Jumaat, 27 Jun 2014

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Ahad

Posted: 27 Jun 2014 06:15 AM PDT

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Ahad ini.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad ketika mengumumkan demikian berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Ahad, 29 Jun 2014, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu disiar secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia.

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan Ramadan adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

Penglibatan militan Syria: MCA minta polis siasat semua ahli PAS

Posted: 27 Jun 2014 04:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: MCA hari ini meminta pihak polis membuat pemeriksaan ke atas semua ahli PAS berikutan terdapat bekas pemimpinnya yang didakwa terlibat menyertai pergerakan jihad di Syria.

Pengerusi Publisiti MCA, Datuk Chai Kim Sen juga menggesa agar rakyat Malaysia yang terlibat dalam sebarang aktiviti militan dan organisasi pengganas, dilucutkan kerakyatannya.

"Pihak polis dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) harus memeriksa setiap ahli PAS untuk melihat sama ada pengaruhnya telah menyerap ke dalam parti dan jika pejuangan Jihad yang dilaungkan oleh Lotfi mempunyai kesan ke atas parti meskipun dia telah disingkir oleh PAS," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau mengulas mengenai laporan akhbar The Star berkenaan bekas pemimpin Dewan Ulama PAS, Ustaz Lotfi Ariffin telah dikenal pasti sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti itu.

Chai menyifatkan tindakan tersebut sebagai mengkhianati negara dan perlu diberi hukuman berat.

Katanya kes Lotfi itu juga harus disiasat dan diambil tindakan segera kerana ia melibatkan keselamatan negara.

Selain itu, beliau juga meminta PAS, pihak polis dan ROS membuat siasatan terperinci tentang latar belakang ahli-ahli PAS untuk memastikan tidak berlakunya perbuatan mengkhianati negara.

Tambahnya penglibatan Lotfi dalam militan luar itu telah memberi kesan buruk kepada reputasi kepada Malaysia sebagai negara yang moderat dan menyebabkan kekacauan di dalam negara.

Kenapa Baru Sekarang Timbul Isu Ustaz Lutfi Dibuang Keahlian Pas?

Posted: 26 Jun 2014 06:47 PM PDT



Muhammad Sanusi Md Nor

Ustaz Mohd Lutfi Ariffin telah meletakkan semua jawatan dan kedudukan dalam PAS sejak 19/4/2014, dan dia memilih jihad memburu syahid di Syiria melawan kekejaman regim Basyar. Dia melepaskan jawatan dan kedudukannya itu kerana dalam negara umat Islam seperti Malaysia yang memakai tafsiran dan tunduk kepada kehendak musuh-musuh Islam terhadap pengertian Jihad membela golongan yang dizalimi, PAS akan dituduh melahirkan militan dan extremist.

Di Malaysia, PAS konsisten dengan kaedah muwajahah Silmiyyah, sesuai dengan suasana negara ini, namun di Palestin, Afghanistan , Chehnya, dan di negara- negara ummat Islam diperangi, PAS dan gerakan Islam seluruh dunia bersama dengan muwajahah bil Quwwah menentang Zionis, Amerika, Russia dan sekutu mereka....paling kurang, kita kirimkan doa agar Allah menangkan mereka.

PAS Pusat pun sudah putuskan keahlian Ustaz Mohd Lutfi dalam PAS sejak Mei 2014. Kenapa The Malaysian Insider (TMI) hanya bangkitkan hal ni sebulan selepas itu, diikuti oleh TV3? Mungkinkah kerana sejak akhir-akhir ini beliau ada menyingkap rupa paras dan sikap para penyokong Basyar di Malaysia? TMI dan TV3 cuba memberi gambaran apa? Sesungguhnya perjalanan kita masih panjang....

Tiada ulasan: