Khamis, 10 Julai 2014

Biaqpila

Biaqpila


CAGAR BAYI UNTUK BAYAR 15 SAMAN TRAFIK

Posted: 10 Jul 2014 09:41 AM PDT



Ipoh: Sepasang suami isteri mendakwa terpaksa mencagar bayi lelaki mereka berusia lapan bulan kepada seorang wanita untuk mendapatkan pinjaman RM3,500 bagi membayar 15 saman trafik yang tertunggak berjumlah RM2,800.

Bagaimanapun, pasangan terbabit mendakwa gagal mendapatkan kembali cahaya mata mereka yang diserahkan kepada ahli perniagaan itu, sedangkan bayi berkenaan perlu dibawa untuk pemeriksaan kesihatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Berikutan itu, pemandu bas, Nages Roa, 38, dan isteri, K Kanagavalli, 31, membuat aduan di Balai Polis Malim Nawar pada 26 Jun lalu.

Kanagavalli berkata, dua hari selepas menyerahkan bayinya sebagai cagaran untuk pinjaman itu, dia ingin mengambil semula bayi berkenaan untuk dibawa menjalani pemeriksaan perubatan bagi mendapatkan vaksin seperti ditetapkan oleh pihak HRPB.

"Bagaimanapun, wanita itu enggan menyerahkan bayi kami dan sehingga kini, kami gagal mengesannya," katanya pada sidang media, di sini, semalam.

BH


RAMAI BEREBUT KUTIP IKAN 'BABI'

Posted: 09 Jul 2014 04:19 PM PDT





Ipoh: "Saya nampak ribuan ikan patin di sekitar kawasan dalam dan luar kolam itu sebaik kolam berkenaan pecah dan ketika kejadian berlaku, ramai orang berebut-rebut mengutip ikan itu termasuk masyarakat beragama Islam," kata Mohamad Khirul Adnan Hamid, 26, individu yang memuat naik maklumat serta gambar yang menampakkan tulang haiwan dipercayai babi di laman blog peribadinya dalam kejadian kolam ikan patin pecah di Lahat, di sini, Ahad lalu.

Menurutnya, dia mendapat maklumat mengenai kerosakan paip pecah yang menyebabkan air melimpah hingga tebing kolam terbabit runtuh kira-kira jam 2 petang, Ahad lalu, selepas dimaklumkan oleh seorang rakannya.

Katanya, ketika kejadian, orang ramai dilihat mengerumuni kolam itu selepas kesemua ikan ternakan mula kelihatan di luar dan permukaan dasar kolam.

"Saya difahamkan saliran kolam itu mengalami masalah sehingga menyebabkan air di situ susut hingga menampakkan permukaan dasar tanah. Akibatnya, kesemua ikan di dalam kolam itu jelas kelihatan sekali gus menjadi tumpuan orang ramai.

NORAISHAH (tiga dari kanan) bersama empat pegawainya meninjau kolam ikan patin berhampiran kawasan Lahat selepas dipercayai menggunakan babi sebagai makanan ikan.


"Malah, satu saluran turut pecah menyebabkan sebahagian ikan di situ berlambak ke luar kolam," katanya.


Menurutnya, ketika di tempat kejadian, dia juga sempat menasihatkan orang awam khususnya yang beragama Islam supaya tidak mengambil ikan patin itu untuk makan kerana berdasarkan pemerhatiannya, rangka tulang haiwan yang bersepah di dasar kolam itu dipercayai rangka babi.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Tiada ulasan: