Kelab Greenboc |
- Apasal PERKASA Tak Mahu Pancung Mereka Di Putrajaya?
- Kalau Bukan C4, Altantuya Diletup Guna Bom Apa?
- Makhluk Yang Kita Makan Tanpa Sedar Setiap Hari...
- [VIDEO] Bongkar Lagi: Timb Menteri Ada Saham Dalam Konsesi UiTM Tapah
Apasal PERKASA Tak Mahu Pancung Mereka Di Putrajaya? Posted: 25 Jun 2014 12:05 AM PDT Apa Lagi, Penggallah... Sebab Kerajaan Sendiri Benarkan Gereja Guna Kalimah Allah Tidak lama selepas beberapa NGO dan banyak pejuang-pejuang Islam meraikan keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang secara jelasnya mengekalkan keputusan tidak membenarkan majalah Herald menggunakan kalimah Allah dalam terbitannya, kerajaan mengeluarkan kenyataan ringkas bagi memperjelaskan lagi keputusan mahkamah itu. Kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan itu menyebut bahawa keputusan itu hanya terpakai untuk majalah Herald saja, tetapi penganut agama Kristian masih boleh menggunakan kalimah Allah di gereja-gereja. Diulang, penganut agama Kristian masih boleh menggunakan kalimah Allah di gereja-gereja. Menurut kenyataan itu, kerajaan menghormati keputusan mahkamah itu dan meminta semua pihak mematuhinya, namun penghakiman itu hanya terpakai untuk majalah Herald saja. Lihat betapa lemah-lembut, toleransi dan talam dua mukanya kerajaan. Dalam sejak sekian lama mengatakan kalimah Allah hanya eksklusif untuk Islam dan meminta NGO serta banyak pihak lain menjerit dan bersama dengannya mempertahankan kalimah Allah, sekelip mata saja pendirian kerajaan boleh berubah. Kenyataan itu hanya menyebut ianya sebagai pendirian kerajaan atau Putrajaya, tetapi tidak pula mengaitkan dengan mana-mana pemimpin kerajaan termasuk Perdana Menteri dan sebagainya. Namun demikian, oleh kerana ia disebut mewakili kerajaan atau Putrajaya, sudah tentulah kenyataan yang memperjelaskan bahawa keputsan mahkamah hanya berkaitan dengan majalah Herald dan penganut Kristian masih boleh menggunakan kalimah Allah tanpa halangan, turut mendapat kebenaran daripada Perdana Menteri. Tidak mungkin ia dikeluarkan tanpa mendapat restu atau lampu hijau daripada Najib selaku Perdana Menteri. Kenyataan yang dilihat amat melukakan hati NGO dan pejuang-pejuang Islam seperti Perkasa, Isma dan lain-lain ini bagaimanapun hanya mendapat tempat di portal berita dalam talian saja, namun tidak disiarkan dalam akhbar-akhbar arus perdana. Dengan demikian, pendirian "double standard", talam dua muka dan secara jelas membenarkan kalimah Allah digunakan di gereja, tidak diketahui oleh orang-orang Melayu di kampung atau makcik-makcik di tanah rancangan Felda di seluruh negara. Dengan Perkasa, Isma dan lain-lainnya meraikan keputusan mahkamah semalam seolah-olah suatu kejayaan kepada Islam dan kemudian berhimpun pula di Istana Kayangan, Shah Alam menuntut agar Bible bahasa Melayu yang dirampas Jais sebelum ini tidak dipulangkan, pengundi Melayu yang tiada kemudahan internet tentulah menyangka bahawa kerajaan pimpinan Najib juga benar-benar mempertahahkan kalimah Allah itu. Lebih menggerunkan lagi apabila seorang pemimpin Perkasa juga memberi amaran mahu memenggal kepala mana-mana pihak yang enggan menghormati Islam di negara ini. Malangnya, Islam akhirnya dikhianati oleh mereka yang sering melaungkan mahu mempertahankan Islam itu sendiri. Nah, sekarang siapa yang mengkhianati kedaulatan Islam? Bukankah kerajaan, Putrajaya, anggota kabinet pimpinan najib sendiri yang menjadi pengkhianatnya? Apa lagi, penggallah.... Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam jelas menyebut gereja-gereja boleh menggunakan kalimah Allah tanpa halangan. Ia nampaknya tidak hanya untuk Sabah dan Sarawak, bahkan kenyataan terbaru ini memberi gambaran bahawa semua gereja di seluruh negara boleh menggunakan kalimah Allah. Terbukti bahawa keputusan mahkamah itu hanya menampakkan lagi wajah talam dua muka kerajaan mengenai Islam. Kepada pengundi Melayu dan Islam, mereka menonjolkan wajah Islam tetapi dalam masa yang sama berwajah lain semata-mata kerana bimbangan kehilangan sokongan serta undi daripada penganut agama lain. Yang sedihnya, selain orang Melayu di kampung, makcik dan pakcik peneroka Felda dijual hidup-hidup oleh sikap talam dua muka UMNO dan kerajaan ini, beberapa NGO Islam seperti Perkasa, Isma juga turut terpedaya. Malah, ramai juga pemimpin UMNO sendiri yang turut terpedaya dengan lakonan UMNO dan kerajaan ini di mana mereka juga turut menyambut dan meraikan seolah-olah suatu kejayaan keputusan Mahkamah Persekutuan itu. Hakikatnya, tiada kejayaan apa pun kepada Islam daripada keputusan mahkamah itu, kecualilah jika Perkasa segera berubah fikiran dan menunaikan ikrar mahu memenggal kepala seperti yang dilafazkannya dengan garang sebelum ini. Jika tidak, semua ini poyo belaka. ~shahbudindotcom
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Kalau Bukan C4, Altantuya Diletup Guna Bom Apa? Posted: 24 Jun 2014 09:00 PM PDT Pendengaran rayuan kes bunuh Altantuya Shaariibuu yang memasuki hari kedua hari ini dikejutkan apabila Mahkamah Persekutuan diberitahu bahawa wanita Mongolia itu mati bukan akibat letupan C4. Mengikut laporan Malaysiakini, Timbalan Peguam Cara Negara II, Tun Abdul Majid Tun Hamzah menyalahkan media kerana menggelar letupan yang digunakan terhadap Altantuya sebagai 'C4′. "Kami tidak pernah kata ia C4, ia dibuat akhbar, ia bukan C4," katanya dipetik. Abdul Majid berkata, Unit Tindakan Khas tidak pernah menggunakan letupan C4 tetapi tertuduh boleh menggunakan sebarang bentuk letupan hasil latihan mereka. Pendengaran rayuan itu dibuat terhadap pembebasan dua anggota polis dari Unit Tindakan Khas (UTK), Chif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar atas pertuduhan membunuh wanita itu. Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013, membebaskan Azilah dan Sirul Azhar daripada pertuduhan membunuh Altantuya selepas sebulat suara membenarkan rayuan mereka dan meminda sabitan hukuman mati yang diputuskan Mahkamah Tinggi Shah Alam, pada 2009. Mereka didapati bersalah membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara jam 10.00 malam 19 Oktober dan 1.00 pagi pada 20 Oktober 2006, dipercayai menggunakan bom C4. Kematian Altantuya berkait dengan skandal pembelian kapal selam Scorpene oleh Kerajaan Malaysia daripada Perancis melibatkan komisen lebih RM500 juta. Bagaimanapun, hari ini, bom C4 yang digunakan untuk meletupkan wanita itu lapan tahun lalu diseleweng dengan dinyatakan ia bukanlah C4. -KD
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Makhluk Yang Kita Makan Tanpa Sedar Setiap Hari... Posted: 24 Jun 2014 06:10 PM PDT Tahukah anda yang kita selalu termakan atau tertelan sesuatu makhluk secara sedar atau tidak? Kira makhluk ni memang wajib la masuk dalam badan.. Disebabkan ukurannya yang teramat kecil dan susah untuk dilihat dengan mata kasar, secara tak sedar kita telah tersedut makhluk-makhluk ini melalui udara dan debu, bahkan turut ditelan bersama makanan dan minuman yang ada. woow Mungkin kalau boleh tengok dengar mata kasar, memang tak sanggup la untuk menelannya. Makhluk ini telah di zoom hingga berpuluh-puluh kali untuk memperlihatkan rupa yang sebenar! Nak tahu mahkluk apa? jom usha entri ni.. 1. Bakteria atau Kutu Debu Ini merupakan gambar dari bakteria/kutu debu yang biasa hidup di sofa dan tilam tempat tidur kita. Andai kata kita dapat melihat mereka, memang tak tidur malam lah nampak gayanya!isk3 2. Bakteria di Bulu Kucing dan Anjing. Ini merupakan imej bakteria yang biasa hidup di bulu kucing dan anjing peliharaan. Ini adalah hasil karya pemenang pertandingan fotografi sains, iaitu Steve Gschmeissner, 61 tahun, yang mengabadikan makhluk-makhluk mengerikan ini dengan kamera yang dilengkapi dengan Microscope zoom yang mampu memperbesar ukuran sehingga beratus-ratus kali.Memang menyeramkan! Nampak macam makhluk asing pun ada..haha  3. Bakteria di Dalam Roti Ini pula adalah imej bakteria yang biasa hidup di roti yang tidak dibungkus dengan kemas. Cuba bayangkan, dalam sekeping roti Gardenia atau roti Classic white yang anda makan, terdapat beratus malah beribu-ribu bakteria ini.Oleh itu, pastikan anda membungkus roti anda dengan kemas. 4. Larva Lalat Hijau Imej di atas adalah imej larva lalat hijau yang diperbesar sehingga 100 kali ( 100x zoom). Bayangkan bagaimana makhluk ini masuk ke dalam mulut kita? macam dalam cerita kartun je.. Sumber: Kitabantai ULASAN GB ada yang memberitahu GB bahawa gambar-gambar di atas bukan gambar bakteria sebenar. Kita mengakuinya kerana bakteria mempunyai pelbagai spesies dan pelbagai bentuk dan rupa. Ia adalah makhluk yang amat seni yang tidak dapat dilihar dengan mata kasar. Walaubagaimana pun ia tetap ada. Yang utama ialah pengamalan kehidupan yang sihat dengan sentiasa membasuh tangan dengan bersih sebelum makan, menjaga makanan-makanan supaya tidak terdedah dan tercemar, membersihkan kawasan persekitaran agar tidak kotor dan tidak memudahkan pembiakan bakteria dan seumpamanya. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
[VIDEO] Bongkar Lagi: Timb Menteri Ada Saham Dalam Konsesi UiTM Tapah Posted: 24 Jun 2014 07:15 AM PDT Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Rahman (gambar) merupakan pemegang saham minoriti dalam konsesi penswastaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tapah, kata PKR. "Hari ini saya boleh mengesahkan ahli Parlimen Pasir Salak adalah pemimpin Umno yang mempunyai pegangan minoriti dalam konsesi penswastaan UiTM kampus cawangan Tapah," kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Rafizi berkata, konsesi penswastaan UiTM cawangan Tapah dianugerahkan kepada UniTapah Sdn Bhd dengan konsesi selama 23 tahun untuk membina dan menyewakan kembali kampus itu kepada UiTM. Beliau mendakwa, salah seorang pengarah UniTapah Sdn Bhd ialah Sri Rahayu Tajuddin, iaitu anak kepada Tajuddin. "Sri Rahayu juga pernah menjadi setiausaha Umno Bahagian Pasir Salak yang diketuai oleh Tajuddin. "Ini mengulangi perkara yang sama dalam konsesi penswastaan kampus cawangan UiTM lain apabila setiap syarikat konsesi turut mempunyai kaitan dengan pemimpin Umno atau ahli perniagaan yang rapat dengan Umno," katanya. Rafizi berkata, seorang lagi pengarah dalam UniTapah Sdn Bhd yang mempunyai hubungan dengan Tajuddin adalah Vignesh Naidu Kuppusamy Naidu melalui usahasama perniagaan bersama di antara mereka. "Selain UniTapah Sdn Bhd, Tajuddin dan Vignesh Naidu mempunyai hubungan melalui sebuah syarikat pembinaan iaitu Everfine Resources Sdn Bhd yang mana Tajuddin adalah pengerusinya dan Vignesh Naidu pengarah syarikat itu. "Kepentingan beliau dalam syarikat konsesi ini dipegang melalui sebuah syarikat iaitu Detik Utuh Sdn Bhd. "Syarikat itu mempunyai kepentingan sebanyak 9.8% dalam UniTapah Sdn Bhd manakala saham selebihnya dipegang oleh sebuah syarikat pembinaan yang disenaraikan di Bursa Kuala Lumpur iaitu Crest Builder Holdings Berhad (melalui Crest Builder International Sdn Bhd)," katanya. Ahli Parlimen Pandan itu berkata, Tajuddin memiliki 450,000 saham di dalam Detik Utuh Sdn Bhd, menjadikan beliau pemegang saham terbesar. Rafizi berkata, saham selebihnya dimiliki oleh Vignesh Naidu (150,000 saham) dan Obata-Ambak Holdings Sdn Bhd (400,000 saham). Obata-Ambak Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang dikawal oleh keluarga isteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. "Pengarah di dalam Detik Utuh Sdn Bhd adalah individu yang rapat dengan Tajuddin iaitu anaknya sendiri, Sri Rahayu dan kenalan perniagaan beliau iaitu Vignesh Naidu dan Haniff Mahmood. "Walaupun pegangan Tajuddin tidak sebesar pegangan ahli politik Umno lain dalam konsesi yang saya dedahkan sebelum ini, ia mengesahkan setiap konsesi penswastaan kampus cawangan UiTM menguntungkan sekurang-kurangnya ahli politik Umno dengan bayaran sewa yang cukup membebankan rakyat," katanya. Rafizi sejak minggu lalu melakukan pendedahan beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan Umno memiliki konsesi penswastaan UiTM di seluruh negara. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan