Sabtu, 28 Jun 2014

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Kenyataan Ahmad Zahid Hamidi Sahkan UMNO Memang Celaka (?)

Posted: 28 Jun 2014 01:01 AM PDT


Gerakan kecam kenyataan 'mulut celupar' Zahid

Pemimpin Gerakan yang marah memberikan ingatan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa peranannya adalah untuk menjaga keselamatan rakyat negara ini, bukan mempemainkan mereka yang terancam nyawanya.

Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Teng Chang Yeow (gambar) berkata, menteri dalam negeri itu harus ingat bahawa kepala lembu yang ditinggalkan di depan rumah R.S.N. Rayer itu bukan perkara main-main.

"Menteri dalam negeri harus ingat bahawa peranannya adalah untuk menjaga keselamatan bukan untuk membuat kenyataan yang bukan-bukan terhadap kejadian yang mengancam nyawa dan keselamatan wakil rakyat," katanya dalam sidang media di pejabat Gerakan negeri.

Teng mengulas kenyataan Ahmad Zahid yang menyifatkan kejadian itu berlaku kerana "mulut celupar" wakil rakyat DAP itu merujuk kepada kenyataan "Umno celaka" yang dibuatnya dalam sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang sebelum ini.

"Sebagai ahli politik, saya simpati dengan beliau tetapi itulah harga yang perlu beliau bayar kerana mulut celupar," kata Zahid selepas majlis penutup pengiktirafan pengawal keselamatan di Kuala Kubu Baru, hari ini.

Rayer, yang diserang ahli Umno ekoran kenyataan "Umno celaka" dalam sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang lalu, berkata kepala lembu itu ditemui isterinya di depan pagar rumah mereka pagi ini.

"Dia melihatnya kira-kira jam 6.45 pagi. Ia penuh dengan darah dan telah disiat kulitnya," kata Adun dua penggal itu kepada The Malaysian Insider.

Teng juga mengutuk pihak yang meletak kepala lembu di depan rumah Rayer itu.

"Jika ada yang anda ingin katakan kepada Rayer, jumpalah dia secara berdepan. Jangan buat perkara sebegini yang tidak boleh diterima sama sekali dalam negara pelbagai kaum ini," katanya.

Beliau juga meminta polis membuat siasatan dengan cepat kejadian yang sudah dua kali berulang itu.

Pada tahun 2010 lalu, sekumpulan ahli Umno dan NGO membawa kepala lembu ke depan pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor ketika kecoh isu pembinaan kuil Hindu di negeri itu.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Hindu Pulau Pinang P Murugiah terkejut dengan apa yang berlaku.

"Jangan buat apa yang anda tidak suka orang lain buat kepada anda," katanya. –TMI


Kepala lembu: Harga perlu dibayar Rayer kerana celupar, kata Zahid

Kejadian yang menimpa Adun Seri Delima, R.S.N. Rayer pagi ini adalah akibat dari "mulut celupar" beliau, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Sebagai ahli politik, saya simpati dengan beliau tetapi itulah harga yang perlu beliau bayar kerana mulut celupar," kata Zahid selepas majlis penutup pengiktirafan pengawal keselamatan di Kuala Kubu Baru, hari ini.

Zahid mengulas penemuan kepala lembu yang masih berdarah dan tanpa kulit di depan pintu pagar rumah Rayer pagi ini.

Zahid, yang juga Naib Presiden Umno, bagaimanapun tidak mahu mengulas panjang mengenai isu itu. Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis sedang membuat siasatan ke atas kes itu.

"Kami sedang siasat," katanya tanpa mengulas panjang.

Rayer, yang diserang ahli Umno ekoran kenyataan "Umno celaka" dalam sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang lalu, berkata kepala lembu itu ditemui isterinya di depan pagar rumah mereka pagi ini.

"Dia melihatnya kira-kira jam 6.45 pagi. Ia penuh dengan darah dan telah disiat kulit," kata Adun dua penggal itu kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun, Rayer enggan mengaitkan kejadian tersebut dengan kenyataannya di DUN Pulau Pinang bulan lalu.

"Saya tidak mahu kata ia ada kaitan dengan itu... tetapi ini kejadian pertama saya hadapi sejak kejadian itu.

"Saya akan membuat laporan polis sekejap lagi dan biarkan mereka menyiasatnya," kata Rayer, yang merupakan seorang peguam.

Lembu dianggap suci oleh penganut Hindu. Rayer dan keluarganya adalah penganut Hindu.

~TMI


ULASAN GB

Kes kepala lembu diletakkan di depan rumah Rayer seolah-oleh mengesahkan kebenaran kata-kata Rayer bahawa UMNO itu celaka. Dan kenyataan menteri KDN Ahmad Zahid Hamidi kononnya "Rayer perlu membayar harga kerana bermulut celupar" seolah-olah mengesahkan pemimpin UMNO itu merestui tindakan meletakkan kepala lembu oleh orang yang tidak bertanggungjawab di depan rumah Rayer. Bukankah kenyataan Zahid Hamidi itu memberi impak "double celaka"?

Sebagai menteri kabinet yang bertangungjawab soal keselamatan dalam negara, beliau sepatutnya bersikap profesyenal dan tidak berpihak, tetapi malangnya beliau seperti orang yang sudah kehilangan akal dan tidak dapat menyembunyikan perasaan dendam kesumatnya terhadap Rayer.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




Dr MAZA Difitnah Sebar Gambar Bas Melalui Akaun Twitter Palsu

Posted: 27 Jun 2014 10:52 PM PDT


Dr Maza nafi sebar gambar bas di Twitter

SHAH ALAM – Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menafikan beliau memuat naik gambar sebuah bas mewah yang didakwa digunakan untuk Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2014 di laman mikro Twitter.

"Penyebar gambar inilah yang melakukan fitnah. Ini gambar yang tidak sah," katanya yang dipetik dari Twitternya, hari ini.

Menurut Mohd Asri lagi, individu yang menyebarkan gambar tersebut didakwa menggunakan akaun palsu dengan nama dan gambar sama dengan akaun sebenar.

Gambar yang dimuat naik tersebut telah menjadi viral di laman media sosial dan menimbulkan persepsi kurang selesa di kalangan rakyat terutama di Johor.

Beliau menegaskan, gambar yang menunjukkan sebuah bas mewah dilengkapi dengan ruang simpanan kereta mewah itu sebenarnya diambil daripada laporan sebuah portal dari luar negara iaitu Daily Mail di Britain.

Sementara itu, dalam laporan portal Daily Mail, bas mewah berjenama Volkner Mobil Performance berharga 1.2 juta pound sterling itu turut dilengkapi dengan ruang tamu, dapur dan bilik mandi pancuran itu bagaimanapun berbeza dengan bas yang digunakan dalam siri ke-17 KMJ 2014.

Sedangkan model bas yang dipandu sendiri oleh Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 21 hingga 24 Jun lalu adalah revost Marathon Coach. -SH









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




Skandal UiTM: Muhyiddin Dicabar Dedah Pernjanjian Konsesi

Posted: 27 Jun 2014 07:20 PM PDT


Muhyiddin tidak faham isu yang saya bawa - Rafizi

KUALA LUMPUR: Rafizi Ramli rasa agak terusik dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau tidak faham mengenai konsep penswastaan atau private finance initiatives (PFI).

Ini kerana menurut Muhyiddin ia banyak mendatangkan kebaikan kepada UiTM.

Malah, Muhyiddin memaklumkan bahawa kabinet telah menugaskan Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk memberi penerangan mengenai konsep PFI itu.

"Saya rasa Tan Sri Muhyiddin dan keseluruhan kabinet tidak faham dengan kritikan dan isu yang saya bawa," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pandan dalam satu kenyataan.

Jelasnya lagi, beliau bukanlah menentang bulat-bulat kaedah PFI untuk membiayai projek kerajaan jika ia dibuat secara telus dan menguntungkan rakyat.

Rafizi berkata, beliau mempertikaikan perkara-perkara berikut:

1. Kenapa penswastaan ini dibuat tanpa tender terbuka dan secara rundingan terus sehingga kesemua keenam-enam kampus UiTM diswastakan kepada syarikat milik pimpinan Umno yang kemudiannya melantik subkontraktor untuk mengendalikan projek?

2. Kenapa sewa dan bayaran tahunan yang terpaksa ditanggung oleh UiTM ini sehingga 5 kali ganda lebih mahal dari kos membina sendiri UiTM ini?

3. Berapakah margin keuntungan yang diberikan kepada syarikat pemegang konsesi?


"Oleh yang demikian, untuk memastikan saya dan rakyat kebiasaan lain faham dan boleh menilai kewajaran Barisan Nasional menswastakan kampus UiTM melalui konsep PFI ini, saya menyeru supaya Muhyiddin Yassin mendedahkan perjanjian konsesi penswastaan kampus cawangan UiTM ini kepada umum," ujarnya lagi.

Beliau menambah, apabila perjanjian konsesi itu dapat diteliti oleh umum, barulah beliau dan rakyat boleh memastikan bahawa tidak ada unsur keuntungan berlipat kali ganda yang diberikan kepada pemegang konsesi seperti mana yang berlaku dalam perjanjian-perjanjian konsesi yang lepas melibatkan penswastaan air dan lebuhraya.


Kata Rafizi, jika Muhyiddin tidak bersedia untuk mendedahkan perjanjian konsesi itu, sampai bila-bila beliau dan rakyat tidak akan faham kenapa Kerajaan Persekutuan mengikat perjanjian yang kosnya nanti akan membebankan UiTM, sedangkan ia lebih murah untuk membina sendiri kampus-kampus itu.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




Tiada ulasan: