Ahad, 29 Jun 2014

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Lim Kit Siang Melawat TG Haji Hadi

Posted: 29 Jun 2014 04:37 AM PDT



Media umno sibuk mencanang yang hanya najib melawat 5ok guru. Mereka mengatakan tidak ada pemimoin pakatan yang datang melawat.

Al hamdulillah. Lim kit siang hadir melawat kawan seperjuangan pakatan rakyat.

Ds Anwar Melawat TG Haji Hadi

Posted: 29 Jun 2014 01:36 AM PDT



Anwar juga turut sama melawat semalam tok guru.

Semoga allah sembuhkan penyakit tok guru.

Perutusan Ramadhan YB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Posted: 29 Jun 2014 01:32 AM PDT



Perutusan Ramadhan YB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,

Al-Mursyidul Am PAS

Ramadhan Bulan Meraih CInta Allah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, kita masih dipanjangkan nyawa oleh Allah SWT untuk terus menghirup udara di bumi Allah SWT di bulan Ramadhan pada tahun ini. Rahmat dan belas kasihan Allah SWT kepada kita sebenarnya terlalu besar untuk kita balas dan hari ini pula kita masih dipinjamkan dengan nikmat kehidupan yang bila-bila masa sahaja akan berakhir.

Sekali lagi kita berada di dalam bulan Ramadhan yang merupakan pesta ibadah kepada orang-orang Islam. Sering saya sebut dan ulangi, Ramadhan ini janganlah disebut sebagai bulan puasa, ini kerana bukan puasa sahaja ibadat yang diperintahkan di dalam bulan ini. Menyebut Ramadhan sebagai bulan puasa sahaja menjadikan masyarakat silap faham sehingga mereka gagal meraih faedah maksimum daripada anugerah Ramadhan yang disediakan oleh Allah SWT ini.

Masyarakat umat Islam perlu disedarkan sentiasa bahawa Ramadhan bukan sahaja bulan puasa, tetapi ia juga bulan qiyam, bulan infaq, bulan Al-Quran, bulan kasih sayang dan bulan penuh dengan kebaikan. Pahala yang disediakan oleh Allah SWT Yang Maha Pengasih di bulan ini untuk ibadat-ibadat yang dinyatakan tadi berlipat kali ganda melebihi pahala yang disediakan di bulan-bulan yang lain.

Ramadhan juga ialah bulan terbaik untuk mencapai cinta Allah SWT. Benar, ibadat yang kita lakukan sepanjang Ramadahan tidak lain dan tidak bukan hanyalah kerana takut kita kepada Allah SWT. Di dalam masa yang sama, kita berharap untuk meraih cinta dan ingatan daripada Allah SWT. Namun, adakah di dalam masa yang sama Allah SWT juga menyintai dan mengingati kita? Tidakkah bimbang kita jika hanya kita sahaja yang mengingati Allah SWT namun dalam masa yang sama Allah SWT tidak mengingati kita? Jika berlaku demikian, sebenarnya kita tidak mengingati Allah SWT, hanyalah kita yang menyangka bahawa kita sudah menjadi hamba yang soleh namun hakikatnya tidak soleh pada pandangan Allah SWT.

Raihlah dan carilah cinta Allah SWT di bulan Ramadhan. Jangan hanya kita bertepuk sebelah tangan sedangkan kasih dan sayang Allah SWT gagal untuk kita capai. Manusia yang dicintai oleh Allah SWT insya-Allah akan selamat di dalam meniti ujian di dalam hidup sebagai bekal untuknya menghadapi hari yang dinamakan kematian.

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk menyeru agar sekalian kita umat Islam memperkukuhkan semangat persaudaraan sesama kita di benua mana sekalipun kita berada. Ukhuwwah Islamiah di antara kita tetap utuh sekalipun berjauhan dipisahkan oleh kedalaman lautan dan ketinggin gunung-ganang. Khas untuk saudara-saudara kita di Mesir yang sedang menghadapi ujian cengkaman diktator yang meruntuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat, berdoalah kita sepanjang Ramadhan ini agar Allah SWT menzahirkan kebenaran di atas kebatilan. Tiada tabir kebatilan yang boleh kekal lama melindungi cahaya kebenaran. Lambat-laun ia akan tersingkap jua.

Akhir kata, janganlah dibiarkan Ramadhan berlalu tanpa amal berharga dari kita. Semoga ia menjadi Ramadhan yang terbaik untuk kita dan dengannya kita akan berpuas hati jika ia ditakdirkan menjadi yang terakhir di dalam hidup kita ini.

Sekian, salam Ramadhan.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Bertarikh : 1 Ramadhan 1435H bersamaan 29 Jun 2014M

DS Najib Melawat TG Haji Hadi

Posted: 29 Jun 2014 12:02 AM PDT



Semoga tok guru tabah dalam menghadapi ujian kesihatan ini.

Kelihatan wajah gembira di wajah mereka berdua.

Terima kasih dato najib kerana sudi melawat too guru.

Dato MB VS Dato Husam

Posted: 28 Jun 2014 05:35 PM PDT



Insya allah. Boleh bersatu dalam memajukan negeri kelantan yang tercinta.

Demi agama islam dan rakyat kelantan.

Brazil singkir Chile dengan penalti

Posted: 28 Jun 2014 05:21 PM PDT



Brazil terpaksa melalui detik mendebarkan apabila memerlukan penentuan sepakan penalti sebelum dapat menyingkirkan Chile di peringkat 16 pasukan dengan keputusan 3-2.
Penentuan sepakan penalti terpaksa diadakan selepas kedua pencabar dari Amerika Selatan itu terikat 1-1 dalam masa sebenar perlawanan di Estadio Mineirao.

Mendapat sokongan padu daripada penyokong sendiri, skuad Selecao bagaimanapun dianggap bernasib baik cubaan saat akhir tambahan masa Mauricio Pinilla sekadar 'mencium' palang.

Brazil marah ke suku akhir selepas Julio Cesar menyelamatkan dua tendangan sebelum tendangan terakhir yang diambil Gonzalo Jara singgah di tiang untuk membolehkan Brazil layak.

Sebelum itu Alexis Sanchez memadamkan gol pendahuluan Brazil yang dirakamkan pada minit ke-18 menerusi David Luiz.

Kecekapan pengadil, Howard Webb juga teruji apabila beliau bertindak berani membatalkan gol Hulk yang terlebih dahulu didakwa terkena tangannya.

RAHSIA KENAPA SANGAT MUSTAJAB DOA RAMADAN

Posted: 28 Jun 2014 05:16 PM PDT

DrMAZA.com

Doa! Semua insan inginkan agar doanya mustajab. Hidup tanpa doa adalah satu kemusnahan. Banyak perkara yang kita perlu mohon kepada Allah. Bukan sahaja nikmat atau cita-cita yang diidamkan pada masa hadapan, namun kita juga perlu memohon agar tidak dihilangkan nikmat dan cita yang telah dicapai. Insan sentiasa memerlukan Tuhan dalam hidupnya. Kehidupan ini jauh lebih besar dari kudrat seorang insan untuk dia mengawalnya. Betapa ramai para penguasa yang merasai diri mereka hebat, tetapi akhirnya tumbang dan tewas. Betapa canggih dan teguh kapal 'Titanic' yang bina, namun tenggelam selepas beberapa hari belayar. Siapakah yang menguasai alam?! Allah, Allah dan Allah. Awal dan akhir. Zahir dan batin.

Semakin dekat insan dengan Allah, semakin mustajab doanya. Kemustajaban doa sangat berkait dengan kekusyukan jiwa hamba yang berdoa. Semakin tertumpu perasaannya kepada kebesaran Allah, semakin pantas doanya dimustajabkan. Sebenarnya, bukannya susah untuk berdoa, tetapi yang susah ialah mencari jiwa yang khusyuk yang menyebabkan doa mustajab. Ramai orang tersalah sangka dalam hal ini. Mereka hanya tertumpu kepada waktu, ungkapan dan tempat berdoa tetapi melupai perkara asas iaitu kekhusyukan diri insan yang berdoa itu. Maka jangan hairan jika ada insan yang tidak dimustajabkan doanya sekalipun dia berada di Mekah, ataupun berada pada bulan Ramadan. Walaupun unsur tempat yang mustajab ataupun waktu mustajab telah dipenuhi, namun dia gagal memenuhi perkara yang asasi iaitu jiwa yang khusyuk yang benar-benar memohon dengan penuh erti seorang hamba. Tumpuan perasaan kepada Tuhan dengan penuh kerendahan diri dan harapan. Jika unsur itu dipenuhi, kemudian diikuti dengan tempat ataupun waktu yang mustajab maka doa menjadi amat mustajab.

Setelah kita memahami hal ini, maka kita cuba memahami bahawa Allah menjanjikan untuk memustajabkan doa mereka yang berpuasa. Ini kerana, puasa pada bulan Ramadan dapat membentuk jiwa yang khusyuk. Ramadan pula waktu yang Allah sayang disebabkan bulan pilihanNYA dan suasana hamba-hambaNYA taat kepadaNYA. Maka Allah setelah menyebut tentang kewajiban berpuasa pada bulan Ramadan, maka Allah ikuti dengan janjiNYA di mana DIA berfirman: (maksudnya):

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk (Surah al-Baqarah: 186).

Tiada ulasan: