Selasa, 24 Jun 2014

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Nafsu Tak Kenal Usia: Pasangan Tua Ditahan Khalwat Selepas Kelas Agama

Posted: 24 Jun 2014 01:00 AM PDT

Jitra: Seorang lelaki warga tua yang hanya dibaluti selimut dari paras pinggang ke bawah tanpa berbaju, manakala pasangannya hanya berkemban, ditahan berkhalwat di rumah wanita itu di Tunjang di sini, semalam.

Lelaki berusia 61 tahun dan pasangannya yang berumur 63 tahun ditahan oleh sepasukan penguat kuasa Pejabat Agama Kubang Pasu (PADKP), kira-kira jam 1.40 pagi. Difahamkan, lelaki itu singgah di rumah wanita berkenaan sebaik selesai belajar agama di sebuah pondok berdekatan. Jurucakap PADKP berkata, ketika tiba di rumah itu selepas menerima aduan awam, mereka mendapati rumah itu dalam keadaan gelap dan pintu bertutup rapat. Gambar hiasan.

Tutup badan dengan selimut

Selepas pintu diketuk beberapa kali, seorang lelaki warga tua yang hanya menutup badan menggunakan selimut dari paras pinggang ke bawah tanpa baju, membuka pintu. Setelah melakukan pemeriksaan, pasukan itu menemui seorang wanita duduk di atas katil dalam sebuah bilik dengan hanya berkemban.

"Ketika disoal siasat, pasangan itu yang segan silu akhirnya mengaku tidak mempunyai sebarang hubungan mahram atau suami isteri sehingga menimbulkan syak melakukan maksiat.

"Lelaki itu memberi alasan dia dalam proses perceraian dengan isterinya, manakala wanita itu pula mengakui kematian suami setahun lalu. Kita percaya alasan itu hanya untuk mengelak ditahan," katanya.

Sudah lama jalin hubungan

Jurucakap itu berkata, berdasarkan maklumat penduduk setempat, pasangan terbabit sudah lama menjalinkan hubungan dan anggota keluarganya sendiri sudah berkali-kali menasihati tetapi tidak diendahkan. "Sepatutnya mereka menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada anak dan cucu tetapi sebaliknya pula yang berlaku," katanya.

Pasangan itu ditahan dan dibawa ke Balai Polis Jitra untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk diambil keterangan. Mereka disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




[VIDEO] "Gadis Pailang" Mengaku Bersalah Pukul Pelajar Tkn 3

Posted: 23 Jun 2014 09:12 PM PDT


Tiga pelajar perempuan yang dirakam terbabit dalam kes 'video pailang' yang pernah heboh di media pada awal bulan lepas telah membuat pengakuan bersalah.

Pengakuan tersebut dilakukan atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah dan mendatangkan kecederaan kepada individu lain.

Ketiga-tiga pelajar berkenaan yang berusia 16 tahun dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Hajah Laila Taib itu telah dituduh melakukan ugutan jenayah dan mendatangkan kecederaan kepada seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dari sekolah yang sama.

Kejadian berkenaan berlaku pada bulan April 2014.

Pelajar-pelajar berkenaan telah mengaku bersalah di hadapan Majistret Zulhairil Sulaiman.

Hukuman akan ditetapkan pada 11 Julai ini selepas meneliti segala laporan akhlak mereka yang tertuduh.

Seorang tertuduh telah dikenakan dua pertuduhan iaitu mencederakan dan melakukan ugutan jenayah manakala dua lagi tertuduh telah dituduh atas kesalahan menyebabkan kecederaan kepada mangsa.

Pendakwaan telah dibacakan oleh Timbalan Pendakwaraya Nur Nisla Abd Latif manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.

Kesemua tertuduh hadir ditemani oleh ibu bapa masing-masing dan dibebaskan dengan jaminan RM5,000 setiap seorang dan kesemua mereka dikehendaki melaporkan diri di balai polis berkaitan setiap minggu.

Pada awal bulan ini, video tertuduh yang membelasah mangsa di samping memanggil diri mereka pailang telah dimuatnaik di laman Youtube.

Video tersebut telah menjadi viral di laman sosial Facebook dan mendapat banyak reaksi orang ramai yang mengecam tindakan pelajar-pelajar berkenaan. -astoawani



IMBAS KEMBALI











IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




Mengapa Polis Tidak Bertindak Ke Atas PERKASA Yang Berhimpun Di Istana?

Posted: 23 Jun 2014 04:14 PM PDT


Mais nafi Perkasa dibenar himpun depan istana

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menafikan istana telah memberi kebenaran kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berhimpun di hadapan Istana Kayangan, Isnin ini.

Pengerusinya, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berada di luar negara sewaktu wakil Perkasa menyerahkan surat permohonan perhimpunan berkenaan.

"Surat tersebut tidak diangkat untuk perhatian Sultan Selangor kerana Sultan Selangor berada di luar negara dan baginda telah berangkat pada 20 Jun yang lalu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Adzib, Mais ada mengeluarkan kenyataan meminta Perkasa sendiri membuat pertimbangan dan memutuskan keputusan untuk berhimpun atau tidak di hadapan istana Selangor.

"Sultan Selangor tidak pernah memberi perkenan kepada mana-mana pihak mengadakan perhimpunan di mana-mana jua," tegasnya lagi.

Sehubungan dengan itu, pihaknya menafikan sekeras-kerasnya ke atas kenyataan Perkasa yang menyatakan Sultan Selangor telah memberi perkenan dan meluluskan perhimpunan berkenaan.

Terdahulu, Yang Dipertua Perkasa, Abu Bakar Yahya dipetik sebagai berkata, Sultan Selangor berkenan memberi kebenaran kepada NGO itu berhimpun di hadapan Istana Kayangan pada Isnin.

Katanya, perkara itu disampaikan oleh Mohamad Adzib dalam satu perjumpaan bersama NGO berkenaan baru-baru ini. -SH


Putrajaya hormat keputusan mahkamah, Kristian masih boleh guna kalimah Allah di gereja

Kalimah Allah masih boleh digunakan di gereja oleh penganut Kristian kerana keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini hanya melarang penerbitan mingguan Herald menggunakan perkataan itu, kata Putrajaya.

Kenyataan dua perenggan yang dikeluarkan Putrajaya hari ini berkata, kerajaan turut menghormati keputusan mahkamah tersebut tersebut.

"Keputusan itu hanya terpakai untuk akhbar Herald daripada menggunakan perkataan Allah. Kristian Malaysia masih boleh menggunakan kalimah Allah di gereja," kata kenyataan yang dikeluarkan petang tadi, di Kuala Lumpur.

"Kerajaan kekal komited dengan Penyelesaian 10 Perkara. Malaysia merupakan negara berbilang agama dan penting kitab menguruskan perbezaan dengan aman, berdasarkan peruntukan undang-undang, dialog, rasa hormat dan kompromi."

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan untuk tidak membenarkan rayuan pihak gereja selepas empat daripada tiga panel hakim bersetuju menolak rayuan penggunaan kalimah Allah.

Panel hakim menolak permohonan gereja untuk merayu, dengan memetik Mahkamah Rayuan membuat keputusan yang tepat untuk melarang penggunaan kalimah tersebut dalam terbitan mingguan Katolik, The Herald.

Ketua Hakim Tun Arifin Zakaria yang mengetuai panel tujuh hakim itu berkata, Presiden Mahkamah Rayuan Md Raus Sharif, Ketua Hakim Malaya Zulkefli Ahmad Makinuddin dan Hakim Mahkamah Persekutuan Suriyadi Halim Omar berkongsi pendapat yang sama.

Gereja Katolik bagaimanapun kecewa apabila empat hakim menolak permohonan mereka untuk menggunakan kalimah Allah dalam akhbar mingguan mereka, The Herald.

"Empat hakim tersebut yang tidak membenarkan permohonan kami bercakap tentang perkara yang tidak menyentuh mengenai hak asasi kumpulan minoriti," kata Ketua Pengarang The Herald, Father Lawrance Andrew hari ini, di luar mahkamah.

Beliau berkata, peguam gereja akan mempertimbangkan untuk menyemak semula keputusan tersebut. – 23 Jun, 2014.
-TMI



ULASAN GBKita hairan mengapa perhimpunan yang penuh dengan kata-kata berbaur hasutan boleh dibenarkan oleh pihak polis petang tadi di hadapan Istana Kayangan.

Beberapa hari sebelum ini polis sendiri mendapatkan perintah injunksi menghalang perhimpunan di loji Lynas.

Bukankah ia jelas mempamerkan sikap polis yang tidak profesyenal dan amat berat sebelah?

MAIS sendiri sudah keluarkan kenyataan bahawa MAIS menafikan istana telah memberi kebenaran kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berhimpun di hadapan Istana Kayangan.

Dan oleh kerana Putrajaya sudah mengeluarkan kenyataan bahawa Kristian masih boleh guna kalimah Allah di gereja kerana keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini hanya melarang penerbitan mingguan Herald menggunakan perkataan itu, apakah PERKASA akan membuat perhimpunan yang sama di hadapan JPM?







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




Tiada ulasan: