Sabtu, 12 Julai 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Najib Atau Khalid Yang Terdesak?

Posted: 12 Jul 2014 07:11 AM PDT

shahbudindotcom


Kehadiran Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim bersama Perdana Menteri, Najib Razak di majlis berbuka puasa yang turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin UMNO Selangor semalam menimbulkan banyak persepsi dan tafsiran. Sejak menjadi Menteri Besar Selangor, inilah kali pertama Khalid Ibrahim hadir di majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh parti dan pihak yang bermusuh dengannya.

Walaupun ada yang berhujah bahawa kehadiran itu adalah perkara biasa, mungkin kerana adanya jemputan daripada Majlis Tindakan Negeri Selangor yang diketuai oleh Noh Omar atau daripada Najib sendiri, malah dikatakan Anwar Ibrahim juga pernah minum teh tarik bersama Perdana Menteri sebelum ini, tetapi kehadiran Khalid ini tentulah berbeza sama-sekali.

Ini kerana Khalid hadir di majlis berbuka puasa itu di ketika kedudukannya sedang tergugat dan kepimpinannya semakin ditolak oleh rakan-rakan dalam PR, tetapi ketika kedudukannya tidak dipertikaikan, tidak pula beliau mahu hadir di majlis-majlis seumpama itu.

Apakah Khalid sekarang ingin menunjukkan beliau sudah ada tauke baru sebagai tempat pergantungannya? Apakah Khalid begitu terdesak untuk menyelamatkan kedudukannya?

Di sisi yang lain, UMNO memang mengetahui kedudukan Khalid sedang terancam sejak wujudnya apa yang dipanggil KajangMove lagi. Dengan serangan, kecaman dan desakan bertali arus agar Khalid segera diundurkan serta Khalid pula enggan mengalah, mungkinkah UMNO sekarang cuba menunjuk baik dengan menghukurkan dahan untuk bergantung kepadanya?

Sekali imbas, kehadiran Khalid di majlis berbuka puasa itu sambil bergurau senda dan gelak ketawa dengan lain-lain para pemimpin UMNO yang tahun-tahun sebelumnya mengutuk dan mencercaya, manakala pemimpin UMNO yang berada di situ juga seakan terlupa mereka pernah mengata macam-macam kepadanya, ianya seolah-olah mereka sama-sama mendapat manfaat daripadanya.

Mungkin dengan berbaik dengan UMNO, Khalid dapat bertahan lebih lama lagi di kerusi empuk Menteri Besarnya. Khalid juga mungkin beranggapan dengan menunjuk beliau boleh berbaik-baik dengan UMNO dan Najib, serangan dan kecaman terhadapnya bakal berkurangan kerana ia memberi gambaran jika beliau ditukarkan, tentulah beliau akan bekerjasama dengan UMNO dan menelanjangkan semua kepincangan PR selama ini.

Kiranya PR bimbang dengan kemungkinan itu, tidak mustahil Khalid akan dikekalkan sehingga pilihanraya akan datang.

Dan jika itu yang berkaku, maka tercapailah hasrat Khalid untuk kekal menjadi Menteri Besar sehingga habis penggal ini sebagaimana yang selalu disebutnya selama ini.

Selain itu, hubungan Khalid dengan Sultan Selangor juga secara tidak langsung menjadi lebih kukuh apabila beliau mula berbaik-baik dengan UMNO dan Najib. Ada kemungkinan juga akhirnya Sultan Selangor akan menolak sebarang pertukaran jawatan Menteri Besar yang mahu dicadangkan oleh PR, sebaliknya mahukan Khalid terus kekal sehingga akhir penggalnya.

UMNO pula, dengan hanya 12 kerusi yang dimilikinya, ia tentulah sedar peralihan Menteri Besar daripada PR kepada BN mustahil boleh berlaku. Walaupun PKR mempunyai 14 kerusi, tetapi berapa sangatlah yang boleh ditarik oleh Khalid jika beliau memutuskan untuk menjadi Bebas atau menyertai BN kerana kuasa politik parti itu di Selangor lebih ditentukan oleh pengaruh Anwar dan Azmin Ali selaku Pengerusi PKR negeri. Untuk menukar Menteri Besar pula, kerusi Pas dan DAP yang berjumlah 30 adalah halangan paling besar.

Oleh itu, berbaik-baik dengan Khalid yang hatinya sudah tiada lagi dengan PR, adalah satu-satunya jalan yang menguntungkannya UMNO. Bagi UMNO, biarlah Khalid terus kekal asalkan hatinya sudah berada dalam genggaman Putrajaya.

Melalui berbaik-baik dengan Khalid, UMNO dapatlah menunjukkan kepada rakyat Selangor bahawa mereka adalah parti yang baik dan budiman serta sedia berbaik dengan sesiapa saja, tidak seperti PR yang sentiasa bergolak dan berbalah. Jika pengundi Selangor melihat ini sebagai suatu kelebihan, ia mungkin memberi lebih peluang kepada BN untuk menawan kembali negeri itu dalam pilihanraya akan datang.

Tetapi dengan berjaya Khalid kekal sehingga habis penggal ini, yang pasti untung ialah UMNO dan kerajaan Pusat. Jika sebelum ini ia sudah pun berjaya memujuk Khalid untuk bersetuju dslam isu air dan peneruskan projek Langat 2 serta pembinaan Lebuhraya Kidex yang dianggap projek kepada kroni UMNO, dengan kekalnya lebih lama Khalid sebagai Menteri Besar tentulah lebih banyak manfaat yang boleh diperolehi oleh UMNO dan Kerajaan Pusat.

Sebab itu, tidak menghairankan apabila Najib sendiri dilihat amat berbesar hati dengan kehadiran Khalid di majlis berbuka puasa semalam dah mengatakan, walaupun mereka berbeza dari segi politik tetapi boleh menjalinkan kerjasama dalam banyak segi.

Tidak mustahil selepas ini, dengan hubungan Khalid yang semakin renggang dengan rakan-rakan dalam PR sendiri, beliau akan terus dipergunakan, bukan saja untuk melaksanakan beberapa projek yang memberi keuntungan dan nilai tambah kepada UMNO tetapi juga untuk memberi gambaran bahawa PR bukanlah sebuah parti yang boleh mentadbir negeri dan negara dengan sebaik-baiknya.

Jika pun UMNO terdesak untuk berbaik-baik dengan Khalid, hanya itulah tujuannya.

Dengan Khalid sudah menunjukkan secara terbuka warna dirinya sekarang ini, jalan terbaik bagi PR ialah segera menukarkan beliau tetapi mestilah dengan cara yang paling berhemah dan berhati-hati. Menyimpan Khalid lebih lama mendatangkan lebih bahaya kepada cita-cita untuk kekal di Selangor dan juga membawa perubahan kepada negara.

Jangan ulangi peristiwa 1977 menimpa Kelantan di Selangor

Posted: 12 Jul 2014 07:08 AM PDT

MSO


Entah azimat dan takar apa yang Abdul Khalid Ibrahim pakai untuk mengemaskan kedudukannya sebagai MB Selangor tidak diketahui. Mungkin takar Jawa atau Banjar? Tampaknya beliau liat dan leet macam "tahi beruk" untuk berundur walaupun ada tekanan berterusan. Bahkan dia kelihatan confident dengan sokongan yang diterimanya. Mungkin juga ada sokongan atau kata-kata jaminan secara senyap daripada pihak lebih berkuasa?

Khalid dalam satu majlis dengan Umno.
Dengan cara yang diambil sekarang oleh mereka yang mahu menurunkannya tidak mungkin Khalid bermurah hati untuk meninggalkan Bangunan Sultan Abdul Aziz. Kerusi MB bukan banyak, hanya 13 buah sahaja, termasuk kerusi Ketua Menteri Melaka, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah. Jadi adalah "kuliha"nya untuk Khalid merasa sayang dan terus berbulan madu dengan kerusi berkenaan tanpa mempedulikan hiruk pikok di luar.
Jawatan MB juga boleh menjadi pelindung atau insuran kepada hutangnya sebanyak RM70 juta?

Tekanan dalaman baik secara terbuka dan dalam mesyuarat sudah tidak didengar langsung. Khalid semacam sudah berikrar dengan diri dan tekad bersama penyokongnya untuk tidak berundur. Slogan Anwar Ibrahim, "lawan tetap lawan" telah dirampas dan digunakan sepenuhnya.

Jadi apakah pilihan yang ada kini bagi memastikan beliau turun daripada kerusi MB. Hanya ada dua sahaja, pertama keberanian Anwar Ibrahim untuk meminta Khalid meletak jawatan secara diplomasi, kedua dengan mengadakan undi tidak percaya. Cara pertama adalah lebih lendik dan teratur kerana ia tidak membabitkan pihak lain.

Walaupun selama ini Anwar sudah memberi isyarat kepada Khalid agar berundur, tetapi ia tidak dipedulikan Khalid. Mungkin Anwar perlu bertegas. Anwar perlu bertanggungjawab untuk memecat Khalid kalau dia sudah tidak layak kerana Anwar bertanggungjawab mengambilnya untuk jadi MB. Khalid jadi MB adalah kerana Anwar.

Mohammad Nasir
Tetapi apakah Khalid akan akur? Dalam politik orang sanggup bukan sahaja setakat baling kerusi, bertumbuk sampai pecah pipi dan patah hidung tetapi berbunuhan pun orang sedia dan tergamak. Tidak ada yang tidak sampai hati dalam politik. Kalau diambil sifir itu, maka tidak mudah untuk Khalid berundur kandati dipaksa macam mana sekali pun. Diplomasi sudah tak berhasil.

Dalam politik juga nilai dan erti sahabat tidak berpanjangan, ia berlaku dalam keadaan tertentu sahaja. Begitu juga dengan budi dan jasa, atau pengorbanan bukan nilaian mutlak. Selalu yang menang dalam politik mereka yang tidak ada air muka dan membuang moral sebagai manusia normal. Yang tutup mata, pekuk telinga dan pecet hidung.

Makanya jalan kedua lebih berkesan, iaitu usul undi tidak percaya dalam DUN Selangor. Tetapi cara ini berisiko besar berbanding dengan cara pertama tadi. Kalau jalan kedua ini hendak diambil PKR atau Anwar kena yakinkan rakan-rakan dalam PKR terutamanya Pas. Tanpa mendapat persetujuan hitam putih dan bertulis daripada Pas, jangan sesekali cuba hendak bawa usul undi tidak percaya. Pas boleh tungging belakang begitu sahaja, yang malu dan rugi PKR juga.

PKR terutamanya Anwar sudah banyak pengalaman dengan Pas sebelum ini, yang mana tidak manis kalau disebut di sini nanti ada orang marah. Pas walaupun parti Islam tetapi ada segelintir pemimpinnya bermulut manis jubur masam.

Jalan kedua itu juga tidak mudah. Sudah ada belang yang Pas tidak akan bersetuju dengan pelan berkenaan. Kenyataan daripada pemimpin Pas soal MB adalah keputusan rakyat nyata bagaikan dibaris. Penolakan Pas terhadap pelan Kajang Move menjelaskan apa yang akan berlaku. Pas juga adalah rakan politik kepada PR atau Anwar Ibrahim. Sebagai sifat rakan politik Pas tidak dapat memastikan dia jujur dan ikhlas.

Sebagai parti yang menganuti sama fahaman sekular Machiavellianisme Pas bukan rakan yang boleh dipercayai seperti juga DAP. Demikian sebaliknya.

Sama ada pelan kedua itu jalan atau tidak, suka saya nak ingatkan di sini mengenai peristiwa yang berlaku pada tahun 1977 di Kelantan. Pada masa itu Pas Kelantan sedang menghadapi kerumitan untuk membuang MB mereka, Mohamad Nasir. Keadaannya samalah seperti apa berlaku di Selangor yang dihadapi PKR kini.

Untuk tujuan itu berbagai usaha dilakukan termasuk nasihat dan sebagainya. Parti juga memberi beberapa pandangan kepada Mohamad Nasir. Adapun sebab kenapa Mohamad Nasir hendak dipecat ialah kerana beliau dilihat tidak memberi keuntungan kepada parti sebaliknya berpihak kepada Umno. Pentadbirannya menyebabkan Umno untung. Walaupun diberi nasihat secara baik, tetapi Mohamad Nasir tetap berdegil untuk tidak melepaskan jawatan. Mulanya dia berjanji untuk berundur dengan baik, tetapi janji itu dimungkiri begitu sahaja.

Jalan terakhir diambil oleh Pas Kelantan dengan mengusulkan undi tidak percaya dalam DUN Kelantan. Usul itu dibawa oleh kumpulan 20 para Adun Pas yang tidak bersetuju dengan Mohamad Nasir. Usul berkenaan berjaya diluslukan dengan 20 undi menyokong 12 undi daripada Umno dan 1 MCA menentang. Kalau mengikut keputusan DUN itu Mohamad sudah hilang hak menjadi MB.

Tetapi usul undi tidak percaya itu tidak membawa apa-apa perubahan. Ia tidak menyelesaikan kemelut yang berlaku. Keengganan Mohamad Nasir menyebabkan ia tidak menamatkan krisis. Mohamad Nasir bukan sahaja dikenakan undi tidak percaya, sebaliknya ikut dipecat daripada PAS. Pemecatan itu juga tidak menghasilkan apa-apa.

Mohamad Nasir sebaliknya menajdi makin "manggak" apabila ada golongan yang menyokongnya di belakangnya. Kumpulan 12 orang Adun Umno bersamanya. Mereka ini memberi sokongan dan semangat kepada Mohamad Nasir agar tidak tunduk kepada desakan Pas serta tidak keluar dari pejabat SUK. Untuk menunjukkan Mohamad Nasir mendapat sokongan rakyat, Umno menggerakkan himpunan di beberapa jajahan bagi menyatakan sokongan kepada Mohamad Nasir.

Rengkas cerita, usul undi tidak percaya dan pemecatan Mohamad Nasir tidak kesampaian tujuannya. Sebaliknya ia memarahkan lagi keadaan. Himpunan rakyat membela Mohamad Nasir yang ditaja Umno berlaku dimana-mana sahaja. Ia berakhir dengan tunjuk perasaan yang mengakibatkan Kelantan diletak dibawah MAGERAN dan kuasa kerajaan Pas dibekukan.

Jadi tragedi yang menimpa Kelantan 37 tahun lalu perlu diingat dan diambil iktibar sebelum ada cadangan hendak mengusulkan undi tidak percaya kepada Khalid Ibrahim. Saya dapat gambarkan macam mana kalau DUN Selangor sedia menerima usul berkenaan untuk diundi, ribuan orang akan ke Shah Alam dengan pelbagai sepanduk. Dan sesungguhnya pihak musuh PR hanya sedang menanti detik-detik berkenaan saja untuk bertindak dan mengganas.

NGO-NGO yang makan upah, perut buncit dan misai melekong macam tanduk seladang, berasa seronok dan mereka akan mendapat peluang mengisi tembolok dengan kejadian itu nanti. Mereka inilah yang akan mendolor punggung Khalid ke langit dan menggelarkan Khalid "Pejuang Rakyat", "Pembela Rakyat" dan sebagainya seperti mana dilakukan kepada Mohamamd Nasir yang digelar sebagai "Datuk Jujur".

Janganlah peristiwa itu berulang di Selangor kerana ia sangat-sangat memeritkan sekali.

Pampasan Tanah Alam Perdana: Kerajaan Negeri Fail Rayuan

Posted: 12 Jul 2014 06:47 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor akan memfail rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membenarkan pampasan kepada pemaju perumahan Alam Perdana, LBCN Development Sdn Bhd (LBCN) dinilai berdasarkan status pembangunan bercampur.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini berkata kerajaan negeri berpendapat pampasan terhadap LBCN yang telah dipersetujui sebelum ini adalah memadai.

Ini mengikut penilaian yang dibuat oleh Jabatan Penilaian Hartanah berdasarkan tanah pertanian dengan potensi untuk pembangunan, katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri tidak boleh membayar pampasan diputuskan mahkamah 9 Julai lepas kepada LBCN berdasarkan status pembangunan sepenuhnya.

Ini kerana syarikat itu telah melanggar peraturan-peraturan dan syarat yang ditetapkan Pihak Berkuasa Tempatan dan Kanun Tanah Negara 1965, kata beliau.

"LBCN telah mengaku gagal membayar premium tanah, gagal menukar status tanah dari pertanian kepada pembangunan dan menjalankan projek pembangunan secara haram dan tanpa kelulusan pihak berkuasa," dakwa Abdul Khalid.

Projek Bandar Alam Perdana melibatkan projek pembangunan rumah kos rendah dan rumah teres terbengkalai sejak tahun 2002.

Ekoran itu, kerajaan negeri terpaksa merampas tanah itu disebabkan peneroka-peneroka telah menyerahkan tanah itu kepada pemaju untuk dimajukan dan ribuan pembeli rumah gagal mendapat rumah mereka.

Walaupun projek ini diluluskan kerajaan negeri ketika itu, status tanah belum ditukar dari tanah pertanian kepada pembangunan di atas kegagalan pemaju membayar premium tukar syarat.

Kerajaan Selangor mengambil alih projek yang berkeluasan 1,037 ekar itu daripada Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) dan membelanjakan sebanyak RM200 juta untuk membiayai kos pembinaan rumah, pembayaran pinjaman bank dan menyediakan infrastruktur lain.

'Jutawan' Cina Kini Di Taiwan

Posted: 12 Jul 2014 06:42 AM PDT


MSTAR ONLINE


 
 
 
PETALING JAYA: Zhang Jian, yang mengisytiharkan dirinya sebagai jutawan Cina yang didakwa mengendalikan syarikat pemasaran pelbagai peringkat (MLM) haram di sini telah meninggalkan negara ini dan dikenalpasti berada di Taiwan.

Pihak berkuasa mempercayai bahawa dia sebenarnya berselindung menggunakan nama palsu bagi menjalankan perniagaan di Malaysia.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Alias ​​Ahmad berkata, siasatan ke atas Zhang mendedahkan beliau enggan memberikan nama sebenarnya.

"Siasatan menunjukkan dia telah meninggalkan negara ini untuk ke Taiwan namun kami percaya dia akan kembali tidak lama lagi.

iklan
"Apabila dia kembali, kami bersedia untuk mengambil tindakan," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Alias ​​berkata pegawai penguatkuasa kementerian akan memperhebatkan serbuan di premis di mana skim pemasaran pelbagai peringkat beroperasi, dengan empat premis - di Puchong, Petaling Jaya, Skudai (Johor) dan Pulau Pinang - sudah disita dan barang-barangnya dirampas," katanya.

Kementerian itu mengisytiharkan skim pemasaran pelbagai peringkat yang dipelopori Zhang sebagai haram kerana syarikat itu tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan ia tidak mempunyai lesen daripada kementerian untuk menjalankan pernigaan MLM.

Model perniagaan Zhang telah menimbulkan kening. Menurut iklan dalam talian syarikat, orang ramai boleh mendapatkan wang besar tanpa perlu bekerja.

Alias berkata, syarikat pelbagai peringkat (MLM) yang melibatkan Zhang Jian itu adalah haram kerana tidak berdaftar bagi menjalankan operasi di negara ini, antaranya di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993.

Skim itu dengan hanya melabur sebanyak RM300, pelabur dijamin dengan pendapatan antara RM2,700 dan RM6,800 sebulan.

Menurut Alias, berdasarkan siasatan awal, syarikat itu menawarkan pembelian pakej terpilih yang dijanjikan mampu menjana pulangan tinggi tanpa perlu menjual apa-apa produk atau perkhidmatan.

Tambahnya, peserta skim ini juga digalakkan untuk mencari peserta bawahan bagi meningkatkan pulangan pendapatan.

Adalah dipercayai syarikat itu berjaya mengumpul pelaburan kira-kira RM300 juta sejak ia mula perniagaannya di Malaysia dikatakan kadang-kadang lewat tahun lepas.

Polis Buru Cybertrooper UMNO Bernama Padi Jantn Kerana Ugut MB Kedah

Posted: 12 Jul 2014 06:39 AM PDT

KELAB GREENBOC


 
Facebook Mukhriz Mahathir Fan Club telah menyatakan bahawa empat laporan polis telah dibuat keatas  nama 'Padi jantn' atau Mohamad Taufik B. Ali di balai polis sekitar negeri Kedah.

Laporan polis dibuat atas ugutan tembak dan bunuh terhadap Menteri Besar Kedah dan Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah.

Pihak polis memandang serius perkara ini dan telah membuat serbuan dirumahnya pada pukul 10 malam tadi. Tetapi suspek tiada dirumah dan dipercayai telah melarikan diri.

Bila melarikan diri, kes ini akan lebih teruk. Nasihat kami pada si Padi jantn, serah diri dan selesaikan kes ni, sebelum ianya menjadi besar dan berat,
menurut Facebook berkenaan.

Padi Jantn dikenali sebagai salah seorang cybertrooper UMNO.

Antara komen melampau dikesan dilakukan Padi Jantn pada gambar Mukhriz dan Syed Unan ialah 'jika ada sesiapa yang sanggup bagi aku pistol dan peluru nescaya aku akan tembak mampus dua makhluk ini dulu sebelum tembak Sonny Ho si kafir harbi'.

Satu lagi komen Padi Jantn yang berunsur ugutan berbunyi 'dengan puak ini bukan boleh cakap dengan Facebook bro! Kena cakap dengan peluru. Sama la juga dengan Zionis dan Yahudi dalam UMNO ni, kena cakap dengan peluru or anak panah ja'.

Akhbar UMNO, Utusan Online melaporkan, Polis digesa mengambil tindakan terhadap pemilik akaun laman sosial Facebook, Padi Jantn yang mengugut untuk menembak Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan dan Tenaga Manusia negeri, Datuk Mohd. Rawi Abdul Hamid berkata, satu laporan polis telah dibuat atas faktor keselamatan Menteri Besar dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah.

"Saya menyedari mengenai komen tersebut apabila selesai menunaikan solat Jumaat hari ini dan saya minta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam yang menyayangi Menteri Besar agar melaporkan kepada polis.

"Kita menggesa agar siasatan segera diambil oleh pihak polis bagi menahan individu yang menggunakan nama Padi Jantn ini bagi memberi pengajaran kepada orang ramai supaya lebih menjaga adab ketika menggunakan laman sosial," katanya.

Menurut Mohd. Rawi, beliau terkilan kerana banyak individu yang bersikap tidak matang dan melampau semasa menggunakan laman sosial sehingga sanggup membuat kenyataan menembak pemimpin negeri seperti Mukhriz.

"Pihak polis tidak wajar membiarkan individu seperti Padi Jantn ini tanpa dikenakan hukuman yang sewajarnya.

"Di dalam fikirannya telah wujud sesuatu yang bersifat jenayah dan tidak mustahil ancaman seperti ini akan terus dilakukan jika dia tidak ditahan," jelasnya.

Kumpul RM18 dalam masa 10 minit

Posted: 12 Jul 2014 06:25 AM PDT


Lokasi kedua wartawan Sinar Harian melakukan penyamaran untuk melihat sifat Lokasi kedua wartawan Sinar Harian melakukan penyamaran untuk melihat sifat "pemurah" rakyat Malaysia.


SENAI - Malaysia sebuah negara pesat membangun di Asia Tenggara namun tidak dinafikan dalam pada itu pelbagai kontroversi seperti isu mengemis yang melanda negara ini taktala para pemimpin sibuk menjalankan tugas mereka.

Walaupun sering membantah kenaikan harga dan cukai, masyarakat Malaysia sering kali dilihat murah hati untuk memberikan derma kepada pengemis di jalanan mahupun pengemis berprofil tinggi.

Munculnya pengemis di bandar berpunca dari sifat pemurah dan ringan tangan masyarakat di sini namun tidak boleh dipersalahkan kerana itu adalah kehendak diri masing-masing.

Pelbagai pendedahan telah dilakukan oleh kerajaan serta NGO namun tidak pernah membuahkan hasil malahan makin bertambah bilangan pengemis di negara ini.

Bagi menyingkap isu ini dengan lebih lanjut mengenai isu pengemis serta sikap pemurah rakyat Malaysia, wartawan Sinar Harian telah melakukan penyamaran selama beberapa jam sebagai seorang peminta sedekah untuk rumah Anak yatim di sekitar Skudai.

Tampil dengan imej yang kemas dan membawa tabung tertulis 'Sumbangan Ramadan untuk Anak Yatim' sudah memadai untuk wartawan mengaburi mata penduduk di Skudai ini.

Bagaimanapun, tempat yang dituju sentiasa berubah-ubah untuk mendapatkan pengalaman yang berbeza mengemis di serata tempat dan bagi mengelak disyaki pihak tertentu.

Lokasi pertama yang dituju wartawan ialah laluan masuk ke salah satu masjid di Skudai, hanya perlu berdiri sambil melemparkan senyuman kepada penduduk sekitar yang menuju ke masjid, wartawan berjaya mengutip RM18  dalam masa 10 minit.

Tanpa mengalami sebarang kesukaran ketika meminta sedekah, wartawan meneruskan perjalanan ke sebuah bank kerana berpendapat masyarakat tentu akan menderma selepas mengeluarkan wang di ATM.

Wartawan sempat beramah mesra bersama peniaga yang duduk bersebelahan untuk mendapatkan sedikit informasi tentang lokasi strategi bagi seorang peminta sedekah.

10 minit berada di lokasi, wartawan memberanikan diri untuk menyapa orang berada di sekitar bank untuk meminta sedikit sumbangan buat anak yatim.

"Assalamualaikum bang..minta sumbangan ikhlas untuk anak yatim di bulan Ramadan ini," sambil menghulurkan tabung ke arahnya.

Tidak disangka, pemuda berbangsa Cina yang berusia dalam lingkungan 30an itu menghulurkan sumbangan sebanyak RM10 ke dalam tabung tanpa menyoal tentang kewujudan rumah anak yatim.

Pada sesi petang, wartawan melangkah ke destinasi baru iaitu bazar Ramadan di tempat berdekatan dengan harapan mampu mengaut sedikit keuntungan seperti mana yang sentiasa diharapkan pengemis lain.

Wartawan tidak mengambil masa lama untuk mencari tempat yang sesuai kerana melihat keadaan cuaca seperti tidak mengizinkan.

Baru tujuh minit berada di lokasi, nasib tidak menyebelahi penulis apabila keadaan bermula dengan kilat sambung menyambung dan turun hujan yang sangat lebat mengakibatkan peminta sedekah yang bersama wartawan turut lari bertempiaran mencari tempat berteduh.

Walaupun gagal dalam misi terakhir tetapi penulis dapat membuat kesimpulan pendapat peminta sedekah lebih untung dari kerjaya seorang wartawan kerana dalam hanya 10 minit sahaja wartawan berjaya mengutip RM18.00.

Jikalau wartawan kami berjaya meminta sumbangan dalam masa yang panjang, sudah pasti ia memberikan pulangan lumayan.

Sebagai rakyat Malaysia, tidak salah jika hendak bersedekah tetapi kita perlulah selidik dahulu latar belakang peminta sedekah kerana sekarang sudah banyak penipuan yang berlaku kerana setiap manusia tidak mampu menduga perkara di sebaliknya.

Bagi Sinar Harian jika ingin bersedekah, tidak perlu mencari pengemis jalanan mahupun di sekitar restoran kerana masjid berdekatan adalah destinasi terbaik beramal jariah.

Ahli Dakwa Rafizi Punca Kemelut PKR

Posted: 12 Jul 2014 06:19 AM PDT

RAKYATNEWS


alt


KUALA LUMPUR  - Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli sewajarnya dipecat daripada parti itu kerana melaksanakan 'Langkah Kajang' yang menjadi punca perbalahan dan kemelut dalaman PKR.

Ahli PKR cabang Subang, Mohd. Shahril Panjang Rani berkata, Langkah Kajang telah mencetuskan perbalahan dan pergaduhan antara pengikut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

"Kita meminta Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk memecat Rafizi dari jawatan Pengarah Strategi dan ambil tindakan disiplin terhadap beliau.

"Strategi Rafizi hanya merosakkan imej dan perpaduan dalam parti, Rafizi wajar dihukum kerana telah merosakkan parti dengan strategi putar belit beliau," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Shahril, Langkah Kajang yang dicipta oleh Rafizi bersama Abdul Rahim Ghouse merupakan bencana politik kepada PKR dan pengkhianatan terhadap parti.

"Kita mahu Datin Seri Wan Azizah, selaku Presiden PKR dengar dan bertindak atas suara akar umbi parti PKR, jangan pula mahu pecat ahli-ahli yang bersuara untuk selamatkan parti.

"Kita semua sayangkan parti, jangan pecat kita jika bercakap benar, jika mahu pecat ahli-ahli yang bersuara demi untuk kebaikan parti, maka di mana keadilan yang diuar-uarkan," katanya.

Bajet 2015: MH370 punyai bajet berasingan

Posted: 12 Jul 2014 06:16 AM PDT


Bajet 2015 Bajet 2015


KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai akan berlepas ke China minggu depan untuk mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Yang Chuangtang bagi membincangkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang kini memasuki fasa kedua.

Beliau berkata walaupun perbelanjaan operasi SAR itu tidak termasuk dalam Bajet 2015 yang akan diumumkan pada Oktober ini, namun kerajaan tetap menyediakan bajet khas bagi menyelesaikan insiden itu.

"Saya rasa bajet itu lain, MH370 adalah satu insiden yang kita ambil berat dan bagaimana kita dapat selesaikan dengan secepat mungkin.

"Sebelum ini pun kita telah mengumumkan aset-aset yang baru yang dihantar kepada Australia untuk membantu dalam operasi ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Bajet 2015 di ibu pejabat MCA, di sini, hari ini.

Selain itu katanya, beliau kemudiannya akan berlepas ke Australia pada Ogos ini untuk tujuan sama.

"Kita akan pastikan kerjasama Australia, China dan 26 negara ini terus komited mencari pesawat MH370 yang hilang itu.

Sementara itu, Tiong Lai berkata kementeriannya akan memainkan peranan yang lebih penting dalam Bajet 2015 untuk merangsang pembangunan ekonomi negara.

"Kementerian Pengangkutan adalah kementerian ekonomi, kita perlu merangsang pembangunan lebih banyak di Pelabuhan dan Lapangan Terbang dan ia telah mengikat ekonomi kita antara lebih 7.5 hingga 11 kali ganda.

"Jadi pembangunan pelabuhan dan lapangan terbang adalah satu pembangunan penting untuk majukan ekonomi negara kita," katanya lagi.

Berita Punca Kes Bunuh Regina Soosalu (Kekasih Tengku Alang Reza) Kerabat Diraja Johor di Pulau Rawa Mersing

Posted: 12 Jul 2014 02:31 AM PDT



Regina Soosalu


Berita Kes Bunuh Regina Soosalu (Kekasih Tengku Alang Reza) Kerabat Diraja Johor VVIP di Pulau Rawa Mersing Johor : Ya….Tahun 2014 ini, adalah tahun yang menyakitkan bagi negara kita Malaysia, selepas berhadapan dengan tragedi MH370 menyayat hati (SEPERTI DI SiNI).

Tidak lupa juga kes…..seksual membabit diplomat Malaysia dengan gadis New Zealand (BERITANYA DI SINI), kes penculikan warga asing di Sabah, kes bunuh wanita Perancis di Pulau Tioman serta kehilangan yang berakhir dengan kematian seorang pelancong dari Britain yang mana mayatnya ditemui di Pulau Tioman. 

Terbaru kes bunuh di Pulau Rawa Johor yang membabitkan model Estonia yang telah didakwa mati dibunuh di Pulau Rawa Mersing Johor yang menyebabkan negara Malaysia sekali lagi diangkat tahun ini di "peta dunia" semuanya dek kerana keterlibatan kes jenayah rakyat Malaysia terhadap warga asing.
  • Berita Semasa akui Pulau Jawa, Johor adalah suatu pulau yang sangat menarik dan sangat cantik sebenarnya
  • Berdasarkan semakan Berita Semasa Pulau Rawa Johor ini adalah kepunyaan Kerabat Diraja Johor Tunku Muhammad Archibald. Tunku Muhammad Archibald? Siapakah beliau ini? Berita Semasa ada kongsikan di bawah ini. Teruskan membacanya….
Yang menariknya…..bagi kes pembunuhan Regina Soosalu dikatakan terdapat keterlibatan VVIP iaitu kerabat Diraja Johor dalam kes bunuh berprofil tinggi ini yang mana Tengku Alang Reza adalah teman lelaki dan kekasih Regina Soosalu.
Gambar Eksklusif Kerabat Diraja Johor : KLIK SINI
 

Latarbelakang & Biodata Tengku Alang Reza (Kekasih Regina Soosalu)

  • Tunku Alang reza

  • Tengku Alang Reza cucu kepada Tunku Muhammad Archibald
  • Tunku Muhammad Archibald adalah cucu kepada Almarhum Sultan Ibrahim dan juga merupakan sepupu kepada Sultan Iskandar
  • Dalam erti kata lain ayahanda Tunku Alang iaitu Tunku Alang Ibrahim adalah dua pupu kepada Sultan Ibrahim sekarang ini
  • Manakala Tunku Alang Reza adalah tiga pupu kepada Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris yang bakal melangsungkan perkahwinan diraja (SEPERTI DI SINI) tidak lama sahaja lagi
  • Dan….Pulau Rawa Johor difahamkan pulau peribadi milik keluarga keturunan Tunku Muhammad Archibald

Kronologi Kes Bunuh Berita Kes Bunuh Regina Soosalu (Kekasih Tengku Alang Reza) di Pulau Rawa Johor

 

  • gambar Regina Soosalu

  • Regina Soosalu adalah teman wanita kerabat Diraja Johor Tengku Alang Reza Ibrahim sejak 3 Julai 2013
  • Berdasarkan temubual dengan kawan rapatnya Josiah Mizukami (rakan industri hiburan di Bangkok, Thailand), Regina Soosalu acapkali pergi menghabiskan masa bersama dengan Tengku Alang Reza di Pulau Rawa sepanjang tempoh 2 tahun.
  • Regina Soosalu tinggal di Kuala Lumpur
  • Pada 1 Julai 2014 : Regina Soosalu tiba di sebuah pusat peranginan Pulau Rawa, Johor dari Kuala Lumpur
  • Pekerja hotel nampak kelibat Regina Soosalu meninggalkan bilik penginapan dan berjalan kaki sendirian berhampiran dengan jeti dan selepas itu, tidak kelihatan kelibat Regina Soosalu lagi
  • Pada 1 Julai 2014 : Pada asalnya, Regina Soosalu disangka mati lemas selepas ditemui di pantai Pulau Rawa Johor
  • Tetapi, hasil siasatan mendakwa model Estonia, Regina Soosalu telah mati dibunuh dengan kejam selepas pihak polis telah menemui "kesan luka" yang meragukan
  • Ramai rakan-rakan fotografi , dan rakan-rakan model Regina Soosalu masing-masing terkejut dengan berita kematian dan kes pembunuhan Regina Soosalu yang hanya diketahui mereka sejak hari Isnin atau hari Selesa yang lalu selepas Regina Soosalu mati dibunuh
  • 8 Julai 2014 (Selasa) : Akhirnya teman lelaki bersuara dan berkongsi berita kematian Regina Soosalu di Facebooknya dan merasa terlalu tertekan untuk berbincang mengenai berita kematian kekasihnya itu, Regina Soosalu
  • 5 suspek telah ditahan antaranya ialah pelayan bar, dua pengendali bot, seorang pengurus resort dan seorang rakan kepada Tunku Alang Reza. Kesemua mereka berada di Pulau Rawa semasa Regina Soosalu ditemui mati paad 1 Julai 2014
  • Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing menahan dua lagi lelaki termasuk seorang kerabat diraja bagi membantu siasatan kes bunuh model sambilan warga Estonia yang berusia 27 tahun dan seorang lagi berumur 30 tahun (Augustine) dan direman tujuh hari. Antaranya ialah Tunku Alang Reza Tunku Ibrahim yang pernah didakwa di Mahkamah Majisterit kerana memiliki ganja seberat 5.84gm di Jalan Serigala berhampiran Taman Century sekitar pukul 11 malam pada 11 Januari 2014 di mana kes ini masih lagi berjalan.
Hari pertama datang ke Pulau Rawa Johor sudah pun dibunuh? Malang nasibnya. Persoalannya siapakah pembunuh Regina Soosalu? Jika dibunuh oleh pembunuh upahan, siapa dalangnya kes pembunuhan Regina Soosalu?

Pulau Rawa Mersing Johor suatu pulau yang kurang diperkatakan dan menjadi sebutan oleh rakyat marhaen sebagai salah satu destinasi pilihan percutian mereka. Tetapi Pulau Rawa Johor menjadi "panas' apabila acapkali keluar berita kes jenayah yang berlaku di Pulau tersebut. Antaranya ialah :

 

Kejadian di Pulau Rawa, Johor

  • Mei 2012 : 4 warga asing terlibat dengan pergaduhan pengawal peribadi selepas dikatakan bertindak menceroboh bot peribadi milik Sultan Johor.
  • Oktober 2005 : Berlaku pergaduhan yang menyebabkan kecederaan kepada beberapa orang dan 4 lelaki termasuk kerabat diraja Johor ketika berlangsungnya majlis perkahwinan pasangan warganegara Brazil yang berpengkalan di Singapore
  • Terbaru?

 

Lagi Gambar Regina Soosalu dan Tengku Alang Reza

Semak gambar Regina Soosalu bersama teman lelaki & kekasihnya, Tengku Alang Reza di Pulau Rawa, pulau di Greece, dan juga kata-kata sedih Tunku Alang Reza di faceook mengenai berita kematian "pacarnya" Regina Soosalu

Parti pembangkang NZ selar pengendalian kes ‘seks’ libatkan Malaysia

Posted: 12 Jul 2014 02:09 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER ‎



Parti pembangkang New Zealand menyifatkan siasatan yang dijalankan negara itu berhubung kes pencerobohan dan cubaan rogol melibatkan pegawai Malaysia sebagai satu sandiwara, lapor New Zealand Herald.

Parti pembangkang menyelar terma rujukan inkuiri yang diumumkan semalam kerana tidak melibatkan Menteri Luar Negara Murray McCully dan Perdana Menteri John Key (gambar) ‎secara khusus.

"Siasatan tersebut dilihat terus tertumpu kepada pekerja perkhidmatan awam dan seperti mencadangkan segala kesalahan bermula disana," kata bekas Menteri Luar Negara Winston Peters. ‎

Pemimpin parti pembangkang "New Zealand First" itu berkata adalah amat tidak realistik untuk menganggap kesilapan berpunca hanya daripada seorang pegawai rasmi Kementerian Luar dan Perdagangan.

 ‎"Saya tidak percaya pegawai perkhidmatan itu boleh meneruskan tanpa ada perkara tersirat daripada menteri luar atau perdana menteri.

"Kedua-dua McCully dan Key mendakwa tidak tahu apa-apa. Jadi taklimat apa yang diberikan kepada mereka?

 ‎"Anda adalah menteri luar negara, sudah pasti amaran itu perlu ada," kata Peters kepada New Zealand Herald.

NGO dakwa Rafizi, pemimpin PKR dalang sebar berita Khalid letak jawatan

Posted: 12 Jul 2014 02:04 AM PDT

OLEH DIYANA IBRAHIM


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan penyebaran pesanan yang menyatakan beliau akan meletakkan jawatan dan menghadap Sultan Selangor, minggu lalu. Gambar fail The Malaysian Insider.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan penyebaran pesanan yang menyatakan beliau akan meletakkan jawatan dan menghadap Sultan Selangor, minggu lalu. Gambar fail The Malaysian Insider.



Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan penyebaran pesanan yang menyatakan beliau akan meletakkan jawatan dan menghadap Sultan Selangor, minggu lalu.

Gambar fail The Malaysian Insider.Badan bukan kerajaan (NGO) Pakatan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb) hari ini membuat laporan polis terhadap beberapa pemimpin tertinggi PKR yang dipercayai mempunyai kaitan dalam penyebaran berita palsu peletakan jawatan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim minggu lalu.

Ahli Jawatankuasa Pasmeb Wan Adnan W Ab Rahman berkata beliau menamakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves Amirudin Shari dan Adun Seri Muda Shuhami Shafie sebagai dalang di sebalik penyebaran berita palsu itu.

 "Laporan polis ini dibuat kerana penyebaran berita palsu berkenaan hingga melibatkan nama Sultan yang dilihat menghina institusi diraja.

 "Kami juga ada bukti melalui laman web dan kenyataan media rasmi pemimpin berkenaan yang cukup membuktikan mereka adalah dalang di sebalik insiden itu," katanya kepada pemberita di depan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, hari ini.

Bantu Palestin dengan doa dan derma - Ahmad Fadhli

Posted: 12 Jul 2014 01:53 AM PDT

RATU SYAHADAH 



 
 
 
KOTA BHARU: Lebih 1,000 rakyat Kelantan hadir pada himpunan membantah kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin di Medan Ilmu hari ini.

Sempena itu juga, satu pelancaran tabung kemanusian dilancarkan bagi membantu rakyat negara itu yang sedang berdepan serangan Israel.

Majlis berkenaan dilancarkan selepas kuliah Jumaat sesi kedua yang disampaikan Anggota Parlimen Pasir Mas, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz pagi ini.

Program berkenaan dilancarkan berikutan kekejaman Israel terhadap umat Islam di Palestin sejak beberapa hari lalu sehingga mengorbankan hampir 100 umat Islam setakat ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, ketenangan dan ketenteraman bulan Ramadan bumi Gaza kini telah dihancurkan oleh tentera yahudi laknatullah.

"Kita tenteram dan aman di sini, dapat menikmati ibadat Ramadan dengan baik, namun pada masa yang sama saudara kita di Gaza dalam kesempitan dan kesengsaraan akibat angkaran Israel dan sekutunya,"ujarnya lagi.

Sambungnya lagi, bom yang dilontar yahudi menjadi juadah berbuka mereka.

"Kita di sini boleh membantu mereka dengan cara menghulurkan derma, berdoa untuk umat Islam di seluruh negara, Palastine khusunya," katanya lagi.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Cakna Palestin, Ustaz  Wan Syarafi Wan Mustapha memberitahu, enam hari berturut-turut saudara Islam di Gaza diserang.

Katanya, kehebatan rakyat Palestin bertarung nyawa dalam mempertahankan Palestin sepatutnya dibangga khususnya untuk mempertahankan Baitul Maqdis.

"Jihad mereka adalah jihad kita. Jangan hanya menjadikan diri kita  seorang yang  cintakan ibadat, tapi tiada keinginan untuk berjihad.

"Kita perlu ingat, pada bulan Ramadan, Allah memberikan kemenangan kepada Rasulullah di dalam peperangan Badar," ujarnya.

Oleh itu katanya lagi, umat Islam seharusnya bersama membantu saudara di Palestin dengan cara menyalurkan sumbangan kepada mereka.

Beliau juga menyeru agar rakyat Kelantan mempertahankan agama Islam, dan mengahancurkan kerajaan yahudi, serta bermunajat kepada Allah agar memberikan kemenangan kepada orang Islam di seluruh dunia. - HARAKAHDAILY

Perbesarkan Klinik Kesihatan Kapar, sesak tampung 70,000 penduduk

Posted: 12 Jul 2014 01:50 AM PDT

Oleh: NORHAYATI UMOR


SHAH ALAM: Kerajaan Pusat digesa supaya mempercepatkan proses pembinaan sebuah klinik kesihatan yang lebih besar dan lengkap dengan kemudahan mencukupi di Kapar.

Exco Kesihatan, Dr Daroyah Alwi hal itu kerana Klinik Kesihatan Kapar yang sedia ada sesak ekoran terpaksa menampung kira-kira 70,000 penduduk dari kawasan sekitar.

Daroyah

Beliau berkata walaupun pembinaan itu diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke 10 (RMK10), namun pihak kementerian masih mencari lokasi yang sesuai.

"Walaupun pembinaan sebuah klinik kesihatan yang lebih besar dan lengkap diluluskan dibawah RMK10, pihak kementerian sedang mencari lokasi yang sesuai sebagai penempatan sementara sebelum Klinik Kesihatan 3 modelTeja siap dibina.

"Dua lokasi telah dikenalpasti dan dalam proses untuk memastikan segala prosedur dapat diikuti selain selamat untuk digunakan.

"Kita berharap supaya kementerian dapat mempercepatkan segala proses agar kepentingan rakyat sentiasa diberi perhatian dan menjadi keutamaan," katanya menerusi laman sosial Facebook selepas mengadakan lawatan bersama Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), semalam.

Terdahulu, Daroyah turut berkesempatan melawat Klinik Desa Padang Jawa yang dikosongkan sejak akhir tahun 2013 bagi memberi ruang kerja-kerja proses menaik taraf.

Klinik yang menerima jumlah pesakit harian sekitar 60 hingga 80 orang itu dipindahkan sementara ke Balai Raya JKKK Padang Jawa sehingga bangunan asal siap dinaik taraf.

Selain itu, beliau turut melawat Klinik Kesihatan Taman Medan bagi meninjau situasi padat dan keadaan sebenar klinik terbabit.

"Sebagai klinik kesihatan gred 3, ia sepatutnya memberi perkhidmatan kepada 50,000 penduduk sekitar, tetapi klinik kesihatan ini memberi perkhidmatan kepada 350,000 penduduk sekitar dari kawasan Petaling Jaya.

"Dengan kapasiti sedia ada klinik ini terpaksa menampung jumlah pesakit harian mencecah 800 hingga 1,000 pesakit.

"Bagi mengurangkn kesulitan itu, pihak JKNS meluluskan tambahan bangunan dua tingkat yang akan mula dibina pada Disember tahun ini," katanya.EZY

Penganalisis: MB profesional, tak campur aduk tugas parti dan kerajaan

Posted: 12 Jul 2014 01:48 AM PDT

SELANGOR KINI


SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim adalah salah seorang contoh pemimpin yang bersikap profesional kerana tidak mencampur-adukkan tugas parti dan menteri besar.

Ketua Kluster Majlis Perpaduan Nasional (MPN), Prof Dr Mansor Mohd Noor berkata, Abdul Khalid menunjukkan kematangan politik sebenar dalam mentadbir Selangor walaupun menghadapi pelbagai serangan politik dan peribadi mutakhir ini.

MB berbuka di Masjid Al-Rahman Pandamaran Jaya (90)a"Beliau (Khalid) seorang pemimpin yang tahu apa yang dilakukan dan beliau bekerja untuk rakyat. Malahan beliau banyak menyelesaikan banyak isu dan masalah berkaitan dengan rakyat termasuk isu air.

"Beliau tahu tugasnya sebagai seorang pemimpin dan dia tidak mempolitikkan kehidupan rakyat," katanya dipetik Sinar Harian Online, hari ini.

Mengulas mengenai kehadiran Abdul Khalid di sisi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di salah sebuah majlis berbuka puasa Khamis lepas, beliau menyifatkan ia adalah satu langkah bijak yang wajar dicontohi semua pemimpin.

"Ketua yang bertanggungjawab akan mengurus negara dengan baik tanpa perlu bertelagah sesama sendiri apabila melibatkan isu rakyat," katanya lagi.EZY

Mahathir, saksikan kerja kamu semasa berkuasa dahulu

Posted: 12 Jul 2014 01:43 AM PDT

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Penulis Aspan Alias mengucapkan selamat hari jadi yang ke-89 kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad dan berharap semoga dipanjangkan usia dan berada dalam kesihatan yang baik sentiasa, sambil menyaksikan hasil kerja beliau sendiri semasa berkuasa dahulu.

"Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya," tulis beliau di alam blognya ekoran keresahan Dr Mahathir terhadap kedudukan bangsa Melayu di dalam pembangunan Johor Baharu yang akan merupakan pembangunan fisikal yang begitu drastik seperti yang dirancang.

Berhubung pembangunan di Johor Baharu itu, beliau menyatakan kalau kata-kata semangat 'Melayu tidak akan hilang di dunia' itu sudah tidak boleh dipakai lagi, kerana 'Melayu akan hilang dunianya'.

Berikut tulisan penuh beliau.

Saya terpanggil untuk memberikan pandangan tentang keresahan Dr Mahathir terhadap kedudukan bangsa Melayu di dalam pembangunan Johor Baharu yang akan merupakan pembangunan fisikal yang begitu drastik seperti yang dirancang. Pelan pembangunan Johor Baharu itu merupakan pelan pembangunan yang akan memberikan imej Johor Baharu sebagai New York dalam mana akan terdapat puluhan bangunan pencakar langit dengan 'finishing' struktur yang mahal-mahal dan akan membuatkan orang Melayu tertinggal ke belakang lebih jauh lagi.

Justeru 'ultimate' kita untuk melihat setiap bangsa duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi tidak akan tercapai dan Melayu akan berada dalam keadaan seperti 'itik kehausan dalam air' dan 'ayam mati dalam kepuk padi'. Bagi orang seperti saya tidak pula saya tahu pembangunan yang dirancang oleh kerajaan Johor itu mengambil kira isu ini kerana kestabilan politik negara kita besar penggantungannya kepada kedudukan bangsa Melayu yang merupakan bangsa yang terbesar di negara ini.

Najib yang secara tidak langsung telah mengaku dirinya sebagai seorang yang sangat berkepimpinan itu diharap berfikir panjang tentang apa yang hendak dilakukan itu, membuktikan kepimpinan beliau di sini. Pemimpin yang sebenarnya berkepimpinan akan berjaya mengimbangi kemajuan semua bangsa yang berada di dalam negara ini tetapi apa yang akan berlaku di Johor Baru adalah sebaliknya. Orang Melayu akan berundur jauh di sudut dunia nanti.

Saya ingin menarik perhatian ramai kepada kenyataan Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Timbalan Perdana Menteri semasa berucap dalam ucapan penggulungan perhimpunan agung Umno pada tahun 1972 dahulu. Perhimpunan itu merupakan perhimpunan agung yang terakhir yang beliau hadir sebelum beliau meninggal pada tahun 1973 dahulu. Orang yang masih hidup dan sihat yang berada bersama dalam Majlis Tertinggi Umno semasa itu ialah Tengku Razaleigh Hamzah sahaja. Dr Mahathir belum lagi diterima kembali kedalam UMNO dan beliau semasa itu berada di luar Umno setelah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1969.

Tun Dr Ismail telah memberikan alasan kenapa kerajaan tidak mahu bertindak untuk membangunkan negara dengan cepat sedangkan semasa itu kata beliau, kita mampu mungkin untuk mencapai pembangunan pesat sehingga sepantas 'double-digit growth'. Tetapi adalah dalam perancangan kerajaan untuk memperlahankan pembangunan untuk mempastikan sudah ada persediaan bagi kaum-kaum yang ketinggalan dari semua sudut untuk bersama-sama menikmati pembangunan yang bakal kita lalui nanti.

Tun Dr Ismail bercakap dengan penuh kesedaran betapa perancangan yang teliti dilakukan bagi mempastikan negara dibangunkan dengan mengendung sekali matlamat untuk menjadikan kesaimbangan kedudukan semua bangsa yang dikatakan 'berdiri sama tinggi duduk sama rendah itu'. Pimpinan semasa itu memikirkan banyak perkara dan isu sebelum merancang pembangunan negara agar tidak menghasilkan kecelaruan kepada rakyat yang berbilang kaum ini. Perancangan semasa itu penuh dengan 'wisdom'. Segala perancangan untuk rakyat dan negara itu telah difikirkan betul-betul dengan matlamat yang jelas dan laluan ke matlamat itu jelas dan telus.

Itu sebabnya dalam era tujuh puluhan selepas kematian Tun Dr Ismail kerajaan sesungguhnya melaksanakan impian kerajaan itu dengan sepenuhnya tanpa banyak memikirkan untuk kepentingan keluarga dan peribadi. Itu sebabnya pimpinan semasa itu mudah melaksanakan segala dasar kerana sifat mereka yang jujur terhadap tanggungjawab mereka yang hanya untuk negara.

Mempertimbangkan cara dan kaedah serta kepantasan pembangunan pun ditentukan dengan semangat dan jiwa untuk rakyat. Di samping membangunkan negara pimpinan semasa itu mengendung sekali tanggungjawab untuk tidak meninggalkan tanggungjawab terhadap bangsa yang ketinggalan yang kebetulan adalah di kalangan bangsa Melayu dan bumiputera.

Semua syarikat 'public companies by guarantee' yang kini dipanggil GLC bertanggungjawab untuk membangunkan perniagaan dan memegang perniagaan itu sebagai 'trustee' terhadap orang Melayu dan bumiputera. Dalam hujung tahun tujuh puluhan dan awal lapan puluhan syarikat-syarikat GLC yang maju itu dipindahkan kepada bumiputra yang masih belum berkemampuan untuk melalui saham amanah dan berbagai-bagai cara lagi.

Tetapi kini GLC diperguna oleh mereka yang rapat dengan kuasa untuk kepentingan beberapa kerat yang diberikan tanggungjawab untuk menguruskan syarikat-syarikat tersebut. Malahan GLC tidak pun memberikan manfaat kepada bumiputera sampai ke hari ini sejak tahun lapan puluhan dahulu. GLC hanya membentuk dan membina ego sebahagian kecil beberapa kerat individu yang dianggap professional dan dasar untuk memberikan faedah kepada orang Melayu dan bumiputera itu diabaikan sama sekali.

Sampai sekarang matlamat penyertaan orang Melayu dan bumiputera untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi itu tidak tercapai dan ia tidak mungkin  tercapai sampai bila-bila.

Pimpinan sedang menggila untuk melihat pembangunan sepesat negara-negara seperti AS dan Eropah tetapi anak watan tidak akan merasakan nikmatnya. Percayalah ia tidak akan membawa apa-apa faedah kepada kaum yang masih ketinggalan.

Sekarang Dr Mahathir yang perencana kepada pembangunan pesat yang telah mengabaikan nasib orang Melayu, merasa resah gelisah dan beliau harus mengakui yang sikap membangunkan negara tanpa perancangan untuk kepentingan rakyat itu bermula dari zaman beliau sendiri.

Sekarang beliau berkata benar dan menyalahkan beliau kerana membina sikap ini kepada beliau itu juga benar. Pembangunan di Johor itu tidak akan membawa orang Melayu dan anak watan kehadapan malahan ia akan mengundurkan Melayu dan bumiputra jauh ke belakang dalam jangka masa yang cepat dan tangkas.

Selepas ini orang Melayu akan hanya dapat berkata. Ooh! Ooh! Sahaja setiap hari. Orang Melayu apabila diberitahu ini pembangunan yang terpesat di rantau ini mereka akan hanya mampu berkata, ooh! Oh! sahaja.

Apabila diberitahu kepada orang Melayu yang melihat pembangunan itu hanya mampu dibeli dan didiami oleh orang kaya raya dari Singapura dan China sekali lagi orang Melayu akan hanya berkata, ooh! ooh! sahaja kerana itu sahaja yang mereka ada, iaitu 000.

Maka pembangunan pesat di Johor ini nanti merupakan permulaan kepada bangsa Melayu khususnya Melayu Johor untuk beransur-ansur masuk ke pinggiran hutan untuk memberikan laluan kepada mereka yang mendapat keistimewaan dari pihak pemerintah kita.

Kepada Dr Mahathir elok kita ingatkan satu perbilangan Melayu yang popular, 'jika bapa kencing berdiri, anak akan kencing berlari'.

Selamat hari jadi yang ke 89 kepada Tun Dr Mahathir, semoga dipanjangkan usia dan berada dalam kesihatan yang baik sentiasa, sambil menyaksikan hasil kerja beliau sendiri semasa berkuasa dahulu. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.

Kalau kata-kata semangat 'Melayu tidak akan hilang di dunia' itu sudah tidak boleh dipakai lagi, kerana 'Melayu akan hilang dunianya'.

Surat terbuka untuk Najib Razak

Posted: 11 Jul 2014 09:29 PM PDT


Oleh Nomy Nozwir




Kehadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,

Saya, Muhammad Nomy Nozwir, hari ini menulis surat ini berdasarkan kenyataan anda berkenaan tentang kekalahan teruk Brazil kerana ketiadaan kepimpinan yang berkesan dalam pasukan bolasepak Samba itu.

Apabila anda bercakap begitu, mungkin anda sedang bermuhasabah diri.

Dalam masa saya tidak yakin dengan Pakatan Rakyat (PR) memerintah kerana terlalu banyak pergolakan konflik dalaman parti serta isu pemilihan dalam parti komponen PR yang tak selesai-selesai, saya juga tidak yakin dengan kepimpinan anda yang membawa negara ini ke arah terumbang-ambing.

Sejak 2009 apabila anda menerajui pentadbiran, terlalu banyak isu yang berlaku yang saya rasa anda tidak menanganinya dengan baik.

Ya, mungkin akan ada yang kata, "kalau kau pandai kau jadi la perdana menteri", saya akui saya tidaklah berapa pandai dan cerdik dan berkelayakan menjadi perdana menteri.

Tetapi, saya tidak berminat menjadi Perdana Menteri. Tetapi, tugas perdana menteri ini sangat berkait rapat dengan rakyat marhaen seperti saya ini.

Dari isu api perkauman yang semakin marak, isu rasuah yang masih macam-macam hal, isu pembangunan yang asyik retak runtuh tenggelam pecah dan sebagainya, saya rasa anda di luar kawalan dan tidak mampu untuk mengawal keadaan di negara ini.

Setiap kali anda selaku perdana menteri dan menteri kewangan membentangkan bajet, ramai menteri, ahli akademik, penganalisis ekonomi berkata bajet yang anda bentangkan sebagai yang terbaik yang pernah dibentangkan.

Tetapi jika ia terbaik, kenapa negara ini dalam keadaan berantakan sebegini?

Saya rasa tak perlulah nak tulis angka-angka yang menunjukkan kegagalan anda dalam mengurus tadbir negara ini kerana saya rasa kalau saya tulis pun bukan mengubah keadaan pun. Cuma, keadaan boleh dirasa di mana-mana, yang rakyat tidak yakin dengan kamu.

Hatta di kalangan orang Barisan Nasional (BN) sekali, tidak yakin dengan kamu.

Saya tidak bermaksud mahu memperkecilkan mandat yang diterima BN melalui pilihan raya yang lalu, memandangkan sistem pilihan raya negara ini sudah dibentuk untuk memastikan BN akan sentiasa memerintah, maka bagi saya, carilah orang BN yang lebih berkelayakan.

Anda mempunyai menteri yang bertugas di Jabatan Perdana Menteri seperti sebuah kumpulan bolasepak, ditambah pula anda mempunyai sebuah agensi untuk menasihatkan kamu yang dinamakan Pemandu.

Jika anda mempunyai skuad yang sebegini punya ramai dan bajet sebegini punya mahal, kenapa masih banyak kerosakan berlaku dalam negara ini?

Ini macam satu bentuk pembaziran macam Manchester United beli Maruanne Fellaini.

Terus terang saya katakan, lebih ramai orang seperti saya, rakyat biasa yang tiap-tiap bulan runsing nak bayar sewa rumah, bil air dan letrik serta kos hidup yang semakin meningkat ini tidak yakin dengan kamu.

Menteri-menteri yang kamu lantik pun semuanya tidak berkaliber dan cakap merapu menyebabkan rakyat tidak lagi percaya dengan seluruh kabinet XXL kamu.

Menteri-menteri kamu ini hanyalah seperti "patung-patung tanah liat maharaja" Qin Shi Shuang, maharaja China yang mahu dikebumikan bersama seluruh bala tentera dan penasihatnya apabila dia mati.

Najib, saya tahu bahawa anda adalah penyokong Manchester United dan musim lepas apabila kelab kesayangan anda itu melantik David Moyes menjadi pengurus pasukan, kelab kesayangan anda itu terus jatuh dari menjadi juara liga, kepada pasukan yang tak layak main mana-mana kejohanan Eropah pun.

Apa Manchester United buat, mereka pecat Moyes kerana prestasi yang hambar.

Apabila anda bercakap soal ketiadaan kepimpinan yang berkesan dalam pasukan Brazil, adakah anda rasa kepimpinan anda seperti pasukan Jerman?

Adakah anda rasa kepimpinan kamu seperti Sir Alex Ferguson, pengurus pasukan kelab kesayangan kamu yang membawa Manchester United ke arah kegemilangan sejak 1990an?

Apa perasaan kamu apabila Moyes menjadikan Manchester United ini menjadi pasukan bolasepak yang hambar?

Macam tu jugalah perasaan saya dan kebanyakan rakyat Malaysia terhadap kamu.

Sekian, selamat berpuasa.

Mesin Perang Gila Israel bunuh penduduk Palestin di Gaza

Posted: 11 Jul 2014 09:25 PM PDT




Oleh Ismail Hashim


Masyarakat di seluruh dunia Islam sekarang mengalami kegoncangan psikologi dan emosi yang amat dahsyat akibat serangan ganas Israel dan menyaksikan tontonan kekejaman regim haram Zionis yang membunuh dan mencederakan penduduk awam Palestin.

Luapan emosi ini mencetuskan kemarahan dunia Islam terutamanya di bulan Ramadan yang begitu biadap menyerang Gaza tanpa mempedulikan kemuliaan bulan ini. Malah ini adalah bulan keamanan yang tidak dihormati Israel langsung.

Tidak seorang elit kepimpinan Israel mahupun Amerika Syarikat dan sekutu yang lain mempunyai hati nurani dan tidak merasa bahawa serangan ini sebenarnya tidak dilandasi oleh rasionaliti iaitu tujuannya sekadar melayani nafsu dan hasrat kebuasan yang lebih keji dari binatang.

Serangan ini hanya berdasarkan kepada suatu kegilaan atau delirium yang dikembangkan oleh para pemimpin keganasan dan kekerasan yang menjiwai sebuah mesin tidak rasional.

Mesin-mesin perang atau "war machines" secara besar-besaran dengan teknologi persenjataan tercanggih yang digunakan regim haram Yahudi sekarang adalah digerakkan oleh "mesin-mesin kegilaan" para jeneral dan pemimpin pengganas yang mengembangkan dirinya dalam "fantasi-fantasi gila" mengenai wira dan keperwiraan, kekuasaan, keunggulan dan gejolak mesin hasrat.

Fantasi-fantasi gila para pemimpin pengganas ini telah melacurkan akal sihat dan membawa mereka kepada keadah fikiran singkat mengenai kemenangan, kekuasaan, kemusnahan dan kehancuran massa sambil mencampakkan cara berfikiran rasional mengenai kesan selepas perang ke atas penduduk Gaza, rakyat Palestin dalam mencapai keamanan di Timur Tengah.

Fantasi-fantasi dan mitos gila ini mengenai keperwiraan dan keunggulan bangsa Israel dan kemuliaan bangsa yang terpilih membawa perang sekarang ini ke perangkap kegilaan fantasi itu sendiri dan mencemari realiti yang sangat diperlukan seperti tindakan tegas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Negara Islam (OIC) yang sangat lemah yang tidak ditemukan pendirian sebenar mereka.

Suatu perang yang tujuan dan ideologinya terputus dari dunia realiti dan menghamba kepada kegilaan mitologi dan fantasi para pemimpin Yahudi Zionis mengenai masa silam, perang yang menggunakan sebuah metafora psikoanalisis dianggap sebagai skizofrenia, perang pemimpin skizofrenik.

Skizofrenia adalah suatu kecenderungan psikis kepada diri seseorang yang di dalamnya skizo-war adalah sebuah perang, yang di dalamnya seorang pemimpin perang hidup di dalam dunia fantasi liarnya, menguasai dunia dari Israel dan Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya dan menciptakan perang sebagai realisasi dari keliaran fantasi ini.

Inilah fantasi-fantasi Benjamin Netanyahu tentang "kebesaran", "kemuliaan", "kesucian", dan "keagungan" bangsa Yahudi di dunia-kegilaan fantasi yang melampaui kegilaan fantasi Hitler tentang kebesaran ras Aria, yang skalanya sangat terbatas dan mengimpikan Isreal Raya penguasaan Israel dari Iraq ke Madinah di Arab Saudi.

Schizo-war adalah sebuah perang, yang di dalamnya tanda-tanda fantasi bercampur aduk dengan realiti, membentuk hiper-realiti.

Dalam fantasinya, Netanyahu boleh saja melukiskan tentara Israel sebagai "tentera suci" yang melakukan "pembebasan" rakyat Israel yang tertindas dari pemimpin Hamas yang kejam, serta "melindungi" dunia dari bahaya yang mematikan.

Dalam realitinya, "pembebasan" itu tidak lain dari "pembunuhan", "melindungi" dan ia tidak lain kerana ia "membahayakan" kewujudan Israel.

Skizo-war adalah sebuah perang, yang di dalamnya bahasa moraliti digantikan dengan "fantasi-fantasi liar mengenai moraliti" dengan cara mempermainkan moral itu sendiri sehingga menciptakan semacam sesuatu yang tidak bermoral.

Dalam fantasi liar moralitinya, Netanyahu boleh sahaja melukiskan, rakyat Israel akan menjadi saksi kepada semangat "kemuliaan" dan "keperjuangan" tenteranya – sebuah fantasi yang amat bertentangan dengan realiti moral.

Mesin-mesin fantasi gila ini telah menciptakan "absurdity" perang yang mengerikan, yang di dalamnya berjuta-juta kematian, banjir darah, tangisan, keputuasaan, trauma dan kehancuran yang tidak lebih daripada suatu kegilaan atas kegilaan.

Di samping itu terdapat suatu mesin yang tidak kalah hebat dari mesin fantasi mitos itu iaitu mesin gejolak hasrat.

Gilles Delueze dan Felix Guattari dalam bukunya "Anti Oedipus: Capitalism dan Schizophrenia" (1982) melihat skizofrenia sebagai mesin fantasi dan juga sebagai mesin hasrat iatu mesin yang membebaskan hasrat dari segala tembok penghalangnya.

Ini adalah sebuah mesin yang membebaskan keinginan, hasrat atau nafsu dengan melanggar segala bentuk peraturan atau undang-undang, menghancurkan segala bentuk persetujuan sosial mahukan peraturan agama seperti tidak dibenarkan berperang sebagai menghormati bulan Ramadan dan mencemari segala bentuk moral yang menghalanginya.

Mesin hasrat seperti inilah yang mengendalikan mesin perang Israel. Dengan melanggar segala kuasa, menembusi setiap norma, mencampakkan semua kesahihan undang-undang dan membuang setiap hukum dan undang-undang alam, Netanyahu telah memasuki ruang terlarang sejagat untuk menemukan ruang pembebasan hasrat yang buas tidak terkendali.

Mesin-mesin hasrat pemerintah Yahudi tidak pernah henti gelora hasratnya yang tidak sahaja merobohkan asas-asas moral masyarakat antarabangsa tetapi memporak-perandakan tatanan sejagat yang dibina organisasi seperti PBB menuju ke arah penghancuran. Kegilaan hasrat Netanyahu meremehkan tata dunia yang ada seperti demokrasi dan pasaran bebas.

Alangkah malangnya nasib dunia Islam yang lemah dan tidak berdaya yang lama dikuasai oleh pemimpin skizofrenik yang merosakkan dunia Timur Tengah daripada kegilaan fantasi dan mitos di mana impian Israel Raya memusnahkan Palestin dan penduduknnya.

Mana negara Islam, antarabangsa?

Posted: 11 Jul 2014 09:16 PM PDT


Kanak-kanak ini menjadi korban bedilan roket selepas tembakan itu tersasar ke kediamannya di bandar Gaza, awal pagi semalam. - Foto AFP Kanak-kanak ini menjadi korban bedilan roket selepas tembakan itu tersasar ke kediamannya di bandar Gaza, awal pagi semalam. - Foto AFP


SEJAK  bumi Palestin dibedil bertali arus setiap minit dalam tempoh 24 jam, ramai bertanya di manakah bantuan dan usaha negara-negara Islam untuk menghentikan kekejaman ini.

Serangan itu bukan kecil. Kabinet Israel sudah pun membuat rancangan untuk membedil lebih 750 kawasan di wilayah Gaza dengan lebih 800 roket sudah dilancarkan sejak Isnin lalu.

Sehingga semalam, media Barat melaporkan angka korban dicatatkan lebih 100 orang dengan ratusan parah namun angka itu bukanlah digit yang boleh dipercayai selagi tiada pengesahan dari pihak berkuasa Palestin. 

Persoalannya, mengapa Israel melancarkan serangan ketika ini?

Pemerhati politik berpendapat, tindakan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengisytiharkan serangan mega ini pasti mempunyai alasan kukuh. Adakah disebabkan negara Islam di Timur Tengah, Eropah dan Asia ketika ini sedang lena atau mereka tidak mampu membantu kerana bimbang ancaman diplomatik?

Negara Timur Tengah

Ketika serangan mula memuncak sejak Selasa lalu, bumi Palestin dikepung Zionis dengan ketat. Serangan roket bagaikan hujan jatuh membedil kediaman dan pejabat kerajaan.

Mesir antara negara disebut untuk menjadi orang tengah menyelesaikan konflik ini. Tetapi apa yang boleh Mesir lakukan kerana negaranya sendiri mengalami pergolakan politik sejak penggulingan Presiden Mohammed Mursi.

Mereka berhadapan perang saudara antara tentera, polis dan gerakan Ikhwanul Muslimin.

Presiden Abdel Fattah Al-Sisi hanya mampu memberi janji kosong untuk sedia membantu tetapi beliau sendiri mengarahkan 19 terowong di sempadan Senai dimusnahkan kelmarin bagi mengelakkan penduduk Palestin menjadi pelarian di negaranya.

Untuk meminta bantuan dari Syria, amat tidak munasabah kerana negara itu kini sedang dalam kancah perang saudara yang makin hari makin parah hingga menyebabkan lebih jutaan maut dan menjadi pelarian.

Bantuan dari Iraq juga tidak akan diperoleh kerana negara itu kini sedang bergelut dengan pergolakan Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL). Kemunculan kerajaan Islam pimpinan Abu Bakr al-Baghdadi terus memeningkan Perdana Menteri, Nouri al-Maliki.

Selepas mengumumkan pembentukan kerajaan Islam kumpulan terbabit kini digelar militan oleh negara Barat dan kumpulan pejuang oleh beberapa negara Islam.

Ingin minta bantuan Turki? Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan sedang berhadapan dengan masalah kebangkitan rakyat atau Arab Spring untuk menggulingkan pentadbiranya. Krisis antara beliau dan Muhammed Fethullah Gülen juga masih panas. Hanya pilihan  raya nanti bakal menyelesaikan segala masalah itu.

Cuma Lebanon memberikan lampu kuning. Itu pun jika benar roket didakwa dilepaskan dari utara negara itu mendarat ke sempadan Israel, semalam adalah milik negara berkenaan.

Namun, sehingga kini belum ada pengesahan sah ianya milik Lebanon.

Eropah, AS

AS hanya menawarkan diri untuk menjadi orang tengah jika Israel dan Palestin bersetuju mahukan gencatan senjata. Namun sehingga kini beluam ada petanda kedua-duanya mahu mengalah.

Netanyahu  dalam satu kenyataan mengatakan pihaknya tidak sesekali berminat untuk melakukan gencatan senjata sebaliknya gempur berganda akan dilakukan dari setiap penjuru iaitu udara, darat dan laut.

Negara-Negara Eropah hanya mengambil langkah tunggu dan lihat. Mereka mengambil pendekatan lebih subjektif apabila tidak akan campur tangan dalam konflik terbabit dan jauh sekali untuk menawarkan bantuan ketenteraan.

Semalam, Presiden Rusia Vladimir Putin menggesa Netayahu supaya menghentikan serangan namun teguran itu tidak diendahkan.

Kini, negara Eropah seperti Sepanyol, Greece dan Perancis hanya mampu melancarkan kempen boikot produk barangan Israel bertujuan melemahkan ekonomi negara itu.

Difahamkan, Israel menjana ekomoni negaranya melalui kebergantungan pengeksportan produk makanan ke Eropah.

Asia

Indonesia menawarkan bantuan AS$1.5 juta (RM3.1 juta) buat Gaza kerana yakin negara itu amat memerlukan bantuan kewangan. Indonesia tidak boleh mencampuri konflik ini kerana negara itu masih dalam proses pengiraan undi Pilihan Raya Presiden yang berakhir Rabu
lalu. Sudah pasti, semua pemimpin lebih menumpukan peralihan politik dalaman.

Filipina dianggap tidak mampu mencampuri urusan di Gaza kerana negara itu sendiri berhadapan dengan konflik kumpulan pejuang di Selatan negara itu.

Pemburuan serpihan Abu Sayyaf masih belum berakhir, pembentukan negara autonomi Bangsamoro juga belum dimulakan, sudah pasti mereka enggan mencampuri urusan luar.

Sri Lanka pula kini berhadapan krisis etnik. Minggu lalu, umat Islam diancam bunuh oleh kumpulan pelampau Buddha menyebabkan presiden negara itu mengeluarkan amaran keras.

Bangladesh, Vietnam dan Combodia sudah pasti tidak termampu untuk membantu kerana kekuatan tentera yang terhad melainkan melalui suara di PBB.

Apa pun, jika Netanyahu mengerakkan 40,000 tentera ke Gaza tidak mustahil Intifada ke-3 akan tercetus. Adakah negara Islam akan terus berdiam diri meninggalkan Palestin berseorangan untuk berjuang? Kita hanya mampu berdoa tetapi bedilan roket terus membunuh penduduk Islam di sana.

Jangan sangsi kemesraan Abdul Khalid, Najib

Posted: 11 Jul 2014 09:14 PM PDT


Nik Nazmi (tengah) pada sidang media di lobi Bangunan Annexe, semalam. Nik Nazmi (tengah) pada sidang media di lobi Bangunan Annexe, semalam.


SHAH ALAM -  Kemesraan dan hubungan positif antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak perlu dilihat dari lensa politik semata.

Timbalan Speaker Dun Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pertemuan antara Perdana Menteri dan menteri besar perkara biasa dan ia bukan isu besar.

"Beliau Menteri Besar Selangor, takkan tidak boleh jumpa Perdana Menteri. Takkan semua benda kita nak tengok daripada lensa parti, kalau Majlis Raja-Raja pun, Perdana Menteri hadir bersama Agung dan menteri besar hadir bersama Sultan.

"Dulu Datuk Seri Anwar Ibrahim pun pernah minum teh tarik dengan Najib, jadi saya tidak nampak apa-apa isu yang besar. Saya pun baik dengan kawan-kawan Umno juga," katanya ketika ditemui di lobi Bangunan Annexe, semalam.

Nik Nazmi turut meminta supaya mana-mana pihak yang cuba berpandangan serong dengan beranggapan Abdul Khalid sebagai mesra Umno supaya menghentikan perbuatan tersebut.

"Bagi saya itu bukan perkara luar biasa jika ketua kerajaan negeri berjumpa dengan ketua kerajaan pusat. Diharapkan semua pihak bertenang," katanya.

Abdul Khalid semalam membuat kejutan dengan menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat Selangor anjuran Pejabat Pembangunan Persekutuan Selangor di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong di Shah Alam, kelmarin.

Abdul Khalid yang berdepan dengan asakan PR untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor dilihat menerima suntikan moral daripada perdana menteri yang mengakui boleh bekerjasama dengan beliau walaupun berbeza fahaman politik.

Najib berkata, walaupun ada perbezaan, mereka boleh bekerjasama dalam banyak hal.
Malahan Najib turut berterima kasih dengan kehadiran Abdul Khalid dan bagi beliau sebagai ia suatu petanda baik.

Dalam perkembangan lain, Nik Nazmi menafikan pihaknya menerima sebarang permohonan berhubung usul tidak percaya bagi menggugurkan Abdul Khalid.

"Jadi bagi saya itu bukan perkara yang baru timbul mengenai undang-undang undi tidak percaya ini. Kita ada Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan juga Undang-undang Persekutuan dan ia bukan satu isu besar," katanya.

Sebelum ini Abdul Khalid menyatakan beliau tidak kisah jika dakwaan kononnya akan wujud usul undi tidak percaya terhadapnya oleh Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC).

Palestin sudah bersiap sedia

Posted: 11 Jul 2014 09:11 PM PDT

Askar Israel menunggu 'lampu hijau' untuk melakukan serangan darat. Askar Israel menunggu 'lampu hijau' untuk melakukan serangan darat.


GAZA- Palestin kini bersiap sedia menghadapi ancaman 40,000 tentera Zionis yang akan dilancarkan pada bila-bila masa melalui Operasi Perlindungan Sempadan.

Presiden Palestin Mahmoud Abbas mengumumkan perkara itu dan meminta semua penduduk bersedia, lapor Press TV.

"Segala usaha saya untuk menamatkan keganasan gagal. Namun kami tidak akan putus asa mempertahankan tanah ini sungguh pun Israel terus mendesak supaya meninggalkan tanah ini.

"Kami tidak mempunyai senjata, tetapi kami akan tetap teguh mempertahankan negara ini. Jika Israel mempunyai peluru berpandu dan senjata, ini tidak bermakna kita akan menyerah diri," katanya.

Menurutnya, Palestin bersedia untuk melakukan gencatan senjata jika dipersetujui Israel tetapi hingga kini negara itu masih berdiam dan enggan berbincang sungguh pun mendapat nasihat dan teguran negara lain.

Semalam beliau meminta rakyat Palestin yang tinggal berhampiran sempadan dengan Israel supaya meninggalkan kediaman mereka dan bergerak menuju ke Genting Gaza.

Manipulasi kenyataan 13 Mei, Muhyiddin patut salahkan Utusan

Posted: 11 Jul 2014 08:54 PM PDT


lks kanak2

Roketkini.com


KUALA LUMPUR,: Akhbar milik Umno Utusan Malaysia merupakan pihak yang bertanggungjawab memanipulasi kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung ketegangan kaum dan 13 Mei, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Kit Siang berkata, memang tidak syak lagi, Utusan yang telah memulakan kontroversi tersebut apabila melaporkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu bahawa tragedi 13 Mei mungkin akan berulang jika Melayu terus dihina.

"Saya mengalu-alukan penjelasan Muhyiddin bahawa kenyataannya telah dimanipulasi dan beliau langsung tidak membuat sebarang ancaman 13 Mei kepada bukan-Melayu dan bukan-Muslim.

"Jadi, jika ucapan Muhyiddin di Pagoh itu telah dimanipulasi, maka pelakunya tidak lain adalah Utusan Malaysia. Ini sangat jelas, kerana akhbar itu yang melaporkan ucapan beliau.

"Laporan akhbar berkenaan menyatakan Muhyiddin mengkhususkan bukan-Melayu dan bukan-Islam apabila merujuk kemungkinan berulangnya 13 Mei apabila Melayu dan Islam tidak henti diserang serta dihina," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut mempersoalkan mengapa Muhyiddin memilih untuk menunggu selama enam hari untuk menjelaskan mengenai kenyataan terbabit.

Beliau turut menggesa satu 'konsensus kebangsaan' yang melibatkan kepimpinan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional dilakukan untuk menamatkan semua ancaman 13 Mei dan ketegangan kaum dalam negara.

"Negara ini perlu bergerak ke depan. Kita semua rakyat Malaysia harus belajar dari kekecohan yang timbul oleh Muhyiddin minggu lalu kerana tidak berhati-hati dan cuai dalam membuat sesuatu kenyataan awam hingga boleh menjejaskan kebersamaan, keharmonian dan keamanan.

"Apakah Muhyiddin akan menyokong cadangan penyelaran meja bulat antara BN dan PR untuk menamatkan ancaman 13 Mei, kebencian kaum serta agama, konflik dan ketegangan yang timbul sejak 14 bulan lalu?

"Bukankah ia lebih berguna, produktif dan patriotik untuk semua rakyat bersatu tanpa mengira kaum, agama atau kawasan demi menjadikan Malaysia sebuah negara yang hebat, berjaya dan diakui dunia sebagai model negara majmuk." -Roketkini.com

Lucu, Menteri Kewangan luluskan permohonan Perdana Menteri

Posted: 11 Jul 2014 08:49 PM PDT

lct

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Semenjak tahun 1999, Malaysia mengalami pentadbiran yang pincang apabila Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan adalah orang yang sama, kata Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong.

Beliau berkata, 'tradisi' yang dimulakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir itu menyebabkan amalan semak dan imbang tidak dapat dipraktikkan secara sistematik dalam kabinet .

"Peranan Perdana Menteri ialah membelanjakan peruntukan (Belanjawan), manakala Menteri Kewangan memantau dan mengawasi perbelanjaan.

"Dalam keadaan seperti sekarang, bolehkah Menteri Kewangan (Datuk Seri Najib Razak) mengawal perbelanjaan Perdana Menteri?" soal Chin Tong, mengundang tawa kira-kira 100 hadirin di forum 'Rombakan Kabinet: Apakah Menteri Baru Lebih Efektif' di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, Khamis lalu.

Semenjak pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Menteri Kewangan pada 1998, jawatan itu hanya sekali disandang oleh seseorang yang bukan memegang jawatan Perdana Menteri, iaitu Tun Daim Zainuddin dari tempoh 1999 hingga 2001.

Namun 'tradisi' itu kemudiannya diteruskan Dr Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak.

Kata Chin Tong, rakyat Malaysia berharap seorang Menteri Kewangan 'sepenuh masa' dilantik dalam rombakan kabinet pada 25 Jun lalu bagi menggantikan Najib, namun ia tidak berlaku.

Sebaliknya operasi Jabatan Perdana Menteri dibesarkan melalui pelantikan Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong dan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong sebagai menteri penuh di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Katanya lagi, Australia antara model pentadbiran yang wajar dicontohi melalui sistem 'menteri dua peringkat' atau konsep seorang menteri hadir ke mesyuarat kabinet, manakala 'menteri muda' memberi tumpuan kepada agenda dan pelaksanaan.

Tambahnya, langkah penjimatan operasi kerajaan boleh dilakukan dengan penggabungan beberapa jabatan dengan fungsi bersama di bawah sesuatu kementerian, antaranya Kementerian Sains,
Teknologi dan Inovasi (Mosti) dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).

"Ini membolehkan kerajaan mengurangkan jumlah menteri kepada 18 orang," kata Chin Tong sambil memberitahu beliau sebelum ini pernah mendapatkan pandangan beberapa orang bekas Menteri Kewangan termasuk Tengku Razaleigh.

Pertindihan peranan antara agensi
 
Dalam pada itu kata Chin Tong, pertindihan peranan antara agensi kerajaan menimbulkan kekeliruan. Sebagai contoh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) tidak berada di bawah Kementerian
Pengangkutan, sebaliknya di bawah Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) yang diselia Kementerian Kewangan.

"Begitu juga dengan Pelabuhan Pulau Pinang (Penang Port) tidak berada di bawah Kementerian Pengangkutan, tetapi di bawah Kementerian Kewangan," ujar Chin Tong.

Beliau turut mengkritik pelantikan Datuk Mah Siew Keong sebagai Menteri di JPM yang diamanahkan memegang portfolio berkaitan pengurusan tanah, hartanah, tanah perkuburan atau dana yang berkaitan masyarakat beragama Hindu.

"Saya bukan hendak memperkecilkan peranan beliau, malah meraikan peranan sesiapa sahaja untuk memegang portfolio berkaitan mana-mana kepercayaan masyarakat di Malaysia.

"Tetapi Malaysia memerlukan pemimpin yang layak untuk bertanggungjawab kepada kementerian yang bersesuaian. Kita wajar menjadikan kabinet sebagai institusi yang penting," kata Chin Tong. – Roketkini.com

PM: Teguran pada Bung Moktar serius

Posted: 11 Jul 2014 08:46 PM PDT

MALAYSIAKINI



 


Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata para pemimpin parti perlu mengambil serius teguran agar tidak mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan prinsip dan dasar parti.

Katanya, teguran berkenaaan, seperti yang disuarakannya ke atas ahli majlis tertinggi Datuk Bung Moktar Radin, perlu dipandang serius kerana kenyataan para pemimpin tersebut akan mencerminkan imej parti.

"Saya sudah mengingatkan kepada ahli Umno bahawa apa sahaja pendapat yang mereka keluarkan sedikit sebanyak mencerminkan pandangan luar terhadap Umno dan juga Majlis Tertinggi.

"Misalnya kalau seorang ahli parlimen, apa yang disuarakan itu, mereka yang berada diluar akan melihat kewibawaan BN," katanya.

Najib berkata beliau bertindak segera untuk menegur Bung Moktar dan MP Kinabatangan itu juga telah memohon maaf atas kenyataan yang menyanjung pemimpin parti Nazi Jerman, Adolf Hitler.

"Dan sebab itu saya ambil keputusan cepat untuk tegur beliau (Bung Moktar). Dan beliau telahpun minta maaf dan tarik balik kenyataan tersebut.

"Bung tahu pendirian kita. Maknanya kalau membuat satu kenyataan itu, tak boleh menyentuh dan bertentangan dengan prinsip dan dasar perjuangan parti.

"Kita sudah tegur dia secara terbuka. Ia teguran yang serius," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno.

Dr M: PM tak kuat jika tak mampu tolak TPPA

Posted: 11 Jul 2014 08:43 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penggantinya Datuk Seri Najib Razak perlu menunjukkan ketokohan pemimpin yang kuat, seperti menolak Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik.

Beliau berkata demikian secara menyindir, susulan kenyataan Najib bahawa sesebuah negara memerlukan kepemimpinan yang kuat.

"Saya rasa Najib sendiri yang kata kita memerlukan pemimpin yang kuat. Apa kelayakan seorang pemimpin yang kuat?

"Ia adalah kemampuan dan kesanggupan untuk menentang tekanan asing dan mempertahankan kepentingan negara.

"Jika anda tidak berbuat demikian, anda tidak boleh dianggap sebagai pemimpin yang kuat," katanya dalam satu sidang media di Shah Alam.

Mahathir bercakap kepada pemberita selepas melancarkan buku bertajuk "TPPA: Malaysia is not for sale" yang diterbitkan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM).

Ditanya sekiranya beliau berpendapat Najib mempunyai kempimpinan yang kuat, Mahathir berkata: "Saya tidak tahu".

"Sebab semuanya bergantung kepada ujian atau cabaran yang dihadapi dan bagaimana beliau menghadapinya," katanya.

Mahathir menegaskan, perjanjian itu sepatutnya terus dibatalkan.

"Pertama, mengapa (TPPA) dibuat secara rahsia jika ia bukan untuk menipu rakyat?

"Saya rasa ciri kepemimpinan yang baik adalah kemampuan untuk menolak apa yang tidak baik bagi negara ini," katanya.

Dalam ucapannya terdahulu mengenai TPPA, Mahathir berulang kali merujuk kepada kenyataan Najib mengenai keperluan bagi kemimpinan yang kukuh.

Katanya, negara ini mampu berkembang maju tanpa bergantung kepada perjanjian perdagangan bebas sebelum ini.

Penduduk Kpg Selamat minta ternakan babi dipindah

Posted: 11 Jul 2014 08:38 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Lebih 200 penduduk Kampung Selamat di Tasek Gelugor mengadakan perhimpunan secara aman semalam bagi membantah ternakan babi di kawasan itu dan meminta kerajaan negeri memindahkannya ke kawasan lain.
  
Pengerusi Kariah Masjid Kampung Selamat Ismail Hassan, 49, berkata penduduk kampung itu sudah hilang sabar setelah sekian lama berdepan dengan masalah ladang babi terutama pencemaran bau busuk dan air dari sisa kumbahan ladang itu.
  
Kumpulan berkenaan yang berarak sejauh 100 meter dari Masjid Kampung Selamat ke pekarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Selamat turut menyerahkan memorandum mengenai bantahan itu kepada Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin yang turut berada di situ.
  
"Saya mewakili penduduk Kampung Selamat mahu menyuarakan rasa tidak puas hati penduduk pelbagai kaum yang kurang selesa dengan keadaan ini kerana tidak tahan dengan persekitaran ini.
  
"Diharapkan selepas penyerahan memorandum ini, pihak berkenaan terutama kerajaan negeri dapat mengambil tindakan sewajarnya agar kehidupan kami lebih berkualiti," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan aman itu di Tasek Gelugor hari ini.

Bantahan itu juga diadakan selepas seorang pelajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat Muhammad Ammar Muqrish Zulkifli, 12, disahkan dijangkiti virus Ensefalitis Jepun (JE) baru-baru ini.
  
Seorang penduduk Mohd Firdaus Daud, 29, berkata mereka juga mahu kerajaan negeri pimpinan DAP mempelajari kaedah menternak babi seperti yang dilakukan di Selangor iaitu menggunakan teknologi dengan sistem penghapus bau dan sisa kumbahan yang lebih baik.
  
"Kami menyeru kerajaan Pulau Pinang mengambil tindakan segera (isu penternakan babi) dan mendengar rintihan kami yang mahukan udara segar dan suasana nyaman. Mereka sepatutnya pelajari teknologi menternak babi seperti diamalkan di Selangor," katanya.
  
Kamarudin Salleh, 46, pula berkata penduduk di Kampung Selamat telah sekian lama menderita dengan bau busuk dari kandang babi berkenaan terutama pada waktu pagi dan malam, dan ia mengganggu keselesaan penduduk.
  
Sementara itu, Dr Afif berkata pihaknya akan meneliti dan mengkaji pandangan dan suara penduduk Kampung Selamat itu.
  
"Isu memindahkan ladang babi ini bukanlah sesuatu yang baharu dan kami sudah bawa kepada jawatankuasa aduan untuk meneliti perkara ini namun belum dapat direalisasikan kerana beberapa perkara berbangkit," katanya.
  
Terdapat 84 ladang babi yang mempunyai populasi kira-kira 100,000 ekor babi di kawasan Kampung Selamat itu.- Bernama

Tiada ulasan: