Kelab Greenboc |
- Dasyat, Sekali Lagi Kapten Zaharie Dituduh Jadi Suspek Utama Kehilangan MH370
- Anda Percaya Kelentong Papagomo Yang Dakwa Dirinya Seorang Nelayan?
- [ASTAGHFIRULLAH] Siapa Yang Tergamak Kurung Remaja OKU Ini?
Dasyat, Sekali Lagi Kapten Zaharie Dituduh Jadi Suspek Utama Kehilangan MH370 Posted: 21 Jun 2014 11:46 PM PDT Kapten Zaharie kini jadi suspek utama kehilangan MH370 Polis Malaysia kini menganggap suspek utama di sebalik kehilangan Pesawat MH370 adalah juruterbang penerbangan tersebut, iaitu Kapten Zaharie Shah, lapor The Sunday Times, United Kingdom. Akhbar itu melaporkan, Zaharie menjadi sasaran kini selepas semua yang lain di atas pesawat dibersihkan. "Penyiasatan jenayah tidak menolak kemungkinan kerosakan mekanikal atau perbuatan pengganas, tetapi polis berpendapat jika ia adalah kerana tindakan manusia, maka Kapten adalah orangnya," lapor akhbar itu. Polis cawangan khas kini menumpukan penyiasatan ke atas Zaharie selepas semua yang lain di atas pesawat yang hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur Beijing 8 Mac lalu itu dibersihkan. Menurut media itu, polis sudah menemubual lebih 170 orang dan mendapati Kaptan Zaharie – seorang yang periang, suka kepada gajet dan selalu membuat posting dalam media sosial itu – tidak membuat sebarang komitmen sosial atau kerja di masa depan. Ia berbeza dengan pelbagai perancangan yang dibuat oleh lain-lain termasuk pembantu pilot, Fariq Hamid dan lain-lain kakitangan di atas pesawat itu, lapor The Sunday Times. Kaptan Zaharie menjadi fokus pada awal kejadian kehilangan pesawat itu apabila simulator penerbangan ditemui di rumahnya yang mengandungi rehearsal pesawat sejauh Lautan Hindi atau mendarat di landasan yang pendek. Ia dipadamkan dari simulator tersebut, namun berjaya ditemui kembali oleh pakar-pakar yang menyiasatnya. ~TMI ULASAN GB Sungguh aneh, laporan polis yang menyatakan bahawa "Kapten Zaharie kini jadi suspek utama kehilangan MH370" itu dikeluarkan dan disiarkan oleh akhbar The Sunday Times, U.K. bukan Malaysia. Kita tak tahu apa sebabnya dan siapa yang memberikan maklumat kepada pihak akhbar berkenaan. Nampaknya Kerajaan Malaysia masih terus ingin meletakkan kesalahan kepada Kapten Zaharie sekalipun blog ini pernah siarkan tentang "Najib Ditegur Kerana Tuduh Juruterbang Larikan Pesawat".
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Anda Percaya Kelentong Papagomo Yang Dakwa Dirinya Seorang Nelayan? Posted: 21 Jun 2014 10:31 PM PDT Papagomo minta bayar ansuran RM100 sebulan "Saya cuba mohon dengan mahkamah untuk bayar RM100 sebulan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sekarang hanya bekerja sebagai nelayan," kata pengendali blog Papa Gomo selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonannya untuk menangguhkan pembayaran ganti rugi sebanyak RM800,000. Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papa Gomo) berkata demikian kepada pemberita di luar mahkamah dan turut memberitahu bahawa telah menjual saham miliknya di KL POS Media & Production Sdn Bhd. Katanya Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Rosilah Yop bagaimanapun menasihatkan beliau supaya berbincang perkara itu dengan Anwar sendiri. Hari ini Rosilah menolak permohonan Wan Muhammad Azri dengan kos RM5,000, di dalam kamar dengan dihadiri peguam Shahid Adli yang mewakili Anwar dan Wan Muhammad Azri, yang mewakili diri sendiri. Shahid berkata Rosilah membuat keputusan itu atas alasan tiada sebab untuk membenarkan penangguhan. Tambahnya, rayuan Wan Muhammad Azri terhadap keputusan Rosilah yang memerintahkan ganti rugi RM800,000 dan kos RM50,000 telah ditetapkan pada 24 Jun untuk pengurusan kes di depan timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan. Pada 28 Feb, Rosilah memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog Papa Gomo. Dalam penghakimannya, Rosilah berkata daripada keterangan yang dikemukakan, beliau mendapati Wan Muhammad Azri ialah blogger Papa Gomo dan telah menerbitkan kenyataan memfitnah dalam blognya. Anwar memfailkan saman terhadap Wan Muhamamad Azri pada 21 Mac tahun lepas dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013. -Bernama ULASAN GB Seorang sahabat GB dari kalangan orang UMNO bertanya kepada GB semula setelah GB ajukan soalan "Benarkah Papagomo sekarang seorang nelayan?"... katanya "Engkau percaya kata-kata papagomo si kaki kelenteong tu?" "Kalau beliau boleh kelentong orang lain dengan video dan foto seks & lucah yang pelbagai versi, inikan pula kenyataan-kenyataannya yang dibuat hanya untuk tujuan melepaskan dirinya... Papagomo mendakwa dirinya sebagai nelayan hanya untuk memperdayakan mahkamah, memperdayakan Anwar dan memperdayakan orangramai. Beliau cuba mengelak untuk membayar RM800,000 kepada Anwar. Sedang beliau mempunyai wang yang banyak ... beliau hidup mewah... beliau hidup macam anak raja.... wang hasil dari pembikinan video dan foto lucahnya untuk mengaibkan dan menjatuhkan pemimpin PR pun beliau dah dapat jutaan ringgit... Peguam Anwar perlu dapat perintah mahkamah supaya akaun papagomo disita dan disiasat. Transaksi disemak. Untuk mempastikan beliau benar-benar tidak berkemampuan. Fitnah atau Defamation boleh dikategorikan kepada dua iaitu libel dan juga slander. Libel adalah fitnah-fitnah yang dilemparkan dalam bentuk yang kekal seperti di buku, majalah, video, filem, tugu dan sebagainya. Manakala slander pula merujuk kepada fitnah yang disampaikan dalam bentuk kata-kata atau gerak gaya (gestures). Fitnah juga telah diperuntukan sebagai suatu jenayah khusus dalam kanun keseksaan di Bab 21, dari seksyen-seksyen 499-502. Seksyen 499 telah mentakrifkan perkataan "fitnah" dengan agak terperinci dan menyeluruh. Penjenayah yang didakwa dengan jenayah fitnah ini jika disabitkan, boleh dihukum penjara selama tempoh sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali. Justeru itu, selain dari hukuman gantirugi, mahkamah perlu menimbangkan hukuman penjara kepada pemfitnah tegar seperti papagomo ini. Dan selain fitnah, jika papagomo didapati bersalah berdusta mendakwa beliau sebagai seorang nelayan, mahkamah perlu menimbangkan hukuman yang lebih berat lagi kerana pernyataan palsu tersebut. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
[ASTAGHFIRULLAH] Siapa Yang Tergamak Kurung Remaja OKU Ini? Posted: 21 Jun 2014 04:20 PM PDT Sadis: Dikurung hingga kurus umpama mayat NILAI - Jabatan Imigresen Negeri Sembilan menyelamatkan seorang remaja lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dikurung di sebuah rumah pangsa, di sini semasa operasi memburu pendatang asing tanpa izin (Pati), kira-kira jam 2 pagi tadi. Remaja tempatan berusia 15 tahun itu ditemui dalam keadaan tidak terurus, di mana tubuhnya kurus kering seperti mayat, dipercayai akibat kekurangan zat. Lebih menyedihkan, remaja malang yang dikurung dalam sebuah bilik tidak bertingkap itu juga dibiarkan bergelumang dalam persekitaran kotor dipenuhi najis dan tanah. Difahamkan, baju dipakai mangsa didapati telah mereput akibat sudah terlalu lama bercampur dengan sisa air kencing dan najisnya sendiri selama berada di situ. Menurut Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman, pihaknya sama sekali tidak menyangka akan menemui remaja terbabit, kerana tujuan asal pihaknya menyerbu kediaman itu kerana dimaklumkan didiami pendatang tanpa izin. "Remaja itu kemudiannya dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut. "Ibu kepada kanak-kanak lelaki berkenaan juga telah dikesan dan kes tersebut akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri bagi tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita, di sini, awal pagi tadi. -SH
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan