yang mulia adalah sebuah bulan yang penuh maghfirah dan barakah. Bulan di mana ummat Islam di seluruh dunia diwajibkan untuk berpuasa. Pada masa yang sama, bulan Ramadhan juga merupakan masa yang terbaik untuk kita bermuhasabah dengan apa yang berlaku sejak kebelakangan ini. Saya telah terlibat di dalam satu perbincangan 'inter-faith' atau antara agama di Petaling Jaya beberapa beberapa bulan sebelum Ramadhan. Di antara ahli panelnya ialah seorang Sami Buddha. Ada dari kalangan hadirin yang telah bertanya kepadanya berkenaan peristiwa pembunuhan ummat Islam bangsa Rohingya di Myanmar. Mereka hairan bagaimana agama Buddha yang masyhur sebagai agama yang mencintakan keamanan boleh membenarkan tindakan kejam sebegitu rupa. Beliau menjawab dengan wajah yang suram, "apabila fahaman kebangsaan disatukan dengan agama, maka kerosakan akan terhasil". Membunuh dengan justifikasi agama Jawapan mudah sebegitu dari Sami Buddha berkenaan adalah satu kebenaran yang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak. Di dalam sejarah terdapat banyak bukti yang boleh menyokong dakwaan ini sebagai contohnya kumpulan 'white supremacist' atau pelampau kaum kulit putih seperti Ku Klux Klan (KKK) di Amerika yang membunuh dan memusnahkan harta milik kaum kulit hitam dengan mengetengahkan justifikasi keagamaan mereka yang kononnya bersandarkan dari agama Kristian. Di antara simbol yang kerap dikaitkan dengan golongan KKK adalah salib terbakar yang menandakan hubung kaitnya gerakan mereka dengan agama Kristian. Begitu juga tentera Serb semasa perpecahan Yugoslavia yang membunuh dan merogol wanita Islam dan Croat tanpa perasaan bersalah malahan menganggap ianya tindakan yang adil! Mereka ini pula dikuasai semangat kebangsaan Serb yang dikaitkan juga dengan pegangan Kristian Orthodox. Paderi Orthodox sering kelihatan bersama mendoakan keberkatan untuk tentera Serb yang mengganas pada ketika itu. Di Myanmar, sami Buddha memberi sokongan dan dukungan secara terang-terangan terhadap tindakan ganas golongan Myanmar yang menyerang dan membunuh rakyat Rohingya dengan kejam. Mereka diapikan semangat kebangsaan dan perkauman dan diberitahu bahawa orang Rohingya adalah bukan orang Myanmar dan adalah pendatang dan wajar diusir! Warna kulit mereka berbeza, sepertimana juga bahasa mereka dan agama mereka. Fahaman kebangsaan rosakkan agama Maka benarlah kata-kata Sami Buddha tersebut. Agama, apabila dikuasai semangat dan kefahaman kebangsaan menjadikan segala yang diajar agama, supaya manusia berakhlak tinggi, berkasih sayang dan bertindak adil, terus dilupai. Sebenarnya apa yang dikatakannya telah lama disebut Al-Quran apabila Allah mengisahkan kaum Bani Israel. Mereka satukan agama dengan bangsa dan ingin kebenaran hanya bagi kaum mereka. Menzalimi dan menindas kaum lain tidak salah, malahan adalah dianggap sesuatu yang wajar kerana kononnya mereka sahajalah yang dikasihi Allah! Semangat kebangsaan tidak kenal batas halal dan haram. Bagi golongan nasionalis, semua yang dilakukan oleh bangsanya terhadap bangsa lain adalah betul dan perlu disokong! Walaupun ianya membawa kepada pembunuhan dan kezaliman. Agama pula digunakan mereka sekadar sebagai penawar untuk mengaburkan mata sehingga tidak disedari betapa tindakan mereka merupakan tindakan yang bercanggah dengan ajaran agama dan sebagai jampi dan pelali terhadap tindakan mereka yang dikutuk agama mereka sendiri. Sekiranya tidak diberikan justifikasi dan sokongan golongan agama, maka tindakan mereka akan jelas kelihatan kepada diri mereka sendiri sebagai tindakan yang kejam dan dikutuk agama. Dalam keadaan itu tindakan mereka akan terhenti dan agama akan berjaya menjadi penghalang kepada berlakunya kezaliman dan kekejaman. Tetapi apabila golongan agama juga dikuasai fahaman kebangsaan, maka di mana akan terdapat pembela kemanusiaan dan semangat kasih sayang sesama manusia? Penyakit sama yang tersebar luas di kalangan orang Myanmar sekarang dilihat menjangkit ke Sri Lanka pula. Fahaman sama, pegangan yang sama dan kezaliman yang sama. Manusia dibunuh kerana bezanya agama dan bangsanya atas sebab kebangsaan. Adakah penyakit sama juga bakal dijangkiti orang Melayu Islam? Seruan ala jahilliah Adalah dianggap mustahil agama Islam akan turut diresapi fahaman perkauman atau kebangsaan sempit sepertimana agama lain. Ini adalah atas sebab penolakan yang tegas dan jelas oleh Rasulullah (SAW) berhubung fahaman assabiyah melalui beberapa hadis yang masyhur. Dan sememangnya Allah telah rancangkan supaya para sahabat Nabi sendiri terdiri dari Bilal Al-Habsyi, Syuib Al-Rumi, Salman Al-Farsi dan dari berbilang kaum dan kabilah. Dan para sahabat pula telah berurusan dengan berbilang bangsa dan kaum serta mentadbir negara di bawah pemerintahan Islam dengan penuh hormat terhadap semua bangsa. Namun seruan ala jahiliah sememangnya akan sentiasa kedengaran, walaupun secara jelas dicerca Rasulullah (SAW). Dan itu jugalah sebabnya ianya dikutuk dengan begitu keras sekali oleh Baginda. Rasulullah bersabda, "Laisa minnii…" - golongan yang menyeru, berperang mahupun yang mati atas landasan kebangsaan dan perkauman adalah "bukan dari aku". Namun yang jahil di kalangan Melayu tetap tertipu. Dengan disatukan Melayu dengan Islam maka disatukan bangsa dan agama. Maka perjuangan bangsa adalah perjuangan agama. Mempertahankan Melayu adalah mempertahankan Islam, kata mereka lagi. Dan Islam tidak salah maka tidak mungkin Melayu itu salah! Sedangkan si Melayu yang dipertahankan melakukan apa yang tidak diperintahkan Islam! Maka apakah bezanya dengan apa yang pernah dan sedang dilakukan kaum Yahudi atau Bani Israel yang dimurkai Allah? Kebetulan pula yang Cina dan India secara amnya bukan Islam. Bangsa lain, agama lain, bahasa pun lain. Dan suasana seperti di Myanmar dan Sri Lanka dengan sendirinya ditimbulkan. Kebencian terhadap bangsa lain, agama lain disemai, kononnya atas nama Islam sedangkan Islam tidak mengajar manusia saling membenci atas sebab bangsa, bahasa mahupun agama. Oleh itu kemunculan golongan 'Islamis cauvinis' merupakan sesuatu yang amat mengecewakan. Kemunculan 'golongan berhaluan kanan' Islam yang bersikap cauvinis dan menyemaikan kebencian terhadap kaum dan agama lain adalah bukti bahawa seruan jahiliah masih mampu berpengaruh di kalangan umat Islam. Kumpulan yang sehaluan ini mencemarkan imej Islam yang merupakan rahmat bagi seluruh alam. Adalah diharapkan daengan terserlahnya sikap cauvinis mereka, maka umat Islam akan menjauhkan diri mereka dari golongan ini dan sebaliknya menempelak mereka dengan kutukan "laisa minni" sepertimana ditempelak oleh Rasulullah (SAW). Kumpulan sebegini hidup atas emosi dan kejahilan umat. Apabila melihat sokongan semakin merosot di kalangan bukan Islam, maka dilepaskan kumpulan haluan kanan ini sebagai ugutan kepada masyarakat bukan Melayu. Itu perkara biasa dan sudah dilakukan sejak sekian lama. Jika usaha meraih sokongan dibuat atas nama kebangsaan Melayu sahaja, ramai dari umat Islam tidak terasa terpanggil untuk bersama. Maka bezanya sekarang, ia ditimbulkan kumpulan cauvinis Islam dalam bentuk NGO Islam yang sehaluan dengan mereka. Topeng Islam digunapakai sebagai justifikasi moral untuk mengambil sesuatu tindakan yang cauvinis dan rendah akhlak. Dan harapan mereka, lebih ramai akan terpanggil untuk bersama kerana mereka turut kibarkan panji-panji Islam. Golongan ini tidak kisah sekiranya imej Islam tercemar, prinsip dan ajarannya menjadi kabur dan rahmatnya tidak diserlahkan, asalkan kekal memerintah. Perjuangan dan dakwah Islam sememangnya bukan agenda mereka. Oleh itu golongan cauvinis Islam dibela dan fahaman mereka disuburkan. Wajib tentang cauvinis Islam Bagi yang memahami Islam dan memahami juga pendekatan yang digunakan Allah dan Rasul-Nya, semestinya pendekatan golongan cauvinis Islam wajib ditolak dan ditentang. Ia bercanggah dengan pendekatan Islam sebagai rahmat bagi seluruh alam dan akan mencemar imej Islam sekiranya ia dibenarkan bertapak di kalangan umat Islam. Pada masa yang sama semakin ramai umat Islam akan berjaya disesatkan atas seruan emosi cauvinis dan perkauman sehingga terjerumus dalam politik berdosa dan tidak berakhlak. Demi membela imej Islam, kesucian ajarannya dan demi menyelamatkan umat Islam dari disesatkan olehnya, kita mesti bersuara. Islam menolak perkauman dan cauvinisme kaum. Dan Melayu hendaklah kembali kepada Islam, ajarannya dan pendekatan tersendiri serta menolak sama sekali desakan emosi dan semangat perkauman. KHALID SAMAD adalah MP Shah Alam dari PAS. | |||
Anwar: Tak perlu tergesa-gesa tukar MB S'gor Posted: 12 Jul 2014 06:42 PM PDT MALAYSIAKINI Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat tidak akan bertindak tergesa-gesa untuk mengantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor. "Ada persefahaman, tapi saya tak fikir kita perlu tergesa-gesa," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Segambut malam ini. Beliau ditanya sekiranya Pakatan menetapkan tempoh tertentu kepada Khalid untuk berundur dari jawatan tersebut. Anwar berkata Pakatan sedang berunding untuk mencari penyelesaian ke atas perkara itu. Anwar juga enggan menjelaskan sekiranya Khalid sudahpun memilih pengganti untuk jawatan berkenaan. "Perbincangan ini dibuat secara tertutup, lebih baik kita tanganinya dengan teratur dan tertib," katanya. Anwar turut memuji prestaasi yang ditunjukkan Khalid, namun menambah rakyat Selangor menaruh harapan yang lebih tinggi pada Pakatan. "Kadang-kadang kita perlu bina persefahaman...," katanya yang memberi gambaran bahawa Khalid sering mengabaikan rundingan dengan parti dan Pakatan ketika membuat keputusan penting. Awnar berkata, proses itu juga sebahagian dari "Langkah Kajang" – rancangan untuk beliau bertanding di kerusi DUN Kajang dan seterusnya dilantik ke jawatan MB. "Langkah Kajang itu secara asasnya untuk meningkatkan prestasi. "Harapan rakyat terlalu tinggi dan orang sudah tidak sabar, seperti komen dari NGO," katanya, merujuk kepada kritikan dari masyarakat sivil ke atas keputusan Khalid yang menimbulkan kontroversi, termasuk projek lebuh raya Kinrara-Damansara (Kidex). Anwar turut ditanya mengenai pertemuan di antara Khalid dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu majlis berbuka puasa semalam. Anwar tidak menunjukkan kebimbangan ke atas pertemuan tersebut, dan Khalid juga telah menjelaskan perkara itu. "Kita temui (Khalid) pada malam tadi dan beliau menjelaskan dan berjenaka mengenainya (sebagai reaksi kepada pertemuan itu," kata Anwar lagi. Katanya, isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga presiden PKR, turut hadir dalam pertemuan dengan Khalid. Anwar diminta mengulas mengenai spekulasi yang timbul mengenai kemungkinan Umno cuba mendekati Khalid, yang kini berdepan tekanan dari PKR untuk meletak jawatan sebagai MB. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan