Nuffnang

Pengikut

Kelab Greenboc

sumber :-

Kelab Greenboc


[BONGKAR LAGI] Konsesi UiTM Jasin Pula Diberi Kepada Dua Bekas ADUN UMNO

Posted: 20 Jun 2014 02:34 AM PDT


Pendedahan demi pendedahan dibuat oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berhubung konsesi penswastaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang diberi kepada pemimpin dan kroni Umno.

Kali ini melibatkan UiTM Jasin, Melaka yang diberikan kepada dua bekas wakil rakyat Umno di Selangor dengan cara melobi dan runding terus.

Rafizi berkata konsesi ini diberikan kepada YBK Usahasama Sdn Bhd yang dikawal oleh Datuk Zainal Abidin Sakom, bekas ADUN Batang Kali dan Datuk Mat Yasir Ikhsan, bekas ADUN Sungai Air Tawar.

Sebelum ini, katanya, yayasan yang dikawal Zainal iaitu Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) terlibat dalam cadangan pembinaan UiTM Cawangan Serendah di atas tanah yang pernah dianugerahkan oleh pentadbiran Umno.

"Selepas kegagalan membina kampus itu, syarikat yang dikawal oleh kedua-dua mereka melalui YBK terlibat pula di dalam konsesi penswastaan UiTM Cawangan Jasin.

"Ini memberi gambaran seolah-olah konsesi ini diberikan dulu kepada mereka sebelum membuat keputusan membangunkan kampus- kampus cawangan UiTM," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Katanya, semakan dengan Suruhanjaya Sayrikat Malaysia (SSM) mendapati YBK Usahasama Sdn Bhd adalah syarikat milik penuh Serendah Heights Sdn Bhd, di mana memiliki tiga entiti iaitu Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Prihatin Ehsan Holdings Sdn Bhd dan Just Wisdom Sdn Bhd.

"Datuk Zainal adalah pengerusi YBK dan pengarah bagi Serendah Heights Sdn Bhd sementara Datuk Mat Yasir adalah pengarah kepada Serendah Heights Sdn Bhd dan Prihatin Ehsan Holdings Sdn bhd.

"Isteri kepada Datuk Zainal iaitu Datin Hartini @ Gayah Osman juga merupakan pengarah Prihatin Ehsan Holdings Sdn Bhd dan ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK," jelasnya.

Tambah Rafizi, susun atur pegangan syarikat- syarikat ini menunjukkan YBK sebagai pemegang konsesi selama 23 tahun UiTM cawangan Jasin yang dianggarkan bernilai RM 1.5 bilion.

"Ini membuktikan bahawa UiTM dijadikan kuda tunganggan Umno. "Kenyataan daripada menteri pendidikan II mengatakan bukti saya ini tak lengkap, dia menyerang saya secara peribadi, ini bukti Umno tidak bersedia berhadapan dengan isu ini," ujarnya.










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




[PANAS] Najib Pamer Dirinya Sebagai PM Yang Guna Pelbagai Cara Untuk Terus Berkuasa

Posted: 20 Jun 2014 12:38 AM PDT


Putrajaya 'sengaja pecah belah' untuk terus berkuasa, lapor The Edge Review

Rakyat Malaysia tertanya-tanya sama ada strategi untuk tidak bersuara yang diamalkan Putrajaya adalah bagi memisahkan Melayu Muslim menggunakan garisan perkauman untuk terus berkuasa, lapor The Edge Review.

Ini berikutan insiden yang melanda negara ini berhubung isu agama dan perkauman – tindakan pihak berkuasa agama Islam merampas mayat ketika upacara pengebumian dan mengganggu upacara perkahwinan Hindu, selepas kedua-duanya dikatakan memeluk Islam.

Akhbar mingguan itu melaporkan, turut terdapat tanda-tanda mengenengahkan agenda inspirasi agama oleh penjawat awam.

Memetik insiden yang hampir serupa, seperti ancaman Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk memusnahkan lebih 300 Bible berbahasa Melayu yang dirampas daripada Persatuan Bible Malaysia (PBM) dan keengganan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menurut arahan mahkamah berhubung hak penjagaan anak oleh bapa yang memeluk Islam untuk memulangkan anaknya kepada ibunya yang beragama Hindu.

Akhbar itu berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil sikap untuk "tidak membantu untuk menyelesaikan perselisihan itu."

"Keengganannya mengambil pendirian tegas menyebabkan orang ramai menyerang mengatakan beliau meninggalkan politik inklusif di bawah 1Malaysia dengan kaedah pengawasan polarisasi," katanya.

Pendapat itu dikeluarkan penganalisis politik Prof Madya dari Political Science di Singapore Management University Bridget Welsh, yang berkata: "Najib mempamerkan dirinya sebagai perdana menteri yang akan menggunakan pelbagai cara untuk terus berkuasa." The Edge Review berkata, sukar untuk menentukan kedudukan tekanan politik isu agama dan kaum dalam masyarakat dan bagaimana tindakan mereka pada masa depan.

Akhbar itu bagaimanapun memberi amaran, sekiranya ketegangan itu semakin sukar dibendung, ekonomi negara akan menerima kesannya.

Manu Bhaskaran, pengarah Centennial Group International berkata kepada The Edge Review, polisi sedemikian akan menyakitkan Malaysia.

"Dalam tempoh terdekat, sukar untuk menyakitkan Malaysia, namun jika berterusan, kita akan hancur sedikit demi sedikit," katanya.

Barisan Nasional, menurut laporan itu, kehilangan sokongan politik di Malaysia kerana luasnya rasa tidak puas hati terhadap isu rasuah dan kegagalan Putrajaya untuk memperbaiki ekonomi dan sistem politik negara.

Ia ditunjukkan ketika Pilihan Raya 2008 apabila BN hilang majoriti dua pertiga kerusi di Parlimen.

"Bukan sahaja gagal memperbaiki jumlah mereka di Parlimen, tetapi kehilangan undi popular, apabila hanya memperolehi 47% berbanding 51% oleh pembangkang. Rakan komponen BN lebih teruk di kawasan campuran bandar, Umno hanya bergantung di kawasan pedalaman," katanya.

Mungkin insiden lebih buruk bakal berlaku dalam PRU akan datang, The Edge Review memberi amaran.

Proses urbanisasi masyarakat Melayu dan kegagalan parti menarik pengundi muda menjadikan masa depan Umno semakin kelam.

"Parti itu kini hidup dengan masa tambahan," kata pegawai senior Umno, yang juga berada dalam Majlis Tertinggi Umno,
berkata kepada The Edge Review.

Penganalisis difahamkan, gerakan menggunakan sentimen agama dan perkauman digunakan untuk mengalih perhatian daripada pembangkang.

Seorang pemimpin DAP yang enggan dinamakan berkata," kami semua cuba mengawal pengundi tradisi kami. Namun kami sedar strategi Umno," katanya.

Bermain isu perkauman dan agama juga bakal mencetuskan kemarahan daripada komuniti Kristian yang besar di Sabah dan Sarawak.

Kedudukan Najib dalam situasi ini dilihat selamat, kata laporan itu.

Pemimpin Umno bagaimanapun berkata, terdapat rasa tidak puas hati dalam parti terhadap pentadbiran Najib.

"Kawalan terhadap parti dan kerajaan lemah. Krisis parti mampu mengakibatkan serangan terhadapnya dan Umno, kata pegawai Umno yang pernah bekerja dalam Kabinet bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Jika parti berfikir untuk kehilangan kuasa memimpin, mereka perlu menolaknya." –TMI

ULASAN GB
,br>Apa lagi DS Najib... samanlah The Edge, takkan saman malaysiakini saja....







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




[VIDEO] Ini Dia "Penceroboh" DUN Pulau Pinang, Didakwa Di Mahkamah

Posted: 19 Jun 2014 09:35 PM PDT


Penceroboh' pro-Umno didakwa di mahkamah

Seramai 14 penyokong Umno yang meluru masuk semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bulan lalu didakwa di mahkamah majistret hari ini atas tuduhan menceroboh.

Mereka mengaku tidak bersalah bagi tuduhan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan atas kesalahan menceroboh ke dalam DUN tersebut pada 12 Mei.

Kumpulan berkenan menceroboh masuk ke ruang persidangan berkenaan pada hari itu untuk mencari ADUN Seri Delima RSN Rayer.

Tertuduh berkenaan merupakan Mohd Ridzwan Bakar, 54, Hisham Ahmad Sabri, 43, Afriz Mohd Noor, 36, Rosesarwandi Saad@Yaacob, 33, Mohd Rizuad Mohd Azudin, 37, Hisham Abdul Hamid, 38, Mohd Nashrol Hisham Abdullah, 38, Azmeal Abu Bakar, 42, Mohamad Yusmadi Mohad Yusof, 34, Mohd Hilmie Ibrahim, 37, Jasmin Noordin, 40, Nordin Wahab, 41, Mohamed Ghani Abd Jiman, 48, Wan Abidin Zain, 51, dan Mohamed Ibrahim A Siahoo, 31.

Kesemua 14 orang individu tersebut dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000 setiap seorang, manakal Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit menetapkan tarikh 22 Julai untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dijalankan oleh ketua unit pendakwaan negeri Razali Che Ani manakala tertuduh diwakili peguam Abu Bakar AS Sidek dan Wan Nazri Othman.

Tertuduh turut diiringi para penyokong yang memenuhi galeri awam sehingga menyebabkan polis terpaksa meminta petugas media beredar dari ruang mahkamah.

Kesemua 14 individu tersebut merupakan anggota Pemuda Umno dan PERKASA. ~mk



IMBAS KEMBALI











IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




Pasangan Kekasih Gelap Kena Tetak Dengan Suami

Posted: 19 Jun 2014 05:15 PM PDT

Alor Setar - Tindakan curang seorang isteri yang bermadu kasih dengan kekasih gelapnya membawa padah apabila perbuatan mereka dihidu suami wanita berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, suspek dikatakan baru pulang ke rumah daripada berniaga dan mendapati isterinya sedang berdua-duaan dengan teman lelakinya dalam sebuah bilik di rumah mereka, di Jalan Rakyat, Langgar, di sini.

Berang melihat perbuatan isterinya itu, suspek dikatakan terus bertindak menyerang dan menetak isterinya dan lelaki berkenaan yang juga pekerjanya menggunakan sebilah parang.

Akibat tetakan tersebut, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian paha, kaki dan tangan dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sejurus kejadian.

Menurut saksi yang enggan dikenali, suspek merupakan seorang peniaga chow kuey tiaw dekat sini dan tinggal bersama isteri dan seorang anak perempuan dalam lingkungan usia lima tahun.

"Pasangan suami isteri ini baru sahaja berpindah dan menyewa di sini kira-kira dua minggu lalu.

"Saya tidak mengenali mereka secara dekat dan menyedari kejadian apabila melihat kehadiran polis ke rumah mereka," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Polis Mohd Nashir Ya, ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurut beliau, suspek berusia 29 tahun berjaya ditahan di lokasi kejadian.

"Mangsa merupakan isteri suspek berusia awal 30-an dan seorang lelaki yang merupakan pekerja kepada wanita tersebut berusia 19 tahun.

"Wanita berkenaan cedera di bahagian paha kanan akibat diserang suaminya menggunakan senjata tajam, manakala pasangannya cedera serta patah kaki dan tangan," katanya.

Tambah Nashir, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.

Difahamkan, suspek kini direman untuk membantu siasatan kes sehingga 24 Jun ini. Manakala kedua-dua mangsa masih menerima rawatan di HSB. -SH









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT